Anda di halaman 1dari 17

NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 1 Drp: 17

KOLEJ VOKASIONAL MATANG


KM 14 JALAN MATANG
93050 KUCHING

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA


PROGRAM / PROGRAM K-012-1 LADIES DRESS MAKING
CODE AND NAME

TAHAP / LEVEL L1

NO DAN TAJUK MODUL/


M06 CHILDREN’S WEAR
MODULE NO AND TITLE

01:03 SKETCH CHILDREN’S WEAR


NO DAN PERNYATAAN
02:03 DRAFT CHILDREN’S WEAR PATTERN
TUGASAN / TASK(S) NO
03:03 CUT CHILDREN’S WEAR FABRIC
AND STATEMENT
06:03 ASSEMBLE CHILDREN’S WEAR

PRODUCE CHILDREN’S WEAR USING SEWING MACHINES,


FABRIC, THREADS AND SEWING TOOLS, SO THAT CHILDREN’S
OBJEKTIF MODUL / WEAR DESIGNED, TOOLS AND MATERIAL PREPARED, BODY
MODULE OBJECTIVE MEASUREMENTS TAKEN, DRAFT PAPER PATTERN PRODUCED
AND FABRIC ARE SEWN IN ACCORDANCE WITH CUSTOMERS’
COMFORTABILITY AND REQUIREMENTS.

NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka : 1 Drp : 17

TAJUK : PAKAIAN KANAK-KANAK - BAJU TIDUR

TUJUAN : Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan rekaan dan
proses menjahit pakaian baju tidur kanak-kanak.

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 2 Drp: 17

PENERANGAN

BAJU TIDUR
Baju tidur kanak-kanak terdiri dari sehelai baju dan seluar panjang.
1. Ciri baju tidur kanak-kanak adalah :
a. Baju
 Longgar
 Berkolar atau tanpa kolar
 Berlengan panjang atau berlengan pendek
 Belah di bahagian hadapan
 Kocek tampal
 Kancing
b. Seluar panjang
 Seluar pinggang getah cerut
 Longgar

ii. Stail baju tidur kanak-kanak

Belah hadapan

Elastik Kasing

Rajah 6.1 : Baju Tidur Kanak-Kanak

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 3 Drp: 17

2. Melakar fesyen baju


2.1. Teknik melakar pandangan hadapan dan belakang
2.2. Bentuk badan
2.3. Corak fabrik
2.4. Bahan dan peralatan yang bersesuaian

Rajah 6.2 : Lakaran baju kanak-kanak

3. Persediaan Membuat Baju

3.1. Peralatan :

 Alat melakar - crocquis, pensil, pensil warna, kertas dan media-media lain.

 Alat mengukur - pita ukur, pensil dan buku/kertas catatan.

 Alat mendraf - kertas perang/brown paper, pembaris lurus, pembaris sesiku,


pembaris melengkung, lengkuk perancis/French curve, pensil, pita ukur,
gunting kertas.

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 4 Drp: 17

 Alat menggunting dan menanda - gunting fabrik, gunting kertas, gunting


bergerigi, penetas, kacip benang/snipper, roda surih, kertas karbon, kapur
tukang jahit, jarum peniti.

 Alat menjahit - mesin jahit manual/industri, mesin jahit tepi, jarum jahit tangan.

 Alat menekan - seterika wap, seterika biasa, bod seterika/meja, bod seterika
lengan, perenjis air.

3.2. Bahan yang diperlukan adalah :

 Fabrik kapas atau kapas campuran - 3 meter bidang 115cm

- pilih fabrik yang mempunyai corak yang sesuai untuk kanak-kanak.

 Benang bersesuaian dengan warna fabrik.

 Butang (mengikut keperluan)

 Getah kenyal 2.5 cm lebar ( mengikut keperluan)

 Pita serong mengikut keperluan

 Fabrik lapik dalam yang nipis dan berperekat

3.3. Ukuran sepasang baju tidur kanak-kanak

 Ukuran badan yang diperlukan untuk sepasang baju tidur kanak-kanak ialah :

i) Bahu

ii) Labuh lengan

iii) Keliling hujung lengan

iv) Keliling dada

v) Keliling pinggang

vi) Keliling pinggul

vii) Labuh baju

viii) Keliling leher

ix) Labuh seluar

x) Buka kaki

xi) Paha

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 5 Drp: 17

xii) Kelengkang

xiii) Labuh tengah belakang

 Catatkan ukuran yang diambil ke dalam borang tempahan pelanggan

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 6 Drp: 17

Lampiran 1

BORANG TEMPAHAN PELANGGAN


Nama Pelanggan: __________________________ No. Resit: ________
No. Tel.: _________________________________ Tarikh: __________

UKURAN LAKARAN PAKAIAN

BIL BAHAGIAN UKURAN


1 Leher
2 Bahu
3. Labuh lengan
Keliling hujung
4
lengan
Keliling pangkal
5
lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
9 Keliling pinggang
10 Keliling pinggul
Labuh tengah
11
belakang
12 Labuh baju
Labuh
13
sarung/skirt
14 Bidang hadapan
15 Bidang belakang
Jarak pinggang
16
ke pinggul
17 Labuh slek
Keliling hujung
18
kaki
19 Keliling lutut
20 Keliling peha
21 Kelengkang
22 Labuh duduk

Bayaran: Lekatkan contoh fabrik

Tarikh Siap : ______________________


Jumlah : RM ___________________
Deposit : RM___________________
Baki : RM___________________

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 7 Drp: 17

4. Draf Pola Baju

4.1 Teknik mendraf pola


 gunakan ukuran yang telah dicatat.
 lakukan kerja mendraf di meja mendraf.
 pilih dan guna peralatan dengan teknik yang betul.

4.2 Mendraf pola baju dimulakan dengan membuat garis asas badan seperti berikut:

 bahu
 dada
 pinggang
 pinggul
 labuh baju

Rajah 6.3 : Garis asas badan baju

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 8 Drp: 17

ii. Mendraf pola seluar panjang dimulakan dengan membuat garis asas badan
seperti berikut:

 garis pinggang
 garis pinggul
 labuh duduk
 garis lutut
 labuh slek

Rajah 6.4 : Garis asas badan baju tidur (seluar panjang)

4.3 i. Pembahagian pola baju terbahagi kepada :

 badan hadapan
 badan belakang
 lengan
 kocek

ii. Pembahagian pola seluar panjang terbahagi kepada :


 badan hadapan
 badan belakang

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 9 Drp: 17

5. Penyediaan Fabrik
 Kenal pasti sebelah luar fabrik
 Luruskan ira fabrik
 Periksa kecacatan fabrik
 Kenalpasti corak fabrik
 Ratakan fabrik
 Kenalpasti bidang fabrik
 Kenalpasti jenis fabrik
 Kenalpasti kecutan fabrik (jika perlu)
 Luruskan kedua-dua hujung fabrik supaya boleh dilipat dengan tepat

6. Susunatur Pola
 Peraturan menyusun atur pola

 ratakan pola yang berkedut.


 kenalpasti segala tanda-tanda dan maklumat pada pola
 kenalpasti corak fabrik
 bentangkan fabrik di atas permukaan yang rata.
 pastikan tanda ira lurus di pola tepat pada ira lurus fabrik
 pastikan pola yang bertanda menghala ke atas
 susun pola di atas fabrik dengan sempurna bagi mengelakkan
pembaziran
 Sematkan pola yang telah disusun dengan peniti.

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 10 Drp: 17

Rajah 6.5 : Susun atur pola baju

Petunjuk

A – BAJU HADAPAN

B – BAJU BELAKANG

C – LENGAN

D - KOCEK

E – LAPIK HADAPAN

F – LAPIK BELAKANG

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 11 Drp: 17

Rajah 6.6 : Susun atur pola seluar

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 12 Drp: 17

7. Gunting fabrik

 Pastikan garisan basi jahitan telah dibuat pada setiap kepingan pola yang telah
disusun.

 Gunakan gunting fabrik yang tajam.

 Potong fabrik mengikut garisan yang telah dilakukan.

 Lakukan kerja-kerja memindah tanda dari kertas pola ke fabrik.

 Elakkan fabrik dari bergerak apabila menggunting supaya mendapat hasil yang
tepat.

 Letakkan sebelah tangan di atas pola ketika menggunting.

 Hendaklah berdiri semasa menggunting.

 Amalkan langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan keselamatan.

8. Menanda fabrik
 Tanda-tanda garis pemadan pada kertas pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam
fabrik sebelum pola ditanggalkan bagi memudahkan kerja memadan dan menjahit
pakaian.
 Teknik menanda fabrik
 Gunakan roda surih dan kertas karbon tukang jahit atau kapur tukang jahit
mengikut kesesuaian fabrik.
9. Proses menjahit baju
9.1.4 Kumpul bahagian-bahagian fabrik yang telah di gunting
 Pastikan kepingan fabrik yang di gunting mencukupi.
 Pastikan tanda-tanda basi jahitan jelas supaya memudahkan kerja-kerja
menjahit.
9.2 Jahit kemas tepi
 Kepingan fabrik yang telah dipotong perlu dijahit kemas tepi supaya mengelakkan
bahagian tepi fabrik daripada berjerumbai

9.3 Jahit bahagian blaus


9.3.1 Kelim
 Kelim yang sesuai untuk baju tidur ialah kelim yang tidak tebal setelah siap
dijahit seperti kelim belah kangkung.
 Kelim hendaklah dijahit kukuh dan cantumannya rata.

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 13 Drp: 17

9.3.2 Kocek Tampal


 Kocek tampal dijahit pada bahagian kanan dan kiri badan hadapan baju.
 Ukuran kocek tampal bersesuaian dengan saiz genggaman tangan bagi
memudahkan untuk mengambil barang didalm kocek.
 Bentuk kocek tampal boleh dibuat mengikut citarasa :

i Bentuk bersegi tepat ii. Bentuk penjuru

iii. Bentuk separa bulat

Rajah 6.7 : Bentuk kocek tampal

 Ciri kocek tampal dijahit elok adalah :


 Jahitan kukuh dan kemas di sekeliling kocek
 Kedudukannya seimbang di pakaian.

9.3.3 Garis leher


 Bentuk garis leher yang sesuai ialah bentuk bulat, persegi, bentuk “V” dan
bentuk “U”.
 Saiz garis leher tidak terlalu lebar.
 Garis leher boleh dikemaskan dengan cara berikut :
i. Lapik berbentuk dijahit pada sebelah dalam atau luar pakaian
ii. Kaedah memasang kun.
 Cantuman lapik garis leher hendaklah dijahit dengan kukuh, rata dan
kemas.

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 14 Drp: 17

 Lapik garis leher boleh ditetapkan dengan jahit mesin atau jahitan tangan
seperti jahit insang pari ayau jahitb sembat susup.

9.3.4 Lengan padanan

 Lengan yang sesuai untuk baju tidur ialah lengan padanan rata samada
panjang atau pendek..
 Hujung lengan dikemaskan dengan kelepet, lapik atau kun mengikut
kesesuaian stail pakaian.
 Ciri lengan yang dijahit elok adalah :
 Kelim lengan dijahit kukuh.
 Cantuman lengan di garis lubang lengan hendaklah dijahit dengan
kukuh dan rata.
 Ukuran labuh lengan hendaklah sama diantara kiri dan kanan lengan.

9.3.5 Penyudah tepi


 Pilih penyudah tepi yang sesuai seperti kelepet, lapik atau kun.
 Ukuran penyudah tepi hendaklah sama keseluruhannya.
 Penyudah tepi ditetapkan dengan kaedah yang sesuai seperti
jahit mesin atau jahit tangan.

9.3.6 Kancing
 Kancing yang sesuai ialah butang dan lubang butang.
 Butang dijahit pada bahagian kiri GTH baju.
 Lubang butang dijahit pada bahagian kanan di GTH baju.
 Pilih butang yang bersaiz kecil dan warna yang sesuai dengan warna fabric.
 Butang dan lubang butang hendaklah dijahit kukuh dan kemas.

9.3.7 Proses menekan.


 Kerja-kerja menekan hendaklah dilakukan semasa proses menjahit pakaian,
bagi memudahkan kerja-kerja menjahit dan dapat menghasilkan pakaian yang
kemas dan bermutu.
 Lakukan kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya
tidak mencacatkan pakaian.
 Perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan dalam proses menekan :
i. Tanggalkan semua peniti dan benang jelujur untuk
mengelakkan kesan-kesan peniti dan benang pada fabrik.

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 15 Drp: 17

ii. Uji suhu seterika sebelum menekan untuk mengelakkan


kecacatan pada fabrik
iii. Seberapa boleh lakukan kerja menekan di sebelah dalam supaya kesan-
kesan seterika tidak kelihatan pada pakaian
iv. Kenalpasti jenis fabrik yang hendak ditekan samaada dari jenis mengecut
atau tidak supaya dapat mengelakkan kerosakan pada fabrik berkenaan

9.2.4 Jahit bahagian seluar


9.2.1 Kelim
 Kelim belah kangkung sesuai untuk menjahit kelim seluar.
 Kelim hendaklah dijahit kukuh dan cantumannya rata.
 Di kedua-dua sisi seluar tidak perlu dikelim.
9.2.2 Penyudah tepi
i. Penyudah tepi di garis pinggang
 Garis pinggang dikemaskan dengan kasing getah kenyal.
 Pastikan lebar kasing sama keseluruhannya.
 Kasing dijahit kukuh.
 Kedutan dibuat dengan seimbang sekeliling pinggang.

ii. Penyudah tepi di hujung kaki seluar


 Hujung kaki seluar dikemaskan dengan lapik yang disiapkan disebelah
luar pakaian.
 Lebar lapik dikemaskan dengan pita jalur serong untuk membentuk kun
alur.
 Lebar lapik sama keseluruhannya dan dijahit dengan kukuh.
9.2.3 Proses menekan
 Kerja-kerja menekan seluar hendaklah dilakukan disetiap proses menjahit
seluar.
Elakkan dari menekan kasing getah kenyal kerana getah kenyal mudah longgar
jika terkena haba panas.
Lakukan kerja-kerja menekan dengan betul dan mengikut peraturan supaya tidak
mencacatkan pakaian

JPK-2008 (K-012-1 WIM)


NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 16 Drp: 17

Soalan :
1. Fabrik yang sesuai untuk membuat pakaian kanak-kanak ialah ______________________

( 1 markah)

2. Baju tidur atau pijama terdiri dari


i. _________________________
ii. _________________________
( 1 markah)

3. Nyatakan tiga bentuk garis leher yang sesuai untuk baju tidur kanak-kanak:
i. _________________________________
ii. _________________________________
iii. __________________________________ ( 3 markah)

4. Senaraikan ukuran badan untuk mendraf pola seluar pijama


i. _______________________________________
ii. _______________________________________
iii. _______________________________________
iv. _______________________________________
v. _______________________________________
( 5 markah)

Rujukan :
JPK-2008 (K-012-1 WIM)
NO KOD / CODE NO K-012-1/M06/P(2/3) Muka: 17 Drp: 17

1. Zaitun Zakiah binti Mohd. Noor, Norzaini binti Abdul Ghani,


Nawawi bin Mohd. Jan (2005), Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5, Dewan Bahasa dan
Pustaka, ISBN 983-62-8639-X
2. Lamah binti Abdul Ghani, Azmawati binti Abdul Aziz, ,(2005)
Pola Pakaian Tingkatan 4 & 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 982-62-8667
3. Mariam Abu Bakar Variasi fesyen anakku, Alaf 21 Sendirian
Berhad, ISBN : 983 -124 - 073 -1
4. A – Z of smoking, Country Bumpkin Publication, ISBN :
0957715978

JPK-2008 (K-012-1 WIM)

Anda mungkin juga menyukai