Anda di halaman 1dari 8

1. Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi penghilang gelembung?

I Stail pakaian
II Jenis pakaian
III Jenis fabrik
IV Kedudukan gelembung
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

2. Antara cara berikut, yang manakah digunakan untuk menghilangkan gelembung pada pakaian?

I Lisu
II Lipatan
III Kedut lepas
IV Jahit insang pari
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3. Antara berikut yang manakah adalah ciri lisu pemadan?

I Berbentuk runcing.
II Tidak bergulung.
III Tidak berlubang di luar pakaian.
IV Beralur di luar pakaian.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4. Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai lisu pemadan?

I Digunakan untuk mengecilkan pakaian.


II Merupakan lipatan yang diambil daripada fabrik pakaian.
III Dijahit pada sebelah luar pakaian.
IV Memberi bentuk kepada pakaian.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

5. Pilih pernyataan yang benar mengenai lisu pemadan.

I Dijahit pada sebelah luar pakaian.


II Jahitannya tidak kelihatan dari sebelah luar.
III Dijahit dari hujung yang lebar ke hujung yang runcing.
IV Digunakan untuk memendekkan pakaian.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

6. Pilih susunan langkah untuk menjahit lisu cekung yang betul.

I Cabut jelujur dan tekan lisu ke tengah.


II Lipat lisu sehingga bertemu di garisan pemadan.
III Pindahkan lisu ke fabrik.
IV Cabut peniti dan mesin ke bawah.
A I, II, III dan IV
B II, I, IV dan III
C III, II, IV dan I
D IV, III, I dan II

7. Antara bahagian berikut, yang manakah boleh dijahit dengan lisu pemadan jenis cembung?

I Lengan
II Bahu
III Punggung
IV Rusuk
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8. Antara cara berikut boleh digunakan untuk membuat kedut lepas, kecuali

I jahit kia.
II jahit halus.
III jahit kasar.
IV jahit sembat.
A I dan II C II dan IV
B I dan IV D III dan IV

9. Antara cara menghilangkan gelembung berikut, yang manakah dijahit dari hujung yang lebar ke hujung
runcing?

A Kedut lepas
B Smoking
C Lipatan
D Lisu pemadan

10. Antara pakaian berikut, yang manakah menggunakan lisu pemadan jenis cembung?

I Seluar panjang
II Seluar pendek
III Baju kurung
IV Skirt
A I, II dan III
B I, II dan IV

2
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11. Antara berikut yang manakah adalah bentuk lisu pemadan?

I Segi tiga
II Segi empat
III Lurus
IV Berlian
A I dan II C II dan IV
B I dan IV D III dan IV

12. Yang manakah adalah bentuk lisu pemadan cekung?

A Segi tiga
B Berlian
C Segi empat
D Bulat

13.

Antara kain berikut, yang manakah menggunakan cara lisu pemadan cembung yang ditunjukkan di
atas?

A Berbulu
B Sederhana tebal
C Tebal
D Nipis

14.

Antara kain berikut, yang manakah menggunakan cara lisu pemadan cembung yang ditunjukkan di
atas?

A Berbulu
B Sederhana tebal
C Tebal
D Nipis

3
15.

Rajah di atas menunjukkan salah satu cara menghilangkan gelembung pada bahagian bertanda
X.Apakah jenis penghilang gelembung yang digunakan?

A Lisu pemadan cembung


B Lisu pemadan cekung
C Kedut lepas
D Lipatan

16. Antara jahitan berikut, yang manakah tidak sesuai digunakan untuk mengemas basi berbulu lisu
cekung?

I Jahitan sembat
II Jahitan insang pari
III Jahitan lilit ubi
IV Jahitan silang pangkah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

17. Antara berikut yang manakah adalah ciri-ciri kedut lepas?

I Lipatannya sama halus pada keseluruhannya.


II Dibahagi sama rata secara keseluruhannya.
III Tidak terdapat alur di sebelah luar pakaian.
IV Pakaian tergantung dengan elok.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

18. Antara berikut adalah pernyataan yang benar mengenai kedut lepas, kecuali

A dijahit pada hujung lengan, punggung mendatang, bahu mendatang dan pinggang skirt.
B sesuai untuk fabrik lembut dan berbulu.
C untuk memudahkan pergerakan dan sebagai perhiasan.
D fabrik yang digunakan hendaklah dua kali ganda lebar bahagian yang siap.

19. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah perlu difikir semasa menghilangkan gelembung
menggunakan lisu pemadan?

I Hendaklah dijahit tegak dan ditekan.

4
II Fabrik hendaklah cukup 2 kali ganda lebar bahagian yang dikehendaki.
III Hujungnya hendaklah tirus ke puncak.
IV Kedudukannya hendaklah tepat.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

20. Antara faktor-faktor berikut, yang manakah perlu difikir semasa menghilangkan gelembung
menggunakan kedut lepas?

I Kedutan hendaklah duduk sama dalam bidangnya.


II Jahitan hendaklah sama di semua garisan.
III Hujungnya hendaklah tirus ke puncak.
IV Fabrik hendaklah sekurang-kurang 2 kali ganda lebar bahagian yang dikehendaki.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

21. Antara pakaian berikut, yang manakah tidak sesuai dijahit menggunakan kedut lepas?

I Seluar jeans
II Baju kurung
III Pakaian kanak-kanak
IV Kemeja
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

22. Antara bahagian pakaian berikut, yang manakah sesuai dijahit menggunakan kedut lepas?

I Hujung lengan
II Pinggang skirt
III Bahu mendatang
IV Punggung mendatang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

23.

Berapakah ukuran fabrik yang diperlukan oleh Puan Tan untuk membuat kemeja di atas?

5
A 5cm
B 10cm
C 20cm
D 30cm

24.

Berdasarkan pernyataan di atas, berapakah ukuran pinggang yang boleh dibuat untuk kedut lepas pada
bahagian pinggang?

A 25cm
B 40cm
C 55cm
D 60cm

25.

Rajah di atas menunjukkan salah satu cara menghilangkan gelembung pada bahagian bertanda X.
Apakah jenis penghilang gelembung yang digunakan?

A Lipatan
B Lisu pemadan
C Kedut lepas
D Lipatan

26.

Rajah di atas menunjukkan salah satu cara menghilangkan gelembung pada bahagian bertanda X.
Apakah jenis penghilang gelembung yang digunakan?

A Lisu perhiasan
B Lisu pemadan
C Lipatan
D Kedut lepas

27.

6
Rajah di atas menunjukkan salah satu cara menghilangkan gelembung pada bahagian bertanda X.
Apakah jenis penghilang gelembung yang digunakan?

A Kedut lepas
B Lisu pemadan
C Lipatan
D Lipatan

28. Apakah tujuan untuk menghilangkan gelembung pada pakaian?

I Untuk menarik rupa pakaian.


II Untuk memberi ruangan pada pakaian.
III Untuk memberi bentuk pada pakaian.
IV Untuk membolehkan pakaian dipanjangkan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

1) D

2) A

3) A

4) B

5) C

6) C

7) B

8) B

9) D

10) B

11) B

12) B

13) D

14) C

15) B

16) C

17) B

7
18) B

19) C

20) B

21) B

22) D

23) B

24) A

25) C

26) D

27) A

28) D

Anda mungkin juga menyukai