Anda di halaman 1dari 25

BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu.

(USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg1
getting upset about.

Novel Tingkatan 5: Songket Berbenang Emas


Sinopsis Umum
Dahlia, pelajar tingkatan 1 enam atas menempuh pelbagai cabaran dalam hidupnya.
Keluarganya yang miskin 2 menumpang di tanah milik neneknya, Nek Kiah. Haji Sulaiman
dan Tauke Lim banyak membantu keluarga mereka. Emaknya, Saleha mengalami 3 tekanan
perasaan sehingga 4 hilang ingatan dan terpaksa 5 dirawat di Hospital Taman Bahagia, di
Johor Bahru. Ayahnya, Embong pula 6 dipatuk ular dan dimasukkan ke dalam 7 wad
selama beberapa hari. Adiknya, Abu Bakar mahu 8 berseronok-seronok sahaja.
Ketiadaan Saleha di rumah menyebabkan Dahlia terpaksa 9 menguruskan
adik-adiknya yang masih 10 kecil, iaitu Anggerik, Kiambang, dan Melati. Dia terpaksa
keluar dari 11 asrama dan kerap 12 ponteng sekolah kerana menjaga adik-adiknya. Cikgu
Hisyam dan kawan baiknya, Kavita memberi 13 dorongan kepada Dahlia supaya terus
bersekolah kerana dia mempunyai peluang yang 14 cerah untuk mencapai kejayaan yang 15
cemerlang dalam STPM.
Azhari, seniornya semasa di sekolah sebelum ini 16 menyuarakan hasrat hati untuk
17 melamar Dahlia. Dahlia menolaknya kerana mahu belajar dahulu dan bekerja untuk
membantu keluarganya. Namun demikian, Azhari tetap tegas dengan keputusannya lalu
menghantar rombongan untuk 18 merisik Dahlia. Embong dan Dahlia sendiri tidak
memberi sebarang 19 keputusan yang pasti kepada Azhari. Pada masa yang sama, Najib
juga 20 menyimpan perasaan terhadap Dahlia.
Dahlia dipandang 21 serong oleh penduduk kampung apabila dia dikunjungi oleh
Azhari dan Najib. Aton yang sememangnya 22 mendendami Dahlia kerana menyangka
Dahlia sebagai punca 23 kematian anaknya, Said telah menyampaikan 24 fitnah kepada
Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman.
Dahlia amat sedih akan tuduhan itu tetapi Abu Bakar memujuknya. Barulah Abu
Bakar sedar akan 25 beban berat yang ditanggung oleh kakaknya selama ini sedangkan dia
tidak 26 mempedulikan hal keluarganya. Peristiwa itu menyebabkan Abu Bakar 27 insaf
akan kesilapannya.
Nek Kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah yang didiaminya sekarang akan 28
dijual kepada pihak lain. Jika Dahlia mahu tinggal di tanah itu, keluarganya perlu 29
membayar sebanyak RM15 000. Nek Kiah bertindak begitu kerana 30 desakan daripada
Seman, abang Saleha yang menghadapi masalah 31 hutang.
Saleha pulang ke rumah setelah penyakitnya 32 sembuh. Embong juga sudah
semakin 33 sihat. Dahlia sudah dapat kembali ke sekolah dan bersiap sedia menghadapi 34
peperiksaan yang semakin hampir. Azhari datang ke rumah Dahlia lagi bersama-sama
keluarganya. Dahlia 35 mengajaknya melawat Nek Kiah yang sakit dan sudah agak lama
tidak dilawatinya. Dahlia 36 terkejut apabila melihat keadaan neneknya yang 37 uzur. Nek
Kiah dibawa ke hospital dan dirawat beberapa hari di wad.
Selepas keluar dari wad, Nek Kiah tinggal di rumah Dahlia. Nek Kiah mula insaf
akan kesilapannya. Dia sedar bahawa hanya keluarga Dahlia yang 38 benar-benar
menjaganya sedangkan Seman dan cucunya yang lain langsung tidak 39 kelihatan. Selepas
itu, Nek Kiah tidak 40 membangkitkan isu tanah yang hendak dijualnya itu lagi.
Kampung tersebut dilanda 41 banjir sehingga penduduk terpaksa berpindah ke
tempat 42 pemindahan termasuk keluarga Embong. Dahlia tetap mengulang kaji pelajaran
meskipun keadaan tidak selesa. Haji Sulaiman pula 43 menegur penduduk kampung yang
bersikap mementingkan diri. Dia berharap agar penduduk akan lebih mengambil berat
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg2
getting upset about.

terhadap satu sama lain. Impian itu terkabul apabila penduduk 44 bergotong-royong
membina rumah Dahlia semula kerana rumah itu 45 roboh akibat dilanda banjir.
Keluarga Azhari datang ke rumah Dahlia untuk berbincang tentang 46 tarikh
pertunangan Dahlia dengan Azhari. Mereka 47 menetapkan tarikhnya pada 30 Disember,
iaitu selepas Dahlia menamatkan peperiksaan STPM.
Sementara itu, Encik Daim datang ke rumah Dahlia bagi memaklumkan bahawa
Dahlia telah 48 terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum
pergi ke Jepun, Dahlia perlu mengikuti kursus mempelajari bahasa Jepun selama enam
bulan di Universiti Malaya dan perlu 49 melaporkan diri pada 31 Disember.
Pada hari pertunangan, Dahlia bersiap sedia 50 menanti kedatangan rombongan
keluarga Azhari. Namun demikian, rombongan tersebut masih belum sampai hingga petang
sedangkan Dahlia terpaksa 51 berangkat ke Kuala Lumpur. Emak dan ayahnya
menyampaikan beberapa 52 pesanan manakala Nek Kiah menghadiahkan seutas gelang 53
pusaka kepadanya. Haji Sulaiman pula menyampaikan sumbangan 54 wang daripada
penduduk kampung kepada Dahlia, termasuk daripada Tauke Lim.
Azhari muncul di tempat menunggu 55 bas. Dia memberitahu Dahlia bahawa dia
terlewat kerana bapa saudaranya lewat 56 sampai. Sebelum Dahlia berangkat, Azhari
memberikan sehelai 57 songket berbenang emas kepada Dahlia sambil berpesan agar
Dahlia 58 menjaga jati dirinya sebagai orang 59 Melayu walaupun di 60 mana-mana dia
berada.

Bab 1
Dahlia, pelajar tingkatan enam atas tinggal di 1 asrama. Dia dan rakan-rakannya
sedang 2 berlatih bola jaring untuk 3 bertanding dengan pelajar-pelajar tingkatan enam
rendah. Semasa berehat, Dahlia teringat akan emaknya yang 4 hilang ingatan.
Kemudian, Azhari yang merupakan rakan Dahlia yang 5 dikenali semasa sama-sama
belajar di Sekolah Menengah Tun Ismail datang. Azhari baru menamatkan pengajiannya di
6 universiti. Azhari memberitahu Dahlia bahawa keluarganya akan datang untuk 7 merisik
Dahlia. Namun demikian, Dahlia 8 menolak kerana dia masih belajar. Dia berpegang pada
prinsipnya bahawa dia tidak akan 9 berkahwin selagi emak dan ayahnya belum mengecapi
10 kesenangan.
Walau bagaimanapun, Azhari memujuk Dahlia bahawa dia tidak akan 11
menghalang keinginan Dahlia untuk 12 belajar sehingga berjaya dan mereka bukannya
hendak berkahwin 13 segera. Azhari juga 14 menawarkan diri untuk menghantar Dahlia
pulang. Dahlia 15 keberatan kerana bimbang akan pandangan 16 serong masyarakat
kampungnya.

Bab 2
Sesampainya di rumah setelah dihantar oleh Azhari, Dahlia mendengar adiknya,
Anggerik 17 menangis. Menurut Melati, emak mereka sudah 18 keluar sejak pagi tetapi
masih belum 19 pulang. Ayah mereka juga tiada di rumah.
Dahlia menegur Melati kerana 20 membancuh susu sangat cair, menyebabkan
Anggerik tidak mahu minum. Sebenarnya, susu sudah 21 habis. Dahlia menyuruh Melati
membeli susu dan gula pasir secara 22 hutang di kedai Tauke Lim.
Selepas itu, Dahlia mencari emaknya, Saleha. Dia mendapati emaknya berada di
kebun 23 getah dalam keadaan hilang ingatan dan tidak 24 mengenalinya. Dahlia sangat 25
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg3
getting upset about.

sedih apabila melihat keadaan emaknya itu, tambahan pula emaknya tidak pernah
berkeadaan demikian. Dia 26 mengajak emaknya pulang tetapi emaknya 27 enggan.
Kemudian, ayah Dahlia, iaitu Embong 28 muncul dan terkejut kerana keadaan
Saleha kini semakin 29 teruk. Saleha tidak mengenal Embong dan Dahlia, malahan 30
menjauhkan dirinya daripada mereka. Dahlia mengajak Embong meminta 31 pertolongan
penduduk kampung untuk membawa Saleha pulang. Sebelum mereka sempat bertindak,
Saleha telah 32 tiada di situ lagi.

Bab 3
Punca emaknya hilang ingatan benar-benar mengganggu perasaan Dahlia. Dia 1
tertanya-tanya sama ada emaknya telah dibuat orang atau ada pihak yang 2 dengki dan sakit
hati kepada emaknya itu. Dalam 3 pengetahuan Dahlia, keluarganya tidak pernah
menyakitkan hati orang lain. Namun begitu, Dahlia 4 insaf bahawa setiap yang berlaku itu
sudah 5 ditentukan oleh Tuhan. Maka, dia 6 berdoa kepada Tuhan agar memulihkan ingatan
emaknya semula.
Nek Kiah, iaitu ibu Saleha, 7 menyalahkan Embong kerana 8 mengikat kaki dan
tangan Saleha. Menurut Embong, dia terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan isterinya
itu 9 lari. Nek Kiah terus menyalahkan Embong sebagai 10 punca anaknya hilang ingatan.
Menurut Nek Kiah, anak-anaknya yang lain hidup 11 senang-lenang tetapi Saleha hidup
miskin kerana bersuamikan seorang yang 12 pemalas. Embong enggan 13 membalas
kata-kata ibu mentuanya itu walaupun hatinya 14 sakit.
Kemudian, Haji Sulaiman yang merupakan Ketua Kampung merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J.K.K.K.) Parit Haji Rais, datang
bersama-sama dengan tiga orang lelaki dari Hospital Batu Pahat. Mereka ingin membawa
Saleha ke 15 hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut Haji Sulaiman, dia berbuat
demikian kerana mahu membantu Embong atas dasar 16 tanggungjawab dan tugasnya.
Embong enggan membenarkan isterinya dibawa ke hospital kerana penyakit
isterinya itu tidak 17 merebak dan tidak akan menjangkiti sesiapa. Namun begitu, Haji
Sulaiman terus memujuk Embong. Akhirnya, Embong membenarkannya kerana mahu
isterinya itu mendapatkan rawatan untuk 18 memulihkan ingatannya.
Dahlia juga 19 keberatan untuk melepaskan emaknya tetapi dia tidak mampu
bersuara kerana bimbang akan dianggap 20 biadab. Nek Kiah menyalahkan Embong
sebagai suami yang tidak berguna kerana membenarkan isterinya itu 21 dibawa orang ke
hospital. Embong berpesan kepada Dahlia agar 22 menjaga adik-adiknya kerana mahu 23
menemani isterinya ke hospital.

Bab 4
Dahlia risau memikirkan keadaan emaknya yang sakit dan adik-adik yang tidak 24
terurus. Namun begitu, Embong mahu dia pergi ke sekolah dan akan menguruskan
anak-anaknya yang lain. Dahlia mencadangkan Anggerik 25 dihantar ke rumah Nek Kiah
untuk dijaga tetapi Embong tidak bersetuju kerana tidak mahu anak-anaknya semakin 26
dibenci.
Dahlia memberitahu ayahnya bahawa dia mahu 27 melawat emaknya di hospital
petang esok selepas pulang dari sekolah. Menurut Embong, doktor yang memeriksa Saleha
tidak mengetahui penyakitnya, cuma menyatakan bahawa fikiran Saleha 28 runsing.
Embong pula teringat akan 29 perbualannya dengan isterinya lima bulan yang lalu tentang
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg4
getting upset about.

ibu mentuanya yang masih tidak suka akan mereka dan anak-anak mereka. Saleha berkata
bahawa 30 keadaan hidup mereka yang miskin menjadi sebab mereka tidak disukai oleh
ibunya.
Embong juga teringat bahawa Saleha pernah memberitahunya bahawa dia terdengar
bunyi yang 31 pelik-pelik dan terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Embong
beranggapan bahawa barangkali hal itu perasaan Saleha sahaja. Badan Saleha juga terasa
lemah sahaja. Apabila Abu Bakar balik setelah tiga hari tidak pulang, Embong 32 memarahi
anaknya itu. Hal itu menyebabkan Abu Bakar meninggalkan rumah itu semula.

Bab 5
Dahlia pergi ke sekolah dari rumahnya menaiki 1 bas. Oleh sebab dia tiba 2 lewat,
Cikgu Salwani, iaitu 3 warden 舍监 asramanya meminta Dahlia berjumpa dengannya pada
petang itu.
Di dalam kelas, Dahlia tidak dapat memberikan 4 tumpuan terhadap pengajaran
gurunya. Malahan, ketika Siti Wangi mengajaknya 5 berbincang tentang kertas kerja
mereka, Dahlia meminta maaf lalu memberitahu Siti Wangi bahawa dia tidak dapat
berbincang petang itu kerana mahu 6 menziarahi ibunya di hospital. Dahlia juga tidak
meminta 7 kebenaran daripada Cikgu Salwani sedangkan dia patut menemui beliau
berkenaan 8 kelewatannya pagi tadi.
Sesampai di hospital, Dahlia terserempak 遇 见 dengan Haji Sulaiman. Haji
Sulaiman memberitahu Dahlia bahawa ibunya sudah 9 dibawa ke Hospital Taman Bahagia
kerana penyakitnya semakin 10 teruk. Dahlia berasa amat sedih apabila mendengar berita
tersebut.

Bab 6
Haji Sulaiman memberitahu Embong bahawa dia terpaksa membenarkan Saleha
dirawat di Hospital Taman Bahagia kerana penyakit Saleha semakin teruk. Dia mengajak
Embong ke Johor Bahru untuk 11 melawat Saleha tetapi Embong hanya menggelengkan
kepalanya lantas 接 着 12 mengeluh 叹 息 tentang nasibnya. Haji Sulaiman 13
memujuknya supaya bersabar dengan 14 ujian Tuhan.
Kemudian, Nek Kiah datang ke rumah Dahlia. Menurut Nek Kiah, Saleha menjadi
15 gila disebabkan rumah mereka itu sudah dilanggar 16 hantu dan penuh dengan syaitan.
Seorang demi seorang ahli keluarga itu akan menjadi sakit seperti Saleha. Dahlia 17 terkejut
dan tidak mempercayai kata-kata neneknya itu. Dia hanya memandang sambil 18
beristighfar 求宽恕 apabila neneknya menggores 抓痕 pintu-pintu di rumahnya dengan
kapur dengan tujuan supaya hantu tidak masuk ke dalam rumah itu.
Dari sungai yang terletak di hadapan rumahnya, tiba-tiba terdengar 19 jeritan bahawa
Said yang sedang mandi di sungai itu sudah 20 hilang. Dahlia segera terjun untuk
menyelamatkan Said tetapi Said sudah mati 21 lemas.

Bab 7
Aton 22 menyalahkan Dahlia sebagai punca 23 kematian Said kerana Dahlia tidak 24
segera menyelamatkan anaknya daripada lemas. Dahlia berasa sedih akan 25 tuduhan 指控
itu. Embong hanya menahan 26 sabar apabila mendengar tuduhan itu ketika dia menziarahi
jenazah Said.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg5
getting upset about.

Selepas itu, Embong pergi ke kebun sawit untuk mengambil 27 upah memotong
buah tersebut di kebun orang. Embong sedar bahawa dia perlu bekerja keras untuk menyara
照料 keluarganya. Semasa hendak memulakan kerjanya, Embong ternampak seekor ular
sawa. Dia mencari buluh untuk menghadapi ular itu, tetapi ular itu sudah 28 menuju ke
arahnya.

Bab 8
Ular sawa itu terus 1 membelit 缠绕 tubuh Embong. Setelah berusaha 2 bertungkus
lumus untuk melepaskan dirinya daripada belitan ular itu, akhirnya Embong 3 berjaya. Pada
masa yang sama, Dahlia yang 4 tertidur sekembalinya dari rumah Aton 5 bermimpikan ular
membelit badannya. Dia terjaga apabila mendengar 6 tangisan Anggerik lantas menyiapkan
kerja rumah. Dahlia juga 7 menegur 责备 Melati yang tidak mahu ke sekolah agama
kerana kawan-kawannya 8 mengejek emak mereka 9 gila. Melati akhirnya ke sekolah
setelah dinasihati oleh Dahlia.
Apabila Embong pulang dengan membawa ular sawa yang telah dibunuhnya untuk
10 ditunjukkan kepada anak-anaknya sebagai bukti kegagahannya, Dahlia sangat terkejut
seraya meminta ayahnya 11 membuang ular itu.
Menurut Dahlia, ular itu mahu membunuhnya. Embong berasa 12 pelik 奇怪 akan
13 perubahan sikap Dahlia dan menyangka Dahlia bersikap begitu kerana terkena badi
mayat 因接触尸体而产生的坏影响 Said. Apabila keadaan Dahlia sudah 14 tenang, dia
memohon maaf daripada ayahnya lalu menceritakan mimpinya itu. Kemudian, kawan
Dahlia, iaitu Najib dan Kavita datang untuk 15 menziarahi Dahlia. Kedatangan mereka itu
mengejutkan Dahlia.

Bab 9
Najib melihat keadaan di dalam rumah Dahlia yang amat 16 daif 贫穷. Kini dia
memahami sebab Dahlia 17 menolak hasratnya untuk datang pada setiap Hari Raya
Aidilfitri. Semasa berbual-bual, Anggerik asyik 不断 menangis kerana 18 demam. Najib
membawa Anggerik ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Seman, iaitu abang Saleha datang ke rumah Nek Kiah. Seman dan Nek Kiah
berbual-bual mengenai 19 penyakit yang dihidapi oleh Saleha. Seman mendakwa Saleha
menjadi gila kerana 20 terkena ilmu Embong kerana sebelum ini sudah ramai yang 21
mahukan Saleha tetapi Embong juga yang menjadi 22 pilihannya.
Sebenarnya, Seman berhasrat 企图 untuk 23 menjual tanah yang diduduki oleh
Embong dan Saleha. Perkara itu sudah dicadangkannya kepada Nek Kiah dahulu, kini 24
diutarakan 提起 lagi kerana Saleha tiada. Menurut 25 taksiran 解说 Seman, tanah itu
dapat dijual dengan harga RM15 000. Dia juga mencadangkan Embong 26 berpindah ke
tanah yang lain. Apabila mendengar 27 nilai sebanyak itu, Nek Kiah 28 bersetuju dengan
cadangan Seman.

Bab 10
Dahlia mengambil keputusan untuk 1 keluar dari asrama setelah dia 2 didesak 被压
迫 oleh Cikgu Salwani yang tidak mahu 3 memahami masalah yang dihadapinya. Guru
kelasnya, Cikgu Hisyam berjumpa dengannya. Cikgu Hisyam sudah mengetahui masalah
yang dihadapi oleh Dahlia 4 menerusi 通过 cerita yang disampaikan oleh Kavita. Beliau 5
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg6
getting upset about.

bersimpati dan memahami keadaan Dahlia, namun demikian beliau meminta Dahlia berjanji
kepadanya bahawa masalah itu tidak akan 6 mengganggu pelajarannya. Dahlia mengangguk
点头 tetapi dia berasa sukar untuk 7 melaksanakan 实行 janjinya 承诺 itu.

Bab 11
Embong 8 geram 火爆 akan sikap anak lelakinya, Abu Bakar yang semakin 9 degil
固执 dan mahu 10 berseronok-seronok sahaja. Abu Bakar bukan sahaja tidak mahu
menolong 11 kerja-kerja di rumah, malahan sudah mula mahu bertindak 12 kasar kepada
adik-adik perempuannya.
Embong bersyukur kerana masih memiliki dua ekor kambing yang boleh dijual jika
keluarganya menghadapi masalah 13 kewangan. Seboleh-bolehnya 至少 dia tidak mahu
14 meminjam wang daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim lagi meskipun mereka suka
membantu.
Mawar yang belajar di Sekolah Menengah Sains Kluang dan tinggal di asrama,
pulang untuk 15 bercuti. Dia tidak sabar-sabar ingin berjumpa dengan emaknya, namun 16
terkejut apabila mengetahui emaknya tidak ada di rumah.

Bab 12
Dahlia 17 menziarahi emaknya di Hospital Taman Bahagia. Dia membayangkan
keadaan emaknya semakin 18 pulih dan mengharapkan emaknya dapat pulang ke rumah
dengan segera. Namun demikian, dia menerima maklumat 消息 yang 19 sebaliknya
daripada doktor yang merawat emaknya, iaitu Doktor Ridhuan. Keadaan emaknya itu
semakin teruk. Emaknya itu mengalami 20 tekanan perasaan sehingga menyebabkan
ingatannya 21 hilang.
Kemudian, Dahlia dibawa oleh Azhari yang kebetulan bekerja sementara di situ
untuk menemui Saleha. Saleha tidak 22 mengenali Dahlia lagi, malahan menyangka Dahlia
ingin meminta hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia. Saleha menyuruh
anaknya pergi dari situ.

Bab 13
Pada malam itu, Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak 23 bimbang akan
keadaan Saleha kerana emaknya itu sedang dirawat. Apabila melihat Embong 24 sendirian,
barulah Dahlia menceritakan keadaan emaknya yang sebenar. Dahlia 25 merahsiakan 隐瞒
hal itu daripada keluarganya yang lain semata-mata 只为了 mahu 26 mengelakkan Mawar
daripada susah hati kerana Mawar bakal 将 menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi.
Dia juga memberitahu Embong bahawa dia sudah keluar dari asrama.
Tiba-tiba 27 kedengaran sesuatu di kandang kambing. Embong terkejut apabila
melihat dua ekor kambing peliharaannya itu sudah 28 hilang.

Bab 14
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia hampa 失望
kerana kambing Embong sudah hilang. Embong meluahkan rasa kesal 难过 dan marahnya
akan kehilangan kambing yang menjadi harapannya itu. Dia yakin bahawa kambingnya
dicuri orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahunya jika ada orang yang mahu
menjual kambing kepadanya.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg7
getting upset about.

Dahlia teringat akan Azhari yang tetap setia walaupun telah mengetahui keadaan
emaknya. Menurut Azhari, dia masih mahu mengikat tali pertunangan 婚姻 dengan Dahlia
kerana ibu bapanya selalu mendesaknya 催促 supaya berbuat demikian.
Kemudian, Dahlia dikejutkan oleh ayahnya dengan kedatangan tetamu.
Rupa-rupanya tetamu yang datang itu ialah Azhari dan keluarganya.

Bab 15
Keluarga Azhari ingin melamar 求婚 Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran itu kerana Dahlia anak sulung keluarganya. Dia berharap agar Dahlia dapat belajar
ke universiti, seterusnya membantu keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang
mengetuai rombongan 队伍 itu menyatakan bahawa perkara itu tidak seharusnya menjadi
halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu
kepada Dahlia.
Setelah tetamu pulang, Embong bersiap sedia hendak menunaikan solat di masjid.
Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular.

Bab 16
Embong terpaksa ditahan di wad untuk menerima rawatan. Semakin banyak perkara
yang perlu difikirkan dan diuruskan 处 理 oleh Dahlia setelah ketiadaan ayahnya.
Melihatkan keadaan itu, Mawar menyuarakan hasratnya mahu berhenti sekolah bagi
menjaga adik-adiknya. Dahlia segera mengingatkan Mawar tentang janjinya kepada emak
mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat ayahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak 遇见
dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan 刚巧 membawa Siti Wangi yang
pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Cikgu Hisyam dan Kavita menggunakan
peluang itu untuk menziarahi ayah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita memfotostat
nota-nota supaya pelajaran Dahlia tidak ketinggalan 落后.
Nek Kiah melawat Embong bersama-sama dengan Seman. Nek Kiah memberitahu
Dahlia bahawa sangkaannya rumah Dahlia itu berhantu adalah benar kerana seorang demi
seorang keluarganya mendapat bencana di situ. Nek Kiah juga memberitahu bahawa
kawasan rumah itu akan dijual dan menyuruh Dahlia duduk di kebun di hujung kampung.
Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya itu.

Bab 17
Banyak perkara yang 1 difikirkan oleh Dahlia pada ketika itu. Antaranya ialah 2
pelajarannya, ibunya yang masih 3 sakit di Johor Bahru, ayahnya yang dirawat di Hospital
Batu Pahat, dan 4 hasrat Azhari. Adik lelakinya, Abu Bakar tidak dapat diharap untuk
membantunya kerana pulang ke rumah hanya untuk 5 menukar pakaian. Semasa memeriksa
6 dompet Abu Bakar, Dahlia terkejut kerana terdapat RM120 di dalam dompet itu
sedangkan adiknya itu tidak 7 bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil 8 pakaian ibu Dahlia. Azhari
terkejut apabila diberitahu oleh Dahlia bahawa ayahnya sedang 9 dirawat di Hospital Batu
Pahat kerana 10 dipatuk ular.
Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya hendak
11 menjual tanah tersebut. Jika keluarga Dahlia mahu 12 tinggal di situ, mereka perlu
membayar sebanyak RM15 000 kepadanya. Dahlia tidak dapat memberikan sebarang 任何
13 keputusan.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg8
getting upset about.

Bab 18
Tauke Lim bertanya kepada Dahlia tentang tanah rumahnya yang akan dijual.
Menurut Tauke Lim, Seman mengatakan bahawa Dahlia telah menyatakan 14 persetujuan
untuk menjual tanah itu, tetapi Dahlia 15 menafikannya 否认.
Tauke Lim hairan akan sikap Nek Kiah yang 16 tamak akan wang kerana Nek Kiah
tidak menghadapi masalah 17 kewangan. Menurut Tauke Lim, Nek Kiah bersikap demikian
kerana 18 dihasut 煽动 oleh Seman yang banyak 19 hutang. Walau bagaimanapun, Tauke
Lim memberitahu Dahlia bahawa dia akan berbincang dengan ayah Dahlia bagi
menyelesaikan perkara tersebut.
Tauke Lim meminta Dahlia 20 mengajar anaknya penulisan karangan Bahasa
Malaysia kerana anaknya itu akan menghadapi peperiksaan SRP. Hal ini demikian kerana
21 gaya penulisan anaknya itu tidak begitu baik. Dahlia bersetuju.

Bab 19
Cikgu Hisyam dan Kavita terus menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah,
sebaliknya 22 bertahan 忍耐 selama lima bulan lagi untuk menghadapi peperiksaan.
Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk bersekolah semula kerana memikirkan
adik-adiknya yang memerlukan 23 penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Dia melihat ada beberapa orang sedang melakukan
kerja-kerja 24 mengukur tanah di kawasan rumah Dahlia. Dahlia memberitahu Najib
bahawa tanah di kawasan rumahnya itu akan 25 dijual. Najib bersedia untuk membayar
harga tanah tersebut tetapi Dahlia 26 menolak tawaran Najib.
Kemudian, Azhari pula datang. Timbul pelbagai persoalan di hati Azhari dan Najib
tentang 27 hubungan mereka dengan Dahlia. Namun demikian, Azhari tidak lama berada di
situ.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia ketika emak dan ayahnya tiada
menyebabkan Nek Kiah 28 berpandangan serong 轻视 kepada Dahlia. Nek Kiah juga
memberitahu Dahlia bahawa tanah kawasan rumah Dahlia itu sudah ada yang akan
membelinya. Oleh itu, Dahlia perlu bersedia untuk berpindah.

Bab 20
Sewaktu Nek Kiah datang untuk berjumpa dengan Dahlia bagi 1 mengingatkan
urusan tanah tersebut, dia terkejut apabila melihat Embong sudah pulang. Embong pula
menggunakan 2 kesempatan 趁机 itu untuk mengugut 威胁 Nek Kiah secara 3 berkias
隐喻 dengan menggunakan 4 parang yang dipegangnya. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke
rumahnya.
Dahlia memberitahu ayahnya bahawa dia mahu 5 bekerja untuk membantu ayahnya
mencari wang tetapi Embong tidak membenarkan. Dia mahu Dahlia terus 6 belajar
sehingga berjaya masuk ke 7 universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong. Dia sanggup 8 membayar wang untuk tanah
yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke
Lim, mereka seharusnya mempunyai sikap saling 9 membantu demi kebaikan bersama.

Bab 21
Dahlia membantu kerja-kerja 10 memasak untuk majlis sambutan Maulidul Rasul di
balai raya. Tidak ramai orang yang datang. Perkara ini sangat 11 membimbangkan Haji
Sulaiman. Walau bagaimanapun, Aton dan Abu Bakar turut ada di situ. Kedatangan Abu
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg9
getting upset about.

Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak 12 menyangka adiknya itu akan membantu
kerja-kerja tersebut.
Aton pula lebih banyak 13 bercakap daripada melakukan pekerjaan. Aton
memberitahu Hajah Maimon, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki datang
ke rumah 14 bertukar ganti. Kata-kata Aton menyebabkan Dahlia 15 meninggalkan tempat
itu kerana berasa sangat 16 sedih. Abu Bakar hilang 17 sabar dan hampir-hampir 18
memukul Aton tetapi cepat 19 dihalang oleh Haji Sulaiman.
Abu Bakar masuk ke bilik Dahlia untuk 20 memujuk 安慰 kakaknya. Dahlia
berkata kepada Abu Bakar bahawa dia sudah terlalu banyak 21 menempuh 面对 pelbagai
22 cabaran dan dia tidak kisah 理会 akan sikap masyarakatnya yang tidak mempedulikan
23 kesusahan orang lain.
Abu Bakar 24 menyesali 后悔 kelakuannya selama ini. Abu Bakar 25 memeluk
ayahnya lalu 26 meminta ampun 求宽恕 daripada ayahnya kerana dialah yang 27 menjual
kambing 28 milik ayahnya itu.

Bab 22
Kini Abu Bakar rajin 1 membantu kerja-kerja di rumah. Dia sedar bahawa 2
kesilapan yang dilakukannya selama ini kerana 3 terpengaruh oleh kawan-kawannya yang
datang daripada keluarga yang 4 senang. Abu Bakar bertekad 决定 untuk memberikan 5
sumbangan 贡献 kepada keluarganya.
Semasa 6 mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar terjumpa dua
biji 7 telur ayam yang mengandungi jarum peniti 扣针, cincin akek, butiran pasir, dan paku.
Tahulah Abu Bakar dan adik-beradiknya bahawa selama ini ada orang yang 8 dengki 怀恨
akan keluarga mereka. Abu Bakar mahu menunjukkan barangan tersebut kepada Embong
tetapi 9 dilarang oleh Dahlia. Dahlia meminta Abu Bakar 10 membuang semua barang itu
ke 11 sungai.
Dahlia mendapati Nek Kiah tidak kelihatan di rumahnya dan di mana-mana. Oleh itu,
dia ke rumah neneknya itu dan mendapati neneknya 12 terbaring kerana 13 sakit. Namun
begitu, neneknya 14 menghalaunya.

Bab 23
Kepulangan Dahlia ke sekolah semula disambut dengan 15 gembira oleh
kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib terlalu berharap agar Dahlia
akan menerima 16 cintanya, tetapi Dahlia hanya menganggap Najib sebagai 17 sahabat.
Apabila pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila emaknya sudah pulang dan
18 pulih daripada penyakitnya. Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia 19
mengajak Azhari pergi ke rumah neneknya yang sudah beberapa hari tidak dikunjunginya.
Nek Kiah 20 terbaring dalam keadaan mata terpejam. Panggilan Dahlia tidak 21
disahutnya.

Bab 24
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dia 22 dirawat di wad. Dia berasa 23
bersalah kepada keluarga Embong kerana mereka melayannya dengan baik. Seman dan
cucunya yang lain langsung tidak menunjukkan 24 muka ketika dia sakit.
Hujan turun dengan lebat di kampung itu. Abu Bakar memberitahu keluarganya
bahawa 25 jambatan telah patah dan ramai orang telah 26 berkemas-kemas untuk berpindah
ke balai raya. Embong dan keluarganya terus membuat 27 persiapan untuk berpindah juga.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg10
getting upset about.

Apabila bot sampai, Embong dan keluarganya berpindah ke tempat 28 pemindahan


itu. Ada penduduk kampung yang merungut tentang keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji
Sulaiman, banjir itu mempunyai hikmah 奥秘 yang tersendiri.

Bab 25
Banjir telah menyebabkan rumah Embong 1 musnah. Namun begitu, mereka 2
bersyukur kerana Nek Kiah mengajak Embong sekeluarga tinggal bersama-sama di
rumahnya. Perubahan sikap Nek Kiah menggembirakan mereka, malahan dia juga tidak 3
membangkitkan 提起 soal 4 penjualan tanah lagi.
Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman
menyampaikan 5 ucapan. Dia menyeru mereka supaya lebih 6 prihatin dan bantu-membantu.
Dia juga berharap agar mereka 7 bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa projek di
kampung itu. Mereka insaf dan mula 8 menghidupkan amalan bergotong-royong. Mereka
membangunkan rumah Embong semula dengan sumbangan papan dan kayu daripada 9 parti.
Haji Sulaiman bangga akan perubahan sikap penduduk kampungnya.

Bab 26
Dahlia begitu sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan menjelang 来
临 . Dalam kesibukannya itu, Azhari dan ibunya datang ke rumah Dahlia untuk
membincangkan 10 tarikh pertunangan Azhari dan Dahlia.
Keputusan sepakat dicapai bahawa majlis pertunangan itu akan diadakan pada 30
Disember, iaitu selepas Dahlia 11 selesai menghadapi peperiksaan. Dahlia 12 menurut
sahaja apa-apa yang telah diaturkan oleh keluarganya dan keluarga Azhari.
Selepas peperiksaan tamat, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan
kawan-kawannya. Dahlia bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari 13 pengalaman.
Sebelum berpisah dengan Kavita dan Siti Wangi, Dahlia memberitahu mereka tentang
pertunangannya.

Bab 27
Cikgu Daim datang ke rumah Embong untuk memberitahu mereka bahawa Dahlia
14 terpilih untuk mengikuti pengajian di universiti di Jepun selama empat tahun. Pemilihan
Dahlia ini dibuat atas 15 cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor yang membuat
pemilihan berdasarkan 根据 keputusan peperiksaan Dahlia di sekolah. Sebelum berangkat
ke Jepun, Dahlia akan belajar 16 bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya.
Ketika Azhari tiba untuk membeli cincin 17 pertunangan bersama-sama Dahlia, dia
mendengar berita itu. Dia mengucapkan 18 tahniah dan merelakan 允许 Dahlia belajar di
Jepun. Dahlia akan 19 mendaftar di Universiti Malaya sehari selepas dia bertunang dengan
Azhari.

Bab 28
Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin 20
rapat. Tetapi semasa majlis pertunangan itu, Dahlia tidaklah begitu gembira kerana pada
petang itu dia akan 21 berangkat ke Kuala Lumpur bagi memulakan pengajiannya di
Universiti Malaya. Semasa menunggu 22 ketibaan rombongan lelaki, Nek Kiah
menghadiahi Dahlia seutas 23 gelang pusaka 传家宝 kerana menganggap Dahlialah
cucunya yang sebenar. Kawan-kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut datang dalam majlis
tersebut.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg11
getting upset about.

Dahlia 24 resah 担忧 menunggu ketibaan Azhari kerana pada pukul 5.00 petang dia
perlu menaiki 25 bas ke Kuala Lumpur. Embong menasihati Dahlia supaya bersiap untuk
berangkat ke Kuala Lumpur. Sebelum berangkat, Dahlia menerima nasihat daripada
ayahnya, emaknya, Cikgu Hisyam, dan Tauke Lim. Mereka 26 berbangga dengan kejayaan
Dahlia itu. Haji Sulaiman menyampaikan sumbangan daripada orang kampung dan Tauke
Lim kepada Dahlia.
Di tempat bas menunggu, Azhari muncul lalu memberitahu Dahlia bahawa dia lewat
sampai kerana menunggu bapa saudaranya yang sepatutnya menjadi 27 jurucakap majlis
pertunangan itu. Sebelum Dahlia menaiki bas, Azhari menghadiahkan 28 songket
berbenang emas. Azhari meminta Dahlia supaya menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu
walaupun di mana-mana dia berada.

A. Tema
Novel ini bertemakan 1 kecekalan seorang remaja 2 menempuh 3 cabaran hidupnya.
Dahlia, seorang remaja berusia 19 tahun yang cekal menghadapi pelbagai 4 masalah dalam
5 hidupnya. Ibunya, Saleha menghadapi 6 tekanan perasaan yang hebat sehingga menjadi
kurang 7 siuman dan dirawat di Hospital Taman Bahagia. Akibatnya, penduduk kampung
seperti Aton dan neneknya, Nek Kiah 8 memandang negatif kepada keluarganya. Walau
bagaimanapun, Dahlia cekal menghadapi cabaran itu.
Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat apabila ayahnya 9 dirawat di hospital kerana 10
dipatuk ular. Dia terpaksa 11 ponteng sekolah kerana perlu 12 menjaga adik-adiknya yang
masih 13 kecil. Sungguhpun berat, dia tidak pernah 14 berputus asa dalam menghadapi
masalah tersebut.
Dahlia juga cekal apabila Aton menuduhnya sebagai punca 15 kematian anaknya,
Said. Dia tahu bahawa dia berada di pihak yang 16 benar kerana dia telah 17 berusaha
untuk menyelamatkan Said tetapi 18 gagal.
Dahlia juga cekal apabila diasak oleh Nek Kiah yang mahu 19 menjual tanah yang
menjadi tempat 20 tinggal Dahlia dan keluarganya. Dia sedar bahawa keluarganya tidak
akan mampu 21 membayar wang yang 22 diminta oleh neneknya itu.
Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat menerusi sikapnya yang 23 gigih belajar demi
mencapai 24 kejayaan. Sungguhpun belajar dalam keadaan kurang 25 selesa di pusat 26
pemindahan banjir, dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim,
Setiausaha Bahagian UMNO Sri Gading.
Kecekalan Dahlia akhirnya terbayar juga apabila dia mendapat 27 tawaran untuk
melanjutkan 28 pelajaran di Jepun.

B. Persoalan
1. Persoalan tentang 1 kasih sayang antara ahli keluarga
(a) Embong menyayangi isteri dan anak-anaknya. Dia sanggup 2 bekerja keras
dari pagi hingga petang bagi mencari wang demi 3 menyara keluarganya.
Semasa isterinya dirawat di hospital, dia sanggup 4 menjaga anak-anaknya,
terutama Kiambang dan Anggerik yang masih kecil.
(b) Dahlia sangat menyayangi emaknya, Saleha. Ketika Saleha yang hilang 5
ingatan berada di kebun getah, Dahlia 6 memujuk emaknya itu agar pulang ke
rumah. Dia juga melawat Saleha ketika emaknya itu dirawat di Hospital
Taman Bahagia dan berharap agar Saleha segera 7 sembuh. Apabila emaknya
sembuh dan pulang ke rumah, Dahlia berasa amat 8 gembira.
2. Persoalan tentang sikap 9 mementingkan diri dalam kalangan masyarakat
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg12
getting upset about.

(a) Nek Kiah 10 sanggup menjual tanah yang diduduki oleh Dahlia sekeluarga
semata-mata mahu mendapat 11 wang yang banyak.
(b) Penduduk Kampung Parit Haji Rais tidak mahu 12 bergotong-royong bagi 13
menjayakan majlis sambutan Maulidur Rasul.
3. Persoalan tentang sikap suka membawa 14 mulut dan 15 berprasangka buruk
terhadap orang lain
Aton membawa 16 berita yang tidak betul mengenai Dahlia apabila Azhari dan Najib
datang ke rumah Dahlia. Aton juga bercakap mengenai emak Dahlia yang sakit itu.
Aton juga berprasangka buruk dengan 17 menuduh Dahlia sebagai punca kematian
anaknya, Said sedangkan Dahlia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan
Said yang 18 lemas di dalam 19 sungai.
4. Persoalan tentang sikap bangsa asing yang 20 prihatin
Tauke Lim tinggal di kampung yang penduduknya keseluruhannya Melayu, namun
dia menunjukkan sikap prihatin kepada orang Melayu. Dia 21 menyumbang
barang-barang untuk majlis sambutan Maulidur Rasul. Dia juga menyumbang
RM300.00 kepada Dahlia yang akan 22 melanjutkan pelajaran ke Jepun. Malahan,
dia banyak memberi 23 hutang kepada keluarga Embong ketika mereka menghadapi
masalah kewangan.
5. Persoalan tentang 24 kepercayaan kepada perkara 25 tahayul
Nek Kiah dan Seman percaya bahawa nasib malang yang menimpa keluarga
Embong kerana mereka pembawa 26 sial. Nek Kiah juga percaya bahawa syaitan
dan hantulah yang menyebabkan keluarga tersebut susah.
6. Persoalan tentang kepentingan 27 pelajaran demi masa hadapan
Embong sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak-anaknya. Oleh itu, dia tidak
membenarkan Dahlia 28 berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adik-adiknya.
Embong memberitahu Dahlia bahawa dia sanggup bersusah payah demi memastikan
kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran.

Plot
Binaan Plot
Plot cerita ini secara keseluruhannya disusun secara kronologi, iaitu mengikut urutan masa.
1. Permulaan
Dahlia bermain 1 bola jaring di sekolahnya. Fikirannya teringat akan ibunya yang 2
tidak sihat dan adik -adiknya. Azhari menemuinya di sekolah dan menyuarakan 3
hasrat mahu 4 melamar Dahlia.
2. Perkembangan
Dahlia amat sedih apabila melihat emaknya, Saleha yang hilang 5 ingatan berada di
kebun getah pada waktu 6 senja. Dia dan ayahnya membawa Saleha pulang ke
rumah. Nek Kiah 7 menyalahkan ayah Dahlia, iaitu Embong sebagai 8 punca
anaknya menjadi 9 gila. Emak Dahlia dibawa ke Hospital Batu Pahat dan kemudian
ke Hospital Taman Bahagia di Johor Bahru kerana keadaannya semakin 10 teruk.
Dahlia melawat emaknya tetapi emaknya tidak 11 mengenalinya. Embong dipatuk
ular tedung sehingga terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari. Dahlia
terpaksa 12 ponteng sekolah kerana 13 menjaga adik-adiknya.
3. Konflik
Nek Kiah memberitahu Dahlia bahawa tanah yang sedang 14 diduduki oleh
keluarganya akan 15 dijual. Jika keluarga Dahlia mahu duduk di situ, mereka perlu
membayar RM15,000. Dahlia 16 tertekan kerana dia tahu bahawa keluarganya tidak
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg13
getting upset about.

mampu menyediakan wang sebanyak itu.


Ketika membantu kerja-kerja memasak di balai raya 17 bersempena dengan
sambutan Maulidur Rasul, Dahlia 18 disindir oleh Aton lalu dia pulang kerana sedih.
Adiknya, Abu Bakar yang gemar 19 berpelesiran sebelum ini memujuk Dahlia. Abu
Bakar akhirnya sedar akan kesilapannya lalu memohon maaf daripada Embong
kerana menjual kambing-kambing 20 peliharaan ayahnya itu. Azhari menghantar
keluarganya untuk 21 merisik, tetapi Dahlia tidak memberikan jawapan kerana
keadaan keluarganya dan masa yang tidak 22 bersesuaian. Pada masa yang sama,
Azhari dan Najib berusaha untuk memenangi hati Dahlia tetapi Dahlia hanya
menganggap Najib sebagai 23 sahabat. Ketika Nek Kiah datang untuk menyebut hal
penjualan tanah, Embong yang telah pulang ke rumah cuba 24 menakutkan Nek
Kiah dengan sebilah parang.
4. Klimaks
Saleha sudah 25 sembuh dan dibenarkan pulang. Nek Kiah pula sakit dan dibawa ke
hospital untuk dirawat. Selepas itu, sikap Nek Kiah 26 berubah menjadi baik setelah
sedar akan 27 keluhuran budi Embong sekeluarga. Penduduk kampung
bergotong-royong membina rumah Embong yang 28 musnah akibat dilanda banjir.
Mereka juga mula 29 bersatu padu dan bekerjasama setelah dinasihati oleh Haji
Sulaiman sebelum pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut.
5. Peleraian
Dahlia bersekolah semula dan tinggal di asrama untuk menghadapi peperiksaan.
Keluarga Azhari menetapkan tarikh 30 pertunangan Azhari dengan Dahlia selepas
Dahlia tamat peperiksaan. Kedatangan Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri
Gading membawa berita bahawa Dahlia terpilih untuk mengikuti 31 pengajian di
Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa
Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia yang
sepatutnya dilangsungkan sebelum Dahlia bertolak ke Universiti Malaya tidak dapat
dilakukan kerana Azhari terlambat sampai. Namun begitu, sebelum Dahlia pergi,
Azhari sempat bertemu dengannya dan memberi songket berbenang emas kepadanya
sebagai 32 simbolik hubungan mereka.

D. Teknik Plot
1. Teknik pemerian
Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan Embong yang datang ke rumah Aton
untuk melawat jenazah anak Aton.
Rumah yang dituju sudah terlihat di ruang mata. Di halaman rumah sudah
dibanjiri orang kampung; kaum perempuan berpakaian putih, manakala kaum lelaki
pula memakai baju biasa dengan bersongkok.
Sebelum tiba di sasaran, dia memberhentikan basikalnya, turun, lalu
disandarkan di pokok leban sebesar pemeluk. Dan dia melangkah. [halaman 58]

2. Teknik dialog
Contoh: Perbualan antara Embong dengan Haji Deraman yang dalam perjalanan ke
surau.
“Sabit rumput?”
“Kambing bising, Pak Haji. Er, nak ke mana Pak Haji?” tanya Embong,
seraya memicit pinggang yang sengal kerana -terlalu lama membongkok.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg14
getting upset about.

“Kan malam Jumaat, ke suraulah. Yang engkau lama tak pergi kenapa?”
[halaman 114]

3. Teknik monolog dalaman


Contoh: Dahlia berkata dalam hatinya sewaktu membayangkan kata-kata ibu Azhari
terhadap keluarganya.
Aku harus memikirkan masalah keluarga, detik hatinya, lalu menjirus air ke
kaki, kemudian ke atas. [halaman 129]

4. Teknik imbas kembali


Contoh: Embong teringat akan Saleha yang pernah menghalau penagih hutang.
... Embong meraup muka dengan telapak tangan kanan. Isterinya pernah
menghalau seseorang, seseorang itu Aton, yang menagih hutang yang telah
dijelaskan. Peristiwa itu sudah lama - jika tidak silap tiga empat tahun yang lalu.
[halaman 120]

5. Teknik imbas muka


Contoh: Dahlia membayangkan kata-kata emaknya kepadanya sewaktu dia ingin
melawat emaknya itu di Hospital Taman Bahagia.
“Datang juga Lia. Kenapa baru sekarang sampai?” Mungkinkah kalimat itu
yang bakal emaknya luahkan?
“Baru ada kelapangan, mak. Emak dah sihat?”
“Emak mana ada sakit. Orang sahaja yang menganggap bukan-bukan
terhadap emak. Katakan kepada petugas di sini, emak mahu balik.” [halaman 105]

E. Watak dan Perwatakan


01 Dahlia
1. Dahlia ialah watak utama dalam novel ini. Umurnya 19 tahun.
2. Dia anak 1 sulung Embong dan Saleha. Dia mempunyai lima orang adik.
3. Dahlia pelajar tingkatan 2 enam atas di Sekolah Menengah Perempuan Temenggung
Ibrahim. Semasa tingkatan satu hingga tingkatan lima, dia belajar di Sekolah
Menengah Tun Ismail. Dia tinggal di asrama sekolah.
4. Dia pelajar yang 3 bijak. Dia menjadi 4 harapan pihak sekolah dan guru kelasnya,
Cikgu Hisyam sebagai calon yang bakal memperoleh 5 kecemerlangan dalam
peperiksaan STPM. Apabila rakan sekelas 6 membentangkan kertas kerja mereka
bagi membincangkan sesuatu isu, dia sering bertanya dan 7 menegur apa-apa perkara
yang tidak kena untuk 8 mengukuhkan pemahaman dalam pelajaran. Atas
kecemerlangannya dalam pelajaran, dia telah terpilih untuk menyambung pelajaran
di Jepun selama empat tahun.
5. Dia 9 bertanggungjawab dan penyayang. Dia 10 menjaga adik-adik semasa emak
dan ayahnya dirawat di hospital. Dia sanggup 11 ponteng sekolah untuk memastikan
adik-adiknya di rumah tidak 12 terabai. Selain itu, Dahlia mengambil berat tentang
neneknya dengan pergi ke rumah neneknya apabila tidak melihat neneknya itu
beberapa hari.
6. Selain itu, Dahlia 13 cekal dalam menghadapi cabaran hidup. Dia cekal apabila
emaknya yang sihat tiba-tiba hilang ingatan sehingga terpaksa dirawat di hospital
dalam tempoh yang 14 lama manakala ayahnya pula 15 dipatuk ular tedung. Dia
mengurus rumah sambil menjaga adik-adiknya sehingga terpaksa ponteng sekolah.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg15
getting upset about.

Dia juga cekal menghadapi 16 kerenah neneknya yang tidak menyukai keluarganya,
malahan sanggup menjual tanah tapak rumahnya dan menyuruh dia sekeluarga 17
berpindah ke tempat lain jika tidak mampu 18 membayar harga tanah tersebut. Di
samping itu, dia juga cekal menghadapi 19 umpatan dan sangkaan buruk orang
kampung, terutama Aton terhadapnya.
7. Dahlia juga 20 tegas dengan keputusannya. Dia keluar dari asrama apabila didesak
oleh warden asramanya, Cikgu Salwani yang tidak mahu 21 memahami masalahnya.
Meskipun dipujuk oleh Cikgu Salwani setelah menyedari kesilapannya mendesak
dan tidak berusaha untuk memahami masalah Dahlia. Dahlia tetap dengan
keputusannya itu kerana mahu 22 menjaga adik-adiknya.
8. Dahlia 23 berani. Dia terjun ke dalam sungai yang deras airnya untuk 24
menyelamatkan Said yang lemas.
9. Sebagai perempuan, Dahlia 25 sensitif apabila difitnah dan dituduh bukan-bukan
oleh orang lain, terutama Aton dan Nek Kiah. Dia 26 menangis apabila
mengenangkan tuduhan dan cemuhan yang diterimanya.
10. Dalam perhubungan, Dahlia 27 setia. Dia menerima 28 lamaran Azhari yang lebih
lama dikenalinya dan menolak Najib.

02 Embong
1. Embong ialah suami Saleha dan ayah Dahlia. Dia mempunyai enam orang anak
(lima orang perempuan dan seorang lelaki).
2. Dia berasal dari Melaka. Sewaktu mula-mula tinggal di Batu Pahat, dia bekerja di 1
estet.
3. Sebagai ketua keluarga, dia mempunyai sikap 2 bertanggungjawab yang tinggi. Dia
gigih mencari wang bagi memastikan 3 nasib isteri dan anak-anaknya 4 terbela. Dia
bekerja menoreh getah, memotong buah kelapa sawit di kebun orang, membela
kambing, dan lain-lain.
4. Dia 5 penyayang. Dia sangat sayang akan isterinya dan anak-anaknya. Dia berusaha
untuk 6 mengurus anak-anaknya sepanjang ketiadaan isterinya yang dirawat di
Hospital Taman Bahagia.
5. Embong juga 7 penyabar. Dia tabah menghadapi cabaran hidupnya. Antaranya ialah
isterinya sakit, dia dipatuk ular, dia diumpat keji oleh ibu mentuanya, dan
menghadapi masalah 8 kewangan. Dia juga sabar apabila kambing-kambing
peliharaannya 9 hilang.
6. Di samping itu, dia sedar akan 10 kepentingan pelajaran. Dia tegas dalam 11
mendidik anak-anaknya tentang kepentingan pelajaran. Buktinya, dia 12 melarang
Dahlia ponteng sekolah untuk menjaga adik-adiknya, sebaliknya berjanji akan
menguruskan mereka.
7. Embong 13 berani. Dia membunuh ular yang membelitnya dengan sebatang buluh.

03 Tauke Lim
1. Tauke Lim berbangsa Cina dan 14 peniaga di kampung itu. Dia sudah berkahwin dan
mempunyai anak bernama Ann yang bakal menghadapi peperiksaan SRP.
2. Tauke Lim 15 prihatin akan kesusahan orang lain dan suka membantu. Dia sanggup
memberi 16 hutang kepada keluarga Embong semasa keluarga tersebut menghadapi
masalah kewangan. Malahan, dia sanggup memberi wang kepada Embong untuk
dibayar kepada Nek Kiah apabila mendapat tahu bahawa Nek Kiah berhasrat untuk
menjual 17 tanah yang diduduki oleh Embong sekeluarga.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg16
getting upset about.

3. Dia juga 18 pemurah. Ketika penduduk kampung yang beragama Islam menyambut
Maulidur Rasul, dia menyumbang barang-barang makanan. Dia juga memberi wang
sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan 19 melanjutkan pelajaran di Universiti
Malaya.
4. Tauke Lim pandai 20 bergaul dengan masyarakat kampung dan berbudi bahasa
kepada mereka.

04 Azhari
1. Azhari ialah pelajar 21 senior di sekolah Dahlia belajar semasa tingkatan satu hingga
lima, iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail. Dia dan Dahlia berbeza umur empat
tahun.
2. Wajahnya bulat.
3. Dia berpendidikan tinggi. Dia bakal memperoleh 22 ijazah.
4. Azhari 23 prihatin akan keadaan Dahlia dan keluarganya. Dia menghantar Dahlia
pulang dari 24 asrama dan mengambil pakaian Saleha untuk dibawa ke hospital bagi
membantu keluarga Dahlia.
5. Di samping itu, dia pandai 25 memujuk. Dia memujuk Dahlia supaya menerima
lamarannya. Dia berbuat begitu kerana tidak mahu kekasihnya itu 26 dimiliki oleh
orang lain kelak.
6. Azhari juga 27 bertimbang rasa dan memahami keinginan orang lain. Dia memahami
hasrat Dahlia yang tidak mahu berkahwin ketika usia muda kerana mahu 28
meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi dan membahagiakan keluarganya.

05 Haji Sulaiman
1. Haji Sulaiman ialah 1 Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (J.K.K.K.) Parit Haji Rais.
2. Sebagai ketua, dia menjalankan tugasnya dengan 2 bertanggungjawab kepada
anak-anak buahnya. Apabila isteri Embong menghadapi masalah hilang ingatan, dia
menghantar Saleha ke Hospital Batu Pahat untuk menerima 3 rawatan.
3. Dia juga prihatin akan 4 kebajikan anak-anak buahnya. Selepas Saleha ditahan di
wad Hospital Batu Pahat, Haji Sulaiman melawatnya untuk 5 mengetahui
keadaannya.
4. Haji Sulaiman juga 6 bijak dalam menyelesaikan masalah di kampungnya. Dia
menggunakan 7 peluang semasa peristiwa banjir berlaku di kampungnya untuk
menasihati penduduk kampungnya supaya 8 bersatu semula dan bersikap prihatin
akan orang lain.
5. Dia juga amanah. Dia menyerahkan wang sumbangan penduduk sebanyak RM800
kepada Dahlia sebelum Dahlia ke Universiti Malaya.
6. Dia juga suka 9 membantu orang lain. Dia sering membantu Embong apabila
Embong menghadapi masalah 10 kewangan selain membantu menghantar Dahlia ke
stesen bas untuk pergi ke Universiti Malaya.

06 Saleha
1. Saleha ialah isteri Embong dan ibu Dahlia. Dia mempunyai enam orang anak (lima
orang perempuan dan seorang lelaki). Umurnya 39 tahun.
2. Dia hilang ingatan akibat 11 didengki oleh seseorang sehingga terpaksa menerima
rawatan di Hospital Taman Bahagia. Pada akhir cerita, penyakitnya 12 pulih dan
menjalani hidup 13 normal bersama-sama keluarganya.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg17
getting upset about.

3. Dia 14 penyayang. Semasa sihat, dia menjaga keperluan anak-anaknya dengan baik.
Ketika dia hilang ingatan, perkara yang difikirkannya adalah 15 bekerja bagi mencari
wang untuk anak-anaknya. Dia juga menyayangi suami dan ibunya, Nek Kiah
meskipun Nek Kiah tidak menyukainya kerana berkahwin dengan Embong.
4. Seperti suaminya, Saleha juga sedar akan kepentingan pelajaran. Dia berharap agar
anak-anaknya 16 berjaya dalam pelajaran dan menganggap kejayaan anak-anak
dalam pelajaran mampu memberikan 17 kebahagiaan kepadanya.
5. Dia juga 18 rajin. Semasa sihat, dia sering mengikut suaminya menoreh getah untuk
membantu suaminya. Di rumahnya, dia melakukan pelbagai kerja suri rumah.
6. Saleha prihatin akan orang lain. Dia menyuapi Nek Kiah bubur supaya Dahlia dapat
belajar untuk menghadapi peperiksaan, selain turut membantu keluarganya semasa
mereka 19 berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir.
7. Dia juga berfikiran 20 terbuka kepada anak-anaknya. Dia membenarkan Dahlia
bertunang dengan Azhari walaupun anaknya itu masih muda.
8. Saleha juga 21 peramah dan berhemah tinggi. Dia melayan tetamunya dengan baik
dengan mempelawa mereka masuk ke rumahnya dan menyajikan hidangan.

07 Abu Bakar
1. Dia anak kedua Embong dan Saleha serta anak lelaki tunggal. Dia adik Dahlia dan
mempunyai empat orang adik perempuan.
2. Dia 22 penganggur. Sejak menamatkan pelajaran pada peringkat tingkatan lima dan
memperoleh pangkat tiga, dia tidak bekerja, sebaliknya banyak menghabiskan masa
dengan berpelesiran di luar rumah.
3. Dia mudah 23 terpengaruh oleh orang lain. Dia gemar berhibur dengan
kawan-kawannya yang berasal daripada keluarga kaya. Dia sanggup meminjam
motosikal kawannya demi kesenangan dirinya, seperti menonton wayang.
4. Abu Bakar 24 pemalas. Dia tidak mahu membantu kakak dan ayahnya menguruskan
keluarga sewaktu emaknya dirawat di hospital, malahan enggan menjaga adiknya
yang menangis.
5. Dia juga 25 pemarah. Dia memarahi Melati apabila adiknya itu melawan
kata-katanya dan hampir memukul Melati tetapi sempat ditahan oleh ayahnya.
6. Dia juga 26 degil. Dia tidak mematuhi perintah ayahnya, sebaliknya bersikap 27
selamba 厚脸皮, malahan melarikan diri apabila dimarahi oleh ayahnya.
7. Selain itu, dia 28 mementingkan diri sendiri. Dia sanggup mencuri dua ekor kambing
peliharaan ayahnya untuk dijual bagi mendapatkan wang dengan cara mudah. Wang
itu pula digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah.
8. Walau bagaimanapun, semua sikap negatif Abu Bakar bertukar menjadi sikap positif
pada peringkat akhir cerita setelah dia 29 insaf akan kesalahannya. Dia 30 rajin
membantu orang kampung ketika mereka mengadakan persiapan untuk menyambut
Maulidur Rasul di balai raya, selain membantu keluarganya mengemas kawasan
persekitaran rumah serta semasa mereka bersiap sedia untuk berpindah ke pusat
pemindahan mangsa banjir. Dia juga meminta 31 ampun daripada ayahnya atas 32
perbuatannya menjual kambing ayahnya itu.

A Latar
01 Latar Masa
1. Pada waktu pagi
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg18
getting upset about.

(a) Dahlia menaiki 1 bas untuk pergi ke sekolah dari rumahnya. Dia sampai di sekolah
lima minit lagi 2 sebelum pukul lapan pagi. Kelewatannya itu menyebabkan 3
warden asramanya, iaitu Cikgu Salwani 4 menegurnya dan meminta Dahlia
berjumpa dengan beliau pada waktu 5 petang.
(b) Embong pulang daripada melawat 6 jenazah Said di rumah Aton pada pukul 10.25
pagi. Kemudian, dia ke kebun sawit ke kampung sebelah untuk 7 memotong buah
sawit. Di situ, Embong 8 bertarung dengan seekor ular sawa yang 9 melilit
badannya.
(c) Keluarga Azhari datang untuk 10 merisik Dahlia bagi 11 dijodohkan dengan Azhari.
Mereka membawa sebentuk 12 cincin untuk diberikan kepada Dahlia. Embong
menyerahkan keputusan untuk 13 menerima lamaran itu kepada Dahlia.

2. Pada waktu petang


(a) Dahlia menemui Azhari yang datang ke sekolahnya. Azhari menyatakan 14
hasrat untuk menghantar keluarganya merisik Dahlia. Dia juga bersedia untuk
15 menghantar Dahlia pulang ke rumahnya petang itu. Ketika itu jam
menunjukkan pukul 4.25 petang.
(b) Dahlia pergi ke Hospital Batu Pahat untuk 16 melawat emaknya tetapi
emaknya telah 17 dipindahkan ke Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru. Dia
mendapat tahu hal itu ketika 18 terserempak dengan Haji Sulaiman yang
kemudiannya menghantarnya pulang ke rumah.
(c) Dahlia tiba di Hospital Taman Bahagia untuk melawat emaknya sewaktu jam
menunjukkan pukul 3.15 petang. Dia sedih kerana emaknya tidak 19
mengenalnya. Di situ juga dia terserempak dengan Azhari yang bekerja 20
sementara.

3. Pada lewat petang (senja)


(a) Embong dan Dahlia 21 mengajak Saleha yang berada di kebun getah pulang
ke rumah. Pada waktu itu, Saleha hilang 22 ingatan dan tidak 23 mengenali
mereka. Saleha kemudiannya 24 melarikan dirinya daripada mereka.
(b) Embong yang sedang 25 menyabit rumput untuk 26 diberikan kepada
kambing-kambingnya, ditegur oleh Haji Deraman yang hendak ke 27 surau.
Selepas itu, dia memasukkan rumput itu ke dalam karung guni lalu mengayuh
28 basikalnya untuk pulang.

4. Pada waktu malam


(a) Nek Kiah datang ke rumah Embong ketika Dahlia baru selesai solat isyak.
Nek Kiah 29 memarahi Embong dan Dahlia kerana 30 mengikat tangan dan
kaki Saleha.
(b) Haji Sulaiman datang bersama-sama tiga orang kakitangan Hospital Batu
Pahat ke rumah Embong. Mereka hendak membawa Saleha yang hilang
ingatan ke 31 hospital itu untuk menerima rawatan.
(c) Dahlia memberitahu Embong bahawa dia telah keluar dari 32 asrama untuk
33 menjaga adik-adiknya di rumah. Dia juga menceritakan keadaan Saleha
yang sebenar sewaktu dia melawat emaknya itu di Hospital Taman Bahagia.
Ketika berbual-bual, tiba-tiba mereka 34 mendengar sesuatu dari 35 kandang
kambing. Embong terkejut kerana kambing-kambingnya 36 hilang.

02 Latar Tempat
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg19
getting upset about.

1. Di Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Ibrahim


(a) Dahlia menimba 1 ilmu sebagai pelajar tingkatan enam atas di sekolah ini.
Dia tinggal di 2 asrama sekolah kerana rumahnya 3 jauh dan ingin
memudahkan dia belajar.
(b) Dahlia menerima kunjungan Azhari yang 4 berterus terang mahu
melamarnya.
(c) Dahlia 5 ditegur oleh Cikgu Salwani kerana lewat datang ke sekolah dan
kerap 6 pulang ke rumah. Teguran beliau itu membuatkan Dahlia 7
memutuskan untuk tidak tinggal di asrama lagi.

2. Di rumah Dahlia di Kampung Parit Haji Rais


(a) Dahlia 8 menjaga adik-adiknya, iaitu Kiambang, Melati, dan Anggerik
apabila dirawat di hospital.
(b) Azhari dan keluarganya datang kerana mahu 9 melamar Dahlia.
(c) Cikgu Daim datang ke rumah Dah.lia untuk menyampaikan berita bahawa
Dahlia telah 10 terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun selama empat
tahun.

3. Di Hospital Batu Pahat


(a) Dahlia ingin 11 melawat emaknya yang dirawat di situ tetapi Haji Sulaiman
mengajaknya pulang ke rumah kerana emaknya sudah 12 dipindahkan ke
Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru.
(b) Dahlia melawat ayahnya yang ditahan di 13 wad kerana dipatuk ular. Di 14
pekarangan hospital, dia bertemu dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang
kebetulan berada di situ kerana membawa Siti Wangi yang 15 pengsan.
(c) Nek Kiah dan Seman datang untuk memberitahu Embong tentang hasratnya
hendak 16 menjual tanah yang diduduki oleh Embong sekeluarga tetapi
Embong 17 memejamkan matanya kerana tidak mahu mendengar.

4. Di Hospital Taman Bahagia, Johor Bahru


(a) Dahlia 18 terkejut dan sedih apabila diberitahu oleh Doktor Ridhuan bahawa
sakit emaknya itu sudah sampai pada peringkat 19 bahaya.
(b) Ketika Dahlia melawat emaknya yang berada di dalam bilik 16, Saleha tidak
20 mengenal Dahlia sebagai anaknya. Dia menganggap Dahlia sebagai
penagih 21 hutang dan menghalau Dahlia dari situ.
(c) Dahlia berjumpa dengan Azhari yang bekerja sementara di situ.

5. Di balai raya Kampung Parit Haji Rais


(a) Beberapa orang penduduk bergotong-royong 22 memasak untuk menyambut
Maulidur Rasul. Antaranya termasuklah Dahlia, Abu Bakar, Aton, Haji
Sulaiman, dan Hajah Maimon. Aton 23 menyindir Dahlia dan keluarganya.
Dahlia segera meninggalkan tempat itu manakala Abu Bakar 24 menerpa ke
arah Aton untuk 25 memukulnya tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman.
(b) Dahlia tekun belajar ketika berada di balai raya yang dijadikan pusat 26
pemindahan mangsa banjir meskipun keadaan di situ kurang 27 selesa.
Sikapnya itu dipuji oleh Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading
yang melawat mangsa-mangsa banjir di situ.
(c) Sebelum semua mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji
Sulaiman menyampaikan ucapan. Dia menyeru penduduk kampung itu
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg20
getting upset about.

mengamalkan sikap saling 28 membantu dan menghormati serta mematuhi


agama, seperti pada waktu dahulu.

03 Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung
Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Mereka melakukan pelbagai 1 pekerjaan.
Antaranya ialah Embong yang bekerja di 2 estet, mengambil upah memotong buah
sawit di kebun kelapa sawit milik penduduk lain, dan 3 memelihara kambing. Saleha
pula 4 menoreh getah di kebun getah. Keseluruhan penduduk kampung ini ialah
orang Melayu, kecuali keluarga Tauke Lim yang berbangsa Cina dan 5 berniaga.
Pada mulanya, mereka hidup 6 mementingkan diri dan tidak bersatu padu. Apabila
diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul, tidak ramai yang datang untuk 7
membantu memasak hidangan. Mereka juga kurang memberikan 8 sumbangan
terhadap apa-apa aktiviti kampung mereka. Setelah kampung mereka dilanda 9
banjir dan mendapat teguran daripada ketua kampung, iaitu Haji Sulaiman, mereka
hidup 10 bekerjasama dan mudah memberikan sumbangan kepada orang lain.

2. Masyarakat pelajar
Golongan ini terdiri daripada Dahlia, Siti Wangi, Kavita, dan Najib. Sebagai pelajar,
mereka terikat oleh 11 peraturan sekolah. Mereka juga mempunyai semangat yang
tinggi untuk 12 berjaya dalam pelajaran. Di samping itu, mereka 13 aktif dalam
kegiatan kokurikulum.

3. Masyarakat remaja yang memahami perhubungan istimewa


Golongan remaja ini melibatkan Dahlia, Azhari, dan Najib. Sebagai golongan remaja,
perasaan 14 ingin berpacaran tidak dapat dielakkan oleh mereka. Azhari cinta akan
Dahlia dan berhasrat untuk 15 melamarnya kerana tidak mahu Dahlia berkahwin
dengan orang lain kelak. Pada masa yang sama, Najib juga 16 cinta akan Dahlia.

4. Masyarakat remaja yang lebih menggemari perkara-perkara yang 17 menyeronokkan


Golongan remaja ini diwakili oleh watak Abu Bakar, iaitu anak kedua Embong dan
Saleha serta adik Dahlia. Abu Bakar banyak 18 menghabiskan masanya untuk
berhibur dan 19 berpelesiran dengan kawan-kawannya. Dia hanya pulang ke rumah
untuk menukar 20 baju.

5. Masyarakat yang tabah dalam menghadapi ujian hidup


Embong tabah menghadapi keadaan keluarganya yang miskin dan tidak disukai oleh
ibu mentuanya. Dia juga tabah 21 mengharungi cabaran hidup apabila isterinya,
Saleha tiba-tiba menghadapi masalah 22 mental sehingga terpaksa menerima
rawatan di hospital. Selain itu, dia tabah menempuh kesakitan akibat dibelit oleh
seekor ular sawa dan dipatuk oleh seekor ular tedung. Embong juga tabah
menghadapi ujian apabila rumahnya 23 musnah akibat dilanda banjir. Dahlia juga
tabah dalam menghadapi ujian hidupnya. Dia terpaksa keluar dari asrama dan
ponteng sekolah apabila emaknya dan ayahnya menerima 24 rawatan di hospital,
dihina dan difitnah oleh Aton, dicemuh oleh neneknya, dan menghadapi desakan
Azhari yang ingin melamarnya.

6. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya


BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg21
getting upset about.

Abu Bakar insaf akan kesilapannya 25 membuang masa dengan melakukan perkara
yang tidak berfaedah di luar rumah. Dia sedar bahawa dia sepatutnya 26 membantu
Dahlia dan Embong di rumah sepanjang ketiadaan Saleha yang dirawat di hospital.
Dia juga insaf akan perbuatannya yang menjual dua ekor kambing milik ayahnya
untuk mendapat wang demi 27 berhibur dengan kawan-kawannya. Abu Bakar
memohon 28 ampun daripada Embong setelah insaf akan perbuatannya itu.

B Gaya Bahasa
1. Inversi
(a) Mahu menangis Dahlia mendengar suara emaknya yang sayu. (seharusnya
Dahlia mahu menangis mendengar suara emaknya yang sayu.) [halaman 16]
(b) Untuk pertama kalinya, tanpa bekalan elektrik, tanpa peti televisyen, tiada
tilam yang empuk, makanan bersaji, semuanya perlu dihadapi. (seharusnya
Semuanya perlu dihadapi untuk pertama kalinya, tanpa bekalan elektrik, tanpa
peti televisyen, tiada tilam yang empuk,
makanan bersaji.) [halaman 216]
2. Anafora
(a) “Saya hairan! Saya pelik!” Tauke Lim bingkas. [halaman 162]
(b) “Pergi dari sini ... ! Aku tak mahu rumah ini didatangi sial ... ! Aku tahu
engkau suka aku mati ... ! [halaman 200]
3. Metafora
(a) Dia tidak dapat menduga, tetapi gunung harapan sudah bermaharajalela.
[halaman 5]
(b) Jika lewat, arus akan membawanya menuju ke pintu maut. [halaman 54]
4. Sinkope
(a) “Saya tak sekolah tinggi pun boleh tulis lebih baik daripada anak saya.
Mungkin di sekolah campur orang Cina aje - tak mahu campur kaum lain.
Bagaimana setujui” [halaman 164 )
(b) “Aku tak kuasa nak tahan. Iyalah, tak semua cucu aku baik. Ada yang
menyedapkan hati, ada yang menyusahkan. Sekarang engkau lihat dua orang
tu. Tengok betul-betul!” [halaman 173]
5. Simile
(a) “Lari sebab rumah ini macam neraka! [halaman 22]
(b) Burung hantu, seperti hari-hari kelmarin terus berbunyi. Kepulan awan hitam
yang bergerak bagai membentuk suatu wajah. [halaman 117]
6. Hiperbola
(a) Orang terus membanjiri halaman rumah. [halaman 60]
(b) Awan masih hitam pekat. [halaman 213]
7. Peribahasa
(a) Budaya kampung, “ringan sam a dijinjing, berat sama dipikul” mesti
dipertahankan. [halaman 183]
(b) Orang tua lebih banyak makan garam. lebih luas pengalaman, memang wajar
dituruti. [halaman 228]
8. Personifikasi
(a) Di kanan, sebuah rumah papan, beranjung, berzink coklat, menyambut
kepulangannya dengan muram. [halaman 12]
(b) Yang bermain di hati ialah nasib neneknya. [halaman 209]
9. Penggunaan bahasa Inggeris
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg22
getting upset about.

Contoh: lower six [halaman 3]; discuss [halaman 43]; note [halaman 163]; the best
man win [halaman 202]
10. Penggunaan bahasa Arab
Contoh: jenazah [halaman 57]; syahadat [halaman 68]; Maulidur Rasul [halaman
183]; rahmat [halaman 193]

C Nilai
1. Nilai kasih sayang
(a) Kasih sayang anak kepada 1 keluarga terpapar pada watak Dahlia. Dia
sanggup tidak pergi ke sekolah demi memastikan adik-adiknya dapat 2
dijaganya dengan baik semasa emaknya dan ayahnya 3 dirawat di hospital.
Dahlia juga mengunjungi emaknya di Hospital Taman Bahagia yang jauh dari
rumahnya kerana perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap emaknya
itu.
(b) Kasih sayang suami kepada isteri pula ada pada watak Embong. Dia sangat 4
menyayangi Saleha meskipun isterinya tiba-tiba menghidap penyakit mental.
Dia sering 5 teringat akan isterinya yang dirawat di Johor Bahru dan 6
mendoakan kesihatan isterinya itu supaya segera pulih serta pulang ke
pangkuan keluarga.
(c) Kasih sayang adik kepada kakak tergambar pada watak Abu Bakar. Dia
marah apabila Aton 7 menyindir kakaknya dan memfitnah keluarganya
sehingga menerpa ke arah Aton bagi memukulnya tetapi dihalang oleh Haji
Sulaiman. Dia segera 8 memujuk Dahlia yang menangis di dalam bilik. Abu
Bakar insaf akan beban berat yang dihadapi oleh kakaknya sedangkan dia
tidak berbuat apa-apa sebelum ini.
(d) Kasih sayang cucu kepada nenek terlihat pada watak Dahlia. Meskipun Nek
Kiah tidak 9 menyukai dia sekeluarga dan sering menghina mereka, dia hanya
bersabar dan tidak pernah 10 menentang kata-kata neneknya itu. Dia
menjenguk Nek Kiah apabila neneknya itu tidak kelihatan di mana-mana
kerana 11 bimbang akan keadaan neneknya itu. Ketika Nek Kiah terlantar
sakit, dia menyuapkan makanan.
2. Nilai pengorbanan
(a) Embong berkorban masa dan tenaga demi mencari rezeki untuk 12 menyara
keluarganya. Dia bekerja dengan gigih, seperti bekerja di estet, mengambil
upah memotong buah kelapa sawit di kebun orang lain, dan 13 memelihara
kambing. Walaupun baru keluar dari wad akibat dipatuk ular, Embong terus
bekerja bagi mendapatkan wang.
(b) Dahlia sanggup berkorban demi 14 menjaga adik-adiknya di rumah sewaktu
emak dan ayahnya menerima 15 rawatan di hospital. Dia sanggup keluar dari
asrama, malahan 16 ponteng sekolah beberapa hari untuk menguruskan
adik-adiknya di rumah.
3. Nilai keikhlasan
(a) Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Embong tanpa mengharapkan sebarang
17 balasan. Dia memberi hutang kepada keluarga Embong walaupun lewat
membayar hutang itu. Tauke Lim juga memberi 18 sumbangan kepada Dahlia,
malahan menyumbang barang-barang untuk majlis sambutan Maulidur Rasul
dengan ikhlas meskipun berlainan bangsa dan agama.
(b) Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Embong. Kadangkala dia
memberikan bantuan wang ringgit kepada Embong. Dia juga membantu 19
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg23
getting upset about.

menghantar Dahlia ke stesen bas kerana Dahlia hendak ke Universiti Malaya


bagi menyambung pelajarannya.
4. Nilai nasihat-menasihati
(a) Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais agar
mengamalkan 20 kerjasama dan amalan bantu-membantu kerana penduduk
kampung kini lebih mementingkan diri sendiri daripada membantu jiran
tetangga yang susah.
(b) Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia agar 21 bersekolah semula
setelah beberapa hari ponteng sekolah demi masa depan Dahlia. Mereka tahu
bahawa Dahlia 22 berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang dalam
peperiksaan STPM kelak.
5. Nilai kerjasama
(a) Penduduk kampung bekerjasama selepas mereka ditegur oleh Haji Sulaiman.
Mereka bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.
Mereka juga bekerjasama 23 mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada
Dahlia yang akan 24 melanjutkan pelajaran.
(b) Haji Sulaiman 25 bekerjasama dengan pihak Hospital Batu Pahat untuk
membawa Saleha ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan yang 26
bersesuaian.
6. Nilai keinsafan
Abu Bakar insaf akan kesalahannya. Selama ini dia gemar 27 berpelesiran dan
sanggup menjual kambing ayahnya. Perasaan insaf itu telah mendorong Abu Bakar
berbuat 28 baik kepada mereka, seperti membersihkan kawasan persekitaran rumah.
7. Nilai bersatu padu
Masyarakat di Kampung Parit Haji Rais hidup bersatu padu selepas peristiwa banjir
melanda kampung mereka. Tauke Lim yang mewakili masyarakat Cina membina 29
hubungan yang baik dengan orang Melayu. Dia sanggup membantu Embong
membayar harga tanah yang ingin dijual oleh Nek Kiah. Hal ini menyebabkan
Embong melihat Tauke Lim bukan sebagai rakan, tetapi lebih kepada 30 saudara
kandungnya.
8. Nilai kegigihan
Dahlia gigih belajar untuk mencapai 31 kejayaan dalam pelajarannya. Ketika
pelajarannya tertinggal, dia mendapatkan nota daripada rakan-rakannya. Semasa
banjir berlaku di kawasan tempat tinggalnya, Dahlia gigih 32 belajar di pusat
pemindahan walaupun tempat itu tidak selesa untuk belajar.
9. Nilai kesabaran
Dahlia sabar menempuh ujian Tuhan terhadapnya. Emaknya sakit akibat 33 tekanan
perasaan, kemudian dia difitnah oleh Aton atas kematian anaknya dan hubungannya
dengan Azhari serta Najib. Tidak lama selepas itu, ayahnya pula sakit akibat dipatuk
ular. Dia juga bersabar dengan sikap Abu Bakar yang menyakitkan hatinya dan
Azhari yang sering mendesaknya untuk 34 bertunang. Semua ujian tersebut dihadapi
oleh Dahlia dengan sabar dan dia 35 reda akan ketentuan Tuhan.
10. Nilai keberanian
Dahlia berani terjun ke sungai yang berarus deras untuk menyelamatkan Said yang
lemas ketika mandi-manda. Dia berusaha 36 sedaya upaya untuk membawa Said ke
tebing sungai sungguhpun tenaganya kian berkurangan.

D Pengajaran
1. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam 1 kesusahan.
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg24
getting upset about.

(a) Tauke Lim bersedia menghulurkan 2 bantuan kepada keluarga Embong


dengan membenarkan keluarga tersebut 3 berhutang untuk membeli barang di
kedainya. Dia juga sanggup 4 membayarkan harga tanah yang mahu dijual
oleh Nek Kiah bagi memastikan Embong memiliki tanah untuk dijadikan
tempat tinggal.
(b) Haji Sulaiman juga banyak membantu keluarga Embong. Antaranya ialah 5
menghantar Saleha ke Hospital Batu Pahat agar Saleha yang tiba-tiba hilang
ingatan dapat menerima 6 rawatan yang sewajarnya.

2. Kita mestilah 7 berusaha untuk menyelesaikan setiap masalah yang kita hadapi.
Dahlia berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya satu per satu.
Dalam hal 8 pelajaran, dia mendapatkan nota daripada kawan-kawannya kerana dia 9
ketinggalan pelajaran setelah beberapa hari tidak hadir ke sekolah. Untuk
mengetahui keadaan emaknya yang dirawat di Hospital Taman Bahagia, dia melawat
emaknya itu. Embong pula berusaha untuk mencari 10 wang dengan mengambil
upah memotong buah kelapa sawit di kampung sebelah supaya anak-anaknya tidak
11 kelaparan.

3. Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain.


Sikap Aton yang bersangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Dahlia 12
dihantar oleh Azhari janganlah kita ikuti kerana perbuatan tersebut akan
menimbulkan 13 perselisihan faham dan memecahbelahkan 14 hubungan sesama
masyarakat. Kita juga janganlah mencontohi sikap Aton yang berprasangka buruk
terhadap Dahlia apabila anaknya, Said mati lemas setelah diselamatkan oleh Dahlia.
Sebaliknya, kita hendaklah reda akan 15 takdir yang ditentukan oleh Tuhan dan
mengucapkan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan.

4. Kita mestilah bersedia menerima teguran orang lain demi kebaikan bersama.
Tindakan Haji Sulaiman yang menegur penduduk kampung kerana mementingkan
diri dan 16 enggan bekerjasama haruslah kita contohi kerana amalan 17 bekerjasama
akan memberikan kebaikan kepada semua orang. Teguran Haji Sulaiman yang
diterima dengan baik oleh penduduk kampung wajarlah 18 dipuji kerana mereka
mula bersatu dan bekerjasama membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.

5. Kita janganlah melakukan perkara yang 19 bertentangan dengan ajaran agama.


Janganlah kita melakukan perbuatan yang bersalahan dengan ajaran agama kita
kerana dipengaruhi oleh perasaan 20 dengki terhadap orang lain. Peristiwa Abu
Bakar menjumpai telur yang diletakkan jarum dan paku di bawah rumahnya
bertentangan dengan ajaran 21 agama dan dilakukan kerana perasaan dengki. Kita
juga hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan pelik kerana
mempercayai perkara 22 tahayul seperti Nek Kiah yang menganggap keluarga
Embong sebagai pembawa 23 sial, malahan Saleha sakit kerana ada hantu dan
syaitan di rumahnya.

6. Kita haruslah insaf akan kesalahan yang kita lakukan.


Nek Kiah dan Abu Bakar insaf akan kesalahan yang telah dilakukan terhadap
keluarga mereka sendiri. Mereka 24 membaiki kesilapan mereka dengan menjadi
individu yang lebih baik. Abu Bakar meminta ampun daripada Embong atas
perbuatannya 25 menjual kambing-kambing peliharaan Embong. Dia 26
BKKeng B.A. (Hons), Dip. Edu. (USM) 人生若能减低欲望,生活上便没有什么值得计较
厦门大学汉语班 H.P:012-4020377 If we can reduce our desires, nothing really worth T5 Novel – Songket B. Emas Pg25
getting upset about.

membersihkan persekitaran rumahnya bagi menebus kesalahannya. Nek Kiah pula


27 menghentikan kata-kata buruknya kepada Embong sekeluarga, sebaliknya 28
berbaik-baik dengan mereka. Nek Kiah juga menghadiahkan seutas gelang pusaka
kepada Dahlia sebelum Dahlia berangkat ke Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai