Anda di halaman 1dari 21

04 Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan”

Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri
mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak
mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana
membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih
Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu
sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. ‘Adapun
negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh
bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.’

01
Tersebutlah cerita tentang Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada serta tukang cerita
yang mengatakan bahawa ketujuh-tujuh orang pejuang memberitahu Seri Betara dan Patih
Gajah Mada bahawa mereka hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan sendirinya,
tukang cerita mengatakan sedemikian semasa Laksamana membunuh tujuh orang pejuang
bersaudara di Bukit Cina tersebut. Tidak beberapa lama kemudian didengar oleh Patih Gajah
Mada bahawa tujuh orang pejuang bersaudara yang telah dititahkan oleh Seri Betara ke
Melaka itu sudah meninggal dunia. Lalu Patih pun berasa hairan. Kemudian Patih Gajah Mada
pun berfikir di dalam hatinya. ‘Jika negeri Melaka yang sukar dikalahkan itu binasa maka
barulah puas hatiku. Sebenarnya seperti berita tujuh orang pejuang bersaudara yang berada di
Bukit Cina itu, jika mereka tidak meninggal dunia, sudah pasti kalahlah Melaka itu.’

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih
Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang
bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah.
Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi

02
Setelah dia berakir, maka Patih Gajah Mada pun teringat akan Petala Bumi. Kemudian Patih
Gajah Mada pun segera menyuruh orang berjumpa isteri Petala Bumi untuk bertanya sama ada
anaknya yang bernama Kertala Sari yang pergi mencuri di Daha itu, sudah pulang dari Daha
atau belum. Lalu orang suruhan Patih Gajah Mada pun pergilah berjumpa dengan isteri Petala
Bumi.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas
dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala
Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi
bapaku maka tiada aku lihat ini?”
03
Pada waktu itu Kertala Sari telah pulang dari Daha, dia memperoleh terlalu banyak harta iaitu emas,
pakaian dan wang berpuluh-puluh juta yang dicuri daripada ramai orang. Setelah Kertala Sari pulang
ke rumahnya, maka dia pun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ke manakah perginya bapaku
kerana aku tidak melihatnya?”

1
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,
seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu
bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
04
Setelah ibu Kertala Sari mendengar kata-kata anaknya itu, maka ibunya pun menangis, lalu
berkata, “Wahai anakku, bapamu sudah meninggal dunia kerana dibunuh oleh orang Melayu
yang bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu
marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis
kubinasakan?”
05
Setelah Kertala Sari mendengar kata-kata ibunya itu, maka Kertala Sari pun sangat marah,
katanya, “Siapakah orang yang mengarahkan pembunuhan bapaku itu supaya negeri
Majapahit ini habis kumusnahkan?”

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada
anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunyademikian itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mata engkau olehku! Tanpa
kedap tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat
demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.”
06
Lalu ibu Kertala Sari menceritakan semua hal dari mula hingga akhir kepada anaknya. Setelah
Kertala Sari mendengar cerita ibunya itu, lalu Kertala Sari pun sangat marah, “Cis, Ratu
Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa menghiraukan orang lain.” Seterusnya
negeri Melaka itu pun habis aku binasakan. Jika aku tidak berbuat demikian, aku bukanlah
anak pejuang yang berani dan pandai berbuat tipu muslihat.

Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih
Gajah Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan
ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu,
maka kata Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?”
07
Setelah Kertala Seri berkata-kata sedemikian, lalu orang suruhan Patih Gajah Mada itu pun
tiba. Kemudian dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti tingkah
laku orang bergaduh. Setelah dilihat oleh Kertala Sari orang yang datang itu, lalu Kertala Sari
bertanya kepada orang itu, “Siapakah tuan hamba ini?”

2
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan oleh Patih Gajah Mada melihat pakanira,
sudahkah datang dari Daha atau belumkah, kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu dengan
manira.” Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan oleh orang itu.
08
Lalu kata orang itu, “Saya ini disuruh oleh Patih Gajah Mada untuk melihat tuan, sama ada
sudah balik dari Daha atau belum, kerana Patih Gajah Mada hendak berjumpa dengan kita.”
Lalu Kertala Sari pun segera membawa kerisnya lalu berjalan diiringi orang itu.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata
Patih Gajah Mada, “Hai, anakku Kertala Sari, sebab akan menyuruh memanggil anakku ini,
kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah
mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa
agung.”
09
Setelah sampai di hadapan Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Lalu kata
Patih Gajah Mada, “Wahai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh kamu, kerana pesan
bapamu kepada aku, ‘Jangan tidak diabaikan anakku ini,’ kerana bapamu telah meninggal
dunia kerana melaksanakan tanggungjawab Seri Betara. Sekarang ini kamu akan dilantik
sebagai penggawa agung.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu
sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
10
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, lalu Kertala Sari pun sangat
gembira hatinya, kemudian menyembah kaki Patih Gajah Mada.

Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana
itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga,
syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum
manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.

11
Setelah menyembah Kertala Sari berkata, “Peduli apakah tugas membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana itu? Pada hati saya, jika negerinya pun dapat saya kalahkan seorang diri juga,
kemudian semua anak dan isteri orang Melayu itu pun dapat saya rampas. Sekiranya saya
belum membunuh Ratu Melaka dan Laksamana belum mati, maka saya tidak mahu menjadi
penggawa.”

3
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya
diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin.
12
Setelah Patih Gajah Mada mendengar kata-kata itu maka dia pun sangat gembira, kemudian
dijamunya dengan makanan dan minuman, bergembira serta diberinya sepersalinan pakaian.

Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah
Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke
Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.
13
Setelah selesai lalu Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Lalu sembah
Patih Gajah Mada, “Sungguhpun tujuh orang pejuang yang dititahkan oleh paduka Betara
pergi ke Melaka itu khabarnya sudah meninggal dunia dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.

Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh
penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang
dipesan oleh bapanya kepada patik.
14
Pada mulanya negeri Melaka itu hampir dikalahkan oleh mereka. Sekarang barulah patik
memperoleh pejuang yang sangat cerdik; inilah pejuangnya. Kertala Sari namanya, iaitu anak
Petala Bumi yang diberitahu oleh bapanya kepada patik.”

Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri
Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan
hulubalang yang bernama Laksamana itu?”
15
Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada sedemikian, lalu titah Seri Betara,
“Wahai Kertala Sari, mampukah engkau kutitahkan untuk membunuh Ratu Melaka dan
hulubalang yang bernama Laksamana itu?”

Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan membunuh Ratu
Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan?
16
Lalu sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, peduli apakah pekerjaan membunuh Ratu
Melaka dan Laksamana itu, sedangkan negeri Daja mampu patik kalahkan?

4
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara, “Segeralah
engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa
agung.”
17
Selepas Seri Betara mendengar kata-kata Kertala Sari itu, lalu titah Seri Betara. “Segeralah
engkau pergi ke Melaka. Kerajaan seperti yang engkau sebut itu supaya engkau kulantik
sebagai penggawa agung.”

Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera patik
suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah
paduka Betara itu.”
18
Lalu sembah Kertala Sari, “Sekiranya tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segeranya
patik dihantar ke Melaka berserta sebuah perahu supaya patik dapat segera melaksanakan
tugas seperti titah paduka Betara itu.”

Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka
Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi.
Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.
19
Lalu titah Seri Betara, “Wahai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Lalu
Patih Gajah Mada pun menyediakan sebuah perahu dengan sepuluh orang yang pergi
menyertainya. Setelah semuanya lengkap lalu Kertaka saru pun berlayarlah.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala
Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main
segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
20
Tidak beberapa lamanya maka Kertala Sari pun tibalah di Melaka. Lalu dia punsinggah di luar
kota di kampung kesemua orang Jawa. Lalu Kertala Sari pun menyemarkan dirinya seperti
kebanyakan orang Jawa itu. Lalu Kertala Sari pun seperti biasa berjalan keluar dan masuk
serta melawat di setiap kampung dengan orang kaya-kaya dan saudagar.

5
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Karma
Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi
menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang
yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertal Sari pun
pandnag pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hububalang
Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhnya ia dapat
membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
21
Setelah diketahuinya, lalu Kertala Sari pun menyamar sebagai orang Patih Karma Wijaya.
Pada waktu itu Kertala Sari pun masuk mengikut Patih Karma Wijaya pergi untuk menghadap
bersama-sama dengan orang Jawa yang banyak itu. Lalu semua hulubalang yang menghadap
bersama-sama itu dilihat oleh Kertala Sari seorang demi seorang. Lalu Kertala Sari pun
terpandang akan Laksamana; lalu dia pun berfikir di dalam hatinya, “Dialah hulubalang Ratu
Melaka yang bernama Laksamana. Jika demikian tingkah lakunya, pastilah dia dapat
membunuh bapaku, kerana dia pejuang hebat lagi cerdik.”

Setalah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan
tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali
pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta.
Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas
bukit itu. Maka dilihatnya tempat itu terlalu baik menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah
turun dari Bukit Cina itu.
22
Setelah selesai dia berfikir sedemikian, lalu Kertala Sari pun melihat kejadian di penghadapan
dan tempat orang menantikan raja itu. Selepas meninjau di serata tempat, lalu Kertala Sari pun
kembali ke tempat persinggahannya itu, lalu dia pun berjalanlah mencari tempat untuk
menyimpan harta. Lalu Kertala Sari terlihat sebuah bukit yang terletak di luar kota itu. Lalu
dia pun pergi ke puncak bukit itu. Lalu dilihatnya tempat itu sangat sesuai untuk menyimpan
harta. Lalu dia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu.

6
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu
berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka
dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk
makan bersama-sama dengar saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun
masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia
membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempatnya
singgah itu.
23
Tidak beberapa lama kemudian maka hari pun malamlah. Lalu Kertala Sari menjadi dirinya
yang sebenar; lalu dia berjalan masuk ke dalam kota. Kemudian dia masuk ke rumah seorang
saudagar yang kaya. Lalu dilihat oleh Kertala Sari Saudagar itu sedang makan nasi bersama-
sama isterinya. Kemudian Kertala Sari pun masuk lalu makan bersama-sama saudagar itu.
Setelah jauh malam, maka saudagar itu pun tidur. Lalu dicuri oleh Kertala Sari kesemua harta
saudagar itu sebanyak-banyak yang mampu dibawanya dan isteri saudagar itu pun
dicabulinya. Lalu dia pun kembali ke tempat singgahnya itu.

Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun gemparlah mengatakan dirinya kecurian.
24
Lalu saudagar itu pun hebohlah mengatakan bahawa dirinya kecurian.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis
kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
25
Setelah itu hari pun malamlah. Lalu Kertala Sari pun masuk lalu mencuri pula ke sebuah
rumah saudagar yang lain. Selepas dia banyak memperoleh harta, lalu dia pun kembali ke
tempatnya semula. Oleh hal yang demikian habislah semua harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Lalu semua saudagar dna orang kaya-kaya itu pun pergi menghadap raja berdatang
sembah, “Ya tuanku, patik memohon ampun, sebenarnya patik sekalian habis kena curi
tinggal sehelai sepinggang.”

7
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya. Maka titah baginda “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada
Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
26
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, lalu baginda pun terkejut sambil menampar-
nampar pahanya. Lalu titah baginda, “Wah, datanglah pula musibah atas negeriku! Nasib baik
ada Laksamana; jika Laksamana kuutuskan ke negeri orang, pasti binasalah negeri ini.”

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka temanggung pun menyuruhkan
orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kempungnya. Setelah hari
malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing
perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

27
Lalu baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Wahai Temanggung, suruh orang berkawal
dan semua saudagar juga berkawal di kampung masing-masing. Lalu Temenggung pun
menyuruh orangnya memberitahu orang kaya-kaya dan saudagar supaya berkawal di kampung
masing-masing. Setelah hari malam, lalu Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal,
terlalu ramai orang membawa lembing perisai bersama-sama dan semua saudagar pun
berkawal di kampung masing-masing.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya
lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka
dicurinya harta orang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu
dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
28

Pada mulanya Kertala Sari pun masuk ke dalam. Lalu dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu ramai berserta dengan senjata masing-masing. Lalu Kertala Sari pun
membaca pustakanya lalu dicurinya harta yang tersimpan itu lalu dibawanya pulang dan isteri
orang kaya-kaya itu dicabulinya. Lalu dia pun pulang ke tempatnya semula.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya
kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temanggung, “Hai Temenggung,
tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

29
Selepas hari siang lalu ornag kaya-kaya itu pun datang menghadap raja untuk mengadukan bahawa dia
kecurian pada malam semalam. Lalu baginda pun berasa hairan lalu bertitah kepada Temenggung,
“Wahai Temenggung, tidaklah Temenggung menyuruh orang Temenggung berkawal pada malam
semalam?”

8
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal
semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

30
Lalu semabah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik ada menyuruh orang patik
berkawal pada malam semalam, namun seorang pun tidak ditemui oleh mereka. Orang patik
juga hairanlah dengan pencuri itu.

Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
31
Lalu titah baginda, “Apakah sebabnya maka dapat dicurinya oleh pencuri itu?”

Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil
Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.
32
Lalu baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Lalu baginda pun menyuruh orang
memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.

Maka titah baginda, “Hai kekasihku Laksamana, datanglah bala ke atas negeriku dan
banyaklah orang aku kecurian; masing-masing mengadukan halnya pada kita.”
33
Lalu titah baginda, “Wahai kekasihku Laksamana, datanglah bencana atas negeriku dan
ramailah orang aku yang kecurian; masing-masing mengadukan perkara mereka kepada kita.”

Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, mohonkan ampun dan kurnia; adapun penjurit ini
bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain.”
34
Lalu sembah Laksamana, “Daulat tuanku, mohon ampun dan kurnia; sebenarnya pencuri ini
bukanlah pencuri dari negeri ini, tetapi pencuri dari negeri lain.”

Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
35
Lalu titah baginda, “Apakah sebabnya maka mampu dicurinya juga oleh penjurit itu?”

9
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka sembah Bendahara, “Daulat tuanku Syah Alam, adapun pekerjaan berkawal itu
pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengerjakan
dia.”
36

Lalu sembah Bendahara, “Daulat tuanku Syah Alam, sebenarnya tugas berkawal itu tugas
Temenggung; apabila Temenggung tidak bersuara, Laksamana pula melaksanakannya.”

Maka titah raja, “Pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.”
37
Lalu titah raja, “Pada malam ini Temenggung sendiri yang keluar berkawal.”

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal.” Maka
Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratusnya
orang dengan alat senjatanya.
38
Lalu sembah Temenggung, “Daulat tuanku, patik sendiri akan masuk berkawal.” Lalu
Temenggung pun memohon untuk pulang ke rumahnya lalu mengerah semua hambanya
seramai lima ratus orang dengan alat senjata mereka.

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi
orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara.
Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali.
39
Setelah hari malam lalu Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Lalu didengarnya oleh
Kertaka Sari orang berkawal dan bunyi lembing serta perisai berbunyi. Lalu Kertala Sari pun
membaca kemudian dia berjalan di tengah-tengah orang ramai itu lalu dia masuk ke rumah
Bendahara. Lalu dicurinya harta yang tersimpan itu lalu dibawanya pulang.

Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.


40
Selepas hari siang lalu Bendahara pun hebohlah mengatakan bahawa dia kecurian.

10
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini
patik habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.”
41
Lalu Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik memohon ampun, pada malam
semalam patik habis kecurian, habislah semua harta yang tersimpan.”

Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidaklah kita titahlah Temenggung sendiri pada malam
berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”

42
Lalu titah raja, “Wahai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri yang
berkawal pada waktu malam? Mengapakah pada malam semalam mamak Bendahara
kecurian?”

Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada
malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang
kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka
titah duli yang maha mulia patik junjung.”
43
Lalu sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik memohon ampun dan kurnia; sebenarnya pada
malam semalam patik sendirinya yang berkawal. Pada setiap pintu dan rumah saudagar dan
orang kaya-kaya itu telah patik kawal; lalu tidak ada seorang pun yang ditemui oleh orang-
orang patik. Lalu titah duli yang maha patik junjung.”

Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan
barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak
memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
44
Lalu Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, sebenarnya pencuri yang datang ini
bukanlah sebarang pencuri, lebih banyak cerdiknya daripada patik. Jikalau ada derma kurnia,
patik hendak memohon ke bawah duli untuk cuba mencabar pencuri itu.”

11
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau Laksamana
pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka
Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.

45
Lalu titah raja, “Sebenarnya Laksamana ini tidaklah dapat berjauhan daripada kita, jika
Laksamana pergi berkawal siapakah yang akan menemani kita di istana ini? Yang kita
harapkan hanyalah Laksamana.” Lalu Laksamana pun berdiam diri semasa mendengar titah
raja sedemikian itu.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.
46
Selepas beberapa hari maka semua orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
seterusnya semua orang datang menghadap raja. Lalu raja pun tidak terdiam.

Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke
istana kita ini.”
47
Lalu sembah Laksamana, “Pada ramalan patik, pada malam itu pula pencuri itu akan datang
ke istana.”

Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”
48
Lalu titah raja, “Apakah pendapat kita supaya pencuri itu tidak dapat memasuki istana itu?”

Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu daripada penjurit
yang tahu patik peroleh.”
49
Lalu sembah Laksamana, “Daulat tuanku, terdapat suatu cara; hikmat itu daripada pejuang
yang mahir patik peroleh.”

12
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamaan, hikmat itu.”


50
Lalu titah baginda, “Segeralah laksanakannya, kekasihku Laksamana, hikmat itu.”

Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi berkawal,
tiada jauh.”
51
Lalu sembah Laksamana, “Ya tuanku , pada malam ini benarkanlah patik pergi berkawal,
tidak jauh.”

Maka baginda bertitah, “Baiklah.”


52
Lalu baginda bertitah, “Baiklah.”

Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing
dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya
suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-
memalu, terlalu gemuruh bunyinya.
53
Lalu Laksamana pun menyuruh orangnya membawa semua senjata yang banyak itu, lembing
dan tombak serta kayu. Lalu diaturnya oleh Laksamana di sekeliling istana. Lalu diletaknya
suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sesama sendirinya serta kayu itu pun palu-
memalu, terlalu kuat bunyinya.

Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka
Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka Laksamana
pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang
lain masuk mencuri.
54
Lalu hari pun malamlah. Lalu Laksamana pun memakai pakaian serba hitam lalu berjalan.
Lalu Kertala Sari pun masuklah. Lalu dilihat oleh Laksamana seorang pencuri; lalu
Laksamana pun bersembunyi di suatu tempat. Lalu Kertala Sari pun menyimpang ke tempat
yang lain lalu masuk mencuri.

13
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila habislah harta
raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengatuk. “Adapun bini raja muda-muda itu
kuambil akan biniku.”
55
Lalu Kertala Sari pun fikir di dalam hatinya mahu mencuri harta raja; apabila habis harta raja
tersebut dicurinya kemudian dia hendak membakar serta mengamuk. “Seterusnya isteri raja
yang muda-muda itu akan kuambil menjadi isteriku.”

Maka ia pun sampailah ke istana. Didengar bunyi gemuruh, maka dihampirinya: maka
dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak.
56
Lalu Kertala Sari pun sampailah ke istana. Didengarinya gemuruh, lalu didekatinya: lalu
dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak.

Maka Kertala Sari pun hairan, berfikir dalam hatinya, “Adapun hikmat ini bukan hikmat
Melayu, hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu juga.”
57
Lalu Kertala Sari pun berasa hairan, dia berfikir di dalam hatinya, “Sebenarnya hikmat ini
bukan hikmat orang Melayu, sebaliknya hikmat pencuri Jawa yang mahir juga.”

Maka diambil suatu kayu, maka disarungnya. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu
gemuruh bunyinya. Maka didengar oleh orang berkawal bunyi kayu itu terlalu gemuruh. Maka
ia pun hendak pergi mendapatkan, maka ia teringat akan pesan Laksamana: tiada diberinya
bergerak, masing-masing pada tempatnya.
58
Lalu diambilnya sebatang kayu, lalu disarungnya. Lalu berpalu kayu hikmat Laksamana itu
gemuruh bunyinya. Lalu didengari oleh orang yang berkawal bunyi kayu itu sangat gemuruh.
Lalu mereka pun hendak pergi mendapatkannya, lalu mereka teringat akan pesan Laksamana:
mereka tidak dibenarkannya bergerak, masing-masing perlu berada di tempatnya.

Maka kata penjurit itu, “Apa tipunya aku masuk ini, kerana senjata ini ada bertikam. Jika aku
masuk nescaya kalahlah aku oleh senjata ini?”
59
Lalu pencuri itu berkata, “Apakah muslihat untuk aku masuk, kerana senjata ini sudah
bertikam. Jika aku masuk pasti kalahkah aku oleh senjata ini?”

14
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka penjurit itu pun kembali pula pergi pada tempat yang lain. Maka dicurinya lalu
dibawanya pada tempat itu.
60
Lalu pencuri itu pun pergi ke tempat yang lain pula. Lalu dicurinya kemudian dibawanya di
tempat itu.

Maka hari pun sianglah. Maka Laksamana pun kembali. Maka kata Laksamana pada orang
yang bertunggu itu, “Adakah tuan-tuan dengar bunyi kayu dan senjata itu lain daripada bunyi
sedia kala?
61
Lalu hari pun sianglah. Lalu Laksamana pun pulang. Lalu Laksamana berkata kepada orang
yang menunggu itu, “Adakah tuan-tuan mendengar bunyi kayu dan senjata itu lain daripada
bunyi yang sedia kata?”

Maka sahut orang itu, “Adapun pada pendengaran sahaya, kayu itu memalu kayu lainlah.”

62
Lalu dijawab oleh orang itu, “Sebenarnya pada pendengaran saya, kayu itu memalu kayu
lain.”

Maka Laksamana pun melihat, sungguh. Maka Laksamana pun masuk menghadap. Maka titah
raja, “Hai kekasihku, adakah bertemu dengan penjurit itu?”
63
Lalu Laksamana pun melihat, benar. Lalu Laksamana pun masuk menghadap. Lalu titah raja,
“Wahai kekasihku, adakah kekasihku bertemu dengan pencuri itu?”

Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, tiada patik bertemu. Insya-Allah Taala, kelak
malam patik cuba main penjurit itu, dengan berkat arwah guru patik.” Maka raja pun diamlah.
64
Lalu sembah Laksamana, “Daulat tuanku, tidak patik temui. Insya-Allah Taala, malam nanti
patik cuba mencabar pencuri itu, dengan restu arwah guru patik.” Lalu raja pun diamlah.

15
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai
bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada malam ini aku masuk
membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis aku curi.”
65
Setelah waktu malam lalu Kertala Sari pun memakai pakaian yang cantik-cantik dan wangi-
wangian yang harum lalu dia masuk ke dalam kota, di dalam hatinya berkata, “Pada malam ini
aku hendak membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu telah habis aku curi.”

Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh
Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah
akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka
tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.
66
Sementara itu Laksamana pun memakai pakaian pencuri. Lalu Laksamana pun berjalanlah.
Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Lalu Kertala Sari pun masuklah ke
dalam kota. Lalu Laksamana pun tidur di tengah-tengah pasar itu. Lalu didengari oleh
Laksamana bunyi hentakan kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh. Lalu Laksamana pun
tahulah bahawa Kertala Sari yang tiba itu. Lalu Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah-tengah
pasar itu. Lalu kakinya tertendang pada badan Laksamana.

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya “Teririk bangkai pula
aku ini!”
67
Lalu Kertala Sari pun berdirilah di bahagian kepala Laksamana itu, lalu dia berkata, “Terpijak
mayat pula aku ini!”

Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam
dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
68
Sebenarnya semasa Laksamana tidur kerisnya telah sedia terhunus, lalu Laksamana bangun
melompat dan menikam dada Kertala Sari hingga tertusuk terus ke belakang.

16
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka Laksamananya pun berkata, “Ceh,mati engkau olehku!”


69
Lalu Laksamana pun berkata, “Cis, mati engkau olehku!”

Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir Laksamana.
Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya
syahwatnya lalu ia kembali ke rumahnya.
70
Selepas Kertala Sari merasai luka itu, lalu dihunus kerisnya pula untuk menghalau
Laksamana. Dua tiga langkah sahaja lalu dia pun rebah tersungkur lalu mati. Lalu Laksamana
menghiris kemaluan Kertala Sari lalu dia pulang ke rumahnya.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka
segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik
membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”
71
Setelah hari hampir siang lalu orang pun melalui kawasan itu. Lalu dilihatnya seorang
penjahat mati; lalu segera dikeratnya telinga dan dibawanya kepada raja, sembahnya, “Ya
tuanku, inilah buktinya patik membunuh pencuri yang terlalu ganas itu.”

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya,
“Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”
72
Lalu datang pula seorang lagi, dipotongnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya,
“Inilah buktinya bahawa patik yang membunuh pencuri pada malam tadi.”

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawa kepada raja. Maka
baginda pun menjadi hairan.
73
Oleh hal yang demikian habislah kaki dan tangan Kertala Sari dipotongnya serta kepada raja.
Lalu baginda pun berasa hairan.

17
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini.
Siapakah juga yang sungguh ini?”
74
Lalu titah baginda kepada Bendahara, “Wahai mamak Bendahara, kita pun hairan akan
kelakuan ini. Siapakah yang benar ini?”

Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi makna sungguh;
tambahan Laksamana belum datang.”
75
Lalu sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada pandangan patik, dua bukti lagi bermakna
benarlah; tambahan pula Laksamana belum tiba.”

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka
sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain
daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia,
menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk
kemalu-maluan, lalu kembali.
76
Tiba beberapa lama kemudian Laksamana pun tiba membawa kemaluan dan keris Kertala
Sari. Lalu sembah Bendahara, “Inilah, tuanku bukti yang benar. Pada pandangan patik, jika
selain daripada Laksamana, tidak ada sesiapa pun dapat membunuh pencuri itu. Jangan
membunuhnya, bertentang mata denagnnya pun tidak mampu.” Lalu semua orang itu tunduk
malu, kemudian pulang.

Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?”

77
Lalu titah baginda, “Bagaimanakah muslihat Laksamana sehingga dapat membunuh pencuri
itu?”

Maka diceritakannya segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu sukacita. Maka
baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku,
baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.”
78
Lalu diceritakannya semua kejadian. Lalu baginda pun berasa hairan dan sangat gembira. Lalu
baginda pun memberikan anugerah kepada Laksamana. Lalu sembah Laksamana, “Ya tuanku,
baiklah titahkan semua orang untuk mengangkut harta itu.”

18
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka titah raja pada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara menghadapi orang mengangkut segala
harta dan kerahkan segala orang mengangkut harta itu.”
79
Lalu titah raja kepada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara berjumpa dengan orang yang
mengangkut semua harta dan kerahkan semua orang untuk mengangkut harta itu.”

Maka Bentara pun menyembah lalu pergi dalam mengangkut segala harta itu di Bukit Cina.
Maka harta itu pun terlalu banyak. Maka segala harta itu ditimbunkan di halaman balairung
itu, tujuh hari tujuh malam berangkut segala harta itu.
80
Lalu Bentara pun menyembah lalu bergerak dengan rakyat untuk mengangkut semua harta itu
di Bukit Cina. Maka harta itu sangat banyak. Lalu semua harta itu dikumpulkan di ruang
balairung, tujuh hari tujuh malam mereka mengangkut semua harta itu.

Setelah sudah maka sembah Laksamana, “Baik juga Duli Yang Dipertuan menitahkan orang
memalu mong-mongan suruh mari mengenal hartanya.” Maka baginda pun bertitah pada
Temenggung menyuruh orang memalu mong-mongan. Maka dipalu oranglah berkeliling
negeri.
81
Lalu sembah Laksamana, “Baik juga Duli Yang Dipertuan menitahkan orang memalu gong
kecil dan menyuruh mereka datang mengenal harta masing-masing.” Lalu baginda pun
bertitah kepada Temenggung untuk menyuruh orang memalu gong kecil. Lalu dipalu oranglah
gong kecil di sekeliling negeri.

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi
mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik,
tuanku.”
82
Lalu semua orang yang kehilangan harta itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam untuk
mengenal semua harta mereka, seorang pun tidak ketinggalan. Lalu kat seorang, “Ini harta
patik, tuanku.”

Maka seorang, “Ini pun ia harta patik, tuanku.”


83
Lalu kata seorang, “Ini pun ialah harta patik, tuanku.”

19
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”


84
Lalu kata seorang, “Ini tuanku harta patik.”

Kata seorang, “Ini bantal patik, tuanku.”


85
Kata seorang, “Ini bantal patik, tuanku.”

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu
sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan
orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”

86
Selepas semua harta dikenal pasti oleh pemilik harta, lalu raja bertitah, “Wahai kamu semua
sekalian, semua harta ini hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagian, dua bahagian diberikan
kepada Laksamana, sebahagian untuk pemilik harta, kerana harta yang telah hilang ini
dijumpai oleh Laksamana.”

Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
87
Lalu sembah orang itu, “Daulat tuanku, segala titah tuanku patik junjung.”

Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia
dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun,
mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
88
Lalu sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika sedemikian, aniayalah duli yang maha mulia dan
sedihlah semua pemilik harta. Yang sebahagian harta itu untuk patik. Walau bagaimanapun,
terpulang pada mereka sekiranya ikhlas henak memberikan harta kepada patik.”

Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kat Laksamana ini?”

89
Lalu titah baginda, “Wahai kamu sekalian, bersetujukah kamu dengan kata-kata Laksamana
ini?”

20
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)
Prosa Tradisional Tingkatan 4 – “Kepimpinan Melalui Teladan” Bahasa Klasik – Bahasa Standard

Maka sembah mereka itu, “Sukakah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan
Rasuh-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala
hartanya akan Laksamana.
90
Lalu sembah mereka itu, “Setujulah patik sekalian memberikan harta kepada Laksamana.
Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun
memberikan semua hartanya kepada Laksamana.

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka
yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahgi itu didermakan pada
segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pengawai yang tiada
penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah,
suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.

91
Lalu Laksamana pun membahagikan harta kepada tiga bahagian, diambilnya Laksamana harta
itu sebahagian. Lalu sebahagian harta yang diambil oleh Laksamana itu dibahagikan kepada
tiga bahagian pula; yang sebahagian harta itu didermakan kepada semua fakir miskin dan yang
sebahagian harta lagi diberikan kepada semua pengawai yang tidak ada penguasaan dan
sebahagian harta diberikan kepada semua orang Laksamana. Lalu se,ua harat itu pun habislah,
tidak ada satu pun diambil oleh Laksamana.

Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiada
Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.
92
Lalu baginda pun sangat sayang akan Laksamana; sebarang masalah jika tiada Laksamana,
tidak dapat diselesaikan. Lalu negeri Malaka pun aman.

Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah
mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak
mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan
segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka.
Demikianlah perkerjaannya.
93
Tidak beberapa lama kemudian sampailah berita kepada Majapahit dan Patih Gajah Mada bahawa
Kertala Sari telah terkorban kerana dibunuh oleh Laksamana. Lalu Patih Gajah Mada pun mencari
jalan dan berusaha untuk mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, Patih Gaja
Mada sentiasa menyuruh orangnya ke gunung dan segenap bukit untuk bertanya tentang orang yang
boleh membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah tugasnya.

21
chlorouzzz (Rujukan: https://youtube.com/playlist?list=PLDx2e5Oyw9_aQb49Wy1eVQvVkNECXYNu-)

Anda mungkin juga menyukai