Anda di halaman 1dari 9

LATIHAN 1 (ms 14)

Berdasarkan novel yang dikaji, huraikan tema dan dua bukti yang menyokong tema
tersebut. (7m)
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema novel
Pantai Kasih ialah ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dan konflik
dalam kehidupannya.
Hal ini terbukti apabila Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuan
tunggalnya, Rohayu yang menghidapi sindrom Down. Selain itu, Doktor Raiha tabah
menghadapi bantahan ayahnya yang tidak bersetuju dengan cita-citanya ingin menjadi pakar
bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar
bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya
mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental.

LATIHAN 2 ms 15
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut. (8m)
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
banyak persoalan yang ingin disampaikan dalam novel tersebut.
Antaranya ialah persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya,
Doktor Raiha begitu sayang akan anak tunggalnya, Rohayu atau Ayu
walaupun anaknya itu menghidap sindron Down dan tidak sanggup Ayu dihantar ke Pusat
Rawatan Khas bagi kanak-kanak sindrom Down oleh suaminya. Doktor Raiha juga berasa
amat sedih atas kematian tragis anaknya yang disambar api dalam kebakaran kereta mewah
milik suaminya.
Selain itu terdapat juga persoalan kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.
Hal ini terbukti apabila Doktor Uwang lebih mengutamakan keuntungan daripada perniagaan
perubatan yang diceburinya berbanding dengan kesusahan yang dihadapi oleh keluarga
pesakit untuk membiayai kos rawatan. Sebagai contoh, Doktor Uwang tidak menghiraukan
kesusahan pesakitnya Unong Siron asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan.
Seterusnya, persoalan sikap berani mengaku kesalahan. Sebagai contoh, Felicia
Landosi mengakui kesalahannya yang terlibat dalam tragedi malang sehingga meragut nyawa
anak perempuan Doktor Raiha. Dia meminta maaf kerana terpaksa merahsiakannya daripada
pengetahuan Doktor Raiha.
LATIHAN 3 ms 22
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan utama beserta bukti.(8m)
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Watak utama
dalam novel tersebut ialah Doktor Raiha.
Doktor Raiha seorang yang penyayang. Doktor Raiha amat menyayangi anaknya
walaupun anak itu tidak normal. Dia sanggup melarikan anaknya daripada suaminya kerana
tidak rela anaknya itu di hantar ke pusat rawatan khas bagi kanak-kanak sindrom Down.
Selain itu, Doktor Raiha juga seorang yang tegas. Doktor Raiha tegas dan tetap
menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz meskipun tidak direstui oleh
ayahnya. Dia juga tetap meneruskan kandungannya walaupun tindakannya itu ditentang oleh
suaminya.
Seterusnya, Doktor Raiha seorang yang tabah. Doktor Raiha tabah menghadapi
pelbagai cabaran dalam usaha untuk melupakan kenangan pahit yang mengorbankan anak
kesayangannya dan peristiwa hitam yang membawa kehancuran rumah tangganya bersama-
sama Doktor Sadiz.

LATIHAN 4 ms 23
Mengapakah unsur konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting?
Nyatakan tiga alasan anda berdasarkan novel yang telah anda kaji. (7m)
Unsur konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting adalah untuk
menjadikan jalan cerita itu lebih menarik.
Contohnya, mengalami konflik dengan diri sendiri. Antaranya termasuklah konflik Dr
Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya. Raiha tidak dapat melupakan detik hitam
dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya.
Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini
menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan
bekas suaminya atas kematian itu.
Selain itu, konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya. Sister Felicia sangat kecewa
apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu
menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam
pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.
Seterusnya konflik dengan orang lain. Contohnya konflik antara Dr Raiha dengan Dr.
Sadiz. Dr Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca
kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang
menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga
ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama
tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar.
LATIHAN 6 ms35
Jelaskan tiga teknik plot yang terkandung dalam novel yang anda kaji. (8m)

  Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat pelbagai teknik plot
yang digunakan untuk menghidupkan cerita ini. Antaranya termasuklah teknik dialog ataupun
perbualan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha berbincang dengan bapanya tentang kesesuaian
pilihan kerjayanya apabila bapanya tidak bersetuju dengan pilihan kerjaya Raiha sebagai
pakar bedah.
              Selain itu, teknik plot yang kedua ialah teknik imbas kembali ataupun mengingati
masa lalu. Sebagai contohnya, Doktor Raiha teringat kembali peristiwa bapanya tidak
bersetuju dengan keputusannya untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Hal ini dikatakan
demikian kerana umur Doktor Sadiz lebih lanjut daripada bapa Doktor Raiha dan sikap
Doktor Sadiz yang angkuh.
             Akhir sekali, terdapat juga teknik plot pemerian ataupun penceritaan. Di dalam novel
ini pengarang menceritakan kebolehan Doktor Uwang membangunkan Pusat Rawatan Pantai
Kasih daripada sebuah pusat rawatan kecil sehingga menjadi pusat rawatan yang besar dan
terkenal.

LATIHAN 7 ms 36
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua situasi saspens yang ditimbulkan oleh
pengarang dan cara-cara pengarang menyelesaikan situasi saspens tersebut. (8m)

  Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin,
terdapat situasi saspens yang ditimbulkan oleh pengarang.
Antara situasi saspens yang ditimbulkan oleh pengarang ialah pembaca berasa saspens
apabila Felicia ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua.
Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam
keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha
berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan
bantuan pemuda itu di hospital yang lain.
Seterusnya situasi saspens punca kematian anak perempuan Dr Raiha.Pembaca berasa
saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan
Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Dr Raiha apabila Felicia telah mengaku
dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak
muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca
mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.
LATIHAN 8 ms 42
Huraikan tiga latar tempat beserta contoh peristiwa dalam novel yang anda kaji.(8m)
Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini memuatkan
banyak latar tempat. Antaranya termasuklah dewan bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK). Sebagai contoh, peristiwa Doktor Raiha melakukan pembedahan bagi menggantikan
sendi tulang pinggul kali ke-6 terhadap pesakit Unong Siron dan akhirnya 4erjaya.
            
Selain itu, latar tempat kedua termasuklah di mahkamah keluarga. Peristiwa yang
berlaku di sini ialah peristiwa kes kematian anak Doktor Raiha dan Doktor Sadiz iaitu
Rohayu dibicarakan. Doktor Sadiz telah menyalahkan Doktor Raiha ke atas kematian anak
mereka. Doktor Raiha akhirnya menerima keputusan mahkamah terhadap dirinya yang
dianggap bersalah dalam kes kematian Rohayu.

Akhir sekali latar tempat yang ketiga ialah Rumah tumpangan. Rumah tumpangan ini
ialah tempat Dr Raiha dan anaknya bermalam selepas Dr Raiha membawa anaknya keluar
dari rumah agam milik Dr Sadiz.Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Dr Raiha dan
Dr Sadiz renting akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar.

LATIHAN 9 ms 43
Jelaskan beberapa unsur kemasyarakatan beserta dengan contoh yang terkandung
dalam novel yang anda kaji.(8m)

                Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Novel ini
memuatkan banyak unsur kemasyarakatan. Antaranya termasuklah masyarakat yang
penyayang. Sebagai contohnya, Doktor Raiha amat menyayangi anaknya Rohayu walaupun
anaknya menghidapi penyakit Sindrome Down. Dia tidak sanggup menghantar anaknya ke
pusat rawatan khas sebaliknya bertindak melarikan anaknya daripada suaminya, Doktor
Sadiz.

              Selain itu, terdapat juga masyarakat yang pemaaf. Sebagai contohnya, Doktor Raiha
sanggup memaafkan kesalahan Felicia Landosi walaupun dia mengetahui bahawa Felicia
Landosi turut terlibat dalam kemalangan kebakaran kereta yang dirancang oleh suaminya
sendiri, Doktor Sadiz.

Seterusnya masyarakat yang mementingkan keuntungan. Sebagai contoh,


Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat
Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada
pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia
mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
LATIHAN 10 ms 44
Jelaskan tiga kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.(8m)

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa kepincangan masyarakat di dalam novel ini. Antaranya ialah peristiwa seorang ayah
yang sanggup bertindak kejam terhadap anaknya. Peristiwa kepincangan ini dapat dilihat
melalui tindakan Dr. Sadiz yang sanggup membakar kereta Porshe miliknya telah meragut
anaknya, Rohayu yang berada berdekatan dengan kereta tersebut. Tindakan ini dilakukan
oleh Dr. Sadiz kerana dia tidak mahu menerima Rohayu yang cacat kerana dapat
menjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Tindakan Dr Sadiz ini menunjukkan
masyarakat yang sanggup bertindak kejam terhadap anak demi menjaga maruah diriya.
Peristiwa kepincangan lain ialah peristiwa seorang suami yang tidak
bertanggungjawab dan sanggup bertindak kejam. Peristiwa ini dapat dilihat melalui tindakan
Dr. Sadiz yang menyuruh isterinya, Dr. Raiha menggugurkan kandungan setelah mendapati
kandungan itu cacat kerana dapat manjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Dr.
Sadiz tidak melihat bahawa anak yang dikandung oleh Dr Raiha itu adalah anugerah tuhan
yang tidak ternilai. Tindakan Dr. Sadiz ini menunjukkan masyarakat suami yang tidak
bertanggungjawab dan sanggup bertindak kejam demi mencapai status kehidupan golongan
mewah.
Peristiwa kepincangan seterusnya ialah peristiwa kesanggupan seorang doktor yang
mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain demi mendapat keuntungan besar dalam
perniagaan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Uwang yang telah menggunakkan
alat ganti sendi tulang pinggul Unong Siron yang murah dan tidak berkualiti kerana ingin
mendapatkan keuntungan. Tindakan Dr. Uwang ini telah menyebabkan Unong Siron terpaksa
dibedah sebanyak enam kali akibat infeksi ekoran alat ganti tersebut. Tindakan Dr. Uwang ini
menunjukkan masyarakat yang sanggup mengaut keuntungan hasil daripada kesusahan orang
lain.
LATIHAN 11 ms 48
Setiap novel mengandungi nilai murni yang dapat dicontohi pembaca. Jelaskan dua
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai baik hati dalam sebuah novel yang anda
kaji.(7m)
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
beberapa nilai murni di dalam novel ini termasuklah nilai baik hati.
Antara peristiwa yang boleh dikaitkn dengan nilai baik hati ialah peristiwa Dr Raiha
pernah beberapa kali menumpangkan Felicia balik ke rumahnya di Inaman sebelum Felicia
memiliki kereta sendiri.
Selain itu, Doktor Raiha sangat baik hati kerana telah memaafkan kesalahan Felicia
Landosi yang terlibat dalam rancangan kemalangan kebakaran kereta oleh Doktor Sadiz
sehingga menyebabkan kematian anak tunggalnya,Rohayu.
LATIHAN 12 ms 49

Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.(7M)

Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin terdapat
pelbagai nilai kemanusiaan. Antaranya termasuklah nilai keprihatinan. Contohnya, Doktor
Raiha yang prihatin terhadap pesakitnya Unong Siron yang menghidapi penyakit sendi tulang
pinggul. Dokor Raiha telah menjalankan pembedahan ke atas Unong Siron dengan penuh
teliti dan akhirnya berjaya.

              Selain itu, novel ini turut memuatkan nilai ketabahan. Sebagai contohnya, Doktor
Raiha tabah menerima kematian anaknya, Rohayu yang telah terlibat dalam suatu
kemalangan kereta yang dirancang oleh bapa kandungnya sendiri, Doktor Sadiz. Doktor
Raiha menerima dengan reda dan menganggap bahawa itu adalah takdir Allah/Tuhan.

LATIHAN 13 ms 52
Huraikan empat pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.(8m)
Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat beberapa pengajaran
yang dapat dijadikan teladan. Antaranya termasuklah kita hendaklah memaafkan kesalahan
yang telah dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita kerana setiap manusia membuat
kesilapan. Sebagai contonya, Doktor Raiha telah memaafkan kesalahan Felicia Landosi yang
terlibat dalam rancangan kemalangan kebakaran kereta oleh Doktor Sadiz sehingga
menyebabkan kematian anak tunggalnya,Rohayu.

          Selain itu, pengajaran kedua termasuklah kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan
cabaran hidup agar kita reda dengan takdir tuhan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha tabah
menghadapi kematian anak kesayangannya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran kereta dan
menganggapnya bahawa itu adalah ketentuan Allah/Tuhan.

Seterusnya, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah gigih dalam menjalankan
sesuatu perkara . Contohnya , Doktor Uwang gigih membangunkan empayar Pusat Rawatan
Pantai Kasih . Hal ini kerana Pusat Rawatan Pantai Kasih bermula daripada sebuah pusat
rawatan kecil sehingga menjadi sebuah pusat rawatan eksklusif yang terkemuka sewaktu
berada di bawah kendalian Doktor Uwang .

Akhir sekali pengajaran yang ke empat ialah kita hendaklah tabah dalam menghadapi
sikap tidak berperikemanusiaan yang diberikan oleh keluarga sendiri . Contohnya , peristiwa
Doktor Raiha tabah dalam menghadapi desakan daripada suami untuk menggugurkan
kandungannya . Hal ini kerana , anak merupakan anugerah daripada Tuhan dan tidak
seharusnya dibunuh untuk kepentingan diri sendiri .
LATIHAN 14 ms 53
Dalam sesebuah novel, pengarang menyelitkan beberapa peristiwa yang dapat di
jadikan iktibar dalam kehidupan. Berdasarkan sebuah novel, jelaskan dua peristiwa
tersebut. (7m)

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin,
terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan.

Iktibar pertama yang dapat diambil ialah kita hendaklah bijak membuat keputusan
agar masalah dapat diselesaikan dengan baik. Sebagai contoh, ibu Unong Siron bijak
membuat keputusan ketika dia cuba menyelesaikan satu konflik apabila seorang pemuda
yang menyamar sebagai doktor menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) dan
menjadikan Felisia Landosi sebagai tawanan di bilik bedah PRPK. Ibu Unong Siron
mencadangkan supaya pemuda itu merawat anaknya menyebabkan pemuda itu melepaskan
Felicia Landosi. Kebijaksanaan ibu Unong Siron itu mampu mengelakkan kejadian buruk
berlaku kepada Felicia Landosi.

Iktibar seterusnya ialah kita hendaklah menyayangi anak walaupun didapati cacat
kerana anak merupakan anugerah yang tidak ternilai. Iktibar ini dapat dilihat melalui
peristiwa Dr. Raiha enggan menggugurkan kandungan apabila disuruh oleh suaminya Dr.
Sadiz setelah didapati anak yang dikandung itu cacat. Dr. Raiha tetap dengan keputusannya
hendak meneruskan kandungan tersebut kerana dia sangat menyayangi anak yang dikandung
itu walaupun telah didapati cacat.

LATIHAN 15 ms 54
Apakah perasaan anda setelah membaca novel yang anda pelajari. (8m)
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
pelbagai peristiwa yang dapat memberi kesan terhadap perasaan saya apabila membaca novel
ini.
Antaranya ialah saya kagum melihat kesungguhan seorang ibu yang sanggup tidak
mempedulikan permintaaan suami demi melihat anak yang dikandung itu dapat dilahirkan.
Peristiwa seorang ibu yang tetap mempertahankan hak untuk meneruskan kandungan
daripada digugurkan dapat dilihat apabila Dr Raiha tetap dengan pendiriannya untuk
meneruskan kandungan walaupun telah diminta oleh suaminya supaya menggugurkan
kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana dia amat menyayangi anak yang dikandung
itu walaupun tahu akan dilahirkan dalam keadaan cacat.
Selain itu, saya juga bangga dengan seorang doktor yang sanggup menerima tugasan
pada saat akhir dan yang berisiko kerana ingin memastikan pesakitnya sembuh semula.
Peristiwa ini dapat dilihat apabila Dr Raiha sanggup menerima tugasan daripada Dr Uwang
supaya melakukan pembedahan tulang sendi pinggul ke atas Unong Siron yang telah
mengalami infeksi akibat pembedahan terdahulu walaupun tugasan itu telah diterima pada
saat akhir.
Seterusnya, saya sedih dengan tindakan ibu Unong Siron yang sanggup berkorban
untuk memastikan anaknya sembuh semasa dirawat di PRPK. Peristiwa ini dapat dilihat
melalui ibu Unong Siron yang sanggup menjaga anaknya Unong Siron sepanjang dirawat di
Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Ibu Unong Siron sanggup tidur di atas lantai hospital
tersebut semasa menjaga Unong Siron. Ibu Unong Siron juga berani mempersoalkan
kewibawaan Dr. Uwang merawat anaknya sehingga perlu dibedah sebanyak lima kali oleh
Dr. Uwang dan duit pampasan insuran anaknya habis dibelanjakan untuk membiayai rawatan
tersebut.

LATIHAN 16 ms 55
Ada perkara-perkara penting yang lazimnya memikat hati anda setelah membaca
sesebuah novel. Berikan penjelasan berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.Terdapat
beberapa perkara penting yang dapat memikat hati saya.
Antaranya ialah sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam
tetapi atas sikap kerajinannya itu dia berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital
Kinabalu.

Selain itu, sikap Doktor Raiha belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai
cita-citanya menjadi pakar bedah seperti ayahnya. Kita hendaklah berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat hidup
Seterusnya, sikap ibu Unong Siron telah memikat hati saya. Ibu Unong Siron
berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat
anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.

LATIHAN 17 ms 56
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan tiga sumbangan penulis kepada
masyarakat. (7m)
Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Penulis novel
ini ialah Azmah Nordin.
Sumbangan penulis kepada masyarakat ialah untuk menyampaikan idea dan buah
fikiran kepada mesyarakat supaya memaafkan kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang
terhadap diri kita kerana setiap manusia membuat kesilapan. Sebagai contoh, Doktor Raiha
telah memaafkan kesalahan Felicia Landosi yang terlibat dalam rancangan kemalangan
kebakaran kereta oleh Doktor Sadiz sehingga menyebabkan kematian anak
tunggalnya,Rohayu. tabah menghadapi cabaran hidup dan tidak putus asa.
Selain itu, penulis mengajak masyarakat supaya tabah menghadapi dugaan dan
cabaran hidup agar kita reda dengan takdir tuhan. Sebagai contohnya, Doktor Raiha tabah
menghadapi kematian anak kesayangannya, Rohayu dalam kemalangan kebakaran kereta dan
menganggapnya bahawa itu adalah ketentuan Allah/Tuhan.
Seterusnya penulis menulis untuk menyampaikan kritikannya kepada kepincangan
masayarakat. Peristiwa seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup bertindak
kejam. Peristiwa ini dapat dilihat melalui tindakan Dr. Sadiz yang menyuruh isterinya, Dr.
Raiha menggugurkan kandungan setelah mendapati kandungan itu cacat kerana dapat
manjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Dr. Sadiz tidak melihat bahawa anak
yang dikandung oleh Dr Raiha itu adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai. Tindakan Dr.
Sadiz ini menunjukkan masyarakat suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup
bertindak kejam demi mencapai status kehidupan golongan mewah.

Anda mungkin juga menyukai