Anda di halaman 1dari 7

GERHANA MANUSIA

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan seorang doktor yang mementingkan ganjaran
material ketika merawat seorang pesakit sehingga menyebabkan berlakunya
pengabaian nilai kemanusian. Profesor Junaidi cuba mempengaruhi
kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital
tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang
utama kepada jamuan tahunan kelab elit mereka.

Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang koma dan
semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu
Doktor Murni berkaitan bank darah yang sudah kehabisan stok darah. Doktor Murni
mengarahkan Nusia agar menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada
pihak yang mahu menderma darahnya kepada Tuan Besar Musa.
Dalam keadaan dirinya yang sedang koma dan tenat itu, Nusia merasakan bahawa Tuan Besar
Musa tidak mampu lagi diselamatkan kerana dia hanya hidu bergantung pada alat sokongan
hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaaan surah Yasin dan pengucapan
Syahadah lebih dpierlukan. Nusia mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan
menjenguknya. Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Junaidi mahu Tuan Besar
Musa hidup. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Junaidi itu. Menurut Nusia,
harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahan Profesor Doktor Junaidi
supaya dia memasukkan darah kke dalam tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap suatu pembaziran.
Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut sahaja arahan.

Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit yang sedang koma serta menunggu
bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat dan koma akibat pundi
janinnya yang pecah di ovari. Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi
itu juga terdapat bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma dan tenat
akibat didera, dan mahasiswa yang mnghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan bahawa
selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Peofesor Junaidi, maka selama itulah kan
berlaku ketidakadilan dalam proses rawatn di situ.
Profesor Junaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada
hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan.
Profesor Doktor Junaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat
dan teknokrat yang banyak mnyumbangkan dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat
dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai ratusan ribu
menyebabkan Profesor Doktor Junaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya
untuk menyelamatkan nyawanya.

Nusia memberitahu bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor
Junaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darah disebabkan bekalan
darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Junaidi yang tidak
mahumemberikan darah tulen kepada Solehah. Profesor Doktor Junaidi menyoal Nusia mengenai
status perempuan yang sedang koma itu dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya, Nusia
akur dengan arahan Profesor Doktot Junaidi dan mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan
ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darah.
Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah di dalam
bank darah di hospital adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia
supaya tidak terlalu emosional kerana mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia
mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek darah diperlukan selama
dua hari untuk menyelamatkannya Tuan Besar Musa yang koma serta memang tidak boleh
diselamatkan. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang
berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah sahaja diperlukan untuk meghidupkan bayi
buangan yang sedang koma.

Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah diperlukan
untuk memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih kembali. Juruteknik
makmal darah itu menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia
menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah mati kerana hanay adrenalina ,
dopamin, seta atropina yang masih merangsang denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik
makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya.
Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala
risiko atas tindaknyya.
Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamtkannya Solehah,
mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang boleh
mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, Nilai pembaziran yang amat besar itu dilakukan
oleh Profesor Doktor Junaidi.

Profesor Junaidi berusaha untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa dengan meningkatkan
kadar penggunaan adrenalina,dopamin, dan atropina. Namun sedemikian, Tuan Besar yang
sedang tenat dan koma itu gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktot Junaidi
berasa tertekan kerana kematiannya menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan
sebanyak RM100 ribu.

Doktor Murni datang menberikan surat jawatan sebagai doktor perubatan di hospitap yang
mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan itu mnyebabkan Profesor Doktor
Junaidi tercengang dengan keputusan doktor murni itu. Kemudian, Doktor Murni mengapai
tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya meraka dapat menderma darah untuk
disalurkan kepada semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.
TEMA

Anda mungkin juga menyukai