Anda di halaman 1dari 2

PETIKAN 1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan meggunakan ayat sendiri.
“Nusia!”
Aku cepat-cepat beredar. Suara doctor murni melantun ke dinding pejal wad unit rawatan
rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovary, juga sedang koma. Al-hafiz
masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras,
tidak pernah pun dijenguk professor doctor juaidi.
Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gaids malang yang dibelasah
hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukeia yang semakin cair sel dara merah
di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?
“hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, solehah.”  Titis air mataku
gugur di hujung jari solehah. “engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja tetapi tidak
diberikan. Tuan besar musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu…,” sebak menyendat di dadanya.
i. Siapakah yang memerukan darah di hospital itu?
ii.
      ii.            Bagaimanakah pihak kerajaan dapat memupuk rakyat Malaysia menderma
darah untuk kegunaan pesakit di hospital?

    iii.            Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai lain
yang terdapat dalam cerpen ini.

PETIKAN 2
“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pemah adil, Solehah.” Titis air mataku
gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak
diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar
itu...,” sebak menyendat di dadanya.
“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi
suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.
“Dapatkan di hospital lain; segera.”
Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.
“Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan
dana kepada kelab elit kita. Kita tak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita begitu
terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja
olehnya.”
Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi. Dia
menoleh.
“Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh. “Dia memerlukan darah.” Hatiku pilu tiba-tiba.
“Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua itu
terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia tidak
mati untuk hari ini.”

i.Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Profesor Doktor Juaidi mengutamakan rawatan


kepada Tuan Besar Musa berbanding pesakit lain?

ii. Pada pandangan anda, mengapakah tabung darah itu penting bagi sesebuah hospital atau
pusat perubatan?

iii. Jelaskan satu pengajaran yag lerdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
PETIKAN 3
Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku itu.
Manusiakah dia?
“Kenapa tidak diberi darah yang tulen? Darah daripada Allah untuk manusia. Itu hak dia.”
Terhidu amarahnya, suara kulontar dengan selembut yang boleh walaupun hatiku ketara
pedih.
“Bank darah sudah kontang. Faham?”
“Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa. Cari
kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah?” Dengan pantas kucapai
sebotol gelafundin. Titisannya laju meluncur masuk ke salur darah. Tekanan darah
meningkat. Siapa sebenarnya yang tidak tulen, Solehah? Manusiakah? Kemanusiaankah?
Kutenung wajah Solehah yang koma dan tenang syahdunya.
“Pek-pek darah dalam bank darah hospital, kepunyaan kelab, boleh dijual untuk membeli
minuman keras.” Gagal kupelihara kesabaranku apabila renungan mata Doktor Mumi
menikam anak mataku.

i.Mengapakah Solehah hanya diberikan gelafundin dan bukannya darah tulen? [2 markah]

ii.Masyarakat kini masih lagi mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti minum minuman
keras. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?

Anda mungkin juga menyukai