Anda di halaman 1dari 19

NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN

1. Peristiwa yang memberi kesedaran kepada pembaca.


Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang dapat membawa kesedaran kepada pembaca.
Peristiwa yang dapat membawakan kesedaran kepada pembaca ialah peristiwa Doktor
Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya, Rohayu. Sebagai buktinya, setelah
anaknya meninggal dalam kebakaran kereta mewah Doktor Sadiz, Doktor Raiha tabah
meneruskan kehidupannya sebagai seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PPRK).
Peristiwa ini dapat membawa kesedaran kepada pembaca agar tabah menghadapi pelbagai
dugaan hidup.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Doktor Raiha gigih dan cekal mencapai cita-citanya
walaupun mendapat tentangan hebat daripada bapanya. Sebagai buktinya, Raiha mendapat
tentang hebat daripada ayahnya yang ingin menjadi doktor pakar bedah. Ayahnya beranggapan
kaum wanita hanya akan sesuai duduk di dapur dan ayahnya tidak mahu mengikut jejak
langkah ibunya yang sibuk dalam bidang ini. Peristiwa ini boleh membawa kesedaran kepada
pembaca bahawa kita perlu gigih dan cekal dalam usaha untuk mencapai cita-cita dalam
kehidupan.
2. Peristiwa yang menimbulkan kemarahan kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang dapat menaikkan kemarahan kepada pembaca
beserta alasan.
Peristiwa yang menimbulkan kemarahan kepada pembaca ialah peristiwa Doktor Sadiz
yang bertindak kejam terhadap anaknya dengan membakar kereta Porshe miliknya sehingga
meragut nyawa anaknya, Rohayu. Buktinya, Dr Sadiz telah membakar kereta Porshe miliknya
setelah mengetahui Dr Raiha membawa lari anaknya Rahayu ke sebuah rumah tumpangan.
Tindakan ini dilakukan oleh Doktor Sadiz kerana dia tidak mahu menerima Rohayu yang cacat
kerana dapat menjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Peristiwa ini dapat
menaikkan kemarahan terhadap pembaca kerana tindakan ini menunjukkan bahawa masih ada
segelintir masyarakat yang sanggup bertindak kejam terhadap anak kandung demi menjaga
maruah diriya
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Doktor Sadiz yang menyuruh isterinya, Doktor Raiha
menggugurkan kandungan setelah mendapati kandungan itu cacat. Sebagai buktinya, Dr Sadiz
telah mengarahkan isterinya menggugurkan kandungan kerana diyakininya kandungan tersebut
akan manjatuhkan maruahnya sebagai seorang doktor pakar. Doktor Sadiz tidak melihat
bahawa anak yang dikandung oleh Doktor Raiha itu adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai.
Peristiwa ini boleh menaikkan kemarahan pembaca kerana tindakan tersebut telah
menunjukkan seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan sanggup bertindak jahat demi
menjaga status dan nama.

3. Peristiwa yang menimbulkan kesedihan kepada pembaca


Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 4, novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin,
terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca.
Peristiwa yang menimbulkan kesedihan kepada pembaca adalah melalui peristiwa
kematian anak Raiha iaitu Rohayu dalam tragedi kebakaran. Sebagai buktinya, hasrat Doktor
Raiha ingin menyelamatkan anaknya Rohayu yang hangus dijilat api, namun orang ramai telah
menghalangnya kerana takut akan Doktor Raiha juga akan mengalami kecederaan. Pada
pendapat saya, peristiwa ini amat menyedihkan kerana seorang ibu hanya dapat melihat
anaknya hangus dijilat api dalam sesuatu kemalangan tanpa dapat membantu anaknya
daripada keseksaan tersebut. Anak merupakan intan permata bagi setiap ibu bapa dan mereka
amat sayang dan sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk mereka.
Seterusnya, peristiwa yang menimbulkan kesedihan kepada pembaca ialah peristiwa
apabila Unong Siron, pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) perlu dibedah untuk kali ke-6
tetapi duit yang digunakan untuk merawat sakitnya telah habis. Sebagai buktinya, ibu Unong
Siron tidak mampu untuk menampung kos rawatan sendi pinggul anaknya kerana terlalu mahal
kerana Unong Siron datang daripada keluarga golongan sederhana. Ibu Unong Siron
mengharapkan agar PRPK dapat mengubati sakit anaknya kerana ibunya beranggapan bahawa
PRPK merupakan hospital yang amat baik untuk merawat sakit anaknya, namun amat
mendukacitakan bahawa walaupun telah menjalani pembedahan sebanyak 5 kali , tetapi sakit
anaknya masih tidak dapat dirawat sepenuhnya sehingga ibunya tidak mampu lagi untuk
menampung kos untuk pembedahan kali ke-6 anaknya.Pada pendapat saya, peristiwa ini amat
menyedihkan kerana segala duit yang telah dicari dan dikumpul oleh seseorang ibu telah pun
digunakan untuk merawat anaknya, namun keadaan anaknya masih belum pulih, malah masih
lagi mengalami kesakitan yang perit.
4. Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati ialah peristiwa Dr Raiha yang sanggup
meneruskan kandungannya walaupun disuruh oleh Dr Sadiz untuk menggugurkannya. Sebagai
buktinya, Dr Raiha sanggup meneruskan kandungan setelah disuruh oleh Dr Sadiz untuk
menggugurkan kandungan kerana mendapati kandungannya cacat. Dr Sadiz bertindak
sedemikian supaya maruahnya tidak jatuh sebagai doktor pakar di PRPK. Peristiwa ini
menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca kerana kesanggupan seorang ibu untuk sabar
dan meneruskan kandungannya .
Peristiwa seterusnya adalah peristiwa Dr Raiha yang sanggup meneruskan hidupnya tanpa
anaknya, Rahayu setelah berlaku kejadian tragis. Sebagai buktinya, Dr Raiha tabah
meneruskan hidupnya sebagai seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih walaupun telah
kehilangan anaknya dalam tragedi kebakaran kereta mewah Dr Sadiz. Kejadian tersebut
menyebabkan kesedihan kepada Dr Raiha. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kepada
pembaca kerana seseorang perlu tabah dalam menghadapi dugaan yang dihadapi.
5. Peristiwa yang memberi teladan/impak positif kepada pembaca
6. Peristiwa yang memberi pengajaran/kesedaran kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya telah kaji di tingkatan empat iaitu novel Pantai
kasih karya Azmah Nordin , terdapat beberapa peristiwa yang dapat memberikan pengajaran
kepada pembaca.
Peristiwa yang dapat memberikan pengajaran kepada pembaca ialah peristiwa
Felicia Landosi memohon maaf kepada Doktor Raiha. Buktinya, Felicia Landosi memohon maaf
terhadap penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz.
Doktor Raiha memaafkam kesalahan Felicia dan reda kematian anaknya. Pengajaran yang
pembaca dapat perolehi termasuklah kita hendaklah memaafkan kesilapan orang lain kerana
semua orang melakukan kesilapan.
Selain itu, peristiwa yang memberi pengajaran ialah peristiwa kematian Rohayu
akibat kemarahan ayahnya Doktor Sadiz. Buktinya, kedegilan Raiha menyebabkan suaminya
berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-
tiba Rohayu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang
sedang marak itu sehingga rentung. Pengajaran yang dapat diperolehi ialah kita hendaklah
menyayangi ahli keluarga kita
7. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin,
terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan keinsafan.
Peristiwa yang menimbulkan keinsafan ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur
Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Sebagai buktinya ,Doktor Raiha
memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil.
Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan
layanan kepada semua orang tanpa mengira bangsa,agama atau pangkat dan kekayaan.
Selain itu, peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam Novel Pantai Kasih ialah
peristiwa Doktor Raiha tabah dalam menerima dugaan yang berlaku dalam hidupnya. Sebagai
buktinyanya, keruntuhan rumah tangga Doktor Raiha yang dijadikan bahan tontonan sewaktu
kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia
meneruskan kehidupan dengan tabah. Peristiwa ini memberikan keinsafan kepada pembaca
agar sentiasa tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan dalam kehidupan.
8. Peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya kaji iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin,
terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca.
Peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca ialah melalui peristiwa Dr. Raiha yang
menunjukkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Buktinyanya, kesanggupan Dr. Raiha
meneruskan kandungan walaupun suaminya Dr Sadiz telah menyuruhnya menggugurkan
kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana akan menjatuhkan maruahnya sebagai
doktor pakar bedah. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang yang perlu ada pada diri
setiap pembaca untuk keluarga.
Seterusnya, peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca ialah peristiwa ibu Unong
Siron yang menunjukkan pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anaknya mendapat
rawatan yang sewajarnya. Buktinyanya, ibu Unong Siron yang sanggup menjaga anaknya Unong
Siron sepanjang rawatannya di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Ibu Unong Siron sanggup
tidur di atas lantai hospital tersebut semasa menjaga Unong Siron. Ibu Unong Siron juga berani
mempersoalkan kewibawaan Dr. Uwang merawat anaknya sehingga perlu dibedah sebanyak
lima kali oleh Dr. Uwang dan duit pampasan insuran anaknya habis dibelanjakan untuk
membiayai rawatan tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan pembaca kerana memaparkan
nilai ketabahan yang tinggi supaya pembaca tidak mudah untuk berputus asa dalam kehidupan.
9. Peristiwa yang menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya kaji iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca.
Peristiwa yang menimbulkan rasa gembira ialah peristiwa Felicia Landosi
meminta maaf kerana dia juga terlibat dalam tragedi kematian Ayu. Buktinya, Felicia Landosi
memohon maaf daripada Doktor Raiha penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli
minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi
apabila Doktor Sadiz melepas geram membakar kereta miliknya sendiri . Peristiwa ini
menunjukkan sifat kemaafan seseorang yang merupakan nilai penting dalam kehidupan.
Seterusnya, ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah mengusap dahi Felicia
Landosi sambil tersenyum dan menasihatinya. Buktinya Doktor Raiha bersedia memaafkan
Felicia Landosi dan menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka merupakan
mangsa keaadan. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana pengakhiran novel ini
merungkaikan segala persoalan yang menyelubungi pembaca.
10. Peristiwa yang menimbulkan unsur saspens kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya telah kaji di tingkatan empat iaitu novel Pantai
kasih karya Azmah Nordin , terdapat beberapa peristiwa yang dapat menimbulkan unsur
saspens pada novel ini .
Peristiwa yang mempunyai unsur saspens kepada pembaca ialah peristiwa Felicia
Landosi ditahan oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang doktor. Sebagai buktinya ,
Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan
Pantai Kasih sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan
tersebut. Peristiwa ini dapat memberikan unsur saspens kerana pembaca tertanya - tanya motif
pemuda kurang siuman dan keadaan wanita yang ditahan selepas kejadian itu.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa kelibat seorang kanak-kanak perempuan
dilihat oleh Doktor Sadiz , Felicia Landosi dan Doktor Uwang . Buktinya, Doktor Uwang, Doktor
Sadiz dan Felicia Landosi sering dihantui oleh kelibat seorang kanak-kanak perempuan di mana-
mana sahaja mereka berada . Peristiwa ini dapat menimbulkan tanda tanya kepada pembaca
tentang masa silam tiga orang doktor ini dan siapakah kanak-kanak perempuan itu .
11. Peristiwa yang menjengkelkan kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin,
terdapat peritiwa yang menjengkelkan para pembaca.
Peristiwa yang menjengkelkan para pembaca adalah peristiwa Dr Uwang yang suka
berfoya-foya. Contohnya, sikap Dr Uwang yang masih berfoya-foya bersama gadis-gadis di
kelab malam walaupun sudah berumah tangga menggambarkan dia seorang yang memilih
gaya kehidupan bebas dan tidak mahu dikongkong. Pada hemat, tindakan seharusnya tidak
berlaku kerana seorang suami mempunyai tanggungjawab menjaga kebajikan rumah tangga
agar tidak berlaku penceraian dan salah faham.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Dr Uwang yang mementingkan kepentingan diri
melebihi kepentingan masyarakat. Sebagai buktinya, Dr Uwang tidak menghiraukan
pesakitnya, Unong Siron. Dr Uwang juga menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di
sekolah berasrama seawal usia tujuh tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan
statusnya. Pada pendapat saya, kita perlulah mempunyai sikap toleransi dan saling membantu
dengan orang sekeliling kerana sikap ini membolehkan wujudnya suasana masyarakat yang
hidup aman dan bahagia
12. Peristiwa yang menimbulkan kejutan kepada pembaca
13. Peristiwa yang membangkitkan semangat pembaca
14. Peristiwa yang memaparkan kegigihan/kesungguhan
Berdasarkan sebuah novel yang telah dikaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah
Nordin,pelbagai perisitiwa yang memaparkan kegigihan atau kesungguhan dalam melakukan
tugasan.
Peristiwa yang memaparkan kegigihan atau kesungguhan dalam melakukan tugasan
adalah Doktor Uwang gigih membangunkan empayar Pusat Rawatan Pantai Kasih . Hal ini
kerana Pusat Rawatan Pantai Kasih bermula daripada sebuah pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan eksklusif yang terkemuka sewaktu berada di bawah kendalian
Doktor Uwang .Peristiwa ini menunjuk bahawa kegigihan diperlukan dalam mencapai sesuatu.

Peristiwa seterusnya ialah Raiha tetap gigih dan belajar dengan tekun untuk mencapai
cita-citanya sebagai pakar bedah walaupun mendapat tentangan daripada ayahnya. Bagi
ayahnya, kerjaya sebagai doktor bedah tidak sesuai untuk wanita kerana memerlukan
penelitian dalam menjalankan tugas. Peristiwa ini menunjukkan bahawa mengejar cita cita
perlukan kegigihan yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa.

15. Peristiwa yang menunjukkan kepincangan dalam masyarakat


16. Peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin, terdapat beberapa nilai ketabahan dan contoh peristiwa yang boleh dihuraikan .
Antaranya ialah peristiwa Dr Raiha tabah menghadapi kematian anaknya Rahayu.
Buktinya, Dr Raiha tabah menerima kematian anaknya , Rahayu yang terlibat dalam kebakaran
yang dirancang oleh suaminya sendiri, Doktor Sadiz. Peristiwa ini menunjukkan nilai ketabahan
kepada pembaca supaya sentiasa menerima dengan hati terbuka ke atas segala musibah yang
dihadapi.
Selain itu, peristiwa ketabahan Unong Siron iaitu pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih
menjalani pembedahan. Buktinya, Unong Siron iaitu pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih
tabah menjalani pembedahan bagi penyakit sendi tulang pinggul walaupun setelah lima kali
dibedah oleh doktor di pusat rawatan itu. Pembedahan kali ke-6 yang dikendalikan oleh Doktor
Raiha akhirnya berjaya.Peristiwa ini menunjukkan nilai ketabahan kepada pembaca agar tidak
berputus asa dalam mencari jalan penyelesaian
17. Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin,
terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai kasih saying beserta alasan.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang ialah kasih sayang Dr. Raiha kepada
anaknya Rahayu. Hal ni dapat dibuktikan apabila Dr. Raiha tetap menyayngi anaknya walaupun
Rahayu merupakan seorang kanak-kanak OKU yang menghidap Sindrom Down. Dr Raiha tetap
menerima anaknya dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Peristiwa ini menunjukkan nilai
kasih sayang kepada pembaca kerana mendidik pembaca untuk menerima kekurangan orang
lain kerana setiap manusia mempunyai kekurangan sendiri.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Ibu Unong Siron membayar kos pembedahan demi
kesihatan anaknya. Sebagai buktinya, Ibu Unong Siron sanggup membayar kos pembedahan
yang mahal asalkan anaknya mendapat rawatan yang terbaik di PRPK. Peristiwa ini
menunjukkan nilai kasih sayang kepada pembaca kerana pembaca dapat menghayati nilai kasih
sayang seorang ibu kepada anaknya.

18. Peristiwa yang menunjukkan nilai kerajinan


Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai kerajinan kepada pembaca.
Peristiwa Sister Felecia yang asalnya hanya belajar di kawasan pedalaman di
Inanam, namun tetap berjaya di dalam hidupnya. Buktinya, disebabkan sikap kerajinannya, dia
berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu. Peristiwa ini dapat
memperlihatkan nilai kerajinan kerana kita perlulah berusaha dalam pembelajaran walaupun
dalam keadaan yang susah.
Peristiwa Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang
sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi. Buktinya, Raiha sanggup melakukan apa-apa
sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi. Peristiwa ini
memperlihatkan nilai kerajinan kerana kita hendaklah melaksanakan tuntutan guru-guru atau
mentor kita dengan bersungguh-sungguh.
19. Peristiwa yang menunjukkan nilai persahabatan
20. Peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama
Berdasarkan sebuah novel yang saya iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama beserta alasan.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama ialah peristiwa Doktor Raiha, Ibu
Unong Siron dan staf lain di Pusat Rawatan Pantai Kasih bekerjasama menyelamatkan Felicia
Landosi daripada terus ditawan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor. Buktinya, ibu
Unong Siron membantu untuk menenangkan penceroboh tersebut kerana dia kenal dengan
penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya itu. Selepas penceroboh itu
membuka pintu kecemasan, pengawal keselamatan meluru masuk untuk menahannya.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa nilai bekerjasama penting untuk menyelamatkan seseorang
yang berada dalam bahaya.
Seterusnya, peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama ialah peristiwa Doktor
Raiha bekerjasama dengan pekerja-pekerja di pusat rawatan tersebut untuk menyelamatkan
nyawa Doktor Uwang. Buktinya, selepas Doktor Uwang merempuh tembok Pusat Rawatan
Pantai Kasih, dia dikeluarkan dari kenderaan mewahnya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat
rawatan tersebut. Doktor Raiha menjalankan pembedahan ke atas doktor Uwang selepas
mendapati kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan lutut kakinya. Peristiwa ini
menunjukkan bahawa nilai kerjasama penting agar nyawa seseorang dapat diselamatkan.
21. Peristiwa menarik pada plot permulaan
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Pantai Kasih karya
Azmah Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang menarik pada plot permulaan kepada
pembaca berserta alasan.
Peristiwa yang menarik pada plot permulaan ialah ketika Dr Raiha meneliti X-Ray
milik salah seorang daripada pesakitnnya. Hal ini terbukti apabila Dr Raiha berasa simpati
terhadap nasib Unong Siron yang telah dibedah oleh Dr Uwang sebanyak lima kali tetapi masih
belum sembuh dan sihat seperti sediakala. Pada pendapat saya ,peristiwa ini menarik minat
saya untuk mengetahui sebab pesakit itu terpaksa menjalani pembedahan tulang sendi pinggul
sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Felicia Landosi yang menyelinap masuk
ruang farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) untuk mengambil ubat batuk dan
meminumnya. Sebagai buktinya,Sister Felicia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan
hatinya. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui punca tekanan yang dialami oleh
dia sehingga mengambil jalan singkat untuk mengambil jalan singkat untuk mengatasi masalah
tersebut dengan meminum ubat batuk tersebut
22. Peristiwa menarik pada plot peleraian
Berdasarkan sebuah novel yang saya kaji iaitu novel Pantai Kasih karya Azmah
Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang menarik pada plot peleraian.
Peristiwa pertama yang menarik pada plot peleraian ialah peristiwa Doktor Raiha
bertanggungjawab membedah Doktor Uwang setelah beliau terlibat dalam kemalangan iaitu
terlanggar tembok garaj kereta Pusat Rawatan Pantai Kasih. Buktinya pembedahan harus
dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan menggantikan sendi pada
lutut dan sebelah pergelangan tangan yang parah. Pada pendapat saya hal ini dikatakan
demikian kerana seseorang itu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
tugasannya.
Selain itu, peristiwa lain yang menarik pada plot peleraian ialah peristiwa Doktor
Raiha yang telah mengusap dahi Felicia Landosi sambil tersenyum dan menasihatinya. Buktinya,
Doktor Raiha bersedia memaafkan Felicia Landosi dan menerima semua takdir itu dengan
menyatakan bahawa mereka merupakan mangsa keadaan. Pada pendapat saya, hal ini terbukti
apabila seseorang itu telah memaafkan kesilapan orang lain dan pasrah menerima takdir
hidupnya
23. Peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Pantai Kasih karya Azmah
Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkn nilai bertanggungjawab.
Peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab ialah peristiwa Raiha yang
bertanggungjawab sebagai doktor kepada Unang Siron. Sebagai buktinya, Doktor Raiha
memeriksa Unang Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan gadis
itu memuaskan. Pada pendapat saya, peristiwa ini menunjukkan bahawa kita mestilah
bertanggungjawab ke atas amanah yang diberikan.
Seterusnya, peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab ialah peristiwa
ibu Unang Siron yang bertanggungjawab terhadap anaknya yang sakit. Sebagai buktinya, ibu
Unang Siron menggunakan wang insuransnya untuk membayar wang kos pembedahan Unong
Siron. Pada pendapat saya, peristiwa ini menunjukkan bahawa kita mestilah bertanggungjawab
terhadap keluarga dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menyangi ahli keluarga kita.
24. Peristiwa yang memberi mesej positif kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya pelajari di tingkatan 4, iaitu novel Pantai Kasih
karya Azmah Nordin, terdapat beberapa peristiwa yang memberi mesej positif kepada
pembaca.
Peristiwa yang memberi mesej positif kepada pembaca ialah peristiwa Raiha
yang belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor. Sebagai
buktinya, Raiha menamatkan pelajarannya dan menjadi seorang doktor yang cemerlang di
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pada pendapat saya, peristiwa ini menunjukkan kepada pembaca
bahawa kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari ilmu agar cita-cita kita tercapai.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Dr.Raiha yang bertegas tidak mahu
menggugurkan kandungannya walaupun dipaksa oleh suaminya. Sebagai buktinya, Dr.Raiha
sanggup berpisah dengan suaminya daripada menggugurkan kandungannya yang kurang
sempurna. Pada pendapat saya, peristiwa ini menunjukkan kepada pembaca bahawa kita
hendaklah bersyukur dan menjaga anak kita dengan baik kerana anak merupakan anugerah
daripada Allah.

NOVEL BIMA SAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOF

1. Peristiwa yang memberi kesedaran kepada pembaca


2. Peristiwa yang menimbulkan kemarahan kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop,terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan kemarahan pembaca
beserta contoh.
Peristiwa yang menimbulkan kemarahan pembaca ialah peristiwa Muhamad
Taufik ditimpa kemalangan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Sebagai bukti,
Muhamad Taufik telah ditimpa kemalangan akibat diserang oleh penjenayah yang pada
mulanya disangka kejadian biasa seperti yang diberitahu Ketua Inspektor Lim kepada bapanya.
Namun Muhamad Taufik yakin bahawa peristiwa tersebut merupakan perbuatan khianat yang
dilakukan oleh Johan Arlington Majid untuk meghalang projek Simpanan Langit Gelap. Peristiwa
ini menimbulkan kemarahan kerana peristiwa tersebut menunjukkan bahawa tidak semestinya
usaha yang murni akan diterima oleh orang lain.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa kejadian penculikan ke atas Nurul Hafs dan
Muhammad Taufik. Buktinya, Nurul Hafsa diculik oleh tiga orang lelaki sebelum membalut
mulutnya dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalanya disarung kain gelap. Selepas itu,
Muhamad Taufik telah diculik dengan penculik tersebut menyuruhnya masuk ke dalam sebuah
van sebelum tangannya diikat. Muhamad Taufik dibawa ke tempat yang sama Nurul Hafsa
ditahan. Menyedari peristiwa tersebut,Taufik cuba menenangkan Nurul Hafsa namun telah
dipukul hingga tidak sedarkan diri. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan pembaca kerana
penculikan tersebut bertujuan untuk melindungi kegiatan haram yang dijalankan di situ.
3. Peristiwa yang menimbulkan kesedihan kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop,terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan kesedihan pembaca
beserta contoh.
   Peristiwa yang menimbulkan kesedihan pembaca ialah peristiwa Muhamad
Taufik ditimpa kemalangan akibat sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Sebagai
contoh, Muhamad Taufik telah ditimpa kemalangan akibat diserang oleh penjenayah . Peristiwa
ini menimbulkan kesedihan kepada pembaca kerana peristiwa tersebut menunjukkan bahawa
sifat tamak seseorang induvidu sehingga sanggup menganiaya orang lain untuk orang lain
membalas dendam.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Muhammad Taufik telah dipukul oleh
penjenayah. Buktinya, ketika kejadian penculikan Muhamad Taufik telah dipukul hingga tidak
sedarkan diri ketika dia mahu menenangkan Nurul Hafsa selepas mengetahui dia berada di
tempat yang sama dengan Nurul Hafsa. Peristiwa ini menimbulkan kesedihan kepada pembaca
kerana kesanggupan seseorang melakukan perkara yang baik tetapi dibalas dengan kekerasan.
 4. Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya telah pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari
karya Sri Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan perasaan
simpati kepada pembaca.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati kepada pembaca ialah peristiwa
Muhammad Taufik sanggup mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang
berada dalam kesusahan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Muhammad Taufik
mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang suruhan
Dato’ Johann Arlington-Majid. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana
pengorbanan seorang sahabat yang sanggup mentaruhkan nyawanya sendiri demi
menyelamatkan orang lain.
Peristiwa lain yang menimbulkan perasaan simpati ialah peristiwa Muhammad
Taufik berikhtiar untuk menyatukan ibu dan bapanya semula dengan menjadi anak yang patuh.
Peristiwa ini dapat dilihat melalui sikap Muhammad Taufik yang sering menghormati kedua ibu
bapanya walaupun ibu bapanya sudah berpisah. Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati
kerana ujian yang dialaminya amat berat akan tetapi beliau tetap reda dan bersyukur untuk
teruskan hidup.
5. Peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bima Sakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop , terdapat beberapa peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca beserta alasan.
Peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca ialah peristiwa Nurul
Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang gigih berusaha dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman gigih memulihkan
populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor dengan
mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap
walaupun ditentang oleh Johan Arlington-Majid. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana
mendidik pembaca agar gigih berusaha dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Muhammad Taufik yang sanggup berkorban
nyawa untuk menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang diculik oleh orang suruhan Johan
Arlington-Majid. Sebagai buktinya, Muhammad Taufik tidak teragak-agak untuk berhenti di
stesen Petronas pada jam 8.30 pagi selepas menerima jambangan bunga berbalut selendang
hitam bermanik kristal milik Nurul Hafsa demi menyelamatkan Nurul Hafsa. Peristiwa ini boleh
dijadikan teladan kepada pembaca kerana mendidik pembaca perlu sanggup berkorban untuk
menyelamatkan rakannya yang berada dalam bahaya
6. Peristiwa yang memberi pengajaran/kesedaran kepada pembaca
7. Peristiwa yang minimbulkan keinsafan kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya kaji , Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Sei
Yusof , terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca.

Peristiwa yang menimbulkan keinsafan buat pembaca ialah peristiwa 


Muhammad Taufik mahu memelihara populasi kelip-kelip yang kian pupus disebabkan faktor
peningkatan kecerahan langit. Sebagai bukti, Muhammad Taufik meminta ayahnya,Tan Sri
Muhaimin untuk membeli tanah berkeluasan 50 hektar di sepanjang Kampung Sungai Kuantan
dan kawasan tersebut dipagarkan. Peristiwa ini menunjukkan kesungguhan seorang anak muda
melestarikan alam sekitar untuk mengekalkan spesies flora dan fauna yang terancam.
Peristiwa yang seterusnya yang memberi keinsafan kepada pembaca ialah
peristiwa ibu dan bapa Muhammad Taufik yang bimbang apabila Muhammad Taufik
dimasukkan ke wad hospital setelah dicederakan oleh 3 individu yang tidak dikenali. Sebagai
bukti, bapa Muhammad Taufik risau dan berdoa agar anaknya berada dalam keadaan yang
selamat manakala ibunya , Puan Maryam yang menggesa Muhammad Taufik untuk tinggal
bersamanya di Otago kerana bimbang akan keselamatan anaknya. Peristiwa ini menunjukkan
kasih sayang yang tidak terhingga antara ibu bapa dan anaknya meskipun telah berlakunya
perceraian antara ibu bapa tersebut.
8. Peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca
Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya karya Sri Rahayu Mohd Yusof,
terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.
Peristiwa yang menyentuh perasaan saya apabila membaca novel ini ialah
peristiwa Muhamad Taufik sanggup mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan kawan
yang dalam kesusahan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Muhammad Taufik
mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang suruhan
Dato’ Johann Arlington-Majid. Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di sebuah
stesen minyak Petronas untuk memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan. Perisitwa ini
menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat semangat setiakawan yang yang
sanggup berkorban dengan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan kawan yang telah
diculik.
Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah kegigihan Muhammad Taufik
dan Nurul Hafsa melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui usaha Nurul
Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang ingin mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor
dengan merancang projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar bintang-bintang
dapat dilihat dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Usaha mereka ini telah mendapat tentang
daripada dato’ Johann Arlington-Majid yang berterusan mencari jalan untuk menggagalkan
usaha mereka tetapi berkat kegigihan mereka berjaya meyakinkan Menteri Besar dalam
pembentangan projek tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum
melihat kesungguhan anak muda yang berjuang demi memastikan alam sekitar dapat
dilestarikan walaupun mendapat tentangan daripada pihak lawannya.
9. Peristiwa yang menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya telah pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari
karya Sri Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan perasaan
gembira selepas membaca novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca ialah peristiwa
Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang berjaya mengembalikan kegelapan di Kuala
Selangor melalui projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar bintang-bintang
dapat dilihat dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Sebagai buktinya,usaha Muhammad Taufik
dan Nurul Hafsa untuk memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai pusat pencerapan bintang
amatur dan professional mendapat hasil apabila Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak
kerajaan negeri akan mengiklankan tender mengenai projek Kawasan Simpan Langit dalam
masa terdekat. Peristiwa ini menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana mendidik
pembaca bahawa keazaman dan kegigihan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan penting
supaya mendatangkan hasil dan kejayaan
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya
terhadap Nurul Hafsa dalam kenduri kesyukuran meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri
Muhaimin dan bekas isterinya, Puan Wickam. Sebagai buktinya,Muahmmad Taufik
mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia
mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk
menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa. Peristiwa ini
menimbulkan perasaan gembira kepada pembaca kerana pada akhir cerita, persahabatan yang
erat membawa kepada perkahwinan.
10. Peristiwa yang menimbulkan unsur saspens kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya kaji,novel Bimasakti Menari karya Sri Rohaya Mohd
Yusop,terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan saspen selepas membaca novel ini.
Peristiwa yang menimbulkan perasaan saspen kepada pembaca ialah peristiwa
Nurul Hafsa gagal melihat kelipan kelip-kelip secara sinkronasi. Buktinya,semasa melakukan
lawatan ke Sungai Kuantan hasrat Nurul Hafsa untuk melihat kelip-kelip tidak dapat dipenuhi
kerana dia tidakboleh mendekati anak sungai yang telah dipagari oleh seseorang. Peristiwa ini,
menimbulkan perasaan saspens kepada pembaca kerana ingin mengetahui dengan lanjut
peristiwa yang berlaku dalam novel.
Peristiwa saspen seterusnya ialah Muhammad Taufik menerima hadiah berupa
jambangan bunga. Buktinya, bunga yang diterimanya diikat dengan sehelai kain selendang
berhias manik-manik kristal milik Nurul Hafsa dan muka Muhammad Taufik menjadi pucat
kerana dapat mengetahui Nurul Hafsa mungkin dalam bahaya. Berdasarkan peristiwa ini,
pengajaran yang dapat dipelajari kepada pembaca ialah kita haruslah berwaspada dengan
jenayah yang berlaku di sekeliling kita.
11. Peristiwa yang menjengkelkan kepada pembaca
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menjengkelkan para pembaca.
Peristiwa yang menjengkalkan para pembaca ialah peristiwa Johann Arlington
Majid yang mementingkan diri sendiri akibat sikap tamak. Sebagai buktinya, Johann Arlington
Majid menentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap kerana projek itu menyebabkan dia
tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat
miliknya. Peristiwa ini menjengkelkan pembaca kerana sikap yang mementingkan diri sendiri
tanpa memikirkan kebaikan orang lain.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa projek yang diusahakan Nurul hafsa dan
Muhamad Taufik iaitu Kawasan Simpan Langit Gelap dikhianat. Sebagai buktinya, Muhammad
Taufik diserang oleh konco-konco Dato Johan Arlington Majid dengan bermotifkan khianat
untuk membuktikan kawasan gelap menyebabkan jenayah seterusnya menghalang projek
Kawasan Simpan Langit Gelap. Peristiwa ini menjengkelkan para pembaca kerana perbuatan
khianat yang dilakukan demi kepentingan sendiri.
12. Peristiwa yang menimbulkan kejutan kepada pembaca
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu binti Mohd Yusop,terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan kejutan kepada
pembaca beserta alasan.

  Peristiwa yang dapat menimbulkan kejutan kepada pembaca ialah perisitwa


Muhammad Taufik ditarik masuk ke dalam van. Sebagai buktinya,Muhammad Taufik ditarik ke
dalam van yang menunggunya di hadapan tandas di stesen minyak Petronas setelah pintu van
dibuka. Peristiwa ini menimbulkan kejutan kepada pembaca kerana mangsa telah ditarik di
kawasan yang terbuka dan kawasan awam.
 
  Peristiwa seterusnya ialah peristiwa  Muhammad Taufik menerima jambangan
bunga. Sebagai buktinya,Muhammad Taufik sangkakan bunga tersebut dihantar oleh Nurul
Hafsah namun Muhammad Taufik terkejut bahawa hadiah tersebut diikat dengan selendang
berhias manik manik kristal milik Nurul Hafsa. Peristiwa ini memberi kejutan kepada pembaca
kerana pembaca terkejut dengan tindakan yang akan dilakukan dan memberi pengajaran.

13. Peristiwa yang membangkitkan semangat pembaca


Berdasarkan novel Bima Sakti Menari karya Sri rahayu Mohd Yusof, terdapat
beberapa peristiwa yang dapat memberi semangat kepada pembaca.
Peristiwa Nurul Hafsa ingin memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai tempat
pencerap bintang. Sebagai bukti Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan kembali Kuala Selangor
sebagai tempat pencerap bintang amatur dan professional walaupun Puan Wickham
mengatakan janji tersebut amat sukar dikotakan. Peristiwa ini dapat memberikan semangat
kerana memperlihatkan keazaman dan keyakinan seorang pekerja terhadap tugasnya atau
institusinya.
Peristiwa seterusnya ialah Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman
bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala
Selangor. Sebagai bukti, Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk
menyediakan laporan tentang Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor untuk
dibentangkan di hadapan Menteri Besar. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk
mengemas kini dan memantapkan bahan pembentangan mereka. Peristiwa ini dapat memberi
semangat kerana menunjukkan kerjasama pasukan yang sentiasa menambah baik sesuatu idea
atau kerja agar mendapat hasil yang berkualiti.
14. Peristiwa yang memaparkan kegigihan/kesungguhan
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang memaparkan kegigihan dalam
melaksanakan tugasan kepada para pembaca beserta alasan.
Peristiwa yang memaparkan kegigihan dalam melaksanakan tugasan ialah
peristiwa Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik gigih untuk melestarikan alam sekitar di Kuala
Selangor. Sebagai buktinya, Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berusaha mengembalikan
kegelapan di Kuala Selangor dengan merancang projek Kawasan Simpan Langit Gelap agar
bintang-bintang dapat dilihat semula dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Peristiwa ini
memaparkan kesungguhan kerana mendidik para pembaca untuk gigih berusaha walau di usia
yang muda.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Nurul Hafsa yang bekerja dengan penuh
tanggungjawab di balai cerap. Sebagai buktinya, Nurul Hafsa gigih menerangkan sebab buruj
Belantik yang gagal dilihat kerana pencemaran cahaya kepada pelajar Jepun dan berjanji untuk
memulihkan alam sekitar di Kuala Selangor supaya buruj Belantik dapat dilihat semula.
Peristiwa ini memaparkan kesungguhan kerana mendidik pembaca untuk bijak mengemukakan
hujah sewaktu menjalankan tugas.
15. Peristiwa yang menunjukkan kepincangan dalam masyarakat
Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu binti Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan kepincangan dalam
kalangan masyarakat.
Peristiwa yang menunjukkan kepincangan dalam kalangan masyarakat ialah
peristiwa Dato' Johann Arlington-Majid seorang tokoh perniagaan yang cuba menggagalkan
usaha Muhammad taufik dan Nurul Hafsa melestarikan alam sekitar. Sebagai buktinya, Dato'
Johann Arlington-Majid yang cuba menggagalkan pembentangan projek Kawasan Simpan Langit
Gelap oleh Nurul Hafsa kerana bimbang jika projek mereka berjaya dilaksanakan, lampu jalan
yang dibekalkan oleh syarikatnya akan terhenti. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat yang
sanggup mengaut keuntungan tanpa memikirkan keindahan alam sekitar yang perlu
dilestarikan.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa keruntuhan rumah tangga antara Maryam
Wicham dan Tan Sri Muhaimin. Buktinya demi mengecapi kepuasan dalam kerjaya rumah
tangga yang dibina oleh Tan Sri Muhaimin dan Puan Mariam Wickham runtuh disebabkan
kesibukan tuntutan kerjaya Pun Wickham sebagai aktiviti alam sekitar. Hal tersebut
mengakibatkan anak tunggal mereka, Muhammad Taufik tidak mendapat kasih sayang
sepenuhnya daripada kedua-dua ibu bapa. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat yang sanggup
mengutamakan kerjaya sehingga berlaku keruntuhan rumah tangga yang menyebabkan anak
tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya
16. Peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan
kepada pembaca beserta alasan.
Antara peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan ialah peristiwa Nurul Hafsa
dan Muhammad Taufiq tabah menghadapi cabaran bagi mewujudkan Kawasan Simpan Langit
Gelap (KSLG) di Kuala Selangor. Sebagai buktinya, mereka tetap tabah menghadapi dugaan
dalam usaha mereka mewujudkan kawasan tersebut bagi pencerapan bintang dan menjaga
habitat kelip-kelip. Peristiwa ini menunjukkan nilai ketabahan kerana menonjolkan kecekalan
pencinta alam dalam menghadapi ujian demi menjaga kelestarian alam sekitar.
Peristiwa lain yang menunjukkan nilai ketabahan ialah peristiwa Tan Sri
Muhaimin membesarkan anaknya seorang diri selepas bercerai dengan Pn. Wickham. Sebagai
buktinya, Tan Sri Muhaimin cekal menghadapi ujian dalam membesarkan anaknya walaupun
seorang diri setelah bercerai. Peristiwa ini menunjukkan nilai ketabahan kerana menonjolkan
ketabahan seorang suami menjaga dan membesarkan anak tanpa isteri disisi.
17. Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang
Berdasarkan novel yang saya kaji , Novel Bimasakti Menari Karya Srii Rahayu
Mohd Yusop , terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang kepada
pembaca serta alasan .
Peristiwa yang dapat menunjukkan nilai kasih sayang ialah peristiwa Muhd
Taufiq yang sanggup memperjudikan nyawanya demi menyelamatkan sahabatnya Nurul Hafsa.
Buktinya ketika Nurul Hafsa diculik oleh konco konco Dato Johann untuk mensabotaj projeknya,
Muhd Taufiq sanggup berunding dan membahayakan diri untuk melepaskan Nurul Hafsa yang
telah diculik . Peristiwa ini jelas menunjukkan kasih sayang seorang sahabat sanggup membantu
sahabatnya dalam kesusahan
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin dan Maryan Wickham
yang masih bertanya khabar walaupun telah bercerai. Buktinya ketika melawat ke rumah
Muhammad Taufik, Puan Maryam Wichkam telah memasak makanan kegemaran Muhammad
Taufik dan bertanyakan khabar Tan Sri Muhaimin. Peristiwa ini menujukkan kasih sayang ibu
dan bapa kepada seorang anak yang dapat diambil pembaca
18. Peristiwa yang menunjukkan nilai kerajinan
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bima Sakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai kerajinan.
Peristiwa yang menunjukkan nilai kerajinan ialah peristiwa Puan Wickham kerap
bertanya khabar dan berkomunikasi dengan Muhammad Taufik meskipun tinggal berjauhan.
Buktinya, Puan Wickham sering berkomunisal dengan Muhammad Taufik melalui rangkaian
sosial. Malah, mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Pada pendapat saya,
peristiwa ini menunjukkan nilai kerajinan kerana seorang ibu yang masih mengambil berat
tentang hal anaknya dengan sentiasa bertanya khabar walaupun sibuk dengan pekerjaan dan
tinggal berjauhan.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik rajin
menyiapkan pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Sebagai buktinya, Muhammad
Taufik dan Nurul Hafsa berbincang dan berbalas-balas hujan bagi memantapkan pembentangan
tentang projek Kuala Selangor di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin.
Pada pendapat saya, peristiwa ini menunjukkan nilai kerajinan kerana nilai kerajinan
ditonjolkan dalam kerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan hasil projek yang terbaik
dan berkualiti
19. Peristiwa yang menunjukkan nilai persahabatan
Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu novel Bima Sakti Menari karya Sri Rahayu
Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai persahabatan.
Peristiwa yang menunjukkan nilai persahabatan ialah peristiwa kesanggupan
Muhammad Taufik mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik
oleh orang suruhan Dato Johann Arlington. Sebagai buktinya, Muhammad Taufik sanggup
berjumpa dengan penculik itu di sebuah stesen minyak petronas untuk memastikan Nurul Hafsa
dapat diselamatkan. Pada pendapat saya, peristiwa ini menunjukkan nilai persahabatan melalui
seorang sahabat yang sanggup memperjuangkan nyawanya untuk menyelamatkan rakannya
walau dalam apa jua keadaan.
Peristiwa yang lain ialah peristiwa Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman
bersama-sama gigih untuk melestarikan alam sekitar di Kuala Selangor. Sebagai buktinya, Nurul
Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman berusaha mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor
dengan merancang projek kawasan Simpan Langit Gelap agar bintang-bintang dapat dilihat
semula dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Pada pendapat saya, peristiwa ini menunjukkan
nilai persahabatan melalui kerjasama mereka dalam mengembalikan alam sekitar kepada yang
lebih baik.
20. Peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bima Sakti Menari karya
Sri Rahayu, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama.
   
Peristiwa yang menunjukkan nilai kerjasama ialah peristiwa Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman bekerjasama untuk menyediakan laporan tentang kawasan Simpan
Langit Gelap Kuala Selangor. Buktinya, mereka mengambil masa selama seminggu untuk
mengemas kini dan memantapkan bahan perbentangan. Pada pendapat saya, kita perlulah
sentiasa bekerjasama agar masa untuk menyiapkan tugasan dapat disingkatkan.
      
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin bekerjasama dengan
pihak polis untuk mencari jalan penyelesaian dalam kes penculikan anaknya Muhammad Taufik.
Buktinya, kumpulan penculik dapat ditewaskan dan Muhammad Taufik dapat dibebaskan. Pada
pendapat saya, kita haruslah bekerjasama dengan pihak berkuasa agar segala urusan dapat
dipermudahkan.

21. Peristiwa menarik pada plot permulaan


Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menarik pada plot permulaan
beserta alasan.
Peristiwa yang menarik pada plot permulaan ialah peristiwa kunjungan kanak-
kanak dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima Jepun ke Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Sebagai buktinya, kanak-kanak tersebut duduk di kerusi mengelilingi kubah balai cerap yang
terletak di lereng Bukit Melawati, Kuala Selangor. Mereka berasa kecewa kerana tidak dapat
melihat bintang-bintang di langit semasa lawatan tersebut. Peristiwa ini menarik kerana saya
ingin mengetahui sebab kanak kanak dari Jepun itu tidak dapat melihat bintang-bintang di
langit sedangkan Kuala Selangor terkenal dengan bintang-bintang yang dapat dilihat melalui
balai cerap di Balai Cerap Sultan Salahuddin.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa semasa Nurul Hafsa yang bekerja sebagai
pegawai sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin berjanji kepada kanak-kanak dari Jepun yang
kecewa kerana tidak dapat melihat bintang-bintang di langit. Sebagai buktinya, Nurul Hafsa
berjanji untuk mengembalikan semula kegelapan di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat
dilihat semula. Peristiwa ini menarik kerana saya ingin mengetahui cara yang akan dilakukan
oleh watak utama untuk mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor
22. Peristiwa menarik pada plot peleraian
23. Peristiwa yang menunjukkan nilai bertanggungjawab
Bersadarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Novel Bimasakti Menari karya
Sri Rahayu Mohd Yusop, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan nilai
bertanggunggjawab kepada pembaca beserta alasan.
Peristiwa yang dapat menunjukkan nilai bertanggunggjawab ialah peristiwa Tan
Sri Muhaimin bertanggunggjwab membesarkan anaknya, Muhammad Taufik. Sebagai
buktinya,beliau berusaha menjaga dan membesarkan anak tunggalnya seorang diri selepas
bercerai dengan isterinya. Peristiwa ini memupuk nilai bertanggunggjawab kepada pembaca
kerana memupuk pembaca agar bertanggunggjawab dengan amanah yang diberi.
Peristiwa seterusnya ialah peristiwa Budiman bertanggunggjawab menemani
adiknya Nurul Hafsa untuk berjumpa dengan Muhammad Taufik. Sebagai buktinya,dia menjaga
hubungan adiknya dengan lelaki yang bukan mahram walaupun mereka berjumpa untuk
berbincang tentang Kawasan Simpan Langit Gelap. Peristiwa ini memupuk nilai
bertanggunggjawab kepada pembaca kerana memupuk pembaca agar bertanggunggjawab
menjaga batas hubungan antara lelaki dan perempuan.
24. Peristiwa yang memberi mesej positif kepada pembaca

Anda mungkin juga menyukai