Anda di halaman 1dari 47

PENGENALAN

Kajian Fabrik

Gentian dapat dikelaskan kepada:

Gentian asli Gentian buatan

Gentian Asli Gentian asli berasal daripada sumber semulajadi. Contohnya adalah daripada gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

i)

Gentian tumbuhan:

Gentian tumbuhan untuk fabrik adalah gentian yang mengandungi 70 peratus hingga 80 peratus selulosa yang terkandung dalam biji, batang, daun dan buah. Selulosa pada gentian tumbuhan terdiri daripada unit glukosa. Setiap molekul glukosa mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Susunan molekul dalam selulosa adalah padat dan teratur. Susunan ini memberikan kekuatan pada batang tumbuhan.

Kapas Pokok kapas banyak ditanam di India, Amerika Syarikat, Russia, China dan Mesir. Tinggi pokok kapas lebih kurang satu hingga satu setengah meter. Pada peringkat awal, bunganya berwarna kuning muda kemudian selepas tiga hari bunga akan menjadi merah dan gugur meninggalkan lenggai atau buah kapas. Lenggai ini membesar sehingga sebesar telur ayam; terdapat tiga hingga lima garisan yang membujur yang akan merekah apabila buah kapas matang. Setiap pokok yang akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 20 biji buah dan setiap buah pula mengandungi 30 hingga 40 biji benih yang disalut dengan bebola gentian kapas. Pokok kapas Kapas dapat dikategorikan kepada empat jenis: Kapas Sea Island Kapas Mesir Kapas Amerika Kapas India

Kapas Sea Island dan kapas Mesir digunakan untuk membuat benang kapas dan fabrik yang ringan seperti Batiste.

Kapas Amerika sesuai dijadikan fabrik yang tebal dan berat untuk kegunaan artikel kelengkapan rumah tangga dan industri.

Kapas India digunakan untuk menhasilkan fabrik berkualiti rendah.

Contoh Fabrik dari Gentian Kapas 1. Fabrik tebal

Denim 2. Fabrik Sedehana

Drill

Terry

Belacu

Gingham

Poplin

3.

Fabrik Nipis

Muslin Linen

Lawn

Voile

Gentian linen ialah selulosa batang fleks. Fleks ditanam di Russia, Poland, Perancis, dan Romania. Tinggi pokok fleks lebih kurang satu meter. Daunnya kecil dan tirus, bunganya biru atau putih dan berbatang kecil. Gentian yang baik didapati semasa pokok berbunga atau ketika batangnya berwarna hijau. Gentian fleks menghasilkan yan dan tow. Yan urai adalah gentian linen yang panjang, halus, licin, dan berkilat. Yan urai digunakan untuk membuat fabrik batiste, kambrik, kain damask, untuk kain kelengkapan rumah tangga dan pakaian. Tow adalah gentian yang pendek, kasar, warnanya pudar, lembut dan terasa panas apabila dipegang. Tow digunakan untuk membuat pakaian, cadar, dan tuala.

Pokok Fleks

Contoh Fabrik Linen

Damask Gentian Benang Sayat

Linen Berat

Linen Jarang

Dihasilkan daripada bulu haiwan, contohnya kambing biri-biri. Kualiti gentian bergantung kepada baka kambing, iklim dan kaedah penternakan.

Baka Mohair Contoh Fabrik Benang Sayat

Baka Angora

Tweed

Twill

Jersy

Gentian Sutera

Dalam jangkamasa tiga hingga tujuh hari ,telur kupu-kupu menetas, menjadi larva dan diberi makan daun malberi. Dalam jangka masa pembesaran, larva bersalin kulit sebanyak empat kali dan beratnya bertambah sepuluh ribu kali ganda dan bersedia membentuk kokun.

Ulat Sutera Contoh Fabrik Sutera

Satin

Jacquard

Crepe De Chine

Ciri gentian asli sumber tumbuhan ialah :(a) Kukuh dan bertambah kukuh apabila basah

(b) Mudah menyerap lembapan (c) Selesa dipakai

(d) Pengalir haba yang baik (e) Tidak kenyal dan mudah renyuk (f) (g) Tahan pada suhu tinggi dan sinaran matahari Tahan pada asid lemah dan alkali

Ciri gentian asli sumber haiwan ialah :(a) Kukuh tetapi lemah apabila basah

(b) Daya penyerapan baik (c) Selesa dipakai kerana lembut

(d) Pengalir haba yang baik (e) Tidak mudah renyuk (f) Rosak pada suhu tinggi dan alkali

Gentian Buatan (a)


Selulosa terjana semula Selulosa + alkali + soda kaustik ( viskos ) Selulosa + asid asetik ( asetat ) Selulosa + asetik anhidrida + metilena klorida ( triasetat )

(b) Sintetik

Petroleum + etilena ( poliester ) Arang batu + udara + air ( poliamida ) Petroleum + ammonia + air ( akrilik )

1. Ciri gentian buatan ialah :(a) Kukuh tetapi lemah apabila basah

(b) Menyerap sedikit lembapan dan mengalami elektrostatik (c) Tidak selesa dipakai (d) Penebat haba yang baik (e) Kenyal dan tidak mudah renyuk (f) Suhu sederhana

(g) Tahan pada cahaya matahari (h) Tahan pada asid

CIRI-CIRI FABRIK KAPAS

Penyerapan lembapan Mudah menyerap lembapan Bersifat hidrofilik Tiada cas elektrostatik Keteguhan teguh semasa kering atau basah

Ketahanan terhadap suhu suhu yang panas cahaya matahari

Kekonduksian

Ciri Fabrik Kapas

haba pengalir haba yang baik

Kekenyalan Mudah renyuk Mengecut semasa cucian pertama Keselesaan Selesa dipakai Kandunan lembapan 7% Daya penyerapan 21%

Ketahanan terhadap

bahan kimia tahan asid dan alkali

Ketahanan terhadap mikroorganisma Mudah bertahi lalat

UJIAN DAN KEPUTUSAN PEMBAKARAN FABRIK

Kapas/ Linen

Mudah terbakar Nyalaan api berwarna kuning dan terang Baunya seperti kertas terbakar. Hasil pembakaran ialah ringan dan berwarna kelabu.

Sutera/ Benang sayat Terbakar secara perlahan Apabila dibakar fabrik ini tidak menyala tetapi hanya berasap Mengeluarkan bau seperti rambut terbakar. Hasil pembakarannya seperti manik hitam yang bolehdihancurkan.

Poliester Mencair dan mengecut Nyalaan api berwarna kuning Menghasilkan bau yang harum. Hasil pembakaran, butir hitam yang keras.

Nilon Mudah terbakar, mencair dan mengecut menjadi manik-manik putih yang keras dan susah dipecahkan. Kurang menyala Apabila dibakar menghasilkan bau seperti daun saderi.

1. Perbezaan antara gentian asli dan gentian buatan :GENTIAN ASLI


GENTIAN BUATAN

Gentian diperoleh mengikut musim Kualiti berubah mengikut cuaca, nutrien dan serangga atau penyakit.

Pengeluaran yang berterusan Kualiti terkawal Ciri fizikal bergantung pada proses permintalan dan kemasan yang diberikan.

Ciri fizikal bergantung pada pertumbuhan semulajadi tumbuhan atau haiwan

Gentian mempunyai kuasa menyerap lembapan yang baik

Kebanyakkan gentian mempunyai daya penyerapan lembapan yang rendah kecuali viskos.

Tahan pada suhu yang tinggi

Tahan pada suhu sederhana. Hasil keluaran adalah seragam.

Ketidakseragaman hasil keluaran

PROSES JAHITAN Proses menjahit terdiri daripada urutan langkah-langkah yang digunakan dalam pembinaan pakaian. Antaranya lalah; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Kelim Belah Kancing Penghilangan gelembung Penyudah tepi Lengan Garis leher

1) KELIM Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik bagi mendapatkan bentuk pakaian atau artikel. Jenis Kelim a.Kelim Belah Kangkung b.Kelim Betawi c.Kelim papan mesin d.Kelim papan tangan e.Kelim lipat tindih

a) Kelim Belah Kangkung Cantuman dua keping fabrik yang dijahit dengan sebaris mata jahitan.Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabrik kecuali fabrik nipis. Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm. Ciri kelim belah kangkung -Lebar kedua-dua basi kelim sama. -Kelim rata dan terbuka. -Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar. -Tidak beralur di sebelah luar. Kelim belah kangkung boleh dikemaskan dengan : i) ii) iii) iv) v) vi) Dijahit lilitubi Dijahit insang pari Digunting tepinya bentuk pucuk rebung Dijahit mesin Diapit atau kun Menggunakan kedua-dua tepi kain.

Jahitan Belah Kangkung

B) Kelim Betawi Mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada 17abric nipis kerana kelim ini kukuh. Ciri kelim betawi - Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya. - Kelim tidak beralur di jahitan pertama. - Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar. - Kelim tidak bergulung. - Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar. Cara Menjahit Kelim Betawi * Temukan kedua-dua belah dalam kain. * Semat dan jelujur di garisan pemadan. * Cabut peniti-peniti. * Mesin 0.3-0.4 cm ke atas dari garisan pemadan. * Cabut jelujur. * Gunting tepinya kurang daripada 0.3-0.4 cm. * Tekankan kelim dengan hujung seterika dengan cermat untuk mengelakkan alur-alur. * Temukan sebelah luar kain dan elakkan daripada terjadinya alur-alur pada kelim. * Jelujur 0.3-0.4 cm dari jahitan mesin yang pertama. * Mesin di sepanjang garisan pemadan. * Cabut jelujur dan tekan kelim dengan cermat.

Langkah Menjahit kelim Betawi

LANGKAH 1

LANGKAH 3

LANGKAH 2

LANGKAH 4

C) Kelim Papan Mesin

- Kelim papan mesin ialah kelim berjahit dua kali yang boleh dibuat di sebelah luar pakaian atau di sebelah dalam pakaian. - Kelim ini rata, kukuh dan sesuai untuk fabrik nipis dan tebal. - Lebar kelim yang siap biasanya berukuran 4mm hingga 6 mm. - Ia digunakan untuk membuat pakaian dalam, kemeja, blaus kemeja, pijama, seluar, pakaian kerja, jean dan pada fabrik bercorak.. Kebaikannya: 1. Kukuh kerana terdapat dua baris jahitan. 2. Kemas kerana semua tepi fabrik tidak kelihatan. 3. Rata. 4. Mudah dicuci/didobi. Keburukannya: 1. Tebal dan berat bila digunakan pada fabrik tebal. 2. Dua baris jahitan mesin kelihatan di sebelah luar pakaian jika kelim ini dibuat dari sebelah luar. Cara Membuat Kelim Papan Mesin

Temukan kedua-dua keeping kain dengan sebelah dalam berhadapan. Semat, jelujur dan mesin di garisan pemadan.

Cabutkan jelujur dan guntingkan basi kelim bahagian hadapan 0.9cm dan basi kelim di bahagian belakang 0.4cm lebar.

Lipatkan basi kelim bahagian hadapan ke atas basi kelim bahagian belakang dan jelujur.

Tekankan kelim supaya tepi yang berlipat menghala ke belakang pakaian. Semat dan jelujur.

Mesin rapat dengan tepi yang berlipat. Cabut jelujur dan tekan dengan kemas. Kelepet kelim itu dilipat dan dijahit hala ke bahagian belakang pakaian.

d) Kelim Papan Tangan - Kelim papan tangan ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia dijahit tangan dengan menggunakan jahit sembat. - Jikalau disudahkan di sebelah luar, terdapat dua baris jahit sembat di sebelah luar tetapi jika disiapkan di sebelah dalam terdapat satu baris jahit di sebelah luar sahaja. - kelim ini digunakan hanya untuk pakaian dalam dan pakaian tidur jika tidak ada mesin jahit. Kebaikan

Kelim ini kukuh sebab ada dua barisan jahitan. Merupakan kelim yang kemas kerana tepi-tepinya yang berbulu disembunyi di dalam kelepet.

Kelim yang rata.

Keburukan

Masa menjahitnya terlalu lama.

Cara Membuat - Cara membuat kelim ini sama dengan kelim papan mesin. - Perbezaan antara kelim papan mesin dan kelim papan tangan ialah : * Jelujur halus digunakan untuk menyambung kepingan kain. * Jahit sembat digunakan untuk menetapkan kelim itu rata pada pakaian.

e) Kelim Lipat Tindih - Kelim ini berguna untuk stail dan perhiasan pakaian. - Dijahit pada sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. - Kelim ini kukuh kerana dijahit pada tiga lapis kain. - Digunakan untuk mencantumkan panel-panel pada baju dan skirt, dan memasang bahu mendatang serta ben-ben pada pakaian.

Cara membuat Kelim Lipat Tindih


Lipatkan basi kelim kepada sebelah luar sepanjang garisan pemadan bahagian atas. Semat dan jelujur basi kelim. Snip basi lipatan di tepi-tepi yang melengkung. Sediakan bahagian sebelah bawah jika ia bergelembung. Tekan lisu-lisu. Letakkan sebelah dalam bahagian atas kepada sebelah kanan bahagian bawah dengan lipatan bahagian atas terletak tepat di garisan pemadan bahagian bawah.

Semat dan jelujur. Mesin berhampiran dengan lipatan di sebelah kanan. Cabut jelujur dan kemaskan belakangnya.

2) BELAH - Belah ialah satu proses jahitan pada pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan ditanggalkan. - Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lengan, dan di rusuk dengan mengikut fesyen pakaian. - Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan mengadakannya.

Jenis-jenis Belah i. ii. iii. iv. v. Belah kelepet sama lebar Belah slit berlapik Belah lapik kain selari Belah berkun Belah berplaket

i. Belah slit berlapik * Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung lengan. Ciri belah slit berlapik

Garis belah rata. Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut. Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar. Tidak ada alur di cantuman.

ii. Belah berzip *Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna. *Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan:

Jenis fabrik Warna Kedudukan

*Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.

Ciri belah berzip


Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang. Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh mm. Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan. Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya. Kelim tidak berkedut. Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut.

3.KANCING * Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi mengekalkan bentuknya dan selesa semasa dipakai. *Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian atau artikel. *Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian. *Pemilihan kancing bergantung kepada fesyen pakaian dan kesesuaian fabrik. Jenis-jenis Kancing

Butang Katup Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang Butang dan lubang butang Butang dan gelungan fabrik ( rulo ) Riben Velkro ( pita nilon ) Zip

Butang Katup - Merupakan sejenis kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan denagn cangkuk dan palang. - Saiz dagangan butang katup yang paling kecil ialah 0 dan yang paling besar ialah 04 , dengan pelbagai warna. - Butang katup terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet. Cangkuk dan Palang - Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang. - Apabila menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata jahitannya kemas dan kukuh, serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar.

4.PENGHILANGAN GELEMBUNG * Menghilangkan gelembung ialah mengurangkan atau menghilangkan kain berlebihan supaya pakaian padan dengan si pemakai. * Digunakan juga untuk tujuan-tujuan perhiasan, memberi bentuk kepada pakaian dan menyenangkan seseorang bergerak. Cara-cara Menghilangkan Gelembung

Lisu pemadan Kedut lepas Lisu-lisu

Lisu Pemadan * Lisu pemadan ialah sekeping kain berbentuk V yang dibuat pada pakaian untuk membentuk pakaian. * Ia digunakan untuk menghilangkan gelembung * Lisu-lisu pemadan digunakan pada pinggang, lubang lengan, siku lengan, dada dan bahubahu blaus, baju, seluar pendek dan seluar panjang. * Hujung lisu menirus kepada bahagian lebar bentuk badan. * Lisu pemadan dibuat di sebelah dalam kain dan ditekan supaya ia tidak kelihatan begitu terang. Kedut Lepas * Kedut-kedut ialah satu cara menghilangkan gelembung yang biasa digunakan pada pakaian kanak-kanak dan pakaian untuk gadis-gadis yang tinggi lampai. * Kedut lepas terletak dengan elok jika dibuat pada kain nipis.

Lisu-lisu * Lisu ialah lipatan yang dibuat pada kain mengikut benang longsin tetapi lebarnya tidak ditetapkan. * Lisu-lisu digunakan untuk menghilangkan gelembung di suatu tempat dan memberi gelembung di tempat lain. * Lisu memerlukan kira-kira tiga kali ganda kain mengikut ukuran siapnya. Jenis-jenis Lisu

Lisu Beriring Lisu Bertentang Lisu Terbalik

Lisu Beriring * Lisu beriring mempunyai lipatan-lipatan kain yang dilipatkan ke satu hala. * Lisu beriring boleh dikumpulkan mengikut stail masing-masing * Lisu ini boleh ditekan atau dibiarkan begitu sahaja. Sebahagiannya boleh juga dimesin untuk menetapkan kedudukannya. Lisu bertentang * Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakang antara satu dengan lain. * Lipatan-lipatan lisu hendaklah bertemu di sebelah dalam kain. Lisu Terbalik * Lisu terbalik dibuat dengan melipat dua lisu beriring bertemu di sebelah luar.

5.PENYUDAH TEPI - Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel. - Tujuan penyudah tepi ialah untuk: * Mengukuh * Mengemas *Menghias - Jenis penyudah tepi i.Kelepet Kelepet lurus Kelepet berganda Kelepet berbentuk

ii.Penjuru Penjuru jahit tindih Penjuru temu sudut

iii.Lapik Lapik lurus Lapik berbentuk

iv.Kun v.Ropol vi. Renda vii.Kuf / manset viii.Jahitan sulaman hiasan

iii)Lapik Berbentuk - Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau sebelah dalam. - Lapik berbentuk digunakan untuk melapik atau mengemaskan garis leher, lubang lengan, dan pinggang skirt atau slek. Penyudah tepi pada garis leher boleh dibuat dalam bentuk bulat, empat segi, V, dan U. - Untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu, lapik dalam yang nipis digunakan dengan melekatkannya ke lapik berbentuk. Ciri-ciri Lapik Berbentuk

Lapik terletak rata. Lapisan bawah pakaian atau artikel tidak kelihatan. Cantuman lapik tidak berkedut. Cantuman tidak beralur. Lapik tidak menggelembung. Ira lapik sama dengan ira pakaian atau artikel.

Kun - Kun adalah satu cara untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel. Kun boleh juga dijadikan hiasan. - Kun dibuat dengan menggunakan pita jalur serong tepat daripada fabric yang sama dengan pakaian atau pita serong dagangan. - Lebar pita yang diperlukan ialah empat kali ganda daripada lebar kun yang siap. Ciri-ciri Kun

Ukuran kun sama lebar keseluruhannya. Kun terletak sama rata pada fabrik. Kun tidak berpintal. Cantuman kun tidak berkedut.

6.LENGAN Lengan adalah sebahagian daripada baju. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana mengikut fesyen.

Jenis Lengan

Lengan padanan rata Lengan gelembung Lengan Bishop Lengan Raglan Lengan Magyar Lengan Kimono

Lengan Padanan Rata - Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian tubuh. Panjang lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh disiapkan denagn kelepet , lapik atau kun. Ciri-ciri Lengan Padanan Rata - Garis tengah lengan bertemu di garis bahu. - Kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju. - Lengan yang baik tergantung dengan elok. - Basi kelim lubang lengan dikemaskan. - Cantuman lengan tidak berkedut.

Contoh Jahitan Lengan Padanan Rata

7.KOLAR -Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher. Jenis Kolar

Kolar Rata Kolar Gulung Kolar Tegak/Lurus

-Kolar berfungsi untuk: * Mengawal suhu badan. * Melindungi kecacatan di bahagian leher. * Mengekalkan ciri kolar pada pakaian tradisional. Ciri Kolar

Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric. Permukaan kolar rata. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang. Kedua-dua hujung kolar sama lebar. Kolar bawah tidak kelihatan di tepi kolar. Cantuman kelim kolar tidak beralur.

Contoh Kolar Lurus

Anda mungkin juga menyukai