Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN DALAM KUMPULAN (1)

Taaruf, Ice Breaking & Mind Setting

Objektif

1. Mengenali antara adik-adik dan fasilitator dengan lebih rapat.


2. Menyediakan diri untuk menerima rakan baru
3. Mewujudkan rasa selesa dan mesra serta memecahkan benteng yang menghalang komunikasi
antara adik-adik dan fasilitator
4. Mengurangkan rasa segan dan malu ketika menuntut ilmu
5. Memberi tumpuan sepenuhnya pada program ini.

Aktiviti 1 : BINGO GAME

Masa : 30 minit

Radas: kertas A4 & Pen

Pelaksanaan :

1) Fasilitator memulakan aktiviti dengan umul kitab al-fatihah dan meminta peserta yang bukan
muslim membaca doanya tersendiri.

2) Fasilitator bertanya khabar kepada peserta-peserta.

3) Fasilitator Memperkenalkan diri kepada peserta seperti nama, tempat belajar dan
sebagainya.

4) Fasilitator mengedarkan Lampiran A kepada setiap peserta.

5) Setiap peserta dikehendaki memenuhkan kotak dengan tandatangan peserta lain yang
mempunyai ciri-ciri yang tertulis didalam kotak dalam masa 2 minit.

6) Setiap peserta hanya boleh meletakkan 1 tandatangan sahaja didalam satu lampiran.

7) Peserta yang mendapat lima kotak tandatagan secara menegak, melintang atau mendatar
dikendaki melaungkan pemimpin(bingo) dan dikehendaki duduk.
8) Setelah aktiviti tamat, Fasilitator bertanya kepada peserta siapakah pemilik tandatangan
didalam kotak tersebut.

9) Sekiranya gagal/berjaya peserta didenda memperkenalkan diri peserta dengan cara berpidato
dalam masa 30 saat.

10) Peserta dikehendaki memasukkan lima elemen ini untuk memperkenalkan diri seperti nama,
nama sekolah, jawatan di sekolah, apa yang peserta suka dan tidak suka.

Perbincangan :

1. Apakah yang peserta dapat daripada aktiviti tadi ?

2. Bagaimanakah cara peserta mendapatkan tandatangan dengan peserta lain

Kesimpulan :

1. Memberi penjelasan mengenai 4T (Ta’aruf, Tafahum, Ta’aun, dan Takaful)

Taaruf : saling berkenalan diantara ahli didalam organisasi secara terperinci mengikut batas yang
disyarakkan.

Tafahum : saling memahami . Aktiviti mencari tandatangan tadi dilakukan untuk memahami diantara satu
sama lain.

Taawun: setiap individu menghormati kelainan atau perbezaan yang ada untuk mencari titik
persamaan diantara sesame ahli.

Takaful : saling bantu membantu dan memikul beban sebahagian yang lain. Hendaklah sebahagian
mereka bertanya khabar kepada sebahagian yang lain. Jika terdapat kesulitan, segeralah memberi
bantuan.

2. Dalam organisasi kepimpinan pemimpinan, adik-adikmestilah bertaaruf atau berkenal-kenalan


diantara satu sama lain. Kenal mengenali adalah perkara asas bagi setiap diri pemimpin. Seperti
dalam surah al-Hujurat ayat 13
“wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan
perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya, semulia-muliakamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara
kamu(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)

3. Sebagai seorang pemimpin, kita perlulah berinteraksi kepada semua golongan.


Jadi kita perlu berkenalan dengan mereka dengan seindah-indah dan selembut-
lembut bahasa. “ Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia dengan
perkataan yang baik-baik ( Al-Baqarah : 83

4. Bagaimanakah adik-adik meminta kawan-kawan adik untuk menurunkan


tandatangan di lampiran adik? Adakah adik-adik meminta secara “wei, woi,hey,”
atau adakah adik-adik memberi salam dan bertanya mengenai khabarnya terlebih
dahulu.

5. Kita hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w dalam perhubungan sesama manusia


(hablumminannas). Cara Rasulullah dalam perhubungan meliputi 3 komponen :

a. Penyampai

b. Apa yang hendak di sampai (isi);dan

c. Cara menyampaikan (dengan hikmah)

Aktiviti 2 : Kasut siapa?

Masa : 20 minit

Alatan : Tiada

Pelaksanaan :

1. Minta adik-adik tanggalkan kedua-dua kasut mereka.


2. Mintak adik-adik pejamkan mata dan fasilitator akan mengumpulkan kasut
adik-adik.
3. Fasilitator akan menyerahkan kasut secara rawak kepada adik-adik. *pastikan
mereka tidak dapat kasut sendiri*
4. Berikan 1 minit untuk adik-adik kenal pasti empunya kasut.
5. Berdasarkan kasut tersebut, minta adik-adik senaraikan 3 ciri empunya kasut.
6. Selepas kesemua adik-adik menceritakan cirri-ciri empunya kasut yang ada di
tangan mereka, barulah kasut itu dikembalikan kepada pemiliknya.

Perbincangan :

1. Benarkah ciri-ciri yang telah rakan-rakan senaraikan?


2. Apakah perasaan empunya kasut apabila dinilai melalui asset luaran sahaja.
3. Adakah adik-adik mengenali kawan-kawan secara rapat dan tahu semua ciri
yang ada pada kawan adik-adik?
4. Apakah keperluan kita mengenali orang di sekeliling kita?

Kesimpulan :

1. Perkenalan yang lebih mendalam antara ahli organisasi pemimpin sangat penting
dalam perhubungan.
2. Kita tidak perlu menilai seseorang dari segi luaran sahaja. Lebih-lebih lagi sebagai
seorang pemimpin. Jika seorang pemimpin sentiasa bersikap dan bersangka buruk
terhadap orang lain, orang lain akan hilang kepercayaan kepada pemimpin tersebut.
3. Member padangan buruk terhadap seseorang sangat member kesan kepada
organisasi, kerana berkemungkinan satu hari nanti, seseorang yang pernah kita
bersangka buruk itu yang membantu kita.
4. Setiap oang mempunyai persepsi sendiri terhadap orang lain. Tetapi
“DON’T JUDGE THE BOOK BY IT’S COVER”.

Aktiviti 3 : 10 perkara

Masa : 20 minit

Alatan : kertas A4

Pelaksanaan :

1. Fasilitator meminta untuk adik-adik menutup mata masing-masing.


2. Adik-adik diminta untuk memikirkan apa sahaja.
3. Setelah itu,Fasilitator meminta untuk adik-adik membuka mata semula.

4. Sekarang fasilitator memberi arahan kepada adik-adik “Dalam banyak-banyak


perkara yang adik fikirkan tadi, atas kertas ini, tulis 10 perkara.”

Perbincangan :

1. Apa yang telah adik-adik bayangkan?


2. Apa yang telah adik-adik tulis setelah mendapat arahan?
3. Adakah adik-adik ikhlas datang ke program ini?
4. Apakah kepentingan adik-adik datang ke program ini?

Kesimpulan :

1. Minta adik-adik untuk betulkan niat dengan dan beri tumpuan sepenuhnya
untuk menuntut ilmu kepimpinan dalam program ini.
2. Lakukan setiap perkara dengan hati yang ikhlas dan pastikan adik-adik mendapat
manfaat dalam program ini. Peserta hendaklah menganggap diri mereka ibarat satu
cawan yang kosong yang sedia diisi dengan ilmu bila-bila masa sahaja.
3. Jika kita fokus dengan apa yang kita lakukan, dengan izin Tuhan kita akan
berjaya.
4. Adik-adik hanya membawa diri adik-adik, baik dari segi fizikal dan mental ke
program ini dan adik-adik hendaklah meninggalkan kawan baik, pencapaian dan
kenangan pahit buat sementara waktu khususnya sepanjang program ini berlangsung.
5. Rasulullah s.a.w. bersabda “sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan
niat. Dan hanya bagi setiap orang apa yang ia niatkan”
Seorang pemimin perlu sentiasa mempunyai niat yang baik. Pemimpin muslim harus sentiasa
mempunyai niat yang murni sebelum melakukan sesuatu tanggungjawab dalam mencari
keredhaan Allah.

LATIHAN DALAM KUMPULAN (2)

Madina (Masjid Nabawi & Perkuburan Baqi)

Objektif

1. Memberi pendedahan awal kepada murid - murid tentang latar belakang Madinah
2. Memupuk semangat kerjasam antara peserta dalam kumpulan melalui kreativiti
pembinaan replika Masjid Nabawi dan Perkuburan Baqi
3. Meningkatkan kefahaman tentang cara menunaikan Haji dan Umrah

Aktiviti 1 : Buat Replika

Masa : 1 Jam

Alatan : Lidi , Selotip , Kotak dan Gunting

Pelaksanaan :

1. Fasi akan menyerahkan Lidi , Selotip , Kotak dan Gunting kepada ketua kumpulan
2. Seterusnya fasi memberi arahan kepada semua peserta untuk membina replika
Masjid Nabawi dan Perkuburan Baqi mengikuti kreativiti masing-masing
3. Arahan seterusnya fasi akan memberitahu kepada peserta bahawa mereka boleh
menggunakan barang terpakai disekitar mereka
4. Setelah tepat 40 minit berlalu fasi akan memberi arahan untuk peserta memberhenti
buat replika
5. Seterusnya fasi akan membuat perbincangan berkaitan dengan hasil replika yang
dicipta
6. Fasi akan menceritakan atau berkongsi ilmu dan fakta dilampiran A berkaitan
dengan Masjid Nabawi dan Perkuburan Baqi berdasarkan replika yang dihasilkan
oleh peserta

Perbincangan :

1. Apa perasaan adik masa buat replika tersebut


2. Adakah adik-adik berpuas hati dengan replika yang adik hasilkan
3. Kalau diberi masa tambahan adakah adik-adik boleh menghasilkan replika tersebut
dengan lebih cantik menggunakan bahan terpakai

Kesimpulan :
1. Adakah kita hidup dibumi ini hendak tergolong dalam orang yang merosakkan harta
benda.Jadi kita sebagai seorang pelajar mestilah mengunakan sesuatu sumber dibumi ini
secara sedikit dengan pengunaan optimen bagi mengelakkan pembaziran . Seperti dalam
surah ar-rum ayat 41
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah
hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

LATIHAN DALAM KUMPULAN (3)

Masjid Nabawi (Makam rasullah & raudah )

Objektif

1. Memupuk semangat cinta dan sayang keatas junjungan baginda nabi muhammad saw
melalui sunnah -sunnah dan juga simulasi menziarahi makam baginda
2. Memberi gambaran awal tentang adab dan juga sunnah melalui simulasi ketika berada
di Masjid Nabawi yang merupakan kewajipan dalam melaksanakan Haji dan Umrah

Aktiviti 1 : Simulasi

Masa : 1 Jam

Alatan : Label Raudah , Makam dan Masjid Nabawi

Pelaksanaan :

1. Fasi akan meletallam label - label Raudah Makam dan Masjid Nabawi mengikut
kedudukan
2. Fasi akan menyuruh dua orang daripada kumpulan untuk melakukan simulasi seperti
mana mereka berada di masjid nabawi.
3. Semasa aktiviti simulasi berjalan fasi akan membantu peserta untuk melakukan
simulasi seperti didalam lampiran B
4. Seterusnya ulang perlaksanaan satu hingga tiga sehingga habis selesai semua peserta
melaksanakan aktiviti simulasi

Perbincangan :

1. Apa perasaan adik - adik melakukan aktiviti ini ?


2. Apa yang adik - adik dapat dari simulasi itu ?
3. Apakah Sunnah yang adik laksanakan semasa simulasi boleh dilaksanakan dalam
aktiviti seharian .

Kesimpulan :

1.

Anda mungkin juga menyukai