Anda di halaman 1dari 3

Proses kitar semula ialah suatu proses yang melibatkan usaha memproses, mengumpul dan

menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak
pelupusan sampah di negara kita, Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150
ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang oleh masyarakat di sekitar
kawasan tersebut. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru
pula akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi
ruang hidup kita. Adakah anda sanggup suatu hari nanti duduk berjiran dengan tapak pelupusan
sampah? Bagi saya, pada ketika itu sudah pasti keselesaan seperti hari ini tidak dapat dirasai lagi.

Jika anda tertanya-tanya, apakah kepentingan kitar semula kepada masyarakat, tidak terdaya
rasanya saya untuk menaip kepentingan-kepentingan tersebut dalam satu artikel sahaja. Namun
begitu, anda tidak perlu berasa kecewa kerana junaidisite[dot]com dengan rasa murah hati ingin
berkongsi kepada anda beberapa kepentingan amalan kitar semula.

1. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan
salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan
ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara.

2. Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam masa jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan kos berbanding dengan
usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah. Jika program kitar semula bertambah cekap,
sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan kita
kerana caj untuk pelupusan sampah dapat dikurangkan.

3. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

Tentu ada dalam kalangan kita yang tetanya-tanya, bagaimana kitar semula boleh menjimatkan
sumber. Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai.
Tahukah anda Malaysia kini mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan
untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga
mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Tidakkah lebih baik jika
kita mengamalkan kitar semula?

4. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan
dengan tenaga yang digunakan untuk memasang televisyen selama 3 jam. Mengitar semula kaca
menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang
diperlukan untuk pengeluaran kaca.

5. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan


Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Tidakkah anda
berasa simpati kepada alam semula jadi ciptaan Tuhan? Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia
merupakan sumber oksigen dan udara bersih. Junaidisite[dot]com cintakan alam semula jadi!
(tiada pokok yang ditebang dalam penghasilan entry ini)
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang
baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran),
dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah komponen
utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan
pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan
biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar
semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip
dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Anda mungkin juga menyukai