Anda di halaman 1dari 17

CU02- PAKAIAN KERJA

Arahan : Sila pilih dan bulatkan pada jawapan yang tepat.

1. Pakaian manakah sesuai dipadankan dalam rekaan kocek tebuk?

A. vest
B. t-shirt
C. blaus
D. kemeja

2. Apakah kategori apron?


A. pejabat
B. malam
C. kerja
D. sukan

3. Apakah nama bahagian alas vest?


A. Fabrik lapik dalam
B. Fabrik lapis dalam
C. Alas lapik dalam
D. Alas fabrik lapis

4. Apakah poket yang sesuai bagi vest?


A. Poket sisi
B. Poket Welt
C. Poket Tampal
D. Poket Separa Tersembunyi

5. Apakah nama lain bagi vest?


A. Uniform
B. Rompi
C. Apron
D. Jaket

6. Namakan bahagian lapel diletakkan pada sehelai uniform jururawat ?


A. bahu
B. dada
C. hujung lengan
D. pangkal lengan

7. Apakah ciri stail yang terdapat pada vest ?

A. Garis puteri
B. Kocek tampal
C. Garis leher berkolar

1
D. Lengan padanan rata
8. Dimanakah kedudukan gancu pada vest.?
A. Sisi tepi
B. Belakang
C. Hadapan
D. Garis bahu

9. Apakah nama poket yang biasa di jahit pada sehelai apron?

A. Poket dua bibir


B. Poket sisi
C. Poket tampal
D. Poket sisi separa tersembunyi

Soalan 10 dan 11 berpandukan Rajah 1 seperti di bawah:

RAJAH 1
10. Apakah nama bahagian yang berlabel X seperti Rajah 1 di atas?

A. Lisu pemadan
B. Garisan puteri
C. Bahu mendatang
D. Butang dan Lubang Butang

11. Apakah stail kocek seperti dalam Rajah 1 di atas?

A. Kocek sisip
B. Kocek sisi tegak
C. Kocek tebuk berbibir
D. Kocek potong serong

2
12. Apakah tujuan memakai apron?
A. mengelakkan kekotoran
B. mengikuti trend semasa
C. kelihatan menarik
D. beriadah
13. Labuh vest adalah paras?
A. pinggang
B. pinggul
C. paha
D. lutut

14. Apakah ukuran yang diperlukan untuk menjahit sehelai vest?

A. Keliling Lutut
B. Labuh Lengan
C. Labuh Tengah Belakang
D. Bukaan hujung Lengan

15. Apakah langkah yang betul ketika mengambil ukuran badan?

A. Ukuran diambil sekali sahaja.


B. Ukuran terlalu ketat ketika diambil.
C. Tanda kedudukan pinggang dengan tali.
D. Pelanggan memakai pakaian yang longgar.

16. Justifikasikan kaedah mengambil ukuran badan


I. Ambil ukuran menegak dahulu.
II. Ikat bahagian pinggang dengan tali.
III. Hembuskan nafas semasa mengambil ukuran dada.
IV. Pelanggan hendaklah berdiri tegak tanpa memakai kasut.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Soalan 17 berpandukan Rajah 2 seperti di bawah:

RAJAH 2
3
17. Apakah maksud tanda pola pada Rajah 2 di atas?
A. Tanda lisu
B. Tanda lipatan
C. Garis tengah hadapan
D. Garis tengah belakang
18. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum menyusun atur pola di atas fabrik?
I. Semat pola dengan peniti.
II. Bentangkan fabrik di permukaan rata.
III. Susun pola mengikut saiz besar ke kecil.
IV. Lipat fabrik supaya sebelah dalam bertemu sebelah dalam.

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

19. Pilih bahan yang digunakan untuk menjahit sehelai kemeja.

A. Fabrik, benang, butang dan zip


B. Fabrik, benang, lapik bergam dan butang
C. Fabrik, benang, lapik kanvas dan butang
D. Fabrik, benang, benang sulam dan butang

20. Apakah yang menyebabkan jarum mesin patah semasa menjahit?

I. Fabrik tebal
II. Jarum bengkok
III. Fabrik sangat nipis
IV. Jarum dipasang terbalik
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. II dan IV

21. Mengapakah pemakaian kasut penting semasa mengendalikan mesin jahit elektrik?

A. Mengelakkan daripada pergeseran berlaku.


B. Merupakan salah satu syarat dan disiplin diri.

4
C. Memberikan keselesaan untuk pergerakan pantas.
D. Menjadi bahan penebat apabila renjatan elektrik berlaku.

22. Nyatakan kaedah yang sesuai bagi membuat kemasan tepi fabrik selain dari menggunakan
mesin jahit tepi

I. Jahit lilit ubi


II. Jahit insang pari
III. Jahit silang pangkah
IV. Jahit jelujur panjang

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

Soalan 23 berpandukan Rajah 3 seperti di bawah:

RAJAH 3

23. Berdasarkan Rajah 3 di atas,apakah jenis jahitan yang sesuai untuk mengemaskan bukaan
ruang pada bertanda X?

A. Lilit ubi
B. Insang pari
C. Sembat susup
5
D. Silang pangkah

24. Antara berikut, yang manakah susunan langkah kerja yang betul dalam proses mencantum
vest ?

I. Cantum dan jahit vest.


II. Sedia dan jahit butang serta lubang butang.
III. Cantum dan jahit lapis dalam vest pada shell vest.
IV. Jahit tali untuk gancu pada bahagian belakang vest.

A. I, II, III ,IV


B. I, III, II, IV
C. IV, I, III, II
D. IV, III, II, I

25. Apakah fungsi penambahan lisu hiasan pada bahagian hadapan baju kameja dalam konteks
pengubahsuaian pakaian?

A. Mengimbangi kedut bahagian hadapan baju.


B. Menambahkan hiasan pada bahagian hadapan baju.
C. Mengecil dan membentuk bahagian hadapan baju yang besar.
D. Menghasilkan bahagian hadapan baju yang lebih besar daripada saiz asal.

26. Apakah tujuan mengubahsuai pola pada pakaian?

A. Mencantikan pakaian.
B. Menukar saiz pakaian.
C. Memudahkan kerja menjahit.
D. Mengubah rupa bentuk rekaan pakaian.

27. Apakah kebaikan acu padan pakaian?

A. Memudahkan proses menjahit.


B. Mengesan kesilapan pada pakaian.
C. Memberi keselesaan kepada pelanggan.
D. Memudahkan pengubahsuaian pakaian.

28. Mengapakah proses mengacu badan penting semasa menghasilkan


vest?

I. Memastikan corak fabrik sesuai.


6
II. Memastikan warna bersesuaian.
III. Mendapatkan ukuran yang tepat.
IV. Mendapatkan kekemasan jahitan.

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

29. Apakah langkah yang perlu dilakukan selepas proses menekan?

I. Sediakan air panas berhampiran alat menekan.


II. Simpan alat menekan semasa suhu masih panas.
III. Tanggalkan plug dari soket selepas alat menekan digunakan.
IV. Letakkan alat menekan pada kedudukan yang betul selepas digunakan.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

30. Apakah tujuan menekan dengan seterika pada setiap proses semasa membuat pakaian?

A. Mengelakkan pakaian dari mengecut.


B. Menghasilkan pakaian dengan kemas.
C. Mengelakkan pakaian dari kesan jelujur.
D. Membolehkan jahitan mesin kelihatan lurus.

7
BAHAGIAN B: SOALAN SUBJEKTIF

Arahan: Berikan jawapan yang tepat pada ruangan yang telah disediakan.

Labelkan ciri-ciri stail pakaian di bawah:

a) Apron

(5 markah)
Pandangan Hadapan

b) Uniform Jururawat

(5 markah)
Pandangan Hadapan/Belakang

8
CU03- PAKAIAN KOPORAT
BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

Arahan : Sila pilih dan bulatkan pada jawapan yang tepat. Isikan jawapan anda diruang
jawapan yang disediakan di muka surat 7.

Soalan 1 berpandukan Rajah 1 seperti di bawah:

RAJAH 1

1. Berdasarkan rajah 1 di atas, apakah ciri yang terdapat pada jaket?

A. Kancing dan kocek tampal


B. Kolar lurus dan kocek bibir
C. Kolar berlapel dan garis puteri
D. Belah kelepet sama lebar dan poket tampal
2. Apakah perkara yang perlu diambil kira semasa melakar stail slek pelanggan?

A. Ketinggian
B. Kecantikan
C. Keselesaan
D. Kemampuan
3. Apakah pakaian yang sesuai dipadankan dengan slek?

A. Baju kurung
B. Baju kedah
C. Baju Kemeja
D. Baju Kebaya
4. Fabrik manakah yang sesuai dibuat slek ?

A. Poliester
B. Sutera
9
C. Denim
D. Kapas drill

5. Apakah ciri slek koparat?

A. Labuh paras buku lali


B. Labuh paras betis
C. Labuh paras lutut
D. Labuh paras peha
6. Namakan jenis lengan yang dijahit pada jaket.

A. Lengan raglan
B. Lengan bishop
C. Lengan gelembung
D. Lengan padanan rata
7. Kenyataan dibawah menerangkan ciri-ciri seluar slek

I. Bahu mendatang
II. Belah kelepet sama lebar
III. Kocek separuh tersembunyi
IV. Lisu pemadan dan lisu gantung

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV
8. Berikut merupakan contoh fabrik nipis yang sesuai di gunakan untuk menghasilkan sehelai slek

A. Denim
B. Corduroy
C. Sifon
D. Cotton Drill
9. Kenyataan dibawah menerangkan ciri-ciri kemeja ,
I. Bahu mendatang
II. Belah berpleket
III. Kocek separa tersembunyi
IV. Kocek dua bibir

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV

10. Kenyataan dibawah menerangkan ciri-ciri jaket,

I. Kocek dua bibir berpenutup


II. Garisan Puteri
III. Lisu Setentang
IV. Kolar Peter Pan

10
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV

11. Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan ketika memakai pakaian koporat?

A. Bersukan
B. Beriadah
C. Tidur
D. Mesyuarat

12. Apakah fabrik yang sesuai untuk menghasilkan sehelai kemeja?

A. Jersi
B. Sutera
C. Kapas Drill
D. Campuran kapas dan poliester

13. Apakah tujuan bahu mendatang dibuat pada kemeja?

A. Sebagai stail dan mengukuhkan pakaian


B. Menetapkan jahitan
C. Sebagai perhiasan
D. Menutup belah pada pakaian

14. Apakah jenis kancing yang sesuai digunakan pada slek koporat?

A. Butang dan lubang butang


B. Cangkuk dan palang
C. Cangkuk dan mata
D. Velkro (Pita nilon)

15. Apakah ukuran yang perlu diambil untuk mendraf slek?

A. Pinggang, punggung dan labuh slek


B. Pinggang, punggung , kelengkang dan labuh slek
C. Pinggang , kelengkang dan labuh slek
D. Pinggang, punggung, pinggang ke punggung, kelengkang dan labuh slek

11
Soalan 16 berpandukan Rajah 2 seperti di bawah:

RAJAH 2

16. Apakah tanda yang berlabel X pada pola slek hadapan seperti rajah 2 di atas?

A. Ira lurus
B. Garis kelepet
C. Tanda lipatan
D. Garis tengah hadapan (GTH)

17. Mengapakah tanda ira penting semasa menggunting fabrik?

A. Menjimatkan penggunaan fabrik.


B. Melancarkan proses memotong fabrik.
C. Mengelakkan fabrik daripada mudah tertarik.
D. Memastikan pola terletak pada ira fabrik yang betul.

18. Susunkan langkah-langkah menggunting fabrik mengikut turutan yang betul.

I. Menggunting fabrik.
II. Bentang dan ratakan fabrik.
III. Susun dan semat pola di atas fabrik.
IV. Proses pemindahan garis pola ke atas fabrik.
12
A. I, II, III dan IV
B. II, IV, III dan I
C. II, I, IV dan III
D. II, III, I dan IV

19. Apakah proses penyudah tepi hujung kaki slek?

A. Kelepet
B. kasing
C. Kun
D. Kuilting

20. Keterangan dibawah merupakan susunan langkah untuk menjahit sehelai kemeja. Susun
langkah tersebut mengikut urutan menjahit yang betul

I. Menjahit lisu setentang


II. Menyedia dan mencantum kolar kemeja
III. Menyedia bahu mendatang
IV. Menyedia dan mencantum lengan padanan rata

A. I, III, II dan IV
B. II, IV, III dan I
C. II, I, IV dan III
D. I, II, III, dan IV

21. Berikut ialah bahan yang akan digunakan untuk menjahit seluar slek kecuali,

A. Zip
B. Lace
C. Cangkuk dan Palang
D. Lapik dalam keras

22. Apakah bahan lapik yang digunakan untuk menjahit ikatan pinggang slek?

A. Pita elastik
B. Fabrik tebal
C. Lapik dalam kanvas
D. Lapik lembut bergam

23. Manakah susunan kerja yang betul apabila mencantum lapik kepada garis leher kemeja ?

I. Mesin pada garis pemadan


II. Trim basi kelim sehingga tinggal 6mm
III. Temukan SL lapik pada SL pakaian dan sematkan
IV. Terbalikkan lapik ke sebelah dalam pakaian dan sembat susup

13
A. I, II, III dan IV
B. II, IV, III dan I
C. II, I, IV dan III
D. III, I, II dan IV

Soalan 24 berpandukan Rajah 3 seperti di bawah:

RAJAH 3

24. Apakah jenis jahitan seperti dilabelkan X pada rajah 3?

A. Garisan Pemadan
B. Garisan Penetap
C. Garisan Puteri
D. Garisan Dada

25. Diantara berikut yang manakah harus dilakukan sebelum mencantum lengan ke badan kemeja ?

I. Jahit kelim bahu


II. Jahit kelim rusuk
III. Sudahkan garis leher
IV. Jahit kelepet pakaian

A. I dan IV sahaja
B. II, III dan IV sahaja
C. I , II dan III sahaja
D. I , III dan IV sahaja

26. Di antara berikut, jahitan yang manakah sesuai untuk menjahit kelepet kemeja ?

A. Jahitan kia
B. Jahitan lilit ubi
C. Jahitan insang pari
D. Jahitan sembat susup

14
27. Apakah jenis belah yang biasa digunakan pada garis tengah hadapan slek ?

A. Belah berpleket
B. Belah zip berfly
C. Belah berzip
D. Belah kelepet sama lebar

28. Apakah fungsi penambahan lisu hiasan pada bahagian hadapan baju kameja dalam konteks
pengubahsuaian pakaian?

A. Mengimbangi kedut bahagian hadapan baju.


B. Menambahkan hiasan pada bahagian hadapan baju.
C. Mengecil dan membentuk bahagian hadapan baju yang besar.
D. Menghasilkan bahagian hadapan baju yang lebih besar daripada saiz asal.

29. Apakah kebaikan acu padan pakaian?

A. Memudahkan proses menjahit.


B. Mengesan kesilapan pada pakaian.
C. Memberi keselesaan kepada pelanggan.
D. Memudahkan pengubahsuaian pakaian.

30. Apakah tujuan menekan dengan seterika tiap-tiap proses yang siap semasa membuat pakaian?

A. Mengelakkan pakaian dari mengecut


B. Membolehkan jahitan mesin kelihatan lurus
C. Mengelakkan pakaian dari di jelujur
D. Menyiapkan pakaian dengan kemas

15
BAHAGIAN B: SOALAN SUBJEKTIF

Arahan: Berikan jawapan yang tepat pada ruangan yang telah disediakan.

Labelkan ciri-ciri stail pakaian di bawah:

c) Slek

(5 markah)

Pandangan Hadapan/Belakang

d) Jaket

16
(5 markah)

Pandangan Hadapan/Belakang

17

Anda mungkin juga menyukai