Anda di halaman 1dari 1

Pemanasan alam sekitar yang berlaku di dunia perlu dikawal bagi mengelakkan peningkatan aras laut.

Bincangkan (tidak kurang daripada 200pp)

Kajian saintis mendapati Kutub Utara atau Artik adalah antara rantau yang paling terkesan akibat
perubahan iklim. Pemanasan alam sekitar menyebabkan ais yang mencair dari kutub Antartika, Artik
dan Greendland menyebabkan kenaikkan paras air laut yang berisiko menenggelamkan sebahagian
besar pulau, bandar, negara dan menghakis permukaan tanah besar.

Pengeluaran gas rumah hijau, juga meningkatkan pemanasan alam sekitar sehingga paras air laut
meningkat.Justeru itu, perubahan teknologi menerusi inovasi baharu yang lebih mesra alam perlu
dilaksanakan bagi mengurangkan pencemaran gas rumah hijau.

Selain itu, setaip individu digalakkan berjalan atau bersikal bagi jarak dekat.Serta mengurangkan
pengunaan plastik dan menanam lebih banyak pokok agar pemanasan alam sekitar dapat dikurangkan.

Aktiviti pembakaran terbuka meningkatkan suhu lantaran itu perlu diberi hukuman atau denda
agar aktiviti tersebut tidak dilakukan oleh semua pihak secara sewenang-wenangnya.

Seterusnya, kilang-kilang yang mengeluarkan asap dan gas beracun perlu diberi denda agar tidak
mengancam dunia dengan pemanasan alam sekitar dan secara tidak langsung peningkatkan aras laut.

Akhir sekali, kita harus memupuk sikap sayang akan alam sekitar dan memelihara bumi di setiap
sanubari manusia agar pemanasan alam sekitar tidak akan berlaku lagi.

Anda mungkin juga menyukai