Anda di halaman 1dari 4

HELAIAN MAKLUMAT (INFORMATION SHEET)

Y-050-1 (TG18) IS2


PENYUNGKUPAN Y-050-1 (TG18)

2.0 PERALATAN DAN BAHAN KERJA PENYUNGKUPAN 2.1 Jenis dan kegunaan bahan kerja penyungkupan Bahan-bahan sungkupan yang perlu disediakan ialah : 1. Plastik 'silvershine' 2. Air untuk membasahkan tanah untuk sungkup permukaan tanah pada batas / pangkal pokok / alas polibeg berbentuk gulung lebar 1.75 cm panjang 250 m

Peralatan yang berkaitan dengan kerja penyungkupan bergantung kepada jenis-jenis bahan sungkupan yang digunakan. Bagi sungkupan plastik 'silvershine', peralatan yang perlu disediakan ialah : 1. Kayu bulat garispusat 3 5 cm, panjang 2.0 meter untuk dimasukkan ke dalam lubang plastik silvershine

2. Kayu hujung bercabang pangkal tajam garispusat 3 5 cm, panjang 30 50 cm 3. Cangkul untuk membelah tepi batas dan menarik tanah ke tepi plastik 'silvershine'. untuk disangkutkan kayu yang dimasukkan ke dalam lubang plastik sungkupan sediakan 2 batang

Information sheet 2 Y-050-1 TG18

MUKA SURAT

15

3.0 KERJA PENYUNGKUPAN 3.1 Jenis aktiviti kerja penyungkupan Kaedah menyungkup bergantung kepada bahan sungkupan yang digunakan dan kemudahan yang ada. Antara kaedah menyungkup ialah : 1. Menggunakan traktor membelah tepi batas, menarik plastik silvershine menutup batas dan mengambus kembali tepinya.

Sungkup dengan jentera

2. Menggunakan tenaga ( 1 orang ) menarik plastik yang disangkutkan pada kayu cabang.

3. Menggunakan tenaga ( 3 orang atau lebih ) seorang atau 2 orang menarik plastik silvershine yang dipegang 2 orang yang lain.

3.2

Kelebihan / faedah penyungkupan i. ii. iii. iv. v. Tiada pertumbuhan rumpai atau dapat dikurangkan. Menghindar serangan serangga perosak seperti kutu dan trips Mengamalkan sistem penanaman yang teratur dan cantik Memelihara kelembapan tanah Merendahkan suhu tanah

Information sheet 2 Y-050-1 TG18

MUKA SURAT

16

4.0 LUBANG SUNGKUPAN Lubang sungkupan dibuat untuk membolehkan tanaman / anak pokok tumbuh dan dibuat dengan jarak yang tertentu. 4.1 Jenis lubang sungkupan untuk plastik 'silvershine' Plastik silvershine perlu ditebuk sebelum dapat ditanam dengan tanam-tanaman. Ada beberapa kaedah menebuk plastik silvershine iaitu, 1. 2. 3. 4. Menggunakan pisau nipis Menggunakan gunting Menggunakan penebuk plastik dari pot / tin yang bermata gergaji Menggunakan penebuk plastik dari pot / tin yang dibubuh bara api

Penebuk plastik dipasangkan pemegang kayu secara tegak panjang 1 1.5 m Penebuk plastik boleh dipasang dawai ukur yang boleh dilaraskan mengikut jarak tanaman Gambarajah penebuk plastik adalah seperti di bawah,

Penebuk lubang untuk plastik silvershine

Saiz dan bentuk lubang Bentuk lubang yang boleh dibuat pada plastik silvershine biasanya ialah, 1. Bulat 2. Empatsegi Saiz lubang plastik yang disyorkan ialah 10 20 cm garispusat

Information sheet 2 Y-050-1 TG18

MUKA SURAT

17

Bentuk lubang bulat pada plastik silvershine

Bentuk lubang empatsegi pada plastik silvershine

4.2 Aktiviti penyediaan lubang sungkupan 1. Peralatan dan bahan yang berkaitan dengan kerja menebuk plastik silvershine adalah seperti Penebuk plastik dari pot / tin berpemegang, pita ukur / dawai pelaras, kayu cucuk tajam dihujung panjang 30 50 cm, arang kayu, minyak tanah dan mancis. Kaedah ini dilakukan dengan memanaskan bahagian penebuk untuk melubang pada plastik. 2. Pita ukur digunakan jika penebuk plastik tiada pelaras dawai jarak untuk mengukur jarak tanaman pada plastik silvershine. Jarak tanaman diukur dengan mencucukkan kayu kecil yang tajam. 3. Penebuk plastik ditekankan pada plastik silvershine dengan jarak tanaman sehingga terbentuk lubang. Helaian-helaian plastik yang telah dipotong perlu dipungut dan lupuskan. 4. Kerja-kerja pembersihan dilakukan setelah kerja selesai dan semua peralatan disimpan kembali ke dalam setor.

Information sheet 2 Y-050-1 TG18

MUKA SURAT

18

Anda mungkin juga menyukai