Anda di halaman 1dari 3

BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

24 JUN 2021 (KHAMIS)


KEMAHIRAN ASPEK TATABAHASA

SK : 5.6 Menganalisis ayat.


SP 5.6.1 Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat

Objektif :
1. Menganalisis 45 kesalahan bahasa yang terdapat dalam 5 petikan dengan baik.
2. Membina sebuah perenggan yang koheran berdasarkan 4 perkataan yang telah
diberikan.

AKTIVITI 1: MENGENAL PASTI KESALAHAN BAHASA

SOALAN 1 : Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan


kesalahan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membuat
lonjakan paradigma dengan mengambil langkah yang pro-aktif untuk mengubah
teknik dan jenis pertanian yang diberikan perhatian. Antara program yang diberikan
prihatin oleh kerajaan untuk diperkasakan oleh usahawan tani, termasuklah sektor
peladangan kontrak. Program ini adalah projek berimpak tinggi yang diperkenalkan
sebagai mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan
sederhana. Sejak dari Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) lagi, kerajaan
telah memperluaskan sektor ini bagi meningkatkan pendapatan petani. Pengenalan
projek berimpak tinggi ini juga mampu melahirkan usahawan tani-usahawan tani
yang berpendapatan tinggi.

(Dipetik dan diubah suai daripada


"Sektor Pertanian ke Arah DAN 2.0"
Dewan Ekonomi, Bil. 2/2019)

1. lonjakan - anjakan 4. peladangan - perladangan 7. Sejak dari - Sejak


2. pro-aktif - proaktif 5. adalah - ialah 8. memperluaskan -
memperluas
3. prihatin - perhatian 6. mekanisma - mekanisme 9. usahawan tani-usahawan
tani – usahawan-usahawan
tani
SOALAN 2: Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan
kesalahan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Lambakan graduan untuk menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur


di negara kita begitu membimbangkan walaupun kerajaan telah menawarkan
pelbagai peluang untuk memastikan mereka dapat ditempatkan di dalam sektor
pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran interaktif sosial, iaitu kemahiran cara-
cara perhubungan dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat
setiakawan dan nilai-nilai kebersamaan yang lain. Demi untuk memastikan para
graduan berjaya memperolehi kerja yang diidamkan, mereka sepatutnya melakukan
beberapa persediaan dan mempunyai kemahiran-kemahiran penting, bukan sekadar
memiliki kelulusan akedemik yang tinggi semata-mata.

(Dipetik dan diubah suai daripada


"Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan"
oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015)

1. untuk – yang 4. interaktif - interaksi 7. Demi untuk - Demi


2. menawarkan – 5. perhubungan - berhubung 8. memperolehi -
menyediakan memperoleh
3.di dalam – dalam 6. setiakawan - setia kawan 9. akedemik - akademik

SOALAN 3: Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan


kesalahan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Cadangan Kementerian Pendidikan untuk perkenalkan kemahiran berenang sebagai


sebahagian daripada kegiatan ko-kurikulum mulai tahun hadapan harus ibu bapa
terima dengan hati terbuka. Kemahiran berenang sangat penting untuk mengelak
kejadian kanak-kanak lemas samada di kolam renang, di tasik, di sungai atau di laut.
Oleh itu, cadangan memperkenalkan renang sebagai subjek di sekolah tidaklah
usaha yang mudah dan boleh dilaksanakan dalam jangka masa yang pendek. Selain
memakan kos yang tinggi untuk membina kolam renang di sekolah, lain-lain faktor
juga perlu diambil kira.

(Dipetik dan diubah suai daripada


"Minda Pengarang: Kemahiran Berenang Elak Tragedi"
Berita Harian Online, 22 Oktober 2018)

1. perkenalkan – 4. mengelak - 7. tidaklah - bukanlah


memperkenalkan mengelakkan
2. ko-kurikulum – 5. samada - sama ada 8. pendek - singkat
kokurikulum
3. ibu bapa terima – 6. di kolam renang, di 9. lain-lain faktor - faktor-
diterima oleh ibu bapa tasik, di sungai atau di laut faktor lain
– di kolam renang, tasik,
sungai atau laut

SOALAN 4: Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan


kesalahan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Industri global semasa mempamirkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai


dan pasaran terbuka yang lebih tercabar hingga terpaksa menyaingi dengan syarikat
bertaraf antara bangsa. Peningkatan prodaktiviti yang tinggi menghasilkan rantaian
bekalan yang luas untuk memacu penumbuhan ekonomi. Setiap peringkatan dalam
rantaian pembekalan ini mempunyai nilai tambah yang mampu diagihkan kepada
beribu industri kecil yang lain.

(Dipetik dan diubah suai daripada


"Mendayakan Sektor Automotif oleh Shahrin Ramli,
Dewan Ekonomi, Bil. 9/2018)

1. mempamirkan - 4. penumbuhan - 7. lembap - lambat


mempamerkan pertumbuhan
2. antara bangsa - 5. peringkatan - 8. tercabar – mencabar
antarabangsa peningkatan
3. prodaktiviti - produktiviti 6. beribu – beribu-beribu 9. menyaingi - bersaing

Anda mungkin juga menyukai