Anda di halaman 1dari 1

Fadhilah binti Othman

No 63, Taman Bukit Chamang,


28700 Bentong,
Pahang.                                                                                          Tarikh : 24 September  2018
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr. Siti Rahaimah binti Ali,
Pensyarah Pandu Puteri,
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Tuan,

SEBAB TIDAK HADIR KE KULIAH PADA 22 SEPTEMBER 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Saya terlebih dahulu ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan amatlah saya
kesali. Perkara ini berlaku diluar kawalan saya kerana saya perlu pulang ke rumah atas sebab
terdapat beberapa perkara yang saya perlu uruskan. Selain itu, saya juga tidak menyedari akan
pengumuman yang terdapat di dalam MyGuru berkenaan kelas ganti pada hari sabtu lalu. Saya
dengan rela hati dan sepenuhnya bertanggungjawab di atas perlakuan saya ini.

3.         Oleh yang demikian, dengan rasa rendah hati besarlah harapan saya agar tuan dapat
memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap saya. Kerjasama dan perhatian awal tuan dalam
perkara ini amat saya hargai dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

(FADHILAH BINTI OTHMAN)


D20171077980
ISMP Ekonomi Rumah Tangga

Anda mungkin juga menyukai