Anda di halaman 1dari 3

PK JKM UTAMA 19

LAMPIRAN 12
BK 7

LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

No. Rujukan Fail : PKMD.PP.01(S)


Nama Klien :
Bil. Sesi : 03

A) Masalah Yang Dinyatakan


 Klien telah hadir dengan ibu untuk sesi ke 3. Klien mengakui telah
mempunyai pandangan yang agak jelas mengenai keperluan dan
kepentingan untuk menghabiskan pelajarannya. Namun begitu, klien
mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai minat untuk meneruskan
pengajian. Malahan, dirinya berasa perlu untuk bekerja dengan kuat untuk
memastikan keluarganya mendapat sumber kewangan yang mencukupi untuk
menyara mereka sekeluarga.
 Klien mengakui dirinya menginginkan sesuatu yang baik pada masa
hadapannya. Antara perkara yang diingini klien adalah:
1. Bahagia dengan mak ayah
2. Memiliki kedai sendiri
3. Bahagia dengan kawan-kawan
4. Duit gaji RM50 sehari / RM1400 sebulan
5. Memiliki kereta Honda EK9 berwarna kuning
6. Memiliki telefon bimbit
7. Mempunyai isteri yang solehah
 Klien semakin jelas dan tahu tentang apa yang diinginkan dalam hidup
berbanding pertemuan sebelum ini dan bersedia untuk belajar cara untuk
merancang dan mencapainya.

B) Penilaian Masalah
 Klien mempunyai keinginan dan cita-cita yang tinggi. Namun, ianya
memerlukan sedikit kerja kuat dan usaha untuk menjadikan ianya realiti. Klien
dibimbing dalam penetapan matlamat hidup dirinya dan menyusun satu
persatu keutamaan dan jangka waktu untuk mencapainya.

No. Keluaran : 03 No. Pindaan : 01 Tarikh : 1 Okt. 2010


PK JKM UTAMA 19
LAMPIRAN 12
BK 7
 Ini penting kerana minda separa sedar manusia akan bertindak dan bergerak
mengikut apa yang ditulis, dibaca dan di minda. Sekiranya matlamat atau cita-
cita tersebut diletakkan secara terperinci dalam gambaran, tulisan dan juga di
minda, ianya akan membantu diri klien dan mindanya untuk berusaha
mencapai perkara-perkara yang diingininya tersebut.
 Teori Gestalt menekankan kesedaran di sini dan pada masa sekarang (here
and now) serta penyatuan di antara pemikiran, tubuh dan perasaan. Klien
digalakkan untuk meningkatkan kesedaran, mengubah persoalan kepada
kenyataan, menerima tanggungjawab, bertanya ‘bagaimana’ dan ‘apa’ dan
fokus kepada masa sekarang agar klien boleh mengalami kehidupan dengan
sempurna dan mengembang potensi diri.

C. Perancangan Rawatan
I) Matlamat intervensi
Matlamat Jangka Pendek
o Memberi peluang kepada klien untuk meluahkan perasaan dan berkongsi
pengalaman.
o Memberikan input dan membimbing klien cara sebenar untuk menetapkan
matlamat hidup.

Matlamat Jangka Panjang


o Klien dibimbing untuk membuat Layar Impian bagi penetapan matlamat
jangka pendek, sederhana dan panjang dan seterusnya mencapainya.

ii) Pendekatan teori/ teknik / strategi


 Teori Gestalt untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi yang bersifat "di sini
dan sekarang" dalam diri individu. Antara matlamat umum terapi Gestalt
ialahuntuk memberikan kesedaran kepada individu bahawa mereka
mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Setiap manusia mempunyai
banyak potensi, namun terhalang dek sekatan-sekatan atau gangguan-
gangguan tertentu dalam hidupnya, maka ianya tidak berjaya menjalani
kehidupannya dengan sempurna.
 Teknik/kemahiran: Kemahiran asas kaunseling (kemahiran menyoal: soalan
terbuka/tertutup, mendengar, refleksi, parafrasa, dan rumusan kecil).

No. Keluaran : 03 No. Pindaan : 01 Tarikh : 1 Okt. 2010


PK JKM UTAMA 19
LAMPIRAN 12
BK 7
 Strategi:
 Perancangan masa hadapan.

iii) Tugasan / tindakan susulan


Tugasan Semasa Sesi
 Berbincang bagaimana untuk menyiapkan layar impian
 Menyenaraikan sebanyak mungkin impian yang ingin dicapai dalam
hidup, seterusnya menyusun atur mengikut keperluan dan jangka
masa yang bersesuaian.
Tugasan Selepas Sesi
 Tiada

D) Catatan / Ulasan
 Klien faham dan mendapat manfaat hasil daripada perjumpaannya bersama
kaunselor. Klien berjanji untuk menggunakan segala input yang diperolehi
untuk kebaikkan dirinya dan keluarga dan akan berusaha untuk terus belajar
dalam setiap perkara yang dilakukannya agar cita-citanya untuk memiliki
empayar perniagaan akan tercapai suatu hari nanti.
 Tarikh temujanji akan datang: 13.2.2017

Tandatangan :
Nama Pegawai :
Jawatan :
Tarikh : 16.01.2017

No. Keluaran : 03 No. Pindaan : 01 Tarikh : 1 Okt. 2010

Anda mungkin juga menyukai