Anda di halaman 1dari 37

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapai
masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat
terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam
ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama
dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai
menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak
harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah.
Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah
mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa
pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz
sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan
kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang
Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa
pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan
pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi
pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka
masa panjang.

Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila
dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia
ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan
sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya
sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya
hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu.
Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali
kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar
dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya
diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan
tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang
telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya
sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak
perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung
dengan Rahia.

BAB 2

Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang gaji
di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta
berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila
ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang
langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada
PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak
harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang,
namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.

Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-
kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik
mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan
pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat
terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong
Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada
Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat
berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha
sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya.
Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh
peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia
menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil
suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun.
Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi.
Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia
mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini
menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang
berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang
sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.

Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais
krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu.
Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang
kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering
mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama
ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang
insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.

Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca
kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada
bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak
perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz
menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha
juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas
menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah
dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha
berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan
Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya.
Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang
jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.

Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha
sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang
kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan
mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya
sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha.
Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di
mata golongan masyarakat elit.

BAB4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya,
dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa
sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang
berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah
itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.

Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul.
Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat
akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana
kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan
kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak
ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah
hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau
panggilannya ‘Ayu’.

Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih
miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada
insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang,
namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang
berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli
tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan
kesihatan kini.

Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan
kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu.
Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk
memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke
poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar
kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di
televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan
matanya sendiri.

Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan
rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang
infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang
oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui
oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha
tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu
menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang
terpaksa dihadapi oleh pesakit.

Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan
melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu hanyalah
hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila
didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5

Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara
sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak
ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ.
Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu
selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan
mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang
yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan
kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab
malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi
gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran
mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat.

Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini
seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa
terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia
mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak
malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja
pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam
hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan
bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6

Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila
ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz
pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak
menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya
terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di
garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung
dan merungut-rungut.

Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya
sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk
membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal
Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi
dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz.
Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia
komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen
minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit
Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.

Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha
teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan
pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang
marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta
peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister
Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’
menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu. Felicia
menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di
Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan
emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli
keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit
pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.

Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam
ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun
arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh
Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah
melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan
dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya
setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan
tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga
tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada
Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga
sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu.
Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan
kisah silamnya.

Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang
berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam
yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan
bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya
yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia
didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai
menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati
dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda
itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan
tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas
ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab
dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia
menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi
ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini
adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima
panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap
Unong akan Berjaya pada kali ini.
BAB8

Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan
anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila
dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani
pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan
yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya
habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di
hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati
dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang
kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar
dipelihara oleh orang lain.

Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan
kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal
penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh
yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh
itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik
tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke
hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa
itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas
penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

BAB 9

Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak
bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah
yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas
walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah
pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang
berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap
sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang
pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang
kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu
hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat
ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah
tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian
sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.

Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah
waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan
sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor
Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang
tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di
Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.

Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia.
Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz
yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak
dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol
merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.

Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya
tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan
dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan
Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati
kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi
saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut
apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar
bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

TEMA

Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Tabah menghadapi kematian anak peremuannya

Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah
seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan
anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap
mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar
anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun
Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan
Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk
melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena
tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan
jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.

Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya

Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keenganan Raiha
mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau ‘down
sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan
kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang
sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang
kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi
utama tidak muncul dalam perbicaran, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga
akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaran di mahkamah keluarga, dengan bangga dan
sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-
gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun
sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa
itu.

Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah.
Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana
beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha
dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas
berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha
mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Tabah menerima tugas membedah

Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut
dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk
membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron
akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.

Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami
kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan
doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.

Tabah menghadapi penceroboh

Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan bekas
pelajar peubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi
masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum
ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron
yang secara kebetulah mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut
diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju
diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas.

Tabah menerima berita punca kematian anaknya.

Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang
tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan
perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap
mereka adalah mangsa keadaan.

PERSOALAN

Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat. Sikap lebih mementingkan
keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan
pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup
menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata
untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya
sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. Sikap Doktor Uwang
yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang
suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap
mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya
berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan
dia seorang yang pemilih.
Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke
atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan
tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor
Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil
untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada
peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu
namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia
tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana
merahsiakannya kerana takut.

Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian
anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa
menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap
semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah
sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.

Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup.
Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun
dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal
dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu
ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong
Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia
kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.

Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu
akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan
rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan memintannya menggugurkan
kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan
menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.
Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu
cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih
sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding
bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh dari
situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa
kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu
merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.

PLOT

Permulaan

Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia
masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor
Sadiz menjadi suami yang baik.

Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani
pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas
pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas
dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu
dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi.

Perkembangan

Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak
perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam
mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api
sukar dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan
dengan kematian anaknya itu.

Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan
peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar
nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila
sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian
sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan
sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan
memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan
rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di
bangku sekolah rendah lagi.

Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada
pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya
itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang
Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego
dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia
juga sering terbayang anak pak ciknya yang renting dalam jaga dan tidurnya.

Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya
setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha
menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu
menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.

Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar
sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya
diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda
berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.

Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan
Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang.
Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut
kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara trajis di hadapan
matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.

Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada
pergelangan tangan dan tumpurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian
sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli
khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa
kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.

Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika bekas
suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara
tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.

Konflik

Konflik dengan diri sendiri

Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya


Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan
kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa
hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap
menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.

Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.

Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita.
Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-
isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.

Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya

Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya
itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran
telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.

Konflik Doktor Uwang dengan Ayu

Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak
ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan sentiasa terbayang-
bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada
bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak
ciknya itu.

Konflik dengan orang lain

Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz

Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya
itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz
menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak mucul dan menceritakan kisah yang sebenar.
Konflik antara Sister Felicia dan Raiha

Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap
emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan
pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah
menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.

Konflik antara Raiha dengan ayahnya

Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya.
Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.

Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong

Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk
membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak
Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan
dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya.

Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong

Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak
sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan
mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya
masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak
prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai
cara mendapatkan keuntungan peribadi.

Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang

Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakiit. Doktor Uwang
yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa
mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.
Klimaks / Puncak

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.

Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih
telah sekali lagi diceroboh oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat
rawatan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan
wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah minyak
petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta
bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan
pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal
kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya itu walaupun
pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan
sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.

Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan teruk yang
dialami oleh Doktor Uwang pada pegelangan tangan dan tempurung lututnya.

Peleraian

Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana
pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi
pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur.

Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak
suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.

Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan
membakar kereta mewah mereka.
Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di
situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.

Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut.

Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha

Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan

Doktor pakar bedah

Anak kepada doktor pakar bedah

Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar Perunding
Pembedahan.

Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya

Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian

Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.

Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengikabatkan kematian anak kesayangannya.

Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.

Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa

Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal
daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan

Doktor Uwang

Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery

Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur

Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan

Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu

Berwajah kacak dan segak

Berusia pertengahan empat puluhan

Bertubuh sederhana

Dikenali sebagai ahli bongkar pasang

Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.

Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron

Bekas Pesakit Doktor Uwang

Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk bertugkus
lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.

Kurus cengkung dan pucat

Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu

Mempunyai masa depan yang cerah

Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara

Doktor Sadiz

Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang

Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman

Pakar Perunding Pembedahan

Pakar Bedah Otak

Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha

Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah
Keluarga kerana menang perbicaraan.

Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya Raiha
membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di
tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.

Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan
kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha

Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan

Seorang yang optimistic

Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang
dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.

Sudah meninggal dunia


Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.

Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.

Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah
sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.

Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi

Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz

Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.

Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang
disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah
dengan petrol oleh Doktor Sadiz.

Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan berkhidmat di
hospital yang sama.

Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron yang
menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali
menjalani pembedahan.

LATAR
Latar Tempat

Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang

Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.

Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan

Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga terpaksa
pembedahan dilakukan ke atasnya.

Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah
mendapatkan rawatan.

Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor.

Apartment Raiha

Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-
gantung oleh Doktor Sadiz.

Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih

Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam
yang dialami beberapa tahun lalu.

Rumah Tumpangan

Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik
Doktor Sadiz

Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta mewah
Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.
Rumah Doktor Uwang

Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya

Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar
Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.

Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

Mahkamah Keluarga

Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak
perempuan mereka akibat rentung.

Wad Super VVIP

Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih

Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang

Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin

Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

Daerah Inanam

Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah

Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini


Hospital Kinabalu

Tempat Raiha baharu bertugas di situ.

Sempat bertugas beberapa tahun di situ

Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

Latar Masa

Malam Hari

Kemalangan Doktor Uwang

Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga
kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang
menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat
pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana.

Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih


Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang
dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.

Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang
menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun
Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah tersebut,
lelaki itu dapat diperdaya.

Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz

Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar api yang
sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.

Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani
oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu
lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah
minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa
disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah
membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.

Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih

Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan. Walau
bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk
menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.

Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat
keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.

Waktu Senja

Pembedahan keenam

Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan
itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha
mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh
tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis
lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat

Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan

Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan
Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang
mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan
dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

Latar masyarakat yang takut berterus terang

Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga
meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram
minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.

Latar masyarakat yang ego

Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap
Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah
disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak
petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu disambar api
tersebut.

Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi

Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor
pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang
wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar
pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa
menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas
menengah bawah sahaja.

Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas

Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas
sewaktu mudanya.

Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan
dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya

Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu
Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.

Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih
dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan
jururawat dan staf yang terlatih.

TEKNIK PENULISAN

Pemerian

Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia

Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis menceritakan bahawa
Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan
penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam diri. Kematian ibunya
membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian
dalam bidang kejururawatan.
Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak perempuannya.

Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis menggunakan teknik
pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakkan api yang sedang
memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya
rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh disambar api yang dihidupkan apabila
Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan menyimbah minyak petrol kea rah kereta mewah
tersebut.

Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang

Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan teknik pemerian.
Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak perempuan pak
ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa ngilu dan
tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat mengawal kederaan yang sedang
dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Pemerian tentang kematian Rohayu

Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis menceritakan
pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap
Raiha yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu, membuatkan
Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang membelikan minyak petrol dan Doktor
Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta
mewah itu dengan minyak petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian
dan apa yang sedang marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.

Pemerian tentang penyakit Unong Siron

Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Pampasan daripada syarikat insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis yang
dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan pembedahan oleh doktor
pakar di tempat dia bekerja. Pemerian tentang pembedahan yang telah lima kali dilalui oleh Unong Siron
memberikan pengalaman ngeri kepada pembaca yang membaca novel ini.
Dialog

Dialog Raiha dan Doktor Sadiz

Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika
membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung
anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk
hidup.

Dialog Raiha dan ayahnya

Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha tidak
bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh orang
lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan
ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan sokongan
kepadanya.

Dialog Raiha dan Sister Felicia

Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi memberikan
penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjeaskan bahawa ‘sapi tua’
paggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan
terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah
kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih

Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan
kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya
meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia berpendapat hanya pemuda itu sahaja
yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat itu.
Dialog Raiha dengan Ibu Unong Siron

Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima adalah panggilan palsu, dia mengambil kesempatan
untuk menziarahi Unong Sarion yang baharu sahaja dibedah senja itu. Sewaktu Raiha merenung muka
Unong, ibu Unong Siron bertanya tentang keadaan anaknya itu. Raiha menjelaskan bahawa tidak ada
apa-apa yang berlaku sebaliknya berharap agar anak gadis itu akan segera sembuh dan tidak perlu
dibedah lagi.

Dialog Doktor Uwang dengan Sister Felicia

Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia sewaktu menunggu Doktor Sadiz. Selepas pulang dari
rumah Datu Untong, Felicia dihantar oleh Doktor Uwang, dan ketika menunggu Doktor Sadiz, Doktor
Uwang menyatakan bahawa sesuai dengan komitmen yang diberikan oleh Felicia, jawatan dan tangga
gajinya akan dinaikkan.

Imbas kembali

Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha

Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh
Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak istimewanya itu. Sewaktu
di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak perempuannya itu sering menghantui
fikirannya.

Doktor Uwang juga sering terimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor Sadiz di hadapan
matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ikhsan daripadanya. Dia juga
terimbas kembali sewaktu melakukan otopsi ke atas anak perempuan itu.

Imbas kembali zaman sekolah rendah

Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang
bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia
adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas yang diamalkan.
Imbas kembali peristiwa kemalangan yang meragut nyawa Doktor Sadiz

Raiha teringat kembali saat kematian bekas suaminya. Selepas menang dalam perbicaraan Doktor Sadiz
vs Raiha kerana saksi utama tidak muncul. Sewaktu bertembung dengan Raiha di hadapan mahkamah,
Doktor Sadiz menjelaskan bahawa Raiha akan digantung tanpa tali sampai bila-bila sebagai balasan
menjejaskan status elitnya di khalayak ramai akibat perbicaraan itu. Sejurus beredar dari mahkamah
keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori tangki minyak yang berhenti di persimpangan lampu berisyarat
menyebabkan keretanya meletup dan terbakar.

Imbas kembali zaman belajar di pusat pengajian tinggi

Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat pengajian tinggi. Salah seorang tenaga pengajar ialah
Doktor Uwang, seorang pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan dia secara sukarela membantu
melakukan demostrasi apabila pembelajaran sedang dijalankan.

Saspens

Saspens punca kematian anak perempuan Raiha

Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak
perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan
menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul
sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui
kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.

Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih

Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat
kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam
keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya
memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di
hospital yang lain.

GAYA BAHASA
Peribahasa

Similie

Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

Penggunaan Diksi

Kata-kata istilah sains perubatan

Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu bagi
memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan. Antaranya

X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra
sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis

Perkataan masyarakat setempat

Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah
atau tempatan. Antaranya

Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol

NILAI

Nilai Kerajinan

Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di
Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di
Hospital Kinabalu.
Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu
Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang
diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

Nilai Ketekunan

Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi
seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang
merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah
menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Nilai Keberanian

Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah
disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu
berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya
sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk
menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.

Nilai Bertanggungjawab

Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan
yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis
remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak
sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama
sehingga lima kali.

Nilai Keprihatinan

Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali
tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar
yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada
senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang
dialami oleh Unong selama ini.
Nilai Ketabahan

Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah.
Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana
beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha
dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas
berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha
mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.

Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah
belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah
tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

Kita hendaklah menghormati hak orang lain

Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat
kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat
kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat
Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan

Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian
anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas
peristiwa hitam itu.

Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.


Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan
perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang
apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak
lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat
seperti anak orang lain.

Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai
cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha
mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai
juga.

Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.

Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap
tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai
kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang
dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya
iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya
itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.

Anda mungkin juga menyukai