Anda di halaman 1dari 3

TEMA: Dalam novel Pantai Kasih,tema yang diuraikan ialah Ketabahan seorang wanita

menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

BUKTI: Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap citacitanya hendak menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya
kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang
lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas
berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha
mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha
tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut
dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk
membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron
akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.

-Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami
kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat
menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan
Kasih.

Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang
yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi
menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu
dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.

Latar Masa

1.WAKTU MALAM:

Kemalangan Doktor Uwang Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa
berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Sewaktu membelok ke kawasan pusat
rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas
dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut. Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik
keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit gologan
menengah dan sederhana.

2.WAKTU SENJA:

Pembedahan keenam Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada
waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor
Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan
tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah
pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
LATAR MASYARAKAT

1.Masyarakat Yang Mementingkan Keuntungan

Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan
Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang
mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan
dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

2.Masyarakat Yang Takut Berterus Terang

Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku
sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang
menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa
terhadap Raiha.

3.Masyarakat Yang Ego

Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap
Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut
adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram
minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu disambar
api tersebut.

Nilai

1.Nilai Kerajinan

Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman
di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di
Hospital Kinabalu.

Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu
Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apaapa sahaja
yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

4.Nilai Bertanggungjawab

Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan
yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis
remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak
sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang
sama sehingga lima kali.
PENGAJARAN

1.Kita Hendaklah Mempunyai Matlamat Hidup. Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup.
Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup
yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

2.Kita hendaklah menghormati hak orang lain Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu
dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan
Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan
untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak
pesakitnya.

Anda mungkin juga menyukai