Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A (i) - Ringkasan ( 20 markah )

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan bahasa dalam kehidupan . Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan untuk menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahasa merupakan identiti sesebuah bangsa dan negara yang merdeka. Tanpa bahasa, identiti sesebuah bangsa itu tidak dapat dikenali. Selain berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi, bahasa juga penting sebagai alat mempertahankan jati diri bangsa dan negara, mewujudkan kekuatan dalaman, tamadun, dan budaya bangsa itu sendiri. Sebagai modal budaya terpenting, bahasa yang melambangkan identiti sesuatu amat diperlukan terutama untuk menangkis arus globalisasi agar kelangsungan dan kewujudan bangsa yang merdeka dapat dikekalkan. Sebagai sebuah negara yang didiami oleh kaum yang pelbagai, peranan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan perlu dipandang dengan lebih serius. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat sesetengah pihak yang beranggapan bahawa kedudukan Bahasa Malaysia kini sudah terjamin kerana menjadi bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan. Hakikatnya, Bahasa Malaysia hanya sekadar menjadi bahasa rasmi, tetapi penggunaannya sering kali dipinggirkan terutama apabila melibatkan orang kenamaan. Golongan korporat malah dalam kalangan akademik juga lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris berbanding dengan Bahasa Malaysia. Mereka sering menganggap Bahasa Inggeris lebih tinggi kedudukannya. Dalam kalangan ibu bapa hari ini, kebanyakan mereka berpendapat bahawa untuk memahirkan anak-anak dengan Bahasa Inggeris, bahasa ini perlu diajarkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Hal ini memang ada kebenarannya. Namun, ibu bapa juga harus sedar bahawa jika bahasa asing ini diajarkan terlebih dahulu tanpa memberikan penekanan kepada bahasa ibunda yang amat penting untuk proses melatih mereka berfikir, keadaan ini akan mengundang masalah budaya bahasa. Kepentingan untuk mempelajari Bahasa Inggeris adalah untuk memudahkan interaksi dengan dunia luar dan mempelajari ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, bukannya untuk menggantikan bahasa sendiri dengan bahasa asing atau sekadar untuk menunjukkan bahawa rakyat Malaysia berada seiring dengan negara maju dan menunjukkan kepandaian kita bertutur dalam bahasa antarabangsa. Semua bangsa di dunia ini telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan keupayaan untuk berfikir dan mencari ilmu dan pengetahuan dalam bahasanya sendiri. Seandainya bangsa itu tidak maju, puncanya bukanlah bahasanya tetapi ketidakupayaan bangsa itu untuk mencipta atau mengembangkan ilmu menggunakan bahasa sendiri.

Oleh itu, untuk mengisi makna sesebuah negara yang merdeka, kita perlu kembali menilai di manakah kita sebagai bangsa Malaysia yang merdeka menempatkan bahasa kebangsaan yang merupakan lambang jati diri dan maruah bangsa. Kesedaran ini penting agar kita tidak dianggap oleh orang luar sebagai bangsa yang tidak bermaruah kerana meminggirkan bahasa sendiri. Dipetik dan diubahsuaikan daripada Maruah Bahasa Malaysia, Utusan Malaysia, 23 Ogos 2007)

BAHAGIAN A (ii) - Pemahaman ( 10 markah )

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat sendiri. 1.Apakah maksud rangkai kata menangkis arus globalisasi? 2.Berdasarkan petikan, nyatakan kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris? [2 markah] [4 markah]

3.Pada pendapat anda, mengapakah penggunaan Bahasa Malaysia tidak dititikberatkan oleh masyarakat kini? [4 markah]

BAHAGIAN B ( 20 markah )

Huraikan pendapat anda tentang kebaikan internet. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

BERHUBUNG

MAKLUMAT

KEBAIKAN INTERNET

MEMBAYAR BIL

PELUANG PERNIAGAAN

BAHAGIAN C ( 40 markah ) Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan 1. Badan Pengawas sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar. Sebagai setiausaha, kamu perlu menulis surat kepada agensi tertentu untuk mohon sumbangan bagi membiayai program tersebut. Tulis surat tersebut selengkapnya.

2.

Kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform sekolah. Sebagai setiausaha, kamu telah ditugasi untuk menulis laporan tentang perkhemahan itu. Tulis laporan itu selengkapnya.

3.

Anda akan menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah Pengurusan Masa berkesan dalam kehidupan seorang pelajar. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

4.

Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Bincangkan usaha-usaha untuk membendung kenaikan harga barang.

5.

Peribahasa genggam bara api biar jadi arang membawa maksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Bahagian D ( 10 markah) Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel Bukan Duniaku, karya Aida Syahira.

PENGAJARAN

KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI SEMANGAT SETIA KAWAN YANG TINGGI

Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, terdapat beberapa pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup. Nyatakan tiga contoh peristiwa yang terdapat dalam pengajaran di atas.

Anda mungkin juga menyukai