Anda di halaman 1dari 8

PENERANGAN

PENGENALAN JAHITAN TANGAN

Penggunaan jahitan tangan penting untuk memulakan dan mencantumkan


beberapa bahagian pakaian. Berbagai jenis mata jahitan boleh digunakan untuk
tujuan tersebut.

1. PERALATAN JAHITAN TANGAN


Jadual 1 : Nama Peralatan jahitan tangan, ciri utama dan kegunaannya

Nama/Rajah/Gambar Ciri Utama Kegunaan


1. Jarum
 Jarum Biasa  Jarum adalah satu alat penting  Biasa
jahitan tangan. digunakan
 Jarum mempunyai pelbagai untuk semua
saiz 1 hingga 12 jahitan tangan.
 Jarum biasa digunakan/sharp
(bersaiz 1 hingga 12)
 Jarum halus diberi nombor
besar dan digunakan untuk
menjahit kain yang ringan atau
nipis.
 Jarum kasar diberi nombor kecil
dan digunakan untuk menjahit
kain-kain tebal.

Gambar 1 : Jarum
 Jarum sulaman /crewel (bersaiz
 Jarum Sulaman 1 hingga 12)
 Jarum halus berlubang besar  Digunakan
untuk memudahkan 2 atau untuk menjahit
lebih lembar benang sulaman sulaman.
dimasukkan ke dalam lubang
jarum.

 Jarum Peniti  Pilih jarum peniti yang tajam


dan diperbuat dari keluli tahan  Menyemat pola
karat untuk mengelakkan pada fabrik.
kerosakan kepada fabrik.  Menyemat
 Kebanyakkan kerja menjahit, kepingan fabrik
menggunakan peniti bersaiz 2.6 sebelum
cm panjang. menjahit.
 Gunakan peniti halus untuk  Digunakan dalam
fabrik halus. kerja mengacu
Gambar 2 : Jarum Peniti  Gunakan peniti halus untuk pakaian.
dan Kusyen Peniti menetapkan pola.

Nama/Rajah/Gambar Ciri Utama Kegunaan


2. Gunting
 Gunting adalah satu alat  Gunakan mata
 Gunting Fabrik digunakan untuk memotong gunting
kain. sepenuhnya
 Gunting digunakan mestilah untuk
tajam. menggunting
 Ukuran panjang gunting adalah bahagian lurus.
diantara 18 hingga 26 cm.  Gunakan hujung
 Gunting yang berkualiti dibuat mata gunting
Gambar 3: Gunting daripada keluli tidak berkarat, untuk
Fabrik mempunyai tangkai yang menggunting
melengkung dan skru yang bahagian kecil
ketat. dan melengkung.
 Gunting fabrik tidak boleh
digunakan untuk menggunting
kertas.
 Gunting akan menjadi tumpul
 apabila selalu terjatuh.
 Gunting Sulaman
 Gunting ini diguanakan khas  Digunakan untuk
untuk memotong benang kerja sulaman.
sulaman atau fabrik.  Menggunting
 Saiz gunting diantara 7-10 cm benang.
dan diperbuat daripada keluli  Mengunting
tidak berkarat. bahagian runcing.
Gambar 4: Gunting  Hujung gunting sulam adalah
Sulaman melengkung untuk
memudahkan proses
pemotangan benang.
 Menggunting
 Gunting Bergerigi  Gunting ini digunakan khusus bahagian tepi
untuk memotong tepi kain. fabrik supaya
 Saiz gunting diantara 19-23 cm. tidak berjerumbai.
 Gunting yang digunakan  Menggunting
mestilah tajam bagi basi kelim atau
menghasilkan tepi kain yang fabrik.
kemas dan bergerigi.

Gambar 5: Gunting
Bergerigi

3. Snipper/Kacip  Kacip benang adalah alat untuk  Mengunting


benang menggunting benang. benang.
 Saiz snipper lebih kuarang 8  Menggunting
cm. lubang butang.
 Mempunyai mata yang
diperbuat dari keluli tidak
berkarat.
Gambar 6:  Mempunyai penutup untuk
Snipper/Kacip benang mengelakkan tumpul atau
kecederaan.
Nama/Rajah/Gambar Ciri Utama Kegunaan
4. Benang
 Benang ini dipilin  Menjahit jelujur.
 Benang Jelujur longgar,mudah ditanggalkan,
dan mudah diputuskan.
 Biasanya benang jelujur yang
digunakan berwarna putih atau
hitam.

Gambar 7: Benang
 Benang kapas –sederhana  Digunakan untuk
 Benang Serbaguna kasar (saiz 50) menjahit semua
- Mempunyai pelbagai jenis fabrik
warna. melainkan fabrik
- Digunakan pada fabrik berkait atau fabrik
sederhana tebal dan tebal kulit.
yang diperbuat dari kapas
bercampur nilon, rayon,
poliester dan linen.
- Kemasan benang ini
selalunya dalam bentuk
merserais yang akan
memberi kesan yang licin
dan berkilat.
- Benang kapas tidak sesuai
untuk fabrik berkait dan
fabrik memeri.
 Sesuai digunakan
 Benang sutera-halus dan kukuh untuk menjahit
(saiz A). sulaman atau
jahit mesin pada
fabrik sutera.

 Benang ini diperbuat daripada  Sesuai digunakan


 Benang Kenyal/ kapas/nilon yang dibalut untuk menjahit
Elastik dengan getah untuk kedut lepas pada
menghasilkan benang kenyal. fabrik.
 Saiz benang (60).  Sesuai untuk
 Benang elastik hanya fabrik yang
digunakan dengan bergetah dan
menggulungnya dalam memeri.
gelendong.

 Sesuai untuk
 Benang ini berkilat dan
hiasan sulaman
 Benang Metalik berwarna emas atau perak.
tangan atau jahit
mesin.

Nama/Rajah/Gambar Ciri Utama Kegunaan


5. Kapur Tukang Jahit
 Boleh didapati dalam pelbagai  Membuat dan
warna seperti putih, kuning, memindahkan
merah, biru dan lain-lain. tanda-tanda pada
 Berbentuk segitiga dan tepinya pola kain.
tajam.  Pilih warna kapur
 Kapur tukang jahit tidak sesuai yang bersesuaian
bagi fabrik sintetik kerana sukar dengan warna
ditanggalkan. fabrik.
 Contohnya kapur
Gambar 8: Kapur Tukang yang berwarna
Jahit gelap digunakan
bagi menandakan
fabrik yang
berwarna cerah.
6. Pita ukur
 Berukuran lebih kurang 60 inci  Digunakan untuk
atau 150 cm panjang. mengukur badan
 Pita ukur yang fleksibel penting dan kain.
dalam menjahit pakaian.
 Pita ukur boleh juga didapati
Gambar 9: Pita Ukur dalam bentuk sarung yang
boleh ditarik.
(retractable) apabila hendak
digunakan.

7. Kusyen peniti
 Kusyen peniti haruslah kukuh  Untuk mencucuk
dan berspan. jarum peniti agar
 Kusyen untuk peniti boleh juga mudah diambil.
dipakai pada tangan.

Gambar 10: Kusyen


Peniti

8. Jidal
 Alat pelindung jari yang biasa  Untuk
dipakai pada hujung jari tengah. mengelakkan jari
 Jidal diperbuat dari keluli tidak tercucuk jarum
berkarat. ketika proses
 Pilih jidal yang bersesuaian jahitan tangan.
dengan saiz jari tangan
Gambar 11: Jidal pemakai.

Nama/Rajah/Gambar Ciri Utama Kegunaan

9. Seterika
 Seterika adalah alat untuk  Menggosok fabrik
 Seterika kering menekan pakaian supaya licin dan pakaian.
dan senang untuk menjahit.  Menekan setiap
proses jahitan
Jenis seterika : dan pakaian.
i. Seterika kering
 Seterika yang biasa digunakan
untuk kebanyakkan jenis fabrik.

Gambar 12: Seterika


Kering

 Seterika wap
ii. Seterika wap
 Menggunakan air untuk
mengeluarkan wap.
 Mempunyai lubang wap terletak
pada tapak untuk memberi
kelembapan pada fabrik apabila
proses menekan dijalankan.
Gambar 13: Seterika
Wap

Bod saterika
 Digunakan dengan berdiri dan  Digunakan
tegap. ketika
 Permukaan bangku harus tebal, menggosok dan
padat dan rata bagi memudahkan menekan semua
proses menekan. proses jahitan
dan pakaian.
Gambar 14: Bod Saterika

 Bod Lengan
 Digunakan untuk
 Mengandungi dua lapisan menekan
permukaan yang rata untuk bahagian kelim
menekan bahagian pakaian yang atau bahagian
tirus seperti lengan atau kaki pakaian lain
slek. yang susah
Gambar 15: Bod Lengan ditekan dengan
seterika.

 Kusyen Hem

 Digunakan untuk
menekan
pakaian yang
berbentuk
 Kusyen yang padat dan seperti lisu atau
Gambar 16: Kusyen Hem berbentuk bulat. kelim yang
berbentuk.
2. Jenis Jahitan Tangan

Terdapat dua jenis jahitan tangan :


i. jahitan sementara
ii. jahitan tetap

i. Jahitan Sementara
Jahitan sementara adalah jenis jahitan yang bersifat tidak kekal berada di fabrik dan
akan
dikeluarkan benang jahitan setelah tamat proses menjahit. Tujuan utama jahitan
sementara adalah untuk menetapkan kedudukan dua lapisan fabrik.

Jadual 2 : Jenis Jahitan Tangan Sementara dan Kegunaanya.

Jenis jahitan/Rajah Kegunaannya


1. Jelujur
- Menetapkan kedudukan kelim dan
kelepet sebelum dijahit.
garisan
pemadan

Rajah 1: Jelujur Sama Panjang

Rajah 2 : Jelujur Panjang Pendek


2. Jelujur Serong - Menetapkan dua atau lebih lapisan
fabrik bagi menetapkan fabrik.

Rajah 3 : Jelujur Serong


3. Jahit Tanda - Menandakan kedudukan fabrik pada
garis pemadan.
Rajah 4 : Jahit Tanda
ii. Jahitan Tetap
Jahitan tetap adalah mata jahitan yang tetap berada di fabrik untuk menetapkan
beberapa lapisan kain semasa proses menjahit.

Jadual 3 : Jenis Jahitan Tangan Tetap dan Kegunaanya.

Jenis Jahitan/Rajah Kegunaannya


1. Jelujur Halus
- Menemukan dua lapisan kain dan
untuk menyediakan kedut lepas.

Rajah 5 : Jelujur Halus


2. Silang Pangkah
- Boleh digunakan sebagai satu mata
jahitan hiasan atau jahitan
mengemas kelepet.

Rajah 6 : Silang Pangkah


3. Kia
- Mata jahitan yang paling kukuh
untuk menetapkan dua lapisan kain
memasang zip dengan
menggunakan jahitan tangan.

Rajah 7 : Kia
4. Lilit Ubi
- Jahitan untuk menyudahkan tepi
kain supaya tidak tepi kain tidak
berjerumbai.

Rajah 8 : Lilit Ubi


5. Insang Pari
- Kegunaan utama jahitan ini adalah
untuk mengemas tepi kain dan juga
mata jahitan untuk menjahit
kancing.

Rajah 9 : Insang Pari

Jenis Jahitan/Rajah Kegunaannya


6.Lubang Butang
- Digunakan pada bagi mengemas
lubang butang.

Rajah 10 : Lubang Butang


7. Sembat
- Digunakan bagi menetapkan
kelepet.

Rajah 11: Sembat


8. Sembat Susup
- Mata jahitan ini sangat halus dan ia
digunakan bagi mengemas kelepet.

Rajah 12 : Sembat Susup

Anda mungkin juga menyukai