Anda di halaman 1dari 29

NOVEL PANTAI KASIH (KARYA AZMAH NORDIN)

TINGKATAN 4

SINOPSIS:

Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas  menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya,  dia akhirnya  menerima pelawaan   mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

       Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut,  fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. 
Anehnya,  yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.  Kian
terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.  Dari mata kasar,
memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak
kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha  tambah  tertekan.

        Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan  dan menyayat hati.   
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan. 

      Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,  ternyata
mentornya itu agak tidak senang.  Padahal sebelum itu,  Doktor Uwang adalah  guru
demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun
pembedahan.  Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di
institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan
klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan,  pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya.  Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.  Biar apa pun, ketika itu,  selain daripada
sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

       Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang  dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-
kali,  pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.  Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.

Biar apa pun perasaannya,  sebagai seorang doktor yang profesional,  Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri.  Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.

1
SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang
untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha
berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit
pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan
jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali
terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup
Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah
mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu
rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih
Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia
memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat
akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan
Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi
golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah
kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat
bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.

  Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan  gaji yang lumayan supaya bertugas
di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha
dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak
adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk
melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula
mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada
kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar
dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir
tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang
sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat
Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana
asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah
pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya
memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.

BAB 2

Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada
orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar
belajar di sekolah swasta berasrama  seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok

2
untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang
berpendapat anaknya itu tidak harus pulang  langsung kerana memalukannya sahaja.
Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang
doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang
menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada
halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang,
namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

 Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya
seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk
mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor
Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya
namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia
kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu
diserahkan kepada Raiha.

  Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi


yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan
yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang
sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur
dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap
kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya.
Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan
doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu.
Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia
mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta
bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran
dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan
pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja,
barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang
kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak
membakar kereta mewah doktor itu.

  Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu.  Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak
berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar
kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh
tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana
kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah
dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

  Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang
akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang

3
menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa
semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini
menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia
terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha
terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha
walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah
akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia.
Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya.
Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia
seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

  Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor
Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh
Raiha.  Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang
dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan  melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha
merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan
masyarakat elit.

BAB4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh
dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri
kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di
apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang
membesarkannya selama ini.  Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa
nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu
kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.

  Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa
hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma
suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang
sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan
masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak
hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak
untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.

  Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat


Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas.
Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan
turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan
rungutan dan kegusaran isterinya itu.  Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang
tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.

  Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul
hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan

4
berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan
berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana
mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun
sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa
anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.    

 Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor
Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan
Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit
itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh
sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh
pesakit.

  Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan  Felicia terjelopok,
namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana
menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

 BAB 5

 Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang
mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari
ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh
seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang,
begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian
sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk
mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.

 Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam


sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak
rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor
Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang
dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi
berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak
disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat
sangat.

 Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya
selama ini.  Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari
kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia
mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang
sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk
bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu.  Dalam keadaan
separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia
didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia
tergelincir di situ.

5
 

BAB 6

 Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar
pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam
perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz
mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa
aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz
bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit
kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.

 Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang
menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang
menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor
Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan
menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga
menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited
dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting. 

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang
sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila
Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam
ingatannya.  Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak
Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa
sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu.  Felicia menganggap ‘sapi
tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

  Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari
orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta
Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

 Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah
arwah ayahnya  menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya
untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia
berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan
bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya
menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

6
 

BAB7

 Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan
besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia
ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu
ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa
bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam
alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya
menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah
silamnya.

  Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan
dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan
masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas
menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya.
Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia
sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

 Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor.
Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor
Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia
sanggup percaya dengan doktor muda itu.

 Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat
panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di
Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng
menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu
bertugasnya sudah tamat.  Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan
tentang Unong Siron.  Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan
kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang
sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan
palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu
seperti itu.  Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk
Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap
Unong akan Berjaya pada kali ini.

BAB8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan
kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan
anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji

7
supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran
terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi
pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa
semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu
sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi
ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh
orang lain.

 Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia


Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron  menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan
kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu
membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka
pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan rawatan  dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut  Peristiwa itu
pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir
semester.

BAB  9

 Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di
dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng
memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan
pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas
kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan
ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya.
Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu
berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan
yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan
ini.

  Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah
apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan
berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu
dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara
kebetulan berada di situ.

  Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan
wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang
tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya

8
kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan
Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

  Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut
melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum
sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut
laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara
tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

  Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan
pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan
nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian
pergelengan tangan  dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada
anggota tersebut.

  Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar
kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan
langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak
tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.

 TEMA

 Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

- Tabah menghadapi kematian anak peremuannya

Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu
adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui
keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan,
namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada
suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana
isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya
berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-
tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api
kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa
Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya
itu.

-  Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya

Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keenganan
Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat
atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah

9
dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat
disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya,
apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan
kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam
perbicaran, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang
dalam kes tersebut dalam perbicaran di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum
dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-
gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah
walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan
selepas peristiwa itu.

- Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah
sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan
ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

- Tabah menerima tugas membedah

Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan
tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia
setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin
supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.

Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami
kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat
menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat
Rawatan Kasih.

- Tabah menghadapi penceroboh

Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan
bekas pelajar peubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan
untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan
panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah
ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulah mengenali pemuda itu, Raiha
memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron
yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu
Unong dirawat dan akhirnya diberkas.

- Tabah menerima berita punca kematian anaknya.

Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia
seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister
Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca
kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.

10
PERSOALAN

Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.  

 Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang
yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan
mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan
tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak
menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. 

 Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga
menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan
minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun
sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang
pemilih.

Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.

 Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa
bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga
berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia
terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.

 Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat
marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia
mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu
kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf
kerana merahsiakannya kerana takut.

Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan.

 Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah
bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran
anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang

11
berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah
sesiapa termasuk Felicia sebaliknya  reda menerima berita tersebut.

Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.

 Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan
gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan
tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam
kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu
ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi
emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia
tabah menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan
berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia
ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.

Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga.

 Akibat keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang
berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah
tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan memintannya menggugurkan
kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes
perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.

Persoalan tentang kasih sayang.

 Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum
dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih
sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani
Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu
dihantar ke pusat pejagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya
dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa
Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan
yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.

 PLOT

Permulaan

Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda
dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan
bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.

Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa
menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan
komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar

12
ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang
keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan
lagi.

Perkembangan

Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun
dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika
disambar oleh api sukar dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat
tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.

Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi
melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat
dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan
sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang
statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya.
Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu.
Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh
Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap
Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah
lagi.

Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan
daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri
bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha
yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa
izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong
Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang
renting dalam jaga dan tidurnya.

Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan
kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom.
Keenganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang
lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan
bekas isterinya yang lama adalah normal.

Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang
menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila
penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara
kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang
perubatan.

Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan
menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas
dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan
tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati
secara trajis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan
itu.

13
Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada
pergelangan tangan dan tumpurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan
penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk
pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun
akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.

Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika
bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu
berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan
mangsa keadaan.

Konflik

Konflik dengan diri sendiri

Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya

Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi
dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria
disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan
kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.

Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.

Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai
wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan
menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.

Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya

Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah.
Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha
gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.

Konflik Doktor Uwang dengan Ayu

Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan
oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan 
sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya.
Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami
kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu.

Konflik dengan orang lain

14
Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz

Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian
anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan
akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak mucul dan
menceritakan kisah yang sebenar.

Konflik antara Sister Felicia dan Raiha

Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan
terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih
menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu
Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak
menerima teguran tersebut.

Konflik antara Raiha dengan ayahnya

Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh
ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu
tercapai.

Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong

Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk
membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila
emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah
menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang
bukan urusannya.

Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong

Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya
tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan
peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak
bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister
Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya
mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi.

Konflik antara Sister Felicia  dengan Doktor Uwang

Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakiit.
Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu

15
berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang
ditegur oleh Doktor Uwang.

Klimaks / Puncak

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih
akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.

Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan
Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor
telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan
kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta
yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak
perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika
memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu
dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya
melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya itu
walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah
dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.

Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan
teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pegelangan tangan dan tempurung lututnya.

Peleraian

Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan
itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan
penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang
hancur.

Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya
menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak
perempuannya itu.

Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram
dengan membakar kereta mewah mereka.

Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan
Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.

Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana
takut.

16
Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa
keadaan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha

 Seorang doktor  di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6
bulan
 Doktor pakar bedah
 Anak kepada doktor pakar bedah
 Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar
Perunding Pembedahan.
 Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
 Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
 Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
 Sentiasa terkenang peristiwa malang  yang mengikabatkan kematian anak kesayangannya.
 Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
 Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
 Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang
mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

Watak Sampingan

 Doktor Uwang

 Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih


 Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang  surgery
 Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
 Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
 Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
 Berwajah kacak dan segak
 Berusia pertengahan empat puluhan
 Bertubuh sederhana
 Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
 Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
 Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

 Unong Siron

17
 Bekas Pesakit Doktor Uwang
 Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
 Kurus cengkung dan pucat
 Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
 Mempunyai masa depan yang cerah
 Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
 Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara

 Doktor Sadiz

 Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
 Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
 Pakar Perunding Pembedahan
 Pakar Bedah Otak
 Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
 Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
 Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan
rentung.
 Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

 Ayah Raiha

 Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan


 Seorang yang optimistic
 Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor
Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
 Sudah meninggal dunia
 Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
 Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
 Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,
tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
 Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

 Sister Felicia Landosi

 Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.


 Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
 Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
 Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat
kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
 Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.

18
 Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong
Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun
sudah lima kali menjalani pembedahan.

LATAR

Latar Tempat

Pusat Rawatan Pantai Kasih

- Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang


- Tempat Rahia bertugas sebagai pakar  bedah.
- Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali
pembedahan
- Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga terpaksa
pembedahan dilakukan ke atasnya.
- Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah
mendapatkan rawatan.
- Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor.

 Apartment Raiha

- Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya
tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
- Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai
Kasih
- Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi
peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

Rumah Tumpangan

- Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah
agam milik Doktor Sadiz
- Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta
mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ
pada waktu itu.

Rumah Doktor Uwang

- Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya


- Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang
menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.

19
- Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

Mahkamah Keluarga

- Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian
anak perempuan mereka akibat rentung.

Wad Super VVIP

- Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
- Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
- Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
- Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

Daerah Inanam

- Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah


- Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

Hospital Kinabalu

- Tempat Raiha baharu bertugas di situ.


- Sempat bertugas beberapa tahun di situ
- Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

 Latar Masa

Malam Hari

1) Kemalangan Doktor Uwang


- Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan
di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan
tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan
tersebut.
- Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor
Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk
membuat pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana.

2) Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


- Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister
Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.

20
- Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara
psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai
doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke
hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

3) Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
- Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar
api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
- Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan
turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah
membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia
membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya
kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada
di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya
itu sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.

4) Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih


- Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan.
Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil
peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan
melihat keadaannya pada waktu.
- Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan
Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.

Waktu Senja

1) Pembedahan keenam

Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja.
Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan
tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah
pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang mementingkan keuntungan

Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat
Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada
pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia
mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

Masyarakat yang takut berterus terang

21
Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku
sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor
Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang
membawa terhadap Raiha.

Masyarakat yang ego

Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor Sadiz
menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan
kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah
miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan
mereka yang kebetulan ada disitu disambar api tersebut.

Masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi

Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi
doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan
kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia
mampu  menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Masyarakat yang berusaha di luar kemampuan

Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu
terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada
kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

Masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas

Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan
bebas sewaktu mudanya.

Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga
menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

Masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya

Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila
ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.

Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai
Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan
doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.

22
 

 TEKNIK PENULISAN

 Pemerian

Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia

Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis menceritakan
bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda. Felicia
dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam
diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum belajar bersungguh-sungguh
dan menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan.

Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak perempuannya.

Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis menggunakan
teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakkan api
yang sedang memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga
menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh
disambar api yang dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan
menyimbah minyak petrol kea rah kereta mewah tersebut.

                                   

Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang

Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan teknik
pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak
perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan
tangannya terasa ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat
mengawal kederaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar tembok
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pemerian tentang kematian Rohayu

Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis
menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu
marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah Porsche
kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia
yang membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke
rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak petrol yang
dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan apa yang sedang marak
itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.

                                        

Pemerian tentang penyakit Unong Siron

23
Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu terlibat dalam kemalangan
jalan raya. Pampasan daripada syarikat insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati
melihat gadis yang dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan
pembedahan oleh doktor pakar di tempat dia bekerja. Pemerian tentang pembedahan yang
telah lima kali dilalui oleh Unong Siron memberikan pengalaman ngeri kepada pembaca yang
membaca novel ini.

Dialog

Dialog Raiha dan Doktor Sadiz

Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan Doktor
Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak
mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak
tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

Dialog Raiha dan ayahnya

Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha
tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai
disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut
mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah
tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.

Dialog Raiha dan Sister Felicia

Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi
memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia
menjeaskan bahawa ‘sapi tua’ paggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur
kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha
berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih

Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar
perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong
dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia berpendapat
hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat itu.

Dialog Raiha dengan Ibu Unong Siron

24
Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima adalah panggilan palsu, dia mengambil
kesempatan untuk menziarahi Unong Sarion yang baharu sahaja dibedah senja itu. Sewaktu
Raiha merenung muka Unong, ibu Unong Siron bertanya tentang keadaan anaknya itu. Raiha
menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku sebaliknya berharap agar anak gadis itu
akan segera sembuh dan tidak perlu dibedah lagi.

Dialog Doktor Uwang dengan Sister Felicia

Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia sewaktu menunggu Doktor Sadiz. Selepas
pulang dari rumah Datu Untong, Felicia dihantar oleh Doktor Uwang, dan ketika menunggu
Doktor Sadiz, Doktor Uwang menyatakan bahawa sesuai dengan komitmen yang diberikan oleh
Felicia, jawatan dan tangga gajinya akan dinaikkan.

 Imbas kembali

Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha

Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas
kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak
istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak
perempuannya itu sering menghantui fikirannya.

Doktor Uwang juga sering terimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor Sadiz di
hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ikhsan
daripadanya. Dia juga terimbas kembali sewaktu melakukan otopsi ke atas anak perempuan itu.

Imbas kembali zaman sekolah rendah

Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka


memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status
kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat  gaya hidup bebas
yang diamalkan.

Imbas kembali peristiwa kemalangan yang meragut nyawa Doktor Sadiz

Raiha teringat kembali saat kematian bekas suaminya. Selepas menang dalam perbicaraan
Doktor Sadiz vs Raiha kerana saksi utama tidak muncul. Sewaktu bertembung dengan Raiha di
hadapan mahkamah, Doktor Sadiz menjelaskan bahawa Raiha akan digantung tanpa tali
sampai bila-bila sebagai balasan menjejaskan status elitnya di khalayak ramai akibat
perbicaraan itu. Sejurus beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori tangki
minyak yang berhenti di persimpangan lampu berisyarat menyebabkan keretanya meletup dan
terbakar.

25
Imbas kembali zaman belajar di pusat pengajian tinggi

Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat pengajian tinggi. Salah seorang tenaga
pengajar ialah Doktor Uwang, seorang pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan dia
secara sukarela membantu melakukan demostrasi apabila pembelajaran sedang dijalankan.

Saspens

Saspens punca kematian anak perempuan Raiha

Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak
perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah
mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf
kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut.
Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.

Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai
doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia
juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega
apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron
memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.

GAYA BAHASA

Peribahasa

Similie

Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

Kata-kata istilah sains perubatan

Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu
bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.  Antaranya

X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra
sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis

 Perkataan masyarakat setempat

26
Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan
istilah daerah atau tempatan. Antaranya

Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

 NILAI

Nilai Kerajinan

Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan
pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi
seorang jururawat di Hospital Kinabalu.

Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya
iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-
apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

Nilai Ketekunan

Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga
menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui
oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi
pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Nilai Keberanian

Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah
disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes
mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi
oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister
Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes
tersebut.

Nilai Bertanggungjawab

Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai


pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak
sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang
sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat
sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.

27
 

Nilai Keprihatinan

Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak
enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut
adalah doktor pakar yang  bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar
pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah
penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.

Nilai Ketabahan

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah
sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu
dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan
ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk
bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.

Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar
bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk
menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha
akhirnya Berjaya dikecapi.

 Kita hendaklah menghormati hak orang lain

Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk
mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan
wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam
kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan

Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya


terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan
Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan
menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.

28
Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.

Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran


pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk
membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik.
Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi
melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.

Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk
mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya
sebagai pakar bedah tercapai juga.

Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.

Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya,
Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di
Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu
menggugurkan anak cacat yang dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan
Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar
kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan
tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

29

Anda mungkin juga menyukai