Anda di halaman 1dari 3

Ukuran-ukuran Paras pinggang belakang Paras Punggung Labuh baju Lebar bahu Labuh tangan dari tengkuk Keliling

pangkal lengan Keliling leher Keliling dada Keliling punggung

Cara-cara merajah pola Badan 0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm 2-1 = Ukuran paras punggung 3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm 4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu Lengan 6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0 7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka Gariskan untuk mendapat 8 dan 9 Pesak atas 10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka 12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang 13-12 = 4cm 14-13 = dinaikkan 2cm Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14

Pesak bawah 15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka. Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16. Leher (seperti membuat leher baju kurung biasa) Cara menjahit baju kurung pesak gantung 1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke fabrik. 2. Rujuk di sini untuk lubang leher. 3. Cantumkan bahagian-bahagian baju: - Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk. - Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus. - Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah. - Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. - Cantumkan bahagian-bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak. 4. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Jahit kemasan leher. *** Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas. Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha

Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong. Sematkan dengan jarum peniti. Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.

Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu. Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG. Pastu, jelujurkan. Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betulbetul bentuk 'V' yang telah dibuat. Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan bahagian leher. ***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.

Anda mungkin juga menyukai