Anda di halaman 1dari 18

SABAH SKILLS & TECHNOLOGY CENTRE

NO.8, JALAN 1C, KKIP SELATAN, INDUSTRIAL ZONE 1


KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK (KKIP),
88460 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.
TEL: 088-496613/496614 FAX: 088-499615

INFORMATION SHEET
(KERTAS PENERANGAN)

KOD DAN NAMA


PROGRAM/ RB-081-3:2012 OIL PALM PLANTATION OPERATION &
PROGRAM’S CODE & SUPERVISION
NAME
TAHAP/ LEVEL L3

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI/
CU1: OIL PALM PLANTING OPERATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. PLAN OIL PALM PLANTING OPERATION


NO. DAN PENYATAAN 2. PERFORM OIL PALM LINING
AKTIVITI KERJA/ WORK 3. CARRY OUT OIL PALM PLANTING
ACTIVITIES NO. AND 4. ASSESS OIL PALM PLANTING OPERATION
STATEMENT ACTIVITIES

NO. KOD/ CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2) Muka : 1 Drp : 18

TAJUK/ TITLE: PENGENALAN KEPADA OPERASI PENANAMAN & PENILAIAN


POKOK KELAPA SAWIT

TUJUAN/ PURPOSE:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk memastikan semua aktiviti yang terlibat di
dalam kerja penanaman pokok kelapa sawit dijalankan mengikut perancangan dan SOP
(Standard Operating Procedures) yang betul dan tepat.

SSTC
Muka / Page : 2
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
PENERANGAN/ INFORMATION:
PENANAMAN POKOK KELAPA SAWIT
1. PEMILIHAN ANAK BENIH (PENAKAIAN)
1.1 PEMILIHAN ANAK BENIH DI TAPAK SEMAIAN MESTI DI BUAT SEBELUM DI
TANAM KE LADANG
A. Beberapa perkara yang luar biasa dan tidak normal terjadi kepada anak benih
semasa di tapak semaian adalah disebabkan oleh baka sawit, serangan
perosak, kesilapan semasa menyemai benih ke dalam polibeg, penjagaan yang
kurang sempurna terutama semasa penyiraman, kawalan rumpai dan semasa
kerja pengalihan bibit pokok kelapa sawit.
B. Memastikan anak benih yang benar-benar sihat sahaja yang akan ditanam di
ladang, iaitu membuat penakaian mengikut syor yang telah ditetapkan oleh pihak
Malaysian Palm Oil Board (MPOB).

PENYAKIT TANDA DAN KEROSAKAN KAWALAN


Bintik-bintik perang tua dan
tepian daun berwarna Sembur seminggu sekali
Bintik daun (Helminthosporium
kuning. Daun berwarna dengan Captan (serbuk
helodes Var)
kuning keseluruhan pada bancuh) 0.2% bahan aktif.
peringkat teruk.
Pastikan petak semaian
Kehilangan kilauan pada mempunyai
daun tua, diikuti dengan ruangpengudaraan yang
Karah anak benih (Phythium keperangan dan kering dari cukup. Sembur racun kulat
dan Rhizoctonia) hujung, akar menjadi coklat Thiram 30g dalam 15 liter air
kehitaman serta lembut dan dicampur dengan agen
berair. pelekat. Boleh juga gunakan
Captan atau Zineb.
Binti-bintik berwarna
perang di permukaan atas Sembur seminggu sekali
Antraknos (Botrydiplodia
dan daun jelas kelihatan, dengan Captan (serbuk
melanconium dan Glomerella)
kemudian membesar dan bancuh) 0.2% bahan aktif.
bertukar menjadi gelap.
JADUAL 1: PENYAKIT PADA PERINGKAT SEMAIAN

SSTC
Muka / Page : 3
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
2. TIGA PERINGKAT PEMILIHAN ANAK BENIH KELAPA SAWIT
2.1 Peringkat awal ialah semasa anak benih hendak dialihkan dari polibeg kecil
ke polibeg besar @ semasa anak benih berumur tiga bulan dari tarikh semai
di tapak semaian satu peringkat. Biasanya 5% - 10% anak benih tidak dipilih
di peringkat ini.
2.2 Peringkat kedua ialah selepas daun terbuka untuk membentuk pinat iaitu
7 hingga 8 bulan selepas disemai. Biasanya 5% - 10% anak benih tidak dipilih
pada peringkat ini.
2.3 Peringkat terakhir ialah sebelum anak benih ditanam di dalam ladang iaitu
setelah anak benih sawit berumur 12 bulan dari tarikh semaian. Anak benih
yang tidak dipilih pada peringkat ini biasanya tidak melebihi 5%.
2.4 Anak benih yang tidak dipilih (Abnormal) hendaklah dimusnahkan.
2.5 Mendapatkan anak benih yang bermutu, adalah lebih baik tidak menghadkan
jumlah atau peratus penakaian tersebut.

3. JENIS DAN SIFAT ANAK YANG TIDAK DIPILIH PADA PERINGKAT SEBELUM
MENGALIH.
3.1 Daun/ pucuk berputar. Anak benih yang mempunyai sifat ini mempunyai
pucuk yang berputar sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya. Ini
kerana menanam biji benih terbalik, pucuk ke bawah dan akar ke atas dan
bukan kerana faktor genetik.
3.2 Daun yang berkerinting atau berketak. Anak benih ini mempunyai urat daun
yang tidak sekata, daun menjadi kerinting di bahagian hujung dan kerana
faktor genetik.
3.3 Daun sawit seperti rumput. Lai daun anak benih ini berbentuk seperti rumput,
kecil dan tidak lebar. Daun ini juga dikenali sebagai daun tirus.
3.4 Daun mengecut. Lai daun menggulung memanjang mengikut lidi daun dan
membentuk semacam pedang. Kedua-dua daun bergulung dan daun
berkerinting mungkin disebabkan oleh faktor bukan genetik seperti kesan
serangga, kemarau dan lain-lain.
3.5 Anak benih yang teruk diserang penyakit atau dimakan perosak.

SSTC
Muka / Page : 4
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18

GAMBAR RAJAH 1: JENIS-JENIS ANAK POKOK SAWIT ABNORMAL

4. TEKNIK PENANAMAN POKOK SAWIT


4.1 Pengangkutan Anak Benih Pokok
4.1.1 Anak benih pokok kelapa sawit dan pengangkutan diatur sehari sebelum
menanam, dan pesanan disahkan semula pada awal pagi pada hari
penanaman.
4.1.2 Gunakan lori 6 tan dengan dek rata (dengan dua belah) atau traktor unit yang
sama, untuk mengangkut benih.
4.1.3 Jika anak benih perlu diangkut lebih daripada 2 km dari tapak semaian,
kanopi hendaklah dipasang untuk mengelakkan kerosakan pada pelepah
pokok kelapa sawit.
4.1.4 Mengelakkan kerosakan pelepah dan kerosakan lain disebabkan angin
(misalnya gangguan tanah dalam polibeg), pemandu tidak boleh memandu
melebihi 60 kilometer sejam apabila mengangkut pokok kelapa sawit.
Penyelia Ladang haruslah bertanggungjawab ke atas anak benih pokok
apabila tiba di ladang dan semasa meninggalkan tapak semaian tersebut.
SSTC
Muka / Page : 5
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
5. PENANAMAN DI TAPAK SEMAIAN

5.1 Penanaman hanya dilakukan apabila kawasan seluas sekurang-kurangnya 10


ha/ sehari boleh ditanam.
5.2 Benih disiram dengan teliti sebelum meninggalkan tapak semaian dan siraman
susulan dilakukan jika cuaca terlalu panas atau lambat ditanam.
5.3 Baris penanaman perlu disediakan lebih awal. Setiap titik penanaman perlu
dibersihkan, jika garis penanaman sebelum ini belum dibuat. Titik penanaman
terlalu dekat dengan tunggul pokok tua (yang boleh menghalang pertumbuhan
sawit pada masa depan) perlu dipindahkan pada jarak 0.5m dari tunggul tetapi
pastikan selaras dengan barisan. Penyeliaan yang betul diperlukan.
5.4 Jumlah anak benih yang mencukupi dipunggah pada setiap baris penanaman.
Anak benih pokok kelapa sawit dibawa ke blok (ke lubang penanaman) dengan
tangan (kereta sorong digunakan jika ada jalan).
5.5 1m diameter kawasan sekitar titik penanaman mesti dibersihkan dan diratakan
sebelum penanaman.
5.6 Lubang penanaman mempunyai sisi menegak (iaitu tidak tirus ke pangkal).
Lubang penanaman mestilah 10 cm lebih luas dan lebih dalam untuk akar anak
benih (saiz polibeg).
6. MENANAM POKOK KELAPA SAWIT
6.1 Menanam pokok kelapa sawit adalah salah satu proses penanaman benih
dengan menggunakan bahan tanaman yang bermutu, berkualiti, cukup umur
(Lingkungan Umur Tidak Kurang Daripada 12 Bulan) & pada keadaan cuaca
yang sesuai dengan menggunakan teknik menanam yang betul. Supaya dapat
mempercepatkan pertumbuhan pokok kelapa sawit tersebut.

7. JENIS-JENIS PERALATAN DAN BAHAN PENANAMAN POKOK KELAPA SAWIT


A. Anak sawit (umur 12 – 14 bulan).
B. Baja NPK (500 gram/pokok).
C. Kereta sorong.
D. Cangkul.
E. Pisau tajam/ parang.

SSTC
Muka / Page : 6
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18

GAMBAR RAJAH 1: BIBIT KELAPA SAWIT (UMUR-12 BULAN)

GAMBAR RAJAH 2: BAJA NPK

SSTC
Muka / Page : 7
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18

GAMBAR RAJAH 3: KERETA SORONG @ WHELLBARROW

GAMBAR RAJAH 4: CANGKUL

GAMBAR RAJAH 5: PISAU TAJAM


SSTC
Muka / Page : 8
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18

GAMBAR RAJAH 6: KAEDAH PENANAMAN BIBIT KELAPA SAWIT

GAMBAR RAJAH 7: KAEDAH TIMBUSAN TANAH


 TOP SOIL adalah lapisan tanah teratas yang biasanya mengandungi bahan
organik & berwarna gelap serta subur. Setebal sampai 25cm yg sering disebut
lapisan. Beberapa hari kemudian mengisi lubang dengan tanah yang telah digali.
Di bahagian bawah lubang pula, diletakkan tanah yang telah digali dari atas.

SSTC
Muka / Page : 9
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18

GAMBAR RAJAH 8: PETUNJUK KAEDAH MENANAM KELAPA SAWIT

Kaedah-Kaedah Penanaman Seperti Dibawah:-


LANGKAH 1: Bawa anak sawit dari tepi jalan ke tapak tanaman dengan kereta sorong.
LANGKAH 2: Angkat anak sawit dengan cermat dan dalam keadaan menegak di dalam
kereta sorong mengelakkan tiada kerosakkan berlaku (transplanting
shock) pada anak sawit semasa pemindahan.
LANGKAH 3: Penggalian lubang tanaman dibuat seminggu sebelum proses penanaman
di atas pancang tanaman yang telah ditentukan dengan memastikan ianya
dibuat di dalam garisan yang lurus dan di dalam barisan tanaman.
LANGKAH 4: Gali Lubang secara manual dengan menggunakan (cangkul)
LANGKAH 5: Tabur Baja NPK sebanyak 500 gram di dalam lubang sebelum menanam
anak sawit.
LANGKAH 6: Tanggalkan Polibeg dengan memotong di bahagian bawah dahulu dalam
ukuran 5cm dari paras bawah tanah polibeg, kemudian potong di
bahagian tepi untuk menarik keluar polibeg dan letakkan ke dalam lubang.
LANGKAH 7: Masukkan anak sawit ke dalam lubang dengan berhati-hati di dalam
keadaan yang menegak dan tanah tidak pecah.
LANGKAH 8: Tanam anak sawit dengan kedalaman pangkal anak benih tidak melebihi
5cm daripada paras permukaan tanah sekitarnya.
LANGKAH 9: Timbus semula lubang disekeliling anak sawit dan padatkan.
LANGKAH 10: Guna tapak bawah cangkul untuk memadatkan tanah di sekeliling
kawasan kosong anak sawit dengan tanah sekitarnya.
SSTC
Muka / Page : 10
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
8. PENANAMAN DITAPAK SEMAIAN

8.1 Tanah (Top Soil) diletakkan di sebelah lubang, tanah dicampur dengan baja
fosfat, dan 4 cm lapisan tanah dicampur dengan baja diletakkan di dasar lubang.
8.2 Polibeg dikeluarkan dengan memotong satu bahagian (bahagian bawah) dengan
pisau yang tajam, dan anak benih diletakkan di dalam lubang sebelum
keseluruhan polibeg dicabut keluar.
8.3 Memastikan bahawa penanam tidak mengganggu akar anak pokok. Adalah
penting untuk memeriksa bahawa penanam tidak memotong akar anak benih
dan penanaman pokok di dalam lubang cetek.
8.4 Tanah bercampur dengan baja kemudian diisi dan ditaburkan disekitar anak
benih dan penggunaan kayu untuk meratakan dan memastikan bahawa tidak
ada poket udara antara anak benih dan tanah sekitarnya. Kemudian, lebihan
tanah ditabur sama rata di atas permukaan tanah di sekeliling sawit.
8.5 Pokok yang condong mesti disokong dengan kayu semasa penanaman
dilakukan.
8.6 Polibeg kosong diletakkan dibawah pokok untuk menandakan polibeg sudah
dibuang dari anak benih.
8.7 Sebaik sahaja penanaman telah siap di sesuatu kawasan, baka anak benih dan
tarikh butiran penanaman direkodkan dalam peta ladang dan didalam Borang
Rekod Kemajuan Kerja Harian dan juga didalam pangkalan data agronomi.
Maklumat ini adalah penting untuk rujukan masa depan.

GAMBAR RAJAH 9: ANAK SAWIT YANG BARU DITANAM

SSTC
Muka / Page : 11
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
9. FAKTOR-FAKTOR MENENTUKAN KEPADATAN TANAMAN (DENSITY)
A. Tahap Kesuburan Tanah
B. Topografi
C. Baka Sawit
D. Strategi Pelaburan

10. MENANAM DIKAWASAN RATA


10.1 Kedudukan pancang – Tujuannya adalah bagi mengekalkan jarak tanaman
sepanjang hayat sawit.
10.2 Pokok sawit barisan pertama ditanam tidak kurang dari 1.8 meter dari tepi parit @
Jalan:-
a. Tujuannya adalah bagi mengelakkan pelepah menutup permukaan jalan &
meruntuhkan tebing parit.
b. Kesannya jika pelepah menutup jalan, ini akan menganggu perjalanan
pengangkutan apabila pokok semakin matang.

11. MENANAM DI KAWASAN CURAM (TERES)


11.1 Anak pokok kelapa sawit ditanam rapat sedikit dengan kepada tebing belakang
teres dalam ukuran (4’ kaki dari dinding teres).
11.2 Tujuannya bagi mendapatkan air yang tertahan di atas teres tersebut.

12. KAEDAH PENANAMAN DI KAWASAN BERPAYA & GAMBUT

12.1 Secara umumnya, teknik untuk menanam anak pokok kelapa sawit dalam tanah
gambut adalah sama seperti yang diterangkan bagi tanah mineral, tetapi disebabkan
oleh struktur yang lembut, titik penanaman tambahan diperlukan, seperti senarai
dibawah:-
1. Pemadatan tanah gambut sebelum penanaman adalah penting.
2. Tanah gambut dipadatkan dengan menggunakan jengkaut.
3. Pemadatan cara manual adalah tidak memuaskan.
4. Pemadatan awal di sepanjang garis penanaman dijalankan semasa penyediaan/
pembukaan tapak tanaman (Land Preparation).

12.2 Di kawasan tanah gambut yang lebih tua yang telah reput dan merosot dengan
ketara, kawasan tersebut haruslah di padatkan dengan menggunakan jengkaut.
Anak benih kemudian ditanam 0.5m lebih rendah daripada permukaan gambut
daripada paras bawah pola tanah polibeg ke permukaan atas tanah lubang tanaman.

SSTC
Muka / Page : 12
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
12.3 Di kawasan tanah gambut dalam, lubang kira-kira 3 m diameter dan 0.5 m dalam
digali di tempat penanaman yang sudah dipadatkan. Benih ini kemudiannya ditanam
didasar lubang didalam lubang yang lebih besar, biasanya dipanggil teknik lubang-
dalam-lubang HIH (Hole In Hole).

12.3 Acuan lubang dipasang pada bahagian bawah jengkaut untuk memadatkan titik
penanaman dan mewujudkan satu lubang penanaman pada masa yang sama.
Proses Ini menjimatkan masa dan tenaga daripada HIH teknik manual.

GAMBAR RAJAH 10: MESIN MELOBANG TANAH (SEMI-MECHANICAL)

SSTC
Muka / Page : 13
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18

GAMBAR 11: JENTERA MELOBANG TANAH (MECANICAL)

KAEDAH GALI LUBANG POKOK/ MANDAY (1HARI)

MANUAL 70 – 80 POKOK

JENTERA 100 – 120 POKOK

JADUAL 2: PANDUAN PRODUKTIVITI

13. PENILAIAN OPERASI PENANAMAN POKOK KELAPA SAWIT


13.1 FORMAT BORANG LAPORAN PERKEMBANGAN KERJA
Rekod bilangan pokok dihantar, benih sawit, dan rekod di dalam Borang
Penghantaran (Delivery Dockets). Serahkan borang tersebut kepada Pengurus
ladang. Rekod jumlah anak benih yang telah ditanam dalam Borang Perkembangan
Kerja Harian (Daily Progress of Work Record). Lorekkan dalam peta lading kawasan
yang telah siap ditanam anak benih. Rekod jumlah pokok pengganti yang telah
ditanam di kawasan masing-masing.

13.2 ISI KANDUNGAN YANG PERLU ADA DALAM BORANG LAPORAN


PERKEMBANGAN KERJA
A. Bilangan pokok yang dihantar.
B. Benih sawit.
C. Serahkan borang tersebut kepada pengurus ladang.

SSTC
Muka / Page : 14
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18

MASA GALI MASA MASA JUMLAH MASA


POKOK KESELURUHAN
LOBANG MEMBAJA MENANAM

1 3 Minit 2 Minit 2 Minit 7 Minit

2
3
4
5
 JADUAL 3: CONTOH BORANG REKOD (Bagaimana Mengira Produktiviti
Pekerja Menanam dengan membuat Time Motion Study untuk pekerja)

KEMASUKAN DATA KEKERAPAN DATA PENGIRAAN


Anak Benih Blok Nombor Pokok/ Ha
Jentera Digunakan Blok Jam Jam/ Jam Kerja
Baja Blok Nombor/ beg Kg/ Ha: Kg/ Pokok
Pekerja Blok Jam Kerja Jam Kerja/ Ha
JADUAL 4: CONTOH BORANG PENGREKODAN PENANAMAN ANAK POKOK

STRATEGI PELABURAN
Sejajar dengan keperluan untuk memaksimumkan pendapatan, khusus untuk meraih
pulangan tertinggi bagi setiap pelaburan yang dibuat, kaedah menanam kepadatan
tinggi pada peringkat awal penanaman telah mula diamalkan. Ini dilakukan biasanya
di kawasan yang mana tempoh untuk kawasan ini ditanam dengan pokok kelapa sawit
adalah pendek (mungkin disebabkan ada rancangan membangunkan kawasan ini
untuk tujuan pelaburan yang lebih baik dalam masa yang singkat).

SSTC
Muka / Page : 15
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
LAPORAN PERKEMBANGAN KERJA HARIAN

Lokasi/ Nama Ladang : Datuk Hj.Lassim Sdn.Bhd (Kawasan Tuaran)


Tarikh : 05 Ogos 2016
No.blok : RB4
No. Barisan : -
Jenis kerja : Pemeriksaan Kualiti Kerja Membaja.
Jumlah Keluasan (HA/E) : 2 ekar

Peralatan PPE : 1. Topi keselamatan


2. Kasut keselamatan
3. Mask

Peralatan & Bahan Yang Digunakan: 1. Borang pemeriksaan membaja


2. Baja MOP(Muriate Of Potash)
3. Penyukat Baja
4. Baldi
5. Kereta sorong.

Prosedur Kerja/ Arahan Kerja: 1. Kenalpasti jenis-jenis taburan baja.


2. Sukatan baja 2 kilo /pokok.
3. Jumlah pokok diperiksa sebanyak 100pokok
dan catatan masa 1minit/pokok.
4. Borang pemeriksaan manuring activities dilengkapkan.
5. Merekod & mengumpul data untuk diserahkan
kepada pihak atasan.

Catatan: Kerja pemeriksaan kualiti kerja membaja telah selesai dilaksanakan sepenuhnya.

Disediakan Oleh:

_____________________________________
(BEBELILY SERAH RAHMOH@MAHANI)

JADUAL 5: CONTOH BORANG LAPORAN PERKEMBANGAN KERJA HARIAN


(DAILY PROGRESS OF WORK RECORD).

SSTC
Muka / Page : 16
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
BULAN: TAHUN:
TAHUN
PEMBORONG:
PEMBANGUNAN:
LUAS KAWASAN: NO KONTRAK:
TARIKH MESTI
SIAP: HARGA SEPOKOK
TARIKH SIAP (RM):
SEBENAR:
JUMLAH
JUMLAH JUMLAH KUALITI
BILANGAN LUAS PRODUKTIVIT
POKOK POKOK BAJA RP
TARIKH BLOK PEKERJA DITANAM I KERJA CATATAN
DITERIMA DITANAM DIGUNAKAN
(HA) (Pokok/ Manday)
(Kg)
H.I H.H.I H.I H.H.I H.I H.H.I H.I H.H.I

*H.I = HARI INI (TODAY)


*H.H.I = HINGGA HARI INI (TODATE)

 Rekod jumlah anak benih yang telah ditanam dalam borang perkembangan
kerja harian (Daily Progress Of Work Record).
 Lorekkan dalam peta ladang kawasan yang telah siap ditanam anak benih.
 Rekod jumlah pokok pengganti yang telah ditanam di kawasan masing-masing.
 H.I = HARI INI & H.H.I = HINGGA HARI INI

JADUAL 6: CONTOH BORANG BORANG KEMAJUAN KERJA MENANAM

SSTC
Muka / Page : 17
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
SOALAN/QUESTION:
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Berikan definisi Top Soil Secara terperinci?


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
___________________________________________________________
(3 Markah)
2. Berikan (4) faktor menentukan kepadatan tanaman kelapa sawit (Density)?
a) _______________________________________
b) _______________________________________
c) _______________________________________
d) _______________________________________
(4 Markah)
3. Apakah Borang yang digunakan untuk merekod anak benih selepas anak
pokok siap ditanam?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 Markah)
4. Apakah jenis baja yang digunakan untuk penanaman anak pokok sawit dan
sukatan baja yang ditabur didalam lobang tanaman untuk satu pokok?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 Markah)
5. Berapakah anggaran umur anak pokok kelapa sawit yang akan ditanam
didalam ladang mengikut syor daripada MPOB?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(2 Markah)

SSTC
Muka / Page : 18
NO. KOD / CODE NUM. RB-081-3:2012-CU1/P(2/2)
Drpd/of : 18
RUJUKAN/ REFERENCE:

1. Esnan Ab. Ghani, Zin Zawawi Zakaria & Mohd. Basri Wahid (2004).
“Perusahaan Sawit Di Malaysia – Satu Panduan, MPOB, Selangor, ISBN NO.
967-961-096-9. Mukasurat 63, 82 & 91.
2. C.J. Piggott (1995). Growing Oil Palm, An Illustrated Guide. Incorporated Society
of Planters, Kuala Lumpur. ISBN NO. 967-9949-40-0. Mukasurat 19 & 37.

SSTC

Anda mungkin juga menyukai