Anda di halaman 1dari 23

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN

KEMAHIRAN LANJUTAN ( CIAST )


PETI SURAT 7012 , JALAN PETANI 19/1
SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS PENERANGAN

C141-005-3:2021-C03 LADIES GARMENT WORK WEAR


KOD DAN NAMA
PROGRAM MAKING

TAHAP 3

C141-005-3:2021-C03 LADIES GARMENT WORK WEAR


KOD DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI MAKING

NO. DAN PENYATAAN 1. PRODUCE NURSE UNIFORM.


AKTIVITI KERJA 2. PRODUCE CORPORATE UNIFORM.

NO. KOD C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 1/23

TAJUK:
PENYEDIAAN PAKAIAN SERAGAM KORPORAT

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan membantu para pelatih mengenali pengenalan dalam
penyediaan pakaian seragam korporat serta memahami spesifikasi reka bentuk dan
elemen-elemen penyediaan pakaian seragam korporat. Tambahan pula pelatih dapat
menjelaskan jenis-jenis bahan, alat, peralatan dan bahan pemasangan serta kemasan akhir
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 2/23

pakaian seragam korporat. Melalui modul ini juga para pelatih akan belajar proses aliran
kerja dalam penyediaan pakaian seragam korporat secara pratikal.

PENERANGAN:
Pakaian seragam korporat ataupun uniform adalah satu set pakaian standard yang
dikenakan oleh ahli suatu organisasi semasa menyertai aktiviti di sesebuah organisasi
tersebut. Bukan itu sahaja, malahan sesebuah organisasi yang menjalankan kegiatan
keagamaan telah menggunakan pakaian standard sejak dulu lagi. Antara contoh
penggunaan uniform yang pertama adalah pakaian tentera Empayar Rom dan
peradaban-peradaban lain. Pada masa kini, pakaian seragam korporat ataupun uniform
moden di anggap pakaian standard yang perlu dikenakan oleh organisasi beruniform
seperti tentera, polis, perkhidmatan kecemasan, penghuni penjara dan lain-lain semasa
melakukan aktiviti rasmi sesebuah organisasi. Di beberapa negara, pejabat negara juga
boleh menggunakan uniform, contohnya pakaian seragam kakitangan awam di Malaysia.

1) TEORI PENGENALAN PENYEDIAAN PAKAIAN SERAGAM KORPORAT


Pengenalan kepada penyediaan pakaian seragam korporat dapat membantu para
pelatih mengenali teori asas yang penting berkaitan dengan definisi, tujuan dan sejarah
pakaian seragam korporat.

1.1) Definisi pakaian seragam korporat


Definisi pakaian seragam korporat ialah pakaian rasmi untuk kakitangan dan
pegawai dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta. Pakaian korporat terdiri
daripada pakaian formal ke pejabat dan pakaian seragam atau uniform.

1.2) Tujuan penggunaan pakaian seragam korporat


Tujuan memakai pakaian seragam pada masa kini adalah lebih menjurus kepada
pengenalan sesuatu organisasi dan sebagai lambang atau imej yang gah.
Bagaimanapun, pakaian seragam yang dipakai oleh pasukan-pasukan berwajib
seperti polis, askar, ahli bomba dan jururawat memberi maklumat mengenai
pemakainya. Ini adalah kerana ia dipakai beserta aksesori yang menunjukkan
jawatan orang yang memakainya.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 3/23

Rajah 1: Jenis-jenis pakaian seragam

1.3) Sejarah penggunaan pakaian seragam korporat


Semasa pameran PDRM di Galeri Shah Alam, Selangor (Disember 2008),
pakaian seragam polis telah di guna pakai sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Pada masa itu hulubalang yang bertindak sebagai pegawai keselamatan
memakai pakaian serba hitam, seluar sekerat dan baju sarung serta mengikat
kepala. Pemakaian pakaian seragam yang lebih lengkap bagi polis dan pasukan-
pasukan berwajib ini bermula dan berkembang dengan kemasukan pentadbiran
British di Tanah Melayu. Hal demikian sekaligus mempengaruhi keseluruhan cara
pemakaian masyarakat tempatan pada masa itu.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 4/23

Rajah 2: Evolusi pakaian seragam polis

Kepentingan penggunaan pakaian seragam dalam bidang korporat adalah untuk


mempamerkan ahli dalam kumpulan tersebut berwawasan, berfikiran ke hadapan
dan mempunyai pandangan positif terhadap bidang dan tugas yang diwakili ahli
tersebut. Bersesuaian dengan imej pentadbiran dan pengurusan yang bersifat
komersil, istilah pakaian seragam digantikan dengan istilah ‘pakaian korporat’.

2) PROSEDUR SPESIFIKASI REKA BENTUK DAN ELEMEN-ELEMEN PAKAIAN


SERAGAM KORPORAT
Reka bentuk fesyen merupakan suatu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan
idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori. Pakaian seragam
korporat menekankan aplikasi silhouette dalam reka bentuk. Di samping itu, para
pelatih dapat mengenali elemen-elemen penting dalam penyediaan pakaian seragam
korporat seperti kolar / garis puteri, lengan, kaf, plaket, poket, lisu pemadan dan
kemasan akhir.

2.1) Reka bentuk Silhouette penyediaan pakaian seragam korporat


Silhouette adalah pandangan dari satu objek atau adegan yang terdiri hanya dari
satu outline dan rekaan dalaman yang berbentuk masa hadapan (featureless
interior). Fungsi silhouette ialah untuk memberikan detail kepada sesuatu gambar
atau rekaan. Biasanya silhouette ialah satu objek dalam bentuk bayangan
berwarna hitam.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 5/23

Silhouette atau bayangan hitam ini sentiasa digunakan oleh setiap pereka untuk
menampakkan satu rekaan yang agak luar biasa dan berlainan. Silhouette juga
dapat memberikan gambaran yang tepat pada rekaan pakaian atau costume.
Silhouette juga merupakan salah satu cara yang terpantas untuk menentukan
dan mengenal pasti tempoh penghasilan satu-satu rekaan pakaian. Ia juga dapat
memberikan satu mutu rekaan busana yang sempurna dan cantik apabila
sesuatu busana siap dijahit.

Rajah 3: Silhouette pakaian seragam korporat

Bukan itu sahaja, malahan silhouette juga dapat menunjukkan bahagian rekaan
busana yang tersembunyi atau dipaparkan oleh pakaian. Oleh itu, silhouette ini
dapat membantu untuk menunjukkan bahagian yang tersembunyi seperti garisan-
garisan tersembunyi pada pakaian yang direka.

2.2) Elemen – elemen pakaian seragam korporat


Pemilihan elemen pakaian seragam korporat adalah bergantung kepada
beberapa faktor seperti pekerjaan, perkembangan fesyen semasa, stail pakaian
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 6/23

dan lain-lain. Beberapa elemen pakaian yang terdapat pada pakaian seragam
korporat:

I. Kolar / garis leher


Garis leher ialah dua kepingan kain yang dibentuk, di cantumkan dan
kemudian dilekatkan pada garis leher iaitu kolar. Kolar ini berbentuk lurus
dan tegak pada bahagian belakang garis leher.

Rajah 5 : Jenis-jenis kolar / garis leher pakaian seragam korporat

II. Garis puteri


Garis puteri pada pakaian seragam korporat ialah potongan yang dibuat
pada garis bahu atau keruk lengan melalui mercu dada ke garis pinggang
atau labuh baju.

Rajah 6 : Bahagian - bahagian baju seragam korporat


NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 7/23

III. Lengan
Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan. Bukan itu sahaja,
lengan pakaian seragam korporat di draf dengan pelbagai stail yang
bersesuaian dengan bentuk badan dan jenis pakaian. Lengan juga
berfungsi untuk melindungi kecacatan pada tangan dan mengekalkan ciri
tradisi sesuatu pakaian.

Rajah 7 : Contoh reka bentuk lengan baju seragam korporat

IV. Kaf dan plaket


Kaf dan plaket yang terletak dihujung lengan pakaian seragam korporat
menunjukkan gaya klasik secara umum pada setiap pakaian ianya juga
menjadi imej yang lengkap jika dipadankan dengan fesyen pakaian.

Rajah 8 : Jenis- jenis kaf dan plaket


NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 8/23

V. Poket
Poket pada pakaian seragam korporat tidak hanya berfungsi menyimpan
barang yang berguna dan perlu sahaja. Malahan ianya merupakan hiasan
yang memberi keaslian kepada reka bentuk pakaian tersebut.

Rajah 9 : Jenis – jenis poket di pasaran

VI. Lisu pemadan


Lisu pemadan merupakan lipatan fabric yang dijahit dari bahagian lebar ke
bahagian tirus. Lisu pemadan berfungsi mengurangkan atau menghilangkan
lebihan fabrik pada pakaian dan memberikan bentuk pada pakaian.
Malahan, lisu pemadan yang dijahit dengan baik akan berbentuk tirus pada
bahagian hujungnya dan permukaannya adalah rata.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 9/23

Rajah 10 : Contoh lakaran lisu pemadan

VII. Kemasan akhir / Accessories


Terdapat pelbagai jenis accessories yang wujud di pasaran untuk
mencantikkan lagi sesuatu fesyen pakaian. Kebiasaannya pakaian seragam
korporat menggunakan butang sebagai accessories. Selain mencantikkan
pakaian, butang merupakan bahan yang digunakan untuk merapatkan belah
pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan fabrik. Jenis mata jahitan asas
yang sesuai untuk menjahit butang ialah jahitan lilit. Terdapat dua jenis
butang yang biasa digunakan pada pakaian uniform.

Jenis-jenis accessories butang pakaian seragam korporat ialah :


a. Lubang dua
b. Lubang empat
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 10/23

Rajah 11 : Jenis-jenis accessories butang pakaian seragam korporat

3) JENIS-JENIS BAHAN PAKAIAN SERAGAM KORPORAT


Penyediaan pakaian seragam korporat kebiasaannya merangkumi beberapa jenis
bahan yang penting iaitu fabrik dan interfacing / kertas bergam. Pemilihan fabrik juga
perlu bersesuaian dengan kombinasi warna yang dipilih untuk menyerlahkan lagi reka
bentuk baju seragam korporat tersebut. Terdapat 2 jenis bahan yang digunakan untuk
menghasilkan pakaian seragam korporat iaitu:

3.1) Fabrik
Pada kebiasaannya fabrik yang sesuai untuk pakaian seragam korporat adalah:
i. Kapas - Poly 70/30
Kelebihan baju korporat jenis poly soft adalah bahawa ia adalah kuat dan
tahan kusut. Malahan baju korporat jenis ini dapat mengekalkan bentuk
pakaian dengan agak baik. Di samping itu baju korporat jenis kapas poly
ini juga sangat mudah dicuci. Ia agak lembut dan licin.

Rajah 12 : Gambar fabrik kapas - Poly 70/30


NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 11/23

ii. Twill polyester


Kain twill polyester terbuat dari serat sintetis polyester yang menjadikan
fabrik ini tahan lama, mudah di jaga dan sesuai untuk produk-produk
seperti jaket dan baju seragam korporat.

Rajah 13 : Gambar fabrik twill polyester

3.2) Interfacing (kain bergam) (lembut / keras)


Interfacing kain bergam amat sesuai digunakan untuk dijadikan pengukuh pada
cuffs, kolar, plaket dan lain-lain. Ianya digunakan untuk membuat lining pada baju
seragam korporat di bahagian leher kerana material yang lembut. Terdapat dua
jenis interfacing iaitu:

Interfacing Fungsi
Kain tisu bergam ● Mempunyai permukaan nipis bergam di
sebelah bahagian.
● Lapik boleh disudahkan disebelah
dalam atau luar pakaian dengan
menggunakan fabrik yang sama atau lain
● Digunakan sebagai lapik dalam sebelah
dalam pakaian untuk memberi bentuk,
mengukuhkan bentuk pada pakaian dan
sebagai perhiasan.
● Selalunya digunakan untuk membuat
lapik leher, belahan baju dan sebagainya

Kain keras bergam ● Mempunyai permukaan tebal bergam di


sebelah bahagian.
● Lapik boleh disudahkan disebelah luar
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 12/23

pakaian dengan menggunakan fabrik yang


sama atau lain
● Digunakan sebagai lapik pakaian untuk
mengemaskan tepi berjerumbai,
mengukuhkan bentuk pada pakaian dan
sebagai perhiasan.
● Selalunya digunakan untuk membuat
kolar, tetulang dan sebagainya.

4) MANUAL ALAT, PERALATAN DAN BAHAN PEMASANGAN SERTA KEMASAN


AKHIR PAKAIAN SERAGAM KORPORAT
Untuk menghasilkan sesuatu produk jahitan, alat-alat bantuan jahitan diperlukan untuk
memudahkan penghasilan produk ataupun untuk memperkemaskan hasil produk
jahitan itu. Antara alatan-alatan tersebut ialah:

4.1) Mesin jahit jahitan lurus


• Digerakkan menggunakan kuasa elektrik.
• Memudah dan mempercepatkan proses menjahit.
• Menggunakan motor elektrik berkelajuan tinggi.
• Memerlukan kecekapan dan kemahiran semasa menggunakannya.
• Didatangkan bersama Clutch motor atau Servo motor.

Rajah 14 : Mesin jahit jahitan lurus

4.2) Mesin overlock (jahitan sisi)


• Digunakan untuk jahitan pengemas tepi fabrik. Mempunyai penunjuk paras
minyak.
• Memerlukan kecekapan untuk mengendalikannya.
• Mempunyai pisau pemotong pada bahagian tepi untuk memotong lebihan
fabrik.
• Amat penting dalam proses Membuat pakaian.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 13/23

• Didatangkan dengan 3,4 dan 5 benang.


• 3 benang sesuai untuk kemasan tepi biasa yang menggunakan kelim belah
kangkung.
• 4 benang sesuai untuk kemasan tepi kemeja T (T shirt)
• 5 benang sesuai untuk kemasan tepi yang memerlukan cantuman terus 2
keping fabrik.

Rajah 15 : Mesin overlock (jahitan sisi)

4.3) Mesin lubang butang


• Digunakan untuk menjahit lubang butang sahaja.
• Terdapat 2 model untuk lubang butang biasa dan lubang butang eyelet.
• Saiz lubang dari ¼ in hingga 1 ¼ in.
• Mempunyai pisau untuk menebuk lubang yang telah dijahit secara
automatik.

Rajah 16 : Mesin jahit lubang butang

4.4) Mesin jahitan butang


• Digunakan untuk menjahit butang sahaja.
• Boleh menjahit butang yang mempunyai 2 dan 4 lubang.
• Jarak jahitan diantara lubang pada butang boleh dilaras
• Mempercepatkan kerja menjahit butang dan memerlukan kecekapan serta
kemahiran mengendalikannya.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 14/23

Rajah 17 : Mesin jahitan butang

4.5) Seterika wap


• Guna seterika yang beratnya lebih kurang 2.5kg.
• Mempunyai permukaan yang licin supaya tidak merosakkan fabrik yang
digosok.

Rajah 18 : Seterika wap

4.6) Mesin stream press iron


• Digunakan untuk melekatkan stiker atau lapik bergam pada fabrik yang
besar dengan lebih cepat dan rata.
• Ia juga boleh digunakan untuk menekan komponen-komponen yang kecil
dalam kuantiti yang banyak.

Rajah 19 : Mesin stream press iron


NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 15/23

4.7) Alat menekan


Terdapat 2 jenis alat penekan yang digunakan iaitu:
i. Kayu penekan
• Alat ini digunakan untuk menekan bahagian lipatan dan meratakan
kelim supaya lebih kemas.

Rajah 20 : Kayu penekan

ii. Bod lengan


• Digunakan untuk memudahkan proses menggosok bahagian-
bahagian kecil dan kelim yang berbentuk.

Rajah 21 : Bod Lengan

5) PROSES ALIRAN KERJA DALAM PENYEDIAAN PAKAIAN SERAGAM


KORPORAT
Para pelatih dapat menjelaskan proses aliran kerja dalam penyediaan pakaian
seragam korporat secara sistematik mengikut turutan kerja yang betul. Proses aliran
kerja dalam penyediaan pakaian seragam korporat mengikut turutan adalah seperti
berikut:

5.1) Ukuran badan pelanggan


Setiap orang dikurniakan bentuk badan yang berbeza-beza. Pelbagai kaedah dan
cara untuk mengambil ukuran badan setiap individu bergantung kepada
kepakaran dan kemahiran seseorang. Mengambil ukuran badan yang betul dan
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 16/23

tepat dengan mematuhi semua peraturan ditetapkan adalah sangat penting untuk
mendapatkan pola asas yang betul semasa mendraf.

i. Peralatan yang diperlukan untuk mengambil ukuran


• Pita ukur
• Buku / borang tempahan pelanggan
• Alat tulis

ii. Bahagian – bahagian badan yang perlu diukur


Sebelum kita mengambil ukuran badan kita seharusnya
mengenalpasti bahagian-bahagian badan yang perlu diukur
mengikut fesyen yang dikehendaki. Bahagian- bahagian
yang perlu diukur:
• Keliling leher
• Lebar bahu
• Labuh tangan
• Bukaan tangan
• Lubang ketiak
• Keliling dada
• Keliling punggung
• Labuh baju
• Garis tengah belakang

5.2) Aktiviti mendraf bentuk pola


Pola pakaian sangat penting dalam menghasilkan pakaian. Pola pakaian
hendaklan disediakan dengan lengkap dan teliti. Pola yang baik adalah pola
yang telah disiapkan dengan tanda-tanda pola yang lengkap agar
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 17/23

memudahkan kerja-kerja memotong fabrik. Adalah lebih baik menggunakan


masa yang lebih sedikit untuk menyediakan pola yang lebih baik daripada
membuang masa membaiki pakaian yang tidak betul dibuat.

i. Menyenaraikan peralatan yang diperlukan untuk mendraf


pola

ii. Menyenaraikan bahagian- bahagian pakaian yang perlu


didraf

iii. Menerangkan teknik mendraf pola Uniform


Bentangkan kertas minyak dan draf pola berpandukan
gambarajah dibawah:
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 18/23

Rajah 22 : Gambar rajah teknik mendraf pola

5.3) Bentang dan pemotongan kain


Sebelum proses memotong fabrik pastikan fabrik mencukupi mengikut
fesyen yang dikehendaki dan fabrik digosok/ iron terlebih dahulu supaya
bahagian-bahagian kedutan menjadi rata untuk memudahkan proses
memotong fabrik. Perancangan kerja perlu dibuat dengan baik bagi tujuan
menjimatkan masa dan fabrik:
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 19/23

Menyusun atur pola


a) Atur pola dengan cara yang paling menjimatkan.
b) Letakkan kepingan pola yang besar dahulu diikuti dengan kepingan pola
yang kecil.
c) Pastikan ira pola selari dengan ira fabrik / mengikut corak fabrik.
d) Pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik.
Menyemat pola
a) semat pola pada fabrik dengan jarum peniti.
b) Elak dari mengangkat fabrik semasa menyemat.
c) Semat peniti pertama di atas ira lurus pola
d) Peniti yang disemat tidak terkeluar dari garisan pemadan supaya
memudahkan proses memindahkan tanda pola dilakukan.

Menggunting fabrik
a) Tentukan cara menyusun pola di atas fabrik betu.
b) Gunakan gunting yang tajam.
c) Fabrik tidak diangkat semasa menggunting
d) Tekan pola dengan sebelah tapak tangan ketika menggunting,
e) Gunting dengan gerakan sekata supaya GG tidak bergerigi.
f) Mata gunting yang runcing di hujung terletak di atas meja ketika
menggunting
g) Gunting semua pola dalam satu masa.
h) Menggunting pola yang besar dahulu diikuti dengan pola yang kecil
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 20/23

Potong fabrik dengan mengikut ira memanjang dan tandakan basi seperti
gambar rajah dibawah:

Rajah 23 : Gambar rajah susunan fabrik mengikut ira memanjang

5.4) Pemasangan panel dan menjahit


Bagi memudahkan para pelatih memahami proses aliran kerja penyediaan
pakaian seragam korporat, para pelatih perlu memastikan langkah-langkah
kerja betul dan sistematik.

i. Menyedia lisu setentang.


ii. Cantum panel hadapan ( tengah ) dengan panel hadapan ( sisi )
membentuk garisan puteri.
iii. Mencantum bahu mendatang ke badan belakang dari badan
hadapan.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 21/23

iv. Menyedia dan menetapkan belah kelepet sama lebar.


v. Menyedia dan menjahit kocek tampal.
vi. Menyedia, mencantum dan mengemas kolar
vii. Menjahit belah lapik kain selari di hujung lengan.
viii. Mencantum lengan.
ix. Menjahit kelim rusuk dan kelim lengan kemeja.
x. Menyedia, mencantum dan mengemas kaf.
xi. Menetapkan kelepet kemeja.

5.5) Pemasangan dan kemasan pakaian


Jahit butang dan lubang bagi mencantikkan lagi pakaian seragam
korporat. Perkara yang perlu diambil kira sebelum menjahit butang pada
baju seragam korporat:

5.6) Pemeriksaan kualiti pakaian


Tujuan pemeriksaan kualiti sesuatu produk pakaian tersebut adalah untuk
menentukan kualiti pakaian melepasi standard dan kemas mengikut
permintaan pelanggan. Di samping itu, sebarang kecacatan dapat di
kenalpasti sebelum urusan jual beli.
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 22/23

SOALAN:

1. Terangkan definisi pakaian seragam korporat.


_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

2. Senaraikan lima (5) elemen pakaian seragam korporat.


_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

3. Senaraikan dua (2) jenis fabrik yang digunakan dalam penyediaan


pakaian seragam korporat.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________

4. Huraikan proses aliran kerja dalam penyediaan pakaian seragam


korporat.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
NO. KOD: C141-005-3:2021-C03/KP(2/2)PM Muka Surat: 23/23

RUJUKAN:

1. Halifah binti Hashim(2003). Khazanah Ibu Khusus Untuk Asas-asas Menjahit


Pakaian. Pustaka Ilmi, Batu Caves, Selangor.
2. Rusnah Hj.Yusuf (1995).Panduan Asas Menjahit Pakaian Wanita dan kanak-
kanak.
3. Mariam Abu Bakar .(1988).Panduan Membuat Pakaian.
4. Panduan Membuat Pakaian - Mariam Abu Bakar ( Karya Bestari : Cetakan 8
- 2006 ).
5. Panduan Menjahit Pakaian Wanita - Mariam Abu Bakar ( Alaf 21 : Cetakan 1
- 2003 ).
6. Pola pakaian tingkatan 4 dan 5 - Lamah Binti Ghani, azmawati binti abdul
Aziz /Dewan bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (cetakan 1 – 2005).
7. Asas Menjahit – Raja Fudziah Ismail (R.A.N. Publisher Sdn.Bhd : Cetakan 2
: 1995 ).
8. Variasi Teknik menjahit – Rosita Jaafar ( Alaf 21 :2006 ).

Anda mungkin juga menyukai