Anda di halaman 1dari 2

Pengajaran Novel Pantai Kasih

Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup. 


Contoh Peristiwa: Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya
menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan
matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

Kita hendaklah menghormati hak orang lain Setiap orang  mempunyai hak. 


Contoh Peristiwa: Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati.
Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat
Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan
raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat
Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan 


Contoh Peristiwa: Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan
penuh tanggungjawab dan dedikasi. Begitu jugalah dengan Doktor Alex Ng, Doktor
Muhammad, dan Doktor Razak yang bertanggungjawab merawat pesakit di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain. 


Contoh Peristiwa: Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama
melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan
semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan
untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek
untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah
dan sihat seperti anak orang lain.

Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. 
Contoh Peristiwa: Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa
hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah
seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat
hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai
juga.

Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup. 


Contoh Peristiwa: Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun
ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan
akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi
oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya
sering menjadi bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu
Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah
menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada
suaminya Doktor Sadiz.

Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan


Contoh Peristiwa: Raiha amat menyayangi anak tunggalnya, Rohayu walaupun
anaknya itu merupakan orang kelainan upaya yang menghidap sindrom Down.

Kita perlulah berhemah tinggi terhadap orang lain.


Contoh Peristiwa: Raiha melayan kerenah pesakit, iaitu Unong Siron dan ibu Unong
Siron dengan begitu sopan dan berbudi bahasa.

Kita perlulah bersikap baik hati terhadap orang lain


Contoh Peristiwa: Raiha pernah beberapa kali menumpangkan Felicia balik ke
rumahnya di Inanam sebelum Felicia memiliki kereta sendiri.

Kita hendaklah rajin menimba ilmu demi kesenangan masa depan.


Contoh Peristiwa: Raiha rajin belajar hingga dia berjaya mengikuti jurusan perubatan
di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan akhirnya berjaya menjadi doktor.

Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas.


Contoh Peristiwa: Raiha bijak menangani peristiwa pemuda kurang siuman yang
telah menyamar sebagai seorang doktor dan telah menahan Felicia Landosi di bilik
bedah dengan membenarkan ibu Unong Siron memujuk pemuda itu.

Kita perlulah tegas ketika menentukan satu-satu tindakan


Contoh Peristiwa: Raiha mempertahankan haknya dengan tetap meneruskan
kerjayanya dalam bidang kedoktoran walaupun dibantah oleh bapanya.

Kita mestilah berani bertindak jika berada di pihak yang benar


Contoh Peristiwa: Raiha berani mendakwa suaminya di mahkamah keluarga dengan
menyatakan secara tegas bahawa suaminya yang telah menyebabkan kematian anak
tunggal mereka walaupun mendapat tentangan daripada anggota keluarganya.

LatihanNovel Pantai Kasih

Anda mungkin juga menyukai