Anda di halaman 1dari 76

Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Jahit
Baju
Kurung
Moden Panduan Langkah
Demi Langkah

www.panduanbajukurung.com

panduanbajukurung.com@ copyright
1
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Disclaimer

Untuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan
penulis sendiri yang telah berkecimpung di dalam dunia jahitan. Anda dilarang sama
sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara
sekalipun. E-book ini ditulis sesuai bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia
jahitan, juga bagi anda yang sudah lama menceburi bidang jahitan ataupun anda yang
sememangnya sudah pakar dan ingin menambah ilmu yang mungkin tiada pada anda.
Ebook ini memfokuskan berkenaan cara menjahit baju kurung moden. Pihak
www.panduanbajukurung.com tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan dan
kerosakan harta benda ataupun nyawa hasil daripada penggunaan ebook ini.
Amaran
• Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.panduanbajukurung.com
• Anda Dilarang Sama Sekali Samada Mengubah, Mengedarkan Atau Menjual
Ebook Ini Kepada Pihak Lain.
• Sebarang Kegiatan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan Tindakan
Undang-Undang di bawah Akta Hakcipta 1987.
• Oleh Itu, Kami Meminta Jasa Baik Anda Untuk Melaporkannya Kepada Pihak
Admin www.panduanbajukurung.com Jika Menerima Ebook Ini Tanpa Melalui
www.panduanbajukurung.com.
• Tindakan Anda Amatlah Dihargai Bagi Membanteras Kegiatan-Kegiatan Yang
tidak bermoral ini.
• Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Membelinya Secara Sah Daripada
Pihakwww.panduanbajukurung.comsahaja.
• Jika Anda Memilikinya Secara Tidak Sah, Saya Tidak Menghalalkannya Dunia
Mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh:
Salmawati Shamsudin
H/p: 013-2819152
Email: support@panduanbajukurung.com

panduanbajukurung.com@ copyright
2
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

PENGENALAN

Di dalam panduan ini, anda akan diajar teknik-teknik untuk menyiapkan sepasang baju
kurung moden berserta kain kipas belakang. Ini termasuklah cara mengambil ukuran,
cara merajah pola, cara memotong kain, cara mencantum kain dan lain-lain. Anda juga
akan diajar teknik-teknik jahitan yang berkaitan untuk menyiapkan sepasang baju
kurung moden.

Sebelum meneruskan pembacaan, anda digalakkan supaya menyediakan sepasang baju


kurung moden sebagai rujukan ketika membaca panduan ini. Walaubagaimanapun,
tidak menjadi masalah jika tiada baju contoh untuk rujukan. Gambaran baju tersebut
ada disediakan di dalam panduan ini.

Sekiranya anda sudah mengetahui tentang satu-satu teknik yang ditunjukkan di dalam
panduan ini, anda mungkin mendapati ianya berbeza dengan teknik yang anda sudah
ketahui. Harus diingat, menjahit adalah sesuatu yang subjektif. Jadi anda bebas memilih
satu-satu teknik yang dirasakan selesa dan mudah diaplikasikan.

Amat sukar untuk mendapat gambaran sebenar dengan hanya membaca teori tanpa
disertai dengan praktikal. Jadi, praktikkanlah teori-teori yang terdapat di dalam panduan
ini sambil membaca isi kandungannya.

Sebuah mesin jahit yang mahal dan canggih tidak diperlukan untuk memulakan projek
jahitan anda. Cukup sekadar mesin jahit yang mampu menjahit secara lurus. Di dalam
panduan ini, saya hanya menggunakan mesin jahit jenama Konwa yang berharga
RM350++ (maaf, saya tidak pasti harga sebenar ketika membelinya) yang hanya
dilengkapi dengan fungsi menjahit secara lurus.

Jangan menjangka diri anda akan terus menguasai teknik-teknik menjahit yang di ajar
pada cubaan kali pertama. Bersedialah untuk menghadapi pelbagai masalah dan isu
kerana menjahit memerlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi.

Walaubagaimanapun, janganlah berhenti sebelum menghabiskan apa yang telah anda


mulakan. Apa yang perlu ada pada diri anda adalah minat dan kesungguhan. Apa yang
paling penting adalah kefahaman anda kepada teknik-teknik yang diajar.

Anda akan merasai betapa seronok dan nikmatnya dapat menjahit selepas anda mahir
dalam teknik-teknik yang dipelajari. Walaubagaimanapun, kemahiran tersebut tidak
akan datang bergolek melainkan disertai dengan usaha yang berterusan dan kesabaran
yang jitu. Selepas itu, anda mungkin tidak lagi mempedulikan makan minum dan apa
yang terjadi di sekeliling anda apabila mula menjahit.

panduanbajukurung.com@ copyright
3
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sila hubungi saya sekiranya anda menghadapi sebarang masalah ketika mengikuti
panduan ini. Selamat mencuba saya ucapkan. Semoga panduan ini memberi sejuta
manfaat kepada anda.

Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya!

Salmawati Shamsudin
013-2819152
support@panduanbajukurung.com

panduanbajukurung.com@ copyright
4
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Isi Kandungan

1) Pengenalan 3

2) Panduan Asas 6

3) Teknik Mengambil Ukuran 8

4) Asas Melukis Pola 13

5) Teknik Melukis Pola Badan Baju 14

6) Teknik Melukis Pola Lengan Baju 50

panduanbajukurung.com@ copyright
5
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

PANDUAN ASAS:

‘=’ bermaksud ‘sama dengan’


sm = sentimeter
/ = bahagi

Ukuran inci dan sentimeter digunakan di dalam panduan ini mengikut kesesuaian:

Contoh ukuran yang diambil dalam inci:


A = 3 inci
B = 3 ¼ inci = 3.25 inci
C = 3 ½ inci = 3.5 inci
D = 3 ¾ inci =3.75 inci
E = 4 inci

Menyambung/ menjahit kain:

Apabila ingin menjahit, pinkan terlebih dahulu kain, zip, getah dan sebagainya yang akan
dijahit bersama. Kemudian, buang jarum peniti satu persatu ketika menjahit. Dengan ini,
hasil jahitan akan lebih kemas. Walaubagaimanapun, pada masa sekarang sudah
terdapat mesin jahit di mana anda boleh menjahit di atas jarum tanpa membuangnya
terlebih dahulu. Terpulanglah kepada kemampuan anda untuk memiliki mesin jahit
sebegitu.

Apabila mengepin kain yang hendak dijahit, pin bertentangan dengan arah jahitan yang
akan dilakukan. Ini akan memudahkan anda mencabut jarum peniti (pin) yang
digunakan ketika sedang menjahit.

Sekiranya anda kurang yakin dengan jahitan yang akan dibuat dengan mesin, jahit
jelujur terlebih dahulu di bahagian yang akan dijahit, kemudian barulah dijahit dengan
mesin.

panduanbajukurung.com@ copyright
6
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Teknik memula dan mematikan jahitan:

Bagi memastikan jahitan yang lebih kukuh, anda perlu ulang jahitan di awal dan di akhir
jahitan.

Contoh:
Anda ingin menjahit dari A ke B.

Rujuk nombor. 3 di atas:


Jahit seperti biasa dari A, kemudian berhenti di C selepas menjahit lebih kurang 1 ½ inci.

Dari C, jahit semula ke A. Kemudian, dari A jahit hingga habis ke B.

Dari B, ulang jahitan dengan menjahit ke D ( anggaran 1 ½ inci) untuk mematikan jahitan.

Hasilnya, jahitan menjadi lebih teguh kerana di awal dan akhirnya diulang jahit (lihat
nombor 4).

Huruf dan nombor digunakan bagi mewakili titik


titik-titik
titik ukuran yang perlu diambil.

panduanbajukurung.com@ copyright
7
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Teknik Mengambil Ukuran: Berdasarkan Ukuran Badan.

Rujuk garisan-garisan di dalam gambar di bawah yang mewakili setiap ukuran yang perlu
diambil. Di ukur melalui hadapan badan.

Keliling dada = Ukur lilit puncak dada, iaitu bahagian dada yang paling tinggi dan besar.
Ukur dengan memakai coli.

Keliling pinggang = Ukur lilit di bahagian pinggang yang paling kecil iaitu bahagian di
mana pinggang kain/ seluar di letakkan ketika dipakai. Kebiasaannya terletak di atas
pusat.

Keliling punggung = Ukur lilit di bahagian punggung yang paling besar.

Labuh lengan = Ukur dari bahagian sendi yang menghubungkan bahu dan tangan. Ukur
sehingga ke pergelangan tangan. Bengkokkan sedikit tangan ketika mengambil ukuran
bagi mengelakkan lengan yang singkat.

panduanbajukurung.com@ copyright
8
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Labuh baju = Ukur dari atas bahu melalui dada sehingga ke hujung bawah lutut (atau
mengikut labuh yang dikehendaki).

Labuh kain = Ukur dari sisi badan. Ukur dari pinggang hingga ke lantai (tanpa memakai
kasut). Ini bagi memastikan supaya kain tidak singkat ketika memakai kasut tumit tinggi.

Keliling Leher = Ukur lilit leher.

Keliling ketiak = Ukur lilit ketiak.

Bahagian yang diukur melalui belakang badan:

Lebar bahu = Ukur dari belakang badan. Ukur dari bahagian sendi yang menghubungkan
bahu dan tangan. Anda dapat merasa dengan tangan tulang yang timbul di bahagian
hujung bahu. Ditunjukkan dengan garisan warna hijau.

Bagi mereka yang bertubuh gempal, kemungkinan tulang tersebut tidak dapat dirasa
dengan tangan, jadi gunakan bahagian sambungan baju yang menyambungkan badan
baju dan lengan baju sebagai panduan. Pastikan samada inginkan ukuran yang sama,
lebih kecil atau lebih besar

Labuh bahu ke pinggang = Ukur dari tulang leher yang berada di bahagian bawah di
tengah-tengah bahu terus ke pinggang. Ditunjukkan dengan garisan warna merah di
dalam gambar. Ukuran standard adalah 14 inci.

panduanbajukurung.com@ copyright
9
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Labuh pinggang ke punggung = Ukur dari pinggang yang paling kecil ke bahagian
punggung yang paling besar. Ditunjukkan dengan garisan warna kuning di dalam
gambar . Ukuran standard adalah 8 inci.

Ukuran yang perlu diambil jika menggunakan baju contoh:

Bahagian Belakang Baju

1) Labuh Baju = 10-13 (Titik 10 berada di tepi leher, bukan di tengah-tengah baju).
2) Lebar bahu = 2-3
3) Lebar Dada = 4-5
4) Pinggang = 6-7. Ukur bahagian paling kecil yang terdapat pada bahagian pinggang.
5) Punggung = 8-9. Ukur bahagian paling besar pada bahagian punggung baju.
6) Panjang Lengan = 1-2
7) Labuh bahu ke pinggang = 10-11. Ukuran standard adalah 14 inci.
8) Labuh pinggang ke punggung = 11-12. Ukuran standard adalah 8 inci.

panduanbajukurung.com@ copyright
10
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

9) Keliling ketiak = Ukur bahagian lurus berdekatan garisan bengkok 2-4. Cara mengukur:

Letak bahagian lengan baju pada kedudukan seperti di atas, iaitu seperti bentuk pola
lengan yang ditunjukkan dengan Garisan biru AB (fahami bentuk pola lengan terlebih
dahulu). Kemudian ukur lurus garisan CB.

Pita pengukur tidak perlu dililit pada baju. cukup sekadar mengukur menggunakan
bahagian belakang baju.

panduanbajukurung.com@ copyright
11
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Memahami bentuk baju kurung moden.

Potongan baju kurung moden berbentuk di bahagian dada, pinggang dan punggung. Di
bahagian pinggang terdapat dat yang memberi bentuk kepada bahagian tersebut.
Lehernya boleh dijahit dengan pelbagai jenis jahitan tetapi popular dijahit seperti leher
baju kurung biasa. Lengannya pula lebih tirus di bahagian hujung. Walaubagaimanapun,
bentuk lengan tidak terhad kepada bentuk tersebut sahaja. Lengannya boleh dijahit
seperti lengan baju kurung ataupun seperti yang dikehendaki. Kelonggarannya
bergantung kepada keselesaan pemakai. Anda akan ditunjukkan cara menentukan
ukuran baju dengan ukuran standard.

Bahagian belakang baju kurung moden berbentuk sama dengan bahagian depan tetapi
menggunakan dua keping kain yang dicantum dan zip di pasang di bahagian tengah baju.
Zip ditunjukkan dengan warna merah di dalam gambar di atas.

panduanbajukurung.com@ copyright
12
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

ASAS MELUKIS POLA BAJU

Gambar menunjukkan garis putus-putus yang terdapat di bahagian tengah baju. Secara
asasnya pola dilukis berdasarkan ukuran separuh daripada bahagian baju. Dalam bahasa
mudah, ukuran pola bagi bahagian badan yang akan dilukis adalah sama saiz dengan
separuh daripada bahagian baju.

Jadi, jika anda menggunakan baju contoh, ukuran yang diambil boleh terus di pindahkan
kepada saiz pola. Ukuran-ukaran yang sepatutnya dibahagi empat hanya perlu dibahagi
dua kerana kita hanya mengambil ukuran di atas baju.

Pola hadapan dan pola belakang boleh dilukis pada kertas yang sama,
walaubagaimanapun bagi memudahkan pembelajaran, pola hadapan dan belakang
dilukis pada bahagian kertas yang berbeza.

panduanbajukurung.com@ copyright
13
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

TEKNIK MELUKIS POLA BADAN BAJU

Inilah gambaran bentuk pola baju kurung yang siap dilukis. Pola akan digunting di
sekelilingnya.

Pola akan dilukis di atas kertas minyak ataupun kertas yang bersaiz besar. Anda juga
boleh melukisnya di atas kertas surat khabar lama. Cantumkan helaian surat khabar
tersebut terlebih dahulu bagi mendapat saiz yang cukup besar untuk melakar pola.
Lakar pola di atas kertas kecil terlebih dahulu dengan memastikan ukuran-ukuran yang
dikehendaki bagi mengurangkan kadar kesilapan ketika melukis pola sebenar.

panduanbajukurung.com@ copyright
14
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Apabila melukis garisan lurus melintang dan menegak, pastikan anda melukis sudut yang
tepat. Gunakan sesiku untuk mendapat sudut 90 darjah yang tepat. Lukis pola bermula
dari bahagian bawah atau atas kemudian terus ke bahagian yang seterusnya.

panduanbajukurung.com@ copyright
15
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Langkah-langkah Melukis Pola:

1) Lukis garis lurus menegak BC = labuh baju dikehendaki


2) Buat garisan melintang BA dan CD, gunakan sesiku bagi memastikan sudut BCD dan
sudut CBA adalah tepat.

Contoh Ukuran:
Labuh baju = 98 sm = BC

Jika menggunakan baju contoh, terus ambil ukuran sebenar labuh baju.

panduanbajukurung.com@ copyright
16
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

BE = Labuh bahu ke pinggang

Anda boleh menggunakan ukuran yang diambil daripada ukuran badan atau baju contoh.
Atau menggunakan ukuran standard bahu ke pinggang iaitu 35.5 sm atau bersamaan 14
inci.

Contoh Ukuran:
BE = 35.5 sm

Jika menggunakan saiz baju contoh, terus ambil ukuran sebenar.

panduanbajukurung.com@ copyright
17
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

BF = Ukuran keliling dada dibahagi empat. Atau menggunakan ukuran standard 23 sm.

Contoh ukuran:
Keliling dada = 87.5 sm
Keliling dada dibahagi empat = 87.5 / 4 = 21.9 sm
BF = 21.9 sm

Jika menggunakan baju contoh, bahagi lebar dada kepada dua.

panduanbajukurung.com@ copyright
18
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Tanda titik G yang berada di tengah-tengah antara titk B dan titik F.

panduanbajukurung.com@ copyright
19
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

EH = Ukuran daripada pinggang ke punggung. Atau boleh gunakan ukuran standard 20.5
sm. atau bersamaan 8 inci.

Contoh Ukuran:
EH = 20.5 sm
Jika menggunakan saiz baju contoh, ambil ukuran sebenar.

panduanbajukurung.com@ copyright
20
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Buat garis lurus melintang pada semua titik-titik yang telah ditanda. pastikan semuanya
lurus dengan ukuran sudut yang tepat.

panduanbajukurung.com@ copyright
21
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

BI = Ukuran lebar bahu dibahagi dua

Contoh Ukuran:
Lebar bahu = 39 sm
BI = 39 dibahagi dua = 39 / 2 = 19.5 sm

Jika menggunakan saiz baju contoh, bahagi ukuran lebar bahu dengan dua.

panduanbajukurung.com@ copyright
22
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Daripada Titik I, buat satu garis menegak turun ke bawah.

panduanbajukurung.com@ copyright
23
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik I, ukur 2.5 sm ke bawah, dan tandakan dengan Titik J. Tandakan Titik T.

panduanbajukurung.com@ copyright
24
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

B ke B2 = Leher

panduanbajukurung.com@ copyright
25
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Bagi mengukur B ke B2, letakkan pola leher yang telah dilakar di bahagian tersebut,
kemudian tanda dengan Titik B2. Titik B2 ditandakan dengan titik merah di dalam gambar di
atas.

Sambung Titik B2 dan J

NOTA: Rujuk fail PART 3 ebook bagi menentukan ukuran bahagian tersebut.

panduanbajukurung.com@ copyright
26
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur 1.5 sm dari Titik T, dan tandakan dengan Titik L.

panduanbajukurung.com@ copyright
27
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

FM = Keliling dada dibahagi empat dan ditambah 1.5 sm untuk kelonggaran atau
mengikut kelonggaran yang dikehendaki. Dengan menggunakan pembaris pembentuk,
sambung Titik JLM.

Contoh ukuran:
Keliling dada = 86.5 sm

Jadi 86.5 sm dibahagi empat dan ditambah 1.5 sm. Bahagi dulu keliling dada dengan
empat, kemudian baru ditambah 1.5 sm.

86.5 sm / 4 + 1.5 sm = 23.1 sm

Jika menggunakan saiz baju contoh, bahagi lebar dada kepada dua.

panduanbajukurung.com@ copyright
28
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambung Titik J dan L terlebih dahulu. Kemudian, sambung Titik L dan Titik M. Sambung
titik-titik tersebut dengan menyesuaikannya dengan bentuk pembaris pembentuk
supaya menjadi bentuk yang seakan-akan di atas.

Gambar di atas menunjukkan bentuk pembaris pembentuk yang perlu digunakan bagi
menyambung Titik JLM.

panduanbajukurung.com@ copyright
29
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

EN = Keliling pinggang dibahagi empat dan tambah 1.5 sm untuk kelonggaran dan 2.5 sm
untuk dat. Sambung Titik M dan N menggunakan pembaris bengkok. Bengkokkan ke
bahagian dalam seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas. Bengkokkan garisan sedikit
sahaja. Garis lurus jika tidak mempunyai pembaris bengkok.

Contoh Ukuran:
Keliling pinggang = 71 sm
71 sm dibahagi empat dan tambah 1.5 sm dan 2.5 sm = 19.25 sm
EN = 21.75 sm

Jika menggunakan saiz baju contoh, bahagi lebar pinggang kepada dua kemudian tambah
2.5 sm untuk dat.

panduanbajukurung.com@ copyright
30
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Gambar menunjukkan pembaris bengkok digunakan bagi menyambung M dan N

panduanbajukurung.com@ copyright
31
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

HO = Keliling punggung dibahagi empat dan tambah 1.5 sm untuk kelonggaran.


Sambung Titik N dan O menggunakan pembaris bengkok dengan membengkokkannya
ke luar seperti rajah di atas. Bengkokkan sedikit sahaja. Garis lurus jika tidak mempunyai
pembaris bengkok.

Contoh ukuran:
Keliling punggung = 96.5 sm
96.5 sm dibahagi empat dan tambah 1.5 sm.
95.6 sm/ 4 + 1.5 sm = 25.6 sm
HO = 25.6 sm

Jika menggunakan saiz baju contoh, bahagi lebar punggung kepada dua.

panduanbajukurung.com@ copyright
32
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Titik H dan O disambung menggunakan pembaris bengkok seperti di atas.

panduanbajukurung.com@ copyright
33
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Panjang HO = Panjang CP. Sambung Titik O dan Titik P menggunakan pembaris lurus.

panduanbajukurung.com@ copyright
34
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Titik Q berada di tengah-tengah antara Titik E dan Titik N.

panduanbajukurung.com@ copyright
35
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Buat garis lurus dari Titik Q menghala ke bawah dengan ukuran panjang 11.5 sm.
Tandakan dengan Titik R. Buat satu lagi garis lurus dari Titik Q menghala terus ke atas.
Tandakan dengan Titik S.

panduanbajukurung.com@ copyright
36
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik S, turunkan ke bawah sebanyak 4 sm. Tandakan dengan Titik U.

panduanbajukurung.com@ copyright
37
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik Q, ukur 1.25 sm ke kiri dan 1.25 sm ke kanan. Tandakan dengan Titik X dan
Titik Y.

panduanbajukurung.com@ copyright
38
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambungkan Titk U, X, R dan Titik U, Y, R dengan garis lurus. Inilah pola belakang baju
yang siap dilukis.

panduanbajukurung.com@ copyright
39
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pola hadapan baju akan dilukis di sebelah pola belakang baju. Buat satu garisan lurus B1
ke B2 dengan anggaran panjang dan lebar bersamaan pola yang telah siap dilukis.
Abaikan Titik A dan Titik D di atas.

panduanbajukurung.com@ copyright
40
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Lukis pola yang sama dengan ukuran yang telah dilukis sebelum ini pada sebelah
bahagian lagi.

panduanbajukurung.com@ copyright
41
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik M, ukur 1.25 sm dan tandakan dengan Titik B3.

panduanbajukurung.com@ copyright
42
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik L, ukur 1.25 sm dan tandakan dengan B4.

panduanbajukurung.com@ copyright
43
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambungkan Titik J, B4 dan B3 dengan pembaris pembentuk sama seperti ketika


menyambung bahagian lubang lengan sebelum ini. Sambung titik-titik tersebut satu
persatu. Sambung J-B4 terlebih dahulu, kemudian sambung B4-B3 menjadi bentuk
seperti seakan-akan di atas.

panduanbajukurung.com@ copyright
44
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambung Titik B3 dengan Titik N menggunakan pembaris bengkok. Bengkokkan ke


bahagian dalam sedikit sahaja. Garis lurus jika tidak mempunyai pembaris bengkok.

panduanbajukurung.com@ copyright
45
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Garisan pola baju yang baru dilukis ditanda dengan warna biru.

panduanbajukurung.com@ copyright
46
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Gambaran pola yang telah siap dilukis dan sedia digunting di sekelilingnya.

panduanbajukurung.com@ copyright
47
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pola sebenar yang telah siap dilukis. Gunting di sekeliling pola.

panduanbajukurung.com@ copyright
48
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pola yang telah siap digunting dan sedia digunakan untuk memotong bahagian badan
baju. Pola ditandakan dengan perkataan ‘belakang’ dan ‘depan’ bagi mengelak
kekeliruan.

panduanbajukurung.com@ copyright
49
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

TEKNIK MELUKIS POLA LENGAN BAJU:

AB = Labuh Lengan
Mulakan lukisan dari bahagian tepi kertas minyak.

Contoh ukuran:
Labuh lengan = 56 sm

Jika menggunakan baju contoh, terus ambil ukuran sebenar.

panduanbajukurung.com@ copyright
50
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

AC = Ukuran keliling ketiak ditambah 4 sm atau mengikut kelonggaran yang dikehendaki.


Sesiku digunakan untuk mendapat sudut A yang tepat.

Contoh ukuran:
Keliling pangkal lengan = 35.5 sm + 4sm = 39.5 sm
AC = 39.5 sm

Jika menggunakan baju contoh, rujuk cara mengukur pada mukasurat 11. Hasilnya di
darab dengan dua. Contoh, jika ukurannya 10. Darab 20 dengan 2.

Jadi, AC = 40

panduanbajukurung.com@ copyright
51
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik C, garis terus menegak ke bawah. Dari Titik B, garis terus melintang.
Cantumkan kedua-dua ukuran tersebut membentuk kotak empat segi.

panduanbajukurung.com@ copyright
52
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Bahagi AC kepada empat bahagian yang sama besar. Tanda Titik E, F, G.

Contoh ukuran:
AC = 39.5 sm

39.5 dibahagi empat = 9.9 sm


A-E = E-F = F-G = G-C = 9.9 sm

panduanbajukurung.com@ copyright
53
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik E, F, G terus garis hingga ke bawah.

panduanbajukurung.com@ copyright
54
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Untuk melakar garisan yang menyambungkan Titik F dan Titik H anda perlu merujuk
kepada lukisan pola bahagian lengan belakang baju yang telah dilukis.

panduanbajukurung.com@ copyright
55
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Caranya:

Rujuk gambar di atas yang merupakan pola baju yang telah dilukis sebelum ini. Lihat
bahagian yang dibulatkan dengan warna hijau. Ini adalah bahagian lubang lengan yang
akan disambung dengan bahagian lengan baju. Dengan menggunakan pembaris
pembentuk yang digunakan ketika melakar bahagian tersebut, ukur panjang garisan
yang menyambungkan Titik JLM.

panduanbajukurung.com@ copyright
56
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur sedikit demi sedikit menggunakan pembaris pembentuk. Sesuaikan bentuk


pembaris dan bentuk lubang lengan untuk mendapat ukuran. Tandakan dengan pen
sedikit demi sedikit bagi memudahkan anda membuat kiraan. Bahagian yang diukur
ditunjukkan dengan garisan merah di dalam gambar.

panduanbajukurung.com@ copyright
57
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Bahagian tersebut diukur sedikit demi sedikit dengan menyesuaikannya dengan bentuk
pembaris pembentuk.

Nota:
Anda juga boleh menggunakan seutas benang untuk mengukur bahagian tersebut.
Ambil benang dan letak selari mengikut bahagian bengkok tersebut. Kemudian ukur
kepanjangan benang tersebut menggunakan pita pengukur. Walaubagaimanapun,
terpulang kepada keselesaan anda manakah teknik yang lebih disukai. Saya lebih suka
mengukurnya menggunakan pembaris pembentuk.

panduanbajukurung.com@ copyright
58
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Contoh Ukuran yang didapati dari ukuran di atas = 21 sm

Bermula dari Titik F, dengan menggunakan pembaris, buat satu garisan lurus yang
mencecah mana-mana bahagian di garisan menegak AB dengan kepanjangan 21 sm.
Tandakan dengan Titik H.

panduanbajukurung.com@ copyright
59
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Gunakan pembaris bagi menentukan kedudukan Titik F ke H.

panduanbajukurung.com@ copyright
60
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik H, terus garis melintang dan tandakan dengan Titik I. Sambungkan Titik F
dengan Titik I.

panduanbajukurung.com@ copyright
61
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur panjang AH, dan bahagikan kepada tiga.

Contoh ukuran:
AH = 7.5 sm
7.5 dibahagi 3 = 2.5 sm

Jadi, ukur 2.5 sm dari Titik E dan tandakan dengan Titik J. Kemudian, garis lurus Titik J
dan Titik H.

panduanbajukurung.com@ copyright
62
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Titik K berada di tengah-tengah garisan antara Titik H dan Titik J.

panduanbajukurung.com@ copyright
63
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik K, turunkan selari ke bawah 1 sm. Titik tersebut tidak semestinya mencecah
garisan. Tandakan dengan Titik L.

panduanbajukurung.com@ copyright
64
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik F, ukur 2 sm dan tandakan dengan Titik M.

panduanbajukurung.com@ copyright
65
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambungkan Titik FMJLH menggunakan pembaris pembentuk. Sesuaikan pembaris


pembentuk dengan titik-titik tersebut untuk mendapat lakaran seperti garisan biru di
atas.

Sambungkan titik-titik tersebut satu persatu. Sambung Titik F dan Titik M, Sambung Titik
M dan Titik J, dan seterusnya bagi melengkapkan garisan biru seperti yang ditunjukkan
di atas. Bentuk pola lengan pada bahagian ini untuk lain-lain baju seperti blouse, jubah,
kebaya dan sebagainya juga sama seperti ini, yang membezakannya hanyalah saiz dan
ukuran standard yang digunakan bagi sesuatu jenis baju.

panduanbajukurung.com@ copyright
66
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pembaris pembentuk digunakan untuk menyambung Titik FMJLH.

panduanbajukurung.com@ copyright
67
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur 2 sm dari Titik F dan tandakan dengan Titik N.

panduanbajukurung.com@ copyright
68
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Tanda Titik O yang berada di tengah-tengah garisan.

panduanbajukurung.com@ copyright
69
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Tanda Titik P yang berada di tengah-tengah garisan antara Titik O dan Titik I.

panduanbajukurung.com@ copyright
70
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik P, buat satu garisan lurus selari ke bawah dengan ukuran 1.5 sm. Tandakan
dengan Titik Q.

panduanbajukurung.com@ copyright
71
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Sambungkan Titik FNOQI menggunakan pembaris pembentuk. Sambung satu persatu


seperti yang dilakukan sebelum ini.

panduanbajukurung.com@ copyright
72
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Dari Titik B, ukur 5 sm dan Tandakan dengan R. Ukur juga 5 sm dari Titik D dan tandakan
dengan S.

BR = SD
Garis lurus HR dan IS

Jika menggunakan baju contoh, lihat bentuk lengan bahagian tersebut. Lihat perbezaan
ukuran antara pangkal dan hujung lengan untuk menentukan jarak BR dan jarak SD.

panduanbajukurung.com@ copyright
73
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Ukur 1.5 sm dari Titik B, tandakan dengan Titik X. Ukur juga 1.5 sm dari Titik D, tandakan
dengan Titik Y.

Kemudian, garis lurus XZ dan YZ.


BX = DY

panduanbajukurung.com@ copyright
74
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Pola yang telah siap dilukis di tanda dengan warna biru di sekelilingnya. Gunting di
sekeliling warna biru.

panduanbajukurung.com@ copyright
75
Jahit Baju Kurung Moden – Panduan Langkah Demi Langkah

Tanda bahagian belakang dan hadapan pola seperti gambar di atas bagi mengelakkan
kekeliruan. Gunting sekeliling pola dan ianya sedia digunakan untuk memotong
bahagian lengan baju.

TAMAT.

panduanbajukurung.com@ copyright
76

Anda mungkin juga menyukai