Anda di halaman 1dari 67

MODUL PRS

PERANCANGAN MODUL

MODUL LATIHAN PRS

UNIT 1

TAJUK: KESEDARAN KENDIRI

Pengenalan

Merupakan satu pendekatan dalam Bimbingan dan Kaunseling yang boleh digunakan oleh Guru
Bimbingan da Kaunseling (GBK) untuk melatih Pembimbing Rakan Sebaya. Kesedaran kendiri ini
memberi pendedahan terancang ke arah pembentukan sikap yang positif. Keyakinan diri, nilai-nilai
diri, perkembangan yang positif dan sifat-sifat kepimpinan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
bertanggungjawab.

Pengertian

Kesedaran Kendiri membawa maksud menyedari sifat-sifat yang ada pada diri sendiri iaitu positif
dan negatif. Sifat positif merupakan potensi yang ada pada diri individu yang perlu diperkembang
dan diperteguhkan untuk membolehkan seseorang individu itu berfungsi dengan produktif dan
berkesan. Sifat negatif merupakan kelemahan diri yang harus dikenal pasti dan berusaha untuk
mengatasinya.

Seseorang PRS berfungsi sebagai (Pembimbing Rakan) untuk mengenal pasti sifat positif dan negatif
yang ada pada dirinya. Tahap kesedaran kendiri yang tinggi atau yang mendalam membolehkan
seseorang itu sentiasa menilai dirinya dan berusaha untuk mempertingkatkan potensi yang ada ke
arah kepimpinan yang lebih berkesan.

Rasional

Setiap individu mengalami perkembangan sahsiah pada tahap-tahap tertentu dari segi tabii,
pengalaman dan pembelajaran. Dengan itu, amatlah mustahak kesedaran kendiri itu dicungkil,
dikembangkan dan diperteguhkan suapaya terbentuk sahsiah yang positif dan sifat untuk
membolehkan individu berkenaan berfungsi dengan lebih berkesan.

Objektif

Antara objektif yang hendak dicapai ialah:

Menahami kekuatan dan kelemahan diri.

Memahami nilai diri sendiri dan orang lain.

Membina kepercayaan pada diri sendiri dan orang lain.


Memberi maklum balas yang menolong.

Membuat pendedahan kendiri yang sesuai.

Mengenal pasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan.


AKTIVITI 1

MARI BERKENALAN

Aktiviti : Rantai Nama

Masa : 15 minit

Alat : Tiada

Objektif :

1. Untuk mengetahui dan mengingatkan nam rakan-rakan peserta di dalam kelompok.

2. Untuk berkenalan di antara satu sama lain.

Langkah :

1 . Peserta –peserta dan fasilitator duduk di kerusi dalam susunan bentuk bulatan.

2. Fasilitator memulakan dengan mengenalkan namanya seta nama panggilan (yang ingin digunakan
dalam kelompok).

3. Peserta pertama di sebelah kanan fasilitator memperkenalkan nama-nama fasilitator dan


namanya.

4. Begitu juga peserta yang kedua memperkenalkan nama fasilitator , peserta pertama dan dirinya.

5 . Aktiviti begini diteruskan bergilir-gilir sehingga semua peserta diperkenalkan.

6 . Fasilitator berbincang dengan peserta-peserta apakah pengajaran yang

mereka terima melalui aktiviti tersebut. Antara isi perbincangan ialah seperti:

i. Perkara yang disebut berulang-ulang senang untuk diingat.


ii. kita merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita dengan sebutan nama.
iii. Menyedari bahawa manusia sukar mengingati banyak perkara dalam satu jangka waktu
yang singkat.
AKTIVITI 2

BERKONGSI PENGALAMAN DAN HARAPAN

Aktiviti : Duniaku

Masa : 120 minit

Alat : Pen / pensil, kertas lukisan / kertas manjung

Objektif : 1. Melatih dan menggalakkan pelajar membuat pendedahan –

kendiri dengan lebih terbuka dan mendalam.

2. Melatih peserta-peserta supaya melakukan pendedahan kendiri yang sesuai pada masa
dan individu tertentu.

3. Memperkenalkan etika yang asas yang harus dipegang dan dijadikan panduan oleh PRS.

Langkah :

1. Fasilitator memberikan sehelai kertas lukisan / kertas manjung kepada setiap peserta.

2. Fasilitator mengarahkan peserta melukis lambang diri di atas kertas lukisan mengikut
langkah berikut:

a. lukis satu bulatan besar pada kertas manjung / kertas lukisan masing-masing

b. bahagikan bulatan itu kepada tiga bahagian dan nombor bahagian 1,2 dan 3.

c. Bahagian 1 :

Lukis satu simbol yang melambangkan pengalaman diri anda masa lampau.

Bahagian 2 :

Lukis satu simbol yang melambangkan diri pada masa sekarang.

Bahagian 3

Lukis satu simbol yang boleh melambangkan diri pada masa akan datang.

3. Setiap peserta secara bergilir-gilir diminta menjelaskan kepada peserta-peserta lain


maksud simbol yang dilukisnya itu.

4. Semasa penjelasan pembentangan itu dibuat, peserta-peserta lain digalakkan bertanya


dan berkongsi pengalaman.

5. Proses ini diteruskan hingga kepada peserta lain.

6. Fasilitator membimbing peserta berbincang tentang pengajaran yang mereka terima


melalui aktiviti ini iaitu:

v Ada orang tidak mahu menceritakan tentang dirinya secara langsung tetapi melalui simbol dia
lebih selesa dan terbuka untuk mendedahkan dirinya.
v Berkongsi pengalaman dapat mempertingkatkan kepercayaan kita kepada orang lain dan ioni
dapat mewujudkan perhubungan yang lebih mesra.

v Melalui pendedahan pengalaman-kendiri dapat menggalakkan peserta bercakap.

7. Fasilitator mengaitkan peranan PRS dalam membina perhubungan mesra dengan


perkongsian maklumat diri yang sesuai dan menyimpan maklumat diri kawan yang sulit.
AKTIVITI 3

PENEROKAAN KENDIRI

Aktiviti : Cermin Diri

Masa : 60 minit

Alat : Kertas pendua, pensil/pen

Objektif : 1. Supaya peserta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

diri sendiri.

2. Memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri.

Langkah :

1. Fasilitator meminta peserta duduk dalam satu bulatan.

2. Fasilitator mengedarkan kertas pendua kepada peserta dan meminta peserta melipat
dua kertas tersebut.

3. Fasilitator meminta peserta memikir dan mencatat sifat-sifat positif yang ada pada
dirinya diruang sebelah kiri kertas.

4. Peserta menomborkan sifat-sifat positif diri mengikut keutamaan.

5. Fasilitator membimbing perbincangan kelompok mengenai hanya satu sifat positif


paling utama pada tiap-tiap peserta. Perbincangan meliputi reaksi peserta terhadap sifat kekuatan
yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaik-
baiknya.

6. Fasilitator membawa fokus perbincangan kepada:

v Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri .

v Memberi keinsafan pada diri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.

AKTIVITI 4

KEYAKINAN DIRI

Aktiviti : Si Buta Sayang

Masa : 40 minit

Alat : Kain penutup mata (bagi setiap peserta)

Objektif : Untuk menyedarkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan

seseorang itu mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan orang lain.
Langkah :

1. Peserta diminta memilih pasangan masing-masing dan menamakan diri A dan B.

2. Peserta diberi sehelai kain penutup mata dan A menjadi si buta dengan mengikat kain
itu menutup matanya.

3. Peserta B tidak menutup mata dan menjadi pemandu.

4. Pemandu dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu kepada si buta
sambil berjalan

(seelok-eloknya di kawasan perkarangan sekolah) Si buta dikehendaki mematuhi arahan rakannya.

5. Peserta diminta bertukar peranan.

6. Fasilitator membimbing perbincangan selepas aktiviti ini dijalankan.

v Peserta diminta mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.

v Apakah perasaan mereka pada masa menjadi si buta dan pemandu.

v Mengapakah mereka memberi reaksi-reaksi tertentu dalam aktiviti ini.

Pengajaran yang boleh diingati ialah :

v Kita perlu yakin kepada diri sendiri dan orang lain untuk mencapai sesuatu cita-cita / matlamat.

v Keyakinan diri akan membawa kepada kejayaan.

v Apabila seseorang telah percaya kepada kita, dia akan berasa selesa. Begitulah juga jika rakan-
rakan percaya kepada PRS. Mereka akan lebih rela berkongsi perasaan. PRS harus menghormati
kepercayaan yang diberi oleh rakan-rakan mereka
UNIT 2

TAJUK : ASAS KOMUNIKASI

Pengenalan

Asas komunikasi ini memberi kefahaman kepada peserta-peserta mengenai maksud komunikasi.
Penekanan adalah terhadap cara-cara memahami aspek-aspek yang sesuai dalam perhubungan
individu bagi mewujudkan perasaan saling memahami dan saling menerima.

Matlamat

Melahirkan sekumpulan PRS yang terlatih yang boleh berkomunikasi dengan berkesan.

Melahirkan sekumoulan PRS terlatih yang sentiasa membaiki cara-cara berkomunikasi dalam
kehidupan harian.

Objektif

1. Dapat menguasai kemahiran asas komunikasi yang berkesan dengan rakan sebaya dalam
perhubungan seharian.

2. Berupaya berinteraksi dengan baik agar dapat diterima oleh rakan sebaya sebagai pembimbing
yang berkesan.

3. Menguasai kemahiran memahami perasaan rakan melalui tingkah laku bukan lisan.

4. Dapat memberi respon yang sesuai dan menghormati perasaan rakan.

AKTIVITI 1

Cuba teka

Masa : 40 minit

Alat : Mesej di dalam sampul (satu kumpulan satu sampul)

Objektif : Untuk menguasai kemahiran memahami perasaan rakan melalui tingkah laku
bukan lisan .

Langkah :

Peserta diminta berada di dalam kumpulan bersama fasilitator.

Seorang pelajar secara sukarela mengambil dan membuka sampul yang berisi mesej untuk dibaca
dan menyampaikan mesej tersebut secara bukan lisan.

Fasilitator akan bertanya kepada setiap peserta tentang apakah maksud mesej yang disampaikan.

Ahli kumpulan akan cuba meneka.

Fasilitator akan meminta peserta yang melakonkan mesej membacakan mesej secara lisan.

Aktiviti diulangi dengan mesej-mesej yang lain.

Fasilitator dan ahli akan merumuskan falsafah dan objektif aktiviti.


AKTIVITI 2

Komunikasi Sehala dan Dua Hala

Masa : 1 jam

Alat : 2 helai kertas kosong bagi tiap-tiap peserta, pensil lukisan contoh (gambarajah
1)

Objektif : Selepas aktiviti ini peserta-peserta akan :

1. Memahami konsep komunikasi sehala dan dua hala.

2. Menyedari konsep kepentingan komunikasi dua hala.

3. Menyedari bagaimana pentingnya komunikasi melalui penggunaan perkataan yang


betul dan gerak geri yang sejajar.

4. Memahami pentingnya kemahiran mendengar dalam proses komunikasi.

Langkah :

1. Semua peserta duduk dalam bulatan, setiap peserta diberi 2 helai kertas kosong.

2. Fasilitator memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak dibenarkan
bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja.

a. Lukis satu bulatan

b. Dalam bulatan itu, lukis 3 bulatan kecil.

c. Di atas bulatan lukis bentuk segi empat tepat

d. Di kiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan satu bulatan di hujung.

e. Di bawah bulatan tadi, lukis satu empat segi bujur .

f. Di bawah empat segi bujur, lukis 2 garis panjang ke bawah selari dan 2 bulatan di hujung 2
pasang garis panjang tadi.

3. Di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama tetapi
kali ini mereka dibenarkan bertanya.

4. Peserta diminta meletakkan kedua-dua lukisan mereka di lantai di hadapan masing-


masing.

5. Peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.


Mereka digalakkan memberi maklum balas berkenaan perbezaan perasaan mereka sewaktu melukis
kali pertama dan kali kedua.

6. Fasilitator menggalakkan peserta berbincang tentang aktiviti tadi dengan memberi fokus
kepada:
v Kesukaran berkomunikasi sehala – menerima arahan tanpa diberi kesempatan menyoal boleh
menimbulkan berbagai-bagai perasaan negatif dalam kalangan individu.

v Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat, mengikut tafsiran sendiri.

v Pentingnya mendengar arahan dengan teliti dan memberi respon yang menggalakkan komunikasi.

7. Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS sebagai seorang pendengar dan pemberi
respon yang menggalakkan, pada masa berinteraksi dan berbual dengan rakan, terutama dengan
mereka yang sedang menghadapi kebimbangan.

AKTIVITI 3

Sebarkan Senyum dan Salam

Masa : Ketika aktiviti outreach / lawatan(ke rumah orang tua / anak yatim)
(pemerhatian dibuat selama ½ -1 jam oleh ahli)

Alat : Tiada

Objektif : Pelajar dapat melihat kesan senyuman dan salam yang dimulakan apabila
berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.

Langkah :

Apabila tiba ke destinasi yang ditetapkan,pelajar akan dibawa ke dewan untuk dipertemukan dengan
kelompok sasaran yang dilawati.

Beberapa kumpulan ahli ini memulakan perhubungan dengan melemparkan

a-senyum saja

b- salam tanpa senyum

c-salam dan senyum

Cuba rasakan apa kesan yang diperoleh dengan menyebarkan 2(a), (b) dan (c)

Apabila balik semula ke lokasi kursus dapatkan maklumat tentang kesan yang diperoleh.

UNIT 3

ASAS KAUNSELING
Pengenalan

Modul Asas Kaunseling mengandungi 4 unit yang dirangka untuk mencapai 4 objektif umum. Setiap
unit disertakan dengan beberapa aktiviti yang mempunyai objektif-objektif khusus. Aktiviti-aktiviti
dalam setiap unit mesti dijalankan kesemuanya untuk memastikan pencapaian objektif, ada yang
membentuk “main peranan “ (role play) yang memerlukan peserta mengambil bahagian aktif.
Bilangan peserta 10 hingga 12 orang.

Asas kaunseling ini dirangka untuk memberi latihan supaya PRS dapat memperolehi kemahiran asas
kaunseling khususnya dari aspek mendengar dengan teliti,memberi perhatian dan respon serta
memahami perasaan rakannya. PRS perlu juga mengetahui kemahiran melayan secara lisan dan
tanpa lisan dalam memberi khidmat menolong kepada rakan-rakan.

Rasional

PRS perlu didedahkan kepada teknik kaunseling yang asas kerana mereka dikehendaki menggunakan
pendekatan kaunseling dalam proses membantu rakan. Mereka mesti tahu ciri-ciri asas kaunseling
dan mempelajari serta mengamalkan seberapa yang boleh tentang kemahiran dalam kaunseling.
Tujuannya untuk membolehkan mereka berfungsi sebagai pembimbing rakan yang berkesan.

Objektif

Objektif yang hendak dicapai ialah untuk :

Memahami konsep dan ciri-ciri kaunseling.

Memberi tindak balas menolong kepada rakan-rakan berdasarkan prinsip-prinsip asas kaunseling.

Mendedahkan teknik-teknik melayan rakan sebaya dalam situasi yang tertentu.

Menyediakan pengalaman yang sebenar dalam menjalankan sesi kaunseling.

Memahami dan menghayati etika PRS.

AKTIVITI 1

Pengenalan Kaunseling

Masa : 40 minit

Alat : Kertas majung, pena penanda, kertas nota cirri-ciri kaunseling

Objektif : 1. Untuk meninjau tahap kefahaman peserta terhadap kaunseling.

2. Memberi pendedahan tentang ciri-ciri yang terdapat dalam kaunseling untuk dibandingan dalam
situasi biasa.

Langkah :

Peserta duduk dalam satu bulatan.


Peserta digalakan menerangkan apakah yang mereka faham mengenai “kaunseling”.

Fasilitator mencatatkan pendapat peserta di atas majung /papan hijau.

Peserta diberikan nota ringkas yang berkaitan dengan ciri-ciri ”kaunseling” (sila lihat Edaran 3.1)

Peserta diminta membaca dan menjelaskan kembali apa yang difahami dalam nota tersebut serta
membandingkannya dengan pendapat mereka yang tercatat di kertas mahjung / papan tulis

Fasilitator menggalakkan perbincangan tentang :

~ perbezaan di antara pendapat peserta dengan nota lampiran dan mengana berlaku
perbezaan.

~ konsep ”kaunseling ” yang mempunyai unsur-unsur / ciri-ciri yang tersendiri.

~ penekanan ”kaunseling” yang lebih membenarkan kepada perasaan dan menitikberatkan


perhubungan kemanusiaan.

Ciri-ciri yang perlu ada dalam ” Kaunseling”

Ada keinginan dan kehendak ke arah perubahan positif.

Perlu ada perhubungan menolong, kepercayaan dan keikhlasan.

Mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan bekerjasama antara kaunselor dengan klien.

Klien memainkan peranan dalam membuat keputusan dan patuh kepada keputusan yang
dipersetujui bersama.

Klien berusaha melakukan apa yang telah diputuskan dan bertanggungjawabkan terhadap
keputusan yang dibuat.

AKTIVITI 2

Kemahiran Mendengar

Tajuk : Rakaman

Masa : 30 minit

Alat : Pemain kaset, kaset yang mengandungi cerita, kertas, pen/pensil

Objektif : Supaya peserta-peserta dapat mendengar isi cerita dan mengulang semula dengan
tepat.

Langkah :

fasilitator meminta peserta memilih pasangan masing-masing.

Peserta diminta mendengar rakaman cerita dari pemain kaset (edaran 3.2)

Peserta diminta menceritakan semula apa yang didengar kepada pasangan masing-masing.Mereka
akan membetulkan satu sama lain sekiranya didapatinya isi cerita yang disampaikannya tidak tepat.
Fasilitator meminta peserta berbincang tentang isi cerita yang didengar kepada kumpulan besar.

Peserta –peserta digalakkan memberi pendapat mengapa isi cerita mereka tidak tepat, contoh:
bising, kurang beri perhatian, tidak faham dan lain-lain.

Fasilitator menyimpulkan tentang perlakuan yang harus ada bila mendengar untuk mendapatkan isi
cerita yang tepat seperti mendengar dengan aktif, memberi perhatian penuh, mendengar perkataan
yang digunakan dll.

Fasilitator menghubungkan sifat-sifat mendengar ini dengan peranan PRS apabila berinteraksi
dengan rakan-rakan terutamanya yang bermasalah.

Cari helah, cari kawan.

Saya terus berbaik-baik dengan Cikgu Jam supaya mudah berbincang jika ada yang saya tidak
faham. Ada seorang lagi pelajar yang handal Matematik, tetapi berada di dalam kelas 6 Ros,
namanya Abu Zarim. Abu memang nampak hebat dalam mata pelajaran ini. Pada belakang baju-t
putih riadahnya penuh dengan formula Matematik yang pelik-pelik belaka. Abu sentiasa menjadi
tempat rujukan kawan-kawan sekelasnya.

Saya mula memikirkan cara hendak berkawan dengannya. Puas saya memikirkan cara bagaimana
mahu menghampirinya. Akhirnya, saya memilih hendak sama-sama bermain bola keranjang. Ini
kerana, Abu dan rakan-rakannya memang memonopoli permainan itu sejak dari tahun lepas lagi.
Dialah yang selalu menjadi tunggak harapan dalam pasukannya.

Abu dihormati oleh rakan-rakannya bukan sahaja kerana dia pandai Matematik, dia juga
dikagumi di gelanggang sukan kerana handal bermain bola keranjang. Kerana hendak berkawan
dengan Abu, saya selalu ke gelanggang pada jam 5.00 petang. Pada mulanya, saya hanya
menyaksikan mereka bermain. Saya hanya akan turut serta apabila mereka tidak cukup pemain.
Apabila dapat peluang bermain saya akan cuba bermain dengan bersungguh-sungguh supaya dapat
terus menjadi ahli kumpulan itu. Akhirnya, saya berjaya berbaik-baik dengan Abu Zarim dan rakan-
rakannya. Sejak itu, saya mendapat seorang lagi kawan untuk mengadu hal terutama apabila
berhadapan dengan masalah yang melibatkan mata pelajaran Matematik.

TAJUK : Berpasangan (dyad)

MASA : 20 minit

ALAT : Tiada

OBJEKTIF : 1. Untuk membolehkan peserta mendapat isi-isi penting dalam

Perbualan dengan rakan.

LANGKAH :

Peserta memilih seseorang rakan dan memilih tempat yang sesuai.

Seseorang peserta diminta menceritakan pengalaman yang menyedihkan atau yang


menggembirakan / menarik kepada pasangannya (kira-kira 5 minit).
Fasilitator meminta pasangan peserta tersebut menceritakan kembali apa yang telah didengarnya.

Fasilitator memita ”si pencerita ” memastikannya tentang kebenaran cerita yang diceritakan oleh ”si
pendengar”.

Aktiviti ini diteruskan kepada pasangan lain sehingga selesai.

Fasilitator menerangkan bahawa mendengar dengan penuh perhatian amat penting dalam membina
perhubungan yang selesa seperti perhubungan yang akan dibina oleh PRS dengan rakan mereka.
(Rujuk modul ASASKOMUNIKASI –bagaimana mendengar secara lisan dan bukan lisan).

Fasilitator mengingatkan kembali peserta –peserta tentang perlakuan-perlakuan yang menunjukkan


sama ada seorang PRS bijak mendengar atau tidak.

AKTIVITI 3

Kemahiran Memberi Perhatian

Tajuk : Suara Tanpa Gema

Masa : 45 minit

Alat : Tiada

Objektif : Supaya peserta menyedari proses melayan rakan

Adalah penting dalam kaunseling.

Langkah :

1. Peserta dikehendaki memilih pasangan masing –masing . Peserta A menjadi Pencerita dan
peserta B menjadi Pendengar.

2. Fasilitator memanggil semua peserta B ke tempat lain dan memberi arahan supaya apabila A
bercerita tentang perasaannya, B mesti melakukan sesuatu yang tidak memberi perhatian seperti
memandang ke bawah, membelek kuku, membaca, memandang ke tempat lain dll. Arahan ini tidak
boleh didengar oleh B.

3. Tiap-tiap pasangan memilih suatu sudut / tempat yang sesuai di sekitar kawasan yang
ditentukan.

4. Peserta A dikendaki meluahkan perasaan takut / gembira, sedih / kecewa atau lain-lain kepada
pasangannya (B).

5. Peserta B melakukan seperti yang diarahkan oleh fasilitator.

Selepas itu peserta-peserta dikumpulkan semula di dalam kumpulan besar.

Fasilitator meminta peserta –peserta yang bercerita menyatakan perasaan mereka apabila tidak
dilayan semasa bercakap.

Fasilitator meminta setiap peserta yang tidak melayan mengemukakan pandangan dan perasaan
masing-masing.

Fasilitator menegaskan bahawa memberi perhatian melalui gerak –geri seperti cara duduk,
tentangan mata dll sangat penting dalam proses kaunseling.
Fasilitator mengaitkan aktiviti ini dengan peranan PRS apabila mereka mendengar masalah yang
dikemukakan oleh rakan mereka. Gerak–geri mereka boleh memberi mesej sama ada mereka
memberi perhatian atau tidak.

AKTIVITI 4

Kemahiran Memberi Respon Dan Maklum Balas

Tajuk : Kemahiran Mendengar ,Memberi Respon dan Merumus Dengan Berkesan dan Tepat.

Masa : 120 minit

Alat : 12 set skrip seperti dalam lampiran C dan D

Objektif : 1. Melatih peserta –peserta dalam kemahiran memberi respon berkesan

Dan membuat refleksi yang tepat dan berkesan.

2. Melatih peserta-peserta menguasai kemahiran melayan.

Langkah :

1. Bentukkan 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta.

2. Tiga orang peserta dijemput ke hadapan untuk menjalankan aktiviti bermain peranan.
Seseorang menjadi klien. Seorang lagi menjadi kaunselor dan menjadi pemerhati yang bertindak
sebagai perumus. Peserta-peserta akan berpandu kepada skrip yang disediakan. Peranan ini akan
dimainkan oleh tiap-tiap peserta secara bergilir-gilir seperti Edaran 3.3.

Pusingan

Peserta 1

Peserta 2

Peserta 3

Pemerhati

Klien

Kaunselor

Klien

Kaunselor

Pemerhati

Kaunselor
Pemerhati

Klien

3. Peranan klien ialah menyampaikan masalah seperti dalam skrip yang disediakan.
Peranan kaunselor pula ialah mendengar secara aktif dan memberi respon yang sesuai seperti dalam
skrip yang disediakan. Peranan pemerhati adalah untuk membuat rumusan isi / perasaan klien
secara spontan (tanpa skrip)

4. Bagi memastikan latihan ini berkesan, setiappemerhati dikendaki memberi refleksi yang
setepat mungkin. Refleksi yang dianggap tepat dan berkesan akan ditentukan sendiri oleh klien dan
kaunselor secara persetujuan bersama. Sekiranya refleksi ini kurang memuaskan adakan latih tubi
yang serupa untuk mempertingkatkan kemahiran refleksi. Fasilitator harus ada bersama dalam
kumpulan ini untuk menilai kemahiran refleksi.

5. Fasilitator memberi beberapa contoh refleksi yang tepat hasil dari aktiviti bermainan peranan
ini.

6. Fasilitator membimbing peserta dalam berbincang tentang kepentingan dan kesan memberi
respon dan reflesksi yang tepat dengan gerask badan dan pemilihan perkataan yang sesuai.

7. Fasilitator mengaitkan kemahiran ini kepada peranan PRS bila melayan dan mendengar
perkongsian perasaan rakan-rakan mereka.

8. Fasilitator meminta tiap-tiap kumpulan meneliti skrip Edaran 3.4 dan berbincang sama ada
respon kaunselor itu berkesan dan menggunakan kemahiran refleksi. Minta peserta-peserta
memberi respon yang lebih baik dan menunjukkan refleksi isi atau perasaan.

Edaran 3.3

(Contoh skrip untuk aktiviti bermain-peranan)

1.Klien : Apabila saya terlewat sampai ke rumah , ibu tiri saya selalu berleter yang bukan-bukan
dan ini menyakitkan telinga mendengar.

Kaunselor: Anda berasa tersinggung dengan letaran ibu tiri anda (Refleksi perasaan).

Pemerhati: Klien saya berkata bahawa………………………………………………………

(Contoh skrip aktiviti)

1.Klien : Saya tak berminat nak belajar. Kalau saya baca bukupun saya tak faham, tak ingat apa-
apa.

Kaunselor: Awak bimbang? Ada gangguan?

Pemerhati: Klien berkata bahawa .......……………………………………………………….

Edaran 3.4
Aktiviti 1 : Mari Dengar Ini Cerita

Masa : 45 Minit

Alat : Kertas Edaran untk ahli mulakan perbualan (lihat lampiran)

Bilangan Ahli : 10 org atau lebih

Objektif :

1. Ahli dapat melibatkan diri supaya berinteraksi antara satu sama lain dengan mengetepikan
prasangka, rasa malu dan rasa tidak selesa

2. Menggalakkan perhubungan mesra sesama ahli.

Langkah :

Meminta ahli duduk di atas lantai dalam bentuk bulatan.

satu bulatan mengandungi sekurang-kurangnya 10 orang.

Terangkan kepada semua ahli bahawa aktiviti ini bukan untuk menguji kepintaran otak tetapi lebih
kepada menumpu kepada perbualan seharian yang menonjolakan perasaan, reaksi peribadi,
pengalaman hidup dan perkongsian peristiwa untuk dijadikan teladan. Ahli tidak digalakkan
bercakap tentang pendapat mereka tetapi menyatakan tentang perasaan dan pengalaman mereka
walaupun pahit.

Edarkan kertas yang mengandungi tajuk perbualan kepada ahli (lihat lampiran)

Pilih satu tema perbualan kumpulan, misalnya kehidupan saya

UNIT 4

Aktiviti : 1

Tajuk : Masalah Remaja

Masa : 60 – 120 Minit

Alat : Kertas Mahjong, Marker Pen dan Pelekat

Objektif :

Peserta dapat memahami lebih dalam masalah yang dihadapi oleh remaja

Membuat rangking masalah

Dapat mengemukakan pandangan sendiri

Langkah :

Peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil (5/6 ahli)

setiap kumpulan melantik seorang ketua dan seorang pencatat.


Ketua bertindak sebagai sebagai pengerusi mengendalikan perbincangan kumpulan tentang apakah
masalah yang dihadapi oleh remaja hari ini. setiap ahli harus mengemukakan pandangan
berdasarkan pengalaman sendiri dan, setiap pandangan ahli diterima tanpa bantahan dan dicatat.
Huraian masalah juga perlu diperincikan supaya semua ahli faham permasalahan remaja

Rangking mula dilakukan. Item masalah yang paling banyak ahli mengalaminya dianggap sebagai
rangking teratas dan begitulah seterusnya.

Bincangkan beberapa isu utama masala remaja . Galakkan ahli membuat perkongsian pengalaman
dan perasaan dari isu ini.

Aktiviti : 2

Tajuk : Mari Dengar Ini Cerita

Masa : 45 -60 Minit

Alat : Kertas Edaran untk ahli mulakan perbualan (lihat lampiran)

Bilangan Ahli : 10 org atau lebih

Objektif :

Ahli dapat melibatkan diri supaya berinteraksi antara satu sama lain dengan mengetepikan
prasangka, rasa malu dan rasa tidak selesa

Menggalakkan perhubungan mesra sesama ahli.

Langkah :

Meminta ahli duduk di atas lantai dalam bentuk bulatan.

satu bulatan mengandungi sekurang-kurangnya 10 orang.

Terangkan kepada semua ahli bahawa aktiviti ini bukan untuk menguji kepintaran otak tetapi lebih
kepada menumpu kepada perbualan seharian yang menonjolakan perasaan, reaksi peribadi,
pengalaman hidup dan perkongsian peristiwa untuk dijadikan teladan. Ahli tidak digalakkan
bercakap tentang pendapat mereka tetapi menyatakan tentang perasaan dan pengalaman mereka
walaupun pahit.

Edarkan kertas yang mengandungi tajuk perbualan kepada ahli (lihat lampiran).

Pilih satu tema perbualan kumpulan, misalnya ’ Kehidupan Saya Semasa Kecil ’ Minta ahli brcerita
tentang pengalaman mereka semasa kecil yang memberi pengaruh kepada perasaan dan sikap
mereka masa kini. Ahli lain boleh bertanya jika perlu.

Berikan masa lima minit bagi setiap individu untuk bercerita. Fasilitator menggalakkan ahli supaya
memastikan agar individu yang bercerita memberi fokus kepada perasaan dan reaksi mereka.

Fasilitator tidak harus masuk campur dalam perbincangan ini tetapi hanya pastikan aktiviti ini
berjalan lancar. Ahli diberikan kebebasan memilih tajuk yang disukai dalam lampiran ini.
Fasilitator membuat rumusan bahawa setiap individu punya cerita tersendiri – sedih atau suka. Oleh
itu ahli harus cuba menjelaskan bagaimanakah perasaannya membentuk sikap dan pandangan hidup
mereka.dan kesannya pada kehidupan sendiri. Pengalaman pahit yang disimpan dalam jiwa mungkin
mengakibatkan seseorang itu menjadi ’bitter’lalu ditunjukkan melalui cara berinteraksi. Menganalisis
perasaan dan pengalaman secara terbuka akan membantu seseorang itu menerima serta mamahami
dan berusaha untuk berubah kepada yang lebih positif lagi.

Lampiran

Mari Tuan-Tuan Dengar Ini Cerita

Contoh Tajuk-tajuk Perbualan :

Kehidupan saya semasa kecil

Adik beradik saya yang berjaya

Bolehkah saya menjadi jutawan?

Peristiwa yang paling menyeronokkan dalam hidup saya

Peristiwa lucu yang pernah saya alami

Nilai hidup positif yang saya amalkan

Kasih sayang ibu bapa kepada saya

Kehidupan yang bagaimanakah menjadi idaman saya.

Keluarga impian saya.

Kehidupan remaeja saya

Individu yang paling mempengaruhi hidup saya

Pesanan yang saya ingin tinggalkan kepada anak cucu saya

Pesanan ibubapa yang paling saya tidak lupakan.

Kesukaran hidup yang berjaya saya dan keluarga atasi

Detik yang paling sukar saya lupakan.

Orang yang paling sukar saya lupakan

Mereka yang saya cuba maafkan

Mereka yang menjadi penawar ketika saya bersedih

Tempat yang saya suka berada ketika saya sedih.

Peristiwa yang menukar kehidupan saya kini.

Aktiviti : 3

Kusayang Diriku
Masa : 60 minit – 120 minit

Alat : Borang Soalan imej kendiri (Lihat Lampiran)

Bilangan ahli : Tiada Had

Objektif :

1. Membolehkan ahli menilai, memahami dan meningkatkan imej kendiri

mereka

2. menggalakkan ahli menilai kelemaham dan kekuatan diri supaya menjadi lebih realistik

Langkah:

Terangkan kepada ahli bahawa mereka mempunyai perasaan sendiri yang terpendam. Ada yang
berasa dirinya tidak berharga dan ada yang merasakan dirinya serba sempurna. Mempunyai imej
kendiri kendiri yang tinggi membolehkan seseorang itu membina keyakinan diri dan memandang
sesuatu perkara dengan positif.

Edarkan borang soalan kepada ahli dan nyatakan bahawa mereka perlu mengisinya dengan jujur
tanpa melihat keterangan skor.

Setelah semua soalan diberikan respon dan dijumlahkan skor, barulah keterangan skor ini diberikan.
Keterangan skor membantu ahli melihat pencapaian skor diri masing-masing.

Bincangkan maksud skor itu dengan ahli kelompok. Perlu dinyatakan bahawa alat ini hanyalah
sebagai petunjuk untuk membantu mereka memahami diri sendiri.

Fasilitator membuat rumusan bahawa;

a. Jika kita mempunyai imej kendiri yang rendah, kita akan selalu mengutuk diri sendiri dan kerap
berasa rendah diri dan hilang keyakinan diri bila membandingkan diri dgn orang lain. Kita perlu
bercakap secara lebih positif Kita perlu bercakap dengan diri sendiri supaya diri tidak mudah
berputus asa. Setiap oran melakukan kesilapan- oleh itu , terima dan maafkan diri dan belajarlah dari
kesilapan. ( mendalami pernyataan ini secara perbincangan dan penerokaan diri adalah amat
digalakkan)

b. Jika kita mempunyai imej kendiri yang terlalu tinggi pula, kita mungkin menjadi seorang yang
angkuh dan akan timbul masalah dalam perhubungan dengan orang lain. Justeru itu, binalah imej
kendiri yang seimbang

IMEJ KENDIRI

ARAHAN: Alat ini hanyalah petunjuk kepada kunci memahami diri anda. Sila jawab soalan ini dengan
jujur. JANGAN lihat penerangan penerangan kepada analisis skor anda terlebih dahulu. Sila semak
skor anda di bawah dan fahami pengertiannya selepas anda memberi respon kepada senua soalan.

1. Pernahkah anda berasa bahawa orang kurang menyukai anda sekiranya mereka mengetahui
banyak maklumat tentang diri anda?
(a) Selalu

(b) Kadang-kadang

(c) Tidak pernah

2. Apabila anda dipuji biasanya anda ;

(a) Tidak begitu selesa

(b) Sangat suka

(c) Rasa sangat malu

3. Apabila anda membuat silap di rumah atau di sekolah adakah anda

(a) mengabaikan saja kesilapan ini dan mngatakan pada diri orang lain pun buat silap juga.

(b) Berasa tidak sedap hati tetapi akhirnya anda menerima kesilapan dan memaafkan diri anda
dengan menganggap tiada siapapun yang sempurna

(c) Berasa runsing dan asyik memikirkan kesilapan anda sahaja sehingga anda berasa sangat malu
dan mengutuk hebat diri sendiri

4. Bagaimanakah cara anda berdepan dengan cabaran ?

(a) ”Saya berani menghadapinya secara bersendirian sahaja”

(b) ”saya akan tabah menghadapi cabaran dengan sokongan dan galakan orang lain”

(c) ”Saya tidak peduli langsung cabaran itu, kecuali bila dikerah dan didesak”.

5. ” Apabila saya melihat bayangan wajah saya dicermin,

(a) saya sering rasa malu sendiri untuk melihat kembali wajah dicermin”

(b) Saya sering rasa amat gembira dengan penampilan wajah saya selama ini”

(c) Saya rasa selesa dengan penampilan diri pada imej diri di cermin”

6. Apabila saya menangguh-nangguhkan masa belajar atau membuat kerja-kerja di rumah untuk
bersantai,

(a) Saya sering rasa bersalah sehingga tidak dapat rasa keseronokan ketika saya bersantai kerana
memikirkan kerja yang bertangguh”.

(b) Rasa sedikit bersalah, tetapi saya mennyatakan pada diri, ’aku ingin rasa seronoknya bersantai
sebentar”.

(c) Seronok sentiasa, dan tak pula rasa bersalah”


7 . ”Apa bila saya membandingkan diri saya dengan teman-teman rapat saya, saya sering merasakan
mereka

(a) Lebih hebat dari saya dan kadang-kadang jauh lebih hebat”

(b) Selesa saja, kami serasi”

(c) dapat saya atasi kehebatannya”

8.Apabila saya bertemu dengan seseorang yang kelihatannya tidak menyenangi saya , saya rasa

(d) rasa amat risau dan resah kerana memikirkan mungkin saya telah melakukan sesuatu yang
tidak disenanginya.

(e) syak yang orang ini berasa iri hati dengan kelebihan diri saya.

(f) saya menerima saja keadaan ini, sebab saya sedar bukan mudah memenangi hati semua orang.

9. Saya rasa simpati dengan nasib

(a) burun merak

(b) burung pipit

(c) burung helang

Skor

Arahan: Sila Berikan point kepada pilihan jawapan anda . Point jawapan pilihan anda adalah seperti
berikut:

No Soalan

Point bagi setiap Pilihan Jawapan

Point jawapan pilihan saya

(a)

(b)

(c)

1.

2
2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.
0

9.

JUMLAH SKOR

Analisis Skor (Hanya untuk simpanan Fasilitator saja)

1. Skor 0 – 6 poin

Anda mempunyai imej kendiri yang sangat rendah kerana telah membina gambaran kendiri yang
tidak tepat. Anda tidak berlaku adil terhadap diri sendiri. Anda tidak menghargai diri anda. Anda
melihat diri anda begitu jelek, padahal oranglain tidak melihat anda sedemikian. Anda kurang
bercakap secara yang positif kepada diri anda sebaliknya anda sering mengutuk diri sendiri apabila
anda buat silap. Belajarlah untuk jadi lebih objektif.

2. Skor 7 – 12 poin

Anda punya imej kendiri yang baik. Anda menilai diri secara realistik. Anda melihat diri
sebagaimana orang lain melihat anda.

3. Skor 13 – 18 poin

Anda mempunyai imej kendiri yang sangat tinggi. Bagaimanapun, ia mungkin mendatangkan
masalah kerana anda cenderung bersikap meninggi diri. Individu yang mempunyai imej kendiri yang
terlalu tinggi cenderung untuk melihat kesempurnaan diri lalu mudah memandang rendah kepada
orang lain. Anda dilihat sebagai angkuh oleh orang lain. Anda juga tidak realistik, kerana siapalah
diantara kita yang sempurna dan terbaik sifatnya dalam segala hal. Keangkuhan anda akan
menyebabkan anda hilang kawan dan tidak popular walaupun anda rasa anda hebat. Anda akan
lebih berjaya dapat ramai kawan jika anda menerima hakikat tidak semua kita ini yang sempurna,
dan ada ketikanya kita perlu merendah diri

UNIT 5 – KEMAHIRAN LANJUTAN


Aktiviti 1 : Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Latihan 1 : Menilai Keputusan

Objektif :

a) Menjelajah proses membuat keputusan

b) Lebih sedar bahawa tiap-tiap keputusan membawa akibatnya

Alat : Pen / pensel dan kertas

Langkah :

1. Lipat kertas di dalam2 bahagian. Tulis perkataan ‘KEPUTUSAN’ di sebelah atas sekali. Di dalam
satu bahagian tulis ‘BAIK’ dan satu bahagian tulis ‘BURUK’.

2. Fikirkan beberapa keputusan yang telah anda ambil dalam masa kira-kira 4 hingga 6 bulan yang
lepas. Tulis di dalam ruang tadi samada keputusan itu keputusan yang baik atau buruk mengikut
pengalaman anda sendiri.

3. Cuba teliti keputusan yang baik dan tanya diri anda;

a) Bagaimana caranya anda berupaya membuat keputusan yang baik

b) Adakah anda dipengaruhi oleh sesiapa

c) Berapa banyak keputusan baik seperti ini dibantu oleh orang lain

d) Siapakah individu yang banyak membantu anda membuat keputusan yang baik

4. Tulis perkara yang serupa di dalam ruang ‘lemah’ dan tanya diri sendiri soalan yang sama
seperti di atas.

5. Melalui aktiviti ini apa yang telah anda pelajari dan sedari?

6. Bincangkan perkara ini dengan rakan yang anda pilih sebagai pasangan.

LATIHAN 2 : Menghadapi Masalah

Objektif : Melihat kembali pengalaman-pengalaman yang lepas dalam menyelesaikan

masalah

Langkah :

a) Fikirkan tentang masalah yang telah anda hadapi di dalam satu tahun kebelakang.

b) Isikan maklumat di dalam rajah berikut :

Bil

Masalah yang telah saya hadapi

Bagaimana saya mengatasinya

Akibatnya
1

5
c) Tanya diri sendiri dan sempurnakan ayat dibawah :

- Apabila saya menghadapi masalah yang rumit, biasanya saya

-
__________________________________________________________________________________
________________________________________________________________

- Masalah-masalah saya biasanya disebabkan oleh

-
__________________________________________________________________________________
________________________________________________________________

- Supaya saya cekap menyelesaikan masalah saya sendiri, saya perlu

-
__________________________________________________________________________________
________________________________________________________________

d) Bincangkan ini dengan rakan anda di dalam kumpulan

- Apa punca masalah anda sebenarnya? (cth; sekolah, keluarga, ibu bapa, kawan dll)

- Apabila anda ada masalah, apa kesannya dengan prestasi anda di sekolah?

- Apa kesannya dengan diri anda di rumah?

- Siapa yang anda salahkan apabila anda ada masalah mengapa?

Aktiviti 2 : Kemahiran Kepimpinan

Latihan 1

Melalui pemimpin anda harus sedar tentang perlakuan anda terhadap ahli kumpulan anda. Melalui
latihan ini anda boleh fikirkan tentang perlakuan anda di dalam kumpulan.

Langkah :

Bahagikan kumpulan menjadi 3 atau 4 orang didalam satu kumpulan kecil. Tiap-tiap ahli mengisi
borang seperti di bawah dan memilih 5 perkataaan yang paling sesuai menggambarkan cara mereka
berinteraksi di dalam kumpulan. Tandakan x 5 perkataan yang anda pilih.

Di dalam kumpulan ini saya biasanya:

- mengikut saja

- menasihat
- bersetuju

- manganalisa

- membantu

- mengizinkan

- menyelaras

- sependapat

- mengkritik

- mengarah

- tidak berkenaan

- mengelak

- memulakan

- menimbangkan

- memimpin

- merelakan

- menentang

- berundur

- menarik diri

Himpunan perkataaan di atas menunjukkan 2 sifat iaiatu KUASA/KAWAL dan MESRA. Ada orang suka
mengawal dan memegang kuasa (tinggi dalamn kuasa) dan ada pula suka orang lain yang mengawal
dan berkuasa (rendah dalam kuasa). Seperti juga juga terdapat sesetengah orang yang mesra dan
ramah (tinggi dalam kemesraan) dan ada yang suka menjauhkan diri dan tidak suka bermesra
(rendah dalam kemesraan).

Cuba lihat rajah kotak di bawah. Anda tandakan 5 perkataan yang telah anda pilih tadi di
dalam kotak tersebut. Cara anda berinteraksi di dalam kumpulan akan dapat dilihat dari bilangan
perkataan yang terbanyak anda pilih di dalam satu-satu kotak.

TINGGI DALAM RENDAH DALAM

KUASA KUASA
TINGGI DALAM

KEMESRAAN

RENDAH DALAM

KEMESRAAN

LATIHAN 2

Membina Menara ( 1jam 30 minit)

Objektif:

~Untuk memerhati perlakuan kepimpinan di dalam keadaan bertanding.

Alat

Satu kad 3 inci x 5 inci untuk tiap-tiap peserta.

Jarum peniti – 1 kotak setiap kumpulan

Kertas manila – 2 keping setiap kumpulankah bagi setiap kumpulan

Suratkhabar – 2 naskah bagi setiap kumpulan

Tape pelekat – 1 rol setiap kumpulan

Majalah – 2 naskah setiap kumpulan

Pen marker/pensel warna – 2 warna berlainan bagi setiap kumpulan

Gunting – 1 setiap kumpulan


Gam – 1 botol setiap kumpulan.

Langkah:

1. Bahagikan kumpulan di dalam 5 tau 6 orang satu kumpulan kecil

2. Pilih seorang peserta sebagai pemerhati dan dapatkan 2 oarang luar sebagai pengadil.

3. Beri satu kad 3 x 5 kepada tiap-tiap peserta dan minta mereka memilih satu nama untuk
kumpulan mereka dan menulisnya di atas kad tersebut. Kad itu dileketkan pada baju mereka.

4. Panggil pemerhati ke tempat lain dan terangkan kepada mereka untuk mencatat perkara-
perkara berikut:

· bagaimana kumpulan itu mengelolakan kumpulan

· bagaimana kumpulan diambil?

· Lihat berapa orang yang terlibat dalam perbincangan tersebut

· Bagaimana ahli kumpulan menerima idea sama ada menang atau kalah?

5. Arahkan kumpulan membina sebuah menara dalam masa 1 jam dengan menggunakan alat-alat
yang telah digunakan. Tiada tambahan bahan luar dibenarkan. Nyatakan menara mereka akan diadili
dengan menggunakan kriteria seperti di bawah:

· tinggi

· cantik

· ketegapan

· kreativiti

Sediakan ganjaran kepada kumpulan yang menang.

6. Pengadil bertemu dan berbincang tentang cara mengadili menara berpandukan kriteria
tersebut. Apabila tempoh masa tamat, semua ciptaan menara diadili.

7. Bertemua di dalam kumpulan besar. Orang yang menjadi pemerhati diminta membuat laporan
tentang tentang pemerhatian mereka. Berbincang tentang bagaimana perlakuan kepimpinan yang
timbul, kesan kepada kumpulan, reaksi secara individu, hasil yang dikeluarkan dan lain-lain aspek
yang kelihatan.

Latihan 3 : Memimpin Kumpulan Perbincangan

Objektif :

a) Memahami konsep asas mengenai kepimpinan di dalam kumpulan perbincangan

b) Berlatih memimpin kumpulan perbincangan

Alat : Sediakan bahan bacaan yang menarik dan boleh digunakan untuk perbincangan

Langkah :
1) Bahagikan kumpulan kepada kumpulan kecil yang mengandungi 4 atau 5 orang ahli. Dapatkan
seorang ahli sebagai ketua sama ada secara sukarela atau secara keputusan ramai.

2) Minta mereka baca nota yang telah diedarkan.

3) Beri mereka masa 3 minit untuk berfikir apakah yang boleh mereka bincangkan.

4) Apabila semua ahli telah sedia duduk di dalam bentuk bulatan, perbincangan boleh
dimualakan.

5) Dengan menggunakan borang penilaian, pembimbing menilai kemahiran ketua :

Cth borang ;

Tinggi

Sederhana

Rendah

Penerimaan

Mendengar

Bertanya

6) Edarkan borang penilaian kepada ahli kumpulan untuk menilai kemahiran ketua :

Cth borang ;

Tinggi

Sederhana

Rendah

Percaya

Menentang
Defensif

Menyatakan perasaan

Ragu-ragu

Tidak berminat

Selesa

Memberi respon kepada ahli lain

Komen : ________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
7) Bincangkan di dalam kumpulan besar apa yang berlaku di dalam perbincangan. Dapatkan
pandangan mereka dan cadangan memperbaiki teknik mereka.

AKTIVITI 2 : KEMAHIRAN MENGURUS TEKANAN

LATIHAN 1 ; MENGENAL TEKANAN/KETEGANGAN

Petanda tekanan. Fikirkan bagaimana anda mengatasinya atau adakah petanda ini masih lagi
memburu anda anda. Rangka rancangan tindakan bagi anda mengatasinya.

PETANDA

1 . Tidak bolaeh bertenang dan berehat ........

2 . Mudah marah sangat disebabkan oleh perkara kecil …….

3 . Kerunsingan atau ketegangan yang dialami berpanjangan berberpa hari ........

4 . Merasai apa saja yang dilakukan adalah salah ........

5 . Tidak boleh menumpukan perhatian ........

6 . Perasaan bosan yang berpanjangan ........

7. Sentiasa letih lemah tenaga.......

8 . Masalah seksual .......

9 . Tidur kerap terganggu ........

10. Sakit kepala .........

11. Sejuk kaki tangan ........

12. Sakit urat lehir dan bahu .....

13. Tidak hadam makanan .........

14. Gangguan haid .........

15. Pening dan muntah-muntah ……

16. Tiad selera makan …….

17. Ceret beret ……

18. Barah bisul ……

19 Cepat degupan jantung ……..

20. Sembelit ……

21. Sakit tulang belakang …….

22. Alahan …….

23. PenafasAn yang singkat .......

24. Kerap demam selsema ........


25. Cepat berjangkit penyakit yang biasa…….

26. Selalu mendapat kemalangan kecil ……

27. Makan berlebihan .......

28. Minum minuman keras bertambah .........

29. Kerap memakan ubat ubatan ........

LATIHAN 2

Cuba jawab soalan-soalan berikut sejujur yang boleh. Tuliskan “ya” diruang hujung jika anda
bersetuju dengan soalan itu.

1 . Adakah anda dapati sukar untuk tidur? ______

2 . Adakah tidur anda kerap terganggu kerana terganggu kerana tergaja malam ______

3 . Adakah anda mengalami ketegangan, sakit kepala, sakit urat, dan ruam ______

4 . Adakah orang lain mudah menaikkan kemarahan anda ______

5 . Adakah sukar bagi anda releks atau membaca buku ______

6 . Adakah anda tidak sabar dengan orang yang lambat membuat kerja ______

7 . Adakah anda merokok, minum arak atau obat untuk anda releks ______

8 . Adakah anda tergesa gesa untuk menyudahkan sesuatu kerja ______

9 . Adakah anda marah terlewat atau ditahan hingga lewat ______

10. Adakah anda merasa letih tidak menentu selepas balik kerja ______

11. Adakah anda gelisah jika tiada tugas tertentu ______

12. Adakah rakan anda mengambarkan anda seorang tidak boleh duduk diam ______

13. Adakah anda kadang kala berasa terdesak tidak dapat menumpu perhatian ______

SKOR

Beri satu markah bagi tiap-tiap jawapan ”Y” Bagi soalan 3, beri satu markah lebih jika mengidap lebih
daripada satu penyakit.

JAWAPAN

Kurang dari 2 = Hidup anda baik bebas daripada tekanan

3–6 = Anda telah melebihi taraf tekanan yang selesa

7 – 10 = Anda dalam tekanan yang anda harus cuba mengatasinya

11 – 14 = Tekanan terlalu tinggi jika tidak beriktiar untuk bertenangan mungkin


Anda mengidap penyakit yang berkaitan dengan tekanan.

LATIHAN 3 :

Objektif :

a) Melatih diri supaya tahu menggunakan teknik meregangkan urat-urat saraf supaya mencapai
taraf relaks.

Alat :

Alat pemain kaset dan satu kaset mengandingi lagu instrumental yang lembut.

Langkah :

a) Duduk di tempat yang anda boleh relaks dan mempunyai ruang untuk meluruskan kaki. Anda
boleh duduk di atas kerusi atau berbaring di atas tikar.

b) Anda menggeliat untuk menyediakan diri untuk relaks.

c) Secara sedar, cuba anda lepaskan perlahan-lahan bahagian yang tegang dari hujung jari kaki
naik ke kaki, betis, lutut, peha, perut, dada, leher, kepala, hujung jari, tangan, lengan dan bahu.
Biarkan urat-urat terasa longgar. Jika anda berasa susah untuk mencapai taraf longgar dan relaks,
anda boleh cuba menegangkan dahulu urat-urat saraf dan lepaskan perlahan-lahan.

d) Mainkan muzik instrumental dengan lembut dan perlahan. Anda gambarkan diri anda berada
di suatu tempat yang aman, indah dan tenteram dengan diiringi muzik yang lembut dan
menyegarkan.

e) Bernafas perlahan-lahan dan nyatakan pada diri anda yang anda sedang di dalam keadaan
relaks dan tenteram. Sambil bernafas, pastikan ketegangan urat telah hilang dan anda dapat
menggambarkan suasana yang cantik dan aman.

AKTIVITI 4 – IVENTORI PERSONALITI

Ujian 1 - UJIAN KONSEP KENDIRI

(Zuraidah ,1988)

Arahan

Terdapat dua ruang iaitu ruang A dan ruang B. Ruang A mewakili gambaran sebenar sifat kendiri
yang anda miliki ketika ini.Ruang B mewakiligambaran sempurna (ideal) sifat kendiri yang ingin anda
miliki

Ruang A

Saya seorang yang __________________________________________

Ruang B

Saya suka kalau saya menjadi seorang yang ___________________________________


Bagi setiap manusia,masukkan pada setiap ruang A dan B menggunakan skala likert dengan pilihan
anda mengikut skala berikut:

1 – Jarang sekali

2 – Sekali-sekala

3 – Setengah daripada masa

4 – Kebanyakan masa

5 – Hampir setiap masa

Contoh:

Saya seorang yang diterima (keadaan sebenar)- jarana sekali (1)

Saya suka kalau saya menjadi seorang yang diterima ( ingin jadi) – kebanyakan masa(4)

Bil.

Sifat manusia

Diterima (aceptable)

BIL

SIFAT MANUSIA

RUANG

Diterima (aceptable)
2

Tepat (accúrate)

Berwaspada (alert)

Bercita-cita tinggi (ambitious)

Suka mengganggu (annoying)

Berfikiran luas (broad –minded)

Cekap dan sistematik (bussiness-like)

Sibuk (busy)

Tenang (calm)
10

Menawan (charming)

11

Pandai (clever)

12

Berkebolehan (competent)

13

Berdaya saing (competitive)*

14

Yakin (confident)

15

Bertimbang rasa (considerate)

16

Zalim (cruel)

17

Demokratik (democratic)
18

Boleh diharap (dependable)

19

Cermat (thrifty)

20

Cekap (efficient)

21

Suka mencari kesilapan (fault-finding)*

22

Menggerunkan (fearful)*

23

Peramah (friendly)

24

Bergaya (fasionable)

25
Suka menolong (helpful)

26

Cerdik pandai (intellectual)

27

Baik hati (kind)

28

Logikal (logical)

29

Suka campur tangan (meddlesome)*

30

Riang ria ( merry)

31

Matang (mature)

32

Gugup/ gabra (nervous)*


33

Biasa (normal)

34

Tinggi harapan (optimistic)

35

Bergaya diri (poised)

36

Bertujuan (purposeful)

37

Berpatutan (reasonable)

38

Membabi buta (reckless)*

39

Bertanggungjawab (responsible)

40

Mulut Celupar (sarcastic) *


41

Jujur (sincere)

42

Mantap /stabil (stable)

43

Rajin belajar (studious)

44

Berjaya (successful)

45

Degil (stubborn)*

46

Bijaksana (tackful)

47

Boleh diajar (teachable)

48

Berguna (useful)
49

Wajar (worthy)

Memproses dan menganalisis skor

Bagi item bertanda * adalah item-item negatif. Skor item perlu ditukarkan seperti berikut:

5 tukar kepada 1

4 tukar kepada 2

2 tukar kepada 4

1 tukar kepada 5

Ruang A adalah konsep kendiri serenar (real self).Ruang B adalah konsep kendiri sempurna.(ideal
self).

Campurkan jumlah skor item pada setiap ruang.

(Jumlah Skor item Ruang A ________________) + (Jumlah skor item Ruang B ________________) =
SKOR KESELURUHAN

Prestasi Konsep kendiri anda

Jadual di bawah menunjukkan skor dan prestasi konsep kendiri berdasarkan pada ujian yang
dilakukan. Individu yang stabil memperoleh skor konsep kendiri serenar hampir sama dengan skor
konsep kendiri sempurna.

Jadual : Skor dan Prestasi

SKOR

PRESTASI

196 Ke Atas

Konsep kendiri yang sangat positif

161 – 195

Konsep kendiri positif

133 – 160

Konsep kendiri yang seimbang dalam positif dan negatif


98 – 132

Konsep kendiri yang rendah

Di bawah 98

Konsep kendiri yang Sangay rendah

Ujian 2 - Ujian Ciri-ciri Personaliti Agresif

(Inventori Personaliti ,SIDEK, 1998)

Arahan

1. Ujian ciri-ciri personaliti agresif adalah cabutan daripada Inventori Personaliti SIDEC.

2. Ujian ini mengandungi 10 item atau pernyataan.

3. Sekiranya pernyataan menerangkan diri anda, tandakan(/) dalam kotak yang berkaitan dengan
diri anda.

4. Jawab semua item. Apabila anda menghadapi kesukaran memilih gerak balas YA atau TIDAK,
Pilih jawapan yang anda rasakan selesa.

Bil

No Item

Item/ Pernyataan

Ya

Tidak

Selesa memberitahu kepada kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya

17

Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli profesional apabila menghadapi musuh.
3

33

Saya berasa selesa meminta kembali barang-barang yang dipinjam oleh kawan.

49

Mudah melenting apabila verja yang saya lakukan tidak menjadi

65

Berterus- terang menyatakan tingkah lakunya menyakitkan hati saya.

81

Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas.

7
97

Terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi

113

Lebih selesa membuat kerja-kerja yang saya rancang dari membuat verja yang disuruh oleh orang
lain.

129

Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain.

10

145

Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang ataupun kalah

Memproses Skor

Gerak balas/ Respon

Jumlah
Peratus

Kira bilangan respons ‘ya”

Kira bilangan respons ‘tidak”

Diagnosis hasil ujian

Diagnosis perlu dibuat bimbingan individu kerana ia mungkin melibatkan isu yang sensitif terutama
bagi yang memperoleh skor rendah atau pasif.Jika difikirkan perlu,Guru Bimbingan dan Kaunseling
perlu menjalankan sesi kaunseling individu dengan relajar itu. Bagi tujuan pengiraan, hanya skor
respons ‘ya’ sahaja yang diambil Kira.

Prestasi ciri-ciri personaliti agresif

Skor rendah (1-40 %)

1. Anda seorang yang pasif

2. Dalam kebanyakan perkara,anda membenarkan orang lain memanipulasi diri dan

juga perasaan anda.

Skor sederhana (41 – 70 %)

1. Anda seorang ketegasan diri

2. Dalam kebanyakan perkara, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa

yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.

Skor tinggi ( 71 -99 %)

1. Anda adalah individu yang agresif

2. Anda suka mengkritik orang lain

3. Dalam kebanyakan perkara, hati dan perasaan orang lain bukan tumpuan dan

keutamaan anda, yang penting adalah hajat dan matlamat anda tercapai.

Tret Personaliti Agresif Saya ( Tandakan (/) )

Rendah
Sederhana

Tinggi

Ujian 3 - UJIAN PSIKOLOGI GEOMETRIK (Malek, 1996)

Arahan :

Rajah menunjukkan empat bentuk geometrid an satu bentuk garisan. Pilih satu lakaran sahaja sama
ada bentuk geometri ataupun garisan yang anda rasa serasi, selesa dan sangat gemar melihatnya.

Segi Tiga Segi Empat Sams Segi Empat Tepat

Bundar Zig-zag
Mengendalikan Ujian

Tunjukkan semua bentuk lakaran dan minta PRS memilih bentuk yang paling mereka suka, serasi dan
selesa.

Pastikan mereka memilih satu bentuksahaja dan minta mereka lakarkan di atas kertas bagi
mengelakkan mereka daripada mengubah pilihan yang dibuat.

Setiap bentuk mewakili ciri-ciri personaliti kepimpinan manusia.

Memproses dan Menganalisis Ujian

GBK perlu memastikan setiap PRS tidak menunjukkan pilihan mereka kepada rakan yang lain supaya
tidak menimbulkan isu-isu sensitif seperti dipersendakan oleh rakan-rakan, menimbulkan perasaan
negatif pada ujian dan sebagainya.

PENTAFSIRAN

Bentuk

Ciri-ciri Personaliti Kepimpinan


Segi Tiga

Pemimpin semula jadi

Orientasi kepada kerjaya

Suka mengarah dan mengawal orang lain

Suka kepada pengiktirafan

Selalu memandang ke atas

Bercita-cita tinggi

Pembuat keputusan

Pentingkan hierarki

Berkeyakinan tinggi

Lepas cakap atau celupar

Sukar menerima pendapat orang lain

Melakukan sesuatu mengikut cita rasa sendiri

Mementingkan matlamat

Berpendirian tegas

Sukar mengubah keputusan

Ego yang stabil dan kuat

Disukai oleh bos atau ketua

Tidak emosional-muka selamba

Selalu bertanya-apa yang boleh awak buat?

Berjalan dan bergerak pantas

Segi empat sama

Sisi dan sudut sama-seimbang

Orientasi kepada tugas


Sentiasa bekerja kuat

Hidup mengikut buku (peraturan)

Bekerja hingga ke saat-saat akhir

Selalu bertanya-apa yang diperlukan lagi?

Sentiasa sibuk-terlalu ’mabuk’ (asyik) dengan kerja

Birokratik – suka prosedur atau tatacara

Berstruktur

Pergantungan kepada orang lain

Berhati-hati

Teliti dan terperinci

Berpengetahuan

Suka dan selesa menerima arahan

Sukar menyerahkan tugas kepada orang lain

Selalu bertanya, kenapa? Kenapa?

Pengumpul data yang cekap

Analitikal

Emosi atau mental sering terganggu

Suka merungut!

Segi Empat Tepat

Sering terkeliru!

Teringin sangat hendak jadi ’segi tiga sama’

Sedang mengalami perubahan

Sedang tumbuh membesar

Baru mula menjadi matang

Pendirian sentiasa berubah-ubah


Sukar diramal-siapa ataupun apa pada hari ini?

Gopoh, kelam-kabut dan tergesa-gesa

Orang lain sukar bekerja dengannya

Setiap hari sentiasa berbeza

Tidak pasti

Kurang sabar

Macam belalang- melompat-lompat

Bersedia belajar perkara baru

Berfikiran agak terbuka – mahu menerima perubahan

Bundar

Orientasi kepada manusia

Sesuai menjadi jururawat, guru, pekerja sosial, doktor, kaunselor

Suka mendampingi orang lain

Suka mengambil bahagian

Seorang yang peramah

Bersifat penyayang

Sesuaikan diri untuk keperluan orang lain

Mahu semua orang gembira

Senyumannya ikhlas

Lahir daripada keluarga besar dan bahagia

Disukai oleh orang lain

Pengasuh yang baik

Bersikap terbuka dan jujur

Mudah percata kepada orang lain


Orang lain sering mengambil kesempatan!

Zig-zag

Sedikit gila-gila!

Sering datang lewat

Tidak suka mematuhi peraturan

Benci kepada ’segi empat sama’

Tidak ambil kisah

Otak kreatif

Idea sentiasa pelik-pelik

Pemikiran lateral

Inovatif

Hidup sentiasa mahu seronokpk

Agak kelam-kabut

Daya tumpuan singkat

Cepat menukar tajuk

Berterus-terang

Kurang menghiraukan perasaan orang lain

Menimbulkan tekanan kepada orang lain!

Ujian 4 - SOAL SELIDIK IMEJ KENDIRI (Zuraidah, 2005)

Arahan :

Jawab soalan berikut dengan jujur. Tandakan (√) pada kotak yang sesuai dengan diri anda.

Bil.
Pernyataan Berkaitan Diri Anda

Pernahkan anda berasa orang kurang menyukai anda apabila mereka mengetahui banyak maklumat
tentang diri anda?

a. Selalu

b. Kadang-kadang

c. Tidak Pernah

Apabila anda dipuji, biasanya anda...

a. Tidak begitu selesa

b. Sangat suka

c. Berasa sangat malu

Burung manakah yang anda rasa dikasihani?

a. Burung merak

b. Burung pipit

c. Burung helang

Dalam keadaan bagaimana anda menerima cabaran?

a. Secara sendirian

b. Dengan galakan orang lain


c. Apabila terdapat desakan daripada keadaan di tempat kerja, di tempat belajar ataupun di rumah.

Apabila secara tiba-tiba anda terlihat bayangan wajah anda di cermin kereta aaupun di cermin lain,
bagaimana anda melihat imej anda?

a. Lebih menarik daripada apa yang anda percaya

b. Kurang menarik

c. Lebih kurang sama menarik daripada apa yang anda fikirkan

Anda mencuri masa bekerja, belajar ataupun masa menyempurnakan tugas-tugas di rumah untuk
berehat. Adakah anda berasa...

a. Sangat bersalah sehingga tidak dapat berseronok

b. Seronok dengan sedikit perasaan bersalah

c. Tidak berasa apa-apa dan terus dia berseronok

Apabila anda membandingkan diri anda dengan kawan rapat anda, adakah anda merasakan
mereka...

a. Lebih bijak daripada anda?

b. Sebijak anda?

c. Tidak sebijak anda?

Apabila anda bertemu orang yang kelihatan tidak menyenangi diri anda, anda berasa...
a. Risau tentang apa yang anda mungkin lakukan padanya

b. Mengesyaki dia berasa hati pada anda

c. Terima keadaan kerana merasakan anda tidak boleh memenangi hati semua orang.

MEMPROSES SKOR

Setiap jawapan a, b atau c yang dipilih, berikan skor seperti dalam jadual di bawah. Ruang sebelah
kanan adalah nilai skor bagi setiap item yang dipilih. Jumlahkan semua skor bagi setiap item bagi
mendapat skor keseluruhan.

Item

Skor Bagi Setiap Proses

A = 10

b=1

c=2

A=1

b=2

c=0

A=2

b=0

c=1

A=2

b=1
c=0

A=0

b=2

c=1

A=0

b=1

c=2

A=0

b=1

c=2

A=0

b=2

c=1

A=2

b=1

c=0

Jumlah Keseluruhan Skor

Diagnosis Hasil Ujian

Skor 0 hingga 6
Anda memiliki imej kendiri sangat rendah kerana anda membina gabaan ataupun imej kendiri yang
tidak tepat. Anda tidak berlaku adil pada diri sendiri. Sebenarnya orang lain menghargai diri anda.
Bercakaplah dengan diri secara positif apabila anda berjaya melakukan sesuatu dengan baik. Jangan
sesekali anda mengutuk diri apabila anda melakukan kesilapan. Belajar menjadi lebih objektif.

Skor 7 hingga 12

Anda memiliki imej kendiri baik. Penilaian lpada diri anda memang realistik. Anda melihat diri anda
sebagaimana orang lain juga melihatnya.

Skor 13 hingga 18

Anda memiliki imej kendiri sangat tinggi yang mungkin boleh menimbulkan masalah kerana anda
’meninggi diri’. Individu yang memiliki imej kendiri sangat tinggi meletakkan nilai dirinya yang tinggi
dalam semua aspek sehingga kadangkala dia dianggap angkuh dan meninggi diri. Nilai semula diri
anda dan berfikir dengan lebih realistik. Tiada manusia yang sempurna dan tahu serba-serbi dalam
semua perkara. Anda menjadi lebih berjaya dan mendapat ramai kawan apabila anda menerima
hakikat ada masanya elok bagi anda merendah diri iaitu mengamalkan sikap sederhana (imej kendiri
baik).

Imej Kendiri Saya [Tandakan (√)]

Rendah

Baik / Selaras

Tinggi

UJIAN PRA (Ujian Pengetahuan)

Arahan : Pilih satu jawapan sahaja dengan membulatkan jawapan yang paling tepat.

Komunikasi di antara manusia ialah ...

cara kita berhubung dengan orang lain

cara kita menggunakan alat-alat kenderaan

cara kita menggunakan orang lain


cara kita berusaha mencari orang lain

Di bawah ialah sebab-sebab berlakunya masalah perhubungan di antara manusia, kecuali ...

tidak faham bahasa

sudah ada prasangka

maksud yang dihantar tidak jelas

persefahaman di antara satu dengan lain

Kaunseling ialah ...

pertemuan muka di antara Kaunselor dengan Klien

Kaunselor memberi nasihat

Klien diberi pertolongan kewangan

Menyelesaikan semua masalah

Satu cara meninggikan kepercayaan terhadap seseorang ialah ;

pendedahan diri yang tinggi

beri pinjam duit

perhubungan yang berkesan

selalu jumpa

Di dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terdapat risiko ;

sama ada perhubungan menjadi lebih baik atau buruk terpulang kepada kelakuan seseorang itu pada
masa hadapan

hubungan dengan seseorang akan bertambah erat

kepercayaan yang diberi akan bertambah membebankan seseorang

hubungan dengan seseorang tidak akan berlanjutan

Etika Kaunselor ialah seperti di bawah kecuali ...

menyimpan rahsia

memberi rujukan khidmat lain jika Kaunselor tidak upaya menolong

menerangkan dengan jelas syarat-syarat menerima pertolongan


menganggap klien bukanlah unik, mereka serupa saja

Dalam perhubungan kaunseling, perkara yang pertama yang harus diusahakan oleh Kaunselor ialah :

memberi pertolongan secepat mungkin

membina hubungan kaunselor-klien yang kukuh

mendapatkan seberepa banyak maklumat tentang klien

memberi nasihat yang berguna

Kemahiran penting yang harus dipelajari oleh seseorang kaunselor ialah ...

memberi nasihat

memberi maklumat

memberi perhatian

memberi panduan

Empati bererti ...

faham tentang perasaan dan emosi seseorang seolah-olah diri sendiri mengalaminya

berasa kasihan terhadap penderitaan seseorang

menghormati perasaan seseorang dengan tidak mencungkil

Memberi pertolongan supaya seseorang itu tidak menderita lagi

Respon yang menunjukkan empati kepada ayat ini ”Saya tidak tahu apa lagi mesti saya buat. Setiap
kali saya beri cadangan ada saja yang tidak betul. Kalau macam ini, baik saya berdiam diri.”

Kalau macam itu, memang baik awak berdiam diri.

Mungkin awak cakap kasar dengan dia.

Awak rasa bosan dengan sikap dia.

Usaha awak untuk mengambil bahagian tida dihargai. Ini membuatkan awak marah dan kecil hati.

Pendedahan kendiri di dalam konteks kaunseling ialah ...

membuka pakaian

mendedahkan sebahagian anggota

menceritakan hal peribadi yang sulit kerana percaya


berkongsi perasaan

Dalam memberi respon menunjukkan empati, perkara yang ditekankan ialah ...

kisah yang diceritakan oleh seseorang

perasaan seseorang apabila berlaku satu perkara

keinginan seseorang untuk bercerita

perkara-perkara yang ditinggalkan semasa bercerita

Memberi respon yang minimum adalah seperti berikut ...

”Hmm...mmm...mmm...”

”Ceritakanlah lagi, apa berlaku?”

”Tentu awak rasa marah pada saya.”

“Oh, begitu rupanya!”

Kumpulan perkataan-perkataan di bawah menunjukkan perasaan seseorang, kecuali :

Benci, marah, gundah

Terlupa, terkenang, bersepah

Gembira, senang, tenang

Kecewa, hampa, bangga

Maksud yang hendak disampaikan boleh diberi melalui ... kecuali :

gerak badan

air muka

pandangan mata

tanpa pertemuan

Satu daripada kenyataan ini menunjukkan soalan jenis terbuka :

Ini awak punya?

Bagaimana perasaan awak sekarang?

Awakkah yang buat?


Tahukah awak siapa yang melakukannya?

Matlamat kaunseling individu yang bermasalah ialah :

menukar perlakuan kepada yang lebih diterima

menerima masalahnya

memberi pertolongan seberapa yang boleh

menggalakkan perlakuan yang sedia ada

Kaunseling individu ialah untuk :

orang yang sakit jiwa

orang yang ada masalah biasa

orang gila

orang yang dirasuk fikiran yang karut

Satu daripada cara memastikan seseorang kaunselor itu faham tentang apa yang dicadangkan oleh
klien ialah :

mengrsahkan

cungkil

berdiam diri

menerima

Satu daripada cara untuk menolong seseorang mengetahui tentang dirinya ialah :

beri maklum balas yang jujur

jangan ditegur

perhatikan sahaja

beritahu orang lain

UJIAN POST (Ujian Penilaian)

Bahagian I

Arahan : Isikan jawapan di tempat yang disediakan.

Nyatakan definisi / makna Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengikut mana-mana pendapat.
..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

Nyatakan 2 fungsi PRS.

2.1 ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

2.2 ....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

Nyatakan 3 Etika PRS.

a. ....................................................................................................................................

b. ....................................................................................................................................

c. ....................................................................................................................................

Apakah komunikasi?

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

Apakah komunikasi berkesan?

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

Nyatakan 2 halangan komunikasi.

6.1 ....................................................................................................................................

6.2 ....................................................................................................................................
Nyatakan 2 cara untuk mengurangkan halangan komunikasi.

7.1 ....................................................................................................................................

7.2 ....................................................................................................................................

Bahagian II

Arahan : Baca kenyataan di bawah. Pilih satu jawapan sahaja dengan membulatkan respon yang
paling tepat.

”Kedua ibu bapa terutama ayah saya berasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya
dengan kakak saya. Kenapa ia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak
saya.”

Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak saya.

Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersifat
terlalu sensitif.

Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda.

Apakah sebab-sebab ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda?

”Saya tidak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang setiap kali
saya mula belajar. Satu pun tak dapat saya kerjakan. Kalapun beginilah seterusnya, saya pasti gagal.
Oh, Tuhan! Apa yang harus saya lakukan? Saya tidak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa
menaruh harapan kepada saya.”

Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang itu akan gagal. Saya pasti ibu bapa awak akan faham.

Saya rasa awak ini terlalu memberatkan harapan keluarga anda.

Oleh kerana penumpuan perhatian merupakan masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-
perkara yang mengganggu fikiran anda sehingga menghalang kerja-kerja anda.

Rasa takut gagal buat pertama kalinya di dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa
amat merungsingkan anda.

”Saya sedang memikirkan dengan serius untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai ketua
murid. Saya rasa ada pelajar-pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk menjalankan tugas ini.”

Anda tidak sepatutnya mengundurkan diri di saat akhir. Apa anggapan kawan-kawan dan guru-guru
anda nanti.

Bagi saya, anda mempunyai kebolehan menyandang jawatan itu. Lebih-lebih lagi, pada tahun lalu
anda adalah Naib Ketua Murid.
Anda meragui kebolehan anda memikul tanggungjawab sebagai Ketua Murid.

”Saya tahu saya gemuk. Itu sebab orang tidak suka saya.”

Lebih baik awak diet.

Biasanya orang gemuk memang orang tidak suka.

Awak rasa awak tidak cantik sebab awak gemuk.

Awak rasa sedih apabila orang tidak pedulikan awak. Awak rasa diketepikan kerana awak gemuk.

Bahagian III

Arahan : Baca pernyataan di bawah dan bulatkan singkatan perkataan pada sebelah kanan
berdasarkan petunjuk seperti yang berikut :

SS – Sangat Setuju

S – Setuju

TP – Tidak Pasti

TS – Tidak Setuju

STS – Sangat Tidak Setuju

Sila jawab semua pernyataan dengan jujur.

Melalui Kursus PRS, saya dapat mengenali diri saya. SS S TS STS

Saya bersedia untuk berubah sikap dan tingka laku SS S TS STS

saya demi menjadi teladan.

Pengibatan saya di dalam Kursus PRS telah SS S TS STS

membantu menjelaskan sebilangan daripada

kepercayaan, sikap dan nilai saya.

Pengalaman yang telah saya peroleh telah menjadikan SS S TS STS

saya berasa lebih selesa semasa berada dalam

kalangan rakan saya.

Bahagian IV

Arahan : Sila beri maklum balas yang ikhlas dan jujur dengan melengkapkan pernyataan di bawah.

Melalui Kursus PRS ini saya telah pelajari bahawa

.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

Perkara yang saya sukan dalam kursus ini ialah

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

Perkara baru bagi saya

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

Satu perkara yang akan saya lakukan hasil daripada kursus PRS ini ialah

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

Latihan tambahan yang saya perlu ialah

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

Bagi program latihan PRS yang akan dijalankan pada masa hadapan, saya ingin cadangkan

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................

Komen dan cadangan saya terhadap kursus ini

.........................................................................................................................................

.........................................................................................................................................
.........................................................................................................................................

Anda mungkin juga menyukai