Anda di halaman 1dari 16

Tema

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam


hidupnya.

· Tabah menghadapi kematian anak peremuannya


o Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak
perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa,
berkromosom lebih iaitu ‘downsinDoktorom’. Sejak mengetahui
keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar
kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak
tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain
diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak
istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk
memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu
menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan
suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa
oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu
berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api
kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu
amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor
Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama

Raiha
· Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu
berkhidmat selama 6 bulan
· Doktor pakar bedah
· Anak kepada doktor pakar bedah
· Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau
merupakah Pakar Perunding Pembedahan.
· Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
· Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
· Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan
kemampuan diri sendiri.
· Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian
anak kesayangannya.
· Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin,
seboleh mungkin.
· Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
· Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa
nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan

Doktor Uwang
· Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
· Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
· Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
· Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
· Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
· Berwajah kacak dan segak
· Berusia pertengahan empat puluhan
· Bertubuh sederhana
· Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
· Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan
silam.
· Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron
· Bekas Pesakit Doktor Uwang
· Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah
namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi
di PRPK.
· Kurus cengkung dan pucat
· Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
· Mempunyai masa depan yang cerah
· Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa
kerajaan pusat
· Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara

Doktor Sadiz
· Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
· Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
· Pakar Perunding Pembedahan
· Pakar Bedah Otak
· Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
· Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas
gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
· Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa
marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya,
tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh
minyak petrol dan rentung.
· Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana
sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
· Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
· Seorang yang optimistic
· Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan
Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh
yang lebih tua daripadanya.
· Sudah meninggal dunia
· Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki
dengan isteri baharu.
· Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah
jabatan kerajaan.
· Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya
bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya
dalam jangka masa panjang.
· Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi


· Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
· Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama
Raiha dan Doktor Sadiz
· Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
· Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha
disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan
petrol oleh Doktor Sadiz.
· Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah
yang sama dan berkhidmat di hospital yang sama.
· Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan
teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca
anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali
menjalani pembedahan
LATAR

Latar Tempat

1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih


o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang
pinggulnya selama enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan
kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana
atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh
yang menyamar sebagai doktor.

2. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan
dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di
Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai
kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun
lalu.
3. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa
anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
renting akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan
anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.

4. Rumah Doktor Uwang


o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru,
sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan
Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.
o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz
selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.

5. Wad Super VVIP


o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan
Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.
6. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

7. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
LATAR MASA

1. Malam Hari
o Kemalangan Doktor Uwang
- Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan
bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
- Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang
dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia
terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
- Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan
pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan
hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat
pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana.

o Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


- Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan
telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi
pusat rawatan tersebut.
- Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak
Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan
bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor.
Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan
meminta dia ke hospital tersebut. Dengan helah tersebut, lelaki itu
dapat diperdaya.
o Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor
Sadiz
- Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung
selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
milik Doktor Sadiz.
- Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh
Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia,
namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak
perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta
Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol
tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan
tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada
waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar
kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannnya
itu.

o Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih


- Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat
panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu
hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu
untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam
dan melihat keadaannya pada waktu.
- Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat
kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan
untuk melakukan pembedahan ke atasnya.
1. Waktu Senja
o Pembedahan keenam
- Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung
pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha
selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan
peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut
dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar
pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah
Unong Siron.
Latar Masyarakat

1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan


o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas
mengambil
alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong.
Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan
di pusat rawatannya
itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan
meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

2. Latar masyarakat yang takut berterus terang


o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang
kemalangan
yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana
takut. Felcia
tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke
kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa
terhadap Raiha.

3. Latar masyarakat yang ego


o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan
mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab
sepenuhnya atas kematian tersebut
sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat
marahnya yang
membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram
minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka
yang kebetulan ada disitu disambar api tersebut.

4. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi


o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk
belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut
ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang
wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia
mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.

5. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya
walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan
sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang
kelas menengah bawah sahaja.

6. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas


o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar
nikah hasilpergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan
kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan
menghantar anaknya itu di asrama.
7. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya.
Kejayaannya bermulaapabila ayahnya Datu Untong menyerahkan
Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
o Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang
sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasi dahulunya terdiri daripada
tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan
barisan jururawat dan staf yang terlatih.

Anda mungkin juga menyukai