Anda di halaman 1dari 2

MESRA BAKTI

MENU

Latar Masa (Novel Tingkatan 4)

Posted on April 8, 2018 by adenium2

Novel Pantai Kasih : Latar Masa (Novel Tingkatan 4)

Latar Masa

Malam Hari

Kemalangan Doktor Uwang

 Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

 Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya
juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.

 Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang
menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat
pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih

 Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia
yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.

 Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara
psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor.
Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital
tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz

 Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar api
yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.

 Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut
ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak
perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol
dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah
dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan
disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak
perempuannya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih

 Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan.
Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil
peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat
keadaannya pada waktu.

 Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan Raiha
membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.

Waktu Senja

Pembedahan keenam

 Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja.
Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut
dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah
pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Anda mungkin juga menyukai