Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 9: CERPEN GERHANA MANUSIA

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan meggunakan ayat sendiri.

“Nusia!”

Aku cepat-cepat beredar. Suara doctor murni melantun ke dinding pejal wad
unit rawatan rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovary, juga
sedang koma. Al-hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret
kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk professor doctor
juaidi.

Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gaids malang yang
dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukeia yang
semakin cair sel dara merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi
darah?

“hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, solehah.” 
Titis air mataku gugur di hujung jari solehah. “engkau hanya memerlukan tiga
pek darah sahaja tetapi tidak diberikan. Tuan besar musa itu, tubuhnya tidak
mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu…,” sebak menyendat di dadanya.

        i.            Siapakah yang memerukan darah di hospital itu?

Solehah yang pundi janinnya pecah di ovary, al-hafiz yang tulang selangkanya
patahriuk, bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang
dibelasah sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang
semakin mencair sel darah merah di tubuhnya memerlukan darah dengan
segera.

      ii.            Bagaimanakah pihak kerajaan dapat memupuk rakyat Malaysia


menderma darah untuk kegunaan pesakit di hospital?

Pihak kerajaan perlu mngadakan kempen menderma yang dapat memberi


kesedaran kepada rakyat Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu melengkapkan
hospital dan pusat menderma darah dengan kemudahan yang sewajarnya.
Pihak kerajaan juga perlu menyebarkan amalan menderma darah melalui
media massa yang semakin meluas.
    iii.            Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi
nilai lain yang terdapat dalam cerpen ini.

Nilai yang terdapat dalam petikan di atas ialah nilai belas kasihan. Contohnya,
nusia berasa kesian kepada pesakit yang tidak dapat bekalan darah akibat
kekosongan bekalan hospital tu. Dia menitiskan air mata apabila melihat
penderitaan ditanggung oleh solehah. Nilai lain yang terdapat dalam novel di
atas ialah nilai keberanian. Misalnya, nusia berani menanggung risiko
berhubung dengan tindakannya yang mendesak juruteknik makmal darah agar
menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai