Anda di halaman 1dari 19

RAMALAN KOMSAS 2016 - CERPEN TINGKATAN 4

RAMALAN 1
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan
sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit
sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah kedua-
dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di dalam kedai
itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai. Kak
Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih berjaket kulit
dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality and only
for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for everything,” kataku
berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah hati aku berdebar-debar?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh peniaga untuk menarik minat
pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
[3markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satuperwatakan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak dalam
petikan.
[4 markah]

(i) Hati aku berdebar-debar kerana


-harga yang disebutkan amat tinggi
-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu

(ii) Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah


-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan

(iii) Perwatakan aku dalam petikan


-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak membelinya

Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen


-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara

-seorang berhati-hati / rasional


B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang

-seorang yang penyayang / baik hati


B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara

RAMALAN 2
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di tanah
airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan. Terdapat
tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket.
Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat
butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah butangnya besar dan dijahit
kemas. Terdapat zip panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya
tinggi dan lengannya boleh dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara miskin
Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara hingga Turki di
Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna hitam
dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi sebagai topi jika ditarik ke
atas. Potongannya memang cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas lutut dan kelihatan sopan.
Memang nampak seperti jaket untuk wanita.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu
cantik?
[2 markah]

(ii) Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan sebelum membuat
keputusan untuk membeli pakaian?
[3markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satupengajaran lain daripada
cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i) Aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan

(ii) Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian


-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan

(iii) Pengajaran dalam Petikan


-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak membeli jaket yang dijualnya, sebaliknya
menunjukkan sehelai jaket yang berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah

Pengajran dalam keseluruhan cerpen


-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara

-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli barang


B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang

-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga


B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara

RAMALAN 3
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Sebenarya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku mengetahui
jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang kini terletak di atas
katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga
pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti
akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma
sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak. Kainnya
mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk mendapatkan
sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa
yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan
kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah hati aku beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang sangat
cerewet?
[2 markah]

(ii) Kijang merupakan antara binatang liar yang kian pupus.


Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan binatang-binatang liar terus terpelihara
dan tidak pupus daripada bumi ini?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada
cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]

(i) “Aku” beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang cerewat kerana
-dijaga dengan rapi
-tidak boleh dibasuh
-tidak boleh dilipat sembarangan

(ii) Cara memastikan binatang liar terus terpelihara


-memperuntukkan hutan simpan atau taman negara
-membuat kajian dan penyelidikan tentang baka dan pembiakan binatang liar
-pembinaan zoo dan taman binatang liar
-menguatkuasakan undang-undang hidupan liar

(iii) Persoalan aku dalam petikan


-pakaian merupakan lambang kemegahan dan kemewahan
B- “aku” beranggapan bahawa pemakaian jaket kulit kijang melambangkan kemegahan dan
kemewahan

Persoalan dalam keseluruhan cerpen


-kebijaksanaan membuat perancangan
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar negara

-sikap hati-hati dalam pembelian


B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang

-Kasih sayang kepada ahli keluarga


B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu melancong ke luar negara

RAMALAN 4
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah,
bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga
kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan.
Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengekata melalui
pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-
bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus
pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan
pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet
yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman yang tebal...”

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak
seimbang?
[2 markah]

(ii) Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada
keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]

(i) Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur

(ii) Kesan penjajahan kepada rakyat


-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan

(iii) Persoalan dalam petikan dalam petikan


-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah

-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan


B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah

Persoalan dalam keseluruhan cerpen


-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi penghubung kepada rakyat berbilang agama
dan bangsa
-janji seorang anak kepada ibu
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu di kota

RAMALAN 5
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang bangsa
peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama, agama anutannya yang
berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan
dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan
saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini.
Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada
landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu mengisi dada
saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu.
Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma di ibu kota.
Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih menerus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan
masa depan saya.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi ini yang ditemukan oleh sejarawan?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain
yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satulatar masyarakat lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

(i) Kehebatan nenek moyang


-agama yang dianuti nenek moyang berpaksikan satu akidah
-bahasa ibuda menjadi penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan golongan

(ii) Persediaan sebelum berhijrah ke tempat lain


-mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
-membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang larang di tempat baharu
-mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting dan nombor kecemasan di tempat
baharu

(iii) Latar masyarakat dalam petikan


-masyarakat yang bijaksana
B- nenek moyang bijak berhubung antara satu dengan yang lain dengan bahasa ibunda

Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen


-masyarakat penjajah yang kejam
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem pecah dan perintah

-masyarakat yang berpegang pada janji


B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina kehidupan baharu di kota

LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.


2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.


2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.

LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.


2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi
menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.
3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.
2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang
cemerlang.
4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di
Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.


2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.

LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.


2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

Jawapan

LATIHAN SPM 1
1. Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.
2. Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.
3. Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
Atau Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
4. Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.
5. Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama
dalam pertandingan tersebut.

LATIHAN SPM 2
1. Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
2. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.
3. Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula. Atau Kerusi-kerusi
itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
4. Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.
5. Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.

LATIHAN SPM 3
1. Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.
2. Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.
3. Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.
4. Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.
5. Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.

LATIHAN SPM 4
1. Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara. Atau Adik telah saya
kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
2. Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
3. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.
4. Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh beliau. Atau Jawatan yang
sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi tersebut
5. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

LATIHAN SPM 5
1. Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
2. Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.
3. Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.
4. Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.
5. Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.

LATIHAN SPM 6
1. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.
2. Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi
Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia
sepenuhnya.
3. Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
4. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.
5. Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur. Atau
Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun yang gugur.

LATIHAN SPM 7
1. Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk
menyediakan segala kemudahan.
2. Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.
3. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada pelajar
yang cemerlang.
4. Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.
5. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di
Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

LATIHAN SPM 8
1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2. Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam
peperiksaan percubaan SPM.
4. Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5. Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

LATIHAN SPM 9
1. Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2. Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
3. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4. Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
Atau Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.
5. Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.

LATIHAN SPM 10
1. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
2. Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.
3. Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4. Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.
5. Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

LATIHAN :

1. Peneroka dalam sesuatu bidang ilmu mesti mempunyai ketelitian untuk mengelakan
kesimpulan yang rapuh dan tidak berpijak di atas fakta yang kukuh sehingga menghasilkan
kajian yang salah.
2. Saban hari berita tentang peperangan memenuhi dada akhbar dan baca televisyen
malah lagi pengkhabaran itu berlaku di negara yang tiada daya untuk menentang kuasa
penceroboh.
3. Lambakan industri produk kecil dan sederhana bukan sahaja memenuhi pasar raya di
dalam negara tetapi juga dapat menguasai ruang niaga di gedung terkemuka luar negara.
4. Kumpulan yang berpakaian kemas itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip
derma secara haram bahawa memperalatkan nama dan dimensi rumah kebajikan di ibu
negara.
5. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh kita harus dipupuk dan disebarkan supaya terus
berkembang dan masyarakat mendapat balasan daripadanya.
6. Jamuan yang diadakan secara besar-besaran akan membazir sedangkan baki makanan
yang ketinggalan dibuang begitu sahaja.
7. Jambatan Pulau Pinang Kedua akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi
khususnya kepada para pedagang yang akan mendapat manfaat daripada kemudahan
pelabuhan dan penyediaan kargo.
8. Wanita hendaklah melibatkan diri secara aktif di dalam bidang ekonomi untuk
meningkatkan perolehan mereka dalam pembangunan negara.
9. Rakyat masih dapat menyaksikan kegagahan dan kesetiaan pasukan polis dalam
meneruskan tugas dan tanggungjawab namun demikian terpaksa berhadapan dengan
pelbagai rintangan.
10. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian untuk memerangi rasuah sekalipun terpaksa
melangkah arus lagipun hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan.
11. Rancangan Malaysia Kesepuluh dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk
memberikan kelebihan kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada
pembangunan modal insan.
12. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal
seumpama ini tidak pernah menimpa negara kita sejak beberapa dekad yang lalu.
13. Semua penduduk-penduduk kampung berlarian ke pantai untuk menonton ikan
dugong yang terdampar di situ.
14. Pokok yang berumur sahaja dibenarkan untuk ditebang oleh pembalak dalam
pengurusan sistem perhutanan di Malaysia.
15. Di dalam masyarakat moden hari ini, sukan dapat dijadikan jambatan untuk
mewujudkan perpaduan.
16. Guru-guru yang mendidik di kawasan pedalaman diberi elaun tambahan sebagai
insentif pada mereka.
17. Kami menggunakan nahu Kelantan bila bertutur sesama ahli keluarga.
18. Pertunjukan buku yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu mendapat
sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.
19. Program Mengatasi Kemiskinan akan memberikan peluang pada golongan
berpendapatan rendah untuk menambah pendapatan dan memupuk nilai positif tentang
kehidupan.
20. Sekalipun kenaikan harga minyak tidak begitu menyusahkan syarikat pengangkutan
awam tetapi keuntungan yang syarikat itu peroleh mungkin berkurang.
21. Pesakit diabetes dan alahan adalah antara masalah kesihatan yang dialami oleh
sesetengah orang yang berpunca dari amalan pemakanan yang tidak betul.
22. Rakyat Malaysia wajar menghormati pelancong asing untuk mengelakkan potensi
negatif pihak luar terhadap rakyat atau negara ini.
23. Seseorang yang mementingkan kesihatan akan menjalani pemeriksaan perubatan
secara berkala untuk memastikan bahawa ianya sentiasa sihat.
24. Kebanyakan peruncit bersikap tidak endah kepada kerugian pengguna kerana
didorong oleh nafsu tamak untuk menimba keuntungan.
25. Kerajaan membuat keputusan tidak akan membuat tambatan ringgit dengan kadar
semasa Dolar Amerika di dalam menghadapi konflik kewangan antarabangsa.
26. Penggunaan khidmat kiriman ringkas mencerminkan kecanggihan komunikasi di
zaman teknologi maklumat.
27. Pendaratan tahi bintang di kawasan sawah padi itu telah menjadi buah mulut
sejumlah besar penduduk- penduduk berhampiran dengan kawasan kejadian.
JAWAPAN :

1. KKI: Peneroka - Pengkaji KT: di atas - atas


2. KKI: perkhabaran - berita KT: malah - apatah
3. KKI: industri produk kecil - produk industri kecil KT: luar negara - di luar negara
4. KKI: dimensi - reputasi KT: bahawa - dengan
5. KKI: balasan - manfaat KT: dimiliki oleh kita - kita miliki
6. KKI: ketinggalan - bersisa KT: sedangkan - apabila
7. KKI: Jambatan Pulau Pinag Kedua - Jambatan Kedua Pulau
Pinang KT: penyediaan - perkhidmatan
8. KKI: perolehan - sumbangan KT: di dalam - dalam
9. KKI: kegagahan - kegigihan KT: namun demikian - walaupun/sekalipun
10. KKI: melangkah - menongkah KT: lagipun - namun
11. KKI: kelebihan - manfaat KT: lapisan setiap masyarakat - setiap lapisan masyarakat
12. KKI: Kekotoran - Pencemaran KT: yang mana - kerana
13. KKI: menonton - melihat KT: Semua penduduk-penduduk - Semua penduduk
14. KKI: berumur - matang KT: pengurusan sistem perhutanan - sistem pengurusan
perhutanan
15. KKI: jambatan - landasan KT: di dalam - dalam
16. KKI: mendidik - mengajar KT: pada - kepada
17. KKI: nahu - dialek KT: bila - apabila
18. KKI: pertunjukan - pameran KT: dari - daripada
19. KKI: Mengatasi - Membasmi KT: pada - kepada
20. KKI: menyusahkan - menjejaskan KT: syarikat itu peroleh - diperoleh syarikat itu
21. KKI: Pesakit - Penyakit KT: dari - daripada
22. KKI: potensi - persepsi KT: atau - dan
23. KKI: perubatan - kesihatan KT: ianya - ia/dia
24. KKI: menimba - mengaut KT: kepada - tentang
25. KKI: konflik - krisis KT: di dalam - dalam
26. KKI: khidmat kiriman ringkas - khidmat pesanan ringkas KT: di - pada
27. KKI: pendaratan -
kejatuhan KT: sejumlah besar penduduk-
penduduk - sejumlah besar penduduk

1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para

peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

Istilah: perlawanan → pertandingan Tatabahasa: Adakah → Apakah

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang

dia buat.

Istilah: buat → masak Tatabahasa: pendapat → pendapatan

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal

itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.

Istilah: sempadan → sepadan Tatabahasa: dari → daripada

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas

tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

Istilah: memalapkan → menggelapkan Tatabahasa: di → ke

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri

Melaka yang syarikat itu anjurkan.

Istilah: menjajah → menjelajah

Tatabahasa: syarikat itu anjurkan → dianjurkan syarikat itu

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang

menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

Istilah: dimusnahkan → dihapuskan Tatabahasa: Beribu→ Beribu-ribu


7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatansementara sebaik-

baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.

Istilah: petempatan → penempatan Tatabahasa: sebaik-baik → sebaik

8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat

tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

Istilah: kuantiti → kualiti Tatabahasa: paling laris sekali → paling laris

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,

akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

Istilah: menulis → menandatangani Tatabahasa: syarat-syarat → syarat

10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada

bungkusan buku tersebut.

Istilah: pengirimnya → penerimanya Tatabahasa: ke → kepada

11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli

yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

Istilah: menunda → menangguhkan Tatabahasa: lain-lain hal → hal-hal lain

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan

jalan penyelesaian perlu segera diambil.

Istilah: penggunaan → pengambilan Tatabahasa: di → dalam

13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik

pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

Istilah: buruk → rosak Tatabahasa: Pada masa kini → Kini / Pada masa ini

14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai

akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

Istilah: membuang → melepaskan Tatabahasa: disenaraihitam → disenarai hitam


15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa

memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.

Istilah: takat → tahap Tatabahasa: saling potong-memotong → saling memotong

16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng

yang dibaluti tepung itu.

Istilah: dibaluti → disaluti Tatabahasa: gemarkan → menggemari

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu

berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

Istilah: ditangkap → diberkas Tatabahasa: kepada → daripada

18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh

kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

Istilah: kumpulan → pasukan Tatabahasa: membincangkan → berbincang

19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan

dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.

Istilah: petikan → gesekan Tatabahasa: Mereka-mereka → Mereka

20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai

masih pada ibu negara berkenaan.

Istilah: sekumpulan → segerombolan Tatabahasa: pada → di

21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana

dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.

Istilah: kereta lumba → lumba kereta Tatabahasa: butir → buah

22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami

berjoging di taman yang berhampiran.

Istilah: membangunkan → mengejutkan Tatabahasa: Tiap → Setiap


23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang

tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

Istilah: syarahan → taklimat Tatabahasa: di → ke

24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat

dalam kecederaan.

Istilah: kecederaan → kemalangan Tatabahasa: berbagai → pelbagai

25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api

di kawasan landasan itu.

Istilah: digiling → digilis Tatabahasa: bila → apabila

26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

Istilah: dipelihara → diternak Tatabahasa: beribu → beribu-ribu

27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut

sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

Istilah: menjatuhkan → menurunkan Tatabahasa: kepada → pada

28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Istilah: tangan → bimbit Tatabahasa: menghadiahkan → menghadiahi

29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para

pemain gagal memasukkan gol.

Istilah: memasukkan → menjaringkan Tatabahasa: Setengah → sesetengah

30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagimembendung wabak

selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.

Istilah: Pengkaji → Penyelidik Tatabahasa: bagi → dalam


31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh

perniagaan yang terkenal.

Istilah: pertunjukan → peragaan Tatabahasa: Adalah dimaklumkan bahawa → Dimaklumkan

bahawa

32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar

tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

Istilah: dijelajah → dijajah Tatabahasa: masa ke semasa → semasa ke semasa

33. Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar

negara.

Istilah: pegerakan → pertukaran Tatabahasa: demi untuk → untuk

34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air

kita dari ancaman musuh.

Istilah: bergadai → bertaruh Tatabahasa: dari → daripada

35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan

yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

Istilah: berbelok-belok → bersimpang-siur Tatabahasa: Kebanyakan peserta-peserta → Kebanyakan

peserta

36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan

dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.

Istilah: perlawanan → pertandingan Tatabahasa: berapa → beberapa

37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja

pembinaan rumah kos bawah yang masihterbengkalai.

Istilah: bawah → rendah Tatabahasa: masih → sedang


38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan

pengurusan syarikat terbabit.

Istilah: kejayaan → kegagalan Tatabahasa: ialah → adalah

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

Istilah: julukan → jolokan Tatabahasa: adalah → ialah

40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun

perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.

Istilah: terbungkam → terbongkar Tatabahasa: dia lakukan → dilakukan

41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan

yang sewajarnya pada orang ramai.

Istilah: sekeliling → sekitar Tatabahasa: pada → kepada

42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada

pihak pengantin perempuan.

Istilah: sisih → sirih Tatabahasa: mereka serahkan → diserahkan

43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah

benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.

Istilah: mengakui → mengesahkan Tatabahasa: setelah→ selepas

44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang

kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

Istilah: mengadakan → menjalankan Tatabahasa: satu setengah tahun→ satu tahun setengah

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan

untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

Istilah: mengatasi → memulih Tatabahasa: memikir → berfikir

46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.
Istilah: pos segera → pos laju Tatabahasa: Jika sekiranya → Jika

47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang

singkat.

Istilah: tempuh → tempoh Tatabahasa: Ini kerana → Hal ini demikian kerana

48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu

keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.

Istilah: di buat → diumumkan Tatabahasa: Sehubungan itu → Sehubungan dengan itu

49. Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke

semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

Istilah: mencapai → mencecah Tatabahasa: masa ke semasa → semasa ke semasa

50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan

penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran

mereka.

Istilah: meningkatkan → mempertingkatkan Tatabahasa: barang → barangan

Anda mungkin juga menyukai