Anda di halaman 1dari 12

RAMALAN 1

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana
penangan sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang
disebutkan. Aku tidak ada duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk
membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit
pilihan hati. Wajah kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah
lebih setengah jam kami berada di dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin
segar di luar kedai. Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka.
Tinggal aku sahaja yang masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang
tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is
very high quality and only for a high class person. But sorry, I don’t want to
buy it. Thank you very much for everything,” kataku berbudi bahasa sambil
cuba menanggalkan jaket itu.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah hati aku berdebar-debar?                                                     
[2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
peniaga untuk menarik minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
                                                                                                                  [3
markah]
(iii)             Huraikan satu perwatakan aku yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam
petikan.                                                                                                                                         
[4 markah

(i) Hati aku berdebar-debar kerana


-harga yang disebutkan amat tinggi
-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu

(ii)        Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah


-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan

(iii)       Perwatakan aku dalam petikan


-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak membelinya

Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen


-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara

-seorang berhati-hati / rasional


B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang

-seorang yang penyayang / baik hati


B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong
ke luar negara

‘\RAMALAN 2
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju
terpakai di tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya
ada dua di sebelah kiri dan kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang
membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket.
Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri.
Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket.
Rumah butangnya besar dan dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang
membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan
lengannya boleh dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari
negara miskin Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari
Indonesia di Asia Tenggara hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat
untuk mencari pengganti jaket kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit
berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh
berfungsi sebagai topi jika ditarik ke atas. Potongannya memang cantik. Bertali,
berpinggang, labuh separas lutut dan kelihatan sopan. Memang nampak seperti
jaket untuk wanita.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang
ditunjukkan oleh pekedai itu cantik?                                                                              
[2 markah]

(ii)               Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan


sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian?
                                                                                                                 [3
markah]
(iii)             Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.  
[4 markah]

(i)                  Aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan


oleh pekedai itu cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan

(ii)               Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian


-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan

(iii)            Pengajaran dalam Petikan


-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak membeli jaket yang
dijualnya, sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang berwarna hitam dengan
pengikat leher berwarna merah
Pengajran dalam keseluruhan cerpen
-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara

-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli barang


B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang

-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga


B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong
ke luar negara

 RAMALAN 3
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebenarya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit
kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut).
Aku memandang jaket yang kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar
USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran
gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di
Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik
di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak
boleh dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya
sesuatu yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat
dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh
untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang
murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku
merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan.
Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah hati aku beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu
yang sangat cerewet?                                                                                
[2 markah]

(ii)               Kijang merupakan antara binatang liar yang kian pupus.


Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan binatang-binatang
liar terus terpelihara dan tidak pupus daripada bumi ini?
 [3 markah]
(iii)             Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan. 
[4 markah]

(i)                  “Aku” beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang


cerewat kerana
-dijaga dengan rapi
-tidak boleh dibasuh
-tidak boleh dilipat sembarangan

(ii)               Cara memastikan binatang liar terus terpelihara


-memperuntukkan hutan simpan atau taman negara
-membuat kajian dan penyelidikan tentang baka dan pembiakan binatang liar
-pembinaan zoo dan taman binatang liar
-menguatkuasakan undang-undang hidupan liar

(iii)            Persoalan aku dalam petikan


-pakaian merupakan lambang kemegahan dan kemewahan
B- “aku” beranggapan bahawa pemakaian jaket kulit kijang melambangkan
kemegahan dan kemewahan

Persoalan dalam keseluruhan cerpen


-kebijaksanaan membuat perancangan
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara

-sikap hati-hati dalam pembelian


B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-Kasih sayang kepada ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong
ke luar negara

 RAMALAN 4
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem
pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya
tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa
yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan
sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung
menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali
menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara
sengekata melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang.
Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan
pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus
pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar
sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam
kemiskinan di ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing
terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal...”

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara
kita dengan tidak seimbang?                                                                    
[2 markah]

(ii)               Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat


besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii)             Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]

(i)                  Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak


seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur

(ii)               Kesan penjajahan kepada rakyat


-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan

(iii)            Persoalan dalam petikan dalam petikan


-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah

-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan


B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan
perintah

Persoalan dalam keseluruhan cerpen


-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi penghubung kepada
rakyat berbilang agama dan bangsa

-janji seorang anak kepada ibu


B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu
di kota

 RAMALAN 5
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek
moyang bangsa peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga
perkara. Pertama, agama anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat
pelbagai keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja
yang memerintah dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara
sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa
jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada
landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa
saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan
sekelumit ilmu mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang
sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya
sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma di ibu kota.
Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih
menerus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk
merancang kehidupan masa depan saya.

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi ini yang
ditemukan oleh sejarawan?
[2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah


persediaan-persediaan lain yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu
berhijrah ke tempat lain? 
[3 markah]

(iii)             Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan
satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan.  
[4 markah]
  
(i)                  Kehebatan nenek moyang
-agama yang dianuti nenek moyang berpaksikan satu akidah
-bahasa ibuda menjadi penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan
golongan

(ii)               Persediaan sebelum berhijrah ke tempat lain


-mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
-membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang larang di tempat
baharu
-mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting dan nombor
kecemasan di tempat baharu

(iii)            Latar masyarakat dalam petikan


-masyarakat yang bijaksana
B- nenek moyang bijak berhubung antara satu dengan yang lain dengan bahasa
ibunda

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen


-masyarakat penjajah yang kejam
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan
perintah

-masyarakat yang berpegang pada janji


B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu
di kota

 RAMALAN 6
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah
pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku
sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah
berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang
pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia
memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah
syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai
Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan
nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatanya RAJA. Hakim
membuat keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa
faktor. Dia selalu sangat mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata,
“Pada masa sekarang ini kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran
makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan,
sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang
diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan
tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam
dan sayur-sayuran import?
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek
penternakan ayam?      
[2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan


syarikat besar dalam melaksanakan projek penternakan seperti Hakim?                                    
[3 markah]

(iii)             Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.  
 [4 markah]
  
(i)                  Sebelum memulakan projek penternakan, Hakim
-mendapatkan nasihat dan berbincang dengan beberapa orang
-berbincang dengan agensi kerajaan yag bertanggungjawab untuk memajukan
bidang pertanian

(ii)               Kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar


-mempunyai modal yang lebih besar untuk membina syarikat
-memiliki imej dan nama yang tersendiri
-dapat memperbesar dan membuka banyak cawangan

(iii)            Persoalan dalam petikan


-Kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan
B- Hakim mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan untuk memajukan
bidang pertanian

Peroalan dalam keseluruhan cerpen


-keberanian mempertahankan hak pusaka
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk
sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula

-ketabahan menghadapi masalah dalam perniagaan


B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar
perniagaannya

 RAMALAN 7
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif,
apabila raja meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah
perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya
akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani
kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti atau sebarang
tandatangan atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si
Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang memang dan
berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian
persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan, termasuklah
mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku
ceritakan butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan
hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar di hujung
kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin
Kaduk. Alhamdulillah.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)      Apakah yang bakal berlaku sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan
perintah raja? 
 [2 markah]

(ii)      Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh generasi akan
datang untuk memelihara tanah pusaka?
[3 markah]

(iii)     Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu
nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan. 
[4 markah]
  
(i)        Sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja
-dia akan dituduh sebagai penderhaka
-kepalanya akan dipancung

(ii)       Usaha untuk memelihara tanah pusaka


-mempunyai sijil pemilikan tanah yang sah dan menjaganya dengan baik
-mengusahakan tanaman atau ternakan di atas tanah pusaka
-membina rumah di atas tanah pusaka demi keselesaan keluarga

(iii)      Nilai kemanusiaan dalam petikan


-Ketaatan
B- Azam yang menjadi peguam kepada pihak Pak Kaduk berkata bahawa Pak
Kaduk tidak berani membantah perintah raja kerana dia akan dituduh
penderhaka dan kepalanya akan dipancung

Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen


-keberanian
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk
sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula

-ketabahan

B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar


perniagaannya

Anda mungkin juga menyukai