Anda di halaman 1dari 13

Penanaman Strawberry Secara Fertigasi – Oleh Shahrul Zaini

Pengenalan

Strawberry (Fragaria sp) merupakan sejenis buah-buahan iklim sederhana yang kini
ditanam dan popular di Cameron Highlands. Buah strawberry ini digunakan samada
sebagai buah segar atau diproses sebagai produk-produk hiliran seperti jem, jus dan buah
kering. Penanaman strawberry di Cameron Highlands dijangka bermula pada awal tahun
1950an oleh penjajah Inggeris yang membawa masuk jenis-jenis dari Eropah. Dalam tahun
60an dan 70an jenis-jenis yang popular adalah Fresno dan Tioga dari Amerika Syarikat.
Jenis-jenis ini ditanam terus atas batas dengan sungkupan plastik atau didalam pasu atau
beg plastik. Pada mulanya strawberi ditanam untuk jualan kepada para pelancong yang
mengunjungi Cameron Highlands. Strawberry sesuai ditanam di Cameron Highlands
dimana iklimnya adalah : suhu malam 140C, suhu siang 240C, 1200 – 1500 m dari aras
laut.

Penanaman strawberry secara fertigasi dibawah struktur pelindungan hujan dapat


mengurangkan serangan perosak dan penyakit. Hasil pengeluaran meningkat sehingga 5
kali ganda Pada masa ini pengeluaran strawberry di Cameron Highlands dianggarkan
sebanyak 21,120 tan yang bernilai lebih kurang RM 507 juta. Jumlah ini adalah untuk
produk buah segar sahaja. Pengeluaran strawberry juga mempunyai produk-produk hiliran
yang popular dikalangan para pelancong. Nilai produk-produk hiliran ini adalah 15% dari
produk buah segar. (– sumber Jabatan Pertanian)

Sistem Tanaman

Struktur Pelindungan Hujan

Pada masa ini berbagai jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan di Cameron Highlands
ditanam dibawah struktur pelindungan hujan. Kelebihan penggunaan struktur pelindungan
hujan adalah mengurangkan kerosakan akibat hujan, mengurangkan serangan serangga dan
perosak, mengurangkan penyakit kulat dan mengurangkan semburan racun makhluk
perosak. Struktur pelindungan hujan jenis terbuka digunakan untuk tanaman strawberry di
Cameron Highlands. Kelebihan jenis terbuka ini ialah mengurangkan kelembapan udara
dengan meningkatkan pengaliran udara dibawah struktur pelindungan tersebut. Struktur
pelindungan hujan terdiri daripada bumbung yang beratap plastik (lutsinar) dan rangka
struktur yang keseluruhannya menggunakan kayu atau besi atau kedua-duanya sekali.
Kebanyakkan pengusaha kini menggunakan struktur pelindungan hujan yang
keseluruhannya berangkakan besi. Anggaran kos bagi pembinaan seunit rumah
pelindungan hujan berangka besi bagi keluasan 1 hektar ialah RM350,000.00. Kos
pembinaan rumah pelindungan hujan berangka kayu hanya kurang 15% daripada kos
rumah pelindungan hujan berangka besi.

1
LAKARAN 1: SISTEM FERTIGASI TANAMAN STRAWBERRY
Air dari sumber
Penapis 1 (Filter Plate)

Injap Kawalan
Penapis 2 (Filter Gauge)

Paip politena
6 8 (25 mm)
Injap masuk

5 7
Tangki politena
2700 liter
2 4

1 3

Pam Pam Injap


Air 1 Air 2 keluar
(3 kk) (3 kk)
Injap
kawalan Pam letrik

Penapis

Paip politena
(13mm) &
paip makro
(6mm)

2
Sistem Fertigasi

Sistem penanaman dalam media tanpa tanah dan pengairan secara fertigasi telah
berkembang dengan pesatnya diseluruh dunia. Sistem ini hasil daripada pengubahsuaian
sistem hydroponik yang telah lama diamalkan. Bagi penanaman strawberry dua sistem
tanaman secara fertigasi boleh diamalkan. Yang pertama ialah sistem fetigasi tanaman
dalam beg plastik dan yang kedua ialah sistem tanaman dalam bantal plastik. Beg plastik
dan bantal plastik ini dipenuhi dengan media tanaman tanpa tanah. Media tanaman yang
disyorkan bagi strawberry ialah campuran 50% coco-peat dan 50% perlite. (Sila lihat
Jadual 1).

Jadual 1 : Penilaian beberapa media tanaman bagi tanaman strawberry dengan


sistem fertigasi

Media Tanaman Jumlah berat buah/10 pokok Jumlah


(gm) (Kgm)

2001 2002

Perlite + Habuk Kelapa 2524.63a 3861.53a 6.39


Perlite + Sekam Padi Bakar 1466.17b 1574.23b 3.04
Pasir + Habuk Kelapa 1082.27de 1212.70bc 2.29
Pasir + Sekam padi Bakar 1328.97bc 1135.83bcd 2.46
Perlite 1345.90b 972.73cd 2.32
Habuk Kelapa 1160.83cd 691.67de 1.85
Sekam Padi bakar 1093.07de 453.30ef 1.55
Pasir 935.37e 182.47f 1.12

Semua campuran adalah dengan nisbah 1 : 1


Percubaan dilaksanakan dalam beg plastic berukuran 6” X 9”
Jenis strawberi : Camaroga

Sistem tanaman berbantal ini tanaman mudah diadakan secara berlapis atau bertingkat.
Kajian telah menunjukkan sistem tanaman berfertigasi tanpa tanah bebantal tiga lapisan
sesuai bagi tanaman strawberi yang memberi 14 pokok strawberry setiap meter persegi. Ini
memberi 140,000 pokok setiap hektar.

Sistem fertigasi yang lengkap mempunyai peralatan seperti tangki baja, pam, penapis, injap
dan sistem paip yang membawa larutan nutrien ke setiap tanaman. Sistem ini dinamakan
sebagai sistem fertigasi titis (SFT). SFT boleh dikawal secara manual atau menggunakan
jam pengawal automatik. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum strawberry ditanam
kedalam beg plastik bebantal. Jadi sistem yang disyorkan dinamakan sebagai Sistem
Fertigasi Titis – Bebantal Bertingkat.

3
Varieti Strawberry

Pada masa ini terdapat lebih kurang 8 jenis strawberry yang ditanam di Cameron
Highlands. Mengikut Pengalaman, dua jenis yang disyorkan adalah Camarosa (Gambar 8)
dan Camaroga (Gambar 9) yang berasal daripada negeri Holland. Ciri-ciri varieti
Camarosa dan Camaroga adalah seperti berikut :

CAMAROSA CAMAROGA
 Pengeluaran buah satu setiap tangkai  Pengeluaran buah berangkai
 Gred A - 45%  Gred A - 30%
 Jangka hayat buah segar - 6 – 7 hari  Jangka hayat buah segar - 4 hari
 Bentuk buah bujur  Bentuk buah cylindrical
 Warna buah merah terang  Warna buah merah hati (maroon)
 Brix – 8.96  Brix - 6.62
 Hasil Tahun 1 - 0.17kg/pk  Hasil Tahun 1 - 0.16kg/pk
Tahun 2 - 0.77kg/pk Tahun 2 - 0.71kg/pk
Tahun 3 - > 1.0kg/pk Tahun 3 - >1.0kg/pk

Kedua-dua jenis disyorkan untuk tanaman dan kajian awal menunjukkan jenis Camaroga
adalah lebih sesuai digunakan untuk produk-produk hiliran seperti jem, jus dan buah
kering. Ini oleh kerana jangka hayat (Shelf-life) adalah 4 hari dengan warna merah hati
dan nilai brix yang lebih rendah daripada varieti Camarosa. Varieti Camarosa disyorkan
sebagai buah segar.

Penyediaan Bahan Tanaman

Bahan tanaman strawberry diperolehi dengan dua cara iaitu tunas menjalar (runners) dan
tunas sisi (side shoots). Tunas menjalar adalah anak pokok strawberry yang keluar
daripada batang yang menjalar dan tunas sisi adalah yang keluar daripada batang asal
tanaman. Kedua-dua jenis bahan tanaman boleh digunakan. Bahan tanaman tunas
menjalar diperolehi dengan membiarkan pokok asal strawberry menjalar. Tunas menjalar
ini dipotong dan disemai dalam dulang semaian sistem plug yang berisi dengan media
semaian iaitu compost.

Tunas sisi diperolehi dengan memecah-mecahkan tanaman strawberry yang sudah berusia
8bulan – 1 tahun yang mempunyai beberapa tunas. Tunas-tunas sisi ini juga disemai
didalam dulang semaian.

Tunas runner dan tunas sisi akan mengeluarkan akar dalam masa 14 hari dan bolehlah
ditanam didalam bantal plastik yang berisi dengan media tanaman.

Setiap pokok strawberry boleh mengeluarkan antara 10 – 15 tunas menjalar dan 5 – 7 tunas
sisi dalam setahun jika pencantasan tidak dilaksanakan.

4
Penyediaan Ladang

Tapak Tanaman

Permukaan tanah dibawah struktur pelindungan hujan diratakan dan disediakan dengan dua
cara. Pertama, permukaan tanah boleh disimen dengan konkrit. Kedua, permukaan tanah
ditutup dengan sungkupan plastik berwarna putih atau hitam bagi mengawal rumput rampai
dan menjaga kebersihan. Bagi sistem tanaman SFT-Bebantal Bertingkat rangka untuk
meletakkan bantal tanaman boleh diperbuat dengan kayu atau besi. Rangka ini berbentuk
A. Dengan ini disyorkan frame rangka berbentuk A diperbuat dengan kayu dan tapak
meletakkan bantal dialas dengan 2 batang paip besi 16mm (naco paip atau con tube)

Sistem tanaman bertingkat yang disyorkan ialah Frame rangka-rangka kayu berbentuk A
diatur mengikut barisan lurus dan bantal plastik yang berisi dengan media tanaman diatur
diatas rangka berkenaan yang akan memberi tiga tingkat dengan lima barisan.

Medium Tanaman

Medium tanaman yang disyorkan ialah 50% coco-peat (habuk kelapa) dan 50% perlite.
Coco-peat mudah diperolehi, murah dan lebih mesra alam serta memberi pertumbuhan dan
hasil tanaman setanding dengan media yang lain. Perlite adalah bahan yang diimpot dan
perlu digunakan untuk menambahkan pengudaraan dalam media berkenaan. Pasir yang
ditapis boleh menggantikan perlite tetapi pasir lebih berat dan memerlukan struktur yang
lebih kuat. Setelah medium digaul dengan baik, campuran dimasukkan didalam bantal
plastik berwarna putih diluar dan hitam didalam berukuran 30cm lebar X 1.0m panjang.
Bantal plastik diatur diatas rangka tanaman sebelum lubang tanaman dan lubang pengaliran
air dibuat dibahagian atas dan bawah bantal plastik tersebut. Setiap bantal mempunyai 4
lubang tanaman berukuran 10cm garis pusat (diameter). Tiap-tiap lubang tanaman diberi
titisan fertigasi melalui polyethylene mikro 1.0mm yang mempunyai larutan nutrien dari
tangki berisi dengan larutan baja.

Penanaman Strawberry

Sebelum menanam, media tanaman dalam bantal plastik dibilas dengan air melalui sistem
fertigasi selama 2 jam setiap hari hingga air jernih keluar dari bantal plastik tersebut. Ini
mungkin mengambil masa 3 – 4 hari. Anak benih strawberry dari dulang semaian yang
sudah berakar (14 hari) dialih dan ditanam disetiap lubang dibantal tanaman. Selepas
penanaman pengairan diberi tiga kali sehari, 5 minit setiap kali. Pengairan ini adalah tanpa
baja selama satu minggu. Selepas satu minggu pembajaan dengan larutan baja akan
disalurkan kepada bantal tanaman tersebut.

5
Amalan Kultur

Pembajaan

Tumbuhan-tumbuhan memerlukan 16 unsur nutrien untuk pertumbuhan. Ia dibahagikan


kepada unsur makro iaitu unsur yang diperlukan dengan kuantiti yang banyak, dan unsur
mikro iaitu unsur yang diperlukan dengan tersangat sedikit. Unsur makro termasuklah
karbon (C), hydrogen (H), oksigen (O), nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium
(Ca), sulfur (S) dan magnesium (Mg). Unsur-unsur mikro termasuklah besi (Ferum, Fe),
klorin (Cl), mangan (Mn), boron (B), zink (Zn), tembaga (kuprum, Cu) dan molibdenum
(Mo). Kepekatan unsur-unsur ini dalam tumbuhan berbeza antara satu dengan yang lain,
tetapi secara amnya unsur H, C dan O lebih tinggi daripada unsur-unsur N, K, Ca, Mg, P
dan S. Unsur-unsur mikro tersangatlah rendah walaupun ia penting untuk kesuburan
tanaman.

Satu rumusan larutan baja dengan menggunakan baja kimia telah dikenalpasti untuk
tanaman strawberry (Jadual 2). Baja ditimbang berasingan dan dilarutkan didalam air yang
bersih. Adalah dinasihatkan supaya larutan baja stok disediakan secara berasingan dan
dimasukkan didalam tangki apabila perlu. Rumusan baja untuk strawberry yang siap
dicampur ada dijual untk memudahkan penanam atau pengusaha. Penanam hanya perlu
timbang kadar yang ditentukan dan larutkan baja dalam kuantiti air yang diperlukan.

6
Jadual 2 : Komposisi Nutrien untuk Tanaman Strawberry

Berat baja (g)


Nutrien Peratus bsj (mg/L) bagi 1000 Liter
air

N - Kalsium Nit. (15%) 0.15 60.000


N - Kalium Nit. (23.5%) 0.235 20.000 85.11
N - Ammonium Nit. (34.5%) 0.345 0.000 0.00

Jumlah N 80.000

P - Mono-K-P (23%) 0.23 45.000 195.65

K - Kalium Nit. (38%) 0.38 32.340


K - Mono-K-P (28%) 0.28 54.783
K - Kalium Sulfat (K=45%) 0.45 12.877 28.62

Jumlah K 100.000

Ca - Calcium Nit (19%) 0.19 76.000 400.00


Ca - Clacium klorida (36%) 0.36 124.000 344.44

Jumlah Ca 200.000

Mg - Mag. Sulfat (Mg =10%; S=13%) 0.1 50.000 500.00

Fe 0.132 3.00 22.73


Mn 0.28 0.80 2.86
Zn 0.235 0.30 1.28
B 0.14 0.70 5.00
Cu 0.254 0.20 0.79
Mo 0.39 0.05 0.13

NOTA :
b.a. = bahan aktif; bsj = bahagian sejuta
EC = 0.8 - 1.0 (pada peringkat awal tanam hingga mula berbunga)
EC = 1.5 pada peringkat berbunga dan berbuah (beri air bersih EC = 0 sekali setiap
10 hari)
pH = antara 5.5 hingga 6.5
Larutan Stok
Stok A = Campurkan nitrat, Calcium klorida dan mikro Fe (Iron) ke larutan stok
Stok B = Campurkan Kalium nitrat, Mono-K-P, Kalium sulfat, Magnesium sulfat dan
mikro Mb, Zn, B, Cu, Mo ke larutan stok.

7
Tanaman strawberry memerlukan larutan nutrien pada kepekatan yang tertentu dibeberapa
peringkat pembesaran. Kepekatan larutan nutrien diukur secara konduktiviti elektrik (EC).
Penentuan EC mesti dilakukan setiap kali bancuhan dibuat atau apabila pertukaran EC
diperlukan dan sekurang-kurangnya setiap minggu. Unit ukuran konduktiviti ialah mho.
Secara mudah, konduktiviti biasanya dinyatakan sebagai milimhos/cm dan aras yang
diperlukan bagi kebanyakan tumbuhan ialah antara EC 1.5 – 4.00. Bagi strawberry EC
yang disyorkan adalah antara 0.8 hingga 1.5. Selepas 1 minggu tanaman EC yang diberi
ialah 0.8. EC dinaikkan setiap 10 hari kepada 1.0, 1.2 dan 1.5 EC. Maximum yang diberi
ialah 1.5. Selepas 3 bulan bantal plastik perlu dibilas dengan air sahaja tiap-tiap 10 hari
untuk mengeluarkan bahan garam (salts) yang toksik kepada tanaman. Proses bilas
dilaksanakan selama 1 jam tiap-tiap 10 hari.

Satu lagi faktor yang penting ialah keasidan larutan nutrien didalam air yang dinamakan
pH. Nilai pH ialah pengukuran asid atau alkali sesuatu larutan itu. Larutan itu berasid jika
pHnya kurang daripada 7, neutral pada nilai 7 dan alkali jika lebih daripada 7. Bagi
tanaman strawberry secara fertigasi, pH yang disyorkan ialah antara 5.5 hingga 6.5. Nilai
pH ditentukan dengan meter pH.

Pengairan baja hendaklah dilakukan setiap hari dengan kekerapan 2 – 4 kali sehari
bergantung pada keadaan cuaca. Pada hari-hari yang panas pembajaan fertigasi dilakukan
3-4 kali sehari. Pada hari hujan atau mendung dan lembab pembajaan dilakukan 1 – 2 kali
sehari. Jangka masa pengairan ini dilakukan bergantung pada saiz paip dan tekanan air
(pam) iaitu 5 – 10 minit, sehingga kelihatan tanda-tanda lembap didalam bantal tanaman
(air mula keluar dari bawah bantal tanaman). Sebagai panduan, dengan tekanan air 2 bar
(pam 2 kw) pengairan larutan nutrien selama 5 minit mencukupi bagi medium tanaman di
dalam bantal tanaman yang berukuran 30 cm X 1.0 m dengan 4 saluran tititsan.

Cara Merangsang Pembungaan

Tanaman strawberry di Cameron Highlands berbunga 60 hari selepas ditanam dengan


sistem fertigasi. Juga dengan iklim sederhana yang terdapat di Cameron Highlands
tanaman strawberry berbunga dan berbuah sepanjang tahun.

Untuk menambahkan bunga dan memperolehi buah yang lebih besar, tanaman strawberry
boleh di sembur dengan hormon Giberellic Acid (GA) dengan kadar 2.5 bsj (Gambar 19).
Semburan dilaksanakan 90 hari selepas menanam. Semburan dengan GA diamalkan
sehingga 3 – 4 kali setahun untuk merangsang pembungaan mengikut jadual yang
dikehendaki oleh pengusaha.

8
Kaedah Mencatas Daun dan Bunga

Bagi tanaman strawberry pencatasan daun-daun lama perlu dilaksanakan tiap-tiap 2


minggu. Ini akan menggalakkan pengeluaran tunas yang baru dan juga menggalakkan
pengeluaran tunas bunga. Pencantasan dilaksanakan dengan tangan iaitu dengan mencabut
tunas daun daripada batang asli. Tanaman strawberry akan mengeluarkan banyak bunga
selepas dirangsang dengan semburan GA, dan adalah digalakkan menyimpan hanya 4
hingga 5 bunga sahaja setiap tangkai untuk memperolehi saiz buah yang besar dan
berkualiti. Bunga yang berlebihan dipetik dan dibuang.

Serangga Perosak dan Penyakit

Penanaman strawberry secara fertigasi dibawah struktur pelindungan hujan menghadapi


beberapa masalah serangga perosak dan penyakit yang biasa meneyerang strawberry
Puncanya ialah daripada keadaan semulajadi seperti pembiakan serangga dan agen
penyakit seperti kulat, dalam keadaan iklim dan cuaca yang menggalakkan. Faktor yang
lain seperti kebersihan persekitaran ladang, kebersihan system fertigasi dan amalan kultura
petani dan pekerja juga memainkan peranan penting dalam mengawal kejadian serangan
serangga perosak dan penyakit. Serangga perosak dan penyakit utama tanaman strawberry
boleh dikawal dengan cara amalan kultura atau dengan racun perosak atau kedua-duanya
sekali. Perlu diingatkan bahawa racun perosak hanya boleh digunakan apabila perlu sahaja
dan semua tatasusila penggunaan racun kimia perlu diamalkan. Ini lebih-lebih lagi bagi
tanaman strawberry yang dipasarkan sebagai buah segar dan tidak boleh dibasuh.

Jenis serangga perosak dan penyakit utama strawberry serta kaedah pengawalannya
ditunjukkan dalam Jadual 3.

9
Jadual 3 : Serangga perosak dan penyakit utama tanaman strawberry dan kaedah
pengawalannya

Cara Kawalan
Jenis Perosak &
Penyakit Kerosakan/Simpton Amalan kultura Racun Kimia

PEROSAK

1. Hama (Mite) Menyerang daun dan putik Menggunakan kaedah Semburan dengan
(Tetranychus buah & mengakibatkan daun biological dengan amitraz, dicarzol &
urticae) berkedut dan kering. Putik pemangsa hama avermectin 15 hari
buah mati atau mengakibatkan Phytoseiulus persimilis sekali
buah berkedut

2. Kutu trip Kutu trips bertelur dikudup Membuang bunga dan Semburan dengan
(Frankliniella bunga. Kutu trips menyedut buah yang telah rosak racun avermectin &
occidentalis) cecair kelopak bunga dan putik cyromazine semasa
buah mengakibatkan putik buah tanaman sedang
mati atau menghasilkan buah berbunga
yang kerekot

3. Lalat putih Menyerang & menghisap cecair Kawalan biologi dengan Semburan dengan
(Trialeurodes dari daun. Daun menjadi layu. pianggang (Macrolophus avermectin,
vaporariouim) Lalat putih mengeluarkan sp) buprofezin atau
manisan ‘honey dew’ yang ‘white oil’ 15 hari
menggalakkan pertumbuhan sekali
‘sooty mold’ atas buah dan daun

4. Ulat ratus Sejenis rama-rama yang bertelur Mengutip daun dengan Semburan dengan
(Spodoptera didaun, ulat larva memakan ulat larva dan racun seperti
litura) daun, tunas dan buah musnahkan chlorpyrifos +
cypermetrin dan
Bacillus
Thuringiensis
Dibahagian daun &
pucuk pokok 15
hari sekali

PENYAKIT

1. Hawa berdebu Daun dan batang bertompok- Mencantas daun untuk Semburan dengan
(Sphaerotheca sp) tompok putih menjadi perang pengudaraan yang racun azoxystrobin,
akhirnya daun mati seperti baik mancozeb,
dibakar propiconazole

2. Reput perang Kulat menyerang buah Mencantas & membuang Semburan dengan
(Botrytis sp) strawberry menjadi reput semua buah yang mula racun mancozeb
dan busuk menunjukkan kesan semasa putik buah
serangan. Mencantas
daun untuk pengudaraan
yang baik

10
Cara kawalan musuh perosak dan penyakit adalah dengan semburan racun perosak dan
amalan kultura yang baik. Amalan kultura yang penting ialah pembersihan kawasan
daripada sisa-sisa tanaman, buah dan daun yang berpenyakit. Racun perosak hanya
disembur pada awal tanaman tiap-tiap minggu sehingga bunga mula menjadi buah. Petikan
buah hanya dibuat 10 hari selepas semburan untuk mengelakkan sisa baki racun atas buah
strawberry. Bagi mengawal serangga perosak racun perosak Avermectin digunakan. Bagi
mengawal penyakit racun kulat Mancozeb digunakan. Kawalan biologi dengan musuh
semulajadi disyorkan bagi perosak hama dengan menggunakan predator, Phytoseiulus
persimilis.

Penuaian

Tanaman strawberry mula berbunga 2 bulan selepas tanaman dan hasil mula dipetik 3
bulan selepas tanaman. Jangka hayat ekonomik bagi tanaman strawberry ialah 3 tahun.
Adakala petani menyimpan tanaman sehingga 4 tahun. Dalam keadaan biasa setiap pokok
strawberry akan menghasilkan 1 kilogram buah setahun. Walau bagaimanapun dalam
tahun pertama pengeluaran purata adalah sebanyak 0.4 kilogram.

Bagi pasaran buah segar, buah dipetik apabila 65% masak bagi pasaran luar Cameron
Highlands dan 80% masak bagi pasaran tempatan. Secara kasar mutu kualiti buah segar
dibahagikan kepada 3 gred. Gred A adalah buah yang melebihi 30 gram setiap satu yang
mempunyai reka bentuk yang cantik. Gred B adalah buah yang kurang daripada 30 gram
setiap satu dan mempunyai bentuk buah yang cantik. Gred C adalah buah segar yang kecil
dan mempunyai bentuk buah yang kurang menarik. Kebanyakkan petani menggunakan
Gred C untuk mengeluarkan produk-produk seperti jus, jem dan buah kering.

Pengendalian Lepas Tuai

Buah strawberry segar TIDAK dibasuh dengan air oleh kerana ini akan merosakkan buah
berkenaan. Buah-buah segar dipetik secara manual dan dimasukkan dalam bakul plastik
dan kemudian untuk pasaran dimasukkan dalam bekas plastik yang mempunyai lubang
pengudaraan. Ada tiga saiz bekas plastik tersebut iaitu yang boleh muat 250 gram, 500
gram dan 1 kilogram buah segar. Buah segar dalam bekas plastik boleh disimpan dalam
peti sejuk dengan suhu 70C selama 3 hari sebelum dipasarkan. Buah strawberry segar yang
akan digunakan untuk produk hiliran disimpan didalam peti sejukbeku (freezer). Buah-
buah ini boleh disimpan selama 14 hari sebelum digunakan untuk produk-produk hiliran.

11
Harga Pasaran

Buah strawberry segar dijual dengan harga antara RM15.00 – RM35.00 sekilogram
mengikut gred dan musim. Harga purata adalah RM24.00 sekilogram.

Kos Pengeluaran dan Anggaran Pendapatan

Kos Pengeluaran dan Anggaran pendapatan bagi 0.50 ha tanaman strawberry di Cameron
Highlands adalah seperti dalam Jadual 4. Petanda kewangan seperti aliran tunai bersih,
aliran tunai terkumpul, nilai kini bersih, IRR, nisbah faedah kos, tempoh pulangan modal
dan kos pengeluaran purata juga disertakan.

Kesimpulan :

Tanaman strawberry di Cameron Highlands adalah digalakkan oleh kerana ia


menguntungkan dan mempunyai daya maju sebagai industri hiliran.

12
Jadual 4 : Kos pengeluaran dan Anggaran Pendapatan (0.50 ha) tanaman strawberry di Cameron
Highlands
Perkara/Tahun Tahun 0 Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4
Keluasan tanah diperlukan (ha) 0.50 0.50 0.50 0.50 0.50
Keluasan tanaman strawberry (ha) 0.50 0.50 0.50 0.50 0.50
Bilangan pokok @70,000/0.5ha 0.00 70000.00 70000.00 70000.00 70000.00
Jumlah pengeluaran @1kg/pokok/tahun 0.00 28000.00 70000.00 70000.00 70000.00

Pendapatan
Jualan segar @RM15/kg 0.00 1,050,000.00 1,050,000.00 1,050,000.00 1,050,000.00
Jualan untuk proses @RM7/kg 0.00 280000.00 280000.00 280000.00 280000.00
Jumlah pendapatan 0.00 1,330,000.00 1,330,000.00 1,330,000.00 1,330,000.00

Perbelanjaan
A: Pembangunan projek
Penyediaan kawasan projek 10000.00
Penyediaan infrastruktur (jalan dan saliran) 20000.00
Rainshelter @RM200,000/hektar 100000.00
Sistem pengairan 40000.00
Peralatan fertigasi @RM50,000/hektar 25000.00
Pejabat, stor dan rumah pembungkusan 60000.00
Pick-up trak 50000.00
Jumlah kos A 305000.00

B: Operasi dan pengurusan tanaman


Bahan tanaman @RM1/pokok 0.00 70000.00 0.00 0.00 0.00
Kos operasi dan pengurusan tanaman @RM4/pokok 0.00 280000.00 280000.00 280000.00 280000.00
Pemeliharaan infrastruktur dan kemudahan @5% 0.00 15250.00 15250.00 15250.00 15250.00
Penggantian anak pokok (2%/tahun) 0.00 1400.00 1400.00 1400.00 1400.00
Sewa tanah @RM1500/hektar/tahun 0.00 750.00 750.00 750.00 750.00
Cukai tanah @RM800/hektar/tahun 0.00 400.00 400.00 400.00 400.00
Perkakas ladang (termasuk bakul memungut hasil) 0.00 2000.00 2000.00 2000.00 2000.00
Jumlah kos B 0.00 369800.00 299800.00 299800.00 299800.00

C: Penggajian pengurusan dan pekerja


Penyelia projek (1) @RM1600/bulan 0.00 19200.00 19200.00 19200.00 19200.00
Pekerja tetap (4) @RM1000/bulan 0.00 48000.00 48000.00 48000.00 48000.00
Bonus (1 bulan gaji) 0.00 4000.00 4000.00 4000.00 4000.00
Jumlah kos C 0.00 71200.00 71200.00 71200.00 71200.00

Jumlah kos keseluruhan (A + B + C) 305000 441000 371000 371000 371000


Kos luar jangkaan (5%) 15250 22050 18550 18550 18550
Aliran tunai keluar 320250 463050 389550 389550 389550

Aliran tunai bersih (pendapatan-perbelanjaan) -320250 866,950 866,950 866,950 866,950


Kos pengeluaran purata (RM/kg) 8

13

Anda mungkin juga menyukai