Anda di halaman 1dari 94

ISI KANDUNGAN

SINOPANS TINGKATAN 5

TEMA 1 Anda Bersih, Anda Sihat 1


TEMA 2 Sukan dan Rekreasi 7
TEMA 3 Kerjaya Meniti Jaya 11
TEMA 4 Bersatu Kita Teguh 14
TEMA 5 Pendidikan untuk Semua 19
TEMA 6 Sains,Teknologi dan Inovasi 23
TEMA 7 Pertanian,Penternakan dan Perikanan 34
TEMA 8 Melancong Mencari Makna 38
TEMA 9 Ekonomo,Keusahawanan dan Pengurusan 42
Kewangan
TEMA 10 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 46
TEMA 11 Dunia Selamat Milik Kita 58
TEMA 12 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 62
TEMA 13 Jati Diri, Warganegara Patriotik 70
TEMA 14 Citra Bahasa dan Sastera Kita 74
TEMA 15 Industri Cemerlang, Negara Gemilang 77
TEMA 16 Integriti 81
1

Tema 1: Anda Bersih, Anda Sihat


Peribahasa
jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai Orang yang baru beringat-ingat
setelah mendapatkan
kesulitan/malapetaka.
belukar sudah menjadi rimba Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.

Soalan

1. Gemarkah anda bersenam di gimnasium? Mengapa?


Ya, saya gemar bersenam di gimnasium kerana terdapat alat-alat sukan yang canggih dibekalkan
dan terdapat jurulatih yang amat berpengalaman dan profesional. Seterusnya, saya boleh minta
tunjuk ajar daripada orang lain yang sedang bersenam di gimnasium di samping mengenali lebih
ramai rakan yang mempunyai minat yang sama.

Tidak, saya tidak gemar bersenam di gimnasium kerana saya akan berasa tidak selesa dan rendah
diri apabila melihat orang lain berlatih. Saya akan berasa malu dan tidak yakin ketika dilihat oleh
orang lain. Tambahan pula, saya tidak ingin terbeban dengan kos yang dikenakan sedangkan saya
dapat bersukan di kawasan perumahan saya tanpa kos.

Tidak gemar (suka semula jadi)


-Mampu menenangkan fikiran dan memberi kesejahteraan mental kerana ditemani tumbuhan
hijau dan udara segar yang bebas dari hiruk pikuk pengguna lain.
-Sinaran matahari terutama di waktu pagi yang kaya dengan vitamin D serta oksigen
yang sememangnya amat diperlukan oleh badan
2

2. Bagaimanakah cara mengawal wabak penyakit berjangkit?


 Pelihara kebersihan diri pada setiap masa. Dari mencuci tangan anda, menyediakan
makanan dan menjaga binatang peliharaan, hinggalah menutup mulut apabila batuk,
menjaga luka dan tidak berkongsi perkakas, langkah kecil ini akan membawa
perbezaan yang besar.
 Ikut jadual vaksinasi anda. Jika anda seorang ibu atau bapa, pastikan anak anda
menerima kesemua vaksinasi yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Jika anda
sedang melancong, pastikan anda melakukan pemeriksaan yang sewajarnya dan dapatkan
vaksinasi.
 Amalkan seks selamat pada setiap masa. Gunakan kondom dan lakukan ujian penyakit
kelamin secara berkala adalah cara paling mudah untuk melindungi diri anda dan
pasangan.
 Pastikan persekitaran anda bersih dan bebas dari potensi risiko. Gunakan penghalau
serangga, buang tin kosong serta botol yang merupakan tempat pembiakan
nyamuk.
 Manfaatkan teknologi bagi melindungi diri anda. Dari pemeriksaan kesihatan, rundingan
dengan doktor dan mengenal pasti wabak beberapa bulan lebih awal, aplikasi kesihatan
tersedia untuk panduan anda ke arah penjagaan kesihatan yang mudah dan berpatutan.
 Kerjasama sempadan dengan negara lain
 Kerjasama pakar-pakar saintifik dengan negara maju
 Rakyat bekerjasama dengan kerajaan
 Mengamalkan penjarakan sosial
 Memakai pelitup muka
3

Info Bestari

Terdapat perkataan yang berbeza dari segi makna dan fungsi.

Kami ke rumahnya berpandukan alamat Hari mendung alamat hari hendak


yang diberikan. hujan. Makna: memberi tanda
Makna: butir-butir keterangan tentang tempat

Paku itu menembusi papan yang Rembatan Alif menembusi gawang


tebal. Fungsi: dalam pertukangan gol. Fungsi: dalam bidang sukan

Terdapat pelbagai jenis komunikasi lisan sama ada secara formal atau tidak formal.

Temu ramah Perbualan

Wawancara Perbincangan

Ceramah Penceritaan

Taklimat Penerangan

Perbahasan Tunjuk cara

Kepentingan menjaga kebersihan persekitaran

 Memastikan keperluan asas kehidupan seperti air, udara dan makanan sentiasa bersih
dan berterusan
o Sihat kerana sumber udara, air dan makanan bersih dan bebas daripada kuman
 Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran
o Menjamin kesihatan dari segi mental, mampu mengurangkan stres
 Mendorong individu melakukan aktiviti fizikal seperti beriadah dan bersukan
o Memastikan kesihatan tubuh badan
 Ekosistem terjamin
o Rantai makanan terjamin
o Hidupan liar tidak akan kehilangan habitat
o Flora dan fauna tidak akan pupus
 Memberikan peluang kepada generasi seterusnya untuk menikmati keindahan alam sekitar
4

Cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran

Diri
 Mandi Secara Teratur
o Mandi dengan menggunakan sabun dan bersihkan seluruh badan
o Berus kaki dengan berus khas atau berus lembut untuk membersihkan kaki
terutamanya setelah anda melakukan aktiviti yang menyebabkan kaki kotor
 Bersihkan Gigi dan Mulut
o Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
o Berkumur gunakan produk khas
o Lakukan rutin pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memeriksa
keadaan gigi
 Rawat Kulit Wajah dan Perapian Diri
o Cuci muka dengan pencuci muka
o Memotong dan memastikan kuku tangan dan kaki bersih
o Bagi lelaki, misai dan jambang haruslah dijaga dan dirapikan supaya kemas
o Rambut pun mesti di potong atau di trim secara berkala
 Cuci Tangan
 Menjaga Kebersihan Pakaian
Persekitaran
 Kemas, bersih dan buang apa yang tidak perlu di dalam rumah
 Tingkatkan Keceriaan dan Suasana di Persekitaran Rumah
o Tanam pokok-pokok bunga di sekeliling rumah
 Tetapkan dan Amalkan Rutin Penjagaan Kebersihan Secara Berkala
o Membasuh bilik air dan dapur seminggu sekali
o Menyapu/vakum lantai dan mengemop lantai seminggu sekali
o Mengelap habuk di perabot dan membersihkan sawang sebulan sekali
o Membersihkan kipas dan filter penghawa dingin sebulan sekali
o Tidak Membuang Sampah Di Merata-Rata Tempat
5

Kebaikan mengamalkan pemakanan sihat

Makanan seimbang
 Membekalkan zat dan nutrien yang cukup
o Tumbesaran tubuh badan
o Membantu pembesaran fizikal yang lebih sempurna
 Mengurangkan risiko menghidapi penyakit yang berbahaya
o Elakkan dijangkiti penyakit kronik
o Antibodi mampu melawan virus penyakit berjangkit
 Kesihatan mental yang stabil terjamin
 Perkembangan memori yang cekap dan berkesan
 Meningkatkan kecantikan rupa paras
 Mengawal kadar obesiti
o Membakar
lemak Khasiat Sayur
 Kandungan serat yang tinggi
 Kaya sumber vitamin dan mineral
 Mencantikkan kulit
o Kandungan air melembapkan kulit
 Antioksida
o Mencegah penyakit

Terapi Seni

 Menambah baik dan mengekalkan kesihatan mental individu


 Terapi seni membantu individu mengenal pasti fikiran dan perasaan melalui lukisan
 Bagi orang yang tidak mampu menyatakan sesuatu secara verbal
 Tidak memerlukan seseorang itu pandai melukis
 Dapat mengurangkan stres
 Untuk menenangkan diri
 Bagi seseorang yang mengalami kesihatan mental
6

Panduan menghadapi wabak penyakit

 Pakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi tangan
 Gunakan sapu tangan atau tisu semasa batuk dan bersin
 Jangan hantar anak yang menghidap penyakit berjangkit ke pusat jagaan kanak-kanak
 Dapatkan rawatan dengan segeranya jika anda mengalami deman, batuk dan sukar hendak bernafas
 Tinggal di rumah hingga penyakit sembuh jika diberi cuti sakit
 Jangan meludah di merata-rata tempat
 Bersihkan permukaan lantai dan meja yang terkena cecair hidung dan mulut
 Elakkan diri daripada menyentuh anak atau ahli keluarga jika menghidap penyakit berjangkit

Faktor kanser

 Obesiti
 Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
o penyebab berlakunya kanser perut dan usus
 Kurang bersenam
 Pengambilan tembakau atau rokok
o mengakibatkan banyak kanser seperti kanser paru-paru,tekak dan esophagus
 Pengambilan alkohol
o minum alkohol dalam jangka masa panjang juga dikaitkan dengan kanser hati
 Pendedahan kepada bahan kimia/industri kimia
o Sesiapa yang terdedah kepada bahan kimia seperti asbestos, nikel, arsenik dan gas radon
di tempat kerja atau di tempat lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami
kanser paru-paru
7

Tema 2 : Sukan dan Rekreasi

Pantun

Jika bersukan jadi amalan,


Hidup ceria tiada sesalan.

Jika hidup suka berekreasi,


Mental sihat terkawal
emosi.

Soalan BT

1. Mengapakah permainan tradisional perlu dipertahankan?

 Permainan tradisional merupakan aset budaya bangsa Malaysia


 Permainan tradisional merupakan hasil ciptaan nenek moyang
 Permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam merancakkan
sektor pelancongan negara
 Permainan tradisional mengukuhkan perpaduan kaum
 Agar dapat diwarisi dari generasi ke generasi
 Meredakan tekanan/ sebagai hiburan

Contoh permainan tradisional

 Rampanau  Konda kondi


 Terompah tempurung  Sepak takraw
 Congkak  Batu seremban
 Gasing  Guli
 Wau bulan  Papan dam

Riadah Orang Istana

 Bermain gajah/kuda  Catur


 Bermain ayam sabungan  Jogar
 Sepak raga  Membaca hikayat Jawa

Apakah sebab  Kurang galakan ibu bapa


permainan tradisional  Kurang dorongan pihak sekolah
diabaikan  Ketagihan permainan maya dan penggunaan Internet /
terlalu asyik dan leka dengan dunia maya
 Kesibukan kerja rumah dan aktiviti kokurikulum/ tiada
masa untuk bermain
 Tidak sedar kepentingan permainan tradisional dikekalkan.
8

Cara-cara mengekalkan  Kempen Cintai Permainan Tradisional


permainan tradisional  Peranan pihak sekolah - menjadikan permainan tradisional
sebagai kegiatan kokurikulum
 Pertandingan
 Usaha ibu bapa
9

Lisan/ Karangan/ KBAT

Wau bulan, Congkak, terompah tempurung, rampanan, gasing...

 Permainan tradisional merupakan aset budaya bangsa Malaysia


 melambangkan adat, budaya, dan identiti sesuatu bangsa yang perlu dilestarikan
untuk tatapan generasi akan datang
 Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertaswarna-warni yang dilukis
dan digunting dengan cantik nian.
 Permainan tradisional merupakan hasil ciptaan nenek moyang
 merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul
 Permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yangsignifikan dalam
merancakkan sektor pelancongan negara
 para pelancong ingin menggali khazanah negara yangberbeza
 Setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya merekajatuh cinta dan turut
bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Benarlah, tidak kenal
maka tidak cinta!
 Permainan tradisional mengukuhkan perpaduan kaum
 Teknik permainan tradisional yang dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan
akan mencetuskan suasanamuhibah dan harmoni dalam masyarakat.
 Senario ini jauh lebih baik daripada individu yang asyikbermain permainan video
di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.
 Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjirioleh orang ramai untuk
bermain layang-layang.
 Hubungan dua hala antara pemain menjadi jambatan agarmasyarakat mengenali
budaya kaum lain.
10

Cara memupuk permainan Peranan ibu bapa


tradisional dalam kalangan  Menjadi suri teladan
masyarakat  Bagaimana acuan begitulah kuihnya / bapa borek, anak
rintik
 Menemani anak bermain permainan tradisional
 Membuat alat permainan tradisional dengan anak-anak.
Contohnya, terompah tempurung yang hanya
memerlukan tempurung kelapa, tali dan kayu kecil.
Pihak kerajaan
 Menyediakan tempat-tempat atau gelanggang bagi
permainan tradisional
 Memudahkan rakyat bermain permainan tradisional
 Pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak
berwenang mampu memberi nafas baru kepada
kesinambungan permainan warisan budaya ini
Pihak sekolah
 Menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu
bentuk aktiviti kokurikulum
 Pelajar terdedah dengan pelbagai jenis
permainan tradisional sejak muda lagi
 Mengadakan bulan permainan tradisional/ kempen/ ceramah
 Pelajar memahami kepentingan mengekalkan permainan
tradisional
 Kesedaran yang dipupuk sejak awal mampu
memberi impak yang mendalam dalam jiwa
seseorang

Pihak media massa


 Mengadakan promosi
 Penayangan iklan yang bersesuaian seperti
menjelaskan aspek kepentingan permainan tradisional
 Akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba
mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap
mungkin dalam kehidupan
Memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terusberkembang
dalam masyarakat moden
11

Faktor permainan  Pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai permainan yang moden
tradisional dipinggirkan dan sofistikated
 lebih relevan dengan perkembangan kemajuan sains
dan teknologi seperti permainan komputer
 Sikap dan pandangan masyarakat hari ini yang beranggapan
permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan hanya layak
berada di muzium-muzium
 Pihak-pihak bertanggungjawab tidak menunjukkan komitmen
yang tinggi untuk memartabatkan seni permainan tradisional
sebagai khazanah budaya dan bangsa negara. Tak kenal maka tak
cinta
 Kesukaran untuk mendapatkan peralatan permainan tradisional,
bersaiz besar, harga yang mahal juga menjadi faktor kenapa
permainan tradisional semakin dilupakan.

Akademik Sukan

 Mengharumkan nama negara - Menjamin pendapatan lumayan


 Menjadi profesional dalam bidang - Dipandang tinggi oleh masyarakat
 Dapat mengangkat maruah bangsa

 Menyumbangkan kepakaran untuk  Menambah kenalan dan


membangunkan negara menjalinkan perpaduan
 Peluang kenaikan pangkat terbuka luas  Memupuk semangat setia kawan
 Sijil yang ada dapat menjamin jawatan tinggi  Menyihatkan tubuh badan
dalam sektor kerajaan atau swasta dan menghilangkan tekanan
12

Tema 3 : Kerjaya Meniti Jaya

Peribahasa Duit tepi - Pendapatan sampingan atau wang tambahan

Apakah faktor-faktor yang 1 Minat dan cita-cita


menentukan pemilihan  Menjadi pendorong utama
sesuatu kerjaya?  Mempunyai semangat dan keterujaan utk melaksanakan tugas
 Contoh:
Penyanyi terkenal, Allahyarham Sudirman merupakan graduan
undang-undang tetapi memilih bidang seni kerana beliau minat dalam
bidang tersebut.
2 Latar belakang akademik
 Kemampuan akademik selama 11 tahun mempengaruhi pilihan
 Pembelajaran teori telah membolehkan remaja mempelajari subjek
akademik lebih mendalam
 Pelajar yang suka biologi akan memilih bidang perubatan
 Pelajar yang suka matematik akan memilih bidang kejuruteraan
3 Prospek kerjaya
 Penting untuk menjamin kelangsungan hidup kerana kerjaya baik
membawa gaji lumayan
 Contoh:
Bidang perubatan dan perbankan membawa kestabilan kerja, gaji
tinggi dan keyakinan.
Namun prospek tersebut bergantung kepada kelayakan dan
kemampuan untuk mengembangkan kemahiran
 Kenaikan taraf hidup dan kos sara hidup menjadi titik tolak
4 Sokongan ahli keluarga
 Keredaan/Kerestuan ibu bapa merupakan penentu hidup
 Halangan dan dorongan akan mempengaruhi pilihan
 Ibu bapa seharusnya memberikan sokongan
 Contoh: Azizulhasni Awang mendapat galakan ayahnya untuk
menjadi seorang atlet basikal, akhirnya beliau berjaya.
5 Ekonomi semasa
6 Suasana pekerjaan
7 Pembangunan kerjaya
8 Kepuasan kerjaya
9 Personaliti diri

Kiropraktik Disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan diagnosis,


rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal,
khususnya tulang belakang, 脊椎按摩疗法
Faedah:
 Mengurangkan sakit leher dan belakang.
 Memulihkan keupayaan untuk menghantar impuls yg tidak selesa dari
sistem saraf ke tisu dan tubuh
 Mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot.
13

Persediaan dan usaha untuk  Ilmu yang mendalam


mencapai kerjaya impian
 Nekad (Kemahuan/ ketabahan) tidak mudah rapuh kerana
ketinggian ilmu
 Lebih matang dalam menguruskan kerjaya bidang

Oleh itu…..
 Banyak membaca bahan bacaan yang berkaitan bidang yang
ingin menceburi.
 Sentiasa mendapatkan pendapat daripada pakar

 Kemahiran sosial
 Kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan
 Banyak terlibat dalam kokurikulum utk melatih diri dan
mengaplikasikan kemahiran tersebut
 Mempelajari pelbagai jenis bahasa

 Jati diri yang mantap


 Mempunyai fizikal dan mental yang sihat
 Mempunyai kreatif dan inovatif
 Dapat menghasilkan keputusan yang tepat dan berkualiti

 Peka terhadap isu semasa


 Banyak membaca surat khabar dan menonton berita
 Menggunakan Internet utk mengetahui isu-isu semasa
berkaitan luar negara
 Dapat mengikut langkah dunia sejagat
14

Pegawai Tadbir Tugas dan skop kerja:


Diplomatik(PTD) 1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
2. Pengurusan Kewangan
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara
4. Pengurusan Teknologi Maklumat
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, Perbandaran, Tanah, Daerah,
Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Kebaikan jawatan PTD:


 PTD menyediakan peluang latihan dan kursus yang luas termasuk
peluang mengikuti ijazah Sarjana dan PhD.
 Pegawai PTD yang menunjukkan prestasi kerja dan kebolehan yang
baik boleh meningkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam
perkhidmatan awam
 Pegawai PTD berpeluang memegang beberapa jawatan utama dalam
perkhidmatan awam.
 Pegawai PTD berpeluang berkhidmat sebagai pegawai di kedutaan.

Kepentingan PTD kepada negara:


 memastikan kemajuan negara dapat dipertingkatkan secara berterusan
 sentiasa bersedia menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai
 menghadapi pelbagai cabaran negara yang dinamik dan tidak tentu
seperti permintaan pasaran dan keadaan ekonomi negara
 meningkatkan produktiviti dan kapasiti negara dengan menggunakan
sumber yang terhad ,terutamanya dari segi peruntukan kewangan
 Meningkatkan taraf hidup rakyat dan kesejahteraan masyarakat
15

Tema 4 : Bersatu Kita Teguh

Langkah-langkah Pihak Kerajaan


memupuk perpaduan 1. Mengadakan majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut
perayaan kaum utama Malaysia.
Pantun: -Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita
Jika kita hidup yang terdiri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi.
bertoleransi,
Segala kaum hidup 2. Aktiviti
kemasyarakatan
serasi -memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain
Jika kita bersatu padu, dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa
Segala pahit menjadi masyarakat kini.
madu.
Jika kita berpecah 3. Program Hari Keluarga
belah, -semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan.
Segala kerja -bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap
terasa lelah. diskriminasi.
-menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir
dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan
dengan sesuatu isu.

4. Pihak kerajaan terutamanya Jabatan Perpaduan dan Integrasi


Nasional sentiasa membuat anjakan paradigma
-demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak
aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan
-Selain dapat mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi
suri teladan sebagai agen perpaduan.

Peranan media massa


5. Rancangan hiburan, drama dan dokumentari perlulah menekankan
unsur perpaduan seperti mengambil semua pelakon tanpa mengira kaum
atau menyiarkan sejarah kaum yang wujud di Malaysia.

Individu
6. Sikap saling hormat
-Ketertinggalan pandangan terhadap perasaan individu daripada kaum lain
menyebabkan rasa perpaduan itu begitu menebal dalam jiwa setiap insan di
negara ini.

7. Taatkepada raja dan negara


-Raja merupakan simbol penyatuan dan perpaduan rakyat
-menyokong dasar negara
-Menjaga kedaulatan raja
-Tidak menghina pemimpin negara di media massa

8. Mematuhiperaturan dan undang-undang


-Tidak membabitkan diri dalam aktiviti jenayah seperti lumba haram,
menyalahgunakan dadah, membunuh ataupun berjud
16

Ibu bapa
9. Menjadi suri teladan kepada anak-anak
-Bagaimana acuan, begitulah kuihnya/ Bapa borek,anak rintik
-Bersahabat baik dengan jiran tetangga yang berbilang kaum
-Mendidik anak-anak untuk menghormati kebudayaan kaum lain sejak
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
-Bertegur sapa dengan jiran tetangga

10. Memberi dorongan kepada anak untuk menyertai aktiviti yang


dapat memupuk perpaduan
-Contoh aktiviti ialah program PLKN dan RIMUP yang dianjurkan oleh
pihak sekolah
17

Kepentingan 1. Menjamin keselamatan


menjalinkan hubungan -Malaysia menjalinkan hubungan baik antara negara untuk mengelakkan
baik dengan negara berlaku konflik atau peperangan. Malaysia menyertai Pertubuhan Bangsa-
luar bangsa Bersatu (PBB)

2. Menjagaekonomi global
-Apabila Malaysia menjalinkan hubungan luar, ekonomi global dapat
berkembang melalui perdagangan bebas dijalankan ,pertukaran mata wang dan
meningkatkan kegiatan ekonomi negara supaya mampu bersaing di peringkat
global.

3. Perkembangan ekonomi negara


-Tarikan pelaburan asing, pemindahan teknologi melalui projek usaha
sama ,meluaskan pasaran barangan negara, mewujudkan segi tiga
pertumbuhan ekonomi dan banyak lagi kepentingan yang dapat
dicapai/nikmati melalui dasar luar yang diamalkan.
-Sebagai contoh, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing
telah digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea

4. Bebas dari ancaman


-Bebas dari ancaman atau campur tangan kuasa besar dalam urusan pentadbiran
dan politik negara.
-Contoh: Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dengan menjalin hubungan
yang baik dengan negara Blok Timur dan Blok Barat supaya tidak diancam
oleh mana-mana pihak

5. Menangani jenayah dan gejala sosial


-Malaysia dan negara serantau bekerjasama menyelesaikan masalah
antarabangsa
-Contohnya: pemerdagangan orang dan pengedaran dadah

6. Menjaga kestabilan politik


7. Mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa
8.Meningkatkan kemajuan teknologi dan
pendidikan

9..Memudahkan bantuan
Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah. Dengan itu,
sesebuah negara harus memberi bantuan apabila negara lain memerlukanbantuan
dari kuasa luar
-Contoh: negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa
bencana, misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian
daripada mereka telah menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila
berlakunya gempa bumi di negara Indonesia
18

Faktor menyebabkan - prasangka


perpecahan dalam - stereotaip 古板
masyarakat - perkauman
- rasisme
- diskriminasi
- etnosentrisme 民族主义
- konflik antara kumpulan masyarakat
- kedudukan lokasi kelas
- taraf pendidikan
- kemahiran kerja
- pendapatan
- budaya hidup yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial
mereka untuk keluar daripada golongan miskin.
- kerumitan menanggung kos hidup yang terus meningkat
- perkhidmatan awam yang kurang memuaskan
- pengangguran
- kemiskinan
- keterpinggiran
- ketidaksamarataan dalam masyarakat
- gejala sosial yang berleluasa
- wujudnya banyak kumpulan samseng
- perbezaan budaya dan agama

Bidang tanggungjawab Kementerian Luar Negeri (KLN)-diberi mandat dan tanggungjawab untuk
dan tugas KLN yang memperjuangkan keutuhan, kedaulatan dan kepentingan negara
termaktub dalam
-Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala
Perlembagaan
perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana negara
Persekutuan
lain.
-Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan
-Penyertaan dalam badan antarabangsa dan pelaksanaan keputusan yang
diambil dalam badan itu
-Pasport,visa, permit masuk atau perakaun lain, kuarantin
-Bidang kuasa asing dan luar wilayah
-Ziarah ke tempat-tempat luar Malaysia
-Ekstradisi, pesalah buruan, penerimaan masuk ke dalam Persekutuan dan
emigrasi serta pengusiran dari persekutuan
19

Strategi pelaksanaan -Penyelesaian konflik melalui perundingan dan menolak pendekatan


melalui prinsip-prinsip secara kekerasan dan paksaan
luar negeri -Mengamalkan pendekatan jalinan hubungan diplomatik dan kerjasama
dengan negara lain
-Mendukung prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni
-Berpegang prinsip menghormati, kemerdekaan, kedaulatan serta keutuhan
sesebuah wilayah
(tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain)

RIMUP
RIMUP ialah program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan
yang telah dilaksanakan oleh KPM
-Menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul
mesra secara sedar dan terancang.

1. Pertunjukan Kebudayaan
-melalui aktiviti interaktif, murid dapat memahami, menghargai dan sama-
sama menjayakan kesenian dan kebudayaan pelbagai kaum

2. ZiarahKomuniti
-membentuk satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan
serta mengeratkan hubungan silaturahim

3. Perkhemahan RIMUP
-Perkhemahan integrasi ini didedahkan dengan aktiviti berkumpulan dan
berbentuk interaktif bagi mewujudkan integrasi yang utuh antara satu
sama lain

4. Gotong-royong
-Murid-murid yang berbilang kaum dapat berinteraksi dan
berkomunikasi semasa menjalankan aktiviti
20

Tema 5: Pendidikan Untuk Semua

Puisi Jika digali telaga ilmu,


Akan terang jalan
hidupmu.

Jika mahir segala segi,


Hidup senang ke mana
pergi.

Jika terdidik rakyat jelata,


Negara makmur rezeki
melata.

Ombak cabaran kuharungi


Lembah dugaan kutempuhi
Hutan kesulitan kurentasi
Gunung harapan kudaki.

Demi sebuah piala kejayaan


Halangan bukanlah alasan
Kendala bukanlah
rintangan Diatasi dengan
pedoman.
Peribahasa Utama
Masa itu umpama emas
Cerdik seperti kancil
Rajin seperti semut
Usaha tangga kejayaan
Hemat pangkal kaya, rajin pangkal pandai
Bara yang digenggam biar sampai menjadi arang

Tambahan
Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Di mana ada kemajuan, di situ ada jalannya
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan Alang-alang mandi, biar basah
Alang-alang berdakwat, biar hitam
Alang-alang berminyak, biar licin
Bertangguh itu pencuri masa
Telinga lintah
Terang hati
Seperti lebah menghimpun madu
21

Kata-kata kiasan - Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi
luar biasa.
- Matlamat merupakan suatu daya usaha ke arah jalan kejayaan.
- "Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tapi buahnya manis". - Aristoteles
- "Pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia".
Nelson Mandela
22

- "Hiduplah seakan kamu akan mati besok, belajarlah seakan kamu hidup
selamanya". - Mahatma Gandhi

Pandangan tentang Murid Berkeperluan Khas (MBK)


pendidikan golongan Murid disahkan oleh pakar perubatan mempunyai ketidakupayaan sama
kurang upaya ada dari segi penglihatan,pendengaran, pertuturan, fizikal, dan masalah
pembelajaran.

Contoh OKU
Autisme
- Gangguan saraf yang menyebabkan perkembangan komunikasi
sosial, interaksi sosial dan tingkah laku yang berulang-ulang dan
terhad.
Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif
- Kondisi yang mempengaruhi otak, tingkah laku, fokus dan keupayaan untuk
duduk dalam jangka masa yang lama.
Disleksia
- Masalah perkembangan pembacaan tentang kesukaran membaca
dengan lancar dan kefahaman yang tepat sungguhpun memiliki
kecerdasan yang normal.

Sekolah Pendidikan Khas


Program Pendidikan Khas
Integrasi Program Pendidikan
Inklusif

Kepentingan
MBK tidak ketinggalan dalam pelajaran.
MBK menguasai kemahiran berkomunikasi, berinteraksi, dan mengurus
diri. MBK dapat mengikuti alam persekolahan.
MBK dapat belajar ke peringkat pengajian tinggi.
Mengapakah kerajaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
memastikan setiap orang Perkara 12 : Hak Berkenaan Pendidikan
mendapat peluang untuk Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan
bersekolah agama, ras, keturunan atau tempat lahir

- Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan


melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
- Melahirkan modal insan negara yang berilmu dan berkemahiran tinggi
- Memastikan rakyat Malaysia berdaya saing pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa
- Membekalkan tenaga kerja yang efisien dan produktif bagi memajukan
setiap sektor ekonomi
23

Kem motivasi Pembaharuan


- Penambahan aktiviti yang kreatif dan menarik
- Penekanan untuk memupuk semangat sepasukan melalui aktiviti kumpulan
- Memperkasakan kemahiran kepimpinan
- Menggalakkan interaksi antara ahli yang terdiri daripada berbilang kaum
24

Gred A dalam Kecemerlangan bukan sahaja tertumpu pada jumlah gred A, tetapi
peperiksaan penting? juga kemahiran insaniah.
- Kemahiran komunikasi, kepemimpinan, menyelesaikan masalah, dan bekerja
dalam kumpulan
- Graduan harus memenuhi kehendak dan kriteria yang disenaraikan oleh
pihak majikan agar tidak mengalami pengangguran
- Berdaya saing dalam alam pekerja

Sistem Pendidikan berorientasikan peperiksaan harus diubah.


Sistem pendidikan teknikal, vokasional dan akademik adalah sama rata.
Bidang kemahiran tidak harus dipandang enteng.

Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET)


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
- Melahirkan pelajar yang berkemahiran
- Melatih pelajar menjadi tenaga profesional dalam pelbagai bidang teknologi
dan kejuruteraan
- Pendidikan keusahawanan membantu pelajar membina kerjaya sendiri
tanpa mengharapkan kerja makan gaji

Pelajaran Khas Murid kurang bernasib baik


- gelandangan
- golongan terpinggir
- kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri
- anak yatim

Usaha Tumpu Jaya Disiplin


- Berkawad
- Merentas hutan
- Menjelajah gua

Keyakinan
- Berjalan malam
- Turun cenuram
- Luncur keluang
Kemahiran
- Ikhtiar hidup
- Kembara berpandu arah

Nilai Tambah Aktif dalam kegiatan kokurikulum


Menguasai lebih daripada satu bahasa
Berkomunikasi dengan baik
Bekerja sepasukan
Kemahiran keusahawanan
Kemahiran pengkomputeran

Pembinaan sahsiah Kepentingan


unggul - Mudah mendapatkan kerjaya yang diidamkan
- Disanjungi dan dihormati oleh masyarakat
- Tidak menyinggung perasaan orang lain
25

- Melahirkan remaja yang berkeperibadian mulia


- Memupuk
persefahaman Cara
- Berpegang teguh kepada ajaran agama dan didikan moral
- Tidak melanggar peraturan dan undang-undang
- Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan harian
- Menghormati orang lain
- Menjalinkan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling
- Menumpahkan ketaatan yang sepenuhnya terhadap ibu bapa
- Pandai menjaga maruah diri

Cara mencapai keputusan - Memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar
cemerlang - Menyiapkan kerja rumah tepat pada masanya
- Membuat ulang kaji dari semasa ke semasa
- Rajin bertanya sekiranya menghadapi kekangan dalam pelajaran
- Belajar secara kumpulan
- Membuat nota yang sesuai dengan gaya sendiri untuk
memudahkan pembelajaran

Hala tuju -Diploma


selepas -Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Tingkatan 5 -Matrikulasi
-Asasi
-Tingkatan 6
-Sijil Kemahiran
-Bekerja
26

Tema 6: Sains, Teknologi dan Inovasi


Gurindam Jika inovasi sering tercipta,
Lenyaplah gundah juga Gundah: dukacita, sedih hati
sengketa.

Jika digunakan teknologi Buana: dunia, bumi, jagat


terkini, Di seluruh buana nusa
disegani.
Sisa yang 1. Pengomposan ialah proses pereputan secara sistematik.
Bermanfaat 2. Sumber kompos
1. Sumber haiwan
Apakah kebaikan 2. Sumber tumbuhan
mengompos sisa 3. Sumber dapur
kepada alam 4. Sumber mineral
sekitar? 3. Manfaat:
1. Memacu ekonomi
2. Kesihatan→ mengurang pergantungan pada baja kimia
3. Sosial
4. Ekosistem→ mengelakkan berlakunya eutrofikasi dan
pencemaran alam sekitar
5. Teknologi

kebaikan mengompos sisa kepada alam sekitar


1. Mengurangkan pergantungan pada baja kimia
→ mengelakkan eutrofikasi
2. Mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan
3. Tidak mengakibatkan tanah menjadi berasid
4. Lebih mesra alam
5. Tidak menyebabkan kematian cacing di dalam tanah

Mengapakah 1. menghasilkan imej objek angkasa yang berkualiti jika berbanding


astrofotografi dengan kaedah dahulu yang digunakan oleh saintis-saintis.
penting dalam 2. proses pencerapan 观察 objek angkasa menjadi lebih mudah dan
bidang tidak memerlukan teknik yang sukar
astronomi? 3. Penting dalam mengumpulkan maklumat tentang alam semesta
seperti pergerakan komet, planet, asteroid dan buruj.
4. Menarik minat masyarakat kerana mereka boleh menikmati keindahan
objek langit tanpa mempunyai pengetahuan yang agak dalam
27

Nanoteknologi 1. Nanoteknologi bermaksud gabungan sains, kejuruteraan, dan teknologi yang


dalam Kehidupan diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, teknologi maklumat,
Nyatakan tiga dan elektronik.
aplikasi 2. Kebaikan
nanoteknologi
 Komputer yang menggunakan teknologi nano dapat beroperasi pada
dalam keidupan
harian frekuensi yang lebih tinggi dengan pemprosesan data yang lebih
cepat dan lancar.
 Nanoteknologi dalam bidang perubatan mampu mengesan punca
penyakit memusnahkan sel kanser yang mula tumbuh, membuang
toksin dalam badan, dan melambatkan proses penuaan sel manusia.
Nanopartikel perak (NPAg)
1. Ialah partikel logam perak yang mempunyai ukuran kurang daripada 100 nm
2. Kemampuan antibakteria NPAg berasal daripada kemampuannya merosak
dinding sel bakteria dan mengganggu metabolisme sel.
3. Boleh berinteraksi dengan makromolekul yang terdapat dalam sel-sel bakteria
seperti protein dan DNA.
4. Oleh itu, NPAg ialah alat yang berkesan untuk membunuh kuman penyebab
penyakit
5. kerana dapat berinteraksi dengan mudah dengan zarah-zarah lain dan
meningkatkan kecekapan antibakteria mereka
d. Kertas berkonsepkan “drinkable book”
1. Menapis air dan membersihkan air dengan cekap.
2. Pada kertas ini, terdapat nanopartikel perak yang dapat membunuh kuman di
dalam air.
3. Air yang ditapis adalah cukup bersih daripada zarah terampai, mikroorganisma
dan bahan terlarut.
4. Oleh itu, penyakit bawaan air dapat dicegah dengan menggunakan kertas ini.
Sumber: https://m.youtube.com/watch?v=iDwl1-
cPeik
3. Keburukan
a. Senjata kimia yang dibangunkan menggunakan nanoteknologi lebih
berbahaya daripada senjata kimia sedia ada.
b. Partikel nano yang terapung di udara boleh mendatangkan kesan buruk
kepada alam sekitar kerana zarahnya tidak boleh diurai
28

Kebaikan kultur 1. Benih bebas penyakit.


tisu pisang 2. Pembiakan boleh dilakukan secara besar besaran dan mengatasi
masalah kekurangan benih.
3. Pokok tumbuh seragam.
4. Tempoh penanaman lebih singkat dan hasil pengeluaran boleh dinikmati
dua atau tiga bulan lebih awal.
5. Buah berkualiti dan memenuhi standard untuk tujuan eksport.

Potensi Hidrogen 1. Sebagai sumber bahan api alternatif utk menggantikan petrol dan diesel
2. Menangani isu kelas tarian, keselamatan tenaga, dan alam sekitar
3. Tiada pelepasan gas berbahaya atau gas rumah hijau oleh kenderaan hidrogen
4. Mengurangkan pencemaran udara
5. Kereta hidrogen adalah setanding dengan kereta berasaskan petrol

Pendahuluan Kementerian berkenaan: Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI)

Dasar: Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030


** STI merujuk sains, teknologi dan inovasi
1. menggambarkan agenda untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang
lebih kompetitif dan cekap melalui asas STI yang kukuh.
2. menggariskan hala tuju pelaksanaan STI bagi mewujudkan sebuah negara maju
sains untuk transformasi sosioekonomi dan pertumbuhan inklusif.
3. Enam teras, 20 strategi dan 46 inisiatif, DSTIN berupaya memacu
pembangunan negara berteraskan teknologi tinggi.
4. Fokus kepada pembangunan dan pengaplikasian teknologi dalam pelbagai
bidang akan diutamakan bagi lonjakan kemajuan negara seterusnya.
29

Sumbangan STI  Kecekapan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat ditingkatkan melalui
kepada negara penggunaan teknologi berasaskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) seperti digital
dan automasi.
 Hasilnya, PKS dapat berkembang dengan keberkesanan kos bersama
peningkatan produktiviti serta membantu daya saing pengusaha.
 Pembangunan teknologi oleh kepakaran tempatan→ mengelak pergantungan
kepada pemindahan teknologi luar→ mengurangkan dominasi ekonomi oleh
negara luar
 Memacu sosioekonomi negara→ merangkumi sektor tenaga, perkhidmatan
perniagaan dan kewangan, kebudayaan, kesenian dan pelancongan,
perubatan serta penjagaan kesihatan.
 Meningkatkan kualiti hidup dan menyelesaikan cabaran kontemporari
yang dihadapi oleh negara
 Menampilkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran
selari dengan keperluan negara menjelang 2050

Manfaat Sains Isi-isi penting


dan Teknologi 1. Memudahkan komunikasi antara manusia
Kepada 1. dapat berhubung dengan semua manusia di segenap pelosok dunia
Kehidupan 2. pelbagai ilmu, budaya dan juga perkara-perkara lain dapat dikongsi
Manusia
dan dimanfaatkan bersama-sama.
3. kita juga dapat berhubung antara satu sama lain tanpa mengira
masa dan jarak
4. lain dahulu lain sekarang
5. Tegasnya, perkembangannya membuka ruang komunikasi
antara manusia yang tidak pernah dibayangkan pada zaman
dahulu.
2. Menyumbang kepada perkembangan industri kesihatan secara global
1. Merealisasikan kerjasama antarabangsa dalam bidang kesihatan
pada bila-bila masa
2. Lebih cekap dalam mencegah penyakit
3. Kewujudan jam tangan pintar
3. Meningkatkan sektor pendidikan
1. Sebelum ini, pendidikan misalnya pada peringkat pengajian
mengambil masa panjang
2. perlu menelaah dan mentafsir buku utk menghasilkan laporan atau
menyiapkan tugasan
3. Dengan kemudahan internet, capaian maklumat adalah lebih mudah
4. Pendidikan secara interaktif merangsang minat pelajar
5. Tidak membosankan
4. Memulihara dan memelihara alam sekitar
1. Ciptaan teknologi mesra alam
2. Sumber tenaga alternatif
30

3. // kereta elektrik→ mengurangkan penghasilan karbon dioksida dan


mengurangkan kesan gas rumah hijau
5. Memudahkan pergerakan manusia
1. Perkhidmatan pengangkutan dan logistik// Grab
2. Tidak perlu menempah tiket bas sebelum bertolak ke sesebuah destinasi
6. Meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur

Penutup
1. komponen yang mustahak dalam kehidupan manusia
2. memainkan peranan yang penting dalam kelangsungan hidup manusia.
3. membawa ketamadunan manusia ke satu tahap yang lebih tinggi.
4. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
5. memastikannya dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat tanpa
mengira darjat atau latar belakang
6. Masih banyak negara yang ketinggalan dari segi aplikasi sains & teknologi.
7. wajar disokong serta diberikan secara percuma atas dasar kemanusiaan.

Cara memupuk Pendahuluan:


Budaya STI 1. Penciptaan kenderaan canggih membolehkan sesiapa sahaja bergerak ke sana
dalam kalangan ke sini dalam masa yang singkat.
pelajar 2. Penemuan kaedah rawatan moden pula telah membantu pihak perubatan
mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan.
3. namun kesedaran orang ramai, khususnya pelajar tentang perkara ini masih
kurang.

Peranan Ibu Bapa


1. memberitahu anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan teknologi dalam
kehidupan seharian,
2. mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering diadakan.
3. menanam minat anak- anak terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi.
4. galakan hendaklah diberikan agar minat tersebut dapat disuburkan.

Peranan Sekolah
1. beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang sukar dipelajari.
2. fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar.
3. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan ceramah untuk membetulkan
tanggapan tersebut.
4. Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang
untuk memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains
dan teknologi pada era globalisasi.
5. membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan teknologi mampu
dipelajari oleh sesiapa sahaja.

Peranan Guru
1. guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek
amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori.
2. pertandingan reka cipta sains perlu diadakan
3. meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar.
31

4. Hadiah yang lumayan disediakan untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil
bahagian.
5. meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi,
6. memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara
ini.
Peranan Institusi Pengajian Tinggi
1. menawarkan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
2. lebih ramai pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang
tersebut.
3. menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi
4. membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan.
5. insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar diberikan
sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang tersebut.

Peranan KPM
1. Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi
dalam kalangan pelajar.
2. wacana ilmu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan.
3. peraduan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang
bertemakan sains dan teknologi telah diadakan khusus untuk pelajar sekolah.
4. Kempen yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan
teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini.

Penutup
1. banyak mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia.
2. memantapkan ilmu dalam bidang ini.
32

Cara memupuk Kerajaan


bakat Sains, KPM menyediakan perancangan bersepadu pembangunan bakat bermula pendidikan
Teknologi, awal hingga ke peringkat kerjaya.
Kejuruteraan dan KPM mengukuhkan program pendidikan STEM seperti melalui penggunaan modul
Matematik pembelajaran berbentuk praktis.
(STEM) meningkatkan jumlah bakat dan tenaga kerja STI dalam sektor perindustrian termasuk
memberikan fokus kepada penyertaan wanita.
menekankan peningkatan permintaan terhadap bakat STI dalam sektor pekerjaan dan
industri memerlukan pengukuhan perkongsian sektor awam-swasta.

MOSTI

Bagi memberi impak yang lebih besar dan menyeluruh, satu minggu khas perlu
dikhususkan sebagai salah satu inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains
kebangsaan.
Kerajaan telah menetapkan Minggu Sains Negara disambut pada minggu pertama bulan
April setiap tahun bermula pada tahun 2018.
Sambutan Minggu Sains Negara ini adalah selari dengan sambutan World Science Day
yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pendidikan,
33

Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(UNESCO) semenjak tahun 2002 yang turut diamalkan di beberapa
buah negara seperti Afrika Selatan, Republik Rakyat China, Kanada,
Norway dan United Kingdom.

3. DSTIN
1. membudayakan aplikasi STI dalam kehidupan seharian
untuk menangani masalah dalam kehidupan
2. Meningkatkan keberkesanan komunikasi sains dan
memudahkan capaian maklumat dalam masyarakat
3. Mengukuhkan rangkaian kerjasama antarabangsa bagi kerjasama
penyelidikan, perkongsian strategik dan perikatan perniagaan
termasuk membabitkan pelaburan berteraskan STI
1. Contoh: penubuhan Pusat Vaksin Kebangsaan
1. Memerlukan platform kerjasama strategik antarabangsa
2. Dapat diperkukuh melalui kerjasama serantau
dan global
3. Membabitkan perkongsian infrastruktur
dan pembangunan kepakaran bersama

4. Masyarakat
 menyahut seruan kerajaan yang bertujuan menyejahterakan
kehidupan sosial dan mencapai kemakmuran bersama

Teknologi:

Telefon Bimbit
1. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, hampir 80
peratus pengguna telefon pintar terdiri daripada golongan yang berusia antara 17 tahun hingga 24
tahun.
2. Anak-anak generasi ini telah menjadi golongan nomofobia, iaitu fobia tanpa telefon pintar.
Sebenarnya, cahaya biru dari skrin paparan gajet akan merosakkan saraf mata dan turut menyumbang
kepada gejala iritasi mata seperti mata penat, mata kering, miopia, dan penglihatan kabur yang teruk.
3. Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), kajian mendapati bahawa pemandu yang
menggunakantelefon bimbit boleh menyebabkan kenderaan tersasar dari lorong, terlepas simpang,
melanggar pejalan kaki, dan melanggar lampu merah.
Pembelian dalam Talian
4. Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, transaksi dan pembelian dalam
talian meningkat sebanyak 39.3 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada
Mac berbanding dengan tahun lalu.
5. Statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuktikan pertumbuhan yang begitu
pesat bagi perniagaan dalam talian apabila sebanyak 53,285 peniaga dalam talian berdaftar dengan
SSM setakat Julai2017.
6. Sehingga tahun 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan sebanyak 42 lesen kepada
pengendali aplikasi e-dompet, contohnya Touch N’ Go, Boost, PayPal, dan Samsung Pay. Senario ini
akan memudahkan lagi proses urus niaga digital.
34

7. Peralihan zaman yang kini didominasi oleh TMK telah banyak mempengaruhi corak kehidupan kita.
8. Hal ini dikatakan demikian kerana sejak kemunculan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),
semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat, serta dengan kesilapan yang amat minimum.
Umpamanya, sesuatumaklumat dapat dihantar menerusi e-mel atau aplikasi seperti WeChat,
WhatsApp, Messenger, Instagram, danTelegram dengan cepat dan melewati batas sempadan negara,
masa, dan ruang. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan “Dunia Tanpa Sempadan.” Tanpa
TMK, kita tidak dapat bersaing di pasaranantarabangsa dan impian kita untuk berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara kelas pertama lain akan menjadi hanya ilusi yang terngiang-
ngiang di dalam kota pemikiran Mat Jenin.
9. Pada masa silam, perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur mungkin mengambil masa tiga jam di
samping kita terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya dari semasa ke semasa. Namun pada
hari ini, kita bolehmenaiki Servis Tren Elektrik (ETS) yang perjalanannya mengambil masa hanya dua
jam pada kadar tambangyang berpatutan.
10. Rangkaian Kereta Api Ekspres (ERL), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT),
monorel
Internet:
Kata-kata Hikmah & Pengenalan
1. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah membandingkan Internet dan media sosial dengan sebilah
pisau yang boleh digunakan untuk memotong atau mengukir dan juga boleh disalahgunakan untuk
membunuh dan mencederakan orang lain.
2. Imam al-Ghazali, seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata, “Petanda runtuhnya sesuatu
bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut mencintai hiburan dan melupakan tradisi agama
dan budaya murni.”
3. Kita harus ingat akan firman Allah S.A.T. dalam Al-Quran dengan tafsir-Nya, “Dan ingatlah bahawa
angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”
4. Menurut teori komunikasi terkenal ‘Magic Bullet Theory’ yang diperkenalkan Harold Lasswell,
seorang ilmuwan politik Amerika Syarikat pada 1920, media terutamanya media elektronik
memberikan kesan kepada penonton secara langsung dan segera seperti peluru kerana penonton
cenderung untuk mempercayaisemua perkara yang dilihat, sekali gus boleh mempengaruhi tingkah
laku mereka.
Media Sosial
5. Laman sosial seperti Friendster dan Myspace merupakan media sosial yang terawal.
6. Menurut sumber Persatuan Digital Malaysia (MDA) pada Oktober 2020, aplikasi Facebook
mencatatkan jumlah pengguna teramai dan kebanyakkannya adalah dalam lingkungan umur 15 hingga
30 tahun. Ini membuktikan bahawa faktor umur mencorakkan penggunaan media sosial dalam
kalangan penggunadan hakikat ini dapat mempercepat peleburan jaringan persahabatan kita dengan
rakan maya dari mana-mana.
7. Pada tahun 2017, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pengguna media sosial
dilihat menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan, berbanding dengan penggunaan bahasa
dan tatabahasa yang betul.
8. Menurut agensi berita BERNAMA, pada tahun 2018, jumlah wang dilaporkan ditipu akibat kes
penipuan percintaan atau “Love Scam” berjumlah RM80,086,530 berbanding dengan hanya RM
67,199,064 pada tahun 2017.
9. Kajian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati 89.6 peratus pelajar lebih suka
menonton rancangan televisyen dan melayari Internet atau laman sembang bagi mengurangkan
tekanan yang dihadapi mereka.
35

Isu Penyebaran Maklumat Palsu


10. Sesungguhnya, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya.
Internet hari ini banyak menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan
negara, contohnya khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Kita bersyukur kerana
terdapatnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), iaitu badan penyeliaan
industri komunikasi dan multimedia di Malaysia yang bertindak pantas membendung gejala ini
yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.

11. Penyebar maklumat palsu dalam Internet ataupun melalui SMS boleh didakwa di bawah Akta
Komunikasi dan Multimedia 1988, lantas disaman tidak melebihi RM5 ribu, ataupun dipenjarakan
tidak melebihi setahun.

12. Pada tahun 2020, semasa penyakit COVID-19 menggegarkan dunia, Persatuan Pengguna Prihatin
(Pepa) telah mengadakan kempen “Ye Lah Tu” bagi mengingatkan pengguna Internet supaya hanya
menyebarkan maklumat yang sebenar dan sahih. Presiden Pepa, Afiq Hanif berkata, “Berita palsu
mencetuskansuasana yang panik dan kerap dikaitkan dengan isu perkauman.”

Penularan Budaya yang Memudaratkan


13. Menurut terbitan Berita Harian, sebanyak 55% pengguna telefon bimbit pernah memberikan maklumat
peribadi kepada individu yang tidak dikenali manakala hanya 34% ibu bapa yang memeriksa
kandungan mediasosial anak mereka. Sesungguhnya, dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan
akan memberi kesan yangnegatif kepada remaja jika tidak dipantau oleh ibu bapa. Hal ini demikian
kerana remaja masih mentah pengalaman hidup dan pemikiran mereka masih cetek untuk menilai
risiko yang akan ditanggung atas perbuatan negatif mereka.

14. Kerajaan China telah menguatkuasakan Tembok Api Besar China yang merupakan suatu sistem
gabungan undang-undang dan teknologi untuk mengawal kemasukan maklumat ke dalam Internet
negara tersebut melalui pengharaman dan pengehadan fungsi laman web tertentu seperti pornografi,
kegiatan kongsi gelap, elemen keganasan, serta laman web lain yang dianggap subversif.

Pembelajaran Maya
15. Menerusi pembelajaran maya, kemunculan Internet telah merealisasikan konsep Pembelajaran
Sepanjang Hayat. Hal ini dikatakan demikian kerana para pensyarah boleh menggunakan kemudahan
telesidang dan menggabungkan audio, video, dan grafik untuk dimanfaatkan oleh pelajar Program
PendidikanJarak Jauh (PJJ) tanpa perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Konsep PJJ yang
tidak melibatkan kosyang tinggi telah diamalkan oleh Universiti Tun Abdul Razak. Di samping itu,
banyak universiti tempatan yang diiktiraf sebagai universiti penyelidikan seperti Universiti Malaya dan
Universiti Sains Malaysia juga memanfaatkan pendidikan maya.

16. Sesungguhnya, Internet dianggap sebagai kutubkhanah maya yang menyimpan khazanah ilmu
pengetahuan dalam bentuk buku elektronik (e-buku).

17. Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan pedagogi Pembelajaran Abad Ke-21
(PAK-21) yang memerlukan murid dan guru menggunakan Internet amat sukar dilaksanakan di
sekolah- sekolah pedalaman. Kekurangan ini sudah pasti akan menyebabkan masyarakat pedalaman
terus ketinggalan dalam pembelajaran. Contohnya, pada Jun 2020, Veveonah seorang mahasiswi di
Universiti Malaysia Sabah (UMS) didesak memanjat pokok demi jawab peperiksaan secara dalam
talian. Selain itu, pada tahun yang sama,seorang guru Sarawak tular dalam laman sosial kerana
dipaksa hadir ke rumah pelajarnya setiap minggu dan menunggu di bawah panas terik untuk
menyemak kerja rumah pelajarnya yang tidak ada akses kepada Internet.
36

Impak terhadap Industri Penjualan


18. Tidak kiralah di ceruk kampung mahupun di bandar metropolitan, Internet telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan manusia hari ini. Oleh itu, pengusaha industri desa seperti perusahaan batik, kraf
tangan dan makanan tradisional boleh membangunkan laman sesawang sendiri untuk menjual produk
mereka dan mempromosikannya secara dalam talian untuk meluaskan jaringan dan menembusi
pasaran luar negara.
19. Penjual berpeluang melebarkan sayap pasaran mereka ke segenap penjuru alam kerana dengan
Internet, dunia tanpa sempadan. ( + boleh mengiklankan produk keluaran mereka + dapat memacu
perniagaan mereka ke peringkat global)
37

Tema 7: Pertanian, Penternakan dan Perikanan


1. HERBA SEBAGAI PENAWAR
Kebaikan Herba  (I) Boleh dijadikan ubat luaran ataupun ubat yang dimakan
untuk merawat pelbagai jenis penyakit (terutamanya akar dan
daun herba)
 (H) Pokok herba tidak mengandungi bahan kimia dan
selamat untuk digunakan
 (H) Pokok herba mudah didapati dan harganya berpatutan
 (H) Daun pokok herba boleh ditumbuk lumat dan dijadikan
ubat Cth: buasir, demam panas, sakit perut, bengkak, lebam, penyakit
kulit, melawaskan haid, influenza, selesema, sakit kepala, tekanan
darah tinggi, hidung berdarah, sakit gigi, nafas berbau busuk, cirit-birit

 (I) Dapat meningkatkan imuniti badan dan menjamin


kesihatan hidup (mencegah lebih baik daripada mengubati)
 (H) Daun atau akar pokok herba boleh dijadikan teh
 (H) Bahagian-bahagian pokok herba yang boleh
digunakan termasuklah biji, rizom, bunga, buah, daun,
kudup bunga
 (H) Pokok herba mudah ditanam di kawasan sekeliling

 (I) Dapat dijadikan sebagai pewarna dan rempah dalam masakan


 (H) Pokok herba yang berbau wangi menjadikan masakan
lebih sedap
 (H) Bunga pokok herba yang berwarna dapat dijadikan pewarna
semula jadi yang tidak mengandungi bahan kimia dan tidak
akan mengancam kesihatan manusia
 Cth: Bunga telang boleh digunakan untuk menyediakan
nasi kerabu dan pulut yang berwarna biru
Faktor Pokok Herba  (I) Keselamatan penggunaan pokok herba masih diragui
Tidak Diterima  (H) Kurang penyelidikan dalam bidang ini
Sebagai Rawatan  (H) Pasaran pokok herba amat terhad
Standard
 (I) Proses pembungkusan pokok herba masih kurang diyakini dan
kurang memuaskan
 (H) Rakyat kurang yakin akan penggunaan pokok herba
 (H) Penularan khabar angin ttg keburukan pokok herba
38

Contoh Pokok Herba  KARI


 TEPUS TANAH
 KEMANGI
 TERATAI
 GINSENG
 ASAM GELUGUR
 TELANG
 KUNYIT
 CENGKIH
 SENDUDUK
 HALIA

Cara Untuk Memajukan  Pihak krjaan memberikan khidmat nasihat, subsidi benih dan
Pertanian Pokok Herba pinjaman modal kepada petani
Sebagai Penawar  Pihak krjaan meluaskan pasaran pokok herba
 Pihak krjaan menggalakkan anak muda menceburi
bidang penanaman pokok herba
 Pihak krjaan memperbanyak penyelidikan dlm bidang
pokok herba
 Kempen dan ceramah diadakan untuk menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan pokok herba dan cara
menggunakannya dengan selamat
39

PENTERNAKAN IKAN HIASAN


CABARAN (Cara  (I) Meningkatkan produktiviti
Menangani) INDUSTRI  (H) Bagi memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa
IKAN HIASAN  (H) Kerjasama antara persatuan ikan hiasan
dengan institusi penyelidikan
 (cth) Persatuan Akuarium Malaysia bekerjasama
dgn Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia
 (I) Memajukan teknologi dan inovasi
 (H) agar industri ikan hiasan kekal kompetitif
dalam pasaran antarabangsa
 (H) memajukan peralatan dan kemudahan yang digunakan
 (H) membawa masuk pakar-pakar yang
berkemahiran dalam bidang ini untuk memberikan
tunjuk ajar kpd rakyat tempatan
 (H) usaha ini boleh dilakukan oleh pengusaha ikan
hiasan, universiti2 tempatan, Jabatan Perikanan Mas
 (I) Menetapkan jaminan kualiti
 (H) Pengeksport ikan hiasan perlu memperoleh pensijilan
jaminan kualiti sebelum mengeksport
 (H) Jabatan Perikanan telah melaksanakan bbrp program
jaminan kualiti dengan memberikan penekanan dlm
aspek biosekuriti dan dokumentasi

Contoh Spesies Ikan Hiasan  Ikan Emas


Yang Popular Di Mas  Ikan Kaloi
 Ikan Angel
 Ikan Gupi
 Ikan Kelisa

Faktor ikan hiasan menjadi  Banyak orang Cina percaya bahawa ikan hiasan membawa tuah
popular  Ikan hiasan dapat mengindahkan kawasan rumah
 Ikan hiasan dijadikan haiwan peliharaan

PENTERNAKAN AYAM PIRU


Kelebihan Ayam Piru  Harga jualan lebih mahal
Berbanding Dgn Ayam  Boleh menghasilkan antara 50-120 biji telur pd musim
Daging pertama
40

 Boleh diternak di kawasan terbuka atau reban


 Permintaan yg tinggi terutamanya musim perayaan
 Daging tanpa lemak
 Kadar daging yg tinggi pd bahagian dada
 Rendah lemak dan kolesterol

Punca Glg Muda Kurang  Kekurangan modal


Menceburi Bidang  Ketiadaan kepakaran
Pertanian  Kekurangan sumber kewangan
 Risiko yg tinggi utk diserang penyakit atau serangga perosak
 Tanggapan negatif bahawa bidang pertanian x menguntungkan

Langkah Memperluas Produk  Mengeksport produk tempatan ke luar negara


Tempatan Ke Peringkat  Menyertai karnival/ekspopertanian peringkat antarabangsa
Antarabangsa  Menjalinkan kerjasama dgn syarikat pertanian luar ngr
 Menghebahkan iklan/kempen ttg produk tempatan di ngr asing
 Membuka cawangan syarikat di luar ngr

Mengapakah Masih Banyak  Org muda telah berhijrah ke bandar utk mencari pekerjaan
Tanah Terbiar Di Luar  Tiada org mengusahakan tanah
Bandar  Masy luar bandar kurang pengetahuan/maklumat tentang
cara/teknik mengusahakan tanah/ bantuan dari agensi
kerajaan
 Masy luar bandar kurang mahir dan tidak
menggunakan teknologi moden utk meningkatkan hasil
tanah terbiar
FAMA Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
 Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
 Tujuan menyelia, menyelaras, mengawal selia, dan memajukan
pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk
pengimportan dan pengeksportan
 Peranan FAMA
1. Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap
2. Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan atau
agensi kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian
yang cekap dan berkesan
3. Terlibat secara langsung dalam industri pertanian
4. Menyelaraskan aktiviti pemasaran pertanian sama ada
yang melibatkan pihak swasta atau jabatan serta
agensi kerajaan
5. Membaiki sistem pemasaran dan memperluas serta
memajukan pasaran baharu bagi hasil-hasil pertanian
Malaysia
 Contoh program FAMA
1. Agrobazaar Online
2. Gerai Buah-buahan Segar
3. Karavan Tani
4. Pasar Tani
41

Tema 8: Melancong Mencari Makna


Pantun Jika pelancongan negara mampan,
Masyhurlah nusa bersinar
harapan
Jika rakyat beralih angin,
Sektor pelancongan tiada pelancungan.
Pendahuluan  Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi
mengembangkan dan memajukan sesebuah negara.
 Hal ini kerana industri pelancongan banyak membawa kepada
penyumbangan hasil dan pulangan yang lumayan kepada sesebuah negara
dalam aspek pendapatan negara.
 Meskipun keadaan ekonomi serantau yang agak kurang
memberangsangkan pada masa kini, peningkatan 44 peratus daripada 5.02
juta kepada 7.23 juta telah berlaku pada tempoh enam bulan pertama bagi
jumlah pelancong yang telah melawat dan berkunjung ke Malaysia.

Pelancongan LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN


(Secara Umum) 1. F: Pihak kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu yang dapat
menarik minat pengunjung mancanegara.(外国)
H: Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak
yang terbabit.
C: Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam
program inap desa dengan lebih banyak. Pelancong akan berpeluang untuk
berinteraksi dengan komuniti setempat untuk mempelajari adat resam dan
budaya.

2. F: Pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh pelosok


dunia
H: Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Pakej-pakej
pelancongan yang kompetitif harus disediakan kepada masyarakat
antarabangsa sebagai panduan kepada mereka.
C: Karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di
sana datang ke Malaysia dan menghebohkan kehebatan negara kita, bak
kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
42

3. F: Kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara antarabangsa


dengan lebih kerap.
H: Kemampuan negara untuk menganjurkan antarabangsa memang
terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-negara raksasa yang lain.
C: Penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Monsoon Cup,
perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton dan sebagainya merupakan
acara yang sangat mendapat perhatian peminat antarabangsa. Dengan ini,
lebih ramai pelancong akan mengunjung ke negara ini bukan sahaja untuk
melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan untuk
melawat tempat-tempat menarik di negara kita.

Arkeopelancongan Arkeopelancongan merupakan usaha pengekalan dan pemuliharaan tapak warisan


arkeologi untuk dibangunkan bagi dijadikan sebagai suatu destinasi pelancongan
yang menarik. Matlamatnya adalah agar ia menjadi sebuah destinasi yang
berupaya menjana ekonomi bukan hanya kepada masyarakat setempat, tetapi juga
kepada ekonomi negara.

CARA MEMPROMOSIKAN ARKEOPELANCONGAN


1. F: Menambah baik infrastruktur
H: Pihak kerajaan haruslah memajukan pelbagai bidang terutamanya dari
segi penginapan, makanan, komunikasi dan sebagainya. Hal ini akan
memberikan keselesaan yang tertinggi kepada para pelancong semasa ke
negara kita sambil menghayati keunggulan tinggalan artifak sejarah negara
kita.
C: Menyediakan jalan raya, pengangkutan awam, tandas dan kemudahan
penginapan di kawasan berhampiran dengan tapak arkeopelancongan.

2. F: Menyediakan pengangkutan awam dan capaian pengangkutan


yang lebih baik.
C: Sememangnya, pihak berkuasa haruslah menyediakan kereta golf yang
selesa kepada para pelancong semasa berkunjung ke sesuatu tempat
arkeologi yang luas dan besar. Pada masa yang sama, pemandu pelancong
yang luas berpengetahuan dalam kisah-kisah sejarah haruslah ditawarkan
kepada para pelancong.
H: Hal ini membolehkan mereka meluaskan ilmu pengetahuan diri melalui
penjelasan pemandu pelancong dalam keadaan yang selesa.
3. Melalui media sosial-iklan, brosur
4. Penduduk tempatan sudi menghulurkan bantuan kepada para pelancongan
dan menawarkan perkhidmatan yang mesra
43

Ekopelancongan Ekopelancongan merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin popular
dewasa ini.
 Ekopelancongan telah diberi perhatian dan mula dibangunkan dalam
Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK ke-7) dan Rancangan Malaysia
Kelapan (RMK ke-8) dan dilaksanakan secara serius melalui penubuhan
Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (2016-2025) pada tahun 2015.
 Ekopelancongan adalah berkonsepkan alam semula jadi dan melibatkan
elemen pendidikan dan pembelajaran kepada pelancong dan penduduk
tempatan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
semula jadi.
 Pelancong dan penduduk setempat akan didedahkan tentang bagaimana
mereka perlu menghargai alam sekitar di samping menikmati
keindahannya pada masa yang sama.

FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI


MENJADI KAWASAN EKOPELANCONGAN
1. F: Hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna
H: Hal ini membolehkan pelancong asing berminat untuk melawat ke
negara kita untuk meluaskan ilmu pengetahuan mereka.
C: Negara Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik iaitu terletak di
atas Garisan Khatulistiwa. Hal ini membolehkan negara kita sesuai dengan
pertumbuhan pelbagai spesies flora dan fauna seperti Harimau belang,
tapir dan Monyet Belanda

2. F: Bentuk muka bumi yang bergunung-ganang sesuai untuk mendaki


gunung
H: Pelancong asing yang berani akan tertarik ke negara kita untuk
memenuhi kepuasan diri supaya dapat mencabar diri sendiri ke arah yang
lebih tinggi.
C: Pertandingan mendaki gunung yang dianjurkan di Gunung Kinabalu
berjaya menarik perhatian para pendaki gunung di seluruh dunia dengan
ganjaran lumayan yang ditawarkan.
44

Pelancongan Pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar sebagai segmen baharu
(Penipuan) dalam agenda pembangunan dan ekonomi negara. Namun begitu, sektor ini ada
sisi gelapnya iaitu pelancongan atau penipuan yang mampu merencatkan
kerancakan perkembangannya.

Bagi memanifestasikan hasrat rakyat Malaysia untuk melancong, pihak kerajaan


telah menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pertama projek rintis
Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) sepanjang tempoh Covid-19 ini.
 Menurut Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), kes sindiket penipuan
(scammer) telah meningkat secara mendadak dengan aktif membuat
pengiklanan mengenai pakej percutian yang sangat murah di laman sosial
untuk mengaut keuntungan.
 Keghalibannya, pelancong tidak akan memeriksa kesahihan pakej
pelancongan yang ditawarkan lantaran ghairah hendak bercuti dan
akhirnya menjadi mangsa pelancungan.

Tribunal yang berperanan untuk menyediakan saluran alternatif untuk menuntut


hak secara tebus rugi kepada rakyat Malaysia telah mencatatkan jumlah pemfailan
tertinggi sebanyak 1057 kes pemfailan tuntutan pada tahun 2019.

CARA MENGURANGKAN KES-KES PELANCONGAN DI MYS


1. F: Menyemak kesahihan sebarang penawaran di Internet terlebih dahulu
sebelum membuat tindakan.
H: Kita harus mengetahui latar belakangnya dan komen-komennya yang
diberikan sama ada melalui laman sesawang ataupun saudara-mara.
C: Kita harus menghubungi penjual dan mendapatkan alamat kedai atau
individu terbabit.

2. F: Penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan tegas


H: Pelancungan ialah penyelewengan yang bukan sahaja mendatangkan
kerugian harta benda malahan boleh mengundang tekanan mental.
C: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya harus bertindak agresif
untuk mengesan dan menyerbu penyeleweng serta kes harus difailkan dan
direkodkan tribunal.

Penutup  Sehubungan dengan itu, gandingan kerjasama daripada semua pihak amat
penting bagi memaju dan mengembangkan industri pelancongan Malaysia.
 Martabat industri pelancongan dapat ditingkatkan apabila pelbagai sektor
daripada pihak kerajaan, pihak swasta, agensi pelancongan dan juga rakyat
Malaysia sendiri harus sama-sama berganding bahu.
 Hal ini sungguh bersesuaian dengan pepatah Melayu yang ada mengatakan
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
 Matlamat atau usaha untuk memantapkan ekonomi tidak akan tercapai jika
rakyat dan pelbagai pihak hanya berpeluk tubuh dan tidak bekerjasama.
 Oleh hal yang demikian, jika kita menggunakan prinsip pepatah, bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat sudah tentu
kejayaan dan matlamat untuk memajukan industri pelancongan Malaysia
dapat direalisasikan dengan jayanya.
45

Tema 9: Ekonomi, Keusahawanan Dan Pengurusan Kewangan


Pantun Jika ekonomi negara mapan,
Masyhurlah nusa bersinar
harapan. Jika usahawan cekap
berniaga, Ekonomi kukuh tidak
terhingga.
Peribahasa Besar pasak daripada tiang
Ukur baju di badan sendiri
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain Sediakan payung sebelum hujan
Ingat sebelum kena, jimat sebelum
habis Sudah terhantuk baru terngadah

Pendidikan kewangan Modul Pengajian Tinggi Modul Permulaan


yang ditawarkan oleh Pekerjaan
Agensi Kaunseling dan Usia 18-25 tahun 20-30 tahun
Pengurusan Kredit
(AKPK) Status Sedang menjalani pendidikan Baru sahaja
selepas sekolah menengah memulakan pekerjaan

Tujuan Memberikan pendidikan kepada Membolehkan mereka


mereka agar bertanggungjawab mula mandiri dalam
terhadap masa hadapan pengurusan kewangan
kewangan mereka sendiri

Kandungan -Pengurusan aliran tunai -Pinjaman yang


Modul -Belanjawan dan simpanan produktif
-Perbankan Internet -Asas pelaburan
-Pengurusan hutang
-Kepentingan insurans

Sejauh manakah AKPK  Menawarkan pendidikan kewangan kepada masyarakat


berupaya untuk terutamanya generasi muda
membantu masyarakat?  Melancarkan Program Pengurusan Kredit secara efektif
 Memberikan khidmat nasihat dan kaunseling tentang kewangan
 Mempromosikan kepentingan amalan berjimat cermat
 Membantu peminjam perseorangan yang layak untuk
menstruktur semula hutang
46

Aktiviti pengurusan  Kempen Pengurusan Kewangan


kewangan berhemat  Ceramah Penggunaan kad kredit secara bijaksana
yang boleh diadakan  Bazar atau karnival peringkat sekolah
di sekolah  Elemen celik kewangan dalam kurikulum
 Taklimat simpanan dan pelaburan
 Pertandingan pidato pelaburan
 Kuiz celik kewangan
 Pertandingan menulis esei
 Membina infografik dan aplikasi bertemakan pendidikan kewangan
 Penyiaran Wacana Ilmu
Punca Utama  Sewa beli kenderaan
Kebankrapan  Pinjaman peribadi
 Pinjaman perumahan
 Hutang kad kredit
 Keberhutangan yang lain
 Kedangkalan ilmu pengurusan kewangan
 Sikap pemborosan dan pembaziran

Jenis Pelaburan
Hartanah Pasaran saham Pelaburan Emas

Bentuk Membeli Pembelian Bentuk emas


pelaburan hartanah seperti sebahagian daripada fizikal atau akaun
kedai, rumah pemilikan sesebuah simpanan emas
dan tanah syarikat

Kecairan Rendah Tinggi Tinggi

Risiko Rendah kerana Tinggi kerana Risiko kecurian,


hartanah harga saham di rompakan, kos
merupakan satu pasaran boleh tambahan untuk
pelaburan yang meningkat atau menyimpan emas
bijak merosot secara dan penipuan
mendadak
Keuntungan Menjual atau Bentuk dividen Bergantung kepada
menyewa turun naik harga
hartanah emas di pasaran

Cara menggunakan kad  Menyelesaikan hutang kad kredit secepat mungkin


kredit secara berhemat  Bayar lebih daripada minimum
 Memanfaatkan program ganjaran yang ditawarkan oleh banyak kad
kredit.
 Dapatkan tawaran terbaik yang memenuhi keperluan anda
 Berunding untuk mendapatkan kadar rendah
 Berhati-hati dengan bayaran tersembunyi
 Fikir sebelum membuat pemindahan baki hutang
 Gunakan kad kredit untuk menangani situasi kecemasan
47

Caj kad kredit  Caj pendaftaran


 Caj tahunan
 Caj kewangan
 Caj bayar lewat
 Caj pendahuluan wang tunai

Mengapakah saya  Saat kecemasan tanpa wang tunai


perlu menggunakan  Menjejak perbelanjaan
kad kredit  Mengurangkan risiko kehilangan, kecurian dan rompakan
 Pelan pembayaran ansuran mudah tanpa faedah
 Mendapat mata ganjaran
48

Wajarkah penggunaan  Wajar


kad kredit dijadikan  Lebih selamat untuk dibawa kemana-mana
suatu kebiasaan dalam  Mengurangkan risiko kehilangan, kecurian dan rompakan
berbelanja  Pilihan yang lebih baik ketika melancong
 Tidak perlu membawa banyak mata wang negara lain
 Dapat membuat pembayaran jumlah yang besar dengan mudah
 Mempunyai rekod dan memudahkan pemeriksaan perbelanjaan
melalui penyata bulanan kad kredit
 Menjimatkan wang melalui tawaran rebat tunai atau mata ganjaran

Masih mampukah  Ya
syarikat e-panggilan Aspek Pengguna
bertahan pada masa  Memudahkan urusan harian masyarakat
hadapan?  Masyarakat dapat menempah kenderaan, makanan dan barangan
di mana-mana sahaja pada bila-bila masa
 Menjimatkan masa dan kos
 Mengelakkan kesesakan lalu lintas
Aspek penawar perkhidmatan e-
panggilan
 Sebagai kerja sambilan
 Menambahkan pendapatan keluarga
 Memudahkan proses perkhidmatan
 Bebas bekerja di mana-mana sahaja pada bila-bila masa
Aspek negara
 Meningkatkan ekonomi negara
 Mengubah corak sosial masyarakat
 Mengurangkan kadar pengangguran
Peranan kerajaan  Menyediakan garis panduan perkhidmatan e-panggilan
dalam e-panggilan  Menguatkuasakan syarat-syarat permohonan Lesen
Perniagaan Pengantaraan (LPP)
 Menguatkuasakan syarat kepada pemandu yang ingin berdaftar
sebagai pemandu e-panggilan
 Menguatkuasakan beberapa syarat kenderaan yang akan
didaftarkan sebagai kenderaan rasmi e-panggilan
 Menetapkan kadar komisen maksimum yang boleh dikenakan
bagi setiap perjalanan

Cara menjanakan  Penulis blog memasukkan pautan iklan ke dalam blog


pendapatan melalui  Menjual barangan secara siaran langsung
Internet  Menawarkan perkhidmatan berdasarkan bakat dan kebolehan
 Penggiat YouTube menghasilkan video yang bermutu tinggi
secara konsisten
49

Tema 10: Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Gurindam Versi 1:
Jika alam kita lestari,
Petaka dapat kita
hindari.

Jika alam dibiar musnah,


Tiada lagi segala
khazanah.

Jika alam terus dicemari,


Tanda bencana kian
hampiri.

Versio 2: (Gurindam Alam Sekitar)

Jika alam kita pelihara, Jika alam tercemar sampah,


Hidup tenang hati gembira. Rezeki tidak lagi melimpah.

Jika kita mampankan alam, Jika kita saling bersatu,


Hidup kita tidaklah kelam. Alam sekitar terjaga tentu.

Jika alam kita cemari, Jika alam menghijau damai,


Kelak bencana sukar dihindari. Jiwa tenang kasih tersemai.

Jika kita beraja nafsu, Jika amalkan kitar semula,


Alam indah menjadi lesu. Alam ceria nasib terbela.

Jika alam bersih dan


indah, Hidup selesa tiada
gundah.
Pantun Di tepian lata mengail ikan, Ikan siakap di dalam timba,
Dikail teruna waktu malam; Hendak dikukus Cik
Siantan;
Hutan kita usah binasakan, Lantaran sikap tamak haloba,
Kelak merana seisi alam. Hampir pupus harimau di
hutan.

Tumbuh terbiar pohon putat, Kalau adinda hendak ke kota,


Gugur daunan jatuh ke tanah; Jala serawan harap dibeli;
Hidupan liar hilang habitat, Hutan ternoda di depan mata,
Kerana hutan semakin musnah. Jangan kalian tidak peduli.
50

Kepentingan ZON PERLINDUNGAN


hutan paya  Hutan paya bakau menjadi penampan semula jadi bagi mengurangkan
bakau kelajuan ombak dan angin yang sampai ke kawasan pinggir pantai.
kepada  Hutan paya bakau menjadi tempat perlindungan kepada ikan kecil, udang dan
biodiversiti ketam daripada pemangsa dan pergerakan arus air serta ombak yang kuat.
 Hutan paya bakau menjadi kawasan perlindungan dan tempat mencari makanan
bagi pelbagai spesies burung yang bermigrasi.

SUMBER PERIKANAN
 Hasil laut seperti ikan, udang, ketam dan siput menjadi sumber pendapatan
para nelayan di kawasan paya bakau.
 Perairan di kawasan paya bakau menyokong industri sangkar terapung untuk
menternak spesies komersial.

SUMBER PERHUTANAN
 Kayu bakau boleh digunakan untuk membuat sampan, perangkap ikan dan
kerangka bangunan.
 Kayu bakau juga boleh digunakan untuk membuat barangan kraf tangan.
 Kayu bakau dibakar di dalam relau untuk menghasilkan sumber bahan api,
iaitu kayu arang.

SUMBER MAKANAN DAN UBAT-UBATAN


 Buah Avicennia sp. boleh dimakan sebagai sayur.
 Kekacang pokok Avicennia sp. boleh direbus dan dimakan, manakala bunganya
menghasilkan madu.
 Buah Sonneratia sp. digunakan dalam pembuatan bahan minuman.
 Buah Nypa sp. boleh dimakan dan air daripada buahnya boleh digunakan
dalam pembuatan cuka dan nira.
Kulit pokok Bruguiera sp. digunakan untuk merawat cirit-birit.
51

Kuasa Tenaga hidro:


daripada Kebaikannya:
sumber alam  Bersih dan mesra alam.
pemangkin  Tidak mencemarkan alam sekitar seperti tenaga lain yang tidak boleh diperbaharui.
kelestarian
alam sekitar. Keburukannya:
Mengapa?  Bagi mendapatkan tenaga hidroelektrik yang banyak, empangan yang
besar perlu dibina.
 Pembinaan empangan melibatkan kos yang tinggi.
 Manusia dan kawasan di sekitar empangan akan berhadapan dengan risiko yang
besar jika berlaku sebarang kerosakan pada empangan tersebut

Tenaga solar:
 Kebergantungan terhadap sumber tenaga solar sedikit sebanyak
meningkatkan kelestarian alam sekitar.
 menjadikan persekitaran lebih hijau dan lebih bersih.
 tidak ada sebatang pokok yang perlu ditebang dan penanaman baharu
tidak perlu dilakukan untuk menghasilkan tenaga ini.
 Pelepasan karbon dioksida dapat dikurangkan sebanyak 8328 tan setahun.
 Kira-kira 100 bumbung bangunan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak lama
lagi akan ditukar menjadi ladang suria yang bersambung dengan grid elektrik
negara.

Apakah itu Net Energy Metering (NEM)?


NEM ialah penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan sendiri melalui pemasangan Sistem
Solar Fotovolta (PV) di bumbung rumah. Anda boleh melayari laman sesawang
www.seda.gov.my/nemcalculator untuk mengira anggaran penjimatan elektrik di rumah
anda jika menggunakan Sistem Solar Fotovolta (PV).
52

Implikasi Pengetahuan Am:


lambakan Sisa elektronik ialah komponen elektronik yang telah usang atau tidak diperlukan oleh
sisa penggunanya.Sisa elektronik mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti asid,
elektronik pelarut, raksa, dan plumbum. Bahan-bahan kimia tersebut akan mengancam kesihatan
(e-waste) manusia dalam jangka masa pendek dan panjang.
kepada alam
sekitar Langkah- langkah untuk mengurus sisa elektronik
1. Penguatkuasaan undang-undang haruslah telus kepada mana-mana pihak yang
melupuskan sisa elektronik secara haram di bawah Seksyen 34B, AktaKualiti
Alam Sekeliling 1974.
2. Masyarakat perlu menggunakan produk sedia ada dan membaiki barang
yang rosak. Langkah ini mampu mengurangkan penghasilan bahan sisa
elektronik.
3. Kempen yang berterusan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa
alam sekitar penting untuk manusia bagi mencapai kehidupan yang sejahtera. Pihak
kerajaan dan NGO perlu menjalankan kempen alam sekitar dengan lebih agresif
dan teratur.
4. Pendidikan tentang pengurusan dan pelupusan sisa elektronik perlu
dimantapkan pada peringkat sekolah. Perkara ini penting untuk membekalkan
pengetahuan, kemahiran, nilai, dan komitmen secara bersama ke arah penyelesaian
sisa elektronik dalam kalangan generasi muda.
5. Kerajaan perlu menggubal undang-undang yang mewajibkan pengeluar
mengitar semula atau melupuskan barangan elektronik yang telah rosak
secara selamat.
6. Sektor industri menyelaraskan standard penggunaan peranti elektronik.
Aksesori dan komponen bahan gantian elektronik boleh diseragamkan untuk
pelbagai kegunaan. Contohnya, alat kawalan jauh yang digunakan untuk
mengawal televisyen juga boleh digunakan untuk alat-alat elektronik yang lain.

Amalan Terbaik
1. Mengembalikan barangan elektronik yang tidak diperlukan kepada pengeluar
2. Menghantar sisa-sisa elektronik ke pusat kitar semula
3. Menyenggara penggunaan komputer dalam sektor awam secara berkala bagi
memanjangkan hayat penggunaannya
4. Memperbanyak tong kitar semula sisa elektronik
5. Memperhebat program kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu
lambakan sisa elektronik dan kesannya terhadap alam sekitar
53

Mobiliti Maksud Mobiliti Hijau:


Hijau  Mobiliti hijau merujuk kepada pergerakan manusia yang mesra alam.
 Mobiliti hijau ialah peralihan daripada kenderaan yang berasaskan bahan
bakar petrol atau diesel ke penggunaan mod pengangkutan yang mesra alam
dan berteknologi hijau.
 Melibatkan pengangkutan persendirian, pengangkutan awam, dan
pengangkutan aktif tanpa motor.

Jenis Mobiliti Hijau


1. Kereta elektrik
2. Pengangkutan awam elektrik
3. Berbasikal
4. Bas elektrik
5. Berjalan kaki

Mengapakah aktiviti berjalan kaki berkait dengan mobiliti hijau?


Jawapan:
1. Mobiliti hijau tidak terbatas kepada kenderaan semata-mata
2. Tidak melepaskan gas-gas berbahaya

Bagaimanakah cara kerajaan boleh memotivasikan masyarakat


supaya membudayakan amalan berjalan kaki?
Jawapan:
1. Pihak kerajaan menyediakan persekitaran pejalan kaki yang kondusif dan selamat.
2. Contohnya, laluan pejalan kaki berbumbung diperbanyak.
3. Hal ini membolehkan masyarakat tidak perlu berpanas terik semasa melintasi
jalan raya untuk menuju ke stesen pengangkutan awam.
4. Apabila gaya hidup berjalan kaki diutamakan, pengangkutan awam turut
menjadi pilihan utama masyarakat yang menggantikan penggunaan kenderaan
bermotor.
Kesesakan lalu lintas sebagai akibat daripada bilangan kenderaan dapat ditangani.
54

Konservasi Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian biologi/ biodiversiti
Alam: dengan kewujudan 1500 jenis haiwan vertebrata dan 150 000 jenis haiwan invertebrata di
Nyatakan negara ini. Namun demikian, kebanyakan haiwan tersebut kian diancam kepupusan
kesan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.
kepupusan
hidupan liar Antara spesies haiwan liar yang semakin terancam:
kepada  harimau Malaya,
ekosistem  badak Sumatera,
 tenggiling,
 penyu,
 orang utan,
 gajah borneo,
 tapir

Faktor kepupusan hidupan liar:


 Pembakaran hutan
o Pembakaran hutan secara terbuka menyumbang kepada peningkatan suhu.
o Haiwan liar-semakin terancam disebabkan perubahan cuaca dunia.

 Perubahan Iklim dan Pemanasan Global


o Pembakaran bahan api fosil, aktiviti penyahhutanan, aktiviti
penternakan, aktiviti pertanian, penggunaan bahan penyejuk
o kesan rumah hijau daripada pelepasan:
 gas karbon dioksida,
 gas metana,
 gas nitrogen oksida
 gas klorofluorokarbon (CFC)
o Fenomena El Nino menyebabkan cuaca panas dan kering melampau
sehinggamenyebabkan kemarau
o Fenomena La Nina menyebabkan hujan lebat yang luar
biasa sehinggamengakibatkan banjir yang serius

 Pembalakan haram/ penyahhutanan


 Tujuan aktiviti penyahhutanan:
o Memperoleh balak untuk tujuan pembinaan, pembuatan perabot
dan kertas
o Melombong mineral
o Membuka kawasan untuk menjalankan aktiviti pertanian
o Membina kawasan perumahan dan jalan raya
 Kesan daripada aktiviti penyahhutanan:
o Hakisan tanah
o Banjir kilat
o Kehilangan biodiversiti
o Mengganggu kitaran nitrogen, kitaran air dan kitaran karbon
o Kehilangan kawasan tadahan hujan
55

 Aktiviti menebang spesies pokok yang dilindungi seperti meranti dan cengal turut
memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekeliling dan menyebabkan
haiwan liar lariatau mati.

 Pencemaran alam
o Contohnya: Tumpahan minyak dan longgokan sampah di lautan menjadikan
hidupan akuatiksemakin pupus

Langkah-langkah Membendung Kepupusan Hidupan Liar


1. Penyelidikan dan pembangunan
 Konservasi Ekosistem
o Pemuliharaan ex situ memelihara spesies hidupan liar di
luar habitat asalnya seperti zoo dan taman botani.
o Menubuhkan bank genetik untuk menyimpan DNA
o Mencipta pelbagai pelalian dan hormon
o Menempatkan haiwan di zoo untuk tujuan
perlindungan,penyelidikan, dan pembiakan
o Pemuliharaan in situ mengekalkan spesies hidupan liar di habitat
asalnya sepertitaman negara dan taman laut.

 Preservasi Ekosistem
o Mewartakan hutan simpan untuk mengekalkan keindahan semula
jadi flora dan faunanya.
o Hutan Simpan dilindungi daripada sebarang aktiviti pembangunan.
 Contohnya, 90% daripada bahagian atas Hutan Simpan
Belum belum diterokai dan menjadi tempat penyelidikan.

2. Penguatkuasaan dan Pemantauan


o Rondaan
o Hukuman
o Ganjaran

3. Program Kesedaran
o Kesedaran tentang hak hidupan liar melalui pendidikan di
sekolah,ceramah, kempen, dan panggilan kepada orang
awam.

Amalan yang Menyumbang kepada Kelestarian Alam


 Pengangkutan Mesra Alam
o Menggunakan pengangkutan mesra alam seperti basikal atau
kenderaan berkuasa hibrid dan elektrik.
o Mengamalkan amalan berkongsi kereta.
o Menggunakan kenderaan awam seperti bas, komuter, monorel, Transit Aliran
Ringan (LRT), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KLIA Ekspres/KLIA
Transit.
56

 Penjimatan Penggunaan Tenaga


o Sumber tenaga elektrik yang utama adalah daripada pembakaran bahan yang
tidak boleh diperbaharui, iaitu bahan api fosil seperti petrol dan diesel
o Gunakan tenaga elektrik secara berhemah untuk mengurangkan
pembebasan bahan pencemar seperti gas karbon monoksida

 Konsep 5R
o Rethink (Fikir semula)
o Repair (Baiki semula)
o Reuse (Guna semula)
o Reduce (Kurangkan)
o Recycle (Kitar semula)

 Penggunaan Tenaga Alternatif yang Boleh Diperbaharui


o Matahari
o Angin
o Ombak
o Geoterma
o Biojisim

 Pengurusan Sisa Domestik dan Toksik


o Jabatan Alam Sekitar diberi kuasa untuk:
i. Menyelaras aktiviti pembuangan sisa buangan
ii.Menetapkan harga maksimum
pengeluaran sisa buangan
iii. Mengawal perlesenan jenis bahan buangan, kandungan, jumlah
dan kesanbahayanya
o Menjalankan upcycle bahan sisa dapat mengurangkan sisa buangan
ke tempat pelupusan sampah

 Kawalan Biologi
o Cara mengawal populasi haiwan perosak dengan menggunakan
musuh semula jadinya
o Mengurangkan penggunaan racun serangga
 Contohnya, burung hantu sebagai kawalan biologi di ladang kelapa sawit

 Penjimatan Penggunaan Air


57

Kata-kata Hikmah & Pengenalan

1. Mahatma Gandhi, pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India ada berkata, “Bumi ini
cukup untuk tujuh generasi, namun tidak akan pernah cukup untuk tujuh orang serakah.” Kata-kata itu
mengingatkan kita tentang kemajuan dunia yang diburu oleh manusia, namun pada waktu yang sama
lebih banyak membawa kemusnahan apabila wujudnya orang yang tamak.

2. Kita harus ingat akan firman Allah S.W.T. dalam ayat Al-Quran, “Dan apabila ia berpaling (dari
kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan
binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah: 205)

3. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), persekitaran yang sihat ialah satu tempat yang
bersih, selamat, indah, dan membolehkan anggotanya memperoleh kesihatan dan kesejahteraan dalam
kehidupan.

4. Kerajaan Malaysia telah mewartakan sebanyak 43 buah taman negara, pusat perlindungan
hidupanliar, dan hutan simpanan di seluruh Malaysia, seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara
Pulau Pinang, Hutan Lipur Sepilok, dan Hutan Lipur Templer.

5. Hutan menjadi sumber ubat-ubatan tradisional yang berguna dan bernilai seperti tongkat ali, kacip
fatimah, dan ubat herba bagi perubatan tradisional Cina.

1. Peranan Pihak Kehakiman

a. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenakan denda saman maksimum lima ratus ribu ringgit atau
penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya terhadap individu ataupun syarikat yang
disabitkan kesalahan melalui Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

b. Melalui Akta Perhutanan Negara 1984, sesiapa yang melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh
mengancam kelestarian alam sekitar seperti menebang secara haram, memalsukan dokumen,
dan tidakmembayar royalti akan dikenakan denda tidak lebih daripada RM500,000 atau
dipenjarakan tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun. Ini memastikan kayu-
kayan seperti pokok cengal, meranti, dan merbau sentiasa dipelihara daripada dimusnahkan
sesuka hati oleh tangan-tangan durjana yang boleh menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

c. Perkara yang dibincangkan ini pernah diutarakan oleh seorang tokoh legalisme kelahiran
China, iaitu Han Fei Tze yang mengatakan, “Hanya undang-undang yang ketat mampu
mengawal tingkahlaku manusia.” (boleh digunakan untuk apa-apa isi yang berkaitan
dengan undang-undang)

d. Syarikat yang ingin memajukan sesebuah rantau harus menyediakan laporan Penilaian Kesan
Alam Sekitar (EIA) untuk menimbangkan kerosakan terhadap alam sekitar oleh sesuatu projek.
58

2. Peranan Media Massa

a. Media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik perlu memaparkan berita,
rencana ataupun dokumentari tentang akibat kemusnahan alam sekitar kepada seluruh
masyarakat. Misalnya, rangkaian televisyen National Geographic senantiasa menyiarkan
dokumentari mengenai kerosakan dan kemusnahan akibat bencana alam yang berekoran
daripada pencemaran alam sekitar demi memberikan keinsafan kepada penonton.

b. Filem 2012 arahan Roland Emmerich telah menggambarkan bencana yang akan berlaku di
seluruhdunia semasa menuju ke hujung dunia demi menjadikan masyarakat lebih cakna
tentang alam sekitar sekali gus menimbulkan kesedaran untuk menjaga khazanah alam dengan
sebaik- baiknya.

Isu Sampah
Menurut statistik yang dikeluarkan pada tahun 2018, rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak
38,000 tan sampah sehari, dan mampu menenggelamkan bangunan setinggi Menara Berkembar
Petronas (KLCC) dalam masa kurang daripada 5 hari.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, “Hujan lebat selama
dua jam menyebabkan banjir kilat di Seremban kerana longkang dan parit dipenuhi sampah sehingga
menyebabkan ia tersumbat.”
Pada tahun 2019, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkakan Dasar
Kebersihan Negara yang mengandungi inisiatif untuk merangsang minat rakyat menjadikan budaya
mengumpul sampah sebagai sumber pendapatan sampingan selaras dengan program ‘Trash to Cash’
yang akan dilancarkan di seluruh negara.
Kita harus giat menyokong kempen ‘Berani Tegur’ yang dilaksanakan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan berani menegur sesiapa yang membuang sampah
merata-rata.

Kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Program
Perintis Kitar Semula secara besar-besaran di seluruh negara pada 2 Disember 2000.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) telah
melaksanakan Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik mulai 1 Januari 2011, dan beg plastic
akan dijual kepada pelanggan pada harga RM0.20 sehelai.

Isu Sungai

o Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2018 yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar mendedahkan 56%
daripada sungai di Malaysia menunjukkan indeks kualiti air bersih, 36% adalah sederhana
tercemar dan 8% adalah tercemar dengan serius.
o Pada Mac 2019, insiden pencemaran air yang berlaku di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor
telah memudaratkan kesihatan penduduk di sekeliling sungai dan menyebabkan ratusan sekolah
di sepanjang sungai ditutup. Kejadian pencemaran di Sungai Selangor pada tahun 2020 pula telah
menjejaskan bekalan air kepada hampir lima juta pengguna.
o Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melancarkan kempen dan slogan ‘Cintailah Sungai
Kita’.
o Kempen Cintai Sungai Kita.

o Kempen Hari Tanpa Beg Plastik (mula pada Jan 2016)


59

Kempen Menghijaukan Bumi

o Kementerian Pertanian dan Industri Asasi Tani / Jabatan Pertanian melancarkan


Program PertanianBandar yang menggalakkan masyarakat menanam di kawasan
kediaman rumah masing-masing untuk membantu isi rumah bandar meringankan kos
sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang
diperlukan selain menghijaukan kawasan kediaman.
o Masyarakat bandar boleh menggunakan pelbagai kaedah penanaman seperti hidroponik dan
akuaponik untuk memaksimumkan kawasan lapang yang dimiliki oleh mereka.
o Pada tahun 2019, sebanyak 1,000 batang anak pokok Berjaya ditanam murid Sekolah
Kebangsaan 1 Jalan Meru, Klang, Selangor sempena program AEON Clean and Green.
o Selain menggunakan baja kimia, kita boleh memanfaatkan tanaman penutup bumi seperti tanaman
kekacang sebagai baja hijau untuk menambahkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan
unsur nitrogen dalam atmosfera sekali gus mengurangkan hakisan tanah
o Program 1 Keluarga 1 Pokok

Hidupan Liar

o Pada tahun 2019 di Sabah, terdapat gajah pygmy yang dibunuh kejam dengan 70 peluru
dalam badan.
o Gading gajah digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk mengubati pelbagai
jeniskomplikasi kesihatan dan belang harimau digunakan dalam dunia fesyen oleh
golongan yang mementingkan status sosial.

 Maklumat Lanjutan

 Penipisan lapisan ozon yang diakibatkan molekul Penipisan lapisan ozon yang
diakibatkan molekul klorofluorokarbon daripada penyaman udara, aerosol, dan peti
sejuk akan membolehkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan
menyebabkan kanser kulit dan katarak mata dalam kalangan manusia.

 Penggunaan teknologi seperti penukar bermangkin (catalytic converter) yang dipasang


pada ekzoskenderaan boleh mengurangkan kandungan bahan toksik dalam asap ekzos
seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, dan hidrokarbon.

 Kita seyogianya menyahut saranan Tabung Alam Sedunia (WWF) untuk


memadamkan lampu selama satu jam pada hujung Mac setiap tahun semasa Jam
Bumi.

 Sunway Lagoon dan Mines Wonderland berjaya dibina di tapak bekas lombong yang
gersang dan terbiar.
60

Kosa Kata Berkenaan Topik ini:


1. Ketamakan=kehalobaan
a. (Kegelojohan) manusia menghapuskan keindahan alam sekitar

2. Kemusnahan alam sekitar berekoran daripada tangan-tangan durjana manusia akhirnya


memangsakan manusia sendiri

3. Celik alam sekitar seperti Greta Thunberg, Dr. Renard Siew, Dr. Yasmin Rasyid

Ayat Al-Quran dan Hadis:


 Jikalau tidak kerana anak-anak kecil yang sedang menyusu atau binatang ternakan yang sedang
meragut rumput nescaya dunia ini akan diterbalikkan kerana balasan atas perbuatan keji
manusia

 Segala kerosakan yang berlaku sama ada di laut mahupun di daratan adalah akibta daripada perbuatan
tangan manusia (Surah Ar Rum, ayat 41)

 Firman Allah yang bermaksud, “Makan dan minumlah rezeki yang diberikan oleh Allah dan
janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan”

 “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka
sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali
(insafdan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41)

 Kita harus ingat akan firman Allah S.W.T. dalam ayat Al-Quran, “Dan apabila ia berpaling (dari
kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan
binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah: 205)
61

Tema 11: Keselamatan


E-Dompet 1. Pengenalan
(E-Wallet) 1. Lesen penggunaan lesen penggunaan e-dompet telah
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2018
2. Hal ini memberikan peluang kepada rakyat untuk menjalankan
urusan jual beli tanpa menggunakan wang secara fizikal
Maksud:
 Aplikasi yang berfungsi seperti dompet fizikal
o iaitu menyimpan wang, kad debit, dan juga maklumat
akaun bank dalam bentuk aplikasi digital
Tujuan:
 Menggantikan dompet fizikal
o supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau
beg tangan ke mana-mana.
Kelebihan dan Kelebihan
kekurangan dompet
a) Mengurangkan jumlah wang tunai yang perlu dibawa
maya
b) Tidak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan wang
c) Menjadikan transaksi wang lebih pantas
d) Boleh menyimpan segala rekod perbelanjaan, tidak perlu menyimpan
resit
e) Banyak peluang mendapat ganjaran wang dan diskaun

Kekurangan
a) Sukar digunakan jika talian Internet kurang stabil atau tidak laju
b) Terdedah pada risiko penipuan, sama seperti penggunaan perbankan
Internet
c) Tidak tahu memilih e-dompet yang sesuai kerana terlalu banyak
aplikasi ini di pasaran
d) Sesetengah peniaga hanya menerima e-dompet tertentu

Langkah Menggunakan  Jangan respons atau klik secara sembarangan pesanan ringkas, mesej,
E-Dompet dengan atau pautan yang menjanjikan ganjaran wang tunai atau hadiah.
selamat  Jika tawaran diterima melalui e-mel, sahkan kandungan tersebut
terlebih dahulu. Penipu biasanya akan menggunakan visual yang agak
pelik dan tatabahasa yang salah.
 Pastikan pautan yang anda klik tidak mencurigakan. Untuk pengesahan
mengenai sebarang ganjaran, buat semakan dalam laman rasmi e-
dompet tersebut terlebih dahulu.
 Hubungi pihak penyedia perkhidmatan e-dompet anda bagi
mengesahkan tawaran atau ganjaran yang diterima seandainya ada
keraguan.
 Sentiasa kunci telefon pintar anda pada setiap masa. Gunakan sentuhan
Identiti Biometrik untuk keselamatan yang lebih baik.
 Jangan kongsi maklumat peribadi anda seperti nama log masuk, kata
laluan, nombor PIN, dan nombor OTP (one time passcode) kepada
pihak lain.
62

Angkatan Pertahanan Pengenalan


Awam Malaysia  Semasa peperangan
(APM) o APM bertanggungjawab menjaga keselamatan awam tanpa
melibatkan penggunaan senjata
 Semasa aman
o APM menjaga keselamatan awam sebelum, semasa, dan selepas
sesuatu bencana.
Objektif:
1. Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
1. Menyediakan latihan penyelamatan kepada orang awam
2. Mewujudkan dan mengendalikan sistem amaran bencana
3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya
bencana
2. Memberikan respons apabila berlaku bencana dengan cara:
1. Menubuhkan pasukan (First Responder)
2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan
3. Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
1. Memberikan aktiviti pembersihan kawasan yang dilanda
bencana
2. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang dilanda
bencana
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana
Tugas APM:
 Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam
ke arahkesiapsiagaan untuk menghadapi ancaman musuh,
kecemasan, dan bencana.
 Melaksanakan tugas penyelamatan, perlindungan dan khidmat
kemanusiaan daripada sebarang ancaman musuh, bencana dan
kecemasan
 Mengenal pasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko
yang boleh memberikan impak terhadap keselamatan rakyat
dannegara
 Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan
kemanusiaan di seluruh negara
 Melaksanakan dan menambah baik dasar-dasar pertahanan
awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan
Penggunaan Elektrik Panduan Keselamatan Penggunaan Elektrik
1. Gunakan peralatan elektrik yang diluluskan oleh Institusi Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian Malaysia// Standard and Industrial Research
Institute of Malaysia (SIRIM)
2. Melakukan pemeriksaan pendawaian pada bangunan oleh kontraktor
yang berdaftar
3. Pastikan tiada kerosakan pada peralatan elektrik
4. Memastikan peralatan elektrik tidak disentuh dengan tangan yang basah
5. Pamerkan tanda amaran semasa kerja berkaitan dengan elektrik sedang
dijalankan
6. Pastikan tiada kabel bervoltan tinggi berdekatan dengan kawasan kerja
7. Pastikan sesuatu soket tidak dibebankan dengan terlalu banyak
peralatan elektrik
63

8. Pastikan penyambung soket yang tidak diluluskan tidak digunakan

Penguatkuasaan Peraturan Dan Undang-Undang


A. Pastikan pendawaian elektrik hanya dilakukan oleh kontraktor yang
berdaftar
B. Laksanakan program audit dan pemeriksaan mengejut bagi memastikan
pendawaian elektrik yang selamat
C. Tingkatkan pematuhan terhadap peraturan keselamatan bagi aktiviti
kerja berhampiran dengan pepasangan elektrik berbahaya
D. Pastikan langkah-langkah keselamatan di pepasangan elektrik dipatuhi
sepenuhnya
E. Tingkatkan pematuhan terhadap kehendak kelulusan dan pelabelan
peralatan elektrik di pasaran
F. Kenakan denda terhadap pihak yang menjual barangan elektrik yang
tidak mendapat kelulusan pihak SIRIM

Punca Kemalangan 1. Pemasangan/ selenggaraan tidak sempurna (SOP)


Elektrik 2. Prosedur kerja selamat tidak dipatuhi
3. Aktiviti kerja orang awam berhampiran pepasangan elektrik
4. Pencerobohan di pepasangan elektrik
5. Kecacatan pada peralatan/ perkakasan elektrik
6. Salah guna sistem pendawaian
Kemalangan Jalan Raya Punca kemalangan jalan raya
1. Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
1. Pemandu yang memandang enteng kepada undang-undang jalan
raya seterusnya melanggar undang-undang itu tanpa
rasabersalah
2. Had laju diwujudkan supaya pemandu kenderaan bermotor
tidak membawa kenderaan dengan laju sehingga mengakibatkan
nyawa orang lain tergadai
2. Gagal merancang perjalanan dengan teliti
1. alpa untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam
keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut
untuk diselenggara di pusat servis
2. kenderaan yang tidak diservis di pusat servis mempunyai
peluang yang lebih tinggi terlibat dalam kemalangan.
3. Aktiviti lumba haram
1. Aksi-aksi lumba haram yang ganas seperti ‘drift and drag’, gaya
‘aerospace’ dan ‘superman’ membahayakan nyawa pengguna
jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri
4. Memandu dalam keadaan mabuk
1. kemampuan untuk mengawal kenderaan akan menjadi sangat
teruk.
5. Guna telefon bimbit ketika memandu
1. mengalihkan perhatian individu.
6. Melanggar lampu isyarat merah
7. Menukar lorong tanpa signal
1. pelanggaran dari arah belakang atau sisi sering kali berlaku
64

Langkah Mengelakkan 1. Pemeriksaan Kenderaan


Kemalangan Jalan Raya  Perlu dilakukan sebelum dan semasa memandu kereta bagi
memastikan perjalanan yang selamat
2. Penyenggaraan
 Bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat
dan mempunyai tahap operasi optimum
 Pastikan sentiasa melakukan servis kenderaan mengikut jadual.
1. Periksa tayar, lampu, penggilap cermin, brek, transmisi,
stereng, minyak enjin, paras air dan sistem lain pada
kereta supaya kenderaan berada dalam keadaan baik
3. Jangan memandu dalam keadaan mabuk
 Membuat anda hilang tumpuan semasa memandu dan
mengakibatkan kemalangan
 Minta pertolongan teman atau rakan anda untuk memandu atau
gunakan teksi sekiranya mengambil alkohol.
4. Menggunakan Lampu Isyarat dengan betul
 Pastikan selalu memberi lampu isyarat lebih awal sekiranya anda
ingin membelok atau menukar lorong.
5. Mematuhi had kelajuan
 Pastikan jangan memecut atau memandu terlalu laju.
 Patuhi had kelajuan jalan raya yang ditetapkan demi menjaga
keselamatan diri dan penumpang
6. Mematuhi peraturan
 Sentiasa mematuhi had laju, lampu isyarat dan peraturan-peraturan
lain
 Tidak mementingkan diri sendiri dan sayangi nyawa sendiri dan
orang tersayang
7. Peka dengan keadaan sekeliling
8. Jangan memandu terlalu dekat
 Pastikan sentiasa berada pada jarak selamat dengan kereta di
hadapan atau sisi
1. Bagi memastikan kenderaan anda masih berada di jarak
yang selamat jika anda menggunakan brek kecemasan
 Amalkan peraturan tiga saat dari kereta di hadapan
Peribahasa 1. Anak buah
o Pekerja di bawah jagaan kita
2. Bersekutu bertambah mutu
o Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan
kecemerlangan
3. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
o Sama-sama bertanggungjawab
4. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
o Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang
lain menerima akibatnya
5. Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat
puncak junjung
o Setiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya
6. Bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat
o Mengikut peraturan (adat, resam) yang lazim
65

Tema 12: Kebudayaan, Kesenian dan Estetika


Gurindam Kalau kesenian indah berseri,
Khazanah pertiwi pasti lestari.

Kalau estetika subur di hati,


Warisan bangsa kekallah pasti.

Kalau budaya dipupuk sentiasa,


Memancar sinarnya citra
bangsa.
Peribahasa 1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
2. Intan disangkakan batu kelikir 有眼无珠(不懂得分辨值钱的东西)
3. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
4. Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. (有才学而不传
授是没有意义的), (ada dalam PRPM)
5. Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar.
6. Tak kenal maka tak cinta
7. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Apakah langkah 1) Menganjurkan konsert untuk menghidupkan muzik tradisional.


yang harus 2) Rakyat didedahkan kepada kekayaan warisan muzik tradisional
diambil agar negara. Tak kenal maka tak cinta.
muzik tradisional 3) Rakyat kita menikmati dan menghayati keindahan muzik tradisional.
tidak terus 4) Pertubuhan Bukan Kerajaan menubuhkan agensi dan institusi latihan
ditelan zaman? Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. Menjemput
pemain alat muzik tradisional yang berpengalaman Melatih mereka sehingga
mahir.
5) Sistem pendidikan menyelitkan aktiviti bermain alat muzik tradisional sebagai
aktiviti kokurikulum di sekolah.
6) Pertandingan
7) Memberi insentif kepada sesiapa yang banyak menyumbang tenaga dalam
memartabatkan kedudukan muzik tradisional
8) Pemain muzik tradisional mencipta lagu moden secara improvisasi 即兴创作
9) dengan menggunakan alat muzik tradisional–memartabatkan khazanah
warisan bangsa
10) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKKM) mengawal
kemasukan muzik negara asing.
Contoh permainan muzik tradisional:
1. Tumbuk kalang
 Dari Negeri Sembilan
 Hiburan petani yang berpenat lelah menuai padi dan membanting padi
2. Gong
3. Kompang
4. Serunai
5. Seruling
6. Rebana
7. Gendang
66

Bagaimana Contoh Kuih Tradisional:


kah kuih Kuih Melayu: Kuih Cina: Kuih India:
tradisional 1. Kuih koci 1. Kuih bakul 1. Murukku
mampu 2. Kuih pena 2. Kuih bulan 2. Karipap
bertahan 3. Kuih mahbob 3. Kuih nanas 3. Putu mayam
dan 4. Kuih apam baghdad 4. Kuih angku 4. Kuih Vadai
bersaing 5. Kuih bangkit 5. Kuih mochi kacang 5. Ketti Urundai
dengan kuih 6. Dodol kukus
moden? 7. Kuih peneram
8. Tepung kapur
9. Kuih limas
10. Puding raja (hidangan dari istana)

Cara mengekalkan kuih tradisional


 Menyambut perayaan tradisional
 Memupuk minat generasi muda mempelajari cara menghasilkannya
 Mempromosikan kuih tradisional melalui media sosial
 Menjenamakan kuih tradisional yang mendapat minat kebanyakan orang
 Mengumpul resipi kuih tradisional
 Contoh: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah, mengembara merentas ke seluruh ceruk desa dan daerah di
Pahang hampir setahun bagi melengkapkan pencarian lebih kurang 600
resipi manisan tradisional Pahang.
 Generasi tua yang mahir membuat kuih tradisional menghimpunkan resipi kuih
tradisional dalam bentuk buku untuk
 menggalakkan masyarakat belajar membuat kuih tradisional,
 Menjadi warisan kepada generasi akan datang
 Contoh: Air Tangan Tengku Puan Pahang: Masakan Tradisional
Pahang yang diterbitkan pada tahun 2007
 Kempen
 Mengadakan pesta kuih tradisional
 Menubuhkan persatuan. Mengadakan perhimpunan setiap bulan sekali untuk
berkongsi resipi atau belajar menyediakan kuih tradisional.

Sebab generasi zaman ini kurang berminat terhadap kuih tradisional:


1. Anggap kuih tradisional itu rumit dan susah untuk dibuat kerana menggunakan
kaedah lapuk dan mengambil masa panjang
2. Anggap kuih tradisional sebagai kuih zaman lama dan tidak ada daya tarikan
3. Pengaruh barat. Lebih berminat dengan kuih moden.
4. Mengikut trend
5.
Kepentingan kuih tradisional
1. Sebagai sumber pendapatan bagi sesetengah orang
1. Contoh: Wan Samihat, seorang pengusaha kuih tradisional di Gua
Musang mampu meraih pendapatan lebih RM 5000 sebulan pada
Ramadhan setiap tahun (krn masih ramai peminat kuih tradisional)
2. Mengekalkan tradisi
3. Menjadi elemen terpenting dalam perayaan tradisional
67

“TIDAK mustahil kuih tradisional seperti buah tanjung, jala mas dan puding raja
berkubur (hapus/ hilang) pada masa akan datang apabila generasi baharu
kurang berminat untuk mempelajari cara membuatnya.”
Sumber:
Harian Metro

Keunikan busana 1. Baju kurung ialah pakaian tradisional lelaki dan wanita Melayu.
Melayu 2. Baju lelaki dikenali sebagai baju Melayu.
Busana: pakaian 3. Baju kurung Melayu bukan sahaja dipakai oleh orang Melayu, malahan turut
yang lengkap digayakan oleh pelbagai kaum untuk ke tempat kerja atau dalam acara
dan indah-indah rasmi.
4. Diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah pada zaman empayar
Melaka sekitar 700 tahun yang lalu

Usaha Pelestarian Pemakaian Pakaian Tradisional


1. Ibu bapa dan keluarga
1. Membeli pakaian tradisional kepada anak mereka
2. Menggalakkan anak memakainya semasa keluar bercuti
3. Memakainya bersama-sama anak
2. Masyarakat
1. Golongan yang mahir menghasilkan pakaian
tradisional mempromosikan produk mereka
2. Mereka cipta corak yang menarik
3. Sekolah
1. Menetapkan “Hari Memakai Baju Kurung”
2. Mengadakan pertandingan menjahit pakaian tradisional
3. Mengajar murid menjahit baju kurung sendiri melalui mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
4. Kerajaan
1. Memberi insentif kepada golongan yang mampu menghasilkan
baju kurung yang berkualiti
5. Pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
1. Bekerjasama dengan tukang jahit pakaian tradisional
untuk menjenamakan pakaian tradisional yang
dihasilkannya
Suku kaum Orang Asli terdiri daripada tiga masyarakat iaitu Negrito, Senoi dan Melayu
Temuan Proto yang dipecahkan kepada 18 suku masyarakat antaranya Kensiu,
Mengapakah adat Kintak,Termiar, Semai, Kuala dan Kanaq.
dalam suku kaum
Orang Asli masih
Suku Temuan
dipelihara?
1. Suku Temuan merupakan Orang Asli daripada puak Melayu Proto
yang terdapat di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, dan
Johor.
2. Masyarakat suku kaum Temuan amat bertanggungjawab dan komited terhadap
semua peraturan dan kesepakatan dalam kelompok mereka seperti koloni
semut.
3. Lembaga Adat suku kaum Temuan terdiri daripada Batin, Menteri, Jenang,
Jurukerah, Panglima, dan Pemangku. Lembaga Adat ini memainkan
68

peranan penting dalam pentadbiran suku kaum Temuan , khusus dalam


majlis perkahwinan adat mereka.
69

4. berpegang teguh kepada budaya, adat dan kepercayaan untuk


diturunkan kepada generasi yang akan datang.

Cara mengekalkan suku kaum Orang Asli di negara kita


1. mengadakan program kemasyarakatan sambil melancong di perkampungan
Orang Asli,
2. memberi kesan positif dari segi pembangunan ekonomi dan
infrastruktur asas yang diperlukan golongan berkenaan.
3. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menubuhkan muzium untuk
mempamerkan keunikan suku kaum Orang Asli
4. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebagai entiti yang memastikan
golongan berkenaan terus membangun dan maju.
 JAKOA menggalakkan masyarakat Orang Asli mewujudkan inap desadi
kampung masing-masing kerana mereka mempunyai kepakaran dalam
ekopelancongan serta budaya yang unik untuk diketengahkan.
 menyediakan kemudahan jalan kampung
 mewujudkan pemandu pelancong dalam kalangan
masyarakat berkenaan.

Kepentingan Suku Kaum Orang Asli kepada Negara Kita


Mengapakah adat dalam suku kaum Orang Asli masih dipelihara?
1. Keunikan mereka mempelbagaikan tarikan pelancongan di negara ini. Apatah
lagi Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kepercayaan, budaya
dan bangsa.
2. Menggalakkan ekopelancongan kerana mereka biasanya tinggal di pinggir
hutan atau di dalam hutan. Mereka tahu selok-belok hutan dan mampu menjadi
pemandu pelancong bagi pelancong asing.

Sumber: Harian Metro dan Berita Harian

Di manakah Pengenalan
tempat paling 1. Arca awam ialah hasilan seni tiga dimensi yang diperbuat daripada pelbagai
sesuai untuk bahan sebenar (seperti batu, kayu, dan besi), bahan buangan, dan
membina arca sebagainya.
awam? 2. Arca ini diletakkan di ruang terbuka untuk tontonan orang ramai.
Mengapa? 3. Antara ruang terbuka yang dimaksudkan termasuklah
1. di hadapan bangunan,
2. di dalam taman,
3. di tepi jalan raya
4. Perkembangan arca awam di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga fasa,
1. fasa pengenalan (1857 – 1957),
1. wujud sebelum kemerdekaan atau zaman kolonial
2. Lebih bersifat mengagungkan tokoh penjajah
3. Antara tokoh yang dijadikan arca termasuklah
1. Frank Swettenham di KL
2. Francis Light di Pulau Pinang
3. R.S.F Walker di Taiping, Perak
4. arca dinding yang terdapat di bangunan Institut
Penyelidikan Getah Malaysia, Jalan Ampang, Kuala
70

Lumpur.
71

5. dihasilkan oleh pengarca dari luar negara.


b. fasa pembangunan (1957 – 1989),
1. Wujud pada zaman selepas kemerdekaan
1. Tugu Negara
2. Arca Tunku Abdul Rahman, hasil karya pengarca British
c. fasa perkembangan (1990 – sekarang).
1. Sejak tahun 1990 sehingga kini
2. Perkembangan semakin memberangsangkan
3. Arca awam bersifat kontemporari dihasilkan
4. Contoh:
1. Wahdah oleh Ramlan Abdullah
2. Berat Mata Memandang oleh Mohd Faizal Ramli
3. Naungan oleh Raja Azhar Idris

Di manakah tempat paling sesuai untuk membina arca awam? Mengapa?


Jawapan:
Di tengah-tengah kota kerana:
 Menjadi tumpuan para pelancong untuk merakamkan gambar
 Contoh: arca-arca kucing di bandar raya Kuching, terutamanya arca
yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman
 Menjadi ikon bandar raya
 Contoh: Arca ikan todak di Jalan Tun Fuad Stephen
 Boleh dinikmati nilai estetikanya oleh pengguna jalan raya dan pejalan kaki dengan
lebih kerap kerana terletak berhampiran dengan gerai makanan, hotel danpasar.
 Sekiranya hanya dibina di tumpuan pelancongan, tempat ini biasanya akan
dibanjiri orang pada musim cuti sahaja. Oleh itu arca ini tidak sesuai dibinadi
tumpuan pelancongan kerana nilai estetikanya jarang dihayati dan dihargai

Budaya Malaysia:

Pengenalan
1. Oleh sebab Malaysia terdiri daripada multikaum, maka kita beruntung kerana warga watan mewarisi
pelbagai budaya yang mencakupi amalan dan cara hidup, termasuklah pakaian, makanan, adat resam, dan
kesenian. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri dan nilai
ketamadunan yang unik. Hal ini dikatakan demikian kerana tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat
dilihatpada warisan budayanya. Oleh itu, kita harus tidak semakin kemaruk mengejar pemodenan
sehingga membiarkan budaya kita terkubur begitu sahaja. Sebaliknya, kita perlu memelihara,
mengamalkan, dan mempertahankan warisan budaya kita.
2. Budaya warisan rakyat di negara ini dapat menggambarkan sifat majmuk masyarakat Malaysia kerana
setiap kaum mewarisi budaya nenek moyang mereka dari negara asal mereka seperti dari India dan
China. Manakala, masyarakat Melayu pula mewarisi budaya yang berasal dari seluruh Nusantara seperti
Jawa, Banjar, Bugis, dan Minangkabau.
3. Budaya warisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum amat digemari oleh pelancong. Contohnya,
persembahan teater warisan seperti makyung, wayang kulit, tarian singa, dan ngajat mendapat perhatian
pelancong yang teruja dengan budaya masyarakat kita.
4. Pantang larang nenek moyang menjadi tunjang kehidupan dan pedoman agar kita mempunyai keteguhan
jati diri untuk menangkis anasir jahat yang mampu menggadaikan maruah diri.
72

Contoh-contoh Budaya Rakyat Malaysia


 Semasa Tahun Baharu Cina, angpau diberikan oleh masyarakat Cina sebagai simbol untuk
mengharapkan penerimanya mendapat keberkatan dan nasib yang baik sepanjang tahun
 Dengan memasang pelita semasa Hari Deepavali, masyarakat India yang beragama Hindu percaya
bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan keadilan mengatasi
kezaliman. Tambahan pula, semasa hari perayaan tersebut, mereka akan mandi minyak bijan untuk
menyucikan tubuh badan.
 Masyarakat Melayu yang datang dari pelbagai pelosok Nusantara membawa bersama budaya seperti
tarian zapin, tarian kuda kepang, dan wayang kulit, manakala masyarakat Cina mewarisi tarian singa
dan tariannaga, sementara orang India membawa bersama bentuk-bentuk seni misalnya
bharatanatyam, khatak, dan bhangra.
 Satu ketika dahulu, upacara berbalas pantun semasa peminangan ataupun majlis perkahwinan akan
diadakan oleh masyarakat Melayu untuk menyampaikan hasrat wakil yang datang berkunjung.
Namun, tradisiini sudah sangat jarang diamalkan kerana kemahiran berpantun oleh masyarakat hari
ini semakin berkurangan.Oleh itu, khazanah tradisi lisan budaya Melayu yang mulia ini patut
dihidupkan semula untuk dicontohi generasi muda yang biasanya turut serta dalam majlis seperti itu.
Cara-cara Menghidupkan Semula Budaya Malaysia
o Kesemua budaya yang diwarisi oleh pelbagai kaum di Malaysia memaparkan keanekaragaman dari segi
cara hidup, pemakanan, dan pakaian lantas menjadikan Malaysia begitu unik. Untuk mempertahankan
keistimewaan ini, kita harus menerima segala perbezaan, hidup bertoleransi, dan mengakomodasi dengan
kepelbagaian budaya warisan ini. Misalnya, murid Melayu dan India boleh mempelajari tarian kipas, iaitu
tarian tradisional masyarakat Cina sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah dan begitu jugalah
sebaliknya.
o Arahan kerajaan mewajibkan kakitangan awam memakai baju batik pada setiap hari Khamis merupakan
usaha kerajaan membantu meningkatkan penjualan produk industri desa di samping menimbulkanrasa
bangga rakyat terhadap produk batik.

Tapak-tapak yang Menyerlahkan Budaya Malaysia


Pasar Seni di Kuala Lumpur yang dibina oleh orang British sebagai pasar basah semasa zaman
pentadbiran mereka kini telah menjadi pusat membeli-belah yang menjual pelbagai jenis cenderamata
sepertikraf tangan, barangan pewter, dan songket serta pusat budaya yang mempamerkan keunikan
kebudayaan dan kesenian warga Malaysia. Semasa melawat ke Pasar Seni, kita berpeluang menonton
tarian tradisional secara percuma di luar Central Market.
Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan menonjolkan adat masyarakat Cina, India, dan Melayu
terutamanya Adat Perpatih di Malaysia. Pengunjung berpeluang menimba pengetahuan berkenaan Adat
Perpatih menerusi paparan di muzium ini termasuk tradisi perkahwinan dan kematian.

Isu Karya Kesusasteraan


- Menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan yang besar
untuk memastikan DBP dapat menerbitkan karya sasterawan tempatan yang berkualiti. Tambahan pula,
kerajaan telah dan terus mengangkat karya yang terbaik untuk diberikan anugerah seperti Hadiah Sastera
Perdana Malaysia. Pengiktirafan ini mampu memberikan galakan kepada penulis untuk menghasilkan
karya yang lebih hebat.
- Contoh karya tempatan yang telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris ialah Salina karya A. Samad
Said, Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, dan koleksi puisi Usman Awang.
73

Permainan Tradisional:
Pengenalan
1. Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia turut memperuntukan
seni, warisan, dan budaya dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Seni, warisan dan budaya bangsa
Malaysia yang dimaksudkan termasuklah tarian, muzik, kraf, tulisan jawi, syair, permainan tradisional
dan seni pertahanan diri.
2. Sepak takraw merupakan sejenis permainan antara dua regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi
setiap regu. Aktiviti sukan yang merupakan pengubahsuaian permainan sepak raga dan badminton ini
telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton sejak
tahun 1940-an. Permainan tradisional ini mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan
pemainnya kerana pemain-pemain harus sehati sejiwa untuk menyepak, menanduk, mendada, atau
melutut bola raga tanpa menggunakan tangan dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah untuk menang.
3. Permainan sepak takraw telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad
ke-5 M dan digemari rakyat jelata selain dimainkan oleh golongan bangsawan.
4. Menurut Wikipedia, sepak takraw telah menjadi popular di seluruh dunia termasuk Rusia.
5. Festival Layang-layang Sedunia yang diadakan di Pasir Gudang merupakan salah satu acara tahunan yang
mula dianjurkan sejak tahun 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)
dengan mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang
Johor. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan yang telah disenaraikan dalam Kalender Pelancongan
Negeri Johor tersebut berjaya menarik peminat-peminat layang-layang dari seantero dunia untuk
mengambil bahagian dalam pertandingan yang berprestij ini.
6. Sebagai warga watan, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu
sahaja dek peredaran zaman yang berlaku?
Cara-cara Menghidupkan Semula Permainan Tradisional
 Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) boleh menerangkan maksud dan latar belakang simbol
wau yang digunakan sebagai logo syarikat tersebut.
 Jabatan Warisan Negara dan kerajaan negeri perlulah lebih kerap menganjurkan festival, pertandingan dan
kempen yang bertemakan permainan tradisional bagi mengetengahkan permainan tradisional kepada
masyarakat agar dapat menanamkan rasa cinta terhadap warisan negara ini dalam generasi muda.
 Menerusi Festival Permainan Tradisional anjuran kerajaan negeri Johor dengan kerjasama Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian negeri serta Jabatan Pendidikan negeri pada tahun 2016, sebanyak 1,000 orang
murid dari seluruh Johor telah mengambil bahagian dalam acara permainan tradisional yang
dipertandingkan seperti batu seremban, congkak, sepak raga bulatan, yoyo cina dan kabaddi.
 Pihak sekolah boleh mengundang Adiguru Kraf yang arif tentang permainan tradisional seperti Encik
Shafie bin Jusoh yang telah dilantik sebagai duta Malaysia Airlines (MAS) untuk membuat demonstrasi
dan pameran di sekolah. Memang tidak boleh dinafikan bahawa keunikan wau yang dihasilkan oleh Encik
Shafie boleh membuka mata murid-murid tentang keistimewaan permainan tradisional selain merangsang
kesediaanmurid-murid untuk mempertahankan lambang dan identiti masyarakat kita dan memastikan seni
kraf warisan berkenaan mempunyai kesinambungan.
 Pihak sekolah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional seperti
Kelab Budaya Bangsa dan Kelab Permainan Tradisional. Dengan berpayungkan kelab-kelab tersebut,
pelajar boleh belajar tentang sejarah dan syarat-syarat bermain permainan tradisional seperti congkak,
gasing,dan galah panjang. Dalam Majalah Dewan Budaya yang disiarkan pada bulan Mac 2019, sejarah
awal wau bulan dapat dilihat ketika permainan ini diperkenalkan oleh putera Dewa Muda pada Zaman
Pemerintahan Srivijaya. Oleh hal yang demikian, informasi sedemikian bolehlah disampaikan oleh
guru pembimbingpersatuan permainan tradisional kepada ahli kelab dan persatuan tersebut.
74

Makanan tradisional
i. Laman sesawang https://saji.my/ sering kali memuat naik artikel-artikel yang berkaitan dengan
makanan tradisional rakyat Malaysia seperti pisang rebus, lemang, belacan, otak-otak dan ketupat.
Usaha ini penting untuk menyaingi pengusaha makanan Barat yang begitu agresif mencanangkan
keenakan makanan mereka melalui media sosial sehinggakan makanan segera seperti piza dan burger
sudah sebati dengan masyarakat Malaysia.
ii. Rakyat Malaysia mewarisi beraneka jenis makanan tradisional pelbagai kaum. Contohnya, juadah
unik bagi kaum Melayu ialah ketupat, lemang, dan dodol, manakala kuih bakul, kuih bulan dan tang
yuan merupakan simbol bagi kaum Cina, dan murukku, putu mayam, serta martabak disinonimkan
sebagai kemestian bagi kaum India.
iii. Kerajaan negeri Kelantan telah menganjurkan Pesta Makanan Tradisional Kelantan sempena Tahun
Melawat Kelantan 2020
75

Tema 13: Jati Diri, Warganegara Patriotik


Langkah-langkah 1.Pengaruh guru di sekolah
memupuksemangat
*Melentur buluh, biarlah dari rebungnya
patriotisme - mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan
syukur terhadapnegara serta cinta akan negara
Embun menitik di pagi hari, o i) sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah
Terbit matahari hilanglah o ii) mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral
ia, Murnikan jiwa sucikan
2. Ibu bapa seharusnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau
hati, Keamanan negara
tanggungjawab bersama. dengan menerapkan semangat patriotik
* Bagai menatang minyak dengan penuh
- anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan
sosialyang begitu yang kian menular umpama virus epidemik
dalam masyarakat
- menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang
tanggungjawabmereka terhadap tanah air tercinta ini.

3. Mendidikmereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan


kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah
air.
-melawat tempat-tempat bersejarah tanah air
-mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika sambutan hari
kemerdekaan negara

4. Kempen
Kempen bertemakan semangat patriotisme:
 Kempen Cinta Akan Negara
o Menimbulkan kesedaran dan semangat yang berkobar-
kobar untukberkhidmat serta sedia berkorban untuk
mencapai kemajuan negara
o Menggalakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan
Hari Malaysia setiap tahun
o Memastikan rakyat jelata memahami perkembangan
sejarah negara dan titik peluh pejuang-pejuang bangsa
yang berusaha mencapai kedaulatan negara

5.Media elektronik seperti televisyen dan radio


i) menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara.
ii) menayangkan filem seperti “Bukit” “Kepong”, “Paloh”, dan
drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara

6. Sering bermuhasabah terhadap diri sendiri


 Berasa diri amat bertuah kerana dapat hidup bernegara
yang aman dan damai
 Menyimpan cita-cita untuk menjadi insan yang berjiwa
besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang terutama
dalam kerjaya yang terbilang dan mahu berkhidmat untuk
negara.
76

 Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah bangsa yang sentiasa


berbangga terhadap tanah air, seperti kata peribahasa Arab,
*“Kasih akan negara adalah sebahagian daripada iman”.
Oleh itu, sedarikecil binalah kekuatan semangat patriotik
terhadap diri kita sendiri.

7. Program kawad kaki dan latihan berkumpulan


 Merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk
semangat patriotik kepada mereka ke arah cinta akan negara.
 dapat bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang
kaum,budaya dan agama yang berbeza.
 melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan
yang berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara
o Cth: Program Latihan Khidmat Negara.
 *bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
 * “masa depan itu dibeli oleh masa sekarang”,
kata Samuel Johnson yang merupakan seorang
penyair, penulis esei dan pengkritik sastera yang
terkenal.
77

Ciri-ciri warganegara 1. Warga negara yang percaya dan patuh kepada tuhan
yang mampu membina  melaksanakan agama masing-masing tanpa mengganggu
negara yang penganut agama yang lain.
cemerlang
2. Berakhlak mulia
 Masyarakat yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku
yangsopan, berdisiplin dan bersepadu.
 Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri
setiap rakyat. Sifat-sifat mulia ini juga mestilah
berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan

3. Bertanggungjawab
 Berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai
tanggungjawabyang tinggi terhadap Tuhan,bangsa dan negara.
 Warga negara ini adalah warga negara yang produktif,
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap ,
bersih dan amanah.

4. Warganegara yang berilmu pengetahuan


 Dapat menyumbang tenaga dalam pelbagai bidang profesional
 Menjadi modal insan yang berguna
 Berdaya saing pada peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa sehingga menjulang nama negara di
persada dunia

5. Warganegara yang dapat memberi sumbangan


 Terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga
manusiayang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk
mentadbir alam.
 Masyarakat ini menggunakan teknologi dengan cekap
bagi mempertingkatkan daya pengeluaran kearah
pembangunan
negara.
Cara-cara menghargai 1.Melawat Muzium Negara
jasa pejuang -Ibu bapa membawa anak melawati Muzium Negara pada
hujung minggu
78

Gajah mati meninggalkan - Pihak sekolah mengadakan rombongan pada cuti sekolah
tulang, harimau mati - Membolehkan generasi muda untuk mendalami
meninggalkan belang dan sejarah negara tentang perjuangan tokoh-tokoh
manusia mati - Menimbulkan perasaan ingin tahu
meninggalkan nama - Mengetahui latar belakang tokoh kemerdekaan, bibliografi tokoh
(peribahasa yang merujuk bagai katak di bawah tempurung
kepada sumbangan - Memupuk semangat patriotik
seseorang itu akan terus
diingati walaupun dia sudah 2. Mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan sejarah
tiada lagi)  Mengajak ibu bapa dan kawan untuk menyertai
programyang dianjurkan oleh pihak berkuasa sebagai
sokongan
 Melibatkan diri dalam program atau menjadi sukarelawan
 Tidak bersikap enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing
 Memeriahkan majlis sambutan bersama-
sama orang berhampiran
 Menjayakan dan melancarkan program dengan kerjasama
 Menimbulkan perasaan bangsa
 Menyertai sambutan Hari Kebangsaan, pertandingan
deklamasi puisi
 Menunjukkan kecintaan dan kesyukuran terhadap sumbangan
tokoh

3. Menamakan nama bangunan dan jalan


 Kerajaan harus memilih bangunan dan jalan yang terletak
di lokasi yang strategik dan sesuai
 Masyarakat dapat sentiasa mengenang jasa dan bakti tokoh-tokoh
 *Harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama
o Cth: Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),
Balai Polis Tun H.S.Lee
79

Tema 14: Citra Bahasa dan Sastera Kita

Cara Menyemarakkan Isi


Budaya Membaca :  Pihak ibu bapa mendidik anak-anak untuk membaca sejak kecil lagi
Dalam
Kalangan Remaja Huraian:
 melentur buluh biarlah dari rebungnya
 ibu bapa memberikan kesedaran kepada cahaya mata
tentang kepentingan membaca
 ibu bapa membawa anak menyertai siri jelajah atau ekspo buku
 ibu bapa menjadi suri teladan dengan rajin membaca buku
 bapa borek anak rintik
 bagaimana acuan begitulah kuihnya

Isi:
 Pihak kerajaan mengadakan program/ kempen/ ceramah/ taklimat/
pertandingan untuk menyedarkan anak muda tentang kepentingan
membaca
Huraian:
 Pihak kerajaan menghadiahkan buku-buku sastera kepada
pelajar golongan miskin untuk memupuk mereka membaca
 Pihak kerajaan mendirikan perpustakaan awam di merata-rata
tempat untuk memudahkan anak muda membaca
 Pihak kerajaan menawarkan biasiswa kepada anak muda yang rajin
membaca

Isi:
 Pihak sekolah menyediakan sudut membaca di sekolah
 Pihak sekolah mendirikan perpustakaan di sekolah dan
memastikan buku-buku di dalam perpustakaan sentiasa dikemas
kini
 Pihak sekolah melancarkan pelbagai program/ceramah/pertandingan
untuk menyedarkan anak murid tentang kepentingan membaca dan
menyediakan hadiah kepada muridyang rajin membaca
o Program NILAM, Program Satu Murid Satu
Buku
o menawarkan wang, kupon, alat tulis kepada
pelajar
 Pihak sekolah menubuhkan kelab bacaan
 menarik minat murid untuk membaca
80

Kepentingan Amalan 1. (i) Menjadikan seseorang lebih matang


Membaca (h) Menurut pandangan Francis Bacon, membaca
menjadikan seseorang berisi, berunding menjadikannya siap,
menulis menjadikannya saksama.
(h) Meluaskan horizon pemikiran
(cth) membaca surat khabar, majalah, kamus, akhbar, ensiklopedia

2. (i) Menambah ilmu pengetahuan pembaca


(h) Bak kata pepatah, membaca jambatan ilmu/ ilmu pelita hidup
(h) pembaca mampu menyelesaikan masalah dan cabaran
hidup dengan pantas dan sempurna

3. (i) seseorang yang rajin membaca mendapat peluang pekerjaan


yang lebih luas dan mudah menggapai kejayaan
(h) sejarah mencatatkan bahawa bangsa yg berjaya ialah bangsa
yang memiliki budaya literasi
(cth) tokoh ilmuwan- Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Al-Razi,
Al- Haitham, Al-Khindi dan Ibnu Biruni

4. (i) membaca meningkatkan disiplin seseorang


(h) amalan membaca mengisi masa lapang
(h) pembaca tidak mudah terjebak dalam gejala sosial
(cth) perlumbaan haram, ketagihan dadah, merokok, berpelesiran
Kepentingan Bahasa 1. (i) Sebagai bahasa perpaduan
Melayu (h) dapat mengelakkan perselisihan faham apabila
dapat berkomunikasi dengan mudah
(h) tiada perbezaan antara rakyat Malaysia
(h) merapatkan hubungan antara kaum
(h) memupuk suasana harmoni

2. (i) Sebagai bahasa kebangsaan dan melambangkan jati diri rakyat


(h) menunjukkan sejarah negara Malaysia yang berliku
(h) mempertahankan kedaulatan Malaysia
(h) merupakan identiti negara kita
(h) dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak muda

3. (i) Sebagai bahasa ilmu


(h) dapat menimba ilmu pengetahuan menggunakan bahasa Melayu
(h) mampu membaca pelbagai jenis bahan bacaan Bahasa Melayu
dan memahami sejarah Bahasa Melayu
(cth) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi universiti
pertama di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu untuk
menyampaikan kursus-kursus dalam pelbagai bidang
81

Maksud Dan Maksud


Peranan Peribahasa Peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang
Dalam Masyarakat tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidalan, pepatah,
dan sebagainya.

Peranan
1. (i) menyampaikan sesuatu nasihat dan teguran kepada masy
dalam bahasa kiasan
(h) dapat menjadi pengajaran kepada rakyat
(h) tanpa menimbulkan perasaan marah atau kecil hati orang lain
(h) tidak menyinggung perasaan orang lain
(cth) Peribahasa sediakan payung sebelum hujan menasihati kita
untuk membuat persediaan yang rapi dan sempurna agar setiap
masalah dapat diselesaikan dengan lancar dlm kehidupan kita

2. (i) peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial


(h) dapat mengelakkan rakyat daripada bermusuhan antara satu sama
lain
(h) mengelakkan rakyat terjebak dalam angkara sosial

(cth) masa itu emas menyeru rakyat menghargai masa untuk


melakukan perkara yang bermanfaat
(cth) air dicencang tidak akan putus menasihati adik-beradik agar
tidak bergaduh dan berbalahan

3. (i) menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan masyarakat


(h) peribahasa merupakan kata orang tua-tua berdasarkan
pengalaman mereka
(h) pembelajaran peribahasa membolehkan kita menjauhi perkara
yang dilarang oleh nenek moyang kita agar tidak ditimpa kesusahan
(h) penguasaan peribahasa meningkatkan budaya literasi
dan menjadikan seseorang lebih bersopan santun
(h) peribahasa boleh digunakan dalam sesebuah karangan
untuk menjadikan karangan tersebut kelihatan lebih lancar

Contoh Sasterawan CONTOH SASTERAWAN NEGARA


Negara -Muhammad Haji Salleh
-Usman Awang
-Siti Zainon Ismail
-Kemala
-Keris Mas
82

Tema 15: Industri Cemerlang, Negara Gemilang


Faktor perkembangan 1. (i) Kemerosotan Komoditi
pesat perindustrian (h) Kekurangan keperluan harian dan makanan seperti beras
(h) menimbulkan keperluan rakyat untuk menghasilkan makanan sendiri
(h) tidak perlu mendapat bantuan daripada negara lain untuk
menjalani kehidupan harian

2. (i) Dasar/ Polisi Kerajaan


(h) Pihak kerajaan menggubal dasar untuk menggalakkan masyarakat
terlibat dalam PKS
(h) Pihak kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang luas dalam
Malaysia
(h) Pihak kerajaan menyediakan insentif, khidmat nasihat dan pinjaman
modal kpd masyarakat
(h) pihak kerajaan mempelbagaikan kegiatan perindustrian dan
meluaskan jaringan perdagangan

3. (i) Buruh
(h) tenaga buruh tempatan murah
(h) majikan tidak perlu membayar gaji yang tinggi untuk buruh
(h) dapat meningkatkan produktiviti dan penyeluaran PKS
(h) meningkatkan pendapatan PKS
(h) mendapat pulangan yang lumayan
(h) Pihak kerajaan membawa masuk tenaga buruh daripada negara lain
(cth) negara India, Myanmar, Vietnam, Indonesia, China
83

Kesan perkembangan 1. (i) Meningkatkan pendapatan negara


pesat perindustrian (h) PKS menjana ekonomi negara
(h) menyediakan peluang pekerjaan yang luas
(h) meningkatkan imej negara pada peringkat antarabangsa
(h) Mengurangkan kebergantungan produk negara luar
(h) mengurangkan kemasukan barang import
(h) PKS membawa pulangan yang lumayan kepada majikan dan juga
negara

2. (i) Memusnahkan kawasan hutan


(h) Pembinaan kilang memerlukan kawasan luas dan lapang
(h) kawasan hutan yang dimusnahkan menjejaskan habitat flora dan
fauna
(h) menjejaskan ekosistem alam sekitar
(h) Pembinaan bangunan dan kedai memerlukan kawasan lapang
(h) pembukaan pasaran yang luas turut memerlukan penebangan
pokok yang memusnahkan hutan
84

3. (i) Membuka peluang pekerjaan


(h) Kemajuan PKS memerlukan tenaga kerja yang banyak
(h) untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti produk
(h) memerlukan pakar dan pekerja yang mahir dalam bidang tertentu

4. (i) Meningkatkan imej negara di mata dunia


(h) pasaran PKS diluaskan sehingga peringkat antarabangsa
(h) produk hasilan PKS dijual di pasaran antarabangsa
(h) penggunaan teknologi moden dan kepakaran yang dipindah
masuk dari negara moden
(h) kualiti produk PKS yang tinggi mengharumkan nama negara di
peringkat antarabangsa

5. (i) Meningkatkan pencemaran alam


(h) Pembebasan asap yang bertoksik daripada kilang
(cth) karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida
(h) pembalakan hutan untuk pembinaan kilang dan kedai memusnahkan
habitat flora dan fauna
(h) pembebasan bahan kimia yang bertoksik kedalam sungai membawa
pencemaran sungai
(h) kekurangan pemantauan daripada pihak berkuasa menyebabkan
banyak majikan menggunakan cara pintas yang tidak bermoral untuk
membebaskan bahan toksik yang dihasilkan dalam pemprosesan produk

6. (i) Menggoyahkan sistem kekeluargaan


(h) kesibukan pekerja untuk meningkatkan produktiviti PKS
(h) kekurangan masa untuk mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga
(h) kerakusan manusia mengejar harta duniawi dan kemewahan
(h) secara tidak sengaja meminggirkan perasaan ahli keluarga
(h) ahli keluarga sering bergaduh
(h) suasana harmoni terjejas
(h) keluarga menjadi porak-peranda
(h) anak-anak tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi daripada
ibu bapa
(cth) kata orang tua-tua, “anak yang kehilangan kasih sayang daripada
ibu bapa yang kesibukan kerja adalah yatim”
85

Cara memajukan 1. Pihak kerajaan menyediakan subsidi, khidmat nasihat, modal


Perindustrian Kecil pinjaman kepada golongan remaja yang ingin menyertai PKS
dan Sederhana (PKS) 2. Pihak kerajaan memberikan maklumat pasaran kepada majikan PKS
agar pasaran mereka diluaskan dan pendapatan mereka ditingkatkan
3. Pihak kerajaan mengadakan program/kempen/ceramah/taklimat
untuk menggalakkan masyarakat menyertai PKS
4. Pihak kerajaan membawa masuk pakar dan teknologi moden
daripada negara luar
5. Pihak kerajaan mengadakan kursus untuk mendidik masyarakat
tentang cara menguruskan PKS dengan baik

Cabaran PKS 1. (i) Saingan daripada industri besar


(h) industri besar mendominasi pasaran tempatan dan antarabangsa
(h) industri besar lebih dikenali oleh masyarakat
(h) industri besar mempunyai pakar dan teknologi moden
(h) industri besar mempunyai cara pengiklanan yang sempurna

2. (i) Sukar menembusi pasaran global


(h) kekurangan tenaga kerja
(h) kekurangan modal
(h) risiko mengalami kerugian yang tinggi

3. (i) Bersaing sesama sendiri kerana hanya tertumpu


pada pasarantempatan
(h) kebanyakan PKS menghasilkan produk sama dan kualiti
baranganyang sama
(h) kurang kelebihan atau keistimewaan
(h) masyarakat lebih meminati produk negara luar
(h) masyarakat kurang yakin akan produk PKS

4. (i) Kualiti barangan yang rendah


(h) kekurangan pakar dan teknologi moden untuk
meningkatkan kualitibarangan
(h) kos penyelenggaraan bagi mesin berat yang
berteknologi tinggi amat tinggi
(h) mungkin membawa kerugian kepada PKS
(h) kekurangan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan
(h) tidak mampu meningkatkan kualiti barangan

5. (i) Lokasi yang tidak ideal


(h) kebanyakan kilang PKS terletak di kawasan pedalaman
dan luar bandar
(h) kurang dikenali oleh orang ramai
(h) kos pengangkutan yang tinggi
(h) kekurangan sumber bahan mentah
(h) kemudahan di kawasan pedalaman tidak lengkap
86

TEma 16 : Integriti

TOPIK UTAMA PENTING 1 : MERASUAH

Maksud rasuah Rasuah secara literalnya bermaksud wang yang diberikan kepada pihak lain untuk
menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapat sesuatu dengan mudah
dan cepat tetapi salah di sisi undang-undang negara

Adakah Suapan Rasuah Hanya Berbentuk Wang Sahaja?


Suapan rasuah boleh jadi dalam bentuk wang tunai, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan
(seperti seks), jawatan, upah, diskaun, pinjaman dan sebagainya.

Contoh
Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama
kesalahan
iaitu:
rasuah
 Meminta/ Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/ menerima satu suapan sebagai
balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

 Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]

Mana-mana orang secara rasuah menawar/ memberi satu suapan kepada pegawai awam
sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan hal
ehwal pegawai awam tersebut.

 Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]

Mana-mana orang mengemukakan dokumen tuntutan (resit, invoice) yang mempunyai


butiran matan palsu dengan niat untuk memperdayakan prinsipal (pejabatnya).

 Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

Pegawai Badan Awam atau anggota Pentadbiran kerajaan menggunakan kedudukannya


dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu
perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.
87

Punca 1/ sifat tamak dan tidak bersyukur malah tidak mengamalkan wasatiyyah
berlakunya menjadikan seseorang terdedah kepada kegiatan rasuah
rasuah
2/ keinginan yang melebihi kemampuan

3/kekurangan ajaran agama dan didikan

moral
H : semua agama menyeru perkara yang sama , iaitu mementingkan kebaikan
dan melarang kemudaratan
H : didikan agama merupakan pedoman dan panduan kepada kita semasa
menempuh cabaran dalam kehidupan
H:ajaran agama menuntut penganut untuk mengamalkan sikap amanah dalam
kehidupan
H :seseorang yang tidak mempunyai keimanan yang kukuh akan terpengaruholeh
dunia hedonistik yang mementingkan aspek kebendaan semata - mata
C : mengambil rasuah untuk memenuhi fatamorgana diri sendiri dan menjadikaya
dalam masa yang singkat melalui rasuah

4/ masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan


H: masyarakat beranggapan masalah rasuah bermaharajalela kerana kerajaantidak
memiliki satu sistem yang telus
C : dalam aspek pemberian tender / kontrak
H: ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan menyebabkan ramai pekerjaawam
terangsang untuk melakukan jenayah rasuah
H: pekerja tidak
H : menyebabkan jumlah kes rasuah melambung tinggi

5/ arus globalisasi yang bergerak pantas pada masa ini


H :pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan
H :keruntuhan akhlak mulia dalam kalangan kakitangan kerajaan dan juga
masyarakat
H: mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lumayan untukmengisi
kekayaan diri sendiri
C :kontraktor berlumba -lumba mendapatkan tender dan memenangi hati
pegawai pengurusan dan pembuat keputusan

6/ punca sosial dan budaya


H:masyarakat majmuk di Malaysia gemar mengamalkan tradisi memberi hadiahdalam
bentuk wang dan benda
C: sempena hari kebesaran hari perayaan / majlis hari raya / hari perkahwinan
88

Kesan merasuah -menjatuhkan maruah diri sendiri


-perbuatan tidak berintegriti boleh menyebabkan seseorang individu ditangkapdan
dihukum atas kesalahan rasuah
-menjejaskan keharmonian negara
-menjejaskan keamanan negara
-merenggangkan hubungan antara anggota keluarga
-tidak akan mendapat kepercayaan daripada masyarakat awam
-melahirkan individu individualistik
-lebih ramai cuba sedaya upaya untuk melakukan rasuah dan hanya mementingkan
kepentingan diri sendiri
-melumpuhkan fungsi perjalanan organisasi dalam kerajaan / pekerjaan
-memburukkan taraf kemiskinan rakyat kerana sumber negara yang ditetapkanbagi
membantu golongan miskin diselewengkan
-menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar - kacir H:menimbulkan
masalah lain seperti kemerosotan ekonomi , pengabaian kepentingan masyarakat
CONTOH : Pelan Antirasuah Nasional 2019 - 2023
89

Langkah Cara cara pihak kerajaan mengelakkan rasuah


mengatasi
rasuah

F : kerajaan dan parlimen bersetuju untuk mewujudkan badan pencegahan rasuahiaitu


SPRM
H:meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan merasuah
serta untuk memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalampelaksanaan
fungsi -fungsi suruhanjaya
H:SPRM juga disokong oleh mekanisme semak dan imbang dalam memastikan
suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan / negara dan aspirasi
masyarakat

Cara - cara ibu bapa mengekang kegiatan rasuah


1/ mendidik anak - anak sejak kecil lagi tentang keburukan mengambil atau
melakukan kegiatan rasuah
2/ibu bapa menjadi entiit mithali dan teladan yang baik kepada anak -anak
dengan bersikap jujur dan menjauhi amalan rasuah
3/ ibu bapa menekankan pendidikan ajaran agama dan didikan moral dalam
sanubari anak - anak sejak mereka kecil lagi

Cara - cara pihak media - massa mengekang masalah rasuah


1/ menimbulkan kesedaran dalam lapisan masyarakat tentang keburukan dan
implikasi merasuah melalui paparan video di media sosial
2/pihak kerajaan dengan kerjasama media massa tempatan melancarkan kempeniklan
yang efektif dari akhbar ke Internet untuk menggalakkan masyarakat menyertai
kempen pencegahan rasuah

Maklumat tambahan :
1. Nepotisme : perbuatan dan amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak saudara dan kawan-
kawan sendiri sahaja
2. Kronisme : amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu
jawatan , pemberian sesuatu projek , dan sebagainya .
3. Kleptokrasi : kerajaan yang pemimpinnya dan mereka yang berkuasa mengeksploitasi dan merompak
sumber negara untuk kepentingan sendiri
90

TAJUK UTAMA PENTING 2 : INTEGRITI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Maksud integriti:  kewibawaan dan keutuhan.


 keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, akhlak, tutur kata dan
sopan santun.
 berpegang teguh kepada prinsip kejujuran serta mempunyai prinsip
moral yangtinggi.
Integriti sebagai  Melakukan tugas dengan penuh amanah
seorang penjawat  Patuh pada arahan dan peraturan yang ditetapkan
awam  Tidak mengambil kesempatan untuk curi tulang
 Tidak menerima rasuah atau memberi rasuah
 Mematuhi kod etika kerja
 Melaksanakan visi dan misi
 Mengelakkan penyelewengan
 Melibatkan diri dalam program memerangi jenayah rasuah,
penyelewengan dan salah guna kuasa
 Menghargai masa
 Ketekunan membawa kejayaan
 Keseronokan bekerja
 Kemuliaan kesederhanaan (memupuk nilai murni )

Kepentingan 1/ Melahirkan modal insan yang dapat berbakti kepada


berintegriti dalam negara. 2/ Mendapatkan keyakinan dan kepercayaan orang
melaksanakan lain
kewajipan 3/ Menjamin hasil kerja yang berkualiti
 Contoh : melakukan kerja secara kendiri / mencari maklumat malalui
Internet dan menghasilkan hasil kerja diri sendiri tanpa memplagiat kerja
orang lain
4/ Memelihara dan memperkasa imej diri serta keluarga
 Imej diri akan melonjak naik dan disanjungi oleh orang lain
 Dihormati oleh orang lain / masyarakat
 CONTOH : memberikan gambaran yang baik kepada orang lain /
menjadi seorang murid cemerlang dalam bidang akademik dan juga
kokurikulum
 Mengikuti nasihat yang diberikan oleh guru dan menghayati pengajaran
yang disampaikan oleh guru -guru
5/ Meningkatkan kualiti diri untuk mewujudkan pentadbiran yang cekap
 Sebagai seorang kakitangan kerajaan / majikan / pentadbir dan pengetua
6/ Melahirkan individu yang berpegang pada ketinggian prinsip moral dan
etika.
7/ Mengelakkan diri daripada penyalahgunaan kuasa
8/ Membentuk keperibadian individu dan jati diri bangsa

Hak - hak 1.Hak untuk mendapatkan keperluan asas


pengguna yang Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin
diberikan kepada kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk
pengguna (integriti makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan
dalam perniagaan ) dan pendidikan, dan sebagainya.
91

2.Hak untuk mendapatkan keselamatan


Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta
perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
92

3. Hakuntuk mendapatkan maklumat


Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya
membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada
dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan
penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan


Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan
perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan
dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan
perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5. Hakuntuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang
sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta
saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi


Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau
berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi
perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan
kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu
mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang
menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna


Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan.
Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya
kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih
cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang
melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat


Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta
bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh
pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula
jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Anda mungkin juga menyukai