Anda di halaman 1dari 2

Refleksi projek pakaian kanak-kanak 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Apakah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang and peroleh semasa melaksanakan
tugasan ini.

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari langkah-langkah untuk


menjahit pakaian kanak-kanak dengan lengkap. Ia juga membantu mengasah kemahiran menjahit
saya seperti memotong fabrik, membuat kedutan, menjahit kolar peterpan, menjahit tepi fabrik,
mejahit zip sembunyi dan mencantum bahagian pakaian. Pengalaman yang saya hadapi semasa
pelaksaan tugasan ini adalah di mana saya tersalah jahit, saya terpaksa mentetas dan menjahit
semula. Perkara ini saya ulang berulang kali sehingga saya menangis dan berputus asa. Namun
saya bangkit semula dan sambung menjahit. Di sini saya dapat melihat betapa hebatnya seorang
tukang jahit. Saya tidak menyangka saya dapat menyiapkan pakaian ini tepat pada masanya.
Walaupun tidak kemas, namun saya tersangat berpuas hati kerana saya berjaya menjahit pakaian
pertama saya dan boleh dipakai oleh orang lain.

2. Apakah kelebihan projek pakaian kanak-kanak yang telah anda hasilkan.

Kelebihan projek pakaian kanak-kanak ini adalah ia merupakan pakaian pertama yang
saya hasilkan. Tema Wau Bulan yang mepunyai pelbagai corak juga dapat menarik kanak-kanak
untuk memakainya. Pencantuman elemen tradisional dan moden pada gaun kanak-kanak ini
menambahkan lagi keunikannya. Pemilihan kain Dutches Satin pada pakaian yang berkilat
mewujudkan elemen kemewahan serta elegan pada sesuatu pakaian. Akhir sekali pemilihan
warna, warna emas dan warna emerald green pakaian dapat membantu alam menaikkan lagi seri
pada pakaian tersebut.

3. Apakah cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh anda agar dapat menghasilkan
projek pakaian dengan baik.

Antara penambahbaikan yang perlu saya lakukan agar dapat menghasilkan projek
pakaian dengan baik adalah menjahit dengan kemas dan teliti. Saya juga perlu membiasakan diri
menggunakan mesin jahit. Hal ini kerana ia dapat membantu saya untuk mendapatkan hasil yang
kemas dan cantik. Disamping itu, ia juga dapat mengelakkan saya daripada mentetas pakaian
banyak kali dan merosakkan fabrik. Selain itu, saya perlu menjadi lebih kreatif dengan cara
mengkaji corak-corak yang cantik serta rekaan-rekaan yang menarik.

4. Pada semester akan datang anda akan menghasilkan projek pakaian wanita dan pakaian lelaki
apakah persediaan yang akan ada lakukan?

                Persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menghasilkan pakaian lelaki dan
perempuan ialah memahirkan dan membiasakan diri menggunakan mesin jahit. Selain itu, saya
juga perlu berlatih dalam mengenali ciri-ciri serta memilih fabrik yang sesuai dengan sesuatu
tema. Saya juga perlu lebih banyak mengkaji dan melihat rekaan-rekaan pakaian serta corak-
corak yang menarik untuk memudahkan saya untuk membuat rekaan pakaian kelak. Akhir sekali,
saya akan mengikuti kelas menjahit di luar pada cuti semester ini bagi memudahkan serta
memahirkan saya untuk melakukan tugasan jahitan nanti.

Anda mungkin juga menyukai