Anda di halaman 1dari 11

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Disclaimer
Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung di dalam dunia jahitan. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis sesuai bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan, juga bagi anda yang sudah lama menceburi bidang jahitan ataupun anda yang sememangnya sudah pakar dan ingin menambah ilmu yang mungkin tiada pada anda. Ebook ini memfokuskan berkenaan cara menjahit baju kurung tradisional. Pihak www.panduanbajukurung.com tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan dan kerosakan harta benda ataupun nyawa hasil daripada penggunaan ebook ini.

Amaran
Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.panduanbajukurung.com Anda Dilarang Sama Sekali Samada Mengubah, Mengedarkan Atau Menjual Ebook Ini Kepada Pihak Lain. Sebarang Kegiatan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang di bawah Akta Hakcipta 1987. Oleh Itu, Kami Meminta Jasa Baik Anda Untuk Melaporkannya Kepada Pihak Admin www.panduanbajukurung.com Jika Menerima Ebook Ini Tanpa Melalui www.panduanbajukurung.com. Tindakan Anda Amatlah Dihargai Bagi Membanteras Kegiatan-Kegiatan Yang tidak bermoral ini. Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Membelinya Secara Sah Daripada Pihak www.panduanbajukurung.com sahaja. Jika Anda Memilikinya Secara Tidak Sah, Saya Tidak Menghalalkannya Dunia Mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh: Salmawati Shamsudin H/p: 013-2819152 Email: support@panduanbajukurung.com

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Teknik Mudah dan Cepat Memotong Kain


Teknik ini boleh digunakan untuk memotong bahagian baju yang berbentuk lurus. Amat sesuai untuk memotong bahagian baju berbentuk segiempat seperti badan baju kurung, kekek dan lain-lain. Anda boleh juga menggunakan teknik ini untuk memotong langsir dan sebagainya. Kebiasaannya, teknik ini amat membantu dalam memotong kain yang licin dan lembut. Kain yang dipotong akan lurus dan bertepatan dengan saiz yang dikehendaki. CARA-CARANYA:

Gunting sedikit di hujung kain.

Kemudian tarik sehelai dua benang dari kain tersebut. Garisan benang yang ditarik keluar akan kelihatan.

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Betulkan kain bagi memudahkan kain dipotong. Kemudian, potong mengikut garisan yang kelihatan. Bagi memastikan potongan kain yang menggunakan teknik ini menjadi betul-betul selari dan menepati saiz yang dikehendaki, potong dulu bahagian tepi kain menggunakan teknik ini. Mari kita lihat keberkesanan teknik ini. CONTOH:

Rajah di atas menunjukkan dua keping kekek yang akan dipotong. Dua keping kekek tersebut akan dipotong menggunakan kaedah ini sepenuhnya. Titik A menunjukkan bahagian tepi kain di mana potongan perlu dimulakan. Potong dulu bahagian tersebut. Kemudian barulah ukur mengikut saiz kain yang dikehendaki.

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Inilah kain yang akan digunakan untuk mendapatkan dua keping kekek.

Bahagian tepinya dipotong terlebih dahulu menggunakan teknik ini.

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Kedua-dua bahagian tepi dipotong menggunakan teknik mudah ini.

Kemudian tanda saiz yang dikehendaki. Kelihatan di dalam gambar, saiz 4 inci yang dikehendaki ditanda dengan kapur.

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Kemudian potong menggunakan teknik ini.

Saiz yang tepat didapati daripada teknik ini, selari dengan tanda kapur.

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Semua bahagian yang dipotong bersaiz sama.

Saiz yang selari dan sama.

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Tanda pula 4 inci seperti di atas bagi mendapatkan sekeping kekek.

Potong menggunakan teknik tersebut.

panduanbajukurung.com@copyright

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Kekek yang dipotong bersaiz tepat seperti yang dikehendaki, 4 inci.

Lakukan langkah yang sama untuk mendapat dua keping kekek.

panduanbajukurung.com@copyright

10

Jahit Baju Kurung Tradisional Panduan Langkah Demi Langkah

Dapatkan Ebook: 1) 2) 3) 4) Jahit Baju Kurung Tradisional + Kain Susun Tepi Jahit Baju Kurung Moden + Kain Kipas Belakang Jahit Baju kurung Riau/ Pahang + Kain Lipat Batik Jahit Baju Melayu Lelaki + Seluar

Ebook disertakan dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan langkah demi langkah bagi memudahkannya diikuti secara praktikal. Untuk melihat apa kata mereka yang telah BERJAYA menjahit berpandukan ebook di atas, sila buka: https://www.facebook.com/PanduanBajuKurung. Kemudian, klik bahagian photos dan lihat album Testimonial Ebook Menjahit. Untuk detail harga dan proses pembelian, sila klik link ini: http://www.panduanbajukurung.com/order.htm http://www.panduanbajukurung.com/ (Laman Utama) TAMBAH ILMU TAMBAH KEMAHIRAN TAMBAH PENDAPATAN

TAMAT.

panduanbajukurung.com@copyright

11

Anda mungkin juga menyukai