Anda di halaman 1dari 8

1. Antara berikut yang manakah bukan kebaikan perniagaan milikan tunggal?

I Mempunyai liabiliti tidak terhad.


II Keuntungan dapat dinikmati sendiri sahaja.
III Kerugian ditanggung sendiri.
IV Cukai yang tinggi.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

2. Antara berikut yang manakah bukan kelemahan perniagaan milikan tunggal?

I Tiada pengkhususan dalam kerja.


II Mempunyai liabiliti yang terhad.
III Bebas menguruskan perniagaan.
IV Hubungan dengan pelanggan dapat dieratkan.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

3. Antara jenis milikan perniagaan berikut, yang manakah adalah mudah ditubuhkan dan senang
dikendalikan?

A Milikan tunggal
B Perkongsian
C Syarikat Sendirian Berhad
D Syarikat Awam Berhad

4. Antara berikut yang manakah adalah ciri-ciri perniagaan milikan tunggal?

I Modal yang diperlukan adalah kecil.


II Bebas membuat keputusan dalam pengurusan.
III Jualan dijalankan secara tunai sahaja.
IV Peniaga terpaksa membayar segala hutang sekirannya diisytiharkan bankrap.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

5. Antara berikut yang manakah bukan kebaikan perniagaan perkongsian?

I Perselisihan faham mudah berlaku.


II Tidak kekal lama.
III Sukar ditubuhkan.
IV Cukai yang tinggi.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

6. Antara berikut yang manakah bukan kelemahan perniagaan perkongsian?

I Kerugian ditanggung bersama.


II Sumbangan pelbagai idea.
III Liabiliti terhad bagi perkongsian biasa.
IV Bebas membuat keputusan.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

7. Mengapakah sebuah perniagaan jenis perkongsian dibubarkan di Malaysia?

I Atas perintah mahkamah.


II Pertengkaran antara semua ahli.
III Salah seorang ahli menjadi tidak waras.
IV Atas persetujuan majoriti ahlinya.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

8. Keputusan dibuat mesti mendapat persetujuan semua ahli


Liabiliti tidak terhad bagi ahli biasa
Berdasarkan pada pernyataan di atas, apakah jenis milikan perniagaan tersebut?

A Syarikat Sendirian Berhad.


B Perkongsian.
C Syarikat Awam Berhad
D Milikan tunggal.

9. Antara situasi berikut yang manakah membolehkan perniagaan jenis perkongsian diteruskan?

A Salah seorang ahlinya menjadi tidak waras.


B Perjanjian perkongsian diperbaharui.
C Salah seorang ahlinya mati.
D Salah seorang ahlinya menghilangkan diri.

10. Apakah maksud ahli kongsi lelap dalam perniagaan jenis perkongsian?

A Ahli yang menyumbangkan modal dan menguruskan perniagaan sahaja.


B Ahli yang menanggung liabiliti sekadar jumlah modalnya sahaja.
C Ahli yang menyumbangkan modal dan menerima keuntungan sahaja.
D Ahli yang menyumbangkan namanya sahaja.

11. Apakah maksud ahli kongsi terhad dalam perniagaan jenis perkongsian?

A Ahli yang menanggung liabiliti sekadar jumlah modalnya sahaja.


B Ahli yang berperanan aktif dalam perniagaan.
C Ahli yang meminjamkan nama sebagai rakan kongsi.
D Ahli yang menyumbangkan modal dan menerima keuntungan sahaja.

12. Yang manakah satu adalah perniagaan jenis perkongsian?

A Telekom Malaysia Berhad

2
B Kedai Elektrik Hock Seng
C Pusat Kecantikan Mary dan Rakan-rakan
D Pasar Raya KL Sdn. Bhd.

13. Pilih pernyataan yang benar mengenai perniagaan perkongsian.

I Jika berlaku kerugian, ahli kongsi biasa akan menanggung liabiliti yang tidak terhad.
II Cukai pendapatan dikenakan atas setiap ahli adalah berdasarkan pendapatan individu.
III Keuntungan dibahagikan sama rata untuk setiap ahli kongsi.
IV Jika berlaku kerugian, ahli kongsi terhad akan menanggung liabiliti jumlah modal yang
disumbangkan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

14. Antara jenis perniagaan berikut, yang manakah menanggung liabiliti yang tidak terhad?

I Syarikat Berhad
II Milikan tunggal
III Perkongsian
IV Syarikat Sendirian Berhad
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

15. Bentuk perniagaan yang manakah tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pernigaan?

I Poliklinik Petaling Jaya


II Kedai Dobi Nathan
III Penerbitan Maju Ilmu Sdn. Bhd.
IV Koperasi Sekolah Menengah Alor Gajah
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

16. Bentuk perniagaan yang manakah perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pernigaan?

I Restoran Rahmat
II Kedai Perabot Kuala Selangor
III Koperasi Sekolah Menengah Jalan Bukit
IV Maju Kontraktor Sdn. Bhd.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

17. Antara berikut yang manakah bukan kebaikan perniagaan syarikat sendirian berhad?

I Hal ehwal dalaman didedahkan.


II Sukar ditubuhkan.
III Cukai yang tinggi.

3
IV Boleh dibubar bila-bila masa.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

18. Antara berikut yang manakah bukan kelemahan perniagaan syarikat sendirian berhad?

I Liabiliti terhad kepada pemegang saham.


II Hubungan pemilik dan pengurusan dapat dieratkan.
III Modal yang besar atas jualan saham kepada ramai ahli.
IV Cukai yang rendah.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

19. Sahamnya tidak boleh didapati di pasaran saham


Pengurusan perniagaan diuruskan oleh lembaga pengarah
Berdasarkan pada pernyataan di atas, apakah bentuk perniagaan tersebut?

A Syarikat Sendirian Berhad


B Syarikat Berhad
C Koperasi
D Perniagaan perkongsian

20. Antara berikut yang manakah satu adalah perniagaan jenis milikan tunggal?

A Kedai Perabot Kim Seng Sdn. Bhd.


B Klinik Ahmad dan Ali
C Restoran Faridah dan Keluarga
D Cerdik dan Ilmu Enterprise

21. Antara berikut yang manakah adalah kebaikan syarikat sendirian berhad?

I Pemegang syer yang melantik lembaga pengarah.


II Akaun perniagaannya mesti diumumkan pada orang ramai.
III Syarikat dikawal ketat oleh syarikat berhad.
IV Syer boleh dipindah milik.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

22. Maju Jaya Berhad


Apakah maksud 'Berhad' di hujung nama perniagaan yang ditunjukkan di atas?

A Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh syarikat berkenaan ada batasan.


B Syarikat berkenaan tidak menjalankan perniagaan antarabangsa.
C Setiap pemegang saham mempunyai liabiliti terhad.
D Modal yang terdapat dalam syarikat itu terhad.

23. Antara berikut adalah sebab-sebab koperasi dibubarkan, kecuali

4
I salah seorang ahlinya gila.
II salah seorang ahlinya meninggal.
III salah seorang ahlinya menarik diri.
IV salah seorang ahlinya menghilangkan diri.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

24. Apakah maksud perkataan 'umum berhad' di dalam nama sebuah syarikat berhad?

I Liabiliti pemegang saham adalah tidak terhad.


II Sahamnya boleh dijual beli di pasaran saham.
III Jika perniagaan bankrap, pemegang saham mengalami kerugian berdasarkan jumlah wang yang
dilaburkan.
IV Sahamnya dijual kepada orang ramai.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

25. Apakah jenis perniagaan yang tidak mengeluarkan dividen?

A Southern Bank Berhad


B Koperasi Sekolah Menengah Jalan Bukit
C Kejuruteraan Maju
D Syarikat Maju Ilmu Sdn. Bhd.

26. Antara jenis perniagaan berikut, yang manakah mengeluarkan dividen?

A Koperasi Petani Kota Bahru


B Restoran Fauziah
C Kedai Gunting Rambut Imran
D Kedai Makanan Ipoh

27. Encik Ramli merupakan ahli lembaga pengarah syarikat bernama Pusat Sumber Ilmu Sdn. Bhd.
Bagaimanakah beliau mengagihkan keuntungan syarikatnya kepada pemegang saham?

A Dalam bentuk wang tunai.


B Dalam bentuk bonus.
C Dalam bentuk cek.
D Dalam bentuk resit.

28. Koperasi Nelayan Pantai Remis telah mendapat keuntungan pada hujung tahun. Apakah cara yang
digunakan untuk membahagikan kepada ahli-ahlinya?

5
A Dalam bentuk bonus.
B Dalam bentuk dividen.
C Dalam bentuk cek.
D Dalam bentuk wang tunai.

29. Antara cara-cara berikut, yang manakah boleh dilakukan oleh pemilik Kedai Dobi Karen untuk
mendapatkan modal?

I Pinjaman instituti kewangan.


II Pinjaman ahli keluarga.
III Simpanan sendiri.
IV Jualan saham kepada ahlinya.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

30.

Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah mengamalkan aktiviti yang ditunjukkan di atas?

I Syarikat Sendirian Berhad


II Koperasi
III Perkongsian
IV Milikan tunggal
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

31. Mudharabah merupakan satu bentuk perniagaan yang dijalankan secara

A islam.
B syarikat sendirian berhad.
C perkongsian.
D milikan tunggal.

32. Murabahah merupakan satu bentuk perniagaan yang dijalankan secara

A islam.
B syarikat sendirian berhad.
C perkongsian.
D milikan tunggal.

33. Antara aktiviti berikut, yang manakah merupakan tujuan koperasi ditubuhkan?

I Biasiswa pelajaran.
II Sumbangan kepada anak-anak yatim.

6
III Menyediakan perkhidmatan kepada ahli-ahlinya.
IV Khairat kematian.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

34. Antara badan berikut, yang manakah tidak terlibat dalam pengawasan koperasi?

I Kementerian Perdagangan dan Perindustrian


II Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
III Kementerian Kewangan
IV Kementerian Kebajikan dan Masyarakat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

35.

Berdasarkan nama perniagaan di atas, apakah jenis asas milikannya?

A Murabahah
B Perkongsian
C Awam berhad
D Sendirian berhad

1) B

2) D

3) A

4) B

5) A

6) A

7) A

8) B

9) B

10) C

11) A

12) C

13) B

7
14) C

15) D

16) A

17) C

18) B

19) A

20) D

21) A

22) C

23) D

24) C

25) C

26) A

27) B

28) B

29) A

30) A

31) C

32) D

33) D

34) C

35) C

Anda mungkin juga menyukai