Anda di halaman 1dari 2

Nama aktiviti : Komunikasi Sehala Dan Dua Hala Masa : 30 minit Alatan : Kertas A4 dan Pen OBJEKTIF : 1.

Menguasai kemahiran komunikasi berkesan yang bermula dengan mendengar dengan aktif.2. Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan bagi meningkatkan kualiti kerja.3. Komunikasi dua hala mengelakkan salah faham. PROSEDUR : 1. Fasilitator mengedar dua keping kertas A4 kepada setiap ahli dan mereka duduk dalam bulatan. 2. Fasilitator memberikan arahan berikut supaya dilukis oleh ahli. Ahli tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulang dua kali sahaja. Lukis satu bulatan. Dalam bulatan itu, lukis tiga bulatan kecil. Di atas bulatan, lukis sebuah segi tiga. Di bawah bulatan pula, lukis sebuah segi empat tepat secara menegak. Di kiri dan kanan segi empat tepat itu, buat satu segi empat tepat secara melintang. Di bawah segi empat tepat menegak itu, lukis dua segi empat tepat menegaksekali lagi dengan hujungnya dilukis satu bulatan..

3. di atas kertas lain, peserta diminta melukis kali kedua dengan arahan yang samatetapi kali ini dibenarkan bertanya. 4. peserta diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh. 5. fasilitator meminta peserta memberikan maklum balas berkenaan perasaan mereka semasa melukis kali pertama dan kedua. 6. fasilitator berbincang bagi mendapatkan maklum balas dengan memberi fokus kepada: FALSAFAH : 1. Kepentingan kemahiran mendengar dalam mewujudkan komunikasi berkesan. 2. Komunikasi satu hala yang menimbulkan masalah

Tajuk:Jangan tanyaMasa:15 minit Alatan:kertas A4 Objektif:Untuk menerangkan kepada peserta kepentingan menanyakan soalan apabila berada didalam keadaan kabur. Arahan:-Berdasarkan kepada gambar yang disediakan ,fasilitator diminta memberi arahan kepada peserta untuk melukis gambar tersebut diatas sekeping kertas kosong. Fasilitator dibenarkan untuk mengulangi arahan tetapi peserta tidak di benarkan bertanya apa-apa kepada fasilitator. Gambar sebenar tidak dibenarkan tunjuk kepada peserta semasa proses arahan. Langkah-langkah: a)di tengah-tengah kertas,lukis satu segiempat selari b)ditengah-tengah segiempat selari itu,lukis satu gambar segi enam c)di sebelah kiri n kanan segiempat selari itu,lukis satu segiempat samad)dibawah segiempat sama itu,lukis satu segi tiga e)lukis satu segiempat selari yang sama besar supaya semua gambar yang anda lukis tadi boleh berada didalamnya. f)dibahagian atas sebelah kanan segiempat besar itu,lukis satu segi tiga g)dibahagian atas kiri pula lukis satu bulatan. Setelah selesai peserta diminta menunjukkan lukisan masing-masing dan fasilitator bolehlah menunjukkan gambar yang sebenar.-fasilitator akan membincangkan tujuan sebenar aktiviti ini dijalankan iaitu kepentingan bertanyakan soalan dan membolehkan pelajar mendapat input yang lengkap dan sepenuhnya. Ulasan:Malu bertanya sesat jalanmerupakan peribahasa yang sering kita dengar. Pepatah inimenerangkan kepentingan bertanyakan soalan terutamanya sekiranya kita berada dalamkeadaan kebingungan ataupun keliru.Dalam proses pembelajaran yang boleh diibaratkansebagai jalan untuk menuju kejayaan ,ada masanya kita menghadapi kekeliruan ataupuntidak faham mengenai sesuatu perkara.Oleh yang demikian adakah wajar dikatakan bahawa bertanya merupakan satu-satunya jalan yang terdekat yang mampu mengatasimasalah ini.Masalah utama dikalangan pelajar ialah mereka merasa takut atau segan untuk bertanya.Mereka lebih rela untuk mendiamkan diri dari bertanyakan soalan. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih keliru dalam sesuatu hal. Lebih membimbangkan lagi sekiranya mereka tidak mempunyai sumber rujukan untuk bertanya. Keadaan ini tidak seharusnya wujud dalam situasi disekolah mahupun dimana2 pusat pengajian.

Anda mungkin juga menyukai