Anda di halaman 1dari 16

PENCEMARAN

TERMA
Nurul Arifah Nabilah Binti Rosli
Noor Hannida Binti Samsor

Definisi
Perubahan atau peningkatan suhu
sungai dan udara sekitarnya yang yang
berlaku kerana aktiviti manusia.

Punca-punca
Kewujudan
bangunan
bercermin

Peningkatan
kawasan
perindustrian

Bandar raya
yang pesat
membangun

Stesen
penjanaan
kuasa elektrik

Pertambahan
bilangan
kenderaan
bermotor

i) Peningkatan kawasan
perindustrian
Kawasan perindustrian seringkali membebaskan air
panas yang telah digunakan ke dalam sungai.
Keadaan ini mengakibatkan suhu air sungai
meningkat . Apabila suhu sungai meningkat ia tidak
sesuai berfungsi sebagai habitat hidupan akuatik ,
perkara ini berlaku kerana kandungan oksigen
berkurangan dan ini menyukarkan hidupan akuatik
untuk hidup di kawasan tersebut.

ii) Kewujudan
bangunan
bercermin.
Apabila cermin digunakan sebagai dinding
bangunan ini memburukkan lagi suhu kawasan
sekitar. Ini kerana cermin yang berfungsi
sebagai dinding tersebut akan menyerap haba
dan memantulkannya ke atmosfera lalu
memanaskan suhu sekitar.

iii) Bandar raya yang


pesat membangun

Apabila wujud banyak bangunan yang tinggi dan rapat


dengan satu sama lain ini akan menyukarkan pengaliran
udara. Bangunan-bangunan tersebut akan memerangkap
udara yang berhabuk dan berkepekatan karbon dioksida
yang tinggi. Udara di kawasan tersebut akan menjadi
penebat haba dan kemudiannya suhu akan meningkat di
kawasan tersebut.

iv) Stesen penjanaan


kuasa
elektrik
Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan
selalunya didirikan di tebing sungai untuk
dibekalkan air sungai untuk menyejukkanya.
Dengan itu suhu air sungai akan meningkat dan
di situlah berlakunya pencemaran terma.

v) Pertambahan
bilangan kenderaan
bermotor
Jumlah kenderaan bermotor di
Malaysia telah meningkat dua kali
ganda sejak 1980.Keadaan ini turut
menyumbang kepada berlakunya
pencemaran terma di Malaysia. Ini
kerana kenderaan tersebut
mengeluarkan karbon dioksida yang
mengakibatkan suhu menjadi semakin
meningkat. Pertambahan bilangan
kederaan akan mengakibatkan
pertambahan suhu sekitarnya.

Kesan-kesan
Kematian

Pencairan ais di
kutub

Ribut taufan dan


angin monsun

Peningkatan
bilangan vektor
penyebab
penyakit
berjangkit

i) Kematian
Peningkatan suhu bumi telah
membunuh lebih satu juta orang di
seluruh dunia sejak tahun 2000 sama
ada secara langsung ataupun tidak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
yang mengeluarkan perangkaan
tersebut menjelaskan separuh
daripada jumlah kematian itu berlaku
di Asia Pasifik, benua yang paling
padat penduduk. Selain itu, jumlah
berkenaan belum ditambah dengan
800,000 lagi mangsa yang terbunuh
akibat pencemaran setiap tahun.

ii) Pencairan ais di


kutub
Pemanasan global berpunca daripada pencemaran
udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon
yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di
dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada
kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan
bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya
terperangkap dan menyebabkan suhu bumi
semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub
mula mencair dan meningkatkan paras air laut
sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil
dan menghakis permukaan tanah besar.

iii) Ribut taufan dan


angin
monsun
Suhu
tinggi ini turut
meninggalkan kesan pada aliran angin

yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak


ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk
daripada biasa.
Gelombang kepanasan ini telah menyebabkan suhu ketika
musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih
tinggi daripada kebiasaannya.
Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika
yang menghadapi musim monsun lebih teruk kini, sementara
negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut
taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005.
Pada tahun 2006, negara yang dilanda ribut taufan yang
teruk ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam,
Ethiopia, India, China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan

iv) Peningkatan bilangan


vektor penyebab penyakit
berjangkit
Menggalakkan pembiakan
vektor seperti tikus, nyamuk,kutu
dan pepijat.
Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit
seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula
dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim
sejuk.
Negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan
mencatatkan kes malaria pertama di kawasan-kawasan
tanah tinggi dua negara tersebut.
Tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam
cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu
menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang
disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin

TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai