Anda di halaman 1dari 27

Sinopsis Bab Satu, muka surat 1 -6

Lili, 17, harus melupakan keinginannya untuk mengisi cuti sekolah (menengahnya) yang
terakhir bersama rakan bagi menjaga hati ibunya ibunya yang mahu dia ke rumah datuk dan
nenek di kampung. Ibunya seorang wanita berkerjaya, cantik dan pandai memujuk. Lili
'berbohong' dengan menafikan cakap ibunya bahawa sebenarnya dia tidak gembira bercuti di
kampung. Ibu memimpin Lili ke bilik air, kemudian terus memberi nasihat dari luar.

Usai mandi, ibu masih di situ membantu mengelap tubuh Lili bagaikan melayan anak kecil.
Lili melebarkan senyumannya bagi menghilangkan kecurigaan ibunya. Masa berkualiti anak-
beranak itu berakhir dengan pujian 'budak baik'.

Sinopsis Bab Dua, muka surat 7 - 15

Lili berusaha mengikhlaskan dirinya ketika mahu meninggalkan rumahnya di Kuala Lumpur
bagi menempuh perjalanan selama lapan jam dengan bas ekspres. Lili memilih tempat duduk
paling belakang sambil membaca buku tentang pemakanan sihat. tiba-tiba seorang gadis yang
sedikit kelam-kabut menjatuhkan beberapa barang kecil duduk di sebelahnya. Geetha, 19,
mahasiswi kejuruteraan awam Universiti Malaya.

Geetha memulakan perbualan tentang cita-cita dan persaingan, tetapi Lili tidak menetapkan
apa-apa, malah berasa dia tidak pernah bersaing. Geetha menegaskan bahawa peredaran
waktu mengubah banyak perkara, lantas seseorang itu tidak boleh lambat kerana pilihan akan
semakin sempit.

Menyedari Lili tidak berminat, Geetha menubah perbualan terhadap herba lumatan Brahmi di
India. Lili berasa pelik justeru Geetha seolah-olah sudah kenal dengannya begitu lama.
Geetha menguap dan kemudian berdengkur. Pandangan Lili beralih kepada seorang pemuda
persis Cina tau kacukan yang sedang tersenyum kepadanya.

Watak dan perwatakan

Lili / 'aku': Remaja berusia 17 tahun, patuh / taat. Menuruti rancangan ibunya bercuti di
kampung sehingga sanggup menyembunyikan hasrat sebenar dirinya.

Ibu Lili: penyayang, mengambil berat tentang segala hal ehwal anaknya walaupun dia sudah
anak dara sunti

Geetha: peramah, prihatin. Sedia berkongsi pengalaman dengan Lili yang baru dikenali.
Menukar tajuk perbualan demi perasan bahawa Lili tidak selesa.

Latar masyarakat

Masyarakat yang patuh / taat

Masyarakat yang penyayang

Masyarakat yang peramah, masyarakat yang prihatin

Nilai
kepatuhan / ketaatan

kasih sayang

keramahan, keprihatinan

Persoalan

kepatuhan / ketaatan kepada ibu

kasih sayang sesama keluarga

keramahan dalam pergaulan, keprihatinan terhadap keselesaan orang lain

Pengajaran

Kita hendaklah patuh / taat kepada ibu bapa

Kita hendaklah menyayangi sesama keluarga

Kita hendaklah ramah dalam pergaulan; kita hendaklah prihatin terhadap keselesaan orang
lain

Latar tempat

rumah Lili

tempat duduk belakang bas ekspres

Latar masa

pagi waktu bangun tidur

pagi waktu perjalanan bas

Perbincangan kbkk / kbat

Tolak ansur dalam keluarga

Pengaruh pengalaman orang lain dalam proses membuat keputusan


:
Sinopsis Bab Tiga
(teknik penceritaan: sudut pandangan orang pertama, watak utama [Lili] sebagai pencerita)

Geetha turun di pekan Sejahtera, manakala Lili di pekan Sentosa. Pemuda Cina juga turun bersama,
tetapi sebuah kereta sudah menunggunya. Lili memasuki kedai untuk membeli oleh-oleh tetapi
akhirnya dia tidak membeli apa-apa kerana semuanya boleh diperoleh di kampung. Ketika Lili
meninjau kelibat Abang Rashid, pemuda tadi tiba-tiba menegurnya menyebabkan Lili curiga. Namun,
pemuda itu mahu memulangkan bukunya yang tercicir.

Pemuda itu cuba memulakan perbualan, tetapi Lili masih berhati-hati. Katanya dia juga hendak ke
Kampung Sentosa menemankan bapanya berubat. Sedang dia hendak bertanyakan nama, Abang
Rashid pun tiba. Lili seronok pemuda itu kelihatan bingung. Tidak banyak yang dibualkan dalam
kereta kerana mereka berdua pendiam dan hanya berkomunikasi dengan pertanyaan asas.

Sinopsis Bab Empat

Lili asyik dengan pemandangan kehijauan kampung. Kelihatan di tengah petak sawah kelibat
neneknya yang bertubuh kerdil. Pak Sahak menuju ke surau, serta sempat mengankat tangan ke
arah Lili. Sebaik nenek tiba dekat bangsal Abang Rashid, Lili segera meraih tangan nenek lalu
menciumnya. Kini, nenek harus mendongak untuk mencari wajah Lili.

Nenek separuh percaya cucunya di situ, tetapi gembira. Baginya, kedatangan Lili ialah 'buah tangan'
yang lebih tinggi nilainya daripada oleh-oleh yang tidak sempat dibeli oleh Lili. Nenek menolak
kiriman wang ibu Lili, sebaliknya mahu Lili sahaja yang menyimpannya.

Lili cuba memberi pendapat bahawa kubah lebih sesuai dipasang di masjid, bukannya surau yang
sudah usang seperti di kampung itu. Namun, nenek beranggapan hal itu urusan kaum lelaki dewasa.
Lili sengaja memimpin tangan nenek menuruni bangsal. Lili menghilangkan kesangsian nenek
bahawa dia bercuti dua minggu dan beg pakaiannya sudah dihantar oleh Abang Rashid ke rumah
nenek.

Watak dan perwatakan


Lili: waspada, tidak mudah menjawab pertanyaan pemuda Cina yang tidak dikenalinya walaupun
telah menolongnya mengembalikan buku yang tercicir

Pemuda Cina: jujur, memulangkan buku Lili yang tercicir

Abang Rashid: pendiam, hanya berkomunikasi ala kadar dengan Lili di dalam kereta

Nenek Lili: berterus terang; konservatif, lebih suka untuk tidak campur urusan lelaki dewasa tentang
pemasangan kubah surau

Latar masyarakat

masyarakat yang waspada

masyarakat yang jujur

masyarakat yang berterus terang

Nilai

kewaspadaan

kejujuran

ketegasan

Persoalan

kewaspadaan dalam komunikasi

kejujuran sesama manusia

ketegasan ketika menyatakan pendirian

Pengajaran

kita hendaklah waspada dalam berkomunikasi

kita hendaklah jujur sesama manusia

kita hendaklah tegas ketika menyatakan pendirian

Latar tempat
perhentian bas Sentosa: tempat Lili turun bas bersama pemuda Cina yang seperti mengekorinya

bangsal Abang Rashid: Lili memerhatikan urusan penduduk kampung menuju surau

petak sawah Kampung Sentosa: nenek Lili kelihatan di situ sehingga menjelang lewat petang

Latar masa

petang: Lili di perhentian bas Sentosa menunggu Abang Rashid ketika didekati oleh pemuda Cina

waktu hampir Maghrib: Lili berjumpa nenek terlebih dahulu sebelum ke rumah

Perbincangan kbkk / kbat

kepentingan merahsiakan maklumat peribadi

baik buruk sikap konservatif dalam kalangan masyarakat


BAB LIMA, BAB ENAM NOVEL 'JENDELA MENGHADAP JALAN'
(TRADITIONAL HERBAL MEDICINE)

Teknik penceritaan: sudut pandangan orang pertama. Lili, watak utama sebagai pencerita

Sinopsis Bab Lima, muka surat 29 - 36

Datuk sejak dahulu menganggap Lili tidak tahu tentang kesan corak jendela, pintu dan
susunan rumah kampung menghadap jalan. Harapan Lili untuk merungkai hal itu tidak
kesampaian kerana sepanjang malam datuk bercerita tentang perubatan herba
tradisional.Banyak ubi kayu, obak dan mangga di sekitar rumah datuk. Dauk begitu yakin
akan keberkesanan penyembhan penyakit dan kos rawatan yanglebih rendah.

Datuk menceritakan pengalamannya mengurangkan penderitaan seorang pesakit kencing


manis yang sebelumnya menjalani rawatan bertahun-tahun lamanya di hospital. Nenek
mencelah dengan mengatakan bahawa cerita datuk seperti mahu mengheret Lili ke zaman
kgelapan, tetapi datuk bertegas bahawa Lili seorang yang bijak. Datuk mahu Lili
menyaksikan proses rawatan penghidap strokmm darah tinggi dan kencing manis
kesekannnya.

...

...

...

Sinopsis Bab 6, muka surat 37 - 43

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapatdi dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata
kilat. Kemudian nenekmembakar kulit ba#ang putih pemberian perempuan berbangsa
)ndia, Letchumi, supaya isi rumahberbau #angi. )bu Lili pula lebih suka seni taman ala ali,
yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan,
tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, dihalaman rumah, ditanam dengan herba
pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila
berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaanserta sumber rujukan.
Wtak dan perwatakan

...

...

...

...

...

...

Latar masyarakat

...

...

...

Nilai

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Latar tempat

...
...

...

Latar masa

...

...

...

Perbincangan kbkk / kbat

...

...

...

Sinopsis Bab Tujuh


(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 44 - 51)

'Aku' (Lili) dan nenek masuk ke kedai runcit Letchumi yang sedang mengunyah sirih.
Mereka kemudian ke ruang dapur sambil dihidangkan minuman kotak. Tiba-tiba muncul
Geetha, mahasiswi kejuruteraan awam Universiti Malaya yang dikenali 'aku' semasa dalam
bas ekspres. Letchumi ibu Geetha, pelanggan setia minuman herba datuk 'aku'. 'Aku'
menolak minuman kotak dan roti buatan kilang yang dihidangkan dengan baik atas alasan
kesihatan. Sambil jari-jemarinya lincah menyulam kain perca, Geetha memberitahu betapa
ibunya yang memilih kawan boleh rapat dengan nenek 'aku'.
Geetha menebak bahawa 'aku' mewarisi sifat nenek yang pendiam. Namun, 'aku' menyatakan
ibunya pula banyak cakap. "Aku' pula berasa hairan dengan tubuh Geetha yang kecil
berbanding dengan ibunya. Namun, Geetha percaya bahawa keturunan baharu yang bersaiz
sederhana boleh diperoleh menerusi amalan pemakanan seimbang sebagaimanan yang
dibuktikan oleh abang sepupu sebelah ibunya.

Setelah hampir satu jam, nenek mengajak 'aku' pulang sambil renungan matanya
mengisyaratkan tidak baik mengganggu urusan keluarga peniaga itu. 'Aku' gembira untuk
bertemu Geetha lagi, lalu melangkah pantas meninggalkan nenek yang tertinggal di belakang
kerana asyik bertegur sapa dengan orang kampung.

Sinopsis Bab Lapan


(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 52 - 57)
'Aku' selesai solat Zuhur berjemaah bersama nenek dan datuk. Namun, datuk terus khusuk
dengan tasbihnya. Kelibat Abang Rashid juga muncul sejenak menghantar bakul buah-
buahan. Abang Rashid umpama anai-anai yang bekerja dalam diam. Di meja makan, nenek
menegur 'aku' yang dianggap berkasar dengan dua ekor anak kucing yang menggesel
kakinya, lalu diusir dengan perlahan. 'Aku' akur dengan nasihat nenek supaya memberi
kucing itu makan. Sebenarnya 'aku' fobia dengan kucing kerana pengalaman zaman kanak-
kanak dicakar oleh kucing.

Tiba-tiba muncul pula Pak Sahak dan dua orang lagi rakannya memberi salam. Dia mahu
memaklumkan kepada datuk kekecohan di surau. Datuk seperti tidak puas hati dengan 'Sugi'
yang bukan sahaja menghasut ayahnya William berhenti menerima rawatan tradisional,
bahkan menghantar kawan satu syarikatnya memujuk orang kampung menjual tanah. 'Aku'
segera ke bilik kerana bimbang diperhatikan, terutama oleh pemuda yang bersama Pak Sahak.

Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: Pendiam, prihatin: cepat menangkap maksud renungan nenek di kedai Geetha
untuk tidak berlama-lama di situ

Nenek 'aku': penyayang, memberi nasihat kepada 'aku' supaya tidak berkasar dengan haiwan
walaupun 'aku' hanya menolak dua ekor aanak kucing dengan perlahan

Datuk 'aku': berwibawa, menjadi rujukan orang kampung. Pak Shak datang mengadukan
kekecohan yang berlaku di surau mereka.

Letchumi / ibu Geetha: peramah, suka bertegur sapa dengan kenalan di kampung walaupun
sebenarnya dia pendiam orangnya

Geetha: menghormati rakan / tetamu, melayan 'aku' dengan begitu mesra serta
menghamburkan pujian yang ikhlas apbaila'aku' menolak minuman berkotak dan roti buatan
kilang

Abang Rashid: rajin bekerja. Tidak banyak bercakap, tetapi memebereskan kerja dengan baik
seperti menghantarkan bakul buah-buahan ke rumah nenek

Pak Sahak: bersegera dalam tindakan, terus merujuk datuk 'aku' supaya kekecohan yang
terjadi di surau segera ditangani

Latar masyarakat

Masyarakat yang prihatin

Masyarakat yang peramah

Masyarakat yang rajin

Nilai

Keprihatinan

Keramahan

Kerajinan

Persoalan
Keprihatinan terhadap isyarat komukasi bukan lisan / renungan mata / bahasa tubuh

Keramahan sesama rakan

Kerajinan dalam pekerjaan

Pengajaran

Kita hendaklah prihatin terhadap isyarat komunikasi bahasa bukan lisan

Kita hendaklah ramah sesama rakan

Kita hendaklah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Latar tempat

Kedai runcit Letchumi / ibu Geetha

Rumah nenek 'aku' / Lili

Latar masa

waktu solat zuhur

Perbincangan kbkk / kbat

Perpaduan kaum di kawasan desa

Nilai hartanah di kawasan kampung

Memanfaatkan pengalaman warga emas

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga amalan nilai murni dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Berdasarkan contoh peristiwa, berikan dua watak sampingan yang menjadikan novel yang
anda pelajari begitu menarik.
BAB SEMBILAN, BAB SEPULUH NOVEL ' JENDELA MENGHADAP
JALAN' (GENERATION GAP, BARRIER TO COMMUNICATION)

Sinopsis Bab Sembilan


(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 58 - 67)

Beberapa minit sesudah sarapan, rumah datuk 'aku' dikunjungi tetamu bernama William Ng,
pesakit datuk. Namun, aku tertumpu kepada anak bongsunya, Danel yang pernah ditemuinya
dalam bas ekspres. Ketika muncul di dapur, Danel membangkitkan isu kubah surau dan
pewaris tapak surau yang mahu menuntut semula tanah tersebut. Pembinaan dewan
masyarakat juga terbantut kerana penduduk kampung enggan menjual tanah kepada pemaju.

Tiada rawatan diberikan oleh datuk kerana dia hanya berbual santai dengan William Ng.
Danel pula bercakap tentang kesukaran melaksanakan pantang larang perubatan tradisional
dan proses ramuan ubatnya. Danel mahu ayahnya beralih kepada penggunaan makanan
tambahan yang dijual menerusi sistem jualan langsung. Adik-beradiknya bukan tidak
menghargai usaha datuk sehingga kaki ayahnya sudah tidak bengkak lagi, tetapi sepakat
untuk beralih kepada rawatan moden.

Datuk tidak mahu mendengar penjelasan panjang lebar Danel tentang sistem usus dan tubuh
badan, tetapi Danel tetap meneruskannya. Adik-beradiknya telah mendaftarkan William Ng
dalam program pemakanan tambahan dan senaman yang memerlukan rawatan tradisional
datuk dihentikan. Datuk hanya menjawab 'hmmm' kerana Danel tidak berbahasa orang tua.

Sinopsis Bab Sepuluh


(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 68 - 78)

Datuk menghiburkan rasa kecewa dengan merunung ke luar jendela. Datuk sayang akan
amalan perubatan tradisionalnya yang menyembuhkan sekian banyak pesakit. Namun,
kemajuan rawatan moden menyebabkan pelanggan datuk semakin berkurangan. Kemudian
datuk bercerita tentang sejarah ayahnya yang meneroka kampung itu dengan menewaskan
gajah dan haiwan liar lain. Ayah datuk orang pertama membina jendela menghadap jalan.
'Aku' (Lili) berasa saat itu peluang terbaik untuk memperoleh jawapan tentang jendela
menghadap jalan, tetapi seperti biasa hampa kerana datuk mengelak, lalu berubah kepada
tajuk lain. Datuk cuba mengajak 'aku' berfalsafah tentang kehidupan, tetapi akhirnya
menyuarakan rasa kesal atas sikap Danel yang didakwanya tidak pandai menjaga hati orang
tua. Pada datuk, Danel tidak patut masuk campur terhadap pilihan rawatan ayahnya.

Kata-kata nenek tentang petunjuk kebenaran Tuhan menyebabkan datuk terpukul, lalu
mengubah perbualan terhadap hubungannya dengan keluarga William Ng, saudara baharu
(memeluk Islam). Abang sulung Danel bernama Sugi pula menyebabkan kampung terdedah
kepada kedatangan pelbagai pihak kontraktor. Datuk terus bercakap tentang perihal menjaga
hati orang tua dan keadilan hidup. 'Aku' berdiam sahaja, tetapi di dalam hati bercampur baur
antara setuju dengan datuk dengan menyokong pendirian Danel. 'Aku' juga membantah
tanggapan datuk terhadap ibu.

Watak dan Perwatakan

Aku / Lili: pendiam, peka. Pendengar yang dapat menangkap maksud percakapan Danel dan
datuknya, tetapi di dalam hati memiliki pendirian sendiri.

Datuk 'aku' / Lili: cekal / gigih. Berusaha bersungguh-sungguh meneruskan amalan perubatan
tradisional walaupun pesakitnya semakin berkurangan akibat kemajuan rawatan moden.

Nenek 'aku' / Lili: berterus terang. Nenek berani menyuarakan pendapat yang bertentangan
dengan datuk berkaitan isu mempengaruhi pilihan atau pendirian orang lain.

William / pesakit rawatan tradisional datuk: pasif. Hanya akur dengan pilihan rawatan moden
oleh anak-anaknya.

Danel / anak William: tegas. tetap mahu menghentikan rawatan datuk terhadap ayahnya
kerana sudah mendaftar program makanan tambahan dan senaman efektif.

Latar masyarakat

Masyarakat yang cekal / gigih

Masyarakat yang berterus terang

Masyarakat yang tegas

Nilai

Kecekalan / kegigihan

Kejujuran

Ketegasan

Persoalan
Kecekalan / kegigihan dalam pekerjaan / mempertahankan amalan

Kejujuran dalam menyuarakan pendapat

Ketegasan dalam membuat pilihan / menyatakan pendirian

Pengajaran

Kita hendaklah cekal / gigih dalam pekerjaan

Kita hendaklah jujur dalam menyuarakan pendapat

Kita hendaklah tegas dalam membuat pilihan / menyatakan pendirian

Latar tempat

Rumah nenek / datuk 'aku' / Laili

Latar masa

Pagi selepas sarapan: rumah datuk 'aku' (Lili) dikunjungi William Ng dan anak bongsunya,
Danel

Perbincangan kbkk / kbat

Jurang generasi: adab menghormati orang yang lebih tua kian luntur?

Berpisah dengan kenangan: psikologi wargaemas

Contoh soalan komsas

Jelaskan tiga konflik / pertentangan dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan kbkk / kbat

Perbezaan pendapat antara watak tidak semestinya membawa keburukan.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua hujah tentang pernyataan di atas.
BAB SEBELAS, BAB DUA BELAS NOVEL 'JENDELA MENGHADAP
JALAN' (WHEN IN DOUBT, ALWAYS SEEKING TRUTH)

Sinopsis Bab 11
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 79 - 84)

Datuk sibuk mencari tasbihnya yang hilang. Ketika berzikir, datuk seperti tidak tenteram.
'Aku' merapati datuk untuk bertanya status kesihatannya. Datuk membuka mata, lalu
menyatakan sesudah 70 tahun menempuh cabaran hidup, baru kini dia terasa penat. Setelah
memesan kopi untuk datuk, 'aku' kembali memerhatikan datuk yang terbatuk panjang dan
semakin uzur. Namun, pandangan zahir sahaja tidak cukup untuk menyelami perasaan
sebenar datuk.

Walaupun aroma kopi nenek menyegarkan, tetapi aku bukan penggemar kopi. 'Aku' meminta
diri meninggalkan datuk dan nenek berdua, tetapi ditegah oleh datuk. Datuk mahu 'aku'
bercerita tentang ibu. Apabila datuk menceritakan zaman kanak-kanak ibu, baru 'aku'
menyedari banyak perkara yang tidak pernah diketahui kerana ibu tidak suka menoleh ke
belakang. Barangkali itulah sebabnya ibu menghantar 'aku' bercuti di kampung.

Sinopsis Bab 12
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 85 - 90)

Isu mempertahankan kubah surau berkaitan dengan sejarah pesanan arwah Haji Salihin dan
arwah ayah datuk supaya surau tidak diubah suai sehingga 50 tahun kerana khuatir 'semangat'
yang membangunkan kampung terperanjat. Nenek bercerita kononnya Kampung Sentosa
telah disumpah dan ada penduduk mendakwa terserempak dengan hantu arwah yang
marahkan pembangunan. 'Aku' menganggap hal itu sebagai pelik dan bertentangan dengan
ajaran Islam.

Tengah hari esoknya 'aku' melihat sekumpulan lelaki tergesa-gesa di bendang sambil dua
orang daripadanya masing-masing mengepit ayam jantan dan ayam betina sedang dikejar
oleh mereka. Abang Rashid yang muncul di situ menjelaskan bahawa penduduk kampung di
ambang perpecahan. Apabila ditanya lebih lanjut, Abang Rashid hanya membisu. Ketika
mereka tiba di rumah nenek, lima orang tetamu sedang bercakap-cakap di ruang tamu.

Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: suka menyiasat kebenaran / tegas diri / asertif. tidak membiarkan sesutu
peristiwa berlalu tanpa memperoleh penjelasan. 'Aku' mendengar cerita sambil berfikir lebih
lanjut.

Datuk 'aku': berjiwa halus / sentimental. Kehilangan tasbih kesayangannya memebri kesan
mendalam terhadap jiwa dan perasaan datuk.

Nenek 'aku': setia. Sentiasa membancuh kopi untuk datuk, serta memberi sokongan kepada
datuk tentang isu kubah surau
Abang Rashid: cakna / prihatin. Memastikan 'aku' menjauhi bahaya yang sedang melanda
penduduk kampung sentosa yang berpecah belah

Latar masyarakat

masyarakat orang kampung

masyarakat yang berjiwa halus / sentimental

masyarakat yang setia kepada suami

Nilai

ketegasan

kesetiaan

keprihatinan

Persoalan

ketegasan dalam pendirian

kesetiaan terhadap suami

keprihatinan terhadap keselamatan keluarga

Pengajaran

kita hendaklah tegas dalam mempertahankan pendirian

kita hendaklah setia terhadap pemimpin keluarga

kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan keluarga

Latar tempat

rumah datuk / nenek 'aku':

bangsal bendang di kampung Sentosa:

Latar masa

tengah hari: Abang Rashid mengatakan tidak selamat 'aku' sendirian di bangsal bendang
ketika itu

Perbincangan kbkk / kbat

kepercayaan karut dalam kalangan masyarakat


kepentingan menjaga harta benda

Contoh soalan komsas

Huraikan tiga pengajaran dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan kbkk / kbat

Unsur suspen menjadi daya tarikan sesebuah novel.

BAB TIGA BELAS, BAB EMPAT BELAS NOVEL 'JENDELA


MENGHADAP JALAN' (DEFENCE MECHANISM OF THE PAST
GLORY)

Sinopsis Bab 13
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 91- 98)

Rombongan lima orang tetamu yang berkunjung ke rumah datuk membawa bekas pesakit
datuk yang sembuh setelah beralih kepada rawatan moden. Patutlah kerja nenek di dapur
menjadi kurang teratur. Datuk juga tidak keruan hingga tidak perasan cawan kopi di tepi
kanannya. Sebelum 'aku' sempat menghabiskan pertanyaan, datuk memberitahu semua
pesakitnya sudah lari. Datuk akur dengan perjalanan masa. Datuk kena beralih semula kepada
kebun dan perahu. Kemudian, datuk menyusun kayu api yang sudah kemas sepanjang malam
bagi menenangkan fikirannya.

Pagi keesokannya datuk menyusun pula barang lama di ruang tamu seolah-olah menyusun
juga perasaannya sendiri. Datuk juga tidak mengendahkan makan tengah hari. Permintaan
'aku' melawat Geetha diizinkan oleh nenek dengan syarat ditemani Abang Rashid, tetapi dia
terlewat.

Sebagai menebus kesalahannya Abang Rashid membawa 'aku' ke pasar malam menikmati
nasi padang percuma dan membeli kemeja bercorak batik. Seperti datuk dan nenek, Abang
Rashid juga berkelakuan pelik. Dia bertanya sama ada 'aku' ada teman lelaki atau tidak, tetapi
mengelak apabila ditanyakan bila dia akan berkahwin. Abang Rashid bercerita kisah lucu,
namun hanya dia sendiri yang tergelak.

Sinopsis Bab 14
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 99 - 106)

Setibanya di rumah Geetha, 'aku' mendapati dia demam. Geetha juga memberitahu dia berasa
bosan, lalu 'aku' mempelawanya ke rumah nenek. Mak Cik Letchumi tidak bertanya apa-apa.
Sambil berjalan, Geetha bercerita tanpa henti, termasuk hal peribadi kerana katanya kalau
tidak menjadi jurutera, dia akan menjadi juruhebah radio. Geetha dan 'aku' berhenti sekejap di
perhentian bas memerhatikan manusia yang lalu-lalang.
Tiada sesiapa di rumah, lalu 'aku' cepat-cepat naik menunaikan solat zuhur yang sudah di
penghujung waktu. Usai solat, 'aku' dan Geetha berbuat tentang seni bina rumah yang hampir
sama. Kemudian Geetha mencadangkan memanjat bukit berhampiran untuk melihat matahari
terbenam.

Maka, pada petangnya 'aku' tercungap-cungap mengekori Geetha yang pantas mendaki bukit
itu. Mereka menikmati keindahan simbahan cahaya keemas-emasan yang tenggelam di
hujung dunia itu. Geetha mencadangkan mereka melihat matahari terbit di jeti pada sebelah
pagi pula.

Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: berfikiran tajam / peka, mentafsir kelakuan setiap orang yang rapat dengannya.
Misalnya, tindakan datuk menyusun kayu api dan barang lama ditafsirkan sebagai menyusun
fikiran yang rusuh.

Datuk 'aku': sabar / tabah, tidak cepat tenggelam punca apabila pekerjaan sebagai pengamal
rawatan tradisional semakin terancam. Sebaliknya, datuk ligat memikirkan jalan lain bagi
mengisi masa tuanya.

Nenek 'aku': setia. Berkongsi perasaan rusuh dengan datuk yang kehilangan pesakitnya.
Nenek tidak dapat memberi tumpuan terhadap kerja dapur seperti kebiasaannnya.

Abang Rashid: perahsia. Enggan menjawab hal perkahwinan, tetapi cuba mengelak dengan
cerita lucu yang dibuat-buat.

Geetha: pencinta alam sekitar. Mengajak 'aku' menyaksikan peristiwa matahari terbenam di
atas bukit berhampiran rumah nenek.

Latar masyarakat

Masyarakat yang berfikiran tajam

Masyarakat yang sabar / tabah menempuh cabaran hidup

Masyarakat yang mencintai alam sekitar

Nilai

Kepekaan

Kesabaran / ketabahan

Kerahsiaan

Persoalan

Kepekaan terhadap kelakuan / perasaan seseorang


Kesabaran / ketabahan dalam menempuh cabaran hidup

Kerahsiaan dalam komunikasi

Pengajaran

Kita hendaklah peka terhadap kelakuan / perasaan orang lain

Kita hendaklah sbar / tabah dalam menempuh cabaran hidup

Kita hendaklah menghormati kerahsiaan orang lain

Latar tempat

Rumah datuk / nenek

Perhentian bas kampung Sentosa

Bukit di belakang rumah datuk / nenek

Latar masa

malam

petang ketika matahari terbenam

Perbincangan kbkk / kbat

Pembaharuan / inovasi dalam perubatan tradisional

Dasar warga emas negara

Contoh soalan aras komsas

Huraikan tiga kelebihan watak utama dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup sering diangkat sebagai salah satu persoalan
penting sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang sejajar dengan
pernyataan di atas.
BAB LIMA BELAS, BAB ENAM BELAS NOVEL 'JENDELA
MENGHADAP JALAN' (DIFFERENT STYLES OF BEHAVIOUR AND
PERSONALITY TRAITS)

Sinopsis Bab 15
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 107 - 113)

Geetha tetap mahu membantu di dapur walaupun nenek berhujah tidak baik bagi tetamu
melakukan kerja tuan rumah. Geetha kemudian menggembirakan nenek bahawa ibunya serasi
dengan rawatan kampung. Sambil memasak, nenek membuka cerita zaman mudanya bersama
datuk menyebabkan 'aku' berasa segan dengan Geetha, orang asing dalam keluarga. Semasa
minum, Geetha membangkitkan sifat pendiam 'aku', tetapi nenek menceritakan perihal
kehebatan aku dalam pelajaran sehingga boleh jadi hakim.

'Aku' cuba mengubah tanggapan terhadap gurauan seperti yang ditunjukkan oleh Geetha dan
nenek. Pada sebelah malamnya mereka berbual panjang sebelum menyedari datuk masih
tidak pulang. Abang Rashid berjanji untuk mencari datuk. Geetha sedikit hairan tentang
alasan anak dara tidak manis keluar malam. Cadangan untuk melihat matahari terbit juga
dibatalkan.

Apabila datuk muncul pada waktu Subuh dengan dua bakul penuh akar kayu dan daun, nenek
segera meleteri datuk. 'Aku' beredar ke bilik kerana tidak mahu mengganggu mereka,
sedangkan Geetha masih nyenyaak berdengkur.

Sinopsis Bab 16
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 114 - 122)

Datuk tidak menunjukkan rasa bersalah atas kebimbangan nenek atau bersimpati dengan
Abang Rashid yang keletihan mencarinya dari tengah malam hingga ke pagi. Nenek bercekak
pinggang di belakang datuk, sambil 'aku' dan Geetha berpandangan. 'Aku' berasa kelakar.
Tiba-tiba muncul Danel menyapa datuk seolah-olah mereka tidak pernah bertengkar tempoh
hari.

Geetha berpendapat bahawa Danel cute, cool dan kemas. Kemudian, Geetha membuat
keputusan untuk pulang pagi itu juga sebagai memenuhi janji dengan ibunya. Geetha
menemani 'aku' ke kedai runcit Ah Kwan bagi mencari barang pesanan nenek sebelum
berpisah di situ. Tiba-tiba 'aku' melihat tiga orang pemuda sedang dikejar oleh dua orang
lelaki berparang. Seorang wanita cuba menenangkan 'Che Jah'. 'Aku' membuat keputusan
untuk meninggalkan kekecohan itu.

Di rumah, Danel sedang diurut dengan kaki datuk. Nenek memberitahu bahawa Mak Jah
mengejar anaknya yang gemar mencuri barang kepunyaannya. Nenek juga menegaskan
bahawa datuk tidak pernah memusuhi bekas pesakitnya yang beralih kepada rawatan moden,
melainkan hanya berasa sedikit kecewa. Demikian juga hubungannya dengan Danel. Pada
sebelah malamnya Danel datang lagi, tetapi untuk menyerahkan buku koleksi penulisannya
tentang buah-buahan kepada 'aku'.
Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: peka. Meninggalkan nenek yang sedang meleteri datuk sebagai menghormati
urusan orang tua.

Geetha: Peramah. Suka bergurau dan mengusik 'aku' tentang sifat pendiam yang sesuai untuk
menjadi hakim mahkamah.

Danel: Pandai mengambil hati / memujuk. Cepat-cepat memulihkan hubungan dengan datuk
setelah menamatkan rawatan ayahnya dengan datuk. Sebaliknya Danel sendiri menerima
urutan kaki datuk.

Datuk 'aku': pemaaf. Tidak bersikap memusuhi Danel yang pernah disifatkannya sebagai
tidak tahu menjaga hati orang tua.

Nenek 'aku': suka berterus terang. Memberitahu 'aku' cerita sebenar di sebalik adegan kejar-
mengejar yang dilihat oleh 'aku' semasa balik dari kedai.

Abang Rashid: patuh. Tetap mencari datuk dari malam hingga ke pagi tanpa menghiraukan
keletihan.

Latar masyarakat

Masyarakat yang peka terhadap persekitaran

Masyarakat yang peramah

Masyarakat yang pemaaf

Nilai

Kepekaan

Keramahan

Kemaafan

Persoalan

Kepekaan terhadap persekitaran yang dihadapi

Keramahan dalam komunikasi / pergaulan / perhubungan manusia

Kemaafan terhadap orang yang mengecilkan hati

Pengajaran

Kita hendaklah peka terhadap keperluan persekitaran yang dilalui

Kita hendaklah bersifat ramah dalam komunikasi


Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain

Latar tempat

Ruang dapur rumah nenek

Kedai runcit Ah Kwan

Latar masa

malam

pagi

Perbincangan kbkk / kbat

Menghormati prinsip bersendirian / privasi orang lain

Baik buruk bersenda gurau

Contoh soalan aras komsas

Huraikan tiga peristiwa yang menunjukkan unsur suspens dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Penulis novel sering menyelitkan unsur lucu dalam karya mereka.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, beri dua sebab berkaitan pernyataan di atas.
BAB TUJUH BELAS, BAB LAPAN BELAS NOVEL 'JENDELA
MENGHADAP JALAN' (RECOGNISE DISADVANTAGES
MANIPULATOR)

Sinopsis Bab 17
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 123- 130)

'Aku' hanya tertarik membaca dua artikel dalam buku Danel, iaitu:
1. Remaja Jadi Pekebun Pisang Berjaya di Tenom
2. Perihal Pisang

Artikel pertama tentang Amran Christopher, 21, beroleh pendapatan lumayan apabila beralih
daripada tanaman kopi. Dia menanam 1200 pokok pisang di kawasan seluas 6 ekar di
Kampung Pulau warisan Batu-bata. Amran juga mengembangkan perniagaannya dengan
menjual anak pisang.

Artikel kedua tentang khasiat pisang kepada tubuh badan, terutama golongan tua yang
kekurangan vitamin B6. Kandungan potasium yang tinggi membantu penyembuhan penyakit
selain mencerdaskan otak seseorang. Sejarah pisang bermula dar Palestin dan Mesir.

Sinopsis Bab 18
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 131 - 140)

Pak Sahak, Kiai Baharom, ketua kampung dan Imam Sanusi mengunjungi datuk perihal
kubah surau. Setelah menghidangkan minuman, 'aku' memasang telinga daripada daun pintu
yang sengaja tidak ditutup. Pak Sahak isu itu dirujuk kepada Yang Berhormat (wakil rakyat),
tetapi ketua kampung berpendapat orang kampung susah diajak berunding. Datuk lebih
cenderung menyalahkan cara membawa kemajuan. Ketua kampung membidas pendirian
datuk yang katanya terikat dengan sejarah lampau. Mereka kemudian 'bertekak' tentang nilai
sejarah kepada ketua kampung yang bukan berasal dari situ.

Bunyi ranting memasuki jendela bilik menamatkan 'intipan aku'. Danel di luar memberi
isyarat mengajak keluar ke pekan dan memberitahu nenek memberi izin. 'Aku' serba salah
walaupun Danel cuba mewajarkan pelawaannya itu. Nenek muncul menyokong Danel kerana
menolong mengangkat barang pesanan datuk. 'Aku' kaget dengan kebenaran bersosial nenek,
tetapi menurut sahaja.

Mereka bersesak-sesak menaiki bas kerana kereta digunakan oleh abang Danel. Walaupun
Danel menjawab bahawa penulisannya hanya fokus terhadap pisang, 'aku' tidak
memberitahunya 'aku' juga penulis. Malah, Danel kaget apabila 'aku' memahami bahasa
Mandarin yang dituturkannya dengan pekedai minyak gamat bahawa 'aku' teman wanitanya.
'Aku' juga tahu beberapa bahasa lain, tetapi tidak membertitahu Danel.

Watak dan perwatakan

'Aku' / Lili: tegas diri. Menaruh curiga dengan ajakan Danel untuk menemaninya ke pekan
berdua.

Datuk 'aku' / Haji Abdul Rahman: berani bersuara. Menyanggah pendapat ketua kampung
yang menganggap remeh sejarah silam Kampung Sentosa yang dirintis oleh keluarga datuk.

Nenek 'aku' / Hajah Aisyah Tan Abdullah: bersangka baik. Tidak menaruh syak bahawa
Danel mempunyai niat buruk mengajak'aku' menemaninya ke pekan.

Pak Sahak: berfikiran terbuka. Mencadangkan Yang Berhormat dirujuk dalam isu kubah
surau.

Ketua kampung: emosional / sensitif / perasa. Meninggi suara apabila datuk menyifatkannya
sebagai orang asing yang tidak mengerti sejarah Kampung Sentosa.

Danel: oportunis / suka mengambil kesempatan. Menggunakan alasan pembantu angkat


barang datuk untuk mendapat keizinan nenek berduaan dengan 'aku' ke pekan. Danel juga
memberitahu pekedai di pekan 'aku' teman wanitanya kerana menyangka 'aku' tidak tahu
berbahasa Mandarin.

Latar masyarakat

Masyarakat yang tegas diri / asertif

Masyarakat yang bersangka baik

Masyarakat yang oportunis / suka mengambil kesempatan

Nilai

Ketegasan

Keberanian

Hormat-menghormati / saling menghormati

Persoalan

Ketegasan dalam membuat keputusan

Keberanian menyuarakan pendapat peribadi

Hormat-menghormati sesama manusia

Pengajaran

Kita hendaklah tegas dalam membuat keputusan

Kita hendaklah berani menyuarakan pendapat peribadi

Kita janganlah mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain

Latar tempat
Rumah datuk / nenek 'aku'

Di dalam perut bas

Di kedai ubat gamat

Latar masa

Sesi perbincangan datuk dengan ketua kampung

Semasa perjalanan di dalam bas

Perbincangan kbkk / kbat

Kemajuan / pembangunan desa yang lestari

Hubungan antara bukan mahram / ajnabi

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga pengajaran dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Watak utama sering digambarkan memiliki kelebihan tertentu.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh kelebihan yang dimiliki oleh
watak utama.
BAB SEMBILAN BELAS, BAB DUA PULUH NOVEL ‘JENDELA
MENGHADAP JALAN’ (TARGET OF CRIME ACT)

Sinopsis Bab 19
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 141- 148)

‘Aku’ sekadar menemankan Danel di restoran makanan segera. ‘Aku’ sekadar memesan jus
epal, sedangkan Danel makan makanan ‘tidak sihat’ potensi darah tinggi. “Aku’ beralasan
untuk makan tengah hari di rumah nenek, lalu Danel memberitahu dia selalu masak menu
berasaskan pisang di situ. Kemudian, ‘aku’ mengikut Danel ke pasar raya tanpa ‘aku’ mahu
membeli apa-apa. Sebenarnya ‘aku’ berasa kurang selesa keluar dengan lelaki asing yang
mengundang risiko dan tidak sopan. ‘Aku’ malas memanjangkan perbualan yang membuka
ruang ‘kemesraan’ kepada Danel untuk perkara lain.

Akhirnya ‘kami’ pulang dengan bas sahaja walaupun cadanganasal Danel ialah teksi yang
mungkin memberi peluang berdua-duan lagi. ‘Aku’ berasa dalam zon selamat apabila tiba di
kawasan kampung. Tiba-tiba keadaan kecoh apabila Rafik, anak Che Jah yang memegang
pisau dikejar oleh beberapa orang lelaki. Dia menerpa kea rah ‘aku’, mengilas tangan kiri
‘aku’ dengan kuat, serta mencekik leher ‘aku’. Rafik mengugut untuk membunuh ‘aku’ jika
ada sesiapa datang rapat. ‘Aku’ pengsan.

Apabila tersedar, kedua-dua belah tangan ‘aku’ diikat ke belakang dalam tempat kurungan
yang busuk dan gelap. Kedengaran Rafik dan seorang lagi anak Che Jah bertengkar tentang
‘aku’ dan jalan melepaskan diri daripada buruan orang kampung. “Aku’ menjadi tebusan
mereka.

Sinopsis Bab 20
(rujukan naskhah novel edisi murid: muka surat 149 - 155)

Dalam pada ‘aku’ berkira-kira untuk melepaskan diri dengan kaki kebas yang tidak diikat,
Danel muncul membuka ikatan dan mengarahkan ‘aku’ lari bersamanya meredah kepekatan
malam. Ketika berhenti di simpang ‘aku’ berjaya melepaskan genggaman Danel. Dia tahu
tempat persembunyian Rafik dan Haziq, tetapi sengaja tidak bertindak bagi mengelakkan
kejadian lebih buruk. Walaupun terkilan, ‘aku’ bersyukur.

Danel yakin Rafiq dan Haziq akan tertangkap. Haziq pernah satu sekolah dengan Danel dan
dia asalnya budak bijak. Apabila tiba di rumah nenek, banyak orang berkumpul di situ.
Nenek segera memastikan ‘aku’ tidak diapa-apakan. Nenek membantu ‘aku’ membersihkan
diri. Nnenek memberitahu dia telah memanaskan lauk tengah hari sebanyak empat kali.

‘Aku’ mengatakan Rafik dan Haziq terdesak, lalu nenek menambah bahawa tindakan mereka
tidak rasional. Haziq pernah mencuri barang kemas pusaka ibunya gara-gara dadah, lalu
disumbat di dalam lokap. Hampir separuh penduduk kampong berkunjung ke rumah nenek
berkongsi kebimbangan. Solat hajat juga didirikan. ‘Aku’ tidak lena sambil berasa empati
terhadap Rafik dan Haziq.
Watak dan perwatakan

‘Aku’ / Lili: sentiasa berjaga-jaga / waspada

Danel: suka mengambil kesempatan

Rafik: penagih dadah, kejam

Haziq: penagih dadah, bijak

Nenek ‘aku’: penyayang

Penduduk kampong: prihatin

Latar masyarakat

Masyarakat yang sentiasa berjaga-jaga / waspada

Masyarakat penagih dadah

Masyarakat yang penyayang

Nilai

Kewaspadaan

Kasih sayang

Keprihatinan

Persoalan

Kewaspadaan terhadap kemungkinan unsur bahaya / risiko

Kasih sayang sesama keluarga

Keprihatinan terhadap keselamatan jiran

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa waspada terhadap niat yang tersembunyi

Kita janganlah terjebak dengan pengaruh dadah / jenayah

Kita hendaklah prihatinterhadap keselamatan jiran

Latar tempat

Restoran makanan segera di pekan


Tempat persembunyian Rafik / Haziq

Rumah datuk / nenek ‘aku’

Latar masa

Tengah hari

Malam / selepas waktu solat isyak

Perbincangan kbkk / kbat

Kesan buruk pergaulan bebas

Iltizam memerangi najis dadah sahaja belum mencukupi

Contoh soalan aras komsas

Jelaskan tiga peristiwa yang mengandungi unsur kejutan dalam novel yang anda pelajari.

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Unsur kebetulan sering ditemui dalam pembacaan sesebuah novel.

Berdasarkan novel yang anda pelajari, berikan dua contoh unsur kebetulan yang digunakan
oleh penulisnya.

Anda mungkin juga menyukai