Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PENCEMARAN

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan undang-undang dan akta untuk melindungi kualiti alam sekitar. Contoh akta yang dikuatkuasakan ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Perhutanan Negara 1984. Dalam Akta Kualiti Alam Sekitar, terdapat beberapa peraturan misalnya peraturan mengenai pembebasan asap dari kilang, peraturan pembuangan sisa kelapa sawit ke dalam air dan peraturan pembuangan bahan buangan domestik serta perindustrian. Dengan adanya undang-undang dan akta yang dikuatkuasakan, kualiti alam sekitar dapat dikekalkan, dipelihara dan dilindungi daripada aktiviti pihak yang tidak bertanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar. Persidangan di peringkat antarabangsa juga perlu diadakan untuk menggubal undang-undang atau akta di peringkat antarabangsa bagi memelihara kualiti alam sekitar. Misalnya persidangan Deklarasi Langkawi yang diadakan di Langkawi pada bulan Oktober 1989. Kerajaan harus mengenakan hukuman atau denda terhadap sesiapa yang mencemarkan alam sekitar.

Mencegah pembakaran terbuka.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Teknologi moden boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan pencemaran atau menghalang pencemaran daripada berlaku. Misalnya, melalui teknologi moden, kita tidak perlu menggunakan bahan kimia untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Lapisan minyak yang meliputi permukaan laut boleh dibersihkan dengan melepaskan bakteria pengurai minyak ke laut. Alat pemangkin boleh dipasang di ekzos kenderaan bermotor. Alat pemangkin ini berupaya menarik zarah bercas dalam ekzos kenderaan. Satu lagi cara adalah dengan memasang enjin kereta yang membakar petrol pada suhu yang lebih rendah supaya dapat mengurangkan pembebasan gas beracun. Cerobong kilang dipasang dengan penapis untuk mengurangkan pelepasan gas toksik ke udara. Petrol kenderaan bermotor digantikan dengan petrol tanpa plumbum, gas asli dan alkohol. Loji atau kolam dibina untuk merawat sisa buangan toksik yang dikeluarkan olek kilang dan bahan kumbahan domestik sebelum disalurkan ke dalam sungai. Sisa organik pertanian diproses untuk menghasilkan biogas yang boleh digunakan sebagai bahan api.

PENDIDIKAN
Masyarakat perlu dididik mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Cara ini amat berkesan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar.

Orang ramai boleh dididik mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kitar semula melalui media massa. Kempen juga boleh dijalankan misalnya, Kempen Alam Sekitar. Pendidikan tentang pengurusan boleh merangkumi konsep 4R, iaitu mengitar semula (recycle), mengguna semula (reuse), mengurang penggunaan (reduce) dan memperbaharui sumber (renew). Masyarakat perlu dididik tentang kepentingan menggunakan sumber lama dan tidak membazir membeli sumber yang baru sekiranya sumber yang lama masih boleh digunakan misalnya, beg, botol air, tin kosong dan sebagainya. Pengitaran semula melibatkan pengumpulan dan pengasingan bahan buangan kepada jenis barangan yang berlainan seperti barangan plastik, botol, kaca, logam, tin aluminium dan kertas sebelum dibuang supaya bolek dikitar semula. Masyarakat harus dididik untuk mengurangkan penggunaan sumber seperti plastik dan stirofoam.

AMALAN KAWALAN BIOLOGI


Pengawalan populasi sejenis haiwan perosak dengan menggunakan pemangsa semula jadinya merupakan satu kaedah kawalan biologi. Amalan kawalan biologi merupakan satu alternatif yang lebih baik daripada menggunakan bahan agrokimia seperti pestisid atau fungisid dalam pengawalan haiwan perosak. Kawalan biologi adalah efektif dan tidak mencemarkan alam sekitar. Misalnya, penggunaan burung hantu untuk mengawal populasi tikus di ladang kelapa sawit.

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TANAH, AIR DAN HUTAN

Tanah mengamalkan tanaman secara bergilir, menanam tanaman tutup bumi, membajak secara kontur, membuat teres di lereng bukit,menggunakan baja asli atau tiruan untuk menyuburkan tanah serta mengamalkan penanaman berjalur. Air tidak membuang sampah sarap, bahan buangan domestik dan bahan toksik ke dalam sungai. Hutan- menanam semula pokok, penebangan hutan yang terkawal, pembalakan yang terancang, mengurangkan pembalakan haram dan mewartakan hutan simpanan.

PENGENALAN

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN PENCEMARAN KESIMPULAN LAMPIRAN RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai