Anda di halaman 1dari 41

POLITEKNIK NILAI

SEMI-AUTOMATIC HERBICIDE MACHINE

ANWAR BIN KAMARUDIN


(23DEM19F1029)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DISEMBER 2020
POLITEKNIK NILAI

SEMI-AUTOMATIC HERBICIDE MACHINE

NAMA : NO. PENDAFTARAN :


MUHAMMAD ZULHAIKAL BIN ZAILANI 23DEM19F1007
MUHAMMAD ARIFF ZULKARNAIN BIN SHAHRIL 23DEM19F1015
NUR DINI BINTI ZURAIMI 23DEM19F1028
ANWAR BIN KAMARUDIN 23DEM19F1029

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal


sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma
Kejuruteraan Mekatronik

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

DISEMBER 2020
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 4
1.2 Latar Belakang Kajian 5
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif 7
1.5 Skop Kajian ProjeK 7
1.6 Kesimpulan 8
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 9
2.2 Kajian Terdahulu/Ulasan/Siasatan 9
2.2.1 Jentera Racun Rumpai Semi-Automatik 10
2.2.2 Robot Sembur Racun Farmo V2 13
2.2.3 Alat Penyembur Tekanan Tinggi (HPS) 16
2.3 3 Kajian Literatur Berdasrkan Objektif 21
Individu
3 METODOLOGI/REKA BENTUK
3.1 Pendahuluan 25
3.2 Carta Gantt 26
3.2.1 Jadual Carta Gantt 26
3.2.2 Perbandingan Produk Sedia Ada 28
3.3 Carta Morfologi 29
3.3.1 Perbandingan Bahan Produk 29
3.3.2 Perbandingan Aspek Komersial 30
3.4 Reka Bentuk Projek 31
3.4.1 Reka Bentuk 1 31
3.4.2 Reka Bentuk 2 32
3.4.3 Reka Bentuk 3 32
3.4.4 Reka Bentuk 4 33
3.5 Carta Pugh 33
3.5.1 Perbandingan Struktur Reka Bentuk 33
3.6 Anggaran Kos 38
3.7 Rujukan 39
BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sektor pertanian memainkan peranan yang penting di dalam ekonomi negara


melalui sumbangannya kepada pendapatan negara serta perolehan eksport dan juga
telah mewujudkan peluang pekerjaan terhadap golongan yang memerlukan. Sektor ini
adalah pembekal utama makanan dan juga bahan mentah untuk industri berasaskan
sumber.Selari dengan peranan utamanya,kerajaan terus menerus mengambil Langkah
pelarasan bagi mempercepatkan daya saingan dalam sector ini agar dapat
membolehkannya menghadapi cabaran baru pada tahap domestik dan antarabangsa.

Kepentingan sektor pertanian ini mampu menjana pendapatan yang besar kepada
negara dan petani. Seperti yang disedia maklum, iklim dan tanih yang sesuai mampu
memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh petani kecil-kecilan
dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga yang berpatutan untuk dijadikan
penyambung rezeki. Bagi tanaman komersial pula, negara akan menambahkan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeskportan tanaman seperti
kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran wang ke luar negara
dapat dikurangkan, di samping menimbangi imbangan pembayaran negara melalui
hasil eskport yang semakin bertambah. Ringkasnya, dengan adanya sinergi yang
hebat, industri ini mampu menjadi penyumbang terbesar seperti suatu ketika dahulu.

Bidang pertanian dilihat dapat mengurangkan kebergantungan terhadap


pengimportan bahan makanan dari negara lain. Kebanyakan bahan makanan asas
seperti beras, kopi, koko dan bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Maka
negara tidak perlu mengimport bahan makanan ini daripada negara luar. Dengan ini,
pertanian juga turut memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha
yang melakukannya. Sekiranya pengusaha menitik beratkan aspek kuantiti dan kualiti,
maka harga pasaran hasil yang akan dijual sudah tentu akan meningkat. Bagi
menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan, proses tambah nilai dalam
aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran perlu juga diberikan
keutamaan.

Sektor pertanian merangkumi tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman


komersial seperti kelapa sawit, getah, padi, ternakan poultri dan akuakultur. Penjagaan
tanaman-tanaman ini memerlukan kos yanng tinggi untuk memastikan tanaman hidup
dan membesar dalam keadan yang sihat. Meracun rumpai perosak merupakan salah
satu kaedah bagi penjagaan tanaman yang penting. Cara paling mudah untuk
mengendalikan rumpai adalah dengan menggunkan racun rumpai.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Penyembur racun merupakan satu alatan pertanian yang digunakan secara meluas
dalam sektor pertanian. Penyembur racun mempunyai 2 jenis pam iaitu mekanikal
atau berenjin. Penyembur racun mekanikal berfungsi dengan mengepam air racun
tersebut manakala penyembur racun berenjin menggunakan enjin untuk melakukan
semburan. Lazimnya petani-petani kecil menggunakan penyembur racun mekanikal
sebagai pilihan utama kerana murah, mudah diselenggara, ringan, dan kecekapan yang
tinggi kerana menggunakan sistem kerja yang sangat mudah. Penyembur racun
berenjin kebiasaannya digunakan di kebun yang luas kerana menjimatkan kos
mengupah buruh, cepat dan menyembur tempat yang tinggi walaupun harganya yang
mahal dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penyembur ialah alat yang digunakan untuk menyembur cecair. Dalam


pertanian penyembur ialah satu alat yang menggunakan muncung sembur untuk
kegunaan menyembur seperti racun rumpai ,racun perosak dan pembajaan
daun kepada tanaman pertanian. Penyembur mempunyai pelbagai bentuk daripada
buatan manusia mudah alih (selalunya beg sandang dengan alat penyembur)
sehinggalah semburan auto seperti traktor dengan kadar semburan 60-151 kaki
jauhnya.

Racun herba adalah agen yang berbentuk bahan kimia, untuk membunuh atau
menghalang pertumbuhan tanaman yang tidak diingini, seperti rumpai kediaman iaitu
rumput dan juga spesies invasif. Racun herba juga dikenali sebagai pembunuh rumpai
rumput. Kebiasaannya, racun herba disebarkan dengan kaedah penyemburan. Dengan
menggunakan kaedah penyemburan racun herba ini, pelbagai jenis muncung nozzle
seperti hidraulik, letupan udara, sentrifugal dan jenis tenaga haba digunakan.
Kebanyakan petani masih menggunakan kaedah penyemburan manual ini untuk
membunuh atau menghalang pertumbuhan tanaman yang tidak diingini dengan
menggalas tangki penyembur bersaiz besar di belakang mereka. Tambahan lagi,
apabila menggunakan cara manual akan berlakunya pembaziran tenaga petani bagi
menyemburkan tanaman yang tidak diingini.

Oleh itu inisiatif kami adalah membuat projek yang mempunyai sistem kawalan
yang beroperasi bagi tujuan pengurangan kawalan tenaga manusia dengan
menggunakan bantuan alat kawalan jauh.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Ketika meracun rumpai,perkebun- pekebun sering mengalami berberapa masalah


yang sering berlaku kepada mereka melakukan proses meracun rumpai di kawasan
tenaman mereka. Sebagai contoh ialah sakit badan hal ini berlaku kerana mereka
mengalas tong racun yang berat dan melakukan di waktu yang panas terik.Selain itu
sakit badan ini berlaku kerana tali yang menampung berat tong racun dan di gantung
dibahu pekebun menyebabkan bahu mereka sakit disebabkan berat yang dipikul di
bahu mereka.

Kebanyakan saiz tangki racun yang digunakan oleh petani agak kecil. Kapasiti
tangki yang digunakan hanya sebanyak 16 litre sahaja. Petani-petani perlu mengulang
alik bagi menambah racun herba ke dalam tangki yang bersaiz kecil bagi
menghabiskan keseluruhan proses meracun.

Kaedah manual memerlukan pengepaman sambil menekan selang bagi


memastikan campuran racun herba dapat disembur dan mengakibatkan tertangguh
masa kerana menggunakan semua tenaga manusia dalam jangka masa sekurang-
kurangnya 5 hingga 6 jam untuk menyelesaikan keseluruhan proses meracun. Proses
ini memakan masa dan memenatkan petani kerana melakukan banyak kerja dalam
satu masa.
Hos nozzle yang digunakan kebanyakan akan sering tersumbat akibat
menggunakan nozzle yang agak kecil. Batu-batuan dan rumput akan meyumbatkan
nozzle dan termasuk ke rongga nozzle ketika proses meracun. Perlu membersihkan
semula ruang rongga nozzle untuk menyambung proses meracun sehingga tamat
proses.

1.4 OBJEKTIF
Terdapat 5 objektif dalam projek ini
1. 1.4.1 Untuk mereka bentuk dan membangunkan Mesin Racun Semi
Automatik yang mempunyai system pengawalan yang dapat beroperasi
melalui system alat kawalan jauh bagi mengurangkan penggunaan tenaga
manusia.(Utama)
1.4.2 Untuk mereka bentuk dan membangunkan badan perkakasan Mesin Racun
Semi Automatik bagi mengurangkan tenaga kerja manusia.
(23DEM19F1015)
1.4.3 Untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pancuran Mesin Racun
Semi Automatik bagi mengelakkan penyumbatan berlaku.
(23DEM19F1028)
1.4.4 Untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem elektrik Mesin Racun
Semi Automatik bagi mempercepatkan proses untuk menjimatkan lebih
banyak masa.(23DEM19F1007)
1.4.5 Untuk mereka bentuk dan membuat pengaturcaraan Mesin Racun
Semi Automatik bagi memudahkan kerja dengan kawalan manusia
yang kurang melalui sistem kawalan jauh.(23DEM19F1029)

1.5 SKOP KAJIAN PROJEK

Skop kajian projek adalah:


1. Mesin Racun Semi Automatik hanya sesuai digunakan di permukaan
kawasan rata sahaja.(umum)
2. Mesin Racun Semi Automatik ini dikhaskan untuk petani-petani kecil
yang ingin meracun rumpai rumput yang tidak diingini di kawasan
kebun mereka. (umum)
3. Mesin Racun Semi Automatik yang ingin dicapai adalah untuk membina
mesin yang berkapasiti lebih besar iaitu sebanyak 30 litre (23DEM19F1015)

4. Pancuran adalah statik hanya pada bahagian hadapan, kiri dan kanan sahaja
sejauh 10 meter(23DEM19F1028)
5. Mesin ini mampu bertahan selama 2 hingga 3 jam masa beroperasi.
(23DEM19F1007)
6. Mesin Racun Semi Auntomatik ini dikhaskan untuk petani-petani kecil
yang ingin meracun rumpai dengan menggunakan alat kawalan jauh dan
boleh dikawal sejauh 700m.(23DEM19F1029)

1.6 KESIMPULAN

Dalam bab pertama, kajian telah dibuat dan proses yang biasa digunakan dalam
melakukan aktiviti meracun rumpai amat menyukarkan petani kerana
menggunakan banyak tenaga manusia, memenatkan dan menyakitkan badan
petani, malah ia mengambil lebih banyak masa untuk beroperasi dalam
menyelesaikan proses meracun. Maka terhasilnya perancangan untuk mereka
mesin racun semi-automatik yang diperbaharui untuk mengatasi masalah ini. Di
dalam bab seterusnya, terdapat pembentangan tentang masalah yang timbul
dengan menggunakan teori, konsep dan penyelidikan pengeluaran dan penggunaan
codding untuk memprogram mesin meracun untuk beroperasi secara semi
automatik.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Setiap suatu projek yang akan dibina atau dibuat, kajian mengenai projek perlu
dilakukan dengan lebih mendalam dan terperinci. Kajian yang dilakukan adalah
seperti penyelidikan terhadap bahan yang digunakan dan lakaran untuk projek yang
akan dijalankan. Bagi Bab 2 iaitu kajian literatur akan menerangkan pendahuluan
ringkas kepada tajuk projek kajian, konsep atau teori yang berkaitan, kajian terdahulu
yang ada kaitan dengan bidang projek dan diakhiri dengan rumusan bab secara
ringkas. Kajian literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal,
buku, prosiding dan kajian lepas untuk sesuatu kajian terbaharu.

Dalam bab kajian literatur ini, kajian yang dijalankan lebih menekankan
kelebihan bahan pada projek yang akan dihasilkan. Walaupun ia hanya penemuan
terbaru tetapi ia pasti mempunyai persamaan atau kesinambungan dengan bentuk, cara
dan kaedah. Juga mungkin terdapat pengubahsuaian terhadap apa yang telah dibuat
oleh generasi terdahulu, tetapi ianya hanya pandangan atau idea penambahan bagi
projek ini sahaja.

2.2 KAJIAN TERDAHULU/ULASAN/SIASATAN

Penggunaan bahan kimia dalam membasmikan rumpai dan serangga amat


popular digunakan oleh petani dalam penjagaan tanaman. Rumpai adalah tumbuhan
yang hidup ditempat dan masa yang tidak dikehendaki oleh petani. Ia merupakan
tumbuhan yang bersaing dengan tanaman keperluan dari segi air, makanan, cahaya
dan ruang, dan ini telah mengakibatkan kerugian hasil tanaman. Kehadiran rumpai
telah membantut dan mengurangkan kecekapan penggunaan jentera bagi operasi
mekanisasi pertanian. Kaedah menghalang rumpai dari tumbuh dan membiak telah
dikaji dan dipraktikkan.

Terdapat 3 jenis produk sedia ada yang telah dipilih setelah membuat kajian,
rujukan di internet dan melalui buku-buku yang mempunyai serba sedikit maklumat
bagi membantu dalam proses pemilihan struktur dan perkakasan yang sesuai bagi
projek ini. Tiga reka bentuk yang berbeza telah dipilih dan dinyatakan dalam bab ini
iaitu Jentera Racun Rumpai Automatik, Robot Sembur Racun Farmo dan juga Alat
Penyembur Tekan Tinggi (HPS). Ketiga-tiga produk ini akan dibincangkan kajian
yang telah dicari dalam bab kali ini.

2.2.1 JENTERA RACUN RUMPAI AUTOMATIK

Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga telah dikaji dan
dipraktikkan. Kaedah fizikal dan pengurusan seperti penggunaan cangkul, jentera
penggembur, penggunaan tangan, membakar dan membanjir juga popular digunakan.
Bagaimana pun, kaedah penyemburan bahan kimia adalah yang paling popular dan
paling ekonomik kerana ia dapat membasmi rumpai dan serangga secara pilihan dan
tanpa pilihan. Meracun rumpai dan serangga secara manual (penyembur bimbit
knapsack) adalah lambat dan membebankan. Meracun rumpai dan serangga dengan
jentera secara rambang merugikan bahan kimia dan mencemarkan alam sekitar.

Sebuah sistem pintar penyemburan racun rumpai dan serangga automatik telah
dibangunkan di Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penyemburan bahan kimia secara cepat,
tepat dan berkesan. Penggunaan sistem penyemburan ini dapat menjimatkan bahan
kimia, mengurangkan tenaga pekerja, mengurangkan pencemaran pada alam sekitar
dan mengurangkan terdedahnya pekerja terhadap racun bahan kimia. Sistem pintar
penyemburan ini boleh dipasang pada traktor ladang atau mana-mana kenderaan
ladang. Sistem ini telah dikaji menggunakan Jentera ATP yang popular digunakan
oleh peladang di Australia bagi penjagaan ternakan biri biri.
Gambar rajah 2.1

Sistem penyemburan racun rumpai dan serangga automatik mengandungi


jentera penyemburan yang dipasang pada jentera ATV iaitu ATP 550 yang
mempunyai 30 kuasa kuda. Kamera web telah dipasang pada ATV untuk membuat
pengesanan kehadiran rumput rampai yang hendak disembur. Ia juga dapat membuat
pengesanan mengenai kepadatan atau jumlah penduduk kehadiran rumput rampai.
Kamera web akan menangkap gambar rumpai dan imejnya akan dianalisis secara terus
atau real time’ dari segi peratus hijau pada analisis RGB (red, green and blue).
Analisis RGB ini akan menentukan buka/tutup muncung penyembur. Dua buah
kamera telah dipasang pada sistem ini bagi mengawal enam muncung penyembur.
Sebuah kamera di letak disebelah kiri sistem penyembur bagi mengawal tiga muncung
penyemburan sebelah kiri ATV dan sebuah lagi kamera dipasang pada sebelah kanan
ATV bagi mengawal tiga muncung penyemburan disebelah kanan.

Sistem pintar penyemburan racun ini dapat mengenalpasti kewujudan rumpai


selaras mengikut kedudukan posisi muncung penyemburan. Perisian antaramuka
grafik (GUI) telah dibangunkan menggunakan perisian visual basic bagi mengawal
sistem automatik. Penggunaan GUI membolehkan pengguna menjalankan operasi
penyemburan melalui komputer dari atas ATV tanpa perlu pergi terus kepada jentera
penyembur. Sistem pintar penyemburan ini telah dipasang dengan alat kawalan yang
terdiri daripada modul ICPCON I-87057 dan sepasang modem radio SST-2400 untuk
transmisi data. Ia telah dibangunkan bagi tujuan menjalankan operasi penyemburan
jarak jauh tanpa wayar. Alat tersebut boleh diganti dengan parallel port controller
board’ bagi pengawalan rumpai jarak dekat. Alat ini senang dibuat dan dipasang pada
alat penyembur. Kamera web akan mengesan kehadiran dan juga kepadatan rumput
rampai. Ia akan menghantar isyarat kepada muncung penyembur racun untuk
membuka dan menutup. Sekiranya ada rumput-rampai, penyemburan akan dilakukan.
Satu kajian dan demonstrasi penggunaan sistem ini penyemburan telah
dijalankan di lapangan rumput rumpai di ladang UPM. Bahan kimia yang mempunyai
bahan aktif pembunuh rumpai telah dicampur dengan sukatan air ke dalam tangki
sistem penyemburan. Pengiraan telah dibuat untuk menentukan kelajuan penyemburan
dengan mengambil kira kadar penyemburan liter seminit bagi setiap muncung
penyembur dan jumlah semburan liter sehektar bagi penyemburan yang efektif.
Apabila sistem pengautomatan mula dioperasikan kamera akan berfungsi dan akan
menangkap gambar contoh warna rumpai yang hendak disembur. Imej atau bayangan
rumpai pertama akan disimpan dan komputer akan membuat pengiraan RGB rumpai
tersebut. Imej RGB tersebut adalah digunakan sebagai piawaian bagi menentukan
RGB rumpai lain yang hendak disembur. Jika rumpai yang dikesan oleh kamera
mempunyai ukuran RGB yang sama maka muncung penyembur akan dibuka untuk
membuat penyemburan. Kiranya ukuran RGB tidak dapat menyamai dengan RGB
yang disimpan untuk rumpai pertama tersebut, maka muncung penyembur akan terus
tertutup. Dengan itu, apabila ATV dijalankan pada kelajuan yang ditetapkan, iaitu
tujuh kilometer sejam (7 km/j), kedua-dua kamera akan membaca RGB rumpai di
tanah. Keenam-enam muncung penyembur akan membuka dan menutup untuk operasi
penyemburan. Dengan sistem ini racun penyemburan tidak membazir kerana
penyemburan tidak dilakukan pada laluan muncung penyembur yang tidak
mempunyai rumput rumpai. Sistem ini amat efektif dari segi ketepatan penyemburan,
jumlah penyemburan dan ia tidak membahayakan pekerja dan alam sekitar.

Selepas kejayaan tersebut, penyelidik terus membuat kajian tambahan bagi


memasang system cerdik penyemburan kepada traktor tanpa pemandu. Traktor tanpa
pemandu telah direkabentuk dan telah diubahsuai. Bagaimana pun, penyelidik sedang
membuat pengubahsuaian pada ATV memandangkan jentera ini senang dikawal.
Pengiraan telah dibuat yang mana kelajuan ATV boleh berubah mengikut padatan
rumpai yang hendak disembur. Telah disetkan ATV akan berjalan pada kelajuan 7
km/j kiranya tiada rumpai dikesan oleh keenam muncung penyembur. ATV akan
bergerak pada kelajuan yang boleh diselaraskan secara automatik mengikut kehadiran
dan ketumpatan rumpai. Kepadatan rumpai akan memperlahankan pergerakan ATV
supaya semburan yang lebih dapat dilakukan bagi membunuh rumpai secara efektif.
Kiranya rumput rampai yang dikesan adalah padat, kamera akan menghantar isyarat
kepada ATV untuk memperlahankan kelajuannya. Kiranya tiada rumput rampai, ATV
akan bergerak pada kelajuan yang ditetapkan (7km/jam) dan tiada penyemburan
berlaku. Dengan cara ini, operasi penyemburan dapat dilakukan secara pemilihan
(selective). Ia dapat menjimatkan bahan kimia, dapat mengawal rumput rampai
dengan berkesan, dapat menjimatkan tenaga dan dapat mengurangkan pencemaran
kepada pengguna dan alam sekitar. Yang penting, rumput rampai yang menghalang
pertumbuhan tanaman dapat dimusnahkan secara efektif. Ia akan meningkatkan hasil
pertanian.

2.2.2 ROBOT SEMBUR RACUN FARMO V2

Pemegang Ijazah Sarjana Muda, Sains (Pembangunan Manusia), Universiti


Putra Malaysia (UPM) menghasilkan inovasi robot penyembur racun yang diberi
nama FARMO (Farm Assist Robot for Multi Operation). Mohd Ashraf Shuib, 36,
bersama pasukannya iaitu Ahmad Aizhad Abd Razak, 29 dan Mohd Firdaus Ibrahim,
27, mencipta sebuah robot penyembur racun untuk membantu petani melakukan
semburan racun di ladang.

Gambarrajah 2.2

Robot ini direka sendiri pasukan mereka, daripada melakar reka bentuk robot
sehingga pembinaan robot ini sendiri. Tugas utama robot ini adalah melakukan
semburan racun kimia atau organik di ladang. FARMO ini dikawal dengan
menggunakan alat kawalan jauh membabitkan jarak sejauh 100 meter. Kerja-kerja
semburan racun boleh dilakukan dengan mudah kerana robot berkenaan membawa
tangki semasa semburan dilakukan. Semburan dilakukan pada dua barisan tanaman
secara serentak. Ia menjimatkan masa apabila melakukan semburan lebih cepat
berbanding kaedah manual yang perlu menyembur sebaris demi sebaris. Belliau yang
juga Pengasas Abi Agro berkata, pengendali FARMO tidak terdedah dengan racun
yang berbahaya semasa melakukan semburan kerana ia tidak berada berdekatan robot.

FARMO dapat dinaik taraf dengan menambah aksesori dan boleh melakukan
beberapa tugasan lain. Selain berfungsi sebagai robot penyembur racun, FARMO
dapat ditambah aksesori seperti pemotong rumput, bakul, kamera, kepala penyembur
tambahan, pam dan tangki penyembur racun tambahan serta sensor untuk
membolehkan robot ini bergerak secara automatik. Pemilik hanya perlu dapatkan
aksesori bagi tugasan yang diingini saja. Tambahan aksesori ini tidak memerlukan
pengubahsuaian pada robot. Pemilik perlu letakkan aksesori pada tempat yang telah
disediakan. Robot FARMO mempunyai tiga jenis iaitu versi pertama dibina dengan
saiz kompak dan menggunakan sistem yang dibina sendiri pasukan iaitu ‘FARMO
Robot Controller’. Versi ini menggunakan sensor untuk kawalan secara automatik dan
bergerak dengan menggunakan ‘wheel track’. Tangki semburan adalah sebanyak 15
liter. Versi kedua pula dibina dengan menggunakan sistem ‘Smart Drive’. FARMO
versi ini dikawal menggunakan alat kawalan jauh. Tangki semburan pula lebih besar
iaitu 30 liter dan bergerak menggunakan roda getah. Manakala versi ketiga pula
bergerak dengan menggunakan ‘wheel track’. Sistem yang digunakan adalah
‘FARMO Robot Controller’ seperti versi pertama tetapi dikawal menggunakan alat
kawalan jauh.

FARMO dapat bergerak di celah-celah pokok bagi memudahkan proses


meracun. Maka ia dapat membuat semburan di bawah daun iaitu tempat serangga
perosak bersembunyi. Semburan racun dari robot FARMO pada sebelah kiri dan
kanannya pada laluan pokok disembur serentak, dapat menjimatkan masa dan juga
semburan 50% lebih cepat berbanding semburan manual. Semburan yang halus dan
bergerak ke hadapan secara berterusan dapat mengurangkan penggunaan racun
sebanyak 30%. Kebaikannya juga pekerja tidak akan terdedah pada racun, kerana
boleh mengawal mesin dari jauh (sehingga 300 meter) dengan penggunaan video
kamera sahaja.
Gambarrajah 2.3
Robot FARMO dibina untuk membantu petani dalam aktiviti semburan kimia
atau organik.Penggunaan robot ini dapat mengelakkan petani daripada terdedah
dengan persekitaran racun berbahaya dan tanaman yang dihasilkan lebih sihat dan
bebas racun berlebihan. Satu perkara yang menjadi perhatian berat Ashraf ialah
penggunaan racun perosak yang umum mengetahui pendedahan terlalu kerap kepada
bahan kimia ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.
Keperluan penggunaan racun serangga selain penjagaan air dan baja, semburan racun
organik atau kimia sekurang-kurangnya sekali seminggu boleh mengurangkan risiko
serangan serangga. Bagaimanapun, kekurangan tenaga kerja boleh mengakibatkan
aktiviti meracun tidak dapat dijalankan dengan sempurna atau mengikut jadual
tertentu. Pada era ini, di sinilah pentingnya penggunaan robot untuk membantu aktiviti
pengurusan kebun.

‘Farm Assist Robot For Multi Operation’ (FARMO) yang boleh membantu
melaksanakan pelbagai kerja di kebun dan ladang termasuk aktiviti meracun. Robot
Farmo versi pertama (Farmo v1) dilancarkan pada Oktober 2010 diikuti versi kedua
(Farmo v2) tujuh tahun selepas itu pada Ogos 2017 dan terkini, robot versi ketiga
(Farmo v3) baru sahaja dilancarkan pada 5 Dis lepas. Secara keseluruhan, sebanyak
lebih RM50,000 dilaburkan untuk kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
bagi ketiga-tiga model Farmo itu.

Fungsi utama Farmo adalah untuk menjalankan kerja-kerja penyemburan


racun. Dengan cara ini petani tidak akan terdedah kepada bahan berbahaya ketika
melakukan aktiviti berkenaan. Bagaimanapun, fungsi robot ini juga boleh dinaik taraf
dengan pemasangan aksesori tambahan yang membolehkan ia menjalankan kerja
memotong rumput, mengangkut hasil kebun dan memantau keadaan kebun
menggunakan siaran video. Farmo bergerak menggunakan sistem kawalan jauh yang
membolehkan ia dikawal dalam jarak sejauh 100 meter. Ia juga boleh berputar 360
darjah untuk memberi kemampuan bergerak secara optimum di lapangan. Penggunaan
tayar getah pada Farmo v2 digantikan dengan penggunaan jejak roda bagi Farmo v3
yang membolehkan ia bergerak di atas permukaan konvensional seperti kebun sayur,
getah dan kelapa sawit. Menggunakan teknologi bateri cas semula sebagai sumber
kuasa, Farmo boleh digunakan selama dua jam dengan sekali pengecasan. Dengan
kapasiti tangki racun 30 liter, semburan racun boleh dibuat kepada dua barisan
tanaman secara serentak. Ini menjimatkan 50 peratus waktu semburan sambil
menjimatkan 30 peratus penggunaan bahan semburan kerana proses penyemburan
dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

2.2.3 ALAT PENYEMBUR TEKANAN TINGGI (HPS)

Alat Penyembur Tekanan Tinggi (High Power Sprayer) merupakan satu


peralatan pertanian (Farm machineries) yang banyak digunakan petani untuk tujuan
menyembur cecair dikebun. Alatan ini biasanya mempunyai pelbagai jenis model dan
spesifikasi mengikut keperluan pengguna atau aktiviti pertanian yang dijalankan.
Kebanyakkan petani komersil seperti penanam sayur daun dan sayur buah, penternak
kambing atau lembu susu, pesawah, pemilik dusun buah-buahan dan penternak ikan di
Malaysia pernah menggunakan atau pun ada yang memiliki alat 'High Pawer Sprayer'
(ringkasnya disebut - HPS) ini.
Alat ini mempunyai kemampuan untuk menyembur cecair sama ada campuran
bersama air, baja, racun dan sebagainya kesasaran yang tinggi, jauh atau bertekanan
tinggi kesasaran yang sukar dicapai dengan pam air biasa seperti knapsack sprayer.
Petani-petani terutamanya penanam sayur komersil dan pemilik dusun mangga
menggunakan HPS ini untuk mereka menyembur racun atau baja kesasaran dengan
tepat dan cekap.

Alat HPS ini adalah cekap, mudah dibawa, mudah alih serta kos
penyelenggaraan yang murah dan praktikal. Walau pun kebanyakan petani komersil
yang mengusahakan pertanian terutamanya tanaman makanan mempunyai tong
penyembur racun sandang (Knapsack sprayer), kegunaan alatan tersebut adalah terhad
untuk menyembur dikawasan rendah dan terhad semburan kadar ketinggiannya.

Alat HPS ini mudah dibeli daripada kedai-kedai alatan pertanian dengan
anggaran harga antara RM 1,200 hingga RM 5,000 satu unit bergantung kepada jenis
dan kapasiti HPS serta aksesorinya. Memang keperluan alatan HPS ini banyak
membantu didalam aktiviti pembajaan (Baja Foliar), Kawalan Serangga Perosak dan
juga untuk membuat kawalan rumpai. Bagaimana pun disyorkan agar aksesories atau
Pam HPS ini digunakan untuk khusus sahaja setiap pam.

Alat HPS ini terdiri daripada beberapa komponen penting yang berfungsi
didalam menghasilkan sembuaran berkualiti. Komponen-komponen tersebut adalah
bahagian badan (tapak), Injin, Pam Air, Getah Motor, Hos Penyedut, Hos Penyembur
dan Nozel (Sila lihat foto sebelah). Bergantung kepada jenama produk, lazimnya
bahagian injin berfungsi untuk menghasilkan tenaga untuk disambung kepada pam air
melalui getah motor yang disambungkan.

Gambarrajah 2.4

Kuasa enjin HPS bergantung kepada kapasiti pam air dan juga kegunaannya.
Lazimnya ia mempunyai kuasa antara 5 kuasakuda (kk) sehingga 15 kk bergantung
kepada model, kegunaan dan harganya.  Begitu juga dengan kapasiti pam air yang
akan disambungkan dengan injin mempunyai model dipasaran yang berbagai jenis.
Hos penyedut akan disambung daripada tong drum yang mengandungi cecair
semburan (sama ada racun, larutan baja dan sebagainya) melalui 'inlet suction' dan
keluar melalui hos penyembur. Hos penyembur biasanya mempunyai nozel
dihujungnya dan semburan cecair yang bertekanan tinggi. Ia amat mudah dihalakan
kesasaran dengan tepat. Panjang hos penyembur lazimnya diantara 200 - 300 kaki
bergantung kepada jenama.

Penggunaan alat ini hanya memerlukan latihan yang mudah dan boleh
dipelajari dengan penjual atau pun melihat demo pengguna sedia ada. Apa yang
penting adalah bagaimana untuk 'handling technique' semasa menggunakan dan
kaedah penyimpanan serta penyelenggaraan yang berjadual. Alat HPS ini ada yang
menggunakan petrol dan ada injin yang menggunakan diesel. Kegunaan paling
berkesan kini adalah untuk menyembur racun perosak kepada pokok buah-buahan
yang agak tinggi seperti pokok mangga (Sila lihat foto sebelah)  dengan cara yang
lebih selamat dan betul. Tanaman Mangga Harumanis di Perlis penulis blog dapat
tahu kebanyakan penanam mangga harumanis komersil dinegeri tersebut memang ada
bersedia dan menggunakan HPS untuk pelbagai kegunaan dikebun mereka. Ini kerana
pam HPS adalah antara mesin kecil yang sangat berguna diladang mangga harumanis
dimana pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian ada memberikan sedikit insentif
didalam perolehan pam HPS ini. Adalah dilihat dimana kaedah penyemburan mesti
mengikuti arahan pada label racun dengan dos racun yang tepat dimana penyembur
perlu memakai pakaian keselamatan perlindungan seperti baju khas, penutup muka
dan hidung, sarung tangan, semah arah angin dan sentiasa waspada.

Gambarrajah 2.5
Alat HPS ini mudah dicari dikedai-kedai alatan pertanian dan HPS ini juga
menggunakan enjin Honda yang tahan, jimat minyak dan mudah diselenggara. Harga
ditawarkan selitar RM 1,200 - RM 1,800 bergantung kepada model dan kapasiti pam
air serta alatan komponen tambahan yang ada. Dari segi spesifikasinya,  HPS jenis ini
memang ada menyediakan hos penyembur sepanjang 50 meter (150 kaki) dengan
dihujungnya terdapat 'spray gun'. Kapasiti output semburan adalah 15 - 25 Liter
seminit dengan tahap kelajuaan (speed) diantara 800-1,000 rpm. Kekuatan pada
tekanan pam air adalah  2.0 ~ 3.5 Mpa dengan jarak jauh pancutan sejauh 10 meter
(30 kaki) sama ada kesisi atau keatas. Model injin Honda adalah jenis 168F dengan
jumlah kuasakuda sebanyak  3.1 kw mudah digunakan. Kelajuan tahap injin adalah
pada kadar kelajuan 3,600 rpm dan menggunakan minyak petrol dan merupakan jenis
injin 4 lejang yang signifikan. Keseluruhan ukuran dimensi HPS model ini
adalah 1,410 cm× 320 cm × 460 cm dengan berat keseluruhan seberat 29 kg.

JENTERA RACUN ROBOT SEMBUR ALAT PENYEMBUR


RUMPAI AUTOMATIK RACUN FARMO V2 TINGGI (HPS)

30 kuasakuda (kk) Kawalan jauh 5 – 15 kuasakuda (kk)


Menaiki ATV Dikawal 100 meter jauh Sambil ditolak (troli)
RM3999 RM1200 – RM5000
Kelajuan ATV 7km/j Alat kawalan jauh Tenaga manusia
Kamera Web Siaran Video Tiada
Pancuran hos statik Pancuran hos statik Hos 50 meter
Sistem pancuran ditambah Semburan serentak Jarak pancutan 10 meter
sistem modul ICPCON I- hadapan, kiri dan kanan
87057
KELEBIHAN
- Lebih cepat - Tidak mengunakan - Jarak semburan
- Keluasan semburan tenaga manusia secara adalah jauh dan
adalah luas (banyak langsung meluas
hos digunakan) - Meringankan beban - Kawalan secara
petani semi-automatik
KEKURANGAN
- Berlakunya - Tenaga bateri cepat - Mengunakan tenaga
pencemaran udara habis dengan kawalan manusia dgn
kerana mengunakan jauh sepenuhnya sepenuhnya untuk
petrol - Tidak boleh bergerak membawa
- Mengunakan tenaga pada kawasan yang - Tidak boleh dalam
manusia dalam tidak rata kerana keadaan berlumpur
mengendali jentera struktur bentuk tidak kerana saiz tayar
terlalu stabil adalah kecil
Berdasarkan 3 produk sedia ada yang telah di kaji, kesemua mesin racun yang
pernah di buat mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Sebagai contoh
mesin jentolak mempunyai kepantasan dan ianya boleh berfungsi di mana-mana
Kawasan. Bagi mesin HPS pula mempunyai kelebihan dengan system pancuran yang
lebih besar dan jauh tetapi terdapat kekurangannya dari kegunaan tenaga manusia
sepernuhnya dan ia juga tidak sesuai di kawasan yang bukan rata. Akhir sekali,
FAMOR adalah sebuah mesin yang lebih maju yang dibuat dengan lebih banyak
kelebihan yang dapat membantu pekebun menyelesaikan masalah mereka iaitu dengan
memudahkan pekebun dan dapat mengelakkan pencemaran udara berlaku dengan
menggunkan system kawalan jauh sahaja tetapi mesin famor ini mempunyai beberapa
faktor yang menyebabkan pekebun kurang minat iaitu harganya yang agak tinggi dan
perlu bergantung pada tenaga bateri sahaja, maka ia perlu dicas bagi menambah
tenaga mesin kembali.
2.3 KAJIAN TERDAHULU BERDASARKAN OBJEKTIF
INDIVIDU
Objektif individu dalam projek ini adalah membuat pengaturcaraan dan kawalan
pada SEMI-AUTOMATIC HERBICIDE MACHINE. Pengaturcaraan adalah proses
yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan komputer. Tanpa pengaturcaraan,
mesin atau alat yang dibuat tidak akan dapat memahami arahan manusia. Bahasa
pengaturcaraan yang digunakan adalah C++ disusun dengan g++ dan dihubungkan
kepada pembangunan kepada Arduino library yang membenarkan penggunaan kod
input dan output.

Ini adalah contoh pengaturcaraan yang akan dibuat:


Komponen Arduino dan alat kawalan

Komponen Arduino ini pula adalah sebagai hardware kepada perisian


Arduino.Arduino uno ini mempunyai 13 pin digital dan 6 pin analog. Pin ini
membolehkan untuk menyambung perkakasan luaran ke Arduino. Arduino juga boleh
menyambungkan sumber tenaga luaran sehingga 12v dan ia akan mengawalnya untuk
kedua-dua 5v dan 3.3v. LED di-papan dipasang pada pin digital 13 untuk cepat
menyahpepijat kod.Arduino uno ini akan dipasangkan pada litar projek ini.

Gambarrajah 2.3.2

Modul transceiver nRF24L01 + dirancang untuk beroperasi dalam jalur frekuensi


ISM 2.4 GHz di seluruh dunia dan menggunakan modulasi GFSK untuk penghantaran
data. Kadar pemindahan data boleh menjadi salah satu dari 250kbps, 1Mbps dan
2Mbps. Modul transceiver ini akan dipasangkan pada alat kawalan dan mesin projek
ini.Ianya bertujuan untuk menghantar signal daripada alat kawalan kepada mesin.

Gambarrajah 2.3.3
Ini adalah contoh gambarajah yang akan dibina;

Gambarrajah 2.3.4
CARTA ALIR ALAT KAWALAN

MULA

Input “Membuat
pergerakan melalui
alat kawalan”

Output “Mesin
bergerak mengikut
kawalan yang
dilakukan pada alat
kawalan jauh”

NO

Pergerakan Mesin tidak


mesin ? bergerak

YES

Mesin bergerak mengikut


kawalan
TAMAT
BAB 3
METODOLOGI / REKA BENTUK
3.1 PENDAHULUAN

Bedasarkan bab sebelum ini, kajian yang telah dibuat mengikut aspek projek
yang dijalankan bagi Mesin Racun Semi Automatik. Semi-Automatic Herbicide
Machine adalah mesin meracun rumpai rumput yang boleh bergerak secara semi
automatik dengan adanya kawalan daripada alat kawalan jauh. Ia juga mempunyai
sistem pancuran pintar untuk menyembur permukaan rumpai secara sistematik. Semi-
Automatic Herbicide Machine juga mempunyai sensor automatik yang akan
mengesan tahap kapasiti campuran racun pembersihan automatik setelah
memindahkan rumput. Rekaan bentuk bagi Semi-Automatic Herbicide Machine juga
diperbaharui dan ditambah baik dengan rekaannya yang lebih kukuh dan sistematik
sesuai mengikut keadaan yang bakal dijejaki oleh mesin.

Dalam bab ini, semua persiapan bagi projek akan dihuraikan. Persiapan seperti
carta aliran mekanisme mesin meracun rumput, reka bentuk akhir bagi mesin semi-
automatik herbicide machine, carta Gantt dan kos anggaran akan dijelaskan dengan
secara terperinci. Carta morfologi juga akan dijelaskan dalam bab ini. Lebih-lebih
lagi, semua reka bentuk yang disusun dan dilampirkan untuk projek ini akan
ditunjukkan dan dibentangkan serta penyelesaian reka bentuk akan dilakukan dalam
bab ini.

Berdasarkan objektif "Untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem


pancuran Mesin Racun Semi Automatik bagi mengelakkan penyumbatan berlaku.",
reka bentuk hos nozzle yang digunakan dengam permukaannya yang berputar seperti
‘spiral’ yang mengurangkan daripada habuk, pasir dan batu-batuan daripada
tersumbat. Kegunaan Full Cone Nozzle dapat mencapai objektif bagi mengelakkan
penyumbatan akan berlaku.

Di dalam bab ini akan ditunjukkan kelebihan yang berbeza antara idea pelajar
dan mesin meracun rumput yang telah sedia ada. Banyak jadual yang dibuat agar
perbandingan dapat difahami dengan lebih mudah. Juga dapat penjelasan terperinci
yang disediakan untuk semua jadual yang tertera.
Bab ini merangkumi reka bentuk kajian projek dan rumusan. Metodologi
merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan kajian dan menentukan
tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Subtajuk yang terdapat
dalam bab ini juga bergantung sebahagian besarnya kepada jenis kajiaN yang telah
dilaksanakan.

3.2 CARTA GANTT


Gambar rajah 3.2.1 menunjukkan carta gantt yang merupakan aktiviti yang telah
dilakukan dari minggu pertama hingga ke minggu 15 dalam menghasilkan kertas kerja
bagi projek ini.
Jadual 3.2.1 : Carta Gantt
AKTIVITI / MINGGU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 1 14 15
3
PEMBENTUKAN R √
KUMPULAN
L √
SESI PENERANGAN R
L √
SUPERVISOR DIPILIH R
L √
PENCARIAN IDEA PROJEK R √
L √
PILIHAN MUKTAMAD R √
PROJEK
L √
MEMBUAT KAJIAN R √
TENTANG PROJEK
L √
MEMBUAT SLIDE R √ √ √ √ √ √
POWERPOINT PROJEK
L √
PRA PEMBENTANGAN R √ √
L √
MEMBUAT REPORT BAB R √ √
1 – BAB 3
L √ √ √
PERJUMPAAN BERSAMA R √
SUPERVISOR
L √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
PEMBENTANGAN R √
AKHIR PROJEK L √
CARTA ALIR PROJEK 1

MULA

Pemilihan ahli kumpulan

Pemilihan projek

Pilihan muktamad projek

Membuat kajian tentang


projek

Membuat slide
powerpoint projek

Pra pembentangan

Membuat report bab 1-3

Perjumpaan Bersama
supervisor

Tidak
diterima
diterima

Pembentangan

akhir
Gambar rajah 3.2.2.menunjukkan perbandingan projek yang telah ada dengan idea
mesin yang akan dibuat oleh pelajar.
Jadual 3.2.2 : Perbandingan Projek
KELEBIHAN JENTERA ROBOT ALAT MESIN RACUN
RACUN FARMO VERSI PENYEMBUR SEMI
RUMPAI SEMI 2 TEKANAN AUTOMATIK
AUTOMATIK TINGGI (HPS)

KEGUNAAN Mengunakan Menggunakan Menggunakan Menggunakan


TENAGA tenaga alat kawalan sepenuhnya alat kawalan
MANUSIA manusia jauh tenaga jauh
manusia
JENIS HOS Hos statik Hos statik Hos sepanjang Hos statik
50 meter

KELAJUAN 7 km/jam 5km/jam Had kelajuan


manusia

PANDANGAN camera web Siaran video Pandangan


manusia

SISTEM NOZEL Sistem Modul Semburan Jarak pancutan ‘Spiral Full


ICPCON I- serentak 10 meter Cone Nozzle’
87057 hadapan, kiri,
dan kanan

Berdasarkan rajah jadual di atas, terdapat banyak perbezaan antara setiap


projek yang telah sedia ada. Setiap projek mempunya kelebihan dan kekurangannya
masing-masing. Dalam kata lain, Alat Penyembur Tekanan Tinngi (HPS) mempunyai
banyak kekurangan jika dibandingkan dengan Robot Farmo Versi 2 dan juga Jentera
Racun Rumpai Semi-Automatik. Walaupun begitu, HPS ini mempunya kelebihan
pada hosnya yang berukuran sepanjang 50 meter. Manakala projek-projek yang lain
hanya mempunya hos yang static sahaja. Jentera Racun Rumpai Semi-Automatik pula,
mempunyai paling banyak kelebihan untuk dibandingkan. Tetapi ia masih mempunyai
kelemahan dari segi kegunaan tenaga manusia. Jentera ini masih perlu menggunakan
tenaga manusia untuk mengawalnya dengan memandu. Lebih mudah lagi Robot
Farmo Versi 2 yang menggunakan alat kawalan jauh sahaja untuk mengendalikan
mesin. Walaupun begitu, ketiga-tiga mesin masih belum ada hos nozzle dengan
bukaan yang luas untuk mempercepatkan lagi proses meracun. Dalam projek ini,
pelajar akan menambah baik projek-projek yang sedia ada agar ia lebih berteknologi
tinggi.

3.3 CARTA MORFOLOGI


Jadual 3.3.1 di bawah menunjukkan perbandingan bahagian yang digunakan bagi
ketiga-tiga model mesin meracun rumpai yang sedia ada dan yang telah dipilih
sebelumnya.
Jadual 3.3.1 : Perbandingan bahan projek sedia ada
JENTERA RACUN ROBOT FARMO MESIN RACUN
RUMPAI SEMI VERSI 2 SEMI
AUTOMATIK AUTOMATIK
JENIS TAYAR

TENAGA YANG
DIGUNAKAN

KUANTI 15 LITRE 15 LITRE 30 LITRE


BANCUHAN
RACUN
SENSOR Tiada Sensor pergerakkan Sensor
pergerakkan dan
sensor air

Berdasarkan jadual 3.3.1, Alat Penyembur Tekanan Tinggi(HPS) tidak


dibandingkan kerana penggunaannya semua adalah atas tanggungan manusia. Ia
menggunakan troli dan juga perlu ditolak oleh petani. Maka setiap projek mempunyai
penggunaannya yang tersendiri. Kelebihan tayar masing masing sesuai mengikut
tanah yang dilalui bagi setiap produk. Tetapi bagi Jentera Racun Rumpai Semi-
Automatik tenaga yang digunakan adalah minyak petrol untuk menggerakkan ATV
tersebut. Untuk penjimatan, penggunaan bateri lebih jimat berbanding minyak petrol.
Kapasiti tangki racun kedua-dua projek sedia ada, menggunakan tangka yang agak
kiecil iaitu sebesar 15 litre sahaja. Untuk projek ini, penggunaan tangka racun yang
lebih besar digunakan untuk menjimatkan masa petani tanpa perlu mengulang-alik
untuk menambah bancuhan racun. Sensor yang akan digunakan dalam projek adalah
sensor pergerakan untuk kawalan jauh dan juga sensor air bagi mengenal pasti jumlah
racun yang ada di dalam tangki.

Jadual 3.3.2 di bawah menunjukkan perbandingan aspek komersial yang digunakan


bagi ketiga-tiga model mesin meracun rumpai yang sedia ada dan yang telah dipilih
sebelumnya.
Jadual 3.3.2 : Perbandingan aspek komersial projek sedia ada
Jentera Racun Robot Farmo Alat Penyembur
Rumpai Semi Versi 2 Tekanan Tinngi
Automatik (HPS
Kos produk -1 1 0
Keselamatan 0 1 -1
Tenaga yang 0 0 -1
digunakan
Reka bentuk 0 1 0
Kegunaan 1 1 0
Jenama 1 1 1
Jumlah 1 5 -1

-1= Tidak bagus

0= Biasa

1= Bagus

Berdasarkan jadual perbandingan aspek komersial di atas, Robot Farmo Versi


mempunyai jumlah tertinggi untuk produk yang baik. Robot Farmo ini, memang
sesuai digunakan pada abad kini, mengikut teknologinya terbaharu tanpa
menggunakan banyak tenaga manusia. Justeru Robot Farmo Versi 2 ini, mempunya
hamper banyak persamaan dengan idea projek pelajar yang bakal dilakukan.
Walaupun begitu, kesemua produk projek di atas, mempunya kelebihan dan
kekurangan masing masing mengikut dasar penggunaan bagi petani.

3.4 REKA BENTUK PROJEK

REKA BENTUK 1

Gambar 3.4.1 : Reka bentuk 1


REKA BENTUK 2

Gambar 3.4.2 : Reka bentuk 2

REKA BENTUK 3

Gambar 3.4.3 : Reka bentuk 3


REKA BENTUK 4

Gambar 3.4.4 : Reka bentuk 4


3.5 CARTA PUGH

Jadual 3.5.1 menunjukkan perbandingan struktur antara reka bentuk 1, 2, dan 3


dengan memberikan kadar bilangan.

Lakaran 1 Lakaran 2 Lakaran 3 Lakaran 4

Struktu
r

Berat 0 0 0 0
Kos 1 1 1 1
Kapasiti 0 -1 0 1
Bahan 1 0 1 1
Jumlah 2 0 2 3

Berdasarkan keempat-empat reka bentuk di Carta Pugh, kesemuanya masih


mempunyai kekurangan dan kelebihannya tersendiri. Keempat-empat reka bentuk
mempunya masalah keseimbangan dari segi bentuknya. Seperti yang tertera di atas,
reka bentuk keempat mempunyai jumlah tertinggi dan lebih sesuai untuk dijadikan
pilihan. Walaupun begitu, masih ada kekurangan yang mungkin perlu ditambah baik
ketika membina mesin. Rekaankeempat masih boleh digunkan untuk menjadi rujukan
terdekan ketika waktu pemasangan mesin.

PILIHAN REKA BENTUK TERAKHIR


Setelah mereka pelbagai reka bentuk untuk melengkapkan factor-faktor yang perlu
ada pada produk ini, pilihan akhir yang terbaik telah dipilih untuk dijadikan rujukan
utama untuk binaan mesin. Reka bentuk yang keempat menjadi pilihan untuk meneruskan
projek ini. Pilihan ini mungkin masih mempunyai kekurangan tetapi ia merupakan rujukan
utama buat masa kini bagi meneruskan projek Mesin Racun Semi-Automatik.
Gambarrajah 3.5.1
Lakaran di atas menunjukkan lukisan terakhir untuk projek mesin racun semi
automatik.Hasil gabungan pada 3 bahagian iaitu, bahagian tayar , badan mesin dan
bahagian tong racun .Ini lakraan yang dapat menjayakan process meracun .

Di antara sebab ,mengapa lakaran ini dipilih kerana dapat memudahkan kerja
proses meracun di Kawasan kebun dan rekaan ini mempunyai faktor kestabilan yang
tinggi .Seterusnya,perkakasan ini dipilih dengan besi yang mempunyai sifat tahan
karat yang dapat mengurangkan berlaku kerosakan pada bahan besi itu.Selain itu, besi
ini dapat menampung berat air racun yang dibawak .Justeru,perkakasan ini dapat
mengekalkan struktur badan perkakasan .

Seterusnya, pada bahgian atas mempunyai ruang yang besar supaya ia dapat
memuatkan satu tong yang berisi 30 liter dalam satu sama.Hal ini kerana untuk
memenuhi skop kajian yang telah ditetapkan oleh ahli ahli kumpulan .Kerana ia dapat
menjimatkan masa pekerbun ketika meracun .

Pada ruang dihadapan yang berukuran 20cm x15cm di letakan untuk


memenuhi bahagian pam petrol yang akan disambung kepada ruang hos bagi
membenarkan semburan racun .Dan ruang hos disediakan kepada 4 bahagian di mana
2 bahagian di letakan di bahgaian depan bagi menyempurnakan semburan di hadpan
dan setiap bahagian tepi diletakkan satu ruang hos bagi membuat semburan di
bahgaian kir dan kanan.Pada bahagian belakang terdapat satu ruang yang terlah dibuat
bagi meletakan bekalan tenaga elektrik yang akan membekalkan tenaga kepada
bahagian motor yang akan diletakkan pada bahagian tayar.

BAHAN DAN PERALATAN

24V MOTOR DC

- Motor DC ialah kelas motor elektrik


putar yang menukarkan tenaga elektrik
- Arus menjadi tenaga mekanikal.

Gambarrajah 3.5.2

ARDUINO UNO
Arduino adalah plaform elektronik
sumber terbuka berdasarkan
perkakasan dan perisian yang mudah
digunakan. Papan Arduino dapat
membaca input

Gambarrajah 3.5.3

BATERI KERING

Gambarrajah 3.5.4

Bateri kering lebih tahan lama, lebih kuat dan lebih mudah dijaga kerana ia

tidak memerlukan air bateri. Jangka hayat bateri kering adalah minimum setahun

dan paling lama adalah dua tahun.

FLOAT SWITCH SENSOR


Float switch sensor adalah suis
apungan sejenis sensor yang
digunakan mengesan cecair di
dalam tangki.

Gambarrajah 3.5.5

NRF24L01 + PA + LNA

NRF24L01 + PA + LNA adalah sesuai


digunakan untuk sistem komunikasi tanpa
wayar pada harga kos yang rendah.

Gambarrajah 3.5.6

3.6 ANGGARAN KOS

Jadual 3.6.1 menunjukkan senarai kos anggaran bahan dan komponen bagi Mesin
Racun Semi-Automatik.

KOMPONEN/BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH HARGA


MOTOR 2 RM130 RM260
PAM 1 RM200 RM200
BESI HOLLOW HITAM - RM15 RM15
BATTERI KERING 2 RM35 RM70
TAYAR 4(1 SET) RM100 RM100
ARDUINO 2 RM10 RM20
FLOAT SWITCH SENSOR 2 RM8 RM16
NRF24L01 + PA + LNA 2 RM13 RM26
(WIRELESS MODULE)
TANGKI 1 RM50 RM50
PEMEGANG BATERI 1 RM4 RM4
SPIRAL NOZZLE 3 RM8 RM24
JUMLAH RM785

3.7 RUJUKAN

Jentera Racun Rumpai Automatik :

- http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/
4135/1/20080822_N_UM_SUP_pg10,11_Semburan_racun_rumpa.pdf
- https://harizamrry.com/2008/08/22/semburan-racun-rumpai-automatik/

Robot Sembur Racun Farmo V2 :

- https://farmo-robot.com/
- https://www.hmetro.com.my/agro/2017/11/282399/kawalan-sejauh-100-meter
- https://www.projekmm.com/news/berita/2017/12/12/robot-kawalan-jauh-
mudahkan-kerja-kebun-jimat-kos/1531027

Alat Penyembur Tekanan Tinggi (HPS) :

- http://animhosnan.blogspot.com/2019/10/alat-penyembur-tekanan-tinggi.html

Anda mungkin juga menyukai