Anda di halaman 1dari 25

MENUJU WAWASAN

UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM JANGAN BUANG MASA SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH KITA ADA ALLAH MAHA KUASA KITA PUNYA KUASA TENAGA DOA SEBAGAI SENJATA UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH UMAT SILAM ZAMAN LAMPAU TAAT PERINTAH RASULULLAH BERSAMA BERUSAHA BERSATU TUJU WAWASAN DUNIA DAN AKHIRAT WAWASAN DUNIA DAN AKHIRAT AKHIRNYA ISLAM CEMERLANG SELURUH DUNIA WAWASAN DIRI PENUHI DI DADA DENGAN ILMU WAWASAN AGAMA BEKALAN MASA DEPAN DAN AKHIRAT KUAT USAHA JUJUR DAN AMANAH SENTIASA MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH AQIDAH IBADAH HARUS SEMPURNA IBADAH TANPA AQIDAH WAWASAN SYAITAN ULAMA WARISAN ANBIA PEGANGAN MEREKA HARUS DIIKUT AJARAN SESAT WAJIB HINDARI

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

OBJEKTIF KEM KECEMERLANGAN PELAJAR 2005


1) Melahirkan golongan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan untuk mengharapkan keredhaan Allah. 2) Melahirkan golongan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta intelektual. 3) Memupuk semangat juang yang tinggi di kalangan pelajar dalam menghadapi cabaran masa depan yang bakal mendatang. 4) Memupuk nilai motivasi yang tinggi dalam jiwa pelajar untuk menuju kejayaan dan kecemerlangan hidup. 5) Memberi petua-petua menuju kejayaan, kaedah-kaedah pembelajaran yang betul dan hala tuju sebenar pelajar dalam hidup. 6) Merapatkan ukhuwah di kalangan peserta dan fasilitator serta

mendedahkan mereka dengan dunia IPT.

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

TIPS UNTUK FASILITATOR


Cara-cara Mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan Dengan Efektif 1. Sebelum Pengendalian Niat yang ikhlas untuk menolong peserta (hanya kerana Allah) Sikap fasilitator, tugas dan peranannya Mengenalpasti kumpulan sasar sama ada pelajar sekolah menengah, remaja mahupun dewasa Memahami tajuk yang hendak disampaikan sepenuhnya serta matlamat dan objektif program Menyediakan idea-idea segaran yang agak relevan dengan tajuk Berbual-bual dengan peserta sebelum sesi LDK bermula untuk hilangkan rasa gugup dan membiasakan diri dengan kumpulan 2. Semasa Pengendalian Berikan senyuman paling manis kepada peserta Tentukan kedudukan sama ada di atas kerusi dan sebagainya. Kedudukan fasi juga bergantung kepada jantina peserta Mulakan dengan AI-Fatihah Berikan kata-kata perangsang dan penghargaan kepada peserta Jika peserta belum mengenali antara satu sama lain mulakan dengan taaruf (jika boleh dalam bentuk games) Mulakan perbincangan dengan cerita menarik yang relevan dengan tajuk, jangan terus membuat perbincangan Wujudkan hubungan kemesraan dengan peserta supaya tidak ada jurang antara peserta dan fasi dan antara peserta dengan peserta supaya LDK dapat dijalankan dengan lancar Teruskan perbincangan dan diselang selikan dengan segaran jika peserta mula lemau Harus diingat fasi adalah PEMUDAHCARA bukannya memberikan penyelesaian masalah Kawal keadaan perbincangan supaya jangan terlalu pasif atau over Berikan perhatian Yang sama rata untak setiap peserta Buat kesimpulan daripada keseluruhan program dan minta setiap ahli memberikan pendapat 3. Selepas Perbincangan Sudahi dengan tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr Jaga hubungan kembali dengan peserta

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Ciri-ciri Seorang Fasilitator Yang Baik Bersikap tidak menghukum Bersikap jujur Mewujudkart keyakinan Memberi perhatian Peka Komunikasi Bertolak ansur Bersikap tegas Cara-cara Membuat Peserta Bercerita Tanpa Rasa Malu Biarkan dia bercerita mengikut rentak dan kehendaknya Jadilah pendengar yang baik. Ramai orang tidak suka kita mengorek rahsia peribadi Sebagai permulaan gunakanlah gesaan yang lembut "jika sudi.. Tidak tertalu lembut tapi gesaan yang baik Jangan bertanya soalan yang boleh dijawab YA atau TIDAK Kita tak boleh paksa orang bercerita. Tapi kita mahu mereka suka bercerita Cara-cara Menjadikan Diri Anda Seorang Yang Bijak Berbicara Jangan terus masuk topik yang anda masih kabur Jangan berharap anda disambut baik. Jika mereka senyum atau angguk sudah memadai Lihat dahulu keadaan apakah yang mereka sudah bersedia menerima anda ketika itu Jangan terus berikan cadangan sebaliknva anda bersetuju dahulu Setiap bicara anda adalah susulan dari bicara mereka Menjadi pendengar yang baik adalah lebih menguntungkan semua pihak

PERATURAN KEM
1. PAKAIAN

a) Berpakaian T-shirt lengan panjang, seluar track dan berkasut semasa slot ceramah, LDK
Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat. Sesungguhnya untuk 2. MAKANAN seseorang itu apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya. Barang siapa berhijrah kerana dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa berhijrah Beratur semasakerana wanitamakananakan dalam keadaan Justeru itu hijrahnya atas apa (niat) mengambil maka ia dan mengahwininya. senyap. maksud dilakukannya. (Al-Bukhari dan Muslim) Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: dan riadah beserta dengan tanda nama.

a)

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

b)

Baca doa sebelum dan selepas makan (lantik di kalangan peserta). 3. SEMASA CERAMAH/ LDK a) Sentiasa memberikan perhatian kepada penceramah/fasilitator semasa sesi ceramah/LDK sedang dijalankan. b) Mengemukakan soalan/pendapat yang bernas dan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. c) Mencatat bahan pembelajaran di dalam modul dan jangan berbual serta membuat bising ketika sesi ceramah/LDK. 4. MASA a) Sentiasa menepati masa yang telah ditetapkan untuk setiap aktiviti. b) Menjalankan aktiviti kendiri seperti mandi dengan segera untuk memberi peluang kepada peserta lain dan menjimatkan masa. 5. DISIPLIN a) Sentiasa berpegang kepada disiplin dan peraturan kem di sepanjang program. b) Sentiasa mendengar dan mematuhi arahan Kem Komandan/fasilitator/urusetia/guru bertugas. c) Sentiasa mematuhi arahan ketua kumpulan semasa aktiviti berkumpulan. 6. TIDUR

a) Tidak dibenarkan keluar dari khemah tanpa kebenaran urusetia/guru bertugas.


b) Sekiranya hendak ke tandas perlu memberitahu urusetia/guru bertugas dan bersama urusetia/guru atau rakan lain. 7. PELAWAT

a) Ibu/Bapa/Penjaga yang hendak berjumpa anak/jagaan perlulah berjumpa dengan urusetia.


b) Pelawat tidak dibenarkan membawa makanan untuk peserta kursus. 8. HAL-HAL LAIN

a) Semua barang berharga hendaklah disimpan oleh urusetia sebagai keselamatan dan boleh
dituntut selepas kursus tamat.

b) Sebarang masalah yang berkaitan sila maklumkan kepada fasilitator, Kem Komandan,
urusetia atau guru bertugas.

c) Pastikan semua paip air ditutup selepas digunakan.


d) Semua peserta bertanggugjawab menjaga kebersihan kawasan perkhemahan, dalam khemah dan tandas yang digunakan.

CERAMAH 1
Tajuk Penceramah Masa Tempat Alatan : : : : : Kenali Diriku 1 Jam 15 Minit PA System, LCD, Laptop, Modul Peserta

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Objektif

Mempertingkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dalam diri, yang mana perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin. Pengisian :

1. Nikmat pancaindera yang dikurniakan oleh Allah s.w.t : Mata Tangan Telinga Hidung Mulut dll 2. Anugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t perlu digunakan bagi memenuhi tuntutan Allah s.w.t dalam konteks pelajar muslim.

CERAMAH 2
Tajuk Penceramah Masa Tempat Alatan Objektif : : : : : : Programkan Minda Ke Arah Kejayaan 1 Jam 30 Minit PA System, LCD, Laptop, Modul Peserta

Menggalakkan dan memberi semangat kepada para pelajar untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Pengisian :

1.Menerangkan tentang kewajiban menuntut ilmu. 2.Menerangkan kepada pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan. 3.Menerangkan akibat yang dihadapi jika tiada ilmu pengetahuan. 4.Penumpuan kepada pencapaian dalam UPSR.

CERAMAH 3
Tajuk Penceramah Masa Tempat Alatan : : : : : Jejak-jejak Juara 1 Jam PA System, LCD, Laptop, Modul Peserta

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Objektif

Memberi pendedahan tentang teknik-teknik pembelajaran yang berkesan kepada peserta. Pengisian 1. 2. 3. 4. 5. :

Teknik asas pembelajaran yang berkesan Kaedah membaca berkesan Kaedah mendengar Kaedah membuat nota Pengurusan masa

CERAMAH 4
Tajuk Penceramah Masa Tempat Alatan Objektif : : : : : : Sandarkan Pada Kenangan 45 Minit PA System, LCD, Laptop, Modul Peserta

Memberi kesimpulan yang merangkumi semua slot-slot yang telah dijalankan. Pengisian :

1. Memaparkan gambar-gambar slot program yang telah berlalu selama 2 hari. 2. Menerangkan rasional mengenai slot yang telah dijalankan. 3. Menerangkan aspek: Kepentingan mentaati Allah dan Rasul. Kepentingan menghormati ibu bapa. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

ICE BREAKING
Aktiviti I Masa Tempat Alatan : : : : Sama Sifat 30 Minit Dewan PA System

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Objektif : 1. Menyesuaikan diri peserta dengan suasana dan tempat program supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam slot-slot seterusnya. 2. Menonjolkan Kem Komandan (KK) sebagai orang yang berkuasa mengeluarkan arahan dan peserta perlu mendengar setiap arahan KK. Kaedah :
1. Aktiviti dimulakan ummul kitab dan peserta diarahkan duduk dalam kumpulan

mengikut jantina (2 kumpulan).


2. KK mengarahkan semua peserta membentuk kumpulan mengikut bulan lahir 3. 4.

5. 6.

mereka (2 minit). Peserta dikehendaki berkenalan dan mengingati nama panggilan semua rakanrakan dalam kumpulan (5 minit). KK kemudiannya menjemput seorang peserta dari kumpulan yang ramai ahli (lelaki dan perempuan) untuk tampil ke pentas dan memperkenalkan semua nama ahli kumpulannya. Sekiranya peserta gagal untuk menyebut semua nama dengan betul, minta bantuan rakan dari kumpulan yang sama (10 minit). Seterusnya KK akan meminta peserta untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan dengan tanpa mengeluarkan suara (1 minit). : : : : Siapa Saya? 45 Minit Dewan, Surau dan sekitar Kertas A4, Borang Matlamat UPSR 2005

Aktiviti II Masa Tempat Alatan Objektif :

1. Untuk mengetahui sifat atau ciri-ciri pelajar dengan lebih mendalam. 2. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain dan merapatkan lagi jurang persahabatan. 3. Menguji kreativiti dan semangat bekerjasama peserta. Kaedah : 1. Setiap fasi akan masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan membawa kumpulan ke lokasi yang sesuai. 2. Fasi memperkenalkan diri secara ringkas (3 minit). 3. Setiap peserta dikehendaki berpasangan dan melukiskan gambar wajah pasangan masing-masing pada sehelai kertas A4 (5 minit). 4. Fasi mengumpulkan kembali lukisan peserta dan seterusnya membahagikan lukisan-lukisan tersebut kepada peserta semula secara rawak. Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

5. Kemudian, setiap peserta dikehendaki mencari rakan kumpulan mereka berdasarkan wajah dalam lukisan tersebut dan berkenalan dengan rakan mereka. Dapatkan biodata rakan dan catat pada sehelai kertas A4 (5 minit) 6. Apabila masa sudah mencukupi, fasi akan meminta seorang peserta berdiri dan memperkenalkan siapakah wajah yang diperolehinya dan memperkenalkan rakan tersebut. Sebelum tamat, fasi akan membuka peluang kepada rakanrakan yang lain untuk bertanya lebih lanjut. 7. Seterusnya peserta yang diperkenalkan tersebut akan memperkenalkan wajah yang diperolehinya pula. 8. Proses ini akan berlangsung sehingga semua peserta memperkenalkan rakan masing-masing (20 minit). 9. Fasi minta peserta lantik seorang ketua kumpulan dan memberi nama kumpulan (2 minit). 10. Peserta diminta supaya menulis nama peserta, nama fasi, nama kumpulan dan rakan-rakan sekumpulan di dalam modul peserta. 11. Fasi mengadakan perbincangan dan mengulas tentang pengajaran aktiviti (8 minit)- Rujuk perbincangan 12. Fasi minta peserta mengisi Borang Matlamat UPSR 2005 dan kembalikan kepada fasi (2 minit). Perbincangan : 1. Fasi perlu mengulas tentang pengajaran berdasarkan objektif aktiviti I dan II. 2. Fasi perlu jelaskan kesinambungan objektif kem dengan aktiviti ice breaking dan slot-slot yang akan mereka lalui seterusnya agar mereka bersedia dari segi minda dan fizikal.

Nama : .....................................................

Matlamat Saya Untuk UPSR 2005


Bahasa Melayu (Pemahaman) Bahasa Melayu (Penulisan) Bahasa Inggeris Matematik Sains ---------------------

LDK 1
Aktiviti Masa Tempat Alatan : : : : Penilaian Diri 1 Jam Dewan dan Surau Kertas A4, Borang Komentar Program 1, Modul Peserta

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Objektif

1. Supaya peserta dapat mengenal diri dan tahu tentang sebab mereka diciptakan di muka bumi ini. 2. Membantu peserta membuat penilaian diri dan mengetahui potensi diri mereka untuk berjaya dalam hidup. Kaedah : 1. Fasi mulakan dengan ummul kitab dan minta peserta mengisi borang Komentar Program 1(5 Minit). 2. Fasi bertanya peserta secara rawak (2-3 orang) tentang apa yang mereka perolehi daripada Ceramah 1 dan fasi menghuraikan serba sedikit tentang pengisian ceramah dan kaitkan dengan konsep mengenal diri (10 Minit)- Rujuk perbincangan mengenal diri. 3. Fasi meminta peserta menjawab soalan 1-3 dalam lampiran LDK Penilaian Diri peserta yang telah disediakan dalam modul peserta (5 Minit)- Rujuk keterangan Soalan. 4. Setiap peserta dikehendaki membaca apa yang telah ditulis dan fasi mengadakan perbincangan (30 Minit)- Rujuk perbincangan Soalan. 5. Fasi minta peserta tuliskan dalam kertas A4 apakah harapan mereka terhadap program ini/ apa yang mereka nak dapat dari program ini (5 Minit). 5. Fasi kumpulkan kertas A4 tersebut dan maklumkan peserta bahawa apa yang telah mereka tulis akan dinilai sepanjang program berlangsung. 6. Fasi membuat huraian dan kesimpulan/ pengajaran LDK 1 (5 Minit)- Rujuk pengajaran LDK 1. Perbincangan : Mengenal Diri : Tujuan manusia diciptakan oleh Allah adalah sebagai hamba (untuk beribadah) dan juga khalifah (memakmurkan bumi ini). Ini berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat padaku. (Adz-dzariyaat :56) Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.... (Al- Baqarah: 30) Setelah kita tahu tujuan asal kita diciptakan, kita perlu lakukan penilaian diri iaitu mengetahui apakah cita-cita dan kehendak kita dalam hidup, apakah potensi diri kita (kekuatan dan kelemahan) untuk berjaya dalam hidup supaya kita dapat mengenal diri dengan lebih dalam (berkaitan dengan soalan 1-3). Keterangan Soalan 1: Apa Yang Anda Mahukan Dalam Hidup Ini?

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Apakah matlamat hidup peserta. Boleh jadi satu matlamat atau lebih. Minta jawapan yang spesifik. Contoh; Nak membalas jasa ibu bapa, Menjadi seorang doktor untuk merawat orang sakit dll. Keterangan Soalan 2: Apakah Kekuatan Diri Anda Untuk Berjaya? Apakah kekuatan/ kelebihan yang ada pada diri peserta yang boleh membantu untuk berjaya. Contoh; Sifat rajin. Keterangan Soalan 3: Apakah Kelemahan diri/ halangan Anda Untuk Berjaya? Apakah kelemahan diri atau perkara yang boleh menjadi halangan kepada peserta untuk berjaya. Conyoh; Sifat malas, masalah keluarga, masalah kewangan. Isi Perbincangan Soalan : Kalau kita dah kenal diri dan tahu kenapa kita diciptakan, kita seharusnya juga tahu apa cita-cita, matlamat dan kehendak kita dalam hidup ini. Matlamat hidup seharusnya tidak lari daripada mencakupi aspek hubungan peserta dengan Allah (ibadah dan ketaatan kepada perintahNya) dan juga hubungan peserta dengan manusia seperti ibu bapa, guru, kawan-kawan mereka. Mereka perlu hormat dan menjaga hubungan dengan manusia terutamanya kedua ibu bapa. Sebagai manusia, kita ada kelebihan berbanding makhluk yang lain iaitu kurniaan akal dan juga pancaindera yang sempurna. Akal yang ada perlu diisi dengan ilmu yang berguna supaya boleh memandu hidup ke jalan yang betul untuk berjaya di dunia dan juga akhirat. Sebagai manusia, kita juga tidak sempurna dan banyak kelemahan. Kelemahan ini perlu kita kenalpasti dan cuba atasi kalau kita nak berjaya. Pengajaran : 1. Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu ada matlamat dan kenalpasti kekuatan dan kelemahan diri kita. 2. Harapan agar peserta dapat tingkatkan diri dengan gunakan kekuatan diri yang ada dan buang sifat negatif (kelemahan diri) yang telah dikenalpasti.

LDK 2
Aktiviti Masa Tempat Alatan Objektif : : : : : Saya Boleh 1 Jam 45 Minit Dewan, Surau dan sekitar Kertas A4, Borang Komentar Program 2, Modul Peserta

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

1. Menggalakkan para peserta menetapkan matlamat tertentu dalam hidup dan berusaha untuk mencapainya. 2. Menyedarkan peserta bahawa cita-cita perlu jelas, spesifik, boleh dicapai dan mempunyai jangka masa. 3. Menanam sifat tidak mudah putus asa dan tidak hanya menyerah kepada nasib semata-mata jika sesuatu matlamat yang diimpikan tidak tercapai. 4. Membantu peserta dalam mengenalpasti masalah/ halangan dalam mencapai matlamat dan cara penyelesaiannya. Kaedah : 1. Fasi mulakan dengan ummul kitab dan minta peserta mengisi borang Komentar Program 2 (5 Minit). 2. Bawa peserta ke suatu tempat lapang (kawasan berangin). 3. Minta peserta membuat roket kertas menggunakan sehelai kertas A4. Galakkan peserta menggunakan kreativiti masing-masing (5 minit). 4. Minta peserta menetapkan target masing-masing dan menerbangkan roket kertas masing-masing ke arah target yang telah ditetapkan. 5. Jika tidak mencapai target, beri mereka peluang untuk membuat percubaan sehingga 3 kali (15 minit) 6. Setelah semua peserta menerbangkan roket kertas, masuk semula ke dalam kumpulan. 7. Fasi bertanya peserta secara rawak (2-3 orang) tentang apa yang mereka perolehi daripada Ceramah 2 dan fasi menghuraikan serba sedikit tentang pengisian ceramah dan kaitkan dengan kepentingan menetapkan matlamat dan permainan roket tadi(20 Minit)- Rujuk perbincangan. 8. Fasi minta peserta mengisi untuk kali kedua Borang Matlamat UPSR yang terdapat dalam modul peserta dengan tepat, jelas dan rasional dalam masa 5 minit (pastikan peserta dapat mengambil pengajaran daripada aktiviti sebelum ini). 9. Kemudian, setiap peserta diminta menulis dan menyatakan satu masalah/ halangan yang paling besar untuk mencapai matlamat dalam UPSR (15 minit). 10. Fasi mencatat dan mengolah halangan-halangan tersebut dan kemudian berbincang bersama peserta tentang cara-cara mengatasinya (35 minit). 11. Peserta diminta mencatat setiap langkah penyelesaian yang telah dibincangkan ke dalam modul masing-masing. Perbincangan : 1. Terangkan kepada peserta tentang ciri-ciri matlamat iaitu mesti spesifik, ditulis dengan jelas, sesuai dengan kemampuan/ boleh dicapai dan ada jangkamasa. 2. Setelah menetapkan matlamat, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya dan jangan putus asa (percubaan 3 kali dlm permainan). 3. Bincangkan tentang masalah/ halangan untuk capai matlamat (roket tak sampai target sebab angin yang bertiup) 4. Kejayaan sukar dicapai jika tiada perancangan dari awal untuk atasi halangan. Kaitkan dengan rekabentuk roket. Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Pengajaran : 1. Untuk mencapai kejayaan perlu ada matlamat yang jelas dan boleh dicapai dalam jangkamasa tertentu disertai usaha yang tak kenal putus asa. 2. Setiap masalah/ halangan ada penyelesaiannya dan kejayaan boleh dicapai bila masalah dapat diatasi. 3. Kita juga harus belajar dari pengalaman orang lain yang telah berjaya (pengalaman fasi dll).

LDK 3
Aktiviti I Masa Tempat Alatan Objektif : : : : : Berusaha Berjaya (Semakan Masa) 45 Minit Dewan, Surau dan sekitar Borang Komentar Program 3, Modul Peserta

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

1. baik. 2. masa 3. masa Kaedah

Membimbing peserta membahagikan masa seharian mereka dengan Memberi kefahaman kepada peserta tentang pentingnya pengurusan secara baik. Supaya peserta dapat menilai dan menganalisa sendiri ke manakah mereka telah banyak dihabiskan. :

1. Fasi mulakan dengan ummul kitab dan minta peserta mengisi borang Komentar Program 3 (2 minit). 2. Fasi bertanya peserta secara rawak (2-3 orang) tentang apa yang mereka perolehi daripada Ceramah 3 dan fasi menghuraikan serba sedikit tentang pengisian ceramah (5 minit) 3. Kemudian, peserta diberi masa selama 8 minit sahaja untuk mengumpulkan bahan-bahan berikut: 10 biji batu berlainan saiz, 10 helai daun kering berlainan saiz dan 5 batang ranting sepanjang lengan. Mereka boleh mencari di sekitar tapak kem. 4. Selepas 5 minit peserta dikehendaki berkumpul semula dan ketua diminta melaporkan hasil yang diperolehi kepada fasi. 5. Peserta diminta menulis/ mengisi Borang Semakan Penggunaan Masa Harian di dalam modul mereka berdasarkan pembahagian masa yang biasa mereka lakukan untuk satu hari minggu (5 minit). 6. Kemudian, fasi mengulas tentang aktiviti pencarian sebelum ini dan minta setiap peserta nyatakan kemanakah masa yang paling banyak digunakan (berdasarkan borang yang telah di isi) dan menyatakan jumlah masa yang sebenarnya digunakan untuk belajar/mengulangkaji. Fasilitator mengadakan perbincangan (25 minit). Perbincangan : 1. Berdasarkan aktiviti pencarian tadi, simpulkan tentang pentingnya pembahagian masa dan kerja serta perancangan dan kerjasama dalam kumpulan. Peserta juga dapat belajar supaya menepati masa yang diberi. 2. Berdasarkan jadual semakan masa yang telah diisi oleh peserta, jika masa untuk perkara yang tidak berfaedah diperuntukkan banyak, maka fasi perlu mencadangkan supaya ianya dapat dikurangkan dan ditambah bagi masa belajar. 3. Kemudian fasi menerangkan tentang penyakit-penyakit masa: Tidak manfaatkan masa, tak tahu keutamaan, tak tepati masa dll. Cara atasi adalah dengan mengurus masa/ sistem jadual dan disiplin diri. Pengurusan masa sangat penting kerana ia adalah alat untuk berjaya dan ia membolehkan kita mencapai lebih, mendapat yang terbaik, mempunyai lebih masa lapang, lebih melibatkan diri dengan aktiviti yang penting dan hidup lebih seimbang. Daripada pandangan Islam, manusia dituntut hargai masa kerana dunia ini sementara. Pengurusan masa yang baik adalah ibadah kerana boleh menjamin Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

kejayaan dalam menuntut ilmu (ibadah yang dituntut). Ingat lima perkara: Masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa muda sebelum tua, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit. Kesimpulan : 1. Dalam pengurusan masa perlu diambil kira Belajar, Keluarga, Rekreasi/ Sukan, Ibadah dan Rehat/ Hiburan. 2. Orang yang berjaya adalah orang yang bijaksana dalam memanfaatkan dan menguruskan masanya iaitu pandai membuat pilihan dan utamakan yang utama. 3. Sebagai seorang pelajar perlu lebihkan masa untuk belajar 4. Ingat balik harapan ibu bapa yang hantar pelajar ke sekolah untuk belajar jadi pandai. Maka untuk jadi pandai dan berjaya pelajar harus berdisiplin dan bijak uruskan masa.

CONTOH SEMAKAN PENGGUNAAN MASA HARIAN PELAJAR PAGI 06.00-07.00 07.00-08.00 08.00-09.00 09.00-10.00 10.00-11.00 11.00-12.00 AKTIVITI MS MS U U U U MALAM 07.00-08.00 08.00-09.00 09.00-10.00 10.00-11.00 11.00-12.00 AKTIVITI MS MS U U T

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

PETANG 12.00-01.00 01.00-02.00 02.00-03.00 03.00-04.00 04.00-05.00 05.00-06.00 06.00-07.00 Petunjuk : S = Sekolah U = Ulangkaji TU = Tuisyen T = Tidur

AKTIVITI MS MS KR KR MS R R/LL

PAGI 12.00-01.00 01.00-02.00 02.00-03.00 03.00-04.00 04.00-05.00 05.00-06.00

AKTIVITI T T T T T T

R = Riadah

MS = Makan & Solat KK = Kokurikulum KR = Kerja Rumah LL = Lain-lain Aktiviti

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Aktiviti II Masa Tempat Alatan Objektif

: : : : :

Berusaha Berjaya (Teknik Membuat Nota) 45 Minit Dewan, Surau dan sekitar Modul Peserta

1. Melatih peserta membuat nota yang ringkas, padat dan tepat. 2. Supaya pelajar dapat menjimatkan masa daripada membaca nota yang panjang. 3. Memudahkan peserta membuat ulangkaji pelajaran. Kaedah :

1. Fasilitator menerangkan tentang keperluan mencatat nota dalam proses pembelajaran dan beberapa kaedah tertentu yang boleh dipraktikkan iaitu Kaedah Peta Minda, Kaedah Akronim, Kaedah Gambar Rajah dan Kaedah Carta Aliran (10 minit). 2. Kaedah Peta Minda (6 minit): Peserta diarah memikirkan satu kata kunci yang boleh merangkumi setiap topik (cth: haiwan). Bahagikan kata kunci kepada bahagian-bahagian tertentu (cth: Omnivor, Karnivor, Herbivor). Setiap bahagian ini dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian (cth: Herbivor mempunyai ciri memakan tumbuhan dan cth haiwan ialah lembu). Setelah siap peta minda tersebut, fasi dikehendaki menerangkan cara penggunaannya (cth: Karnivor ialah haiwan yang memakan daging) 3. Kaedah

Akronim (6 minit): Fasi hendaklah mencadangkan satu contoh pembelajaran yang memerlukan hafalan (cth: warna perintang atau warna pelangi). Tunjukkan kepada peserta bagaimana setiap huruf di pangkal (depan) diambil dan dijadikan perkataan lain yang akhirnya boleh membentuk satu ayat atau lagu.
Warna Pelangi Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu Mat Jenin Kata Hantu Biru Itu Ungu

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

4. Kaedah Gambar Rajah (7 minit): Fasu hendaklah tentukan satu tajuk yang sesuai dan mudah kepada pelajar (cth: pancaindera dan fungsinya). Kemudian lukiskan gambar rajah berkaitan (cth: muka). Labelkan setiap bahagian yang mana bahagianbahagian tersebut dilengkapkan dengan fungsinya (cth: mata-melihat)

5. Kaedah Carta Aliran (6 minit): Fasi mengarahkan peserta memikirkan satu proses yang boleh dikitar atau fasi mencadangkan satu proses (cth: aliran hujan). Lukis carta aliran mengikut tertib. Kemudian tulis proses yang terlibat bagi setiap aliran. Fasi cuba cungkil semula apa yang telah dipelajari oleh pelajar untuk melengkapakn carta. Setelah siap, fasi dikehendaki menerangkan aplikasi carta kepada pelajar (cth: air akan bertukar kepada wap air melalui proses sejatan). Kondensasi Awan Wap Air Hujan

Sejatan

Air

6. Setiap kaedah yang diberikan mempunyai kekelemahannya. Di sini peserta perlulah membuat perbandingan iaitu memilih kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pembelajaran (10 minit). Kesimpulan : Kelebihan membuat nota ialah: Supaya pelajar tidak membuang masa membaca buku rujukan yang mempunyai nota yang panjang. Nota itu boleh disimpan dan amat diperlukan menjelang peperiksaan Supaya nota yang dihasilkan itu ringkas, padat dan mudah difahami.

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

LDK 4
Aktiviti Masa Tempat Alatan Objektif : : : : : Setulus Janji 1 Jam 15 Minit Surau dan sekitar Kertas A4, Borang Komentar Program 5

Peserta dapat mengenalpasti apa yang mereka peroleh sepanjang program. Kaedah :

1. Fasi dapatkan maklumbalas (apa yang diperolehi) peserta sepanjang mengikuti program dan minta peserta tulis dalam kertas A4. Bandingkan dengan harapan mereka terhadap program (dalam LDK 1) dengan apa yang telah mereka dapat. Sebaiknya mereka mendapat apa yang mereka harapankan daripada program (1 jam). 2. Fasi minta peserta isi Borang Komentar Program 5 (5 minit). 3. Fasi menyatakan harapan dan amanat masing-masing kepada peserta (10 minit). Pengajaran : 1. Peserta dapat mengenalpasti apakah yang telah mereka perolehi daripada program ini. 2. Fasi dapat menilai keberkesanan perlaksanaan dan isi kandungan program berdasarkan maklumbalas daripada peserta.

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

KURENTASI MALAM
Masa Tempat Alatan Objektif : : : : 1 Jam 15 Minit Dewan dan sekitar Borang Komentar Program 4, Kain Penutup Mata

1. Menguji sifat keberanian dan keyakinan peserta. 2. Memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kehidupan. Kaedah :

1. Semua peserta berkumpul di dewan dan dikehendaki mengisi Borang Komentar Program 4 (5 minit). 2. Setiap peserta diminta berada dalam kumpulan dan menutup mata masingmasing dengan kain yang disediakan. 3. Fasi akan membawa peserta (dalam kumpulan) berjalan dalam keadaan menutup mata selama 30 Minit (kawasan sekitar dewan). 4. Fasi akan menyediakan halangan kepada peserta di sepanjang perjalanan. 5. Kemudian fasi akan menempatkan peserta secara bersendirian selama 15 minit dengan jarak yang tidak jauh antara satu sama lain. Fasi minta peserta mengisi waktu yang ada dengan mengingati orang-orang yang mereka sayangi dan apa yang peserta hendak lakukan untuk mereka. 6. Kemudian fasi akan mengumpulkan kembali peserta dalam bentuk kumpulan. 7. Minta peserta nyatakan apa perasaan dan apa yang telah mereka lakukan selama 15 minit ditinggalkan berseorangan. Fasi mengadakan perbincangan tentang pengajaran yang peserta perolehi (25 minit). Pengajaran : 1. 2. 3. 4. 5. Menguji sifat keberanian peserta. Mengetahui tanggungjawab sebagai seorang manusia di atas muka bumi. Menilai komunikasi peserta dalam kumpulan. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. Menyuruh peserta supaya hidup berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

MALAM KASIH SAYANG


Masa Tempat Alatan Objektif : : : : 2 Jam Dewan Kertas A4, Modul Peserta

1. Menyedarkan para peserta bahawa insan-insan yang mereka sayangi seperti ibu, bapa dan guru amat menyayangi dan banyak berkorban untuk mereka. 2. Mengingatkan semula kepada para peserta akan kelalaian dan kesalahan yang telah dilakukan sehingga mengecewakan orang-orang yang mereka sayangi. 3. Menginsafkan para peserta agar belajar bersungguh-sungguh, hormat ibubapa dan guru serta tidak meninggalkan solat. Kaedah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. :

Para peserta dikumpulkan di dewan dalam dua kumpulan (lelaki dan perempuan). Lampu dewan ditutup dan hanya diterangi cahaya lilin. Fasilitator akan membekalkan kertas A4 kepada setiap peserta dan meminta mereka menyenaraikan 10 insan yang amat mereka kasihi. Kemudian fasilitator pertama akan meminta peserta memotong atau memadamkan 2 orang daripada senarai tadi dan seterusnya sehingga tinggal 2 orang sahaja. Fasilitator pertama meminta peserta memotong 1 lagi nama agar tinggal satu sahaja nama dalam senarai tersebut. Fasilitator pertama meminta peserta mengeronyokkan kertas masingmasing dan kemudian membuangkannya sejauh yang mereka boleh. Selepas mereka membuangkan kertas masing-masing, fasilitator kedua akan menyuruh mereka mengutipkan semula kertas tersebut. Fasilitator ketiga akan meminta para peserta menggenggamkan kertas masingmasing dan letakkan genggaman tangan mereka di dada masing-masing. Mereka juga dikehendaki memejamkan dan membayangkan insan-insan yang mereka kasihi. Fasilitator ketiga akan berkata-kata yang boleh menyentuh emosi para peserta (Rujuk Teks) Fasilitator ketiga meminta para peserta membuka mata dan meminta mereka menulis di dalam modul ikrar-ikrar mereka kepada ibubapa dan guru-guru. Ikrar tersebut akan dibacakan oleh peserta dihadapan ibu bapa masing-masing hari terakhir program dan di sekolah (ikrar guru).

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

RIADAH PAGI
Aktiviti Masa Tempat Alatan Objektif 1. 2. : : : : : Senamrobik 1 Jam 15 Minit Depan tiang bendera Bola

Melahirkan daya ketahanan fizikal peserta. Melatih peserta mematuhi arahan dan bertindak dengan cergas. Kaedah : 1. Peserta berkumpul ditempat lapang mengikut jantina. 2. Mulakan dengan ummul kitab dan peserta menyanyikan lagu sekolah. 3. Peserta melakukan aktiviti pemanasan badan dengan tunjuk ajar fasi (bermula dari bahagian kepala hingga ke kaki). 4. Peserta melakukan aktiviti senamrobik mengikut jurulatih. 5. Akhir sekali, para peserta diminta untuk menarik nafas panjang sebanyak 3 kali. Setiap kali hembusan nafas dibuat, minta para peserta menyebut ANAK CEMERLANG. * Jika ada masa lebih, boleh adakan permainan bola beracun Pengajaran: 1. Melatih peserta supaya cergas fizikal dan mental. 2. Merapatkan lagi ukhuwah di antara peserta dan dengan fasi.

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

RIADAH PETANG
Aktiviti Masa Tempat Alatan Objektif : : : : : Permainan Anak Itik Tok Wi 1 Jam 15 Minit Depan tiang bendera dan sekitar Kain penutup mata

1. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. 2. Membina keterampilan diri sebagai seorang pemimpin. 3. Melatih peserta supaya peka dan menurut arahan ketua. Kaedah : 1. Peserta dikehendaki berkumpul di tempat lapang dalam kumpulan masing-masing. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta 4 kod bunyi binatang yang bersesuaian bagi menandakan pergerakkan sama ada ke kanan, ke kiri, ke hadapan atau ke belakang (5 minit). 3. Setiap kumpulan ditempatkan pada tempat permulaan yang berasingan. 4. Setiap peserta dikehendaki menutup mata kecuali ketua-ketua kumpulan. 5. Ketua-ketua kumpulan akan diletakkan pada jarak tertentu dari kumpulan dan diarahkan untuk memandu kumpulan masing-masing menuju ke tempat akhir yang sama dengan hanya mengeluarkan bunyi-bunyi binatang (kod bunyi yang telah dicipta) TANPA sama sekali mengeluarkan kata-kata. 6. Kumpulan yang pertama sampai ke tempat akhir akan dikira sebagai pemenang. Pengajaran : 1. Memupuk semangat kerjasama berkumpulan di kalangan peserta. 2. Memupuk sifat tidak berputus asa dan terus mencuba hingga berjaya. 3. Mengasah bakat kepimpinan peserta dalam memimpin ahli kumpulan masingmasing sehingga berjaya.

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

DOA RABITAH

Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu dan patuh (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya, Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/ keyakinan. Dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah Junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin.

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Kem Kecemerlangan Pelajar 2005

Anda mungkin juga menyukai