Anda di halaman 1dari 22

TIPS UNTUK FASILITATOR

Cara-cara Mengendalikan Latihan Dalam Kumpulan Dengan Efektif

1. Sebelum Pengendalian

• Niat yang ikhlas untuk menolong peserta (hanya kerana Allah)


• Sikap fasilitator, tugas dan peranannya
• Mengenalpasti kumpulan sasar sama ada pelajar sekolah menengah, remaja
mahupun dewasa
• Memahami tajuk yang hendak disampaikan sepenuhnya serta matlamat dan
objektif program
• Menyediakan idea-idea segaran yang agak relevan dengan tajuk
• Berbual-bual dengan peserta sebelum sesi LDK bermula untuk hilangkan
rasa gugup dan membiasakan diri dengan kumpulan

2. Semasa Pengendalian

• Berikan senyuman paling manis kepada peserta


• Tentukan kedudukan sama ada di atas kerusi dan sebagainya. Kedudukan
fasi juga bergantung kepada jantina peserta
• Mulakan dengan AI-Fatihah
• Berikan kata-kata perangsang dan penghargaan kepada peserta
• Jika peserta belum mengenali antara satu sama lain mulakan dengan taaruf
(jika boleh dalam bentuk games)
• Mulakan perbincangan dengan cerita menarik yang relevan dengan tajuk,
jangan terus membuat perbincangan
• Wujudkan hubungan kemesraan dengan peserta supaya tidak ada jurang
antara peserta dan fasi dan antara peserta dengan peserta supaya LDK
dapat dijalankan dengan lancar
• Teruskan perbincangan dan diselang selikan dengan segaran jika peserta
mula lemau
• Harus diingat fasi adalah PEMUDAHCARA bukannya memberikan
penyelesaian masalah
• Kawal keadaan perbincangan supaya jangan terlalu pasif atau over
• Berikan perhatian Yang sama rata untak setiap peserta
• Buat kesimpulan daripada keseluruhan program dan minta setiap ahli
memberikan pendapat

3. Selepas Perbincangan

• Sudahi dengan tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr


• Jaga kembali hubungan dengan peserta
Ciri-ciri Seorang Fasilitator Yang Baik

• Bersikap tidak menghukum


• Bersikap jujur
• Mewujudkart keyakinan
• Memberi perhatian
• Peka
• Komunikasi
• Bertolak ansur
• Bersikap tegas

Cara-cara Membuat Peserta Bercerita Tanpa Rasa Malu

• Biarkan dia bercerita mengikut rentak dan kehendaknya


• Jadilah pendengar yang baik. Ramai orang tidak suka kita mengorek rahsia
peribadi
• Sebagai permulaan gunakanlah gesaan yang lembut "jika sudi..”
• Tidak tertalu lembut tapi gesaan yang baik
• Jangan bertanya soalan yang boleh dijawab YA atau TIDAK
• Kita tak boleh paksa orang bercerita. Tapi kita mahu mereka suka bercerita

Cara-cara Menjadikan Diri Anda Seorang Yang Bijak Berbicara

• Jangan terus masuk topik yang anda masih kabur


• Jangan berharap anda disambut baik. Jika mereka senyum atau
angguk sudah memadai
• Lihat dahulu keadaan apakah yang mereka sudah bersedia
menerima anda ketika itu
• Jangan terus berikan cadangan sebaliknva anda bersetuju dahulu
• Setiap bicara anda adalah susulan dari bicara mereka
• Menjadi pendengar yang baik adalah lebih menguntungkan semua
pihak

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:


”Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat. Sesungguhnya untuk
seseorang itu apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan
RasulNya maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya. Barang siapa berhijrah
kerana dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa berhijrah kerana
wanita maka ia akan mengahwininya. Justeru itu hijrahnya atas apa (niat) maksud
dilakukannya”. (Al-Bukhari dan Muslim)
LDK 1 (ICE BREAKING)

1)HAYYA BI-SAFF/LETS TOGETHER (30 MINIT)

Objektif:-

1). Membentuk kumpulan secara rawak


2). Memupuk keberanian dan kesungguhan peserta untuk mencari ahli kumpulan.
3). Mengikat persaudaraan secara tidak langsung antara ahli kumpulan masing-masing.

Peralatan:-

1).7 jenis gambar-yang dipotong dalam beberapa keratan mengikut jumlah ahli kumpulan
2).tape pelekat

Kaedah :-

1). Para FC memastikan pelajar-pelajar berada di dalam kedudukan rawak.(1 kelompok


muslimin dan 1 kelompok muslimat)
2). Para pelajar diarahkan diam dan tidak mengeluarkan sebarang suara.
3). Keratan gambar di dalam fail masing-masing dikeluarkan dan dalam masa 5 minit mereka
dikehendaki mencari keratan yang sama untuk dicantumkan dan membentuk 1 kumpulan
yang lengkap.
4).FC berada di dalam kumpulan yang telah di tetapkan dan membuat kesimpulan:-(20minit)
a).meminta pelajar menamakan kumpulan mereka dengan nama-nama yang bermakna
dan mempunyai motif/maksud simbolik kumpulan masing-masing ( 5 minit )
b).melantik seorang ketua di dalam kumpulan masing-masing.
c).meminta pandangan para pelajar tentang dapatan mereka dalam aktiviti tersebut.

Kesimpulan :-

 Sebagai seorang pelajar yang bermotivasi,perlu ada disiplin,mematuhi arahan dan


mempunyai identiti yang baik untuk membentuk keyakinan diri.
 Usaha yang bersungguh-sungguh dan penyerahan kepada Allah merupakan jalan
yang terbaik untuk mencapai kejayaan.
 Sahabat yang baik akan menjadi sumber kekuatan dan pembantu di dalam menjalani
kehidupan-“hidup bersendiri umpama biri-biri yang tersesat haluan dan mudah
dibaham musuh”.
LDK 2 (TAARUF/SUAI KENAL)

1) MAN ANA???/ WHO AM I??? (30 minit)

Objektif:-

1).Taaruf umum-para pelajar dapat mengenali antara satu sama lain secara umum dan
membentuk ikatan ukhuwwah secara tidak langsung.
2).Memupuk keberanian dan yakin diri di kalangan peserta untuk bercakap di khalayak
ramai-membuang rasa/sifat rendah diri yang membataskan kebolehan.
3).Menghidupkan suasana harmoni dan persaudaraan Islam yang sebenar.

Kaedah:-

1). Satu bulatan besar dibentuk dengan mengasingkan kedudukan diantara muslimin &
muslimat.
2). FC berada di sekeliling bulatan secara rawak(juga dalam keadaan mengasingkan
FC muslimin & muslimat).
3).Setiap pelajar(dimulai dengan peserta muslimin)diminta bangun dan memperkenalkan:
a)Nama penuh & panggilan
b)Tingkatan
c)Asal
4).Ketua FC akan membuat kesimpulan.

Kesimpulan:-

 Pentingnya konsep/rukun taaruf di dalam hidup bersaudara.


 Setiap kita adalah bersaudara-Ukhuwwah Islamiyyah akan dapat mewujudkan
rasa kebersamaan dalam mencari keredhaan Allah.
 Berani & malu bertempat-berani pada kebenaran dan malu melakukan
kemungkaran.
 Sifat yakin diri perlu dipupuk untuk mencapai kejayaan.
2)BELONKU SAYANG (60 minit)

Objektif :-

1).Taaruf Khusus- mewujudkan ikatan ukhuwwah yang lebih rapat dikalangan ahli
kumpulan.
2).Melahirkan rasa kebersamaan di dalam kumpulan dengan memahami sikap dan
mengetahui latar belakang ahli kumpulan
3).Memupuk sikap bertanggungjawab dan cakna terhadap diri dan ahli kumpulan.

Peralatan :-

1).Belon
2).Keratan kertas

Kaedah :-

1).Setiap pelajar dibekalkan dengan keratan kertas dan diminta menulis nama masing-
masing pada keratan tersebut.
2).Masukkan keratan tersebut ke dalam belon masing-masing dan serahkan kepada FC.
3).FC memberikan setiap peserta belon yang berisi keratan kertas tersebut secara rawak.
4)Mulakan sesi taaruf dengan peserta yang pertama memperkenalkan diri dan
peribadinya,kemudian meniup belonnya sehingga pecah dan nama yang tertera pada
keratan kertas di dalam belon tersebut merupakan peserta kedua yang akan
memperkenalkan semula peserta pertama tadi.Kemudian peserta ke-2 memperkenalkan
dirinya pula dan meniup belonnya untuk mengetahui nama peserta yang ke-3.Begitulah
seterusnya sehingga selesai pusingan taaruf.
5).FC meminta pendapat peserta mengenai aktiviti yang dijalankan.
6).FC membuat kesimpulan.

Kesimpulan :-

 Di dalam Islam-konsep taaruf sangat penting untuk mewujudkan ukhwwah


Islamiyyah dan melahirkan rasa kasih sayang terhadap saudara seagama.
 Ukhuwwah yang rapat dan bermatlamatkan keredhaan Allah akan menghasilkan
kekuatan dan kejayaan bersama.
 Hidup berukhuwwah dalam konteks pelajar akan memberikan faedah yang baik
dan memupuk keyakinan diri.
3)PENUTUP :IKATAN KASIH (30 minit)

Objektif:-

1).Mewujudkan kesedaran tentang makna ukhuwwah dan persaudaraan yang sebenar


dalam kumpulan masing-masing.
2).Memupuk kerjasama dan toleransi.
3).Melatih minda supaya lebih kreatif di dalam melakukan sebarang tindakan atau
menyelesaikan masalah.

Kaedah:-

1). Setiap kumpulan diberikan seutas tali/benang.


2).FC meminta salah seorang peserta untuk memulakan sesi taaruf yang lebih khusus
mengenai dirinya.
3)Tali itu diserahkan kepada peserta yang pertama-sambil menceritakan mengenai diri
nya, dia mesti melilitkan hujung tali yang diberikan pada salah satu jarinya.
4).Sahabat-sahabat lain boleh bertanyakan sebarang soalan kepadanya dan selagi sesi
taaruf mengenainya itu tidak selesai,dia tidak boleh berhenti melilitkan tali tersebut.
5).Apabila selesai taaruf peserta yang pertama,dia diminta menghulurkan pula hujung
talinya itu kepada peserta lain yang dipilihnya.Seterusnya sesi itu berjalan seperti
yang dilakukan oleh peserta pertama tadi hinggalah selesai taaruf dengan semua ahli
kumpulan.
6).FC bertanyakan pendapat peserta mengenai aktiviti yang dijalankan.

Kesimpulan :-

 Setiap ahli kumpulan merupakan anggota yang diibaratkan berada pada


satu badan:-saling memerlukan,berkongsi suka duka dan susah senang.
(Rujuk surah
 Kekuatan ukhuwwah/persaudaraan dapat dinilai hanya dengan keikhlasan,
Kasih sayang,bersangka baik,memahami dan sikap bertanggungjawab terhadap
sesama ahli.
 Mesti sentiasa berfikiran rasional dan kreatif di dalam menyelesaikan atau
menghadapi sebarang kesulitan.
LDK 3 (PENGURUSAN-MASA,GERAK KERJA/STUDY)

1).LAMUNAN TERHENTI (30 minit)

Objektif :-

1). Menyemai sifat amanah dan patuh terhadap arahan.


2). Memupuk keyakinan diri peserta dan tidak mudah terpengaruh dengan suasana.
3). Melatih peserta supaya sentiasa menghargai masa.
4). Merancang masa dan kerja dengan teliti dan bermanfaat.

Peralatan :-

1).Jam
2).Sebarang bunyi/gangguan yang boleh mengalih kosentrasi peserta.

Kaedah :-

1). Semua peserta diminta berdiri dalam kedudukan rawak(asingkan kedudukan peserta
muslimin dan muslimat).
2). Setiap peserta diminta memejamkan mata(dengan penuh rasa amanah)tanpa sebarang
alat bantuan untuk menutup mata.
3). Peserta diberikan masa 5 minit dan apabila dirasakan bahawa masa telah mencukupi,
peserta diminta duduk dengan keadaan mata masih tertutup.
4) .FC bergerak secara rawak dan memerhatikan keadaan peserta sambil mencatat nama
peserta yang duduk paling awal,tepat dan paling lewat.
5). Apabila masa telah tamat,para peserta dibenarkan membuka mata masing-masing dan
berada dalam keadaan berdiri semula.
6). Ketua FC membuat kesimpulan dengan bertanyakan pendapat 3 katogeri pelajar yang
disenaraikan tadi-alasan mereka memilih waktu-waktu tersebut untuk duduk
disamping apakah aktiviti yang mereka lakukan sambil menunggu masa tersebut tamat
(cth: berzikir dlll).

Kesimpulan :-

 Setiap individu perlu amanah terhadap dirinya,mematuhi arahan yang diberikan


contohnya oleh ibu bapa,guru ketua dan lain-lain lagi supaya menjadi pelajar yang
cemerlang di dunia dan akhirat.
 Bernilainya masa-sekalipun hanya 5 minit untuk dimnafaatkan dan tidak
dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha/gerakkerja.
 Pentingnya sikap pandai menguruskan,menghargai dan memanfaatkan masa yang
ada supaya tidak terbuang begitu sahaja demi mencapai kecemerlangan.
2).HAI…MACAM-MACAM HAL….(30 minit).

Objektif :-

1).Memberi garis panduan kepada pelajar di dalam melaksanakan aktiviti harian.


2).Melatih mereka supaya sentiasa sedar tentang kedudukan/kepentingan setiap
perkara yang dilakukan dan melaksanakannya mengikut tahap kepentingan
yang sebenar.
3).Mengelakkan pembaziran masa,tenaga dan meningkatkan kualiti perlaksanaan
tugasan supaya lebih tersusun.

Peralatan :-

1).Lampiran 1

Kaedah :-

1).Setiap peserta berada di dalam kumpulan masing-masing.


2).Lampiran 1 diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.
3).FC akan menyebut beberapa aktiviti dan peserta diminta mengisinya di dalam
column-column yang telah disediakan mengikut kesesuaian:-
-Mandi -Makan -Menonton CD/tayangan
-Cuci pakaian -Mentelaah pelajaran -Study group
-Telefon ibu bapa -Beriadhah -Ziarah kawan sakit
-Berbual dengan kawan-kawan -Solat -Tolong kawan
-Outing hari minggu -Menonton Berita jam 8 -Baca Al-Quran
4).FC dan peserta berbincang mengenai keputusan/jawapan yang dibuat oleh mereka.

Kesimpulan :-

 Terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan tetapi setiap satunya mempunyai
tahap kepentingan perlaksanaan yang tertentu dengan kekangan masa yang ada.
 Pelajar mesti bijak menguruskan masa,merancang aktiviti dan gerak kerja
seharian agar dapat menjalani kehidupan dan rutin seorang pelajar dengan baik
dan cemerlang.
 Perancangan dan gerak kerja yang tersusun akan membuahkan hasil yang baik
dalam kehidupan.
3).JEJAK ALAM (30 MINIT)

Objektif :-

1). Melatih pelajar merancang gerak kerja/tindakan dengan sistematik.


2).Memupuk kesatuan dan kerjasama di kalangan ahli kumpulan.
3).Membentuk kecergasan minda dan pergerakan di dalam menjalani kehidupan.

Peralatan :-

1).Lampiran 2

Kaedah :-

1).Pelajar berada di dalam kumpulan masing masing dan mendengar arahan daripada FC.
2).FC memberikan senarai barang-barang yang perlu dicari oleh peserta dalam masa 10
minit.(rujuk lampiran 2)
3).Peserta bergerak dalam keadaan terkawal mengikut kreativiti dan perancangan
kumpulan masing-masing.
4).Apabila masa telah tamat,ketua FC akan memberi arahan supaya berhenti mencari
barang-barang tersebut dan kembali ke dalam kumpulan masing-masing dengan
membwa hasil pencarian masing-masing.
5).FC menyemak barang-barang yang telah dicari, kemudian bertanyakan pendapat
peserta tentang aktiviti yang dijalankan dan membuat kesimpulan.

Kesimpulan :-

 Perancangan yang teliti akan dapat menyelesaikan masalah dan beban tugasan
yang banyak-sekiranya mereka kreatif, beban tugas yang banyak dapat dipikul
bersama dengan pembahagian tugasan yang sistematik-(aplikasikan kepada
perancangan dalam study…)
 Kesatuan gerak kerja,tolak ansur dan kerjasama di antara satu sama lain akan
memudahkan tugasan.
LDK 4 (TANGGUNGJAWAB, PENGORBANAN, KEPIMPINAN & MATLAMAT
HIDUP)

1).HELP ME TO RISE…(45 MINIT)

Objektif:-

1). Mewujudkan keyakinan di dalam diri peserta untuk berhujjah/melontarkan idea.


2). Memupuk pemikiran dan tindakan yang rasional di dalam sebarang situasi.
3).Menghormati & menghargai pandangan ahli kumpulan dan berlapang dada dengan
setiap keputusan yang telah dicapai.
4). Melahirkan rasa ingin bekorban yang tinggi dan benar-benar ikhlas.

Peralatan :-

1).Lampiran 3

Kaedah :-

1). Setiap peserta diminta berada di dalam kumpulan masing-masing.


2). FC akan menyerahkan salinan soalan kepada setiap kumpulan dan diminta
menyelesaikannya di dalam tempoh masa 20 minit.
3). Setiap ahli kumpulan akan membawa peranan yang berbeza dan mempertahankan
kedudukan masing-masing sehinggalah keputusan akhir dicapai.
4). Fasilitator mendengar keputusan yang telah dicapai dan hujah-hujah yang
dikemukakan.
5). FC membuat kesimpulan mengenai aktiviti yang dijalankan.

Kesimpulan :-

 Setiap individu itu mempunyai peranan dan kepentingan masing-masing.


 Untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang rumit,perlukan perbincangan
yang teliti,kajian serta kerjasama daripada semua pihak.
 Masing-masing mempunyai hujah/pendapat masing-masing tetapi kadangkala
pendapat@keputusan yang dicapai bersama adalah lebih baik dan perlu
redha(berfikiran terbuka dan berlapang dada).
 Berkorban,terkorban adalah lumrah di dalam kehidupan-kadangkala kita perlu
berkorban/mengorbankan kepentingan diri untuk mencapai matlamat dan
kehidupan yang lebih sempurna….
2).PULAU IMPIAN (1 JAM)

Objektif :-

1). Memupuk kerjasama dan perkongsian pintar di kalangan ahli kumpulan.


2). Melatih sikap kepimpinan di kalangan semua ahli kumpulan.
3). Mewujudkan kesedaran tentang peri pentingnya matlamat yang tinggi dan terancang
untuk kehidupan yang sempurna dan cemerlang.

Peralatan :-

1). Kertas mahjong yang mempunyai lukisan sebuah pulau.


2). Lampiran 4

Kaedah :-

1). Setiap kumpulan diberikan satu kertas mahjong yang mempunyai lukisan sebuah
pulau.
2). Dengan membaca arahan yang diberikan pada lampiran 4, setiap kumpulan
dikehendaki menyelesaikan permasalahan tersebut di dalam jangkamasa 40 minit.
3). Dalam masa 20 minit selepas sesi perbincangan tersebut, setiap kumpulan diminta
membentangkan hasil perbincangan mereka secara satu persatu di hadapan semua
peserta yang lain.
4). Semasa sesi pembentangan sedang berjalan, semua peserta yang lain memberikan
tumpuan sebaik mungkin dan FC ataupun peserta boleh mengajukan sebarang soalan
yang berkaitan.

Kesimpulan :-

 Perlunya ada matlamat dan garis panduan yang betul di dalam menjalani
kehidupan.
 Setiap individu perlulah menetapkan matlamat di dalam kehidupan dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai yang terbaik.
 Sesuatu matlamat yang hendak dicapai mestilah releven dan diukur dengan
kemampuan diri sendiri untuk melaksanakannya.
 Menggunakan segala kebolehan.kepakaran dan peluang yang ada bagi mencapai
kajayaan yang terbaik.
 Yakin terhadap kemampuan diri sendiri-“Aku Boleh!!!” dan kembali semula
kepada fitrah kejadian yang memerlukan pergantungan kepada Allah s.w.t.
LDK 5 (TEKNIK BELAJAR)

1). SIAPA CEPAT ??? : CEPAT ! ADIKKU CEPAT !!!! ( 30 minit )

Objektif :-

1). Menguji kecekapan para pelajar.


2). Menerapkan « creative thinking » dan skill yang sesuai dalam pembelajaran.
3). Memupuk keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa.

Peralatan :-

1). Lampiran 5

Kaedah :-

1). Setiap peserta dibekalkan dengan keratan yang bertulis nombor-nombor secara rawak
(rujuk lampiran 5)
2). Dalam masa 50 saat, masing-masing dikehendaki membulatkan nombor-nombor
tersebut daripada kiraan 1-25 secara berturutan.
3). Setelah masa tamat, FC bertanyakan siapakah dia antara mereka yang berjaya
membulatkan nombor 1-25 tersebut.
4). FC meminta pendapat daripada para peserta tentang aktiviti yang dijalankan.
5). FC membuat kesimpulan.

Kesimpulan :-

 Teknik/cara belajar yang betul dan sesuai sangat penting untuk menghasilkan
kesan dan kejayaan di dalam pembelajaran.
 « Study last minute » boleh memberikan efek terhadapa pencapaian-baik/buruk
bergantung kepada individu.
 Yakin terhadap diri,tidak berputus asa, sikap bersungguh-sungguh dan usaha
secara istiqamah akan membuahkan hasil yang baik.
2).LUKISAN HATI (40 minit)

Objektif:-

1). Mencungkil bakat terpendam di dalam diri pelajar dan memupuk rasa yakin diri.
2). Melatih minda berfikir secara kreatif.
3). Menilai kebolehan dan kemampuan diri sendiri.

Peralatan :-

1). Kertas lukisan/A4


2). Marker/Pen

Kaedah :-

1). Setiap peserta diberikan kertas A4 /lukisan.


2). Dalam masa 5 minit, mereka diminta melukis gambar seperti yang telah ditetapkan
oleh FC.(Saranan gambar yang diminta untuk dilukis ialah seperti :-gambar
lembu,kuda,kambing rumah,kereta dlll-tetapi mestilah tidak terlalu mudah@terlalu
sukar).
3). Setelah masa tamat, FC meminta semua ahli kumpulan mengangkat gambar yang
telah dilukis.
4). FC bertanyakan setiap pelajar, apakah kaedah yang digunakan untuk mrlukis gambar
tersebut; mula daripada mana?,kanapa? Dan lain-lain soalan yang berkaitan.
5). FC membuat kesimpulan.

Kesimpulan :-

 Setiap individu mempunyai kaedah belajar/kemahiran yang berbeza.


 Masing-masing mesti tahu dan faham kemampuan mereka di dalam menguasai
sesuatu perkara/pembelajaran dan bertindak mengikut kemahiran.
 Perlu menganalisis kelemahan diri terutama dalam penilaian pencapaian supaya
dapat merujuk kaedah yang terbaik dan sesuai untuk dilaksanakan demi mencapai
matlamat/kejayaan.
3).INGAT-INGAT LUPA…..(30 minit)

Objektif:-

1). Melatih kemahiran menghafal/mengingat secara pantas.


2). Memupuk daya fakir/teknik belajar yang kreatif mengikut kesesuaian.
3). Mewujudkan rasa kebersamaan dan kerjasama di kalangan ahli kumpulan.

Peralatan :-

1). Kertas A4
2). Lampiran 6
3). Makanan ringan

Kaedah :-

1). Setiap kumpulan diberikan senarai barang-barang(rujuk lampiran 6).


2). Dalam masa 2 minit, mereka diminta menghafal nama barang-barang tersebut sambil
memakan/menghabiskan makanan ringan yang dibekalkan.
3). Setelah masa tamat, FC mengumpulkan semula senarai nama barang dan dalam masa
lebih kurang 2 minit juga FC mengeluarkan satu isu dan berbincang secara ringkas
: - ( Cth isu:-malas study,tidak ada persediaan untuk exam dll)
4). FC memberikan sehelai kertas A4 dan meminta mereka menyenaraikan kembali
barang-barang yang telah dihafal sebentar tadi.
5).FC bertanyakan pendapat peserta mengenai aktiviti yang dilaksanakan dan membuat
kesimpulan.

Kesimpulan :-

 Teknik yang sistematik di dalam menghafal/belajar sangat penting dan


memberikan kesan terhadap pembelajaran.
 Berfikir dan menilai kebolehan serta kemahiran diri sendiri/kumpulan dalam
menggunakan sesuatu kaedah sangat penting dan memudahkan sesi pembelajaran
(cth :- study group-guna kaedah study yang terbaik dan sesuai dengan ahli)
 Kerjasama dan persefahaman sangat penting di dalam menghasilkan kejayaan.
 Halangan dan gangguan semasa belajar perlu dielakkan sebaik mungkin.
Lampiran 1

PENTING & SEGERA PENTING & TAK


SEGERA

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

6. 6.

7. 7.

8. 8.

TAK PENTING & TAK PENTING &


SEGERA TAK SEGERA

1. 1.

2. 2.

3. 3.

4. 4.

5. 5.

6. 6.

7. 7.

8. 8.
Lampiran 2

JEJAK ALAM

1). 50 biji batu yang berbeza (saiz & bentuk)

2). 20 ranting kayu

3). 30 helai daun – 10 helai daun kecil,10 helai daun besar,10 helai daun kering.

4). 10 botol kosong

5). 20 pasang kasut

Lampiran 3

HELP ME TO RISE…

10 minit yang lalu,anda telah menerima satu berita yang menggemparkan…akan


terjadi satu gegaran yang dahsyat dalam masa 20 minit lagi yang akan
mengakibatkan planet anda musnah…sebuah roket penyelamat telah diterbangkan
untuk membawa anda ke planet lain tetapi malangnya ia hanya dapat menampung 3
orang di kalangan anda sahaja.Anda yang terdiri daripada
*DOKTOR,HAKIM,POLIS,IBU MENGANDUNG,GURU dan JURUTERA diminta
untuk pergi k planet tersebut dan membangunkan semula pntadbiran baru di
sana.Bincangkan “Siapakah yang bakal berlepas dengan roket tersebut dalam
masa 20 minit lagi” , “Siapakah yang bakal terkorban” dan kemukakan alasan-
alasan anda….
(*setiap peserta hendaklah menjadi salah seorang daripada golongan tersebut)
Lampiran 4

INGAT-INGAT LUPA….

ajinamoto lori
asam jawa merah
asam keping merun
bas motosikal
basikal pemadam
bawang pen
berus gigi pencuci muka
buku pengorek
cermin pensel
cuka putih
dua roket
empat sabun basuh
enam sabun mandi
garam satu
gula sembilan
hijau sepuluh
hitam sikat
jangka lukis silver
kalkulator singki
kapal terbang sos
kelabu tab mandi
kereta test pad
keretapi tujuh
kicap ubat gigi
kuning ubat pensel
lapan ungu
lima van
SARANAN KAEDAH YANG MUDAH UNTUK MENGHAFAL ITEM TERSEBUT

JAWAPAN & PENYELESAIAN

KESEMUA BENDA INI AKAN MUDAH DIHAFAL SEKIRANYA SETIAP


SEORANG PESRTA MENGHAFAL SETIAP KATEGORI PERKARA DI BAWAH

ubat gigi hijau kereta satu gula pen


sabun mandi putih lori dua garam pensel
tab mandi kelabu bas empat kicap pemadam
sikat merah basikal lima cuka pengorek
cermin kuning van enam sos buku
sabun basuh ungu motosikal tujuh asam jawa ubat pensel
pencuci muka merun kapal terbang lapan asam keping jangka lukis
berus gigi silver keretapi sembilan ajinamoto kalkulator
singki hitam roket sepuluh bawang test pad
Lampiran 5
SIAPA CEPAT ???CEPAT !ADIKKU CEPAT !!!

3 1 26222
30 100 4 444 28
27 500
62 58 229 99 29 599 555
1000
2 88 66 32
5 555 55 62
10 99 999 9 32554 154 436
34
60 61 8 77 6 62 31
62 62 33 41 62 52 627 544
500
62 44 62

15 62 621
39 870
14 682 41 99
62
133
87 36 34 11
78 62 87 12 62115 35 62 53
40 13 4445
20
2000 50 55 44555 18
62561146262 48 45
55
16
62 26662

62 19 112 62
40 144
191 1222 17
444 44
24 62 464544
25 95 48
62
66
31 23 62 22
62 21 455562
222

SIAPA CEPAT ???CEPAT !ADIKKU CEPAT !!!

3 1 26222
30 100 4 444 28
27 500
62 58 229 99 29 599 555
1000
2 88 66 32
5 555 55 62
10 99 999 9 32554 154 436
34
60 61 8 77 6 62 31
62 62 33 41 62 52 627 544
500
62 44 62

15 62 621
41 870
14 682 41 99
62
133
87 36 34 11
78 62 87 12 62115 35 62 53
42 13 4445
20
2000 50 55 44555 18
62561146262 48 45
55
16
62 26662
19 112 62
40 144
191 62
1222 17
444 44
24 62 464544
25 95 48
62
66
31 23 62
62 22 21 455562
222

….BICARA HATI….

BUATMU AYAH &


IBUKU

ANAKMU,

( )
UNTUKMU GURUKU

ANAK DIDIKMU,

( )

Anda mungkin juga menyukai