Anda di halaman 1dari 19

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P

Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus. Teknik 1 Edar contoh karangan lengkap kepada murid Guru baca bersama murid Menyalin perenggan demi perenggan Semak ejaan/tanda bacaan Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan Teknik 2 Beri gambar tunggal/bersiri Bina ayat berdasarkan gambar Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar Mula mengarang Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan Teknik 3 Edar karangan lengkap Cari perkataan sukar, catat di papan kapur Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut Guru menyebut - murid mengeja Perbetulkan ejaan Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja Tuliskan di papan kapur Bina ayat daripada isi karangan Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca Teknik 4 Salin contoh karangan Mengambil imlak Latihan mengarang/banyak salah buat semula Baca contoh-contoh karangan Tampal contoh karangan dalam bilik darjah Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat. ~Teknik yang sangat baik. Bagi pecutan akhir biasanya untuk kelas Galus saya galakkan pelajar menyalin contoh karangan cemerlang kerana pelajar akan ingat format dan binaan karangan. Saya uji di peringkat peperiksaan Alhamdulillah pelajar mampu mengingat kembali karangan tersebut. Sekadar berkongsi http://sepanjang-jalan.blogspot.com/2010/01/teknik-mengajar-penulisan-bagi-pelajar.html

BM: MODUL TATABAHASA (UNTUK PELAJAR GALUS) 1. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan penggunaan perkataan dan maksudnya. i. kibar kibas a. bendera Malaysia itu saya .. semasa perarakan Hari Kebangsaan. b. Kerusi yang berhabuk itu saya .. dengan kain buruk sebelum mendudukinya. ii. rampas rentap a. Beg tangannya kena semasa dia berjalan di lorong yang sunyi itu. b. Gerai itu kena oleh pihak berkuasa kerana peniaga itu berniaga tanpa lessen. iii. tampil muncul a. Matahari dari sebelah timur dan tenggelam di sebelah barat. b. Pemenang dalam acara larian itu ke hadapan untuk menerima hadiah daripada Tuan Pengetua. iv. kirim kiriman pengirim pengiriman mengirimkan mengirimi a. .. surat itu ialah ibu saudara saya yang kini menetap di kota London. b. Izzul Akma . Hadiah kepada ibunya melalui pos. c. Kad ucapan ulang tahun kelahirannya akan saya . Esok pagi menggunakan perkhidmatan Pos Laju. d. Ilya ..ayah dan ibunya sepucuk surat setelah seminggu berada di sekolah berasrama penuh. e. hadiah yang istimewa ini adalah daripada suaminya yang bertugas di luar negara. f. .. bungkusan berisi pakaian dan makanan dihantar ke Banda Acheh untuk membantu mangsa Tsunami dan gempa bumi. 2. Gabungkan ayat-ayat berikut sehingga membentuk ayat majmuk. a. Esok ialah hari Selasa. Semalam ialah hari Isnin. Lusa pula ialah hari Rabu. Esok ialah hari Selasa .. semalam ialah hari Isnin .. lusa pula ialah hari Rabu. b. Malaysia sebuah negara membangun. Malaysia berusaha gigih. Malaysia memajukan ekonomi negara. Kerjasama semua pihak. Malaysia sebuah negara membangun .berusaha gigih .. memajukan ekonomi negara .. kerjasama semua pihak.

c. Ayah begitu gigih orangnya. Ayah tetap meneruskan kerja-kerjanya di kebun. Usia ayah telah lanjut. Ayah begitu gigih orangnya tetap meneruskan kerja-kerjanya di kebun .. usianya telah lanjut. d. Buku cerita ini akan saya ulas. Buku cerita ini berjudul Aku Di dalam Aku. Buku cerita ini karya Amin Nur Muhammad. Buku cerita yang berjudul Aku Di Dalam Aku, karya Amin Nur Muhammad, saya ulas. e. Menabung merupakan amalan yang baik. Wang tabungan dapat membantu kita. Kita menghadapi masalah kesempitan wang. Menabung merupakan amalan yang baik . dapat membantu kita .. kita menghadapi masalah kesempitan wang. f. Rakyat Malaysia pelbagai kaum. Mereka mengamalkan kebudayaan nasional. Mereka saling menghormati budaya kaum masing-masing. Keharmonian hidup dapat dibentuk. Rakyat Malysia pelbagai kaum ..mereka mengamalkan kebudayaan nasional ..saling menghormati budaya kaum masing-masing . keharmonian hidup dapat dibentuk. 3. Pisahkan ayat-ayat berikut sehingga membentuk tiga ayat tunggal. a. Persatuan Pengguna Terengganu (PAT) meminta kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran dijalankan dengan berterusan bagi mengawal penularan wabak denggi. Persatuan Pengguna Terengganu (PAT) meminta kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran dijalankan. Ini akan .. b. Pendidikan bertujuan untuk membentuk insan bersepadu, berakhlak mulia, dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Pendidikan bertujuan bertujuan membentuk insan yang bersepadu. . . ..

c. Antara masalah yang dihadapi oleh oleh golongsn petani ialah serangan makhluk perosak tanaman, cuaca yang tidak menentu, dan kejadian bencana alam. Masalah yang dihadapi oleh golongan petani ialah serangan makhluk perosak. Golongan petani juga Mereka menghadapi masalah d. Hasil karyanya pernah memenangi hadiah pertama Hadiah Novel GAPENA Yayasan Sabah pada tahun 1979 dan Dewan Bhasa dan Pustaka juga mengiktiraf karya kreatifnya dengan menerbitkan karya ini pada tahun 1989. Hasil karyanya pernah . .. Dewan Bahasa dan Pustaka juga . . Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan . e. Amalan agama amat penting dalam pembentukan peribadi seseorang tetapi malangnya amalan ini tidak lagi menjadi rutin kehidupan remaja lantaran mereka mudah terpengaruh dengan amalan yang tidak sihat. Amalan agama Malangnya Mereka .. 4. Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan isi dalam ayat ini. a. Engkau dah lunaskan hutang kau kepada Pak Ali? Tanya Fadhli kepada Vellu. Fadhli ingin tahu sama ada . .

b. Kami nak perbi ke Pantai Batu Buruk pada minggu depan, kata Mei Lan dan Mei Wah kepada Hasilah. Mei Lan dan Mei Wah memberitahu .. . c. Wah. Cemerlangnya keputusan SPM engkau, Mohash! Kata Khairuddin. Khairuddin memuji . .. d. Edward: Syabas Hakim, awak Berjaya menjadi pelajar cemerlang di kolej ini! Edward menyatakan ucapan .. e. Ibu: Jangan lompat dan bermain di atas katil itu. Ibu melarang 5. Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan isi dalam ayat ini. a. Radziah memberitahu Johari bahawa dia bercadang untuk memilih jurusan Sains Tulen semasa di tingkatan empat. Aku bercadang ., kata Radziah kepada Johari. b. Hanizah melahirkan hasratnya kepada Azhar bahawa dia mahu menjadi usahawan yang terkemuka pada suatu hari nanti. Saya .., kata Hanizah kepada Azhar. c. Hanani manyatakan keyakinannya bahawa Shahrom mampu Berjaya sekiranya berusaha gigih dalam segala tindakannya. Saya yakin ., kata d. Sharifah mengucapkan tahniah kepada Laila yang berjaya membina empayar perniagaan di luar negara. Sharifah:

e. Fauzi menyokong rancangan Rafidah yang ingin membuka restoren di pusat beli-belah itu. Fauzi: 6. Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif. a. Ibu mengemas bilik stor ini pada petang semalam. Bilik stor ini . b. Bapa saya memandu van yang berwarna hijau itu. Van yang c. Profesor Harith memiliki pengalaman dalam bidang seni teater. Pengalaman d. Kamu berdua perlu menyudahkan kerja kursus ini dengan segera. . e. Saya telah menyertai persembahan kebudayaan di Dewan Negara. . f. Pihak kerajaan sedang meningkatkan kemajuan industri berat di negara kita. . 7. Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif. a. Nasi ditanak ibu dengan periuk baharu itu. Ibu menanak . b. Sajak Kemerdekaan Tanah Airku dideklamasikan oleh Saudara Kamal Idris. Saudara Kamal Idris .

c. Pantun lapan kerta bertajuk Nasib Pak Kaduk belum kusiapkan lagi. Aku belum menyiapkan .. d. Permainan baharu dalam computer itu belum aku cuba lagi. Aku belum mencuba .. e. Buku cerita kanak-kanak ini awak tulis? Awak menulis .. f. Perkembangan sains dan teknologi serta nilai murni akan diselaraskan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan akan .. .. 8. Tandakan / atau X a. Artifak ( ) Artifek ( ) b. Selsema ( ) Selesema ( ) c. Kebanyakkan ( ) Kebanyakan ( ) d. Di halaman ( ) Dihalaman ( ) e. Urus setia ( ) Urusetia ( ) f. Juru ukur ( ) Juruukur ( ) g. Kebudak-budakan ( ) Kebudak-budakkan ( ) h. Ke dua ( ) Kedua ( ) 9. Kemukakan peribahasa yang sesuai. a. Penduduk di kampong itu mengamalkan sikap saling membantu dalam urusan kemasyarakatan. Bagai aur . b. Raihan kecewa kerana cinta dan kasihnya kepada pemuda itu tidak berbalas lantaran pemuda yang diminatinya itu telah pun bertunang. Bagai bertepuk . c. Akhirnya dia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang setelah dia berusaha dengan gigih walaupun dia tidaklah dianggap sebagai pelajar yang pintar. Belakang parang jika diasah . d. Amirul tetap meneruskan usahanya dalam pendakian itu tanpa memberikan sebarang alasan kerana dia hendak memperoleh kepuasan dalam melakukan tindakan tersebut. Hendak seribu daya

.. e. Ahmad melakukan tugasnya dengan sempurna hanya apabila dia dikerah oleh penyelianya. Laksana pahat . f. Air mata Fatimah bercucuran apabila mendapat berita kematian ayahnya dalam kemalangan jalan raya. Bagai manik . Kata hubung (bahasa Melayu) Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan: perkataan dengan perkataan; rangkai kata dengan rangkai kata; dan ayat dengan ayat. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: 1. Kata hubung gabungan 2. Kata hubung pancangan o Kata hubung pancangan relatif o Kata hubung pancangan komplemen o Kata hubung pancangan keterangan 3. Kata hubung pasangan. 1. Kata hubung gabungan Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya. Contoh ayat: Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung, katanya. Dia mengelak, lantas menikam. 2.Kata hubung pancangan Kata hubung pancangan relatif Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang. Contoh ayat: Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah. Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat: Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai. Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya. Contoh ayat: Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. Saya berkawan dengannya semenjak kecil 3.Kata hubung berpasangan Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun.. Contoh ayat: Kian lama kian banyak orang yang ke sana. Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah http://salinamusa.blogspot.com/2010/12/bm-modul-tatabahasa-untuk-pelajar-galus.html

MODUL GALUS SPM 07


BAHASA MELAYU KERTAS 1, SPM 2007 BAHAGIAN A 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kepentingan sungai di Malaysia Langkah-langkah menggalakkan penglibatan murid dalam kokurikulum Cara-cara menarik pelancong asing ke Malaysia Kesan-kesan makanan segera Cara-cara mempromosikan kraf tangan Cabaran untuk mencapai kejayaan

BAHAGIAN B 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Cara-cara terbaik menjadi remaja yang berkualiti Pengalaman majlis sambutan hari guru Kesan-kesan rancangan realiti televisyen kepada remaja Hubungan jiran pada hari ini semakin merosot. Beri pendapat anda. Langkah-langkah menggalakkan rakyat Malaysia membaca Kebaikan dan keburukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Wawancara seorang tokoh Ibu Mithali berhubung dengan kejayaan mendidik anak Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya Tulis satu cerpen bertemakan kegigihan. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

(B.4) Hubungan jiran pada masa ini semakin merosot. Beri pendapat anda. Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin merosot Jiran sebelah kaya Sibuk bekerja Suka menonton televisyen Baru berpindah dan sikap malu Pintu rumah berpagar Bahasa dan agama berbeza

(B.4) Hubungan jiran pada hari ini semakin merosot. Beri pendapat anda. Semangat kejiranan pada masa ini semakin merosot. Kebanyakan masyarakat hari ini suka hidup mementingkan diri sendiri. Pada masa dahulu, hubungan jiran sangat baik. Ada banyak faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin kurang pada masa ini. Antaranya ialah kesibukan bekerja. Ramai masyarakat terutamanya di bandar keluar bekerja. Mereka pergi bekerja awal pagi. Kemudian mereka balik ke rumah pada lewat petang. Mereka tidak ada masa untuk berjumpa dengan jiran. Oleh sebab itu, hubungan jiran pada masa ini semakin longgar. Selain itu, amalan seperti bergotong-royong di kampung-kampung juga semakin berkurangan. Ramai orang lebih suka menonton televisyen. Dengan menonton televisyen, mereka dapat berehat. Mereka juga boleh menonton bermacam-macam rancangan televisyen. Hal ini adalah satu sebab semangat kejiranan semakin kurang. Seterusnya, sesetengah jiran pula tidak suka berkawan dengan jiran. Perkara ini berlaku kerana ada masyarakat yang baru berpindah rumah. Mereka berasa malu untuk berbual denga jiran di sebelah rumah. Sikap ini sangat buruk. Jika ada kecemasan, sudah tentu orang lain tidak akan menolongnya. Budaya tolong-menolong sepatutnya diamalkan dalam hidup berjiran. Hal ini menyebabkan jiran tetangga yang lain takut untuk berbual mesra dengan mereka. Jika mereka tidak bertegur sapa, akhirnya mereka tidak mengenal jiran. Jiran hendaklah bersikap peramah antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka tidak boleh berbual dalam bahasa Melayu. Faktor lain yang menghalang semangat kejiranan ialah perbezaan bahasa. Mereka kurang fasih berbahasa Melayu. Mereka juga tidak mahu berbual disebabkan agama yang berbeza.

Di taman perumahan, terdapat jiran yang taraf hidupnya berbeza antara satu sama lain. Jiran yang kaya, selalunya akan memandang rendah kepada jiran yang miskin. Jiran yang miskin pula akan berasa rendah diri kepada jiran yang kaya. Keadaan ini akan menyebabkan hubungan jiran tidak baik. Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat. Masyarakat bandar dan luar bandar mestilah mempunyai hubungan jiran yang baik Jiran sangat penting kepada kita. Sebagai contoh, semasa kita sakit, kemalangan dan lain-lain kita perlu pertolongan. Jiran boleh membantu kita jika kita susah.Oleh itu, Jiran Sepakat Membawa Berkat. Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai. (B.4) Hubungan jiran pada hari ii semakin merosot. Beri pendapat anda. Semangat kejiranan pada masa ini semakin ______________. Kebanyakan masyarakat hari ini suka hidup mementingkan diri sendiri. Pada masa dahulu, hubungan jiran sangat _________. Ada banyak faktor yang menyebabkan hubungan jiran semakin kurang pada masa ini. Antaranya ialah ______________ ___________. Ramai masyarakat terutamanya di bandar keluar bekerja. Mereka pergi bekerja awal pagi. Kemudian mereka balik ke rumah pada lewat petang. Mereka tidak ada ___________ untuk berjumpa dengan jiran. Oleh sebab itu, hubungan jiran pada masa ini semakin longgar. Selain itu, amalan seperti bergotong-royong di kampung-kampung juga semakin _____________ . Ramai orang lebih suka menonton _____________ . Dengan menonton televisyen, mereka dapat berehat. Mereka juga boleh menonton bermacam-macam rancangan televisyen. Hal ini adalah satu sebab semangat kejiranan semakin kurang. Seterusnya, sesetengah jiran pula tidak suka berkawan dengan jiran. Perkara ini berlaku kerana ada masyarakat yang baru berpindah rumah. Mereka berasa ___________ untuk berbual denga jiran di sebelah rumah. Sikap ini sangat buruk. Jika ada _______________ , sudah tentu orang lain tidak akan menolongnya. Budaya tolong-menolong sepatutnya diamalkan dalam hidup berjiran. Hal ini menyebabkan jiran tetangga yang lain takut untuk berbual mesra dengan mereka. Jika mereka tidak ___________ _______, akhirnya mereka tidak mengenal jiran. Jiran hendaklah bersikap peramah antara satu sama lain. Kadang-kadang mereka tidak boleh ____________ dalam bahasa Melayu. Faktor lain yang menghalang semangat kejiranan ialah perbezaan bahasa. Mereka kurang ___________ berbahasa Melayu. Mereka juga tidak mahu berbual disebabkan __________ yang berbeza. Di taman perumahan, terdapat jiran yang taraf hidupnya berbeza antara satu sama lain. Jiran yang __________ , selalunya akan memandang rendah kepada jiran yang miskin. Jiran yang miskin pula akan berasa ____________ __________ kepada jiran yang kaya.

Keadaan ini akan menyebabkan hubungan jiran tidak baik. Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam masyarakat. Masyarakat bandar dan luar bandar mestilah mempunyai hubungan jiran yang baik Jiran sangat penting kepada kita. Sebagai contoh, semasa kita ________ kemalangan dan lain-lain kita perlu pertolongan. Jiran boleh membantu kita jika kita susah.Oleh itu, ______________ ____________ ___________ __________.

(A.4) Kesan- kesan makanan segera. Rangka isi:

KESAN -KESAN MAKANAN SEGERA Menjejaskan hubungan kekeluargaan Menyebabkan kepupusan makanan segera Penularan budaya segera Menjejaskan kesihatan

(A.4) Kesan- kesan makanan segera. Makanan Barat, khususnya makanan segera, amat popular. Berbagai jenis makanan ditawarkan. Makanan segera ini mempunyai tarikannya tersendiri. Namun,makanan Barat menimbulkan masalah. Kesan yang paling ketara ialah amalan ini dapat menjejaskan semangat bantumembantu dan bekerjasama dalam keluarga. Hal ini demikian kerana amalan makan di restoran makanan segera menghalang anak-anak daripada melaksanakan tanggungjawab dalam hal-hal penyediaan makanan mengemas, mencuci pinggan mangkuk, dan sebagainya. Akan lahirlah anak-anak yang individualistik, pemalas, dan yang terlalu bergantung pada orang lain. Amalan ini dapat menjejaskan kesihatan. Makanan segera yang disediakan banyak menggunakan bahan kimia. Sebagai contohnya, bahan pengawet, pewarna, dan perasa. Golongan yang memakan makanan segera secara kerap akan terdedah kepada masalah obesiti, diabetes, dan sebagainya. Kemunculan makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin terpinggir. Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, ulam-ulaman semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Amalan ini dikhuatiri akan menyebabkan budaya segera meresapi setiap cabang hidup bermasyarakat di negara ini. Setiap orang berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu

sehingga menolak nilai-nilai kemanusiaan dan kesopanan. Sikap hendak cepat kaya, bersegera ke sana ke mari akan mewarnai kehidupan masyarakat di negara ini. Akan lahirlah suatu bentuk masyarakat seperti masyarakat Jepun dan Hong Kong yang makan sambil berjalan. Kesimpulannya, amalan memakan makanan segera perlu dibendung agar tidak menjejaskan kesihatan kita dan terkeluar dari lunas budaya timur sendiri.

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai (A.4) Kesan- kesan makanan segera. Makanan Barat, khususnya makanan segera, amat _________. Berbagai jenis makanan ditawarkan. Makanan segera ini mempunyai tarikannya tersendiri. Namun,makanan Barat menimbulkan _____________. Kesan yang paling ketara ialah amalan ini dapat menjejaskan semangat bantumembantu dan _____________ dalam keluarga. Hal ini demikian kerana amalan makan di restoran makanan segera menghalang anak-anak daripada melaksanakan __________________ dalam hal-hal penyediaan makanan mengemas, mencuci pinggan mangkuk, dan sebagainya. Akan lahirlah anak-anak yang individualistik, _______________, dan yang terlalu bergantung pada orang lain. Amalan ini dapat menjejaskan _________________. Makanan segera yang disediakan banyak menggunakan bahan kimia. Sebagai contohnya, bahan pengawet, ____________ , dan perasa. Golongan yang memakan makanan segera secara kerap akan terdedah kepada masalah obesiti, diabetes, dan sebagainya. Kemunculan makanan segera menyebabkan kesenian masakan tradisional semakin ____________ . Masakan tradisional yang terkenal seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, ulam-ulaman semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan generasi ____________. Amalan ini dikhuatiri akan menyebabkan budaya segera meresapi setiap cabang hidup bermasyarakat di negara ini. Setiap orang berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu sehingga menolak nilai-nilai kemanusiaan dan kesopanan. Sikap hendak cepat ____________, bersegera ke sana ke mari akan mewarnai kehidupan masyarakat di negara ini. Akan lahirlah suatu bentuk masyarakat seperti masyarakat Jepun dan Hong Kong yang makan sambil ______________. Kesimpulannya, amalan memakan makanan segera perlu dibendung agar tidak menjejaskan kesihatan kita dan terkeluar dari lunas budaya timur sendiri.

(B.8) Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya.

Pendahuluan - Definisi penulis Isi-isi penting 1) Minat 2) Pengalaman yang banyak Tajuk: Persediaan untuk 3) Banyak membaca buku dan artikel menjadi penulis yang berjaya 4) Ada semangat, rajin dan berdisiplin 5) Bersifat sabar Penutup - Penulis perlu berkebolehan untuk mencapai cita-cita

(B.8) Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya. Penulis ialah orang yang menjalankan aktiviti penulisan. Pada masa ini, ramai orang yang ingin menjadi seorang penulis yang berjaya. Untuk menjadi penulis yang berjaya, seseorang itu perlu ada persediaan. Antara persediaannya ialah kita mestilah mempunyai minat dalam penulisan. Jika ada minat, aktiviti penulisan dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, ada orang minat untuk menulis artikel, cerpen novel dan lain-lain. Penulisan cara ini boleh menjadikan seseorang penulis yang berjaya. Selain itu, kita mesti ada ilmu dan luas pembacaan. Jika pembacaan tidak mencukupi, hasil penulisan tidak begitu berhasil. Seseorang itu boleh membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapat idea yang baik. Akhbar harian dan majalah ilmiah boleh menambahkan isi dalam penulisan. Pepatah ada menyatakan, sedikit-sedikit, lamalama jadi bukit, barulah penulisan boleh berjaya. Kita juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dalam penulisan. Ini sangat penting bagaimana untuk melahirkan karya yang diminati oleh pembaca. Ilmu adalah asas yang perlu pada diri seseorang penulis. Bagi menjadi penulis yang berjaya, kita perlu menjadikan seorang tokoh ilmuan menjadi idola. Antara tokoh penulis tersebut ialah Usman Awang dan Zurinah Hassan. Usman

Awang adalah seorang penulis dalam novel. Kita perlu ada semangat yang kuat dan gigih untuk menjadi seperti idola tersebut. Kita juga perlu tahu ramai lagi penulis yang telah berjaya. Jadikan tokoh-tokoh itu sebagai pendorong untuk anda berjaya. Seterusnya persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya ialah disiplin dan bersikap rajin. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Kita hendaklah percaya kepada diri sendiri. Cuba meminta nasihat daripada orang yang telah berjaya dalam penulisan, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. Yang akhir ialah kita perlu ada sikap sabar jika ingin menjadi penulis yang berjaya. Sikap sabar telah menjadikan tokoh penulis seperti Usman Awang berjaya dalam penulisan. Sekiranya hasil karya kita tidak diminati, kita hendaklah tidak berputus asa tetapi sentiasa tenang. Kesimpulannya, untuk menjadi seorang penulis, kita perlu berusaha dengan gigih. Di samping itu, kita perlu ada kebolehan untuk mencapai cita-cita kita.

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai. (B.8) Persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya. Penulis ialah orang yang menjalankan aktiviti ______________ . Pada masa ini, ramai orang yang ingin menjadi seorang penulis yang berjaya. Untuk menjadi penulis yang berjaya, seseorang itu perlu ada persediaan. Antara persediaannya ialah kita mestilah mempunyai ____________ dalam penulisan. Jika ada minat, aktiviti penulisan dapat dijalankan dengan lancar. Sebagai contoh, ada orang minat untuk menulis artikel, cerpen novel dan lain-lain. Penulisan cara ini boleh menjadikan seseorang penulis yang berjaya. Selain itu, kita mesti ada ilmu dan luas ______________ . Jika pembacaan tidak mencukupi, hasil penulisan tidak begitu berhasil. Seseorang itu boleh membuat rujukan di ______________ untuk mendapat idea yang baik. Akhbar harian dan majalah ilmiah boleh menambahkan isi dalam penulisan. Pepatah ada menyatakan, sedikit-sedikit, lamalama jadi bukit, barulah penulisan boleh berjaya. Kita juga perlu mempunyai ilmu ______________ dalam penulisan. Ini sangat penting bagaimana untuk melahirkan _____________ yang diminati oleh pembaca. Ilmu adalah asas yang perlu pada diri seseorang penulis. Bagi menjadi penulis yang berjaya, kita perlu menjadikan seorang tokoh ilmuan menjadi idola. Antara tokoh penulis tersebut ialah Usman Awang dan Zurinah Hassan. Usman Awang adalah seorang penulis dalam novel. Kita perlu ada semangat yang kuat dan __________ untuk menjadi seperti idola tersebut. Kita juga perlu tahu ramai lagi penulis yang telah berjaya. Jadikan tokoh-tokoh itu sebagai ___________ untuk anda berjaya. Seterusnya persediaan untuk menjadi penulis yang berjaya ialah disiplin dan bersikap _____________ . Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup kita. Kita

hendaklah percaya kepada diri sendiri. Cuba meminta nasihat daripada orang yang telah ____________ dalam penulisan, bak kata pepatah usaha tangga kejayaan. Yang akhir ialah kita perlu ada sikap sabar jika ingin menjadi penulis yang berjaya. Sikap sabar telah menjadikan tokoh penulis seperti Usman Awang berjaya dalam penulisan. Sekiranya hasil karya kita tidak diminati, kita hendaklah tidak _____________ __________ tetapi sentiasa tenang. Kesimpulannya, untuk menjadi seorang penulis, kita perlu berusaha dengan gigih. Di samping itu, kita perlu ada kebolehan untuk mencapai cita-cita kita. Posted by Bahasa Malaysia at 4:48 PM

http://safruddinsmksr.blogspot.com/2008/07/modul-galus-spm-07.html

Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah Kaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana, Lemah, GALUS, atau GARUK (Untuk rakan-rakan guru Bahasa Melayu terutamanya guru-guru SMKBBST) Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim Pengenalan Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini. Cabaran dan Tanggungjawab Guru Oleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini. Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah itu terkawal. Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu

dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah. Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu. Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya. Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang. Kajian Tindakan Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing ataumerawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa

kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan. Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun muridmurid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid. Teknik Pengajaran yang Berkesan Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk " hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapibukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Selain itu guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya muridmurid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka. Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas. Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru

juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurangkurangnya untuk lulus dalam peperiksaan. Penutup Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memilikikomitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing. Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim http://khirkassim.blogspot.com/2009/02/kaedah-pengajaran-pelajar-sederhana-dan.html