Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN.

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk


menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan,
mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan
tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air
(dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

Kitar semula adalah
komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga
bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam,
plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos
atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable seperti sampah makanan atau
lebihan taman biasanya tidak dianggap kitar semula.

Bahan yang hendak dikitar
semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan
disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan
bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai
digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai
digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu
sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari
bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar
semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain
(contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari
keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri
kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh,
mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan
persekitaran mengitar berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar
semula sering kali menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan
berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos dan tenaga yang
digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan melebihi)
kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang
dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada
kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan
dengan pengeluaran baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar
beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula.
Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat
kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.
APAKAH KITAR SEMULA?
Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan
mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-
sarap.
Kitar semula merupakan komponen kitar semula bahan buangan untuk
menghasilkan barangan yang baru.
Kitar semula merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan
npada zaman moden ini.
Wujudnya slogan 3R : reduse ( kurangkan ), reuse ( guna semula ), dan
recycle ( kitar semula ).
Program kitar semula ini telah memperkenalkan tong sampah untuk kitar
semula yang mengelaskan bahan buangan mengikut warna.

DEFINISI.
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta
672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses
dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang
sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan,
ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan
seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke
pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.


KENAPA KITAR SEMULA?
Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita pada ,masa ini terdapat kira-kira
230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20
hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik
sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka.
lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang
hidup kita.
a. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih.
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan
bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus
dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

b. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran.
Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak
pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim
tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar
seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

c. Kitar semula untuk menjimatkan kos.
Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan
berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau
sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah
yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. ini seterusnya akan
memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

d. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita.
Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber
yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada
25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas
bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan
buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

e. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga.
Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin
aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk
memasang tv selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur
untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan
untuk pengeluaran kaca.

f. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan.
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa
ditebang. mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang
perlu ditebang. kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru
yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

TAHUKAN ANDA?
Setiap hari kita memghasilkan 15,000 tan sampah tetapi kita semakin
kesempitan ruang untuk menampungnya.
Untuk menghasilkan 1 tan kertas memerlukan 17 batang pokok palm yang
berumur tidak kurang daripada 10 tahun.
Kerajaan membelanjakan purata sebanyak RM 130.00 bagi melupuskan 1 tan
sampah sarap. ( RM 130.00 X 15,000 tan = RM 1,950,000.00 sehari).
Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan dengan kos sebanyak RM 4
juta kertas terpakai dari negara luar setiap bulan.
Dengan mengitar semula 1 tin aluminium, kita akan menjimatkan tenaga yang
mencukupi untuk menghidupkan peti televisyen selama 3 jam.
Dengan mengitar semula satu botol kaca, kita dapat menjimatkan kuasa
sebanyak 100 watt untuk menyalakan mentol selama 4 jam.
Kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan 4380 tan sampah sehari.
Jumlah ini bersamaan dengan 78,000 batang pokok yang diperlukan untuk
membuat kertas. Bayangkanlah betapa kita dapat memelihara hutan kita
dengan mengamalkan kitar semula.


APA YANG BOLEH DI KITAR SEMULA?
Kertas
Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat, kertas-kertas dari pencetak, majalah
dan risalah adalah bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Kumpulkan item-item
tadi di mana sahaja anda berada dan cuba asingkan kertas-kertas tersebut.
Semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku,
helaian kertas, katalog, risalah, sampul surat dan kadbod kecuali kertas tisu,
kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang
kotor.
Bagaimana untuk kitar semula
i. Asingkan akhbar dan majalah lama kepada kertas lain.
ii. Buka dan ratakan kotak.
iii. Ikat dengan kemas.
iv. Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna biru atau hantar ke
pusat pengumpulan.
Plastik
Semua plastik berwarna dan tidak berwarna seperti beg plastik membeli
belah, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, botol pencuci dan botol
vitamin kecuali bekas cat, bekas bahan toksid, peralatan makmal dan bekas
styrofom.
Bagaimana untuk kitar semula
i. Buang lebihan cecair atau barangan dari bekas berkenaan
ii. Tanggal label pada bekas plastik
iii. Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke
pusat pengumpulan


Kaca
Bekas-bekas jem dan bekas-bekas makanan sesetengahnya masih dipekkan
dalam botol. Anda boleh kitar semula botol-botol tersebut ataupun gunakannya
semula untuk menyimpan makanan lain. Semua kaca berwarna dan tidak
berwarna kecuali kristal, cermin, porselin, seramik, mentol, peralatan makmal
atau botol bahan toksik.
Bagaimana untuk kitar semula
i. Buang lebihan cecair dari dalam botol
ii. Tanggalkan label pada botol
iii. Cuci botol dan keringkan
iv. Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna coklat atau hantar ke
pusat pengumpulan
Aluminium
Aluminium terpakai yang telah dikumpulkan, diasingkan lalu direnyukkan
untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur
untuk menyingkirkan bendasing. Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya
digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium
menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain
seperti kertas. Semua jenis aluminium seperti tin minuman ringan dan bekas
makanan kecuali tin cat, bekas bahan toksik, tin gam atau bahan pelekat boleh
dikitar.
Bagaimana untuk kitar semula
i. Buang lebihan cecair atau barangan dari bekas atau beg plastic
ii. Tanggal label pada bekas plastic
iii. Bilas dan keringkan
iv. Masukkan ke dalam tong kitar semula berwarna jingga atau hantar ke
pusat pengumpulan

APAKAH BAHAN YANG TIDAK BOLEH DI KITAR SEMULA ?

Kertas
Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan
Pinggan kertas
Tisu muka
Kertas carbon
Lampin
Buku berkulit tebal
Kotak susu
Kertas disaluti lilin/plastik
Bekas makanan beku
Tuala kertas
Kaca
Gelas minum
Kaca tingkap
Cermin Mentol
Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta.
Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
Botol legap putih
Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan.
Cermin tingkap, Mentol, Cermin muka, pinggan mangkuk yang pecah,
kaca untuk ketuhar, gelas minuman, kaca kristal, seramik dan tiub lampu
berwarna.
Aluminium
Tin aerosol
Tin cat
Penggantung baju
Bahan perubatan
Penapis minyak
Plastik
Bahan plastik yang bukannya botol seperti bekas yogurt dan bekas
marjarin
Bekas makanan yang dibuat dari plastik
Botol plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan
beracun
Lain-lain
Bahan letupan
Asbestos
Lampu kalimantang
Bateri
Bahan perubatan
Bahan-bahan radioaktif


BAGAIMANA MENGITAR SEMULA?

i. Pemungutan Sampah
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan sampah-
sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula.
Pemungut sampah akan tahu apa yang akan dilakukan seterusnya.
ii. Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula
Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini adalah
dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan untuk dikitar semula
ke pusat kitar semula yang terdapat di seluruh kawasan.




KITAR SEMULA DI RUMAH ANDA.
Kitar semula dirumah adalah sangat penting. Jumlah sampah yang
dikumpulkan di sesebuah kawasan penempatan adalah sangat besar .
Lebih banyak kita kitar semula, lebih banyak jugalah kita menjimatkan
pembuangan sampah dan pihak Majlis dapat mengurangkan perbelanjaan
pengurusan sampah.
Asingkan sampah
Perkara yang paling senang dilakukan ialah mengasingkan sampah.
Letakkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula di dalam satu tong dan
sampah lain dalam tong yang lain. Bahan yang boleh dikitar semula
seterusnya akan diasingkan mengikut kategori. Pastikan anda
membersihkannya terlebih dahulu sebelum dihantar ke pusat
pengumpulan.
Gunakan bahan-bahan lama
Daripada anda membuang barang-baranag lama anda itu, lebih baik anda
cuba untuk menggunakannya semula yang mana yang masih boleh
digunakan. Botol air mineral boleh digunakan untuk menyimpan air masak,
ataupun dipotong separuh untuk dijadikan pasu. Gunakan langsir lama
untuk dijadikan kain buruk/kain lap ataupun mendermakannya kepada
badan kebajikan.
kurangkan
Berhenti daripada membeli item yang dibungkus dengan bahan yang tidak
boleh dikitar semula. Belian secara pukal bukan sahaja mengurangkan
penggunaan pembungkusan malahan dapat menjimatkan wang.



KITAR SEMULA DI PEJABAT.
Gunakan cawan untuk minum. Ini boleh menjimatkan kegunaan bekas
minuman kertas atau Styrofoam.
Padamkan lampu jika anda tidak akan berada di tempat anda untuk lebih dari
15 minit. Padamkan komputer anda jika anda tiada di tempat anda untuk lebig
dari satu jam.
Gunakan e-mail untuk menghantar memo atau notis.
Gunakan mentol yang berkuasa rendah. Ini akan menjimatkan kegunaan
tenaga bagi syarikat anda.
Belilah/gunakan pen yang boleh diisi semula.
Berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik lutsinar/transparensi
untuk apa apa persembahan.
Pengunaan komputer samada komputer peribadi mahupun laptop dan
projektor adalah lebih baik.
Simpan senarai penghantaran sekerap yang boleh. Ini dapat membantu
mengurangkan surat yang tidak dihantar yang mana banyak menggunakan
kertas melebihi jumlah yang sepatutnya.
Edarkan dokumen/memo kepada orang ramai daripada mencetaknya untuk
setiap orang. Gunakan kedua-dua belah bahagian kertas untuk mencetak.
Selain daripada mencetak laporan anda, anda boleh juga menyimpan data-
data laporan anda di dalam komputer; juga di dalam cakera padat ataupun
disket. Ini amat menjimatkan terutamanya bila anda membayangkan
kemungkinan sesetengah bahagian laporan anda langsung tidak di baca.
Peruntukkan satu hari dan arahkan semua pekeja untuk membuang semua
barang barang yang tidak digunakan lagi. Kumpulkan barang-barang
buangan yang difikirkan masih boleh di kitar semula.
Jika pejabat anda mempunyai sistem penghawa dingin berpusat, usahakan
agar ia ditutup apabila didapati sebahagian daripada pekerja-pekerja tidak
berada dalam pejabat. Ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga eletrik.
Wujudkan sistem fail berpusat untuk mengurangkan salinan yang banyak - ini
bukan sahaja dapat menjimatkan kertas malahan ruang pejabat juga.
Gunakan papan putih yang boleh dipadam atau papan buletin di ruangan
komunikasi untuk kegunaan berkomunikasi di pejabat.
Kitar Semula kotak kadbod yang digunakan dalam penghantaran barang atau
aturkan supaya pembekal menggunakannya semula.
Untuk jamuan-jamuan, gunakan barang-barang yang boleh dibersihkan dan
digunakan semula.
Gunakan tin minuman aluminium sebagai ganti kepada gelas plastik atau
kertas. Tin aluminium boleh dikitar semula manakala gelas kertas daripada
mesin penjual air selalunya mengandungi lapisan lilin supaya kalis air dan
tidak dapat di kitar semula.
Galakkan pekerja untuk meningkatkan jumlah kertas yang di kitar semula di
tempat kerja dengan melupuskan fail-fail lama.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA.
1. Terhadap alam sekitar.
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan
negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
I. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana
(methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak
pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran
yang disebabkan oleh sisa pepejal.
II. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada
pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan
terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat
disimpan dan dikekalkan.
III. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada
bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana
secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan
pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

2. Terhadap manusia.
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia
yang hidup di dalamnya.
I. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga,
kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai
untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar
meliputi kawasan tadahan air.
II. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada
bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada
bahan-bahan kitar semula.
III. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan
menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari
sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi
yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai