Anda di halaman 1dari 3

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Bab 2(Afrina)
1. Peristiwa menarik.
• Peristiwa ketika Lili dalam perjalanan pulang ke kampung, seorang gadis India meminta
izin untuk duduk di sebelahnya semasa di dalam bas ekspres. Gadis tersebut
memperkenalkan dirinya sebagai Geetha dan dia merupakan pelajar universiti yang
berumur 19 tahun.
• Peristiwa ini menarik kerana kita haruslah mahir berinteraksi dan beramah mesra
dengan seseorang yang baru dikenali apabila berada di tempat baru.
2. Peristiwa yang boleh diteladani.
• Peristiwa apabila Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah
melihat keadaan Geetha yang kelam-kabut ketika duduk bersebelahan tempat duduknya
di dalam bas.
• Peristiwa ini boleh diteladani kerana kita mestilah prihatin terhadap orang yang dalam
kesusahan dan membantu seboleh mungkin.
3. Peristiwa sedih.
• Peristiwa apabila Lili perlu keluar dari rumahnya untuk pulang ke kampung sepanjang
cuti persekohan.
• Peristiwa ini sedih kerana Lili berasa berat hati untuk berpisah dengan ibu bapanya
tetapi tidak mahu membantah arahan ibunya.

Bab 3 (Chow Shing Yo)


1. Peristiwa yang menarik
•Peristiwa ketika seorang pemuda memulangkan buku kepada Lili yang tercicir di bas
•Peristiwa ini menarik kerana bukan semua orang akan menolong kita atau
memulangkan sesuatu kepada kita walaupun kenal atau tidak .
2. Peristiwa yang sedih.
•Peristiwa ketika perbualan antara Lili dan Abang Rashid sepanjang perjalanan senyap.
Walaupun bercakap ,mereka juga menamatkan perbualan tersebut dengan cepat
•Peristiwa ini sedih kerana walaupun hubungan mereka erat tetapi mereka tidak saling
berkongsi kehidupan mereka dan jarang berbual -bual
3. Peristiwa yang boleh diteladani
• Peristiwa ketika Lili selalu ingat pesanan ibunya supaya tidak membazir wang yang
dikirim oleh ibunya.
•Peristiwa ini perlu kita meneladani kerana pesanan ibu bapa merupakan panduan
kepada kita

Bab 4 (Kausalyah)

1. Peristiwa menarik

 Peristiwa apabila Lili memberitahu nenek bahawa dia tidak sempat membeli buah
tangan di pekan dan menghulurkan lipatan wang pemberian ibunya kepada nenek.

 Peristiwa ini menarik kerana kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya yang
mengatakan bahawa kedatangan cucu merupakan buah tangan paling besar
buatnya dan menepiskan wang pemberian ibu Lili untuk kegunaan perbelanjaan
sekolah Lili. Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang nenek yang
mementingkan cucunya berbanding harta lain.

2. Peristiwa yang boleh diteladani

 Peristiwa ketika nenek Lili memberitahu Lili bahawa datuknya ke surau untuk
memasang kubah.

 Peristiwa ini boleh diteladani kerana sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki,
datuk Lili tetap bertanggungjawab untuk memikirkan hal berkaitan agama dan
bekerjasama dengan masyarakat kampung untuk bergotong-royong.

Bab 5 (Kirthiga)
1. Peristiwa menarik
 Peristiwa ketika Lili bersembang dengan datuknya pada waktu malam.
 Peristiwa ini menarik kerana datuk Lili berkongsi cara-cara
menyembuhkan penyakit secara tradisional.

2. Peristiwa yang boleh diteladani


 Peristiwa ketika datuk menolong kawan baiknya untuk pulih daripada menghidap
penyakit strok,darah tinggi,dan kencing manis tanpa mengharap balasan.
 Peristiwa ini boleh diteladani kerana kita haruslah membantu orang yang
memerlukan bantuan tanpa mengharap balasan.
3. Peristiwa sedih
 Peristiwa sedih ketika Lili melihat basikal tua yang sudah lama tidak dikayuh,tayar
belakangnya sudah bocor dan terperosok ke tanah.
 Peristiwa ini sedih kerana basikal itu umpama datuknya yang semakin tua.

Anda mungkin juga menyukai