Anda di halaman 1dari 3

PEMILIHAN LOKASI IKLAN

Kami sekumpulan telah mengadakan perbincangan mengenai pemilihan lokasi bagi


menjalankan rakaman pembikinan video yang bertajuk Video Eksperimen Sosial dan kami
telah mengetangahkan tentang isu perkauman dalam masyarakat. Setelah selesai berbincang,
kami sebulat suara bersetuju untuk memilih Kolej Aminuddin Baki sebagai lokasi
pengambaran video ini. Hal ini kerana, terdapat beberapa faktor yang telah kami kaji iaitu
kebanyakkan daripada isu perkauman ini sering berlaku dalam kalangan pelajar.

Selain itu, kami juga dapat menjimatkan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini
demikian kerana, lokasi yang dipilih adalah strategik dimana lokasinya berdekatan dengan
kolej kediaman kami, jadi perkara ini dapat memudahkan kami untuk berkumpul pada bila-
bila masa sahaja secara tidak langsung dapat melancarkan proses pembikinan Video
Eksperimen Sosial ini. Kesemua situasi yang kami pilih akan kami lakonkan sebanyak dua
kali bagi setiap situasi dimana satu situasi yang salah dan tidak patut dicontohi serta satu lagi
situasi yang betul dan perlu dicontohi.

Antara lokasi yang kami pilih untuk dilakonkan dalam video ini adalah di kafeteria
kolej. Di sana kami menjalankan pengambaran mengenai isu bagaimana penerimaan
seseorang yang berlainan agama dan kaum untuk berkongsi tempat duduk di meja makan.
Kami memilih kawasan kafeteria kerana di situ merupakan kawasan yang menjadi tumpuan
para pelajar khususnya pada waktu makan tengahari dan makan malam di mana ada kalanya
ruang kafeteria menjadi penuh dan mungkin situasi yang kami lakonkan di dalam video itu
akan berlaku. Jadi, mesej yang cuba kami sampaikan adalah kami ingin menguji penerimaan
seseorang untuk berkongsi ruang makan bersama dengan kaum lain di lokasi terbuka seperti
kafeteria yang bukan sahaja melibatkan para pelajar malah mungkin hal ini juga berlaku
pada orang awam dalam masyarakat Malaysia.

Seterusnya, kami memilih situasi di ruang perbincangan Surau Al Falah Kolej


Aminuddin Baki. Di sana kami menjalankan pengambaran mengenai isu perbincangan
tugasan kumpulan yang terdiri daripada anggota kumpulan yang berbeza kaum. Di dalam
video tersebut, berlaku isu sentimen perkauman di mana pendapat yang diberi oleh kaum dari
negeri Sabah tidak dilayan dan dipinggirkan. Di dalam sesuatu perbincangan antara
kumpulan, pentingnya penglibatan semua pihak yang ada di dalam kumpulan tersebut. Isu
berat sebelah seperti ini seharusnya tidak wujud dalam sesuatu sesi pembelajaran seperti ini.
Setiap ahli kumpulan berhak menyuarakan pendapat mereka dahulu sebelum membuat
sebarang keputusan.

Selain itu, situasi bertanya soalan juga telah kami lakukan di dalam surau Al Falah
Kolej Aminuddin Baki. Di dalam situasi ini, kami menunjukkan situasi di mana terdapat
unsur memilih kaum dalam berkongsi pengetahuan. Watak Wawa dalam penggambaran ini
membantu apabila rakannya yang berbangsa melayu bertanyakan soalan dan menjawab
dengan lemah lembut. Namun sebaliknya pula dengan rakannya yang berlainan kaum, Wawa
memarahi dan bercakap dengan kasar sekali. Surau Al Falah merupakan tempat yang sesuai
bagi menjalankan sesi pngambaran ini. Hal ini kerana di dalam surau ini terdapat meja dan
kerusi yang sesuai untuk pelajar menuntut ilmu dan berbincang. Selain itu, suasananya yang
tenang dan selesa memudahkan melakukan sesi pengambaran ini.

Lokasi kami yang terakhir adalah di bilik pelajar yang terletak di Kolej Aminuddin
Baki. Di sana kami menjalankan pengambaran mengenai situasi cara bagaimana untuk
bertolak ansur dengan rakan sebilik yang berlainan kaum dan agama. Situasi lokasi dalam
bilik itu menggambarkan tentang terdapat salah seorang daripada dua penghuni bilik
seringtidak sehaluan dengan rakannya misalnya dalam isu kebersihan. Kami memilih lokasi
ini kerana berdasarkan apa yang telah kami kaji kami dapati bahawa isu sebegini sering
berlaku dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini.
LAMPIRAN LOKASI

Lokasi 1: Kafeteria Kolej

Lokasi 2: Ruang perbincangan & Ruang Ilmu Surau Al Falah Kolej Aminuddin Bak

Lokasi 3: Ruang Bilik Kolej Kediaman Aminuddin Baki

Anda mungkin juga menyukai