Anda di halaman 1dari 4

Pencemaran terma/haba

Dalam mengejar kemajuan Negara dan meningkatkan taraf hidup


penduduk , kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan pasti
tidak dapat dielakkan . Disamping itu pula manusia sering
mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat
perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. Banyak kesan-kesan negatif
timbul akibat proses pembangunan dan modernisasi yang dilakukan
secara terburu dan ini mengakibatkan kesan pencemaran. Pencemaran
boleh menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan
kemandirian sepsis. Pencemaran yang akan saya bincangkan pula hari
ini ialah pencemaran terma/haba.

Definisi

Pencemaran terma/haba ialah perubahan atau peningkatan suhu


sungai dan udara sekitarnya yang yang berlaku khasnya akibat aktiviti
manusia.

Punca-punca

Terdapat beberapa punca yang mengakibatkan pencemaran


terma/haba ini berlaku.

1) Peningkatan kawasan perindustrian .

2) Kewujudan bangunan bercermin.

3) Bandar raya yang pesat membangun.


4) Stesen penjanaan kuasa elektrik.

5) Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

Peningkatan kawasan perindustrian

Kawasan perindustrian seringkali membebaskan


air panas yang telah digunakan ke dalam sungai. Keadaan ini
mengakibatkan suhu air sungai meningkat . Apabila suhu sungai
meningkat ia tidak sesuai berfungsi sebagai habitat hidupan akuatik ,
perkara ini berlaku kerana kandungan oksigen berkurangan dan ini
menyukarkan hidpan akuatik untuk hidup di kawasan tersebut.

Kewujudan bangunan bercermin.

Apabila cermin digunakan sebagai dinding


bangunan ini memburukkan lagi suhu kawasan sekitar. Ini kerana
cermin yang berfungsi sebagai dinding tersebut akan menyerap haba
dan memantulkannya ke atmosfera lalu memanaskan suhu sekitar.

Bandar raya yang pesat membangun

Apabila wujud banyak bangunan yang tinggi dan rapat dengan satu
sama lain ini akan menyukarkan pengaliran udara. Bangunan-
bangunan tersebut akan memerangkap udara yang berhabuk dan
berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara di kawasan tersebut
akan menjadi penebat haba dan kemudiannya suhu akan meningkat di
kawasan tersebut.

Stesen penjanaan kuasa elektik

Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan selalunya didirikan di


tebing sungai untuk dibekalkan air sungai untuk menyejukkanya.
Dengan itu suhu air sungai akan meningkat dan di situlah berlakunya
pencemaran terma/haba.

Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

Jumlah kenderaan bermotor di Malaysia telah meningkat dua kali


ganda sejak 1980.Keadaan ini turut menyumbang kepada berlakunya
pencemarn terma/haba di Malaysia. Ini kerana kenderaan tersebut
mengeluarkam karbon dioksida yang mengakibatkan suhu menjadi
semakin meningkat. Pertambahan bilangan kederaan akan
mengakibatkan pertambaha suhu sekitarnya.

Kesan-kesan

1)Kematian

2)Pencairan ais di kutub

3)Ribut taufan dan angin monsun

4)Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit

Anda mungkin juga menyukai